Search This Blog

Thursday, January 17, 2013

Polis rampas dadah bernilai lebih RM200,000

Polis rampas dadah bernilai lebih RM200,000Batumalai menunjukkan dadah yang dirampas.
GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan merampas 920 gram syabu dan ketamin serta 2,240 biji pil eramin 5 bernilai lebih RM200,000, di kawasan Pulau Tikus, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan S Batumalai berkata, bertindak atas maklumat kemalangan jalan raya di kawasan itu, sepasukan polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bersama kereta Proton Perdana dipandunya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, pemeriksaan di dalam kereta dipandu suspek dan siasatan lanjut di sebuah premis di kawasan Jelutong, polis menemui dadah jenis methamphetamine seberat 8.16 gram, pil eramin 2,240 biji dan 104 gram ketamin.

“Saringan air kencing suspek didapati positif dadah dan direman sehingga 22 Januari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai satu kes bicara melibatkan dadah.

Batumalai berkata, dadah itu dipercayai untuk pasaran sekitar Georgetown.

“Masyarakat setempat perlu menyalurkan maklumat kepada polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment