Search This Blog

Friday, January 4, 2013

Tumbukan lesung batu bongkar rahsia



Mohd Mokhtar  (tengah)  menunjukkan pil Ecstacy dan Erimin 5  yang dirampas bernilai RM202,100 pada sidang media   di IPK Johor, semalam. 

Mohd Mokhtar (tengah) menunjukkan pil Ecstacy dan Erimin 5 yang dirampas bernilai RM202,100 pada sidang media di IPK Johor, semalam.
Johor Bahru: Bunyi tumbukan lesung batu dan ketukan dalam sebuah rumah dekat Permas Jaya di sini, membawa kepada terbongkarnya kegiatan seorang lelaki sedang memproses dadah.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, suspek yang juga warga Singapura, ditahan bersama pil Ecstacy dan Erimin 5 serta bahan lain bernilai RM202,100.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata serbuan juga menjumpai peralatan memproses dadah terbabit, termasuk lesung batu dan alat pendakap besi yang dipercayai digunakan untuk tujuan terbabit.


Katanya, dadah dirampas mampu dijadikan bekalan untuk kegunaan kira-kira 5,000 penagih dan suspek disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah Singapura.

“Ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah dan kini dalam tahanan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988, yang jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Taman Tampoi, dekat sini, pada jam 11 malam kelmarin, empat lelaki, termasuk dua warga Singapura ditahan.
Katanya, pemeriksaan polis menjumpai heroin dan ganja yang dianggarkan bernilai RM20,700 membabitkan heroin seberat 516 gram dan ganja seberat 30 gram.
“Ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah dan seorang suspek baru enam bulan dibebaskan dari Penjara Kluang.

“Suspek kes ini juga disiasat mengikut akta sama dan polis sedang mengesan kemungkinan ada suspek lain terbabit dalam dua kes ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment