Search This Blog

Loading...

Monday, February 4, 2013

Dua penjenayah ditembak mati di Kuala Krai



04/02/2013 2:41am

KOTA BHARU - Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka ”menculik” seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini, semalam2.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.
"Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan OPS Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2JseQDUFK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment