Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Mayat wanita ditemui di Sepang




Sepang: Mayat seorang wanita dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu ditemui pekerja pembersihan di kawasan rimbunan pokok di simpang masuk ke Pusat Pengurusan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 11.30 tengahari tadi.

Difahamkan, mayat terbabit dipercayai warga China berusia 29 tahun berdasarkan dokumen perjalanan diri dan pasport yang ditemui pada mayat berkenaan.
Sumber berkata, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan reput kerana dipercayai sudah sebulan berada di kawasan rimbunan pokok berkenaan.

Menurutnya, ketika mayat itu ditemui, tengkorak kepalanya masih tergantung pada pokok manakala badannya ditemui di atas tanah.

No comments:

Post a Comment