Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Samun rumah ibu saudara



 0  1 Google +0  0  0 Cetak
Kuala Terengganu: Seorang buruh yang memecah masuk rumah ibu saudaranya dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Md Fadly Mohammad, 32, dari Kampung Pak Katak, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Dia didakwa memasuki rumah Rohanai Mohamad, 50, di Kampung Pak Katak, di sini, dan mencuri dua pemain cakera video digital (DVD), sebentuk cincin emas berbatu permata, seutas gelang tangan emas, satu telefon bimbit Nokia dan duit syiling RM100 antara jam 9 pagi hingga 9 malam pada 22 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Md Fadly tidak diwakili peguam.


Mengikut fakta kes, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam pada 22 Januari lalu mendapati kediamannya berselerak dengan pelbagai barangan termasuk syiling RM100 hilang.


Mangsa yang mengesyaki kediamannya dimasuki pencuri membuat laporan di Balai Polis Gong Badak di sini, dan Md Fadly ditahan pada jam 1.05 pagi di rumahnya, 24 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment