Search This Blog

Thursday, December 27, 2012

Nordi dipenjara 10 bulan kerana dera tiga anak

Oleh HANIZA HASSAN
JOHOR BAHRU 27 Dis. - Kira-kira enam bulan lalu, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mendapatkan semula kesemua empat anak yang didakwa diculik dan dibawa oleh bekas isterinya ke Lampung, Indonesia sejak dua tahun lalu.
Keruh di wajahnya bertukar sirna apabila tiga anaknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, berjaya dibawa pulang atas pertolongan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO pada 30 Jun lalu.
Namun lain pula ceritanya kini, apabila bapa 'penyayang' itu, Nordi Adi, 57, dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias atas tiga pertuduhan mendera anak-anaknya.
Mengikut kertas pertuduhan, Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mendera Nurul Safiza, Muhammad Nurhan dan Nur Masyita di rumah mereka bernombor 07-03, Jalan Dataran 2/B, Flat Taman Kempas di sini antara pukul 6 pagi dan 6 petang, 21 Disember lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Nordi mengaku bersalah memukul anak-anaknya menggunakan batang paip PVC dan tali pinggang dengan tujuan untuk mendidik dan mendisiplinkan mereka yang didakwa tidak mendengar kata. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121227/ma_02/Nordi-dipenjara-10-bulan-kerana-dera-tiga-anak#ixzz2GGN9by89
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam kereta ranap ditimbus tanah runtuh



Roflizal Husin (dua dari kiri) melihat keretanya yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Air Puteh, Kemaman, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
KEMAMAN 26 Dis. - Enam buah kereta yang diletakkan penduduk di tepi tebing sebuah bukit bagi mengelak daripada banjir, ranap selepas tebing setinggi 20 meter itu tiba-tiba runtuh dan menimpa kenderaan terbabit di Kilometer 139, Jerangau-Jabor awal pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu pada mulanya mencemaskan orang ramai kerana dibimbangi kemungkinan terdapat individu yang tidur di dalam kereta mereka, bagaimanapun kebimbangan itu terjawab apabila pihak berkuasa mengesahkan tiada mangsa tertimbus.
Operasi yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah Daerah, polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya mengeluarkan kereta pertama kira-kira pukul 7 pagi dan terakhir pukul 3 petang ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Suza Hitam ketika dihubungi mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku berhampiran simpang masuk ke Kampung Air Putih.
Difahamkan, keenam-enam buah kereta berkenaan diletakkan di tepi tebing tersebut kerana jalan yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Air Putih dan Kampung Telandas dinaiki air kira-kira 0.5 meter.
Menurut seorang mangsa, Roflizal Husin, 25, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas di Melaka, dia meletakkan keretanya di situ kerana bimbang ditenggelami air setelah rumah keluarganya di Air Putih dilanda banjir.
"Saya pulang ke kampung pukul 6 petang semalam dan semasa sampai di kawasan berkenaan, saya lihat banyak kenderaan diletakkan di situ.
"Jadi saya ambil keputusan untuk turut tinggalkan kereta kerana yakin tempat itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah keluarga selamat tetapi lain pula yang berlaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Ir. Hasmi Ahmad berkata, pihaknya memantau tempat kejadian dan menganggarkan memerlukan kos sebanyak RM2 juta untuk menyelenggara cerun berkenaan semula.
Katanya, punca kejadian tanah runtuh berkenaan disebabkan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan struktur tanah menjadi lembut.
Seorang penduduk, Nizam Awang, 33, berkata, sebelum ini kampung berkenaan sering dilanda banjir namun, belum pernah berlaku bencana seburuk itu.
Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila kira-kira empat jam sebelum kejadian tanah runtuh itu, air banjir yang menenggelami rumahnya membawa bersama banyak tanah dan pasir.
"Namun ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga dimaklumkan tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira dua kilometer dari kawasan penduduk," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Lubuk Lesung, Ibrahim Abas pula memberitahu, sejak banjir yang melanda kira-kira empat hari lalu, kira-kira 1,200 penduduk di sekitar kawasan berkenaan terjejas dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan berdekatan.
Ujarnya, daripada jumlah itu, kira-kira 700 orang daripada Kampung Telandas dan bakinya dari Kampung Air Putih.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121227/je_01/Enam-kereta-ranap-ditimbus-tanah-runtuh#ixzz2GGNiNpqI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 pekerja balak terkandas banjir diselamatkan

DUNGUN 27 Dis. - Seramai 13 pekerja balak di Pasir Raja, Hulu Kelamin, di sini berjaya diselamatkan sejak terperangkap hampir seminggu di tengah hutan belantara berikutan laluan keluar dari tempat kerja mereka ditenggelami air.
Kesemua 12 pekerja lelaki dan seorang wanita itu berjaya diselamatkan kira-kira 1.30 petang tadi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menurut mangsa, Roslan Hamid, 52, mereka terperangkap hampir seminggu dan mereka telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak pengurusan dan pihak pengurusan meminta mereka bersabar dan akan menghantar bantuan.
Katanya ada di antara rakan mereka terpaksa memberanikan diri menggunakan rakit, pelampung dan juga tayar untuk keluar dari tempat terbabit kerana bimbang bekalan makanan terputus.
"Kami mula terperangkap pada hari Jumaat lepas dan kami tidak berani untuk keluar berikutan air yang naik mendadak.
"Kami hanya mampu bersabar dan berdoa sementara menunggu bantuan tiba dan akhirnya bantuan itu tiba juga hari ini," katanya ketika ditemui Bernama.
Seorang lagi mangsa Tahir Rikan, 30, bersyukur mereka berjaya diselamatkan setelah lama terperangkap di dalam rumah kongsi di tempat pembalakan itu dalam keadaan kesejukan dan kekurangan makanan.
"Saya agak risau dan takut dengan situasi yang dialami ini setelah hujan turun dengan lebat dan bimbang tidak dapat keluar dari situ.
"Lebih membimbangkan bekalan makanan hampir habis dan talian telefon juga terputus," katanya.
Sebelum ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu telah membuat risikan dan operasi menyelamat mangsa namun menemui jalan buntu ekoran air sungai yang deras dan naik mendadak.
Pihak Bomba terpaksa meminta bantuan daripada Unit Udara Bomba dan Penyelamat Subang, Selangor untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121227/dn_24/13-pekerja-balak-terkandas-banjir-diselamatkan#ixzz2GGO0cuLA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar 14 tahun rogol remaja perempuan ditahan



KANGAR 27 Dis. - Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.
Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.
Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.
Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.
Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121227/je_04/Pelajar-14-tahun-rogol-remaja-perempuan-ditahan#ixzz2GGMPEyna
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dilanggar ketika lari

     

RETAK...kereta yang melanggar mangsa. Gambar kecil, Kenny, mati.
PUCHONG: Kegembiraan tiga sahabat yang menjamu selera di sebuah restoran di bandar ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyelamatkan diri daripada amukan dua kumpulan samseng disertai lebih 10 orang yang ‘bertempur’ di kawasan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa, Kenny Chuk, 20, yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital swasta di kawasan berkenaan.


Rakan mangsa, See Yuk Hui, 22, berkata, ketika makan, mereka ternampak dua kumpulan bergaduh di kawasan berhampiran menyebabkan mereka bertiga melarikan diri dari restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, Kenny dirempuh sebuah kereta ketika melarikan diri sebelum kami membawanya ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, Kenny meninggal dunia sebaik tiba di hospital” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, dia tidak tahu punca kejadian itu, namun apa yang pasti keadaan bertambah buruk apabila dua kumpulan terbabit bergaduh dengan membaling kerusi dan meja selain bertumbuk.


Menurut See, bagi menyelamatkan diri, mereka melarikan diri dengan menyeberangi jalan ke tempat letak kereta sebelum Kenny dilanggar.

Sumber berkata, polis yang tiba di hospital dan tempat kejadian selepas menerima laporan orang awam menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.


“Seorang daripadanya cedera dipercayai akibat bergaduh manakala seorang lagi adalah pemandu kereta yang melanggar mangsa.

“Sehingga kini, polis masih menyiasat sama ada pemandu kereta itu individu yang terbabit dalam pergaduhan itu atau tidak,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

3 waris lelaki dicari

KUALA LUMPUR: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mencari waris tiga lelaki yang meninggal untuk urusan menuntut mayat berkenaan.

Pengarah Hospital, Dr Sukumar Mahesan berkata, pihak hospital sudah berusaha mencari waris mangsa melalui alamat terakhir mereka, namun menemui jalan buntu.


Menurutnya, tiga lelaki yang meninggal itu ialah Zulkifli Abdullah, 66, meninggal dunia pada 17 September lalu, Mukol Kamalu, 58 dijumpai di Yekon Equipment Subang Permai di Shah Alam (meninggal pada 13 November) dan Jokfar Sanusi, 69, meninggal di Bagan Teochew, Pulau Ketam, Klang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh menghubungi Penolong Pegawai Perubatan Kanan, Jabatan Forensik HTAR, Mohd Radzai Mohd Illias di talian 03 33757000 sambungan 1305/1306.

4 ditangkap berturutan

       
SEPANG: Sejumlah 28.45 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.73 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menahan empat warga asing membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, minggu lalu.

Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, keempat-empat suspek berusia antara 27 dan 54 tahun itu kini direman 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


“Semua suspek ke negara ini sebagai pelancong dan didapati menyembunyikan dadah dalam bagasi termasuk dalam pakaian baru seperti sari dan material kain yang dijadikan sampel untuk dijual,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Badaruddin berkata, kes pertama membabitkan seorang juruteknik lelaki berusia 38 tahun ditangkap pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas didapati membawa dadah jenis syabu atau Methaphetamine seberat 4.75 kg bernilai RM902,500.

Katanya, suspek kedua seorang lelaki berusia 27 tahun yang pertama kali masuk ke negara ini ditahan di terminal utama KLIA pada jam 7.30 malam Sabtu lalu selepas didapati membawa dadah jenis ketamin seberat 6.9 kg bernilai RM241,500.


“Tiga minit selepas itu seorang suri rumah berusia 40 tahun ditahan kerana didapati membawa dadah jenis sama seberat 11.85 kg bernilai RM414,750.


“Wanita terbabit menaiki penerbangan sama dengan lelaki itu iaitu dari India yang melakukan transit di Bangkok, Thailand sebelum ke negara ini.

“Kita masih menyiasat sama ada mereka dari sindiket sama atau sebaliknya, tetapi siasatan awal mendapati mereka tiada hubungan suami isteri, kita masih mengumpul maklumat berhubung kes ini,” katanya.


Menurutnya, suspek keempat iaitu seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun yang sudah lapan kali ke negara ini ditangkap pada jam 7.30 pagi Ahad lalu kerana membawa dadah jenis ketamin seberat 4.95 kg bernilai RM173,250.

Badaruddin berkata, sepanjang tahun ini seramai 19 warga India ditahan selepas didapati cuba menyeludup dadah membabitkan rampasan 111.58 kg bernilai RM10.54 juta.


Menurutnya, modus operandi dan pembawa dadah juga berubah dari masa ke semasa, contohnya pada bulan lalu wanita didapati kerap menjadi keldai dadah selepas empat ditahan dengan rampasan dadah seberat 14.2 kg bernilai RM1.85 juta.


Katanya, sehingga kelmarin pihaknya berjaya mematahkan 60 kes cubaan menyeludup dadah seberat 311.57 kg bernilai RM35.07 juta. “Seramai 68 individu ditahan membabitkan 53 lelaki dan 15 perempuan. Warga Nigeria paling ramai ditahan dengan 20 orang, diikuti India (19) dan Iran (9), Indonesia (4), Malaysia (3) manakala Hong Kong, Romania dan Jerman masing-masing dua.


“New Zealand, Bangladesh, Republik Guinea, Kazakstan, Maghribi, Zambia, Kanada dan Vietnam masing-masing satu tangkapan. Jumlah keseluruhan itu meningkat berbanding 39 kes tahun lalu,” katanya.

Suami isteri didakwa di mahkamah atas tuduhan buang bayi



         
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap tuduhan membuang bayi di tapak projek sebuah hospital, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertud

Lemas main air banjir

KEMAMAN: Kejadian banjir di Terengganu meragut satu lagi nyawa semalam apabila seorang remaja lemas ketika bermain air banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.


Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata, seorang lagi rakan mangsa yang belum diketahui identitinya pula turut dilaporkan hilang dan belum dapat dipastikan lagi nasibnya.

Wanita diculik terjun kereta

KUCHING: “Saya nekad terjun menyelamatkan diri walaupun kenderaan dipandu penjenayah itu sedang bergerak laju,” kata Nor Shereen Ahmad, menceritakan detik cemas apabila pacuan empat roda Mitsubishi Pajero milik suaminya dilarikan seorang lelaki di Jalan Main Bazaar, Tebingan Kuching, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11 malam, peniaga berusia 42 tahun itu berkata, dia di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan itu kerana menunggu suami menutup premis perniagaan sebaik selesai berniaga.


Menurutnya, akibat kepenatan, dia terlelap seketika sementara sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki kenderaan lalu memecut.

“Saya terjaga sebaik menyedari kenderaan bergerak dan terkejut apabila mendapati pemandunya bukan suami. Saya nekad untuk keluar, tetapi lelaki itu menarik baju dan tudung.


“Bagaimanapun, saya mencuba sekali lagi untuk keluar daripada kenderaan dan berjaya membuka pintu sebelum nekad terjun,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga, di sini, semalam.


Menurut Nor Shereen dari Kampung Cemerlang, Jalan Lapangan Terbang, di sini, sebelum berjaya melarikan diri, dia sempat mendengar lelaki terbabit meluahkan kata-kata mendendami dirinya.

“Ketika itu, saya hanya memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan diri dan bernasib baik apabila berjaya terjun daripada kenderaan yang sedang bergerak laju itu.


“Saya bernasib baik kerana tidak dilanggar kereta di belakang selepas berjaya terjun. Saya cedera di lengan selain sakit di pinggang akibat terjatuh di atas jalan,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya yang enggan namanya disiarkan berkata, dia hanya menyedari isterinya dilarikan penjenayah sebaik dimaklumkan orang awam yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.


“Orang ramai memberitahu isteri saya terbaring di tepi jalan dalam keadaan kesakitan akibat luka,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mati basuh motosikal


         
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja tidak sempat meneruskan hasratnya menyambung persekolahan apabila dia lemas selepas tergelincir ke dalam tali air ketika membasuh motosikalnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Kakak mangsa, Norwati A Rahman, 28, berkata dua hari sebelum kejadian, adiknya, Mohd Badrul Amin, 14, meminta ibunya, Faridah Abdul Rahman, 45, membelikannya tali pinggang dan baju sekolah kerana mahu menyambung persekolahannya selepas berhenti tahun lalu.


“Badrul mengambil keputusan berhenti sekolah tahun lalu ketika di tingkatan satu, tetapi dua hari lalu, memberitahu ibu dia mahu meneruskan persekolahan.

“Saya mengetahui kejadian menimpa arwah pada jam 3 petang apabila dihubungi ahli keluarga ketika berada di pejabat lalu bergegas ke lokasi kejadian bagi melihat operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pasukan bomba dan orang ramai,” katanya.


Menurutnya, dia difahamkan kejadian berlaku pada jam 2.30 petang ketika adiknya mencuci motosikal bersama enam rakannya sebelum tergelincir ke dalam tali air terbabit.


Sementara itu, sepupunya, Azwan Muhammad, 24, berkata dia hairan dengan gelagat arwah yang suka berada di kawasan banjir sejak beberapa hari lalu.

“Setiap kali menelefonnya, arwah pasti memberitahu dia berada di kawasan banjir dan saya terkejut apabila ahli keluarganya menghubungi saya memberitahu Mohd Badrul lemas di tali air itu.


“Saya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan turut menghulurkan bantuan untuk mencari mangsa.

“Pilu hati kami apabila melihat seorang daripada anggota bomba yang menyelam ke dasar tali air mengangkat badan Mohd Badrul yang sudah kaku ke atas permukaan,” katanya yang memberitahu jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebor Air sebaik dituntut keluarganya dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

‘Kami terpaksa lepas air empangan’




         
JERTIH: Tindakan pihak pengurusan projek pembinaan Empangan Paya Beda, Hulu Besut di sini, mengalirkan air keluar dari empangan berkenaan yang dikatakan menyebabkan banjir buruk berlaku di beberapa kawasan di daerah ini, kelmarin, perlu dibuat demi keselamatan penduduk.

Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara, Mohd Kabri Abdul Ghani berkata, jika tindakan itu tidak dilakukan, dikhuatiri banjir lebih besar berlaku kerana takungan air empangan terbabit berada pada tahap bahaya.


“Sebelum tindakan itu diambil, kami bersama pengurusan pembinaan projek berbincang dengan penduduk mengenai tindakan perlu dilakukan bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman banjir lebih besar.

“Kami melakukan tindakan itu semata-mata untuk menyelamatkan penduduk dan jika tidak berbuat demikian, dikhuatiri takungan air empangan melimpah dan menjadi banjir kilat,” katanya.


Justeru, Mohd Kabri berkata, dakwaan penduduk mengenai empangan itu pecah menyebabkan limpahan air berlebihan sehingga mengakibatkan banjir besar berlaku di Hulu Besut, terutama Kampung Padang Bual, dekat sini, tidak benar.


Kelmarin, tindakan pihak pengurusan empangan yang masih dalam pembinaan itu melepaskan sebahagian daripada takungan air menyebabkan banjir di beberapa kawasan di daerah Besut bertambah teruk sehingga timbul khabar angin kononnya empangan terbabit pecah.

Projek berharga RM300 juta dijangka siap akhir tahun depan dan akan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain sumber air asli untuk kegunaan penduduk di dua daerah berkenaan.


Sementara itu, bencana banjir juga mempunyai hikmah tersendiri apabila penduduk di pusat pemindahan saling membantu tanpa mengira status fahaman politik.

Semangat kerjasama itu dapat dilihat di kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Bukit Rambutan, Jabi, dekat sini, apabila mereka bergotong-royong memunggah bahan makanan disediakan Pejabat Daerah Besut.

Rugi RM1,500 kad kredit tertinggal di bank




         
PETALING JAYA: Gara-gara tertinggal kad kredit selepas berurusan di sebuah bank di Kota Damansara, di sini, kelmarin, seorang jurujual kerugian RM1,500 selepas kad berkenaan digunakan individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian hanya disedari mangsa berusia 34 tahun selepas dihubungi pihak bank memaklumkan kad kreditnya digunakan di tiga lokasi berbeza membabitkan jumlah RM1,500 pada hari sama.


Menurut sumber, pihak bank menghubungi mangsa bagi mendapatkan pengesahan sama ada mangsa menggunakan kad kredit di lokasi berkenaan.

“Sebaik dihubungi pihak bank, barulah mangsa menyedari kehilangan kad kreditnya yang dipercayai tertinggal ketika berurusan di bank itu.


“Mangsa membuat urusan pembayaran bil di bank berkenaan menggunakan kad kredit jam 12.30 tengah hari dan terus mengambil resit pembayaran sebelum ke sebuah pusat beli-belah dan dihubungi pihak bank dua jam kemudian,” katanya.


Sumber berkata, mangsa meminta pihak bank membatalkan kad kredit itu serta-merta sebelum membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara untuk tindakan lanjut.

Dadah adunan daun teh


         
IPOH: Sindiket pemprosesan dadah sintetik dikesan mengadunkan serbuk daripada biji kopi, daun teh atau biji koko bersama pelbagai bahan kimia lain untuk menghasilkan dadah jenis heroin atau methamphetamine (syabu).

Dadah perisa baru ini berjaya dibongkar selepas polis melakukan serbuan terhadap beberapa makmal dadah di seluruh negara, baru-baru ini.


Pengurus Sistem Pengurusan Integrasi Kawalan Efektif Substan (Spikes), Dzafarullah Daud berkata, kafien daripada biji kopi (Coffea Arabica), daun teh (Theasinensis) atau biji koko (Theobrama cacao) adalah antara ratusan bahan kimia yang disalahgunakan untuk menghasilkan dadah oleh sindiket dadah yang berskala besar di negara ini.

“Maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 31 makmal dadah berjaya dibongkar sejak Januari hingga November lalu membabitkan rampasan beratus-ratus tan kimia yang biasanya digunakan dalam industri makanan dan minuman.


“Hasil serbuan itu mendapati kimia seperti asid hidroklorik, sodium hidroksid, acetone dan kafien yang digunakan dalam industri makanan dan minuman disalah guna untuk penghasilan dadah heroin dan methamphetamine (syabu),” katanya.


Dzafarullah berkata, kegiatan penyalahgunaan kimia itu bagaimanapun berjaya dipatahkan melalui kewujudan sistem Spikes yang dibangunkan atas inisiatif kerajaan di bawah Makmal Jenayah NKRA Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi mengurangkan jenayah penyalahgunaan dadah.

“Sistem ini membolehkan kami mengumpul maklumat pada pangkalan data berhubung import atau eksport bahan kimia ini selain menjejaki pihak atau syarikat yang bertanggungjawab memesongkan bahan kimia prekursor kepada sindiket haram ini,” katanya. Menurutnya, Spikes dianggotai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Narkotik PDRM, Kastam Diraja Malaysia (Narkotik), Jabatan Kimia (Seksyen Narkotik) dan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.


Menurutnya, semua pakar daripada pelbagai agensi berkenaan dilatih modul Spikes yang boleh membantu mereka menjejaki substan dadah yang mempunyai kecenderungan untuk disalahgunakan bagi menghasilkan dadah.

“Selain itu, mereka mempunyai kemahiran mengenal pasti bahan ubatan narkotik atau psikotropik (buprenorphine dan methadone) dan ubat selesema (pseudoephedrine) yang boleh diolah menjadi dadah syabu. “Melalui sistem ini, agensi terbabit mampu berkongsi maklumat melalui capaian sistem Spikes 24 jam sehari, sekali gus membantu agensi penguatkuasaan membanteras kegiatan dadah di negara ini,” katanya.

Pelajar ajal jatuh gaung kereta dilanggar lori




         
KUANTAN: Beberapa pengguna jalan raya yang sedang memperlahankan kenderaan masing-masing kerana laluan dinaiki air di Kilometer 24, Jalan Kuantan-Kemaman, Bukit Penggorak, di sini, terkejut apabila sebuah lori merempuh belakang tiga kenderaan termasuk sebuah lori kecil, tengah hari kelmarin, menyebabkan seorang terbunuh.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, seorang pemandu daripada tiga buah kenderaan terbabit, Muhammad Faizol Ashraf Ramly, 19, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepala dan badan.


Muhamad Faizol yang menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), memandu kereta Proton Satria dalam perjalanan menghala ke Kemaman dari Kuantan, berhenti bersama beberapa kenderaan lain kerana jalan ditutup berikutan banjir.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu lori itu yang datang dari belakang dipercayai tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kenderaannya sebelum merempuh dua lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi dan lori kecil.


Menurutnya, akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terjatuh ke dalam gaung berhampiran manakala mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya, malam kelmarin.

Tinggal sehelai sepinggang



Tinggal sehelai sepinggang
Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan paras air banjir yang naik melepasi kepala kepada rombongan PKR yang datang melawat.
KUANTAN - Akibat banjir teruk yang melanda daerah ini dua hari lalu, ramai menerima kesannya termasuk penduduk di perkampungan Galing, di  sini.

Bukan sekadar mengalami kerugian besar tetapi rata-rata penduduk di kawasan itu hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat membawa pakaian ketika dipindahkan.

Malah, lebih memburukkan  keadaan keperluan sekolah anak-anak yang sudah dibeli untuk sesi persekolahan minggu depan turut musnah.

Mangsa, Abdul Rahman Akbar, 37, berkata, dia sudah 12 tahun menetap di situ, tetapi banjir kali ini agak luar biasa dan air naik sehingga  melepasi paras kepala.

Menurutnya, keluarganya mengalami kerugian besar apabila semua barangan elektrik dan keperluan lain rosak ditenggelami air.

“Sebahagian dinding rumah saya turut tercabut dan bilik air roboh,  semua barangan elektrik rosak serta barangan lain termasuk pakaian  tidak sempat diselamatkan.

“Air dari sungai berhampiran naik dengan begitu cepat dan deras. Kami bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri.

“Amat menyedihkan apabila semua barangan keperluan sekolah anak-anak turut terjejas dan kalau nak beli sendiri sekarang, memang tidak  mampu," katanya.

Buat sementara waktu Abdul Rahman sekeluarga tinggal di pusat penempatan  mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing.

Seorang lagi penduduk, Azaharil Fauzul Ramli, 33, turut mengalami nasib yang sama menyebabkan dia sekeluarga buntu dengan keadaan sekarang.

"Sekolah akan buka tidak lama lagi tetapi semua barangan yang sudah dibeli untuk anak-anak dihanyutkan air.

“Rumah pun mengalami banyak kerosakan, bahkan semua barangan tidak  boleh digunakan lagi dan kami sekarang hanya mengharapkan bantuan pihak tertentu," katanya.

Seorang warga emas, Abdul Ghani Jusoh Awang, 74, berkata, keluarganya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan kecuali dokumen penting seperti kad pengenalan.

“Saya tinggal bersama isteri dan dua cucu, tetapi  sekarang rumah sudah pecah serta rosak akibat banjir.

“Apa yang tinggal sekarang hanya pakaian yang disarung ini sahaja kerana yang lain semuanya sudah musnah.

“Saya sangat berharap ada pihak yang datang membantu termasuk untuk kerja-kerja pembersihan rumah kerana keadaan sekarang amat teruk,” katanya.

Sementara itu,  Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Chean Chung berkata, bagi meringankan beban penduduk, skuad banjir PKR turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Kita amat bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir dan apa yang boleh kami bantu ialah melalui bantuan kemanusiaan termasuk menghantar  anggota untuk kerja-kerja pembersihan rumah.

“Skuad banjir sudah menjalankan misi bantuan membersihkan beberapa  rumah terlibat di Kampung Galing dan bantuan makanan serta keperluan juga diedarkan kepada mereka," katanya.

Chean Chung berkata, pihaknya juga menyediakan sebuah lori supaya semua barangan atau sampah-sarap yang ingin dibuang mangsa banjir boleh diangkat  dengan mudah.

Katanya, bantuan berterusan akan diberikan kepada mangsa banjir.

"Apa yang kami tekankan ialah, pihak berkuasa harus mengambil tindakan  sewajarnya dan lebih bertanggungjawab membela nasib mangsa.

“Punca sebenar perlu dikaji kerana masalah ini bukan berlaku kerana faktor cuaca semata-mata,” katanya.

Penganggur didakwa curi RM500 milik tabung masjid




27 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri wang tabung masjid berjumlah RM500, Ahad lepas.
 
Muhamad Shahfadil Mizuar, 24, didakwa mencuri wang tabung milik Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini pada 1.15 tengah hari di hari kejadian.
 
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Majistret Suzarka Sahak menetapkan 4 Februari depan untuk sebutan.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad.  - Bernama

Gadis cuba terjun selepas kelar tangan



Gadis cuba terjun selepas kelar tangan
Pihak bomba memujuk gadis Vietnam yang cuba terjun dari tingkat tiga Apartment Casaria, Taman Maluri, Cheras.
KUALA LUMPUR - Kepantasan dan kecekapan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) telah menyelamatkan seorang gadis warga Vietnam yang cuba terjun dari tingkat tiga Apartment Casaria, Taman Maluri, Cheras, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, orang awam yang berada berhampiran lokasi bertindak menghubungi bomba sebaik melihat tindakan gadis berusia dalam lingkungan 20-an duduk di birai tingkap unit rumahnya dalam keadaan murung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Suhaimi Mahmood, berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang sebelum tiga jentera termasuk jentera Turn Table Ladder (TTL) Magirus, dari Balai Pudu dan Hang Tuah bergegas ke lokasi.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba tujuh minit kemudian bertindak memasang beg udara sebagai persediaan mengelakkan kecederaan teruk pada gadis itu sekiranya dia terjun.

“Dalam masa sama kita berusaha memujuknya dengan memasuki unit rumahnya. Ketika dia leka berbual-bual dalam usaha memujuk, pihak bomba bertindak menariknya ke dalam rumah.

“Kita mendapati dia mengelar kedua-dua pergelangan tangannya dipercayai menggunakan pisau yang ditemui. Bagaimanapun, tidak dipastikan mengapa dia bertindak demikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Seramai 17 anggota terlibat dalam operasi menyelamat itu, termasuk Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan Unit Emergency Medical Rescue Service (EMRS) bomba.

Usaha menyelamat yang hanya mengambil masa 11 minit itu turut menarik perhatian orang awam yang berada di lokasi berhampiran.

Gadis tersebut dipercayai tinggal bersama beberapa teman serumah yang lain, namun ketika kejadian tiada penghuni lain yang berada di rumah.

Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Tiga lelaki samun kedai serbaneka diberkas



Tiga lelaki samun kedai serbaneka diberkas
Mohan Singh (kiri) melihat parang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian samun kedai serbaneka 24 jam, kelmarin.
CHERAS - Polis berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Tenaga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.08 pagi itu, tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun 12 botol minuman keras, lima kotak rokok jenama Dunhill dan sejumlah wang sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki terbabit di kawasan berhampiran kedai berkenaan jam 4.45 petang, kelmarin.

“Manakala seorang lagi berjaya diberkas di Lorong Ikan Emas, selepas polis menerima maklumat bahawa dia dipercayai mencederakan seorang lelaki berusia 20 tahun di Flat Sri Johor, di sini, jam 1.20 pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang mengalami cedera parah di kepala itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan, kini mangsa berada dalam keadaan koma.

“Dipercayai punca kejadian itu adalah salah faham ketika mangsa menegur lelaki berkenaan, turut dirampas sebilah parang,” katanya.

Mohan Singh berkata, kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun itu ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 326 Kanun Keseksaan.

Jurukamera rugi RM20,000

Jurukamera rugi RM20,000
Abd Rahman menunjukkan rumahnya yang berselerak selepas dipecah masuk, kelmarin.
SEREMBAN – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) terpaksa menanggung kerugian sehingga RM20,000 apabila rumahnya di Taman Telawi Paroi dipecah masuk, petang kelmarin.

Abd Rahman Ibrahim, 50-an berkata, kejadian disedari kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, sewaktu dia dan isterinya baru pulang dari bercuti di Kedah tiga hari lalu.

Katanya, sewaktu kejadian, tiada sesiapa di rumah kerana mereka sekeluarga pulang bercuti di kampung pada hari Ahad.

“Setibanya di rumah, saya dapati keadaan berselerak dan bertaburan tidak seperti asal.

“Beberapa barang berharga milik saya hilang, antaranya dua komputer riba, tiga kamera video dan lapan telefon bimbit.

“Kesemua barangan berharga ini berjaya diambil pencuri tersebut walau pun disorokkan di tempat yang difikirkan selamat dalam rumah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penjenayah tersebut dipercayai masuk melalui pintu belakang berikutan terdapat kesan pecah di bahagian tombol pintu dan selak.

Jelasnya, ini merupakan kejadian pertama berlaku, bagaimanapun tiga tahun lalu, kereta yang diparkir di depan rumahnya juga pernah dipecah masuk.

Berikutan insiden tersebut, Abd Rahman membuat laporan di Balai Polis Paroi dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Jual DVD lucah tepi jalan



Jual DVD lucah tepi jalan
Siew Choo dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret.
GEORGETOWN - Akibat menjual cakera padat digital (DVD) lucah pelbagai tajuk, seorang ibu beranak empat dihukum Mahkamah Majistret Georgetown Pulau Pinang semalam.

Tertuduh, Poh Siew Choo dalam pertuduhannya pada 29 Julai 2011 jam lebih kurang 11.30 malam di tepi Jalan Penaga Jelutong mempamerkan DVD lucah berkenaan kepada orang awam.

Sebanyak 139 keping DVD pelbagai tajuk turut dipamerkan bersama dan dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan hendaklah dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Siew Choo kemudiannya mengaku bersalah atas pertuduhannya dan hanya tertunduk tenang di dalam kandang tertuduh.

Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya hukuman diringankan kerana dia masih menanggung empat anak.

Sementara duit hasil jualan DVD juga adalah digunakan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya mohon supaya puan majistret rendahkan hukuman saya kerana saya punya keluarga dan anak, sementara saya juga tidak punya pekerjaan lain,” katanya.

Majistret, Norhayati Ibrahim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 kepada tertuduh.

“Jika gagal bayar tertuduh akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh satu bulan, sementara bahan bukti yang juga DVD akan dilupuskan oleh mahkamah,” katanya.

Siew Choo kemudiannya tersenyum lega selepas mendengar hukumannya sementara suaminya yang hadir bersama tergesa-gesa keluar dari kamar mahkamah majistret.

Tidak sempat jamah makanan

KUALA LIPIS - Hasrat seorang lelaki menikmati makanan yang dibeli tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Pekeliling berhampiran Masjid Sultan Mahmud, di sini kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa, Chew Wing Seng, 50, dipercayai datang dari arah Pasaraya Aktif, di sini dan ingin melintas jalan untuk ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Lipis.

“Mangsa tercampak ke permukaan jalan selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun dari arah bandar menghala Masjid Sultan Mahmud ketika melintas jalan,” katanya, semalam.

Abdul Razak berkata, mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Saksi diminta berhubung dengan Sub Inspektor Abdul Rahman Yunan di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, pihak berkaitan disaran memasang lampu jalan di kawasan itu berikutan laluan terbabit gelap dan berdekatan dengan hentian bas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bas dua tingkat nyaris terbakar, 30 pelancong terselamat



Bas dua tingkat nyaris terbakar, 30 pelancong terselamat
Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran pada enjin bas tersebut.
BANDA HILIR - Tindakan pantas seorang pemandu memadam api di bahagian enjin berjaya menyelamatkan 30 nyawa pelancong selepas bas Panorama Melaka  dipandunya terbakar di Jalan Bukit Senjuang, di sini, petang semalam.

Bas dua tingkat dipandu Md Noor Rauh, 49, yang dalam perjalanan dari Menara Taming Sari mengelilingi bandar raya Melaka sebelum kembali semula di menara tersebut, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang.

Md Noor berkata, kejadian disedarinya apabila sebuah kenderaan membunyikan hon menyebabkan dia memberhentikan bas di bahu jalan dan melihat api selepas membuka bonet enjin di bahagian belakang bas berkenaan.

“Bas ini mula bergerak dari menara kira-kira jam 2.45 petang membawa pelancong termasuk dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor namun selepas melalui Jalan Parameswara masuk ke Jalan Bukit Senjuang, saya terdengar bunyi enjin lain macam.

“Selepas sebuah kenderaan membunyikan hon, saya yang tiada pilihan lain terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan lalu turun untuk memeriksa enjin,” katanya yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, selepas melihat api setelah membuka bonet enjin, dia segera mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri dan dalam masa sama mendapatkan alat pemadam api yang disimpan di dalam bas.

“Saya sempat mendail nombor kecemasan tetapi tidak bercakap kerana sibuk memadam api namun saya meminta bantuan seorang pemandu bas ekspres yang melalui kawasan tersebut untuk menghubungi bomba.

“Ketika itu bas Panorama lain yang melalui kawasan ini turut berhenti mengambil semua penumpang dari bas saya untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, N Raman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Apabila sampai, api sudah dipadamkan oleh pemandu menggunakan alat pemadam mudah alih dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini.

“Lima anggota turut membersihkan tumpahan minyak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Gagal jual tong gas curi



Gagal jual tong gas curi
Anggota polis membawa suspek untuk siasatan lanjut.
KULIM - Tindakan mencurigakan dua lelaki berusia 20-an akhirnya membongkar aktiviti mencuri tong gas yang cuba dijual kepada premis barangan lusuh kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Hasil maklumat orang ramai, polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berjaya menahan lelaki berkenaan kerana cuba melarikan tong gas berkapasiti 45 kilogram.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kedua-dua suspek dipercayai bekerja dengan sebuah syarikat penyediaan makan dan dipercayai suspek melarikan tong gas milik majikannya yang diletakkan di dalam stor.

Menurutnya, mereka kemudiannya cuba menjual tong gas itu kepada premis membeli barangan lusuh di Kulim bagaimanapun pemilik premis enggan menerima.

Kemudian, suspek membawa tong gas itu ke sebuah kedai barangan lusuh di sekitar kawasan Paya Besar sebelum berjaya ditahan pihak polis.

“Orang ramai yang nampak suspek dalam keadaan mencurigakan menghubungi polis dan PPKM. Setelah ditahan, kedua-dua suspek mengaku cuba menjual tong gas itu.

"Mereka kemudiannya dibawa balik ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Ghuzlan menasihatkan kepada semua pemilik premis menjual dan membeli barangan lusuh supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.

Katanya, sehingga kini polis sudah mengenal pasti beberapa premis terlibat yang membeli barangan curi.

"Kita sedang memantau aktiviti kedai barangan lusuh ini untuk mengelakkan kejadian curi ini bertambah kritikal," katanya.

Tinggal sehelai sepinggang



Tinggal sehelai sepinggang
Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan paras air banjir yang naik melepasi kepala kepada rombongan PKR yang datang melawat.
KUANTAN - Akibat banjir teruk yang melanda daerah ini dua hari lalu, ramai menerima kesannya termasuk penduduk di perkampungan Galing, di  sini.

Bukan sekadar mengalami kerugian besar tetapi rata-rata penduduk di kawasan itu hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat membawa pakaian ketika dipindahkan.

Malah, lebih memburukkan  keadaan keperluan sekolah anak-anak yang sudah dibeli untuk sesi persekolahan minggu depan turut musnah.

Mangsa, Abdul Rahman Akbar, 37, berkata, dia sudah 12 tahun menetap di situ, tetapi banjir kali ini agak luar biasa dan air naik sehingga  melepasi paras kepala.

Menurutnya, keluarganya mengalami kerugian besar apabila semua barangan elektrik dan keperluan lain rosak ditenggelami air.

“Sebahagian dinding rumah saya turut tercabut dan bilik air roboh,  semua barangan elektrik rosak serta barangan lain termasuk pakaian  tidak sempat diselamatkan.

“Air dari sungai berhampiran naik dengan begitu cepat dan deras. Kami bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri.

“Amat menyedihkan apabila semua barangan keperluan sekolah anak-anak turut terjejas dan kalau nak beli sendiri sekarang, memang tidak  mampu," katanya.

Buat sementara waktu Abdul Rahman sekeluarga tinggal di pusat penempatan  mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing.

Seorang lagi penduduk, Azaharil Fauzul Ramli, 33, turut mengalami nasib yang sama menyebabkan dia sekeluarga buntu dengan keadaan sekarang.

"Sekolah akan buka tidak lama lagi tetapi semua barangan yang sudah dibeli untuk anak-anak dihanyutkan air.

“Rumah pun mengalami banyak kerosakan, bahkan semua barangan tidak  boleh digunakan lagi dan kami sekarang hanya mengharapkan bantuan pihak tertentu," katanya.

Seorang warga emas, Abdul Ghani Jusoh Awang, 74, berkata, keluarganya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan kecuali dokumen penting seperti kad pengenalan.

“Saya tinggal bersama isteri dan dua cucu, tetapi  sekarang rumah sudah pecah serta rosak akibat banjir.

“Apa yang tinggal sekarang hanya pakaian yang disarung ini sahaja kerana yang lain semuanya sudah musnah.

“Saya sangat berharap ada pihak yang datang membantu termasuk untuk kerja-kerja pembersihan rumah kerana keadaan sekarang amat teruk,” katanya.

Sementara itu,  Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Chean Chung berkata, bagi meringankan beban penduduk, skuad banjir PKR turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Kita amat bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir dan apa yang boleh kami bantu ialah melalui bantuan kemanusiaan termasuk menghantar  anggota untuk kerja-kerja pembersihan rumah.

“Skuad banjir sudah menjalankan misi bantuan membersihkan beberapa  rumah terlibat di Kampung Galing dan bantuan makanan serta keperluan juga diedarkan kepada mereka," katanya.

Chean Chung berkata, pihaknya juga menyediakan sebuah lori supaya semua barangan atau sampah-sarap yang ingin dibuang mangsa banjir boleh diangkat  dengan mudah.

Katanya, bantuan berterusan akan diberikan kepada mangsa banjir.

"Apa yang kami tekankan ialah, pihak berkuasa harus mengambil tindakan  sewajarnya dan lebih bertanggungjawab membela nasib mangsa.

“Punca sebenar perlu dikaji kerana masalah ini bukan berlaku kerana faktor cuaca semata-mata,” katanya.

Terpaksa naik lori, bawa ibu sarat mengandung



Terpaksa naik lori, bawa ibu sarat mengandung
Seorang wanita sarat mengandung terpaksa dihantar ke hospital menaiki lori, malam semalam setelah laluan ke hospital ditenggelami air di sekitar kawasan simpang Paya Besar.
KUALA BERANG - Seorang wanita sarat mengandung terpaksa menaiki lori milik Jabatan Pertahanan Awam Malayasia (JPAM) untuk ke hospital kira-kira jam 10.30 malam semalam, setelah laluan Kuala Berang -Ajil ditenggelami air di kawasan simpang Paya Besar.

Difahamkan, wanita berkenaan yang dipercayai mengalami tanda-tanda ingin bersalin itu sebelum itu telah menaiki ambulans Klinik Kesihatan Mengkawang tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan kerana laluan dinaiki air.

Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian mendapati, selain anggota keselamatan orang ramai juga turut sama membantu mengangkat wanita berkenaan untuk dipindahkan dari ambulans ke dalam lori tersebut.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim yang turut berada di lokasi berkenaan meninjau perkembangan banjir berkata, keadaan sedemikian antara insiden yang berlaku ketika banjir dan ia menyukarkan orang ramai.

"Laluan ini adalah jalan utama Kuala Berang-Ajil dan kawasan sekitar simpang Paya Besar ini ditenggelami air hingga tidak dapat dilalui kenderaan. Malah, faktor ini jugalah mengundang kesukaran terutamanya ketika waktu kecemasan," katanya.

Menurutnya, pembinaan pembetung tidak dapat menampung air besar ketika musim tengkujuh apatah lagi dengan limpahan air dari Sungai Berang.

"Ketika lawatan Menteri Besar ke Hulu Terengganu pada 2010 lalu, beliau telah bersetuju dengan cadangan Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail supaya sebuah jambatan dibina untuk mengelakkan laluan ini ditenggelami air ketika banjir.

“Bagaimanapun, pihak yang terlibat hanya membina pembetung. Akibatnya, kawasan ini masih dinaiki air sebagaimana kini.

"Pembinaan empat lorong dari Kuala Berang-Ajil untuk kemudahan pengguna tetapi sayangnya ia masih ditenggelami air. Malah, hospital juga terputus hubungan kerana kawasan di Batu 22 turut dinaiki air," katanya.

Tak sempat makan nasi goreng



Tak sempat makan nasi goreng
Jenazah Isa dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Kuala Krai untuk dibawa pulang ke rumahnya.
KUALA KRAI - Hasrat seorang warga emas untuk menikmati nasi goreng kegemarannya tidak kesampaian, apabila dia maut dalam nahas jalan raya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chuchuh Puteri B, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian kira-kira jam 1.15 petang, Isa Awang Mat, 67, dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Zohor, sebelum motosikalnya dirempuh di bahagian kanan oleh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Akibat kemalangan itu, Isa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK), sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 petang.

Anak sulung mangsa, Kadarisman, 44, berkata, sebelum kejadian, ayahnya memesan nasi goreng di sebuah kedai makan tidak jauh dari masjid, dan berhasrat untuk menikmati makanan itu selepas menunaikan solat Zohor.

“Selepas pesan nasi goreng, ayah saya pergi ke masjid untuk solat Zohor dan ketika membelok untuk masuk ke masjid, motosikalnya dirempuh sebuah motosikal datang dari belakang,” katanya.

Kadarisman berkata, dia tahu mengenai kejadian selepas dimaklumkan jiran lalu bergegas ke tempat kejadian, yang  terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya dan mendapati ayahnya terbaring di tepi jalan.

“Waktu itu, dia sudah tidak sedarkan diri. Saya angkat dia naik kereta untuk dihantar ke hospital sebelum dipindahkan ke atas ambulans di Kampung Peria,” katanya.

Jenazah Allahyarham Isa disembahyangkan selepas solat Isyak, diimami Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chuchuh Puteri B.

Hadir sama menziarahi jenazah, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Awang Teh, 65, dan dua anak termasuk Kadarisman.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Inspektor Low Johan berkata, kejadian berlaku berhampiran Masjid Chuchuh Puteri B, dekat sini.

Ketika kejadian katanya, mangsa menunggang motosikal Kriss dipercayai dalam perjalanan ke masjid sebelum dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ dinaiki dua lelaki.

“Seorang penunggang Yamaha RXZ cedera ringan manakala seorang lagi tidak cedera,” katanya memberitahu, siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berubah pendiam sebelum hilang



Berubah pendiam sebelum hilang
Rosly menunjukkan gambar adiknya, Rosfaezol (tengah) ketika bergambar bersama di majlis perkahwinannya.
MARANG - Seorang ibu tunggal dari Kampung Pengkalan Berangan di sini, merayu anak lelakinya yang sudah 10 hari menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Siti Mat Zain, 54, merayu anak ketiganya, Rosfaezol Suliman, 24, agar segera pulang memandangkan kesihatannya kini mulai terganggu kerana terlalu merindui anak lelakinya itu.

Menurutnya, Rosfaezol yang bekerja sendiri di kampung itu tinggal berasingan tetapi sentiasa menjenguknya namun anaknya itu sering memencilkan diri dan menjadi pendiam, tiga hari sebelum menghilangkan diri.

Sementara itu, abang Rosfaezol, Rosly Sham Affendy, 25, berkata, adiknya menghilangkan diri sejak 17 Disember lalu selepas meminta sejumlah wang daripadanya, namun ketika itu dia tidak dapat memenuhi permintaan adiknya.

“Itulah kali terakhir kami bertemu dan sejak itu dia terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga kami sehinggalah ke hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Pengkalan Berangan, di sini.

Sejak itu, Rosly berkata, dia dan ahli keluarga serta saudara mara lain gagal menemui Rosfaezol dan merayu agar adiknya segera pulang kerana ibu mereka sering sakit dan kerap bertanya mengenainya.

“Walaupun kami tinggal berasingan, namun dia tidak pernah menghilangkan diri seperti ini. Paling lama kami tidak bertemu cuma tiga hari tetapi dia (adik) pasti menghubungi saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau menelefon saya," katanya.

Orang ramai yang mengetahui lokasi Rosfaezol berada atau pernah bertemu dengannya diminta supaya menghubungi Rosly di talian 013 9941087 atau balai polis berdekatan kerana kehilangan itu juga telah dilaporkan kepada polis.

Anggota polis trafik maut dirempuh van



Anggota polis trafik maut dirempuh van
Keadaan motosikal yang ditunggang Shah Rizal.
PORT DICKSON – Seorang anggota Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Port Dickson maut dalam satu kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Pantai Port Dickson sekitar jam 10.54 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa Koperal Shah Rizal Abu Bakar, 30, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian.

Menurutnya,  siasatan awal polis mendapati, mangsa menunggang bersendirian dari arah Port Dickson ke Telok Kemang dirempuh sebuah van dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan jalan.

“Penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tengah jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta dari arah Telok Kemang yang tidak sempat mengelak mengakibatkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 20 meter masuk ke dalam kawasan parkir sebuah hotel berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Abd Wahab berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum di bawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson (HPD) untuk dibedah siasat.

“Pemandu van seorang lelaki yang tidak cedera dipercayai melarikan diri sementara penumpang van tersepit di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dibawa ke HPD untuk rawatan.

“Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik van itu dan operasi memburu pemandu tersebut dilakukan serta-merta. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” katanya lagi.

Abd Wahab berkata,  sebelum kejadian Shah Rizal baru sahaja selesai bertugas pada jam 7 malam.

Sementara itu, isteri arwah, Mazlinda Ahmad, 32, ketika ditemui di Bilik Mayat HPD berkata, dia masih terperanjat dengan berita kematian suaminya.

“Arwah baru enam bulan berpindah bertugas di sini (IPD Port Dickson). Kami terpaksa duduk berasingan kerana saya menjaga ibu yang uzur di Bahau sementara dia menyewa di Taman Pantai Mas.

“Memang kami berhasrat untuk tinggal bersama namun, masa belum sesuai. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah dua minggu lalu ketika kenduri di rumah (Bahau). Dua hari lalu kami ada berhubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Mazlinda yang merupakan seorang suri rumah redha dengan pemergian suaminya.

Hampir 50 pegawai dan anggota trafik menziarahi mangsa di Bilik Mayat HPD.

Jenazah kemudiannya dituntut keluarga sekitar jam 12 tengah hari di Bilik Mayat HPD sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Felda Keratong 7 Bandar Muazam Pahang.

Allahyarham meninggalkan dua anak Qurratul Ain Dayana, 5, dan Mohd Shah Mirza,1.

Samun depan polis, Geng Monyet tumpas



Samun depan polis, Geng Monyet tumpas
Eng Lai menunjukkan pisau dan telefon pintar yang ditemui daripada suspek berusia 25 tahun.
SKUDAI – Tindakan ahli Geng Monyet meragut telefon pintar milik seorang wanita di Kampung Pasir, di sini awal pagi semalam, umpama menjerat diri apabila perbuatan jenayah itu berlaku di hadapan anggota rondaan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dalam perjalanan keluar bekerja di Singapura, sebelum didatangi enam lelaki yang menaiki tiga motosikal.

“Kumpulan lelaki itu bertindak meragut telefon pintar milik mangsa dan melarikan diri, salah sebuah motosikal itu terbabas ketika dikejar.

“Salah seorang penjenayah ini bertindak berlari ke seberang jalan dan dikejar tiga anggota cegah jenayah kira-kira satu kilometer di Jalan Skudai sebelum dicekup.

“Hasil rekod mendapati lelaki berusia 25 tahun ini baru keluar dari penjara November lalu atas kesalahan rogol yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara, di sini, semalam.

Eng Lai berkata, turut ditemui telefon Samsung Galaxy Note milik mangsa, satu pisau dan satu skru driver yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dan ragut.

Katanya, hasil tertangkapnya ahli kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan 10 ragut dan samun di sekitar daerah ini dan polis telah mengenalpasti lima rakan suspek.

Kumpulan terbabit juga dikaitkan dengan jenayah curi motosikal yang aktif di Johor Bahru.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menemui sepucuk pistol dan tiga butir peluru yang disorokkan di sebelah tangki air atas siling sebuah kafe siber di Taman Universiti, di sini.

Katanya, hasil penelitian rakaman litar tertutup kedai tersebut, polis telah mengenalpasti suspek dan percaya senjata terbabit digunakan untuk melakukan samun.

Isteri hilang sejak 10 November



Isteri hilang sejak 10 November
Mohd Nazri bersama isteri tercinta, Nurul Asyikin yang hilang sejak 10 November lalu.
IPOH – “Pulanglah sayang, saya dan anak-anak sangat merindui kamu,” itulah yang diluahkan seorang suami, Mohd Nazri Ibrahim, 35, yang sedang menjejaki isterinya, Nurul Asyikin Sazali, 28, yang dipercayai hilang lebih sebulan lalu.

Beliau berkata, isterinya disedari hilang pada 10 November lalu dan laporan polis juga telah dibuat atas kehilangan berkenaan.

Katanya, usaha mencari isterinya hingga ke kampung halaman di Ayer Kuning, Tapah menemui jalan buntu.

“Dua anak saya, Putra Muhammad Nizar, 3, dan Putra Muhammad Nazran, 2, kini berada bersama saya. Mereka tercari-cari ibunya setiap hari.

“Saya dah hampir putus asa kerana tidak tahu di mana isteri saya berada. Saya bimbang keselamatannya kerana sehingga kini tiada khabar berita,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nazri berkata, sejak kehilangan isteri tercinta, hidupnya tidak begitu tenteram dan pekerjaannya juga terjejas.

Beliau berkata, setiap hari dia teringat akan isterinya tambahan terpaksa menguruskan hal anak-anak secara sendirian.

Menurutnya, tiada sebarang perbalahan atau salah faham berlaku antara dia dan isteri kerana selama ini layanan yang diberikan cukup baik.

Jelas Mohd Nazri, hidup mereka sejak empat tahun berkahwin sangat bahagia ditambah pula dengan kehadiran dua cahaya mata.

“Saya cuba menghubungi isteri tetapi masih gagal sehingga kini. Saya merayu supaya dia pulang segera ke rumah.

“Sesiapa yang mengenali atau mengetahui di mana isteri saya berada, minta hubungi saya di talian, 012-5098800,” katanya.

Gempar pangsa polis 'terbakar'



Gempar pangsa polis 'terbakar'
Keadaan api yang sedang marak dalam kebakaran di rumah pangsa PDRM.
SEREMBAN - Seorang maut manakala 16 lagi cedera dalam kejadian ‘kebakaran’ yang berlaku di sebuah rumah pangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dekat Rasah, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, penghuni rumah pangsa dan penduduk kawasan sekitar gempar apabila bangunan setinggi sembilan tingkat itu, tiba-tiba terbakar sehingga mengakibatkan letupan kecil.

Bagaimanapun ini hanyalah operasi latihan kebakaran yang diadakan di rumah pangsa PDRM membabitkan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat cawangan Seremban, Senawang, Nilai dan Seremban 2 dengan penglibatan 120 anggota.

Ketua Operasi, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, latihan kebakaran tersebut turut mendapat kerjasama PDRM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) semasa latihan dijalankan.

“Selain menghadapi situasi kebakaran, latihan menangani kebocoran gas ammonia oleh Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) turut diadakan di bangunan berdekatan dan keseluruhan program dijangka berakhir pada jam 6 petang,” katanya.

Paling pengotor, warga asing dikompaun buang sampah



Paling pengotor, warga asing dikompaun buang sampah
Ops Anti Litter yang dijalankan DBKL menumpukan lokasi tumpuan warga asing.
KUALA LUMPUR - Warga asing lebih pengotor, itu rumusan statistik tindakan  Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Ops Anti Litter sepanjang tahun ini apabila golongan itu didapati penyumbang terbanyak kepada kesalahan membuang sampah termasuk meludah di tempat awam.

Buktinya, 70 peratus daripada 6,189 kompaun dikeluarkan DBKL, menerusi 161 operasi dijalankan, dikenakan ke atas warga asing, terdiri daripada Myanmar, Nepal, Bangladesh dan Indonesia.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Saufi Mohamad, berkata, operasi dilaksanakan DBKL menumpukan kawasan ‘kegemaran’ warga asing untuk berkumpul, khususnya ketika cuti umum.

Menurutnya, operasi dibuat setiap tiga kali seminggu di Jalan Silang (hadapan Mydin dan Kota Raya), Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Pudu.

“Tindakan dibuat ke atas kesalahan membuang sampah  seperti puntung rokok, dan juga meludah di tempat awam. Kompaun sebanyak RM30 dikenakan serta merta.

“Sepanjang pemantauan dan tindakan yang dijalankan, kesalahan didapati banyak dilakukan oleh warga asing,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, terdapat juga tindakan yang dikenakan ke atas warga tempatan yang kurang kesedaran siviknya.

“Terdapat kes di mana, apabila penguatkuasa mengenakan kompaun kerana membuang puntung rokok, DBKL dikatakan sengaja mencari kesalahan mereka.

“DBKL memandang serius hal ini dalam usaha memastikan bandaraya Kuala Lumpur lebih bersih,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 3120 kompaun dikeluarkan sejak Januari hingga Disember 2012 bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam, dengan jumlah kutipan bayaran sebanyak RM195,278.
Manakala, bagi kesalahan meludah di tempat awam, sebanyak 3069 kompaun dikeluarkan dengan jumlah kutipan bayaran sebanyak RM150,450.

Kedua-dua kesalahan itu diperuntukkan di bawah 47(1) a Akta Jalan Parit dan Bangunan Bagi Kesalahan Membuang Sampah di Tempat Awam 1974, dan Undang-Undang Kecil Larangan Meludah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.

Meninggal dalam kereta



Meninggal dalam kereta
Jenazah Ismail dihantar ke Hospital Machang selepas meninggal dunia di dalam kereta di Jalan Bakat, semalam.
MACHANG - Seorang warga emas,  Ismail Taib, 71, maut  di dalam kereta dipercayai akibat serangan penyakit jantung di Jalan Bakat,  di sini, semalam kira-kira jam 12.15 tengah hari, semalam.

Jirannya yang juga kakitangan sebuah klinik swasta berdekatan, Azizi Omar berkata, Ismail datang ke tempat kerjanya kira-kira jam 12.05 tengah hari dan berbual-bual dengannya sebelum keluar ke kereta.

Katanya, Allahyarham bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan atau mengadu sakit, sehingga dilihat menahan kesakitan di dalam kereta selepas keluar dari klinik.

“Pekerja di kedai berdekatan melihat arwah dalam kesakitan kira-kira selepas 10 minit keluar dari klinik ini. Kami segera mendapatkannya dan melihat dia dalam keadaan nazak sebelum menelefon ambulans.

“Allahyarham bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital dan saya segera memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya,” katanya.

Azizi berkata, dia difahamkan arwah menghidap penyakit jantung dan keadaan kesihatannya tidak berapa baik, malah jarang memandu kereta sejak kebelakangan ini.

“Allahyarham lebih dikenali Pak Wel Bas, di kampung kami, di Bukit Tiu. Dia singgah di klinik dan bercerita jalan ke rumahnya rosak teruk akibat banjir.

“Bila saya minta dia maklumkan kepada pemimpin tempatan, dia kata, esok,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot  mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Machang  sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.