Search This Blog

Wednesday, April 10, 2013

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam parit


Parit Buntar: Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di dalam parit dekat pekan Batu 5, di sini kelmarin dipercayai dibuang selepas dilahirkan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata mayat bayi itu ditemui seorang penduduk kira-kira jam 5 petang yang mulanya menyangka bangkai haiwan.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati bayi itu baru beberapa hari dilahirkan sebelum dipercayai dibuang dan mayat bayi itu dibawa ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Setakat ini, masih belum ada tangkapan dilakukan, katanya di sini, semalam.

Minta kerjasama orang ramai

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai terutama pemilik klinik swasta yang ada menerima kelahiran dalam tempoh terdekat supaya tampil memberi maklumat bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.

Sementara itu, seorang saksi Mohd Sabli Asari, 49, yang menemui mayat bayi itu berkata, dia terpandang objek berkenaan ketika menaiki motosikal melalui kawasan terbabit.
Pada mulanya saya menyangka ia bangkai haiwan yang terapung tetapi apabila melihat dengan lebih dekat saya terkejut mendapati ia sebenarnya mayat bayi yang hampir reput, katanya.

No comments:

Post a Comment