Search This Blog

Monday, January 7, 2013

4 maut dalam insiden tebusan



Aurora (Colorado): Empat orang, termasuk penyerang bersenjata, terbunuh semalam dalam insiden tebusan di Aurora - bandar yang pernah menyaksikan seramai 12 orang mati dan 58 cedera akibat satu serangan di panggung wayang Julai lalu.

Jurucakap polis berkata, selepas hampir enam jam berunding, penjenayah terbabit ditembak mati apabila dia melepaskan tembakan dari tingkap di tingkat dua sebuah rumah bandar yang menjadi kubunya.


Tidak dapat dipastikan sama ada polis memasuki rumah berkenaan atau dia ditembak dari tingkap. Selepas rumah itu diserbu, polis menemui tiga mayat lain yang setiap satu mempunyai kaitan dengan penjenayah terbabit. Sejumlah penduduk terpaksa dipindahkan kira-kira jam 3 pagi (waktu tempatan) bagi membolehkan polis bertindak menangani situasi itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment