Search This Blog

Saturday, March 16, 2013

Kapal tangki meletup tujuh orang pekerja maut


SEOUL 15 Mac - Tujuh pekerja maut manakala 13 lagi cedera dalam satu letupan melibatkan sebuah kapal tangki berdekatan loji kimia di Korea Selatan, malam tadi.
Pasukan bomba berkata, tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar itu meletup kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) di Kompleks Industri Daelum, bandar pesisir pantai di bahagian selatan, Yeosu.
"Penyiasatan sedang dijalankan," kata pasukan itu.
Agensi berita Yonhap melaporkan, pekerja kapal tangki itu sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan sebelum kapal tersebut meletup. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130315/lu_01/Kapal-tangki-meletup-tujuh-orang-pekerja-maut#ixzz2Net5zXlf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment