Search This Blog

Wednesday, February 20, 2013

Suspek dilihat larikan diri



Melaka: Polis tidak menolak kemungkinan kes seekor beruang betina dan kuda jantan yang ditemui mati akibat diracun di Zoo Melaka, di sini, bermotifkan dendam berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan baru zoo berkenaan.

Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dirancang dengan teliti oleh suspek berikutan makanan yang diberikan kepada kedua-dua binatang berkenaan pada hari sama iaitu Ahad lalu.


Siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit dalam kes berkenaan yang kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat kepada binatang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, terdapat pekerja zoo mendakwa melihat individu cuba membuang makanan ke dalam kandang binatang itu dan mengesannya namun gagal.


“Pekerja dikatakan ada ternampak seseorang dipercayai suspek cuba melarikan diri, kira-kira jam 5.30 petang hari pertama kejadian (Ahad lalu).


“Kita masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek adalah ‘orang dalam’ atau pihak luar,” katanya.

No comments:

Post a Comment