Search This Blog

Friday, December 28, 2012

Enam lelaki didakwa pukul empat orang termasuk pegawai polis



BATU PAHAT: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memukul empat lelaki termasuk seorang pegawai polis di sebuah restoran di sini, Sabtu lalu.

Enam tertuduh berkenaan, Syed Mohamad Abdul Majeed, 42; Othaman Muhamad, 57; Sheikh Jamaluddin Mahmud, 38; Mohd Abid Ibrahim, 25; Mohamad Rafiq Syed Mohamad, 20, dan Muhammad Ma'al Rafidin Afandi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Amaliah Marsita Hamdan.
Kesemua tertuduh didakwa secara bersama sengaja mendatangkan kecederaan kepada empat lelaki termasuk pegawai polis berkenaan yang ketika itu sedang bercuti.

Perbuatan itu dilakukan dengan menggunakan senjata cota besi boleh laras dan sebatang rotan yang bersaiz dua kaki di hadapan Restoran Meriam Jalan Rahmat di sini, kira-kira jam 3.30 pagi 22 Disember.

Mahkamah kemudian memerintahkan setiap tertuduh diikat jamin RM9,500 seorang dan menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham. - BERNAMA

13 maut bas terhumban dalam gaung



Pegawai polis dan anggota pasukan penyelamat, memeriksa bangkai bas yang terhumban ke dalam gaung di La Joaquina, wilayah Tungurahua, Ecuador, kelmarin. - AGENSI
QUITO 27 Dis. - Sekurang-kurangnya 13 penumpang sebuah bas terkorban, manakala 37 yang lain cedera apabila kenderaan tersebut terhumban ke dalam gaung di wilayah Tungurahua di tengah Ecuador, semalam.
Menurut laporan akhbar tempatan El Universo, kemalangan itu berlaku apabila bas terbabit hilang kawalan, lalu terbalik sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam lebih 200 meter.
Gabenornya, Lira Villaba berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi (10.30 pagi waktu Malaysia) di sebuah kawasan yang terletak di antara Ambato, ibu negara Tungurahua dan bandar Pillaro.
Hasil siasatan awal mendapati, masalah brek merupakan punca kepada kemalangan tersebut.
Lebih 20 ambulans dikerah ke tempat kejadian bagi membantu membawa mangsa-mangsa ke hospital.
"Kesemua mangsa berada dalam keadaan terkejut dengan kemalangan itu," kata seorang daripada mangsa yang terselamat.
Setiap tahun, dianggarkan seramai 33 daripada 100,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Ecuador. - BERNAMA/Xinhua


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121228/lu_02/13-maut-bas-terhumban-dalam-gaung#ixzz2GM5KQ4lt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun, denda RM977,560



KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.
Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.
Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.
Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121228/ma_05/Bekas-ahli-MPAJ-dipenjara-8-tahun-denda-RM977560#ixzz2GM5c365M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga India cuba seludup dadah hampir RM1 juta

KUANTAN 28 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah seberat 4.9kg bernilai hampir RM1 juta ke negara ini berikutan penahanan seorang warganegara India di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini.
Dalam kejadian Rabu lepas itu, lelaki berusia 37 tahun ditahan di balai ketibaan LTSAS, pada 8.10 pagi.
Menurut Pengarah Kastam Pahang Datuk Sarip Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek menyembunyikan dadah di bahagian bawah bagasinya dan cuba membawa keluar melepasi kawalan kastam.
"Dadah jenis methamphetamine seberat 4.9kg itu bernilai RM931,000 itu berjaya dirampas setelah pihak kastam memeriksa bagasi suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek berjaya melepasi lapangan terbang antarabangsa iaitu dari Calcutta, India ke Singapura seterusnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTSAS.
Katanya, siasatan juga mendapati suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket dadah itu memasuki negara ini sebagai pelancong. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121228/je_06/Warga-India-cuba-seludup-dadah-hampir-RM1-juta#ixzz2GM8ipLQv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga lelaki bebas daripada tuduhan membunuh

SHAH ALAM 28 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan tiga lelaki daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima dekat sini, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya berkata kesemua tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana tiada bukti yang menunjukkan kehadiran ketiga-tiga mereka di tempat kejadian.
Illayaraaja Haridas, 29, Gobi Nath Shanmugam, 21, dan Tiranesvaran Sathievelu, 23, dituduh membunuh Syed Kumar Yahya@Bobby Umar Ungkilat, 37, di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima lebih kurang pukul 1 pagi pada 18 Jun 2010.
Syed Kumar meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Hospital Serdang kerana mengalami kecederaan parah akibat dipukul dengan objek tajam hingga menyebabkan kerosakan pada otaknya.
Ghazali berkata tiada bukti menunjukkan kehadiran tiga tertuduh di tempat kejadian dan tiada saksi yang dapat mengecam bahawa tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa.
Hakim mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri gagal membuktikan kes dengan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.
Illayaraaja diwakili peguam S.Prakash, peguam Gobind Singh Deo di pihak Gobi Nath Shanmugam manakala Tiranesvaran dibela oleh Badrul Munir Bukhari. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121228/ma_04/Tiga-lelaki-bebas-daripada-tuduhan-membunuh#ixzz2GM7mHQHk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas maut dalam letupan bangunan universiti

KIEV 28 Dis. - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam letupan di sebuah universiti perubatan di bandar Chernivysy di barat negara ini, semalam.
Polis telah menyiasat letupan tersebut dan mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada bom, kata seorang jurucakap polis.
Katanya, letupan itu menyebabkan seorang lelaki yang berusia 62 tahun terbunuh dan beberapa pensyarah dan mahasiswa universiti berkenaan cedera. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121228/lu_07/Warga-emas-maut-dalam-letupan-bangunan-universiti#ixzz2GM7BRrNC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota badan polis diculik di Hadramawat ditemui

ADEN 28 Dis. - Polis Yemen semalam menemui cebisan anggota badan seorang pegawai polis yang diculik bulan lalu di wilayah timur, Hadramawat.
Menurut jurucakap polis, anggota badan itu dipercayai milik Timbalan Ketua Polis Al-Qotn, Leftenan Kolonel Al-Numeiri Abdo al-Oudi yang diculik ketika dalam perjalanan ke masjid.
Katanya, al-Oudi telah ditembak di dada oleh suspek yang dipercayai golongan militan dan mereka turut memotong telinga dan mengorek matanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121228/lu_06/Anggota-badan-polis-diculik-di-Hadramawat-ditemui#ixzz2GM5wv4H6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua sahabat maut, rempuh tiang, pokok dan pondok bas di Marang



MARANG - Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.
 
Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Shahrul Nazim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.
 
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan berkata dua sahabat yang berasal dari Johor itu sedang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu dan dipercayai baru pulang dari kampung halaman mereka.
 
Katanya kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua batang tiang elektrik, sebuah pondok bas dan pokok di tepi jalan.
 
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terpelanting sejauh 30 meter sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi.
 
"Kereta mangsa remuk teruk dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
 
Sementara itu pihak Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
 
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.  - Bernama

Murid tahun lima maut dilanggar lori ketika melintas di Jerantut



KUANTAN - Seorang murid tahun lima maut akibat dilanggar lori ais ketika melintas di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Paya Embun-Jerantut Feri dekat Kampung Lada, di Jerantut, petang semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Mohd Faizol Aidil Arzula, 11, dari Kampung Lada, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa dilanggar semasa sedang melintas jalan secara tiba-tiba.

"Dipercayai mangsa secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar lori muatan ais yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Jerantut," katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu lori yang berusia 30-an itu dipercayai tidak sempat membrek kenderaannya kerana jarak terlalu hampir.  

Sementara itu, dalam kejadian berasingan malam tadi, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang di Kilometer 5 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, Orang Asli terbabit, Karim a/l Sudin, 28, berasal dari kampung Lobak, Bentong maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Ekoran itu, mangsa telah bertembung dengan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu bas dan penumpang bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Tiga anggota geng samun bersenjata api ditahan



KEPALA BATAS - Tiga anggota geng samun bersenjata api yang aktif di Pulau Pinang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sungai Petani, Kedah.
 
Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan malam tadi dan awal pagi ini.
 
"Bertindak hasil maklumat awam dan risikan polis, kita menyerbu sebuah rumah di Taman Kenari, Sungai Petani pada pukul 8.30 malam tadi dan menahan dua lelaki.
 
"Susulan itu pada pukul 5 pagi, kita menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan perumahan yang sama dan berjaya menahan seorang lagi lelaki," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata berikutan serbuan itu, polis turut merampas antara lain sepucuk pistol, 40 butir peluru pelbagai jenis, gari, empat telefon bimbit serta buku akaun Tabung Haji milik seorang wanita.

Siasatan awal mendapati mereka terbabit dalam tiga kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah bulan lalu dan awal bulan ini, katanya.
 
Mereka beserta beberapa lagi anggota yang masih bebas dipercayai turut melakukan beberapa lagi kejadian samun dan rompak di sekitar negeri ini.
 
Abdul Rahim berkata kumpulan ini sangat berbahaya kerana memiliki senjata api dan akan bertindak di luar jangkaan seperti mencederakan mangsa jika mereka terdesak.
 
Beliau berkata salah seorang daripada yang ditahan yang bekerja sebagai pengimpal manakala dua lagi tidak bekerja kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
 
Mengenai kes judi, beliau berkata 361 premis perjudian di sekitar negeri ini diserbu dari bulan lalu hingga Selasa lepas dan seramai 81 orang termasuk penjaga dan pemilik premis ditahan serta 389 mesin judi dirampas.  - Bernama

8 warga Indonesia didakwa rompak anak kapal MT Merlion Dua



KOTA TINGGI – Lapan warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan di perairan Tanjung Stapa, Pengerang, awal bulan ini.

Tertuduh yang dikenali sebagai Zainudin, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37 dan Zul, 34, dituduh bersama dua lagi rakan yang masih bebas, melakukan perbuatan itu ke atas anak kapal tangki MT Merlion Dua pada jam 1.50 pagi, 11 Disember lalu.

Kesemua lelaki terbabit mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Hakim Salawati Djambari menetapkan 29 Januari bagi sebutan kes.

Kesemua mereka yang berusia antara 23 dan 46 tahun yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan,  boleh dihukum penjara 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Juanita Mohd Said manakala lapan lelaki tersebut tidak diwakili peguam.

Rasuah: Ketua Umno Pandan dijel 8 tahun, denda hampir RM1 juta



KUALA LUMPUR - Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani.

Beliau juga mengarahkan hukuman penjara sembilan  tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560.

Abd Ghani, 46, yang ketika kejadian adalah seorang ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didapati bersalah atas tuduhan memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob sebanyak RM24,189.

Abdul Rahman telah pun meninggal dunia.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan disini,  pada 9 malam 4 Ogos 2006.

Lelaki itu juga bersalah atas lapan lagi tuduhan menerima rasuah antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman.

Suapan itu diberikan oleh Abdul Rahman kepadanya di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.

Bagi pertuduhan ke-10, Abd Ghani  turut bersalah memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.

Suapan tersebut diberikan sebagai upah menolong syarikat Dwisakti Mewah mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.

Perbutan itu dilakukan olehnya di syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Kesemua kesalahan yang dilakukan olehnya mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff.

Seorang wanita mati disyaki dibunuh suami sendiri

ALOR SETAR - Seorang pembantu kedai ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Alor Gelegah, Mukim Derga di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, wanita berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa akibat hentakan objek tumpul dan keras.

"Berdasarkan maklumat awal, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

"Di mana, jam kira-kira 2.15 pagi, kami telah menerima aduan mengenai pergaduhan antara pasangan suami isteri itu," katanya.

Katanya, selepas pasangan ini bergaduh, mereka keluar dari rumah, dan pulang semula 15 minit kemudian bersama sebuah lagi motosikal yang ditunggangi seorang lelaki.

Namun, katanya, sesi pergaduhan antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Jun lepas, berulang di kawasan depan rumah.

Polis menahan tiga suspek termasuk suami mangsa.

Suami mangsa merupakan seorang mekanik berumur 26 tahun manakala dua lagi suspek yang ditangkap, dipercayai rakan kepada suami Nur Fatimah berumur dalam lingkungan 20an.

Zakaria berkata, motif sebenar pembunuhan mangsa akan disiasat.

Bertindak membakar bas selepas rakan maut



KUANTAN - Sekumpulan lelaki bertindak membakar sebuah bas kilang apabila seorang penunggang motosikal yang dipercayai rakan mereka maut akibat merempuh belakang bas berkenaan yang berada di bahu jalan.
 
Kejadian berlaku 6.40 pagi tadi apabila mereka menyimbah petrol lalu membakar bas itu di Km17 Jalan Besar Ringlet-Sungai Koyan, Kampung Leyar berhampiran Cameron Highlands.
 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata rakan mereka yang juga seorang buruh dilaporkan maut selepas motosikalnya merempuh bahagian belakang bas berkenaan.
 
Mangsa M. Sarimutu, 40, dari Batu Gajah, Perak yang dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan di kawasan berhampiran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Beliau berkata seorang rakan mangsa yang melihat kejadian itu telah menghubungi rakan-rakannya yang lain yang sejurus tiba di tempat kejadian, bertindak membakar bas berkenaan sehingga rentung.

Siasatan awal mendapati bas berkenaan diletakkan di tempat kejadian sejak dua hari lepas kerana mengalami kerosakan enjin, katanya.
 
Pihak polis sedang mengesan kumpulan terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.  - Bernama

Misteri 'hilang' terjawab


Misteri 'hilang' terjawab
Anggota polis membawa mayat Che Rahi ke bilik mayat Hospital Besut petang semalam.
BESUT – Seorang pesakit mental yang baru keluar dari Hospital Kota Bharu, Kelantan ditemui mati di rumahnya di Kampung Gong Bayor, dekat sini petang semalam.

Mayat Che Rahi Hussin, 58, ditemui oleh sepupunya, Zawiah Mohamad dalam keadaan bogel dan sudah berbau di sebuah rumah tidak bernombor di belakang balai raya kampung itu kira-kira  1.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, Zawiah telah pergi ke rumah si mati selepas tidak melihat kelibat mangsa sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, kali terakhir ahli keluarga bertemu mangsa ialah pada jam 10 malam hari Isnin lalu di rumahnya.

“Ketika wanita itu sampai di rumah berkenaan, pintu dan tingkap rumah mangsa tertutup tetapi setelah diperiksa di dalam rumah, sepupunya itu mendapati mangsa meninggal dunia di ruang utama rumah berhampiran laluan masuk ke bahagian dapur dalam keadaan terbaring.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak lebih tiga hari lalu berdasarnya mayatnya yang sudah membengkak dan berbau,” katanya.

Kamaruddin berkata, ahli keluarga mangsa memberitahu mangsa sebelum ini menjalani rawatan sakit jiwa di Hospital Kota Bharu selama dua bulan sebelum balik ke rumahnya pada Sabtu lalu, iaitu dua hari selepas kali terakhir dia dilihat.

Menurutnya, mangsa tinggal seorang diri di rumah itu dan masih bujang serta mengalami masalah mental sejak kecil.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Barang kemas RM500,000 lesap, 3 penjenayah tembak polis



Muka depan Sinar Harian edisi Perak hari ini
Muka depan Sinar Harian edisi Perak hari ini.
PARIT BUNTAR - Tindakan nekad empat anggota polis cuba menahan sekumpulan perompak sebuah kedai emas daripada melarikan diri hampir berakhir tragedi apabila kenderaan mereka ditembak dalam kejadian rompakan bersenjata di Pekan Baru, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua penjenayah bertopeng memasuki kedai emas terbabit melalui pintu hadapan dan mengarahkan tiga pelanggan di dalamnya beredar dari situ.

Menurutnya, sejurus pelanggan beredar, salah seorang suspek mengacukan senjata kepada salah seorang pekerja premis itu, manakala seorang lagi suspek memecahkan kaca meja pameran barang kemas menggunakan penukul.

“Setelah dipecahkan, suspek bertindak mengaut kesemua barang kemas terbabit ke dalam guni, manakala rakan suspek mengarahkan lima pekerja kedai itu duduk melutut.
“Mereka hanya mengambil tempoh 10 minit untuk merompak premis berkenaan sebelum melarikan diri dengan bantuan seorang lagi suspek yang menunggu di dalam sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di hadapan premis itu,” katanya sewaktu ditemui media selepas melawat lokasi kejadian tengah hari semalam.
Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai emas tersebut menanggung kerugian kira-kira RM500,000.


Tayar pancit terkena tembakan

Mat Fauzi berkata, sewaktu kesemua suspek berkenaan hendak memasuki kenderaan, mereka terlihat sebuah kereta peronda polis yang sedang menuju ke lokasi kejadian untuk menahan mereka.
Menurutnya, salah seorang suspek bertindak menembak ke arah kereta polis terbabit sebelum polis bertindak mengejar kenderaan suspek.

“Namun, usaha mengejar kenderaan suspek tidak dapat diteruskan disebabkan tayar kenderaan kereta peronda ini pancit akibat terkena serpihan tembakan senapang jenis ‘pump gun’ suspek.

“Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan utara dan pihak kami sudah memohon bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) berdekatan daerah Kerian untuk membantu siasatan,” katanya.


Usaha buru suspek bermula

Mat Fauzi berkata, berdasarkan maklumat saksi, kesemua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Melayu dan berusia lingkungan 30-an.
“Polis Kerian sudah meningkatkan tahap keselamatan di seluruh daerah ini termasuk mengadakan sekatan jalan raya di setiap jalan utama bagi memastikan suspek tertangkap.
Sementara itu, seorang peniaga, Ismail Abdullah, 62, ketika ditemui mengesahkan ada mendengar bunyi tembakan di luar kedainya dan terkejut apabila mendapati seorang pelanggan memasuki premisnya secara tergesa-gesa.

Rumah Pegawai Khas Ahmad Maslan disimbah cat merah

Halim menunjukkan laporan polis dan rumahnya yang disimbah cat, semalam.Halim menunjukkan laporan polis dan rumahnya yang disimbah cat, semalam.
WANGSA MAJU - Gara-gara menegur penceramah yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara, rumah seorang penduduk disimbah cat merah.

Mangsa, Ab Halim Tuah Rahmat, 44, berkata, perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan beberapa pihak setelah dia menegur seorang penceramah di sebuah surau berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 5, di sini pada Khamis, minggu lalu.

Menurutnya, dia menyedari rumahnya di simbah cat pada Selasa lalu oleh jirannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sewaktu dia dan keluarganya berada di Melaka.

“Saya percaya dan mengesyaki perbuatan ini ada kena mengena dengan pertikaman lidah antara saya dengan penceramah serta jawatankuasa suara setelah mempertikaikan tindakan penceramah menghina Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara dalam kuliah maghrib.

“Saya juga percaya tindakan mereka ini cuba untuk menakut-nakutkan saya dan keluarga supaya saya berdiam diri dalam perkara ini,” katanya yang baru tinggal di Seksyen 5 Wangsa Maju pada tahun ini.

Halim yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dia tetap akan mempertahankan tindakannya bagi menjaga nama baik institusi Raja dan pemimpin negara daripada sebarang tohmahan.

Katanya, dia akan memberi tempoh seminggu kepada pelaku yang menyimbah cat ke rumahnya untuk membersihkan rumahnya.
“Kejadian menghina Yang di-Pertuan Agong ini juga adalah kali kedua di surau sama  setelah saya pernah membuat laporan polis mengenainya pada 15 November 2012,” katanya.

Jelasnya, dia turut difahamkan oleh orang ramai bahawa penceramah tempoh hari bukanlah seorang ustaz yang layak memberi ceramah agama tetapi merupakan bekas anggota tentera dan polis yang dipecat.

Menurutnya, perbuatan penceramah itu jelas secara terang-terangan bermotifkan politik untuk menyerang kedudukan institusi Raja-raja Melayu dan memfitnah pemimpin negara.

Sementara itu, jiran mangsa, Wan Ahmad Wan Ngah, 56, berkata, dia menyedari kejadian berlaku pada pagi Selasa apabila tingkap rumahnya pecah dan bengkok setelah dipercayai terkena balingan batu.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati rumah jiran saya disimbah cat merah dan saya segera menghubungi tuan rumah selepas itu,” katanya.

Mohd Bakri: Polis ada 'contact' kes penculikan di Lahad Datu



KOTA KINABALU - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis masih mempertingkat kerjasama dengan pasukan keselamatan dari negara jiran bagi menyelamatkan mangsa penculikan di Lahad Datu pada bulan lepas.
 
"Kita mempunyai beberapa orang hubungan, dan kita tahu orang yang dihubungi itu," katanya sambil menambah polis tidak akan mendedahkan 'orang yang dihubungi' itu.
 
Bercakap pada sidang akhbar di sini, Mohd Bakri berkata pihaknya meminta agar media tidak mendedahkan kes penculikan seumpama itu bagi menjaga keselamatan dan sensitiviti mangsa.
 
Mengenai keadaan mangsa, beliau berkata: "Mereka okey...okey bermakna mereka masih berada di sana."
 
Ditanya mengenai sebarang tangkapan dilakukan, katanya: "Buat masa ini belum lagi, tetapi kita ada pegawai perisik."
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes penculikan membabitkan dua rakyat tempatan di pantai timur Sabah pada awal bulan lepas.
 
Dalam kejadian antara 3.30 dan 4.30 petang itu, lima lelaki bersenjata api menculik seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dari ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50 km dari pekan Lahad Datu.
 - Bernama

Warga emas diburu ah long

Warga emas diburu ah longRumah milik pasangan suami isteri warga emas di Taman Cempaka, yang diconteng cat merah oleh ah long.
IPOH - Sepasang suami isteri warga emas terpaksa bersembunyi di hotel bajet sekitar bandar raya ini bagi menyelamatkan diri dari dijejaki kumpulan ah long yang sedang memburu anak lelaki mereka.

Mangsa, Chan Kwai Woh, 77, dan isteri, Yong Yin Yoke, 70, terpaksa berbuat demikian selepas kumpulan tersebut menyerang rumah mereka di Taman Cempaka pada 15 Disember lalu.

Akibat bimbang nyawa mereka terancam, pasangan suami isteri itu bertindak menyorok di hotel murah sekitar Ipoh dua hari selepas kejadian tersebut berlaku.

Kwai Woh yang bekerja sebagai juruteknik sambilan berkata, musibah bermula selepas anak lelakinya yang dikenali sebagai Voon, 48, membuat pinjaman wang dalam jumlah besar daripada kumpulan yang menawarkan pinjaman wang secara haram itu.

“Saya hanya mengetahui perkara tersebut selepas rumah kami disimbah cat kira-kira dua minggu lalu.

“Selepas kejadian itu berlaku, kami mendesak Voon untuk menceritakan perkara sebenar, namun keesokan harinya dia melarikan diri dari rumah,” katanya.

Dia ditemui ketika membuat aduan kepada Ketua Biro Pengaduan MCA dan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin di Pejabat Biro Pengaduan MCA dan Barisan BN Perak.

Katanya, mereka terlalu takut apabila beberapa orang samseng muncul di hadapan rumah dan mengugut mereka supaya melangsaikan semua hutang Voon.

“Apabila mendengar jumlah hutang yang diambil ia terlalu banyak dan kami tidak mampu melangsaikannya sepertimana yang dikehendaki mereka.

“Berikutan itu, kami meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa hinggakan ubat penyakit darah tinggi kami tertinggal di rumah,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.

Mangsa berkata, dia tertekan dengan kejadian itu dan menyifatkan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Australia selama 20 tahun itu tidak sebagai tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, selepas pulang ke Malaysia pada Jun lalu, Kwai Woh tidak mengetahui langsung aktiviti dan perniagaan yang dijalankan anak lelakinya itu.

“Sehubungan itu, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera. Kami tidak sanggup lagi untuk melarikan diri dari rumah memandangkan kami sudah tua dan tidak berdaya,” katanya.

Rokok seludup dalam MPV

Rokok seludup dalam MPV
Anggota polis memeriksa MPV dilaporkan hilang
 di Selangor sebelum ditemui di Ipoh dengan muatan rokok seludup.
IPOH - Puluhan kotak rokok dipercayai diseludup dari negara jiran ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggalkan berhampiran restoran di Jalan Medan Ipoh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, MPV jenis Toyota Estima itu ditemui beberapa anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas kenderaan tersebut mendapati ia menggunakan nombor plat pendaftaran palsu dipercayai milik sebuah motosikal yang didaftarkan di Pulau Pinang.

“Kami percaya pemandunya meninggalkan kenderaan berkenaan selepas terserempak dengan unit kereta peronda polis yang sedang menjalankan rutin rondaan di sekitar kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan berkenaan adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya di Kapar, Selangor baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Chang Keong berkata, anggotanya turut menemui rokok seludup yang disimpan di dalam kotak, guni dan plastik bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Katanya, rokok seludup yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran itu adalah untuk dipasarkan di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

“Kenderaan MPV sarat dengan rokok itu kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami juga akan menyerahkan MPV tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk tindakan seterusnya memandangkan ia dilaporkan hilang di negeri berkenaan,” katanya.

Pencuri menyamar pelanggan

Pencuri menyamar pelangganNoor Hafi zah menunjukkan bagaimana dia sedang menyusun pakaian pengantin dan tiba-tiba dihunuskan pisau lipat oleh lelaki yang pada mulanya menyamar jadi pelanggan.
MELAKA TENGAH – Pekerja butik pakaian pengantin di Alai, di sini, kerugian lebih RM1,000 selepas sebentuk cincin miliknya dan telefon bimbit yang baru dibeli dua hari lepas dilarikan dua lelaki yang pada mulanya berpura-pura menjadi pelanggan.

Kejadian berlaku jam 3 petang kelmarin ketika mangsa sedang bersendirian menyusun pakaian pengantin di butik terbabit.

Menurut mangsa, Noor Hafizah Zainal, 22, dia pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an masuk ke dalam butiknya.

“Pada mulanya salah seorang daripada mereka masuk dahulu dan terus bertanyakan mengenai pakej pertunangan untuk adik iparnya.

“Dia memberitahu inginkan pakej tersebut kerana dia menaja majlis pertunangan adik iparnya itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, jelas Noor Hafizah, seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek masuk 10 minit kemudian dan terus duduk di kerusi.

“Pintu butik memang tidak berkunci untuk memudahkan pelanggan masuk.

“Saya juga langsung tidak mengesyaki mereka mempunyai niat jahat kerana raut wajah nampak seperti orang baik-baik,” katanya.

Menurut Noor Hafizah, ketika dia sedang menyusun pakaian, kedua-dua lelaki itu terus menghampirinya dan meminta dia menyerahkan apa sahaja barang berharga yang ada.

“Ketika itu rasa nak gugur jantung, apatah lagi salah seorang daripada mereka menghunuskan pisau lipat kecil ke arah badan saya.

“Saya beritahu mereka saya tak ada duit, tapi mereka terlihat cincin yang saya pakai lalu meminta saya menanggalkannya,” katanya.

Bimbang dicederakan, dia terpaksa menuruti permintaan suspek lalu memberi cincin itu dan sebuah telefon bimbit miliknya jenis Samsung Galaxie Mini kepada suspek.

Selepas mengambil kedua-dua barang berharga tersebut, kedua-dua suspek kemudian terus melarikan diri menaiki sebuah kereta MPV Naza Ria berwarna kelabu.

Apa yang menyedihkan, kata Noor Hafizah, cincin yang diberi itu adalah cincin merisik daripada teman lelakinya dan telefon bimbit tersebut pula baru dua hari  digunakan.

Berikutan kejadian itu, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kandang.

Nyawa masih panjang

Nyawa masih panjang
Asri menunjukkan tong fiber yang ditemui mereka
 sebelum berjaya menyelamatkan keempat-empat mangsa terbabit
KUANTAN - “Hanya berserah kepada nasib dan memang ada juga rasa putus asa, sebab terlalu penat berenang dan berpaut pada tong fiber selepas bot karam,” kata seorang daripada tiga awak-awak tempatan, Mohd Shukri Wahab, 29 yang terapung di laut selama lima jam selepas bot kayu mereka karam pada jam 8 pagi, semalam.

Dalam kejadian tersebut, bot tersebut tenggelam ke dasar laut dan menyebabkan kerugian lebih RM50,000.

Shukri bersama adiknya, Saiful Rizan, 24 dan ayahnya, Wahab Mamat, 54 yang bertindak sebagai tekong dan seorang lagi awak-awak, Osman Mohd Ngah, 25 diselamatkan dua nelayan di 10 batu nautika dari darat di Pantai Sepat kira-kira jam 1 petang, semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Shukri yang sudah berpengalaman kira-kira tiga tahun sebagai awak-awak memberitahu, berlaku kebocoran pada enjin sedut air selepas sejam mereka bertolak dari jeti Kuala Kuantan kira-kira jam 4 pagi semalam.

Menurutnya, mereka tidak mampu membuang air yang kian memenuhi bot tersebut sebelum bot terbabit terlingkup dan tenggelam.

“Kami tidak sempat mengambil jaket keselamatan dan hanya berpaut pada tong fiber untuk menyelamatkan diri.

“Memang sangat letih namun syukur, kami diselamatkan selepas adik melambai menggunakan baju ke arah nelayan terbabit,” katanya.

Menurutnya, jarak antara mereka dan bot tersebut kira-kira 500 meter.

Manakala bagi Osman, dia hanya memikirkan nasib isteri dan lima anaknya ketika terapung.

Katanya, dia bersyukur kerana mereka dapat diselamatkan daripada insiden mencemaskan yang pertama kali dihadapinya sepanjang bergelar awak-awak.

Sementara itu, Osman memberitahu, ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan air tenang dan sememangnya dia langsung tidak menjangka kejadian itu boleh berlaku.

“Ketika kejadian, hasil tangkapan masih kosong, bagaimanapun kami bersyukur semuanya selamat walaupun mengalami kerugian besar,” katanya.

Mereka ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam kira-kira jam 1.30 petang hari yang sama.

Manakala bagi dua nelayan yang menemui mereka, Asri Ismail, 43 dan Mohd Nordin Aziz, 55 memberitahu, perasaan tidak sedap hati timbul selepas menemui empat tong fiber yang masih berisi ais batu ketika mereka menahan bubu.

Menurut Asri, mereka menemui tong terbabit ketika perjalanan balik ke darat dan menemui mereka tidak jauh dari bot fiber yang dinaikinya apabila salah seorang dari mangsa melambai-lambai.

Budak lemas dalam tali air

Budak lemas dalam tali airMuhammad Hasnam Che Mod 16 (kiri) dan rakannya Nik Adam Nik Yusof 13 menunjukkan tempat Nik Muhammad Al Fahmi terjatuh.
SETIU – Keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menemani bapanya menahan pukat ikan darat di Kampung Kederang, Permaisuri di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjatuh dalam tali air di kampung itu petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, Nik Mohd Al Fahmi Jailani, 6, telah terjatuh di dalam parit tali air yang dipenuhi air sebelum mayatnya  ditemui kira-kira jam 12.45 malam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menemani bapanya Jailani Mat Isa, 37, memukat ikan darat di kawasan sawah padi di kampung itu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berjalan kaki di tepi longkang parit tali air tiba-tiba mangsa berlari mendahului bapanya.

“Mangsa telah berada di atas penutup parit kemudian tergelincir jatuh ke dalam parit tersebut sebelum dihanyutkan arus deras. Bapa mangsa berusaha menyelamatkan anaknya tetapi gagal ekoran arus deras,” katanya.

Ab Rahman berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan agensi lain melakukan gerakan mencari selepas usaha penduduk kampung gagal mengesan mangsa.

Mangsa akhirnya ditemui tersangkut pada lumpur di dasar parit tali air itu kira-kira 200 meter dari tempat dia terjatuh, sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Besar Setiu untuk bedah siasat.

Siasatan mendapati mangsa yang bakal menduduki tahun satu pada penggal yang akan bermula minggu depan mati akibat lemas dan tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa kemudian dituntut keluarganya kira-kira jam 4 pagi semalam sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Putih, Kelantan.

“Mangsa bersama bapa dan ibunya datang ke kampung itu melawat saudara ibu mangsa yang tinggal kampung itu sebelum bapanya mengambil peluang untuk memukat ikan memandangkan air banyak di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu Ab Rahman menasihatkan orang ramai tidak bermain air atau menahan pukat pada musim ini, terutama jika tidak memakai jaket keselamatan kerana ia boleh mengundangkan kejadian tidak diingini.

‘Biar saya sorang saja pergi’

“Biar saya sorang saja yang pergi.” Demikian kata Nik Mohd Al Fahmi Jailani, 6, kepada adik-adik dan sepupunya sebelum mengikuti bapanya menahan pukat kelmarin.

Jailani berkata, arwah menunjukkan perubahan kerana sebelum ini anaknya itu memang suka bermain dengan adik-adik dan sepupunya sambil menunggu dia menahan pukat.

“Saya mengambil keputusan keluar memukat ikan dengan hanya membawa dia seorang dan kali ini dia suka membantu saya. Sebelum ini dia langsung tidak menyentuhnya.

“Selepas selesai, ketika dalam perjalanan pulang dia berjalan di atas longkang berpenutup dan saya segera mengarahkan dia berhenti selepas menyedari satu daripada penutup tidak ada.

“Dia berhenti sambil terduduk dan sempat senyum kepada saya, ketika saya menghampirinya, dia cuba bangunan dan tergelincir lalu jatuh ke dalam longkang tersebut,” katanya.

Jailani berkata, dia berlari ke depan untuk turun ke longkang dengan pantas tetapi Nik Mohd Fahmi tidak muncul sehingga mayat kanak-kanak cemerlang Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Seligi itu ditemui jam 12.30 tengah malam selepas pintu kawalan air ditutup.

Katanya, anak ketiga daripada enam beradik itu paling manja dengannya dan bersemangat untuk ke tahun satu kerana semua kelengkapan sekolah sudah dibeli.

“Saya bersama keluarga mengambil keputusan untuk menziarahi mentua sebelum sesi persekolahan dibuka dan cuba mengisi masa lapang dengan aktiviti memukat ikan.

“Saya tidak menduga ia bertukar tragedi yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Putih, Kelantan, semalam.

Katanya, selepas mayat dihantar ke Hospital Setiu, dia terpaksa bergegas balik ke Pasir Putih untuk memberitahu saudara mara kerana telefon bimbitnya tertinggal di rumah.

Jenazah Nik Mohd Fahmi yang tiba di kampung jam 5 pagi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Permatang Sungkai jam 2.30 petang semalam.

8 rumah musnah di Kg Hungab Penampang



KOTA KINABALU - Lapan buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Hungab, dekat Penampang di sini hari ini.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu berkata kesemua mangsa yang berada di rumah sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku pada 4.30 petang tadi.
 
Beliau berkata tiga jentera dengan 23 anggota bergegas ke tempat kejadian namun ketika bomba tiba, empat buah rumah telah pun musnah.
 
"Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain pada 5.17 petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
 
Menurutnya punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.  - Bernama

Bandar Chukai hampir lumpuh



Bandar Chukai hampir lumpuh
Jalan utama di Taman Chukai Utama di tenggelami air sedalam kira-kira 0.6 meter menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup bermula malam semalam.
Bandar Chukai hampir lumpuh
Penduduk terpaksa menaiki sampan ketika melalui jalan di hadapan SMK Chukai.
Bandar Chukai hampir lumpuh
Seorang penunggang motosikal yang terperangkap dalam banjir berusaha menolak motosikalnya ke tempat tinggi.
KEMAMAN – Chukai yang merupakan pusat bandar daerah Kemaman hampir lumpuh kerana banjir mula merebak ke Taman Chukai Utama dan kawasan perumahan sekitar sejak jam 5 petang, semalam.

Akibat limpahan air itu, sebahagian bandar Chukai ditenggelami air sedalam kira-kira 0.6 meter mengakibatkan pasar raya, kedai serta bank yang terletak di kawasan berkenaan terpaksa ditutup, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai turut tenggelam.

Lebih teruk lagi apabila jalan utama di dalam bandar bermula di lampu isyarat depan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai ke lampu isyarat hadapan Hospital Kemaman, terpaksa ditutup kerana turut ditenggelami apabila air semakin pasang kira-kira jam 9 malam semalam.

Akibat penutupan laluan itu, bandar Chukai juga mengalami kesesakan kerana kenderaan hanya boleh melalui satu jalan, iaitu dari Jalan Sulaimani ke Jalan Jakar dan sebaliknya.

Tinjauan Sinar Harian di Taman Chukai Utama kira-kira jam 11 malam semalam, mendapati paras air masih belum surut dan warga bandar memenuhi kawasan sekitar bagi melihat paras air.


Asrama digenangi air

Sehingga petang semalam, air di kawasan berkenaan masih belum surut malahan di sesetengah kawasan perumahan iaitu di Kampung Pengkalan Pandan dan Taman Perumahan Gong Pauh, keadaan banjir kian buruk dengan lebih banyak mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Dalam pada itu, pelajar di Institut Imbasan Nilai Bhd, Muhammad Noor Fared Noordin, 21, berkata, keadaan banjir merebak ke bandar itu turut menyebabkan asrama kolejnya yang terletak di belakang Pasar Raya Nirwana digenangi air sedalam kira-kira 0.3 meter, mulai petang kelmarin.

“Kawasan asrama mula digenangi air selepas kami tamat kelas jam 5 petang dan selepas Maghrib, air mula naik hingga paras 0.2 meter dan sekitar jam 9 malam air naik ke dalam bilik sehingga 0.4 meter,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, rakannya, Mohd Asri Jamil, 21, memberitahu, dia dan rakan-rakan lain sempat mengalihkan barang ke katil tingkat atas bagi mengelakkan barangan berharga rosak.

“Tilam di katil tingkat bawah terpaksa diangkat ke tingkat atas bagi mengelakkan ia ditenggelami air tetapi dalam kekalutan itu tikar dan karpet tidak sempat dialihkan serta rosak,” katanya terpaksa tidur di dalam kelas yang tidak dinaiki air.
Asrama berkenaan mempunyai tiga dorm yang menempatkan seramai 40 pelajar yang mengikuti sijil dalam bidang maritim dan perkapalan.

Mangsa rogol India dirawat di Singapura


SINGAPURA - Mangsa rogol kejam di New Delhi tiba di Hospital Mount Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut, menurut jurucakap hospital, semalam.

Pelajar perubatan berumur 23 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dipindahkan dari Hospital Medanta di Gurgaon.

Dalam perkembangan lain, kerajaan India mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat insiden rogol beramai-ramai pada 16 Disember lalu yang turut mencetuskan protes di negara itu.

Lelaki temui ajal gara-gara sahut cabaran rakan


TUNIS - Gara-gara nekad menyahut cabaran rakannya, seorang lelaki di Tunisia dilaporkan menemui ajal, menurut stesen radio Shems FM, kelmarin.

Dhaou Fatnassi, 20, dari bandar Kairouan sanggup menelan 28 telur mentah kerana mahu mendapatkan wang taruhan seperti yang dijanjikan oleh temannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fatnassi mengadu sakit perut dan segera dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan. - AFP

54 peserta 4X4 terperangkap di Sg Kelmin diselamatkan


DUNGUN - Seramai 54 orang peserta pacuan empat roda (4x4) dari Puma Club termasuk 17 kanak-kanak terpaksa melalui detik cemas apabila terperangkap di Sungai Kelmin, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun sejak empat hari lalu ekoran laluan keluar dari tempat itu ditenggelami banjir.
 
Difahamkan, jambatan yang menghubungkan kawasan perkhemahan mereka runtuh akibat arus deras Sungai Loh menyebabkan kesemua mereka yang datang dari Melaka, Johor dan Perak itu terperangkap.
 
Namun kesemua mereka berjaya dibawa keluar hari ini dengan bot oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam operasi yang bermula pada 2 petang semalam dan berakhir 4 petang tadi.
 
Penolong Kanan Penguasa Bomba AMBS, Imran Ismail berkata kesemua mangsa yang menaiki 17 kenderaan 4x4 itu berjaya diselamatkan dengan dua bot secara berperingkat oleh 12 anggota yang terlibat.
 
Katanya kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat bagaimanapun terdapat beberapa peserta mengalami luka kecil.

Menurutnya kumpulan berkenaan mula memasuki kawasan tersebut pada 23 Disember lalu dan dijangka menamatkan pengembaraan mereka tiga hari kemudian iaitu Selasa lepas.
 
Bagaimanapun hasrat untuk pulang terpaksa dibatalkan apabila jambatan utama yang menghubungkan mereka untuk keluar runtuh akibat arus deras manakala kawasan sekitarnya ditenggelami air.
 
"Ekoran itu, bekalan makanan untuk tempoh tiga hari pengembaraan itu terpaksa dicatu agar mencukupi sehingga bantuan tiba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kesemua mangsa yang terperangap ini pada Selasa lalu, bagaimanapun keadaan jalan serta arus deras menyukarkan operasi menyelamat.
 
Namun katanya, keadaan air yang surut sedikit hari ini membolehkan anggota memulakan misi menyelamat.
 
"Kesemua mereka telah dipindahkan ke sebuah penginapan berdekatan Balai Bomba AMBS dan pada masa ini kita tidak pasti bila kenderaan mereka dapat dikeluarkan ekoran jambatan sepanjang 500 meter itu telah runtuh," katanya. - Bernama

Polis buru tahanan lepas lari dari Mahkamah Klang


KLANG - Polis sedang memburu seorang orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Klang semalam sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Azman Abd Razak berkata A. Viswanathan, 34, atau dikenali sebagai Elumba lari dalam keadaan bergari pada pukul 3.45 petang semalam selepas didakwa atas tuduhan membunuh dan mencuri kenderaan serta memiliki barang curi.
 
Azman berkata sebutan semula kes tahan itu ialah pada 21 Januari depan.
 
Berikutan kes itu, Azman berkata seorang anggota polis berpangkat Korporal dan seorang Lans Korporal ditahan reman hingga 30 Disember bagi membantu siasatan kerana cuai hingga menyebabkan tahanan melarikan diri.  - Bernama

2 pekerja maut timbus tanah

2 pekerja maut timbus tanah
Mayat kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di lokasi kejadian.
SUNGAI PETANI – Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikenali Ng Jun Chuan, dipercayai majikan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian, Ming Wei Toh, 51, berkata, ketika kejadian, empat pekerja termasuk dirinya sedang melakukan kerja-kerja memasukkan saluran kumbahan ke dalam tanah yang telah dikorek 10 meter. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, terselamat tetapi tercedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, sepasukan 13 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian telah mengorek runtuhan tanah itu dan menemui mayat Morgan pada pukul 12.10 tengah hari manakala mayat Saravanan ditemui lebih sejam kemudian.
Ming yang terselamat memberitahu pemberita bahawa tanah di tepi lubang saluran itu runtuh secara tiba-tiba.
"Saya yang berada di tepi tebing menjadi panik apabila runtuhan berlaku. Saya lihat tangan Morgan dan cuba menariknya keluar, namun gagal kerana tanah runtuh membawa dia terus ke bawah. Saya bagaimanapun sempat menarik keluar majikan saya," katanya.-SH

Banjir: 21,800 dipindah di Terengganu dan Kelantan

27 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.
 
Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
 
Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.
 
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.
 
Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.
 
Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.
 
Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.
 
Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).
 
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.
 
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.
 
Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.
 
Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak dengan 4,279 orang diikuti Tumpat (2,329), Kota Baharu (247) dan Pasir Puteh (145).

Kesemua mangsa perpindahan itu membabitkan 2,197 buah keluarga.
 
Kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berlegar di paras bahaya, sungai utama yang lain kini surut ke paras berjaga-jaga manakala semua jalan utama menghubungi Kelantan tidak terjejas. Cuaca di Kelantan sejak semalam adalah baik.
 
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir beransur pulih  dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.
 
"Mangsa banjir di Kuantan telah menurun kepada 391 orang daripada 92 keluarga di empat pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.
 
"Bagi daerah Pekan pula satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di SK Sinar Mutiara, menempatkan seramai 44 orang daripada sembilan keluarga yang dipindahkan dari tiga perkampungan iaitu Kampung Cenderawasih, Kalong dan Sungai Miang," katanya.
 
Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan. - Bernama

Santokh didakwa rompak 5 wanita


PETALING JAYA - Seorang pekerja am mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merompak berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap lima orang wanita termasuk seorang akauntan, tujuh hari lepas.
 
K. Santokh Singh, 31, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Khoo Sui Cheng, 31, akauntan dan empat pelajar iaitu Lydia Eu Chia Pang, Julia Khaw Wei Ai, 20, Yee Jet Mei, 24, dan Doris Hii King Han, 21, dengan merompak pelbagai jenis barangan milik mereka antaranya pelbagai mata wang asing, wang tunai berjumlah RM1,800 dan beberapa buah komputer riba, yang berjumlah RM10,000.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan PJS 9/8, Bandar Sunway, pada 5 pagi, 20 Disember lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
 
Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Santokh memohon mahkamah agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM4,000 kerana anak guamnya berpendapatan rendah.
 
Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Januari untuk sebutan. - Bernama

3 lagi maut banjir di Terengganu

3 lagi maut banjir di TerengganuSeorang penduduk Kampung Kederang, Permaisuri, Setiu, Mohd Khairulniza Adanan menunjukkan tempat mangsa ditemui.
KEMAMAN - Keadaan banjir di Terengganu khususnya di Kemaman kian buruk dengan tiga lagi terkorban, menjadikan mangsa lemas di negeri itu meningkat kepada enam orang.

Dalam kejadian di Kampung Hilir Pasir Gajah, Air Putih, mayat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dadong, Mohd Ezami Hakim Mohamad, 15, dan rakannya, Muhammad Hafiz Mohd Nasir, 14, yang lemas ditemui kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa lemas kira-kira jam 4.30 petang semalam semasa cuba menyelamatkan tiga rakan mereka yang dihanyutkan arus deras ketika mereka sekumpulan bermain air.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, namun begitu sewaktu mahu menyelamatkan rakan, kedua-dua mereka pula dihanyutkan arus dan hilang sementara tiga rakan mereka pula selamat kerana sempat berpaut pada pokok.

"Tempat mereka mengharung air sedalam kira-kira 0.5 meter dan berdekatannya terdapat parit.

"Susulan itu, usaha mencari dan menyelamat dilakukan polis dan bomba dengan kerjasama penduduk. Mayat Mohd Ezami Hakim dan Muhammad Hafiz ditemui kira-kira jam 10.30 malam, tidak jauh dari lokasi tempat mereka lemas," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Che Suza, air di kawasan mangsa ditemui sedalam kira-kira dua meter dan berarus deras.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut Pasir Gajah, hari ini.

Difahamkan, pada awalnya 10 orang yang bermain air tetapi lima daripadanya pulang awal.

Kematian dua mangsa berkenaan menjadikan seramai tiga remaja maut kerana lemas di daerah ini setakat ini.

Dalam pada itu, keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menemani bapanya menahan pukat ikan darat di Kampung Kederang, Permaisuri, Setiu di sini berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di kampung itu petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Nik Mohd Al Fahmi Jailani, 6, terjatuh ke dalam parit tali air sebelum mayatnya ditemui kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menemani bapanya Jailani Mat Isa, 37, memukat ikan darat di kawasan sawah padi di kampung tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berjalan kaki di tepi longkang parit tali air tiba-tiba mangsa berlari mendahului bapanya.

“Mangsa telah berada di atas penutup parit kemudian tergelincir jatuh ke dalam parit tersebut sebelum dihanyutkan arus deras. Bapa mangsa berusaha menyelamatkan anaknya tetapi gagal ekoran arus deras,” katanya.

Ab Rahman berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, polis dan agensi lain  melakukan gerakan mencari selepas usaha penduduk kampung gagal mengesan mangsa.

Menurutnya, akhirnya mangsa ditemui tersangkut pada lumpur di dasar parit tali air itu kira-kira 200 meter dari tempat dia terjatuh kemudian mayatnya dihantar ke Hospital Besar Setiu untuk bedah siasat.

Siasatan mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa kemudian dituntut keluarganya kira-kira jam 4 pagi tadi sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Kampung  Permatang Sungkai, Pasir Putih, Kelantan.

“Mangsa bersama bapa dan ibunya datang ke kampung itu melawat saudara ibu mangsa yang tinggal kampung itu sebelum bapa mangsa mengambil peluang untuk memukat ikan memandangkan air banuak di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ab Rahman menasihatkan orang ramai  agar tidak bermain air atau menahan pukat jika tidak memakai jaket keselamatan kerana ia boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Banjir: 2 maut di Negeri Sembilan, Terengganu



28 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri

Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang.

Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam tadi tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan.

Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya namun ia semakin menyusut termasuk sungai-sungai utama yang lain.

Keadaan cuaca pada malam tadi adalah baik.

Dalam pada itu, di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - Bernama

Banjir: Dua lagi kematian dicatatkan malam tadi



28/12/2012 2:51am

KUALA LUMPUR - Dua kematian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban bencana itu meningkat kepada lapan orang.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.
Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.
Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.
Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.
Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang.
Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam ini tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan.
Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya namun ia semakin menyusut termasuk sungai-sungai utama yang lain.
Keadaan cuaca pada malam ini adalah baik.
Manakala di TERENGGANU, mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2GIbk3Tzy 
Hakcipta terpelihara 

Penjenayah Korea menyorok di Malaysia diberkas


KUALA LUMPUR – Kelicikan seorang penjenayah Korea yang bersembunyi di negara ini sejak lima tahun lalu tidak ke mana apabila dia diberkas sepasukan anggota Imigresen Kuala Lumpur di sebuah stesen minyak di Desa Sri Hartamas di sini kelmarin.
Lelaki berusia 53 tahun tersebut diberkas pada pukul 11.30 pagi selepas pihak berkuasa itu membuat risikan selama sebulan untuk menjejakinya.
Difahamkan, dia dikehendaki oleh pihak berkuasa Korea atas kesalahan jenayah yang dilakukan sebelum dia melarikan diri ke negara ini. Bagaimanapun, Korea tidak mendedahkan jenis jenayah yang telah dilakukan suspek.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zamry Mohd. Nor berkata, suspek pada mulanya dikesan di sebuah kondominium mewah di Ampang sebelum mereka mengekori kereta mewah yang dipandunya sejauh 20 kilometer.
Katanya, anggotanya kemudian cuba memberkas suspek ketika dia turun untuk mengisi minyak sebelum berlaku sedikit pergelutan.
“Siasatan mendapati suspek hidup mewah di negara ini dan kita syak dia menjalankan peniagaan pusat hiburan dan restoran.
“Lelaki itu dikesan sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pergerakannya dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2GIaEURcO 
Hakcipta terpelihara 

Dua maut ditimbus tanah runtuh




ANGGOTA bomba mengeluarkan salah satu mayat pekerja kontrak yang maut selepas ditimbus tanah runtuh di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Malang menimpa dua pekerja kontrak apabila mereka maut akibat ditimbus tanah runtuh ketika sedang melakukan kerja-kerja memasang saluran paip kumbahan di tapak pembinaan projek perumahan Ambangan Heights, Jalan Bukit Selambau di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan P. Morgan, 39, dari Bedong dan S. Saravanan, 25, dari Sungai Lalang di sini maut. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, pula parah dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di dalam tanah yang telah dikorek sedalam 10 meter sebelum tebing lubang itu tiba-tiba runtuh lalu menimpa mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Rosdi Ismail memberitahu, ketika kejadian, seorang lagi rakan mereka, Ming Wei Toh, 51, pula berada di atas.
“Morgan, Saravanan dan Jun Chuan berada di bawah tapak saluran paip berkenaan sebelum ditimpa tebing tanah runtuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2GIZf2jN2 
Hakcipta terpelihara 

Bapa dijel 30 bulan dera 3 anak




NORDI (berkaca mata) dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mendera tiga anaknya, Safiza Fitri (kanan), Nurmasyita Amiera (depan) dan Muhammad Nurhan baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Seorang bapa yang pernah mendapat simpati ramai melalui kisah empat anaknya dilarikan bekas isteri ke Lampung, Indonesia sebelum tiga daripadanya berjaya dibawa pulang, dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendera tiga zuriatnya itu minggu lalu.
Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan Nordi Ali, 57, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.
Beliau memerintahkan setiap pertuduhan dikenakan hukuman 10 bulan penjara dan memutuskan supaya ia berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 Disember lalu. Ini bermakna, pengawal keselamatan itu hanya menjadi penghuni tirai besi selama 10 bulan sahaja.
Mengikut kesemua pertuduhan, Nordi didakwa mencederakan Nurmasyita Amiera, 8; Nurul Safiza Fitri, 11, dan Muhammad Nurhan, 9, di rumah mereka di No. 07-03, Jalan Dataran 2/8, Flat Taman Kempas di sini antara pukul 6 pagi hingga 6 petang, 21 Disember lalu.
Nordi didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Nordi mengaku salah apabila memukul anak-anaknya menggunakan batang paip PVC dan tali pinggang.
“Saya hanya berniat untuk mendidik anak-anak. Saya bimbangkan mereka kerap keluar rumah tanpa pengetahuan dan tidur di rumah jiran yang ada anak lelaki,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Sze Han dan Mohd. ‘Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2GIH3B7vY 
Hakcipta terpelihara