Search This Blog

Wednesday, February 20, 2013

7 rakyat Perancis diculik di Cameroon



PARIS 20 Feb. - Sekumpulan tujuh rakyat Perancis diculik di utara Cameroon, beberapa kilometer dari sempadan Nigeria, lapor Radio France Internationale, semalam.

Laporan yang memetik kenyataan kedutaan Perancis di Cameroon berkata, kesemua mangsa diculik pagi semalam oleh lelaki bersenjata ketika mereka sedang menaiki sebuah kereta.

Lelaki bersenjata itu kemudiannya membawa semua warganegara Perancis tersebut ke Nigeria yang merupakan lokasi pengganas, Boko Haram. - DPA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130220/lu_08/7-rakyat-Perancis-diculik-di-Cameroon#ixzz2LOnzxakM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment