Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Remaja mahu jadi ahli sihir



Suva: Dua remaja dituduh pihak berkuasa Fiji cuba melakukan sihir selepas menggali kubur, mencuri tengkorak dan menyembunyikannya. Remaja berusia 17 dan 19 tahun itu dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menceroboh perkuburan dan berlagak ahli sihir. November lalu, polis Fiji mengeluarkan kenyataan menuduh remaja tidak dinamakan itu menggali kubur lelaki 60 tahun yang meninggal empat tahun lalu.

Mereka kemudian menyembunyikan tengkorak di bawah pokok kira-kira 1.6 kilometer dari situ.
Akhbar Fiji Times melaporkan, adik lelaki yang mati itu memaklumkan polis di bandar Savusavu terhadap insiden itu minggu ini.

Ia menyatakan, tuduhan itu membawa hukuman maksimum lima tahun penjara. AP

No comments:

Post a Comment