Search This Blog

Thursday, February 7, 2013

‘Koboi’ halang orang awam




Seremban: Empat perompak ‘ala koboi’ bertindak mengacukan pistol ke arah orang awam dan melepaskan tiga das tembakan amaran sebelum melarikan 11 dulang barang kemas dari sebuah kedai emas di Senawang Jaya, di sini, semalam.

Dalam rompakan jam 11.31 pagi itu, empat lelaki bertopeng memakai baju biru dan bertopi keledar berpenutup penuh itu hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk merompak kedai di tepi jalan itu.


Saksi kejadian yang mahu dikenali Alang, 55, berkata, dia yang kebetulan berada di tempat kejadian terkejut sebaik melihat seorang perompak di tengah jalan sambil mengacukan dua pucuk pistol di kedua-dua belah tangannya bagi menghalang orang awam melalui bahagian hadapan kedai emas berkenaan.

“Saya kemudian melihat sebuah kereta kebetulan mahu melalui kawasan itu sebelum seorang perompak melepaskan tembakan ke udara dan selain menghalang kenderaan itu melalui kawasan itu.


“Lebih menggerunkan, dia (perompak) mengacukan pistol ke arah orang awam supaya tidak mendekati kawasan itu,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment