Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Ejen hartanah dalang edar dadah ditahan



Nordin Kadir dan pegawainya menunjukkan dadah dan beberapa barangan lain yang dirampas dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Selangor, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 22 Jan. - Polis menahan seorang ejen hartanah yang dipercayai dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah dan merampas 12,930 gram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan berjumlah RM752,237 dalam dua serbuan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 3.15 petang, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan suspek berusia 27 tahun dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback di Pandan Indah dekat sini.
Pemeriksaan dalam kereta suspek menemukan satu beg besar mengandungi 12 bungkusan dadah jenis heroin seberat 5,433 gram yang dibungkus dengan akhbar dan lapan peket kecil dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 408 gram.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130123/je_04/Ejen-hartanah-dalang-edar-dadah-ditahan#ixzz2IknCi0wV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment