Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Geng pecah rumah 'Lou Cheok' berkubur



29/01/2013 6:29pm

KUALA LUMPUR — Geng 'Lou Cheok' yang mempunyai dua anggota, aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kereta sejak setahun lepas akhirnya berkubur apabila seorang anggota ditahan manakala seorang lagi mati ketika lari daripada serbuan polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dengan berkuburnya geng itu polis menjumpai semula pelbagai barangan serta sembilan kereta curi yang kesemuanya bernilai kira-kira RM500,000.
Beliau berkata, pada 15 Januari lepas seorang anggota geng itu yang berumur 46 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Sri Damansara, Petaling Jaya, ketika mereka melarikan daripada serbuan polis.
Mohan Singh berkata, pada 17 Januari seorang lagi anggota geng itu yang berumur 33 tahun, diberkas di belakang sebuah hotel di Jalan Maharajalela, di sini ketika cuba mencuri sebuah kereta Toyota Altezza.
Beliau berkata, keesokannya, polis menyerbu rumah suspek itu di Jalan Loke Yew serta beberapa tempat di ibu negara dan menemui peralatan pecah rumah, sembilan kereta curi pelbagai jenama, sebuah notebook, beg tangan, SmartTag, matawang asing, sekeping lesen memandu milik Low Chee Keong, pendrive, pas kondominium, sebatang ‘allen key’ yang diubah suai dan dompet, yang keseluruhannya bernilai RM500,000.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2JPZajGU6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment