Search This Blog

Tuesday, January 22, 2013

‘Pemandu tercampak keluar dari lori’

MUAR: Seorang pengimpal besi maut di tempat kejadian selepas lori dipandunya itu dilanggar sebuah treler dari belakang sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan, menyebabkannya tercampak dari lori dan cedera parah dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Pasir, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Raub Abdul Rashid, 36, dikatakan dalam perjalanan dari pusat bandar ini menuju ke Taman Indah, Bukit Pasir untuk memasang pagar yang ditempah pelanggannya.


Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika tiba di lokasi lori mangsa dikatakan berhenti di tengah jalan untuk membelok ke kanan bagi memasuki taman perumahan itu. Bagaimanapun, katanya ketika itu sebuah treler dari arah sama tiba di lokasi dan tidak sempat memperlahankan kenderaan sebelum merempuh belakang lori dipandu mangsa.

“Ia menyebabkan lori berkenaan terbalik di tengah jalan dan pemandunya terkeluar. Orang ramai yang lalu menghubungi polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment