Search This Blog

Friday, January 4, 2013

Dua nelayan dikhuatiri lemas di perairan Batu Payung



TAWAU 4 Jan. - Dua nelayan dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari perahu mereka ketika memancing di perairan Batu Payung hari ini.
Awang Suhaili Sahillah, 23, dan Zulkarnain Jabir, 27, dilapor keluar memancing antara pukul 10 pagi dan 2 petang tadi.
Bapa saudara Awang Suhaili, Ahmadshah Salleh berkata dia diberitahu seorang nelayan bahawa perkara buruk mungkin menimpa anak saudaranya itu.
“Saya diberitahu bahawa salah seorang daripada mereka meminta tolong sambil melambai tangan dari dalam air. Saya dan beberapa orang lagi segera bergegas ke tempat kejadian dan hanya menemui perahu tanpa orang di atasnya," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya yang menerima panggilan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat, namun belum menemui kedua-duanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130104/dn_32/Dua-nelayan-dikhuatiri-lemas-di-perairan-Batu-Payung#ixzz2H0jWrSOG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment