Search This Blog

Friday, February 1, 2013

2 maut kenderaan bertembung



Ipoh: Seorang pemandu van dan pembantunya maut apabila kenderaan dinaiki bertembung sebuah lori seberat tiga tan di Kilometer 40, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 hari itu, kedua-dua mangsa yang menaiki van mati serta merta di lokasi kejadian selepas kenderaan dipandu dari arah Cameron Highlands menuju ke Jalan Gopeng, Ipoh, di sini, gagal mengelak lori yang datang dari arah bertentangan.


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, kedua-dua mangsa iaitu pemandu van, Chong Wei Khong, 34, beralamat Taman Ipoh Timur, Ipoh bersama penumpangnya, Lee Wing Leong, 42, dari Kampung Kepayang, Simpang Pulai, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Sementara pemandu lori dikenali sebagai Ramachandran, 30, beralamat Bentong, Pahang hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

No comments:

Post a Comment