Search This Blog

Wednesday, February 20, 2013

Hayun pisau pada polis



Petaling Jaya: Perselisihan faham dua beradik hingga menyebabkan pergaduhan menyebabkan seorang daripadanya ditahan kerana menyerang anggota polis dengan pisau ketika cuba meleraikan pergaduhan itu dalam kejadian di Blok C, Pelangi Damansara, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terdiri daripada penduduk Flat Pelangi Damansara bersama anggota Unit Jenayah Balai Polis Damansara serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan terserempak dua lelaki terbabit sedang bergaduh.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebaik melihat kejadian itu, seorang anggota polis menghampiri kedua-dua lelaki berkenaan bagi meleraikan pergaduhan, namun seorang daripadanya meluru dan menghayunkan pisau ke arah anggota polis terbabit.

“Berlaku pergelutan sebelum suspek ditangkap dengan bantuan anggota SRS dan ATM, sebelum suspek dihantar ke Balai Polis Damansara untuk siasatan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment