Search This Blog

Wednesday, February 20, 2013

Polis tahan 11 lagi pelarian Rohingya


Balik Pulau: Polis Pulau Pinang menahan 11 individu lagi, termasuk dua kanak-kanak membabitkan keseluruhan 113 pelarian Rohingya selepas melarikan diri ke dalam hutan Taman Negara, semalam.

Mereka yang terdiri daripada empat lelaki, lima perempuan dan dua kanak-kanak berusia antara lima hingga lingkungan 50-an itu ditahan jam 1 tengah hari oleh anggota penguat kuasa Taman Negara, sebelum diserahkan kepada polis selepas memasuki melalui perairan negara dengan menaiki bot pukat tunda sejak 13 hari lalu.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, melalui operasi ‘Ops Kesan’, 35 pelarian termasuk kanak-kanak ditahan Isnin lalu ketika ditemui berkeliaran di sekitar Pantai Teluk Kampi dan Taman Negara.

Beliau berkata, operasi berterusan itu menahan 102 pelarian daripada 120 pelarian Rohingya yang sanggup tidak makan tiga hari sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

No comments:

Post a Comment