Search This Blog

Tuesday, January 22, 2013

Kanak-kanak hilang: Polis kesan individu buat panggilan palsu



SHAH ALAM 21 Jan. - Polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kepada ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights di sini Rabu lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana boleh menganggu proses siasatan polis dan menyalahi undang-undang.
"Kami menerima maklumat bahawa individu yang membuat panggilan dan menghantar SMS palsu tersebut meminta ibu bapa mangsa membayar sejumlah wang supaya anak mereka dapat dibebaskan.
"Bagaimanapun di akhir perbualan atau SMS, individu terbabit mengatakan mereka hanya sekadar bergurau dan mengaku sebenarnya kanak-kanak tersebut tiada di bawah jagaan mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130122/je_03/Kanak-kanak-hilang-Polis-kesan-individu-buat-panggilan-palsu#ixzz2Ieylqy1c
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment