Search This Blog

Tuesday, February 26, 2013

Arwah sempat belanja keluarga sate



Simpang Renggam: “Khamis lalu, dia (Mohd Ainul Fauzi) gembira menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan membeli sate untuk keluarga di rumah.

“Tanpa diduga dia meninggalkan kami ketika dalam perjalanan pulang ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang,” kata Kamilah Abu Bakar, 47, yang anaknya itu, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, terbunuh apabila bas ekspres dinaikinya terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, dua lagi penumpang bas berkenaan turut maut iaitu Mohamad Zamri Abd Rani, 42, dari Kedah dan seorang penumpang wanita warga Indonesia Intan Berliana Hufagalung, 34. Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kamilah ditemui di rumahnya di Taman Suria, di sini, berkata, Mohd Ainul Fauzi adalah anak kedua daripada empat beradik dan sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Botanikal Biologi di USM Pulau Pinang.


“Dia pulang ke kampung Khamis lalu untuk mengambil BRIM sebelum pulang semula ke USM dengan bas dari Simpang Renggam malam kelmarin.


“Ketika berada di sini, saya mengajaknya makan di luar, tetapi dia enggan kerana mahu membeli sate di gerai kegemarannya untuk kami makan bersama di rumah,” katanya.

Jenazahnya tiba di sini kira-kira jam 3.30 petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Renggam.

No comments:

Post a Comment