Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

KDN, JAKIM pantau blog hidupkan Arqam



 
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa mengesan aktiviti blog dipercayai cuba mempengaruhi belia untuk mewujudkan semula ajaran Al-Arqam yang diasaskan Allahyarham Ashaari Muhammad atau dikenali Abuya, di negara ini.

Suaraharamain313.blog spot.com dipercayai dikendalikan anak lelaki Abuya beroperasi sejak tahun lalu dengan memaparkan 250 artikel mengenai ajaran Aurad Muhammadiah, Ummu Jah (isteri Abuya yang dikenali Hatijah Aam), Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), bantuan ghaib dan perihal roh.
Blog terbabit yang dikunjungi 540,333 orang sehingga semalam, turut memaparkan aktiviti GISB di Makkah dan Madinah, bertapak sejak 2010 yang menyediakan khidmat katering dan pengisian kepada jemaah.

Menurut artikel itu GISB juga membuka Malaysian Town di Madinah Munawwarah, ladang kurma di Madinah, Chalet Al-Wahah Nur Muhammad di Mekah, butik, pasar raya dan restoran di Makkah serta menerima jemaah Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand negara Asia Tenggara dan Turki.

Malah, pada 3 Februari lalu, Ummu Jah menulis artikel Roh tidak monopos: Nabi adalah kuasa roh yang merobah diri dengan kuasa rohnya itu menceritakan dirinya sebagai contoh terbaik sebagai isteri yang mampu memenuhi kehendak seks Abuya.

Menurut sumber, antara artikel yang cuba mempengaruhi orang ramai ialah dengan memaparkan gambar kunjungan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ke kediaman Ummu Jah iaitu Chalet Nur Muhammad (Chalet Al Wahah) dan Istana RSA, di Makkah.

Antara ayat yang disiarkan ialah: Mudah-mudahan ianya menjadi titik tolak kerjasama antara GISB dan jabatan-jabatan agama di Malaysia khususnya, ke arah kegemilangan Islam sejagat yang bermula dari Timur, Insya Allah.
Dalam pada itu, sumber berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau blog terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

4 comments:

  1. Aku ingat Arqam dah lama terkubur oleh JAIS@JAKim.Nampaknye GISB(depa pandai ambil nama2 berkat,dulu Arqam,nama sahabat Rsaw,ni pulak Ikhwan-lg tinggi darjat,saudara Rsaw)...berkembang lebih pesat +mbangun d negari kelahiran Rsaw..entah2 depa2 ni dpt doa restu Rsaw+para sahabat..aku dengar,depa kena tangkap kat depoh Imigressen ,seblah airport Jeddah..bila2 boleh antar balik Msia.berita penangkapan masuk paper Saudi..tp dpt pembelaan dari ulamak2 Jordan+Syria..akhirnye ulamak Arab saudi mengkaji..xde amalan sesat sprt yg d war2 kan...pelik ,ulamak Msia ,bertahun2 sesat kan...depa boleh lepaskan.hanyer tuduhan tanper visa duk Arab saudi..yg best nye,aku dpt tahu Ummu jah tu keturunan di Raja Arab Saudi..(Aku x tahu lah depa cari sulur keturunan tu kat maner)..Raja sendiri istihar pengampunan geng2 GISB dan yg dpt tumpang same semua yg kat depoh tu..aku nak baca lah blog.suaraharamain...kot2 depa ni lg btul dari JAIS@Jakim..sbb Jais@Jakim xde bangun pun ANY CENTRE Kebajikan @Mekah+Madinah..yg aku paling boring...sah2 org berzina x buat tindakan...blues btul is Mustafa tu..kalau kau org pilih Keadilan@PAs...اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ halal lah Homo,Les,BI,Zina...aduh aper nak jadi

    ReplyDelete
  2. Cre promosi haramain di mate dunie...sgt2 nice

    ReplyDelete
  3. Kenapa jakim asyik tuduh sesat je? Klu betul jakim bawa kebenaran, tunjukkan buktinya. Kami semua rakyat Malaysia nak tengok. Pembangunan jakim utk Islam...mana kesungguhan jakim dalam membela Islam? Boleh ke jakim berjuang kalau x diberi komisyen? Kena banyak cermin diri klu nak tuduh org. Kenapa x dibicarakan, klu jakim kata diorg sesat?

    ReplyDelete
  4. Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
    tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
    mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
    mengecewakan kalian deh...

    yuk ikutan gabung bersama Pesonavip.com
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

    * Minimal deposit hanya Rp 20.000
    * Minimal tarik dana Rp 20.000
    * Dilayani oleh CS profesional dan ramah
    * 24 jam online
    * Proses Depo & WD super cepat
    * No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
    * kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :

    * PIN BBM : pesonaqq
    * WA : +85587984700

    Link Alternatif : Pesonavip.com

    Salam Sukses Pesonaqq.com

    ReplyDelete