Search This Blog

Friday, January 4, 2013

Ugut hantar mayat anak



         
AMPANG JAYA: Bayar atau terima mayat. Itu antara ugutan dilakukan sekumpulan tiga lelaki kepada sebuah keluarga selepas menculik seorang lelaki berusia 24 tahun dalam kejadian di Taman Melawati, di sini, Selasa lalu.

Mangsa dilaporkan diculik kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dalam kejadian jam 9 malam sebelum mengurung mangsa di sebuah rumah di Lembah Klang.


Menurut sumber, selepas menahan mangsa, seorang daripada suspek menghubungi keluarga lelaki terbabit dan meminta wang tebusan RM10,000.

“Malah, kumpulan terbabit turut mengugut menghantar mayat mangsa ke rumahnya sekiranya tidak menerima wang berkenaan,” katanya.


Katanya, panik dengan ugutan itu, keluarga mangsa membayar wang diminta sebelum mangsa dibebaskan jam 8 malam, kelmarin. “Kumpulan terbabit mengugut sekiranya tuntutan mereka itu gagal dipenuhi dalam 24 jam, mereka (penculik) akan menghantar mayat mangsa pulang ke rumah,” katanya.


Katanya, bapa mangsa berusia awal 50-an pada mulanya cuba berunding untuk mengurangkan wang tebusan berkenaan namun tidak dipersetujui kumpulan terbabit.

Selepas menerima wang berkenaan, kumpulan terbabit membebaskan mangsa kurang sejam kemudian.


Mangsa dan bapanya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Katanya, mangsa sudah dibebaskan selepas bayaran dibuat keluarganya dan siasatan lanjut dilakukan.

No comments:

Post a Comment