Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Rompak: Penganggur dipenjara empat tahun



29/01/2013 4:56pm

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang pembantu rumah tiga bulan lepas.
Hakim Chan Jit Li menjatuhi hukuman itu terhadap Md. Nurulazman Saliholdin, 39, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Jit Li memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan pada 13 November tahun lepas.
Md. Nurulazman bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap Intan, 30, dari Indonesia.
Mereka merompak pelbagai jenis barangan milik majikan Intan termasuk seutas jam tangan jenama Rolex dan barangan kemas di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang pada 5.30 petang, 31 Oktober 2012.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2JPbXYtDH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment