Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Penganggur mewah bekal dadah


Kuantan: Rahsia kehidupan mewah seorang penganggur terbongkar apabila polis menyerbu rumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini, menemui kira-kira 1.3 kilogram (kg) heroin bernilai RM90,000 yang disembunyikan di belakang meja kecil.

Dalam serbuan jam 6.30 petang, 23 Januari lalu oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu, suspek berusia 44 tahun bersendirian di rumahnya.


Ketua JSJN Pahang Superintendan Yap Toon Khuan berkata, lelaki itu dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pihaknya menemui 13 bungkus berisi serbuk dan ketulan putih serta hijau dipercayai heroin dalam sebuah kotak.


“Serbuan dilakukan selepas kami mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah daripada empat suspek yang ditahan dalam dua serbuan berasingan pada hari sama.


“Bekalan dadah itu dipercayai untuk kegunaan 20,000 penagih tempatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment