Search This Blog

Wednesday, February 20, 2013

Mantel dikecam kutuk Kate Middleton





HILARY MANTEL

LONDON - Novelis Britain, Hilary Mantel dikecam hebat semalam selepas dia menyifatkan isteri Putera William, Kate Middleton sebagai hipokrit yang hanya bertujuan melahirkan anak.
Pemenang dua kali anugerah buku Booker Prize itu berkata, Kate tidak memiliki personaliti ibu William, mendiang Puteri Diana dan isteri kedua Raja Henry VIII England abad ke-16, Anne Boleyn.
Dia berkata demikian dalam satu syarahannya dua minggu lalu di Muzium Britain. Kenyataanya itu disiarkan semula minggu ini dalam jurnal sastera London Review of Books.
Mantel, 60, berkata, Kate, 31, yang memakai gelaran Duchess of Cambridge kekok seperti mesin apabila muncul pertama kali di khalayak awam.
Sebelum berkahwin dengan pewaris kedua takhta diraja Britain pada tahun 2011 dan hamil tahun lepas, Kate seperti sebuah patung peragaan tanpa personaliti sendiri yang dapat dilihat menerusi cara pakaiannya.
Novelis itu membandingkan sisi tidak baik Kate dengan Boleyn dan Diana yang masing-masing maut akibat dipenggal kepala oleh Henry VIII dan kemalangan kereta di Paris pada tahun 1997.
"Dia nampak sempurna seperti mesin. Berbeza sekali dengan Diana yang menunjukkan tingkah laku kekok dan bernafsu dalam setiap gerak-gerinya," katanya.
Mantel merupakan satu-satunya wanita yang memenangi anugerah Booker Prize sebanyak dua kali menerusi bukunya, Wolf Hall dan Bring Up The Bodies pada tahun 2009 dan 2012.
Akhbar Britain, Daily Mail menyifatkan komen Mantel sebagai serangan kejam ke atas Duchess of Cambridge. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2LOh10lmY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment