Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Pelajar pengsan dibelasah 20 senior

Shaari Hashim (kanan)  menunjukkan keadaan mata anaknya,  Syahmie  yang dibelasah sekumpulan pelajar senior ketika ditemui di Hospital Kepala Batas, semalam. - Foto Siti Azila AliasShaari Hashim (kanan) menunjukkan keadaan mata anaknya, Syahmie yang dibelasah sekumpulan pelajar senior ketika ditemui di Hospital Kepala Batas, semalam. - Foto Siti Azila Alias Kepala Batas: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini, dibelasah hingga pengsan, dipercayai oleh sekumpulan pelajar senior ketika waktu rehat, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, Syahmie Tarmize, 15, yang cedera di kepala, mata, mulut, pipi dan telinga, selain sakit di bahagian dada, dimasukkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Berikutan kejadian itu, bapa pelajar berkenaan, Shaari Hashim, 49, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU).


Syahmie, ketika ditemui di HKB, semalam, mendakwa dia tidak tahu kenapa diserang oleh kira-kira 20 pelajar senior ketika sedang makan nasi di bahagian kantin sekolah.

Mangsa sering diejek

“Saya tak tahu kenapa mereka pukul saya. Sebelum ini, mereka sering mengejek kerana saya memakai songkok ke sekolah,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang makan nasi bersama seorang rakan, didatangi pelajar senior yang bertindak menendangnya dari arah belakang.
Tersentak dengan perbuatan itu, dia melarikan diri ke dalam kelas yang terletak di tingkat dua. Dia terus diserang pelajar terbabit yang turut disertai beberapa pelajar lain.

Dia mendakwa tidak kurang 20 pelajar, dipercayai Tingkatan Empat dan Lima membelasahnya di kepala, muka dan badan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Baru pindah sekolah

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan sebaik sedar saya berada di pejabat dan dibawa guru ke hospital selepas itu tetapi rakan saya memberitahu mereka (senior) menghentak kepala saya dengan kerusi.

“Saya tak kenal mereka dan tak pernah kacau mereka. Tambahan pula, saya baru berpindah ke sekolah ini awal sesi persekolahan lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment