Search This Blog

Wednesday, December 26, 2012

Lebih 10,000 pengguna masih bergelap susulan ribut salji di Montreal


MONTREAL: Kira-kira 800 pekerja Hydro Quebec di sini masih bekerja keras, cuba untuk memulihkan bekalan elektrik kepada pelanggan yang terjejas berikutan terputus bekalan tenaga, Jumaat lalu.

Kira-kira 120,000 pengguna di bandaraya berkenaan bergelap apabila ribut salji setinggi 50 sentimeter menenggelamkan beberapa kawasan. Sehingga jam 11 pagi hari ini, kira-kira 10,200 pengguna masih terputus bekalan elektrik, terutamanya di Laurentians dan wilayah Outaouais, barat Quebec. 

Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu terus meningkat


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan, Pahang dan Terengganu terus meningkat, pagi tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri yang berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 13,746 orang berbanding 11,429 malam tadi. Di KELANTAN, 4,127 mangsa dicatat pagi ini berbanding kira-kira 3,000 orang malam tadi dengan Pahang merekodkan 3,196 orang berbanding 2,329 malam tadi manakala di Terengganu, 6,550 orang berbanding 6,100, malam tadi.
Mangsa di Kelantan terdiri daripada 1,171 keluarga yang ditempatkan di 43 buah pusat pemindahan termasuk Jajahan Pasir Mas (2,781 orang), Kuala Krai (415), Tanah Merah (296), Kota Baharu (260), Tumpat (80) dan Machang (47).

Paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah menyusut ke paras amaran namun bacaan paras air sungai itu di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah juga berada di atas paras bahaya. Sungai-sungai lain dilaporkan masih bertahan pada paras amaran.

Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang yang terletak bersebelahan Sungai Golok dilaporkan masih lagi digenangi air limpahan sungai berkenaan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Kelantan sehingga kini dengan keadaan cuaca keseluruhannya mendung dengan sesekali hujan lebat.
Sementara itu, di PAHANG, 2,913 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuantan, Rompin dan Pekan hari ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga jam 9 pagi ini, empat daerah di Pahang dilaporkan mengalami banjir.

"Di Pekan, seramai 206 mangsa banjir dari Kampung Cenderawasih, Kalong dan Sungai Miang telah ditempatkan di SK Sinar Mutiara manakala daerah Rompin yang turut membuka satu pusat pemindahan banjir di Balai Raya Lentang menempatkan seramai 57 orang apabila penempatan mereka di kampung Perpat dinaiki air.

"Jerantut daerah terbaru mencatatkan mangsa pemindahan banjir iaitu seramai 20 orang dari Kampung Pagi yang ditempatkan di Masjid Kampung Pagi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM16, KM28, KM30 dan Jambatan Sungai Charu ke Sungai Lembing.

Di TERENGGANU, portal banjir kerajaan negeri melaporkan setakat ini mangsa yang paling ramai dipindahkan ialah di daerah Hulu Terengganu seramai 1,499 orang, diikuti Dungun (1,464 orang), Besut (1,906), Kemaman (982), Kuala Terengganu (807), Setiu (717) dan Marang (285).

Sehingga kini, 104 pusat penempatan banjir masih beroperasi iaitu di Hulu Terengganu (18), Besut (16), Dungun (18), Kemaman (16), Kuala Terengganu (lapan), Setiu (18) dan Marang (10).

Portal itu juga melaporkan bahawa semua jalan utama menuju ke Kota Bharu dan Kuantan telah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Terengganu mencatat korban pertama semalam apabila seorang wanita lemas selepas dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat bersama suaminya di Sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri kira-kira jam 3 petang.

- BERNAMA

Ribut salji kini melanda selatan AS, dua maut


MOBILE (Alabama): Ribut salji terburuk melanda selatan Amerika Syarikat hari ini, menghasilkan puting beliung di beberapa negeri dan meragut dua nyawa dalam satu kejadian nahas jalan raya.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata, puting beliung menyerang kira-kira 200,000 penduduk di Mobile, Alabama pada jam 5 petang (waktu tempatan). Susulan kejadian itu, terdapat laporan gangguan kuasa yang meluas, kerosakan struktur bangunan dan beberapa pokok tumpang di beberapa bahu jalan raya.
NWS juga melaporkan, ribut turut melanda Mississippi, Texas dan Louisiana, merobohkan kediaman dan menyebabkan beberapa penduduk cedera. - REUTERS

Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat kepada 17,443 petang ini



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pagi tadi.

Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 pagi tadi.
Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang).

Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).

Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa, iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaharu, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumaham Bukit Mentok pada kira-kira jam 2 petang.

Kelantan menjadi negeri kedua terburuk dilanda banjir apabila seramai 4,513 mangsa dicatat petang ini berbanding 4,127 orang pagi tadi yang ditempatkan di 39 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.

Jajahan Pasir Mas terus menyaksikan peningkatan terbesar pemindahan mangsa iaitu seramai 3,074 orang ke 21 pusat diikuti Tumpat (342), Kuala Krai (280), Tanah Merah (272), Kota Baharu (260), Pasir Puteh (248) dan Machang (37).
Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang, yang paras air masih melepasi bahaya, bagaimanapun susut sedikit berikutan cuaca mendung sejak pagi tadi.

Tiada jalan utama ditutup kepada laluan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di negeri itu.

Sementara itu, Pahang mencatat penurunan mangsa banjir dengan 2,473 orang petang ini berbanding 3,196 pagi tadi ekoran cuaca yang agak baik, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Bagaimanapun, katanya, daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu seramai 2,231 orang di 11 pusat manakala 620 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Di daerah Pekan, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang masih kekal seramai 206 orang. Manakala dua pusat pemindahan di daerah Rompin dan Jerantut sudah ditutup, dan kesemua mangsa telah pulang ke rumah sejak tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, lima laluan di daerah Kuantan masih ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir sejak kelmarin di jalan Sungai Lembing-Kuantan iaitu di KM16, KM28, KM30 dan Jambatan Sungai Charu ke Sungai Lembing dan KM18 Jalan Kuantan By-Pass, Gebeng. - BERNAMA

Bot karam akibat angin kencang, ombak besar




KUALA TERENGGANU — Dua bot yang berlabuh di Pelabuhan Perikanan Cendering di sini tenggelam akibat angin kencang dan ombak besar Isnin lepas.

Kedua-dua bot terbabit ialah TRS 749(U2) kapal menunggu peranti-peranti unjam dan TRS 889 pukat jerut C2 laut dalam.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Saffe Mohd. berkata, usaha untuk menyelamatkan bot berkenaan telah dibuat tetapi gagal kerana angin kencang.

"Bot TRS 749(U2) itu hancur manakala bot TRS 889 pukat jerut C2 pula mengalami kerosakan dan tenggelam," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, semasa kejadian tiada orang atau anak kapal di dalam kedua-dua bot berkenaan dan usaha menimbulkan bot TRS 889 akan dilakukan apabila keadaan cuaca baik nanti.— BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2GAhl9IEG
Hakcipta terpelihara

Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri



KUALA LUMPUR: Seorang bekas penyanyi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun bulan Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Dalina Ali tidak menawarkan jamin terhadap tertuduh.

Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh tidak mengganggu atau berbincang dengan mangsa dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan kes. - BERNAMA

14 rumah kedai musnah dalam kebakaran



26/12/2012 5:23pm

TAWAU — Empat belas buah rumah kedai sederet musnah dalam kebakaran di Taman Semarak di sini hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Norhani Jumdani berkata, kesemua rumah kedai itu tidak berpenghuni ketika kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari.

Norhani berkata, tiga jentera dengan 20 anggota bergegas ke tempat kejadian namun ketika bomba tiba, beberapa deretan kedai telahpun musnah.

"Pihak bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran daripada merebak ke kedai lain,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menggunakan air kumbahan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian kerana pili bomba rosak.

Norhani berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.— BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2GAgbWYD2
Hakcipta terpelihara

Penahanan lelaki selesaikan 10 kes ragut, samun




JOHOR BAHRU — Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes ragut dan samun yang dilakukan ‘Geng Monyet’ di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang anggota kumpulan tersebut di Jalan Skudai, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, lelaki berumur 25 tahun itu ditahan anggota polis peronda selepas dia bersama lima rakan yang lain bertindak meragut satu telefon bimbit daripada seorang pekerja kilang di sebuah stesen minyak di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, 4.15 pagi tadi.

"Lelaki itu dan rakan-rakannya menaiki tiga motosikal ketika meragut telefon bimbit Samsung Galaxy Note dari wanita berumur 38 tahun yang hendak keluar bekerja di Singapura itu. Anggota polis yang melihat kejadian itu terus mengejar lelaki tersebut dan rakan-rakannya sejauh satu kilometer sebelum lelaki tersebut dapat ditahan apabila motosikalnya terbabas,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pada lelaki itu menemui semula telefon bimbit yang diragut, sebilah pisau serta satu pemutar skru yang diasah yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.— BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2GAg57Pai
Hakcipta terpelihara

Dadah bernilai RM1.73 juta dirampas, empat warga asing ditahan

       
SEPANG: Empat warga asing membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita ditangkap Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam cubaan menyeludup masuk dadah ke negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lalu.

Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, dengan tangkapan itu pihaknya berjaya merampas dadah seberat 28.45 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.73 juta.
Menurutnya, suspek terbabit yang ditangkap secara berasingan didapati menggunakan modus operandi sama iaitu menyembunyikan dadah dalam bagasi dibawa masing-masing.

"Keempat-empat suspek terbabit berusia antara 27 hingga 54 tahun kini direman 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sampai mati," katanya dalam sidang media di sini, hari ini

Lebih 13,000 mangsa banjir di Pantai Timur

Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. FOTO Halim Mat Ali
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. FOTO Halim Mat Ali
KUALA LUMPUR: Terdapat lebih 13,000 mangsa banjir yang ditempatkan di lebih 150 pusat pemindahan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan negara, pagi ini.
Semakan portal itu pada jam 8 pagi tadi menunjukkan sejumlah 13,589 mangsa banjir ditempatkan di 178 pusat pemindahan di negeri-negeri itu.
Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,921 mangsa banjir yang dipindahkan ke 126 pusat pemindahan.

Di Kelantan pula, sejumlah 3,2983 mangsa banjir dipindahkan ke 37 pusat pemindahan manakala 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di Pahang.


Sementara itu, seorang surirumah yang mengikut suaminya memukat menjadi mangsa pertama banjir di Terengganu apabila dia terjerlus ke dalam Sungai Lanjut, di Hulu Seladang, dekat Bandar Permaisuri, di sini, semalam.

Banjir: Persiapan sekolah anak terjejas



Penduduk menggunakan sampan untuk berpindah ke tempat selamat di Kampung Buloh, Setiu, Terengganu, semalam.
KOTA BHARU 25 Dis. - Banjir yang melanda negeri ini menjejaskan persiapan persekolahan yang akan dibuka minggu hadapan apabila pelajar dan keluarga mereka terpaksa tinggal di pusat-pusat pemindahan.
Ruhaiza Jaffar, 41, berkata, hujan lebat yang berterusan sejak seminggu lalu memaksa dia sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini.
Akibat daripada itu, dia bersama suami tidak sempat untuk ke bandar membeli kelengkapan sekolah lima orang anak mereka.
Katanya, melihat kepada hujan yang berterusan, berkemungkinan anak-anaknya akan memulakan sesi persekolahan nanti dengan pakaian lama.
"Sedih juga melihat anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tanpa kelengkapan baru, namun dengan situasi yang berlaku ini, mereka harus berkorban," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sakinah Muhammad, 48, pula berkata, persiapan sekolah empat orang anaknya langsung tidak difikirkan memandangkan keadaan mereka yang harus berteduh di pusat pemindahan ini.
Katanya, apabila setiap hari hujan lebat membuatkan dia sukar untuk membawa anak-anak ke bandar untuk mencari kelengkapan sekolah.
"Bila sudah hujan macam ini hendak buat apa pun tidak boleh, jadi terpaksalah tinggal di sini sehingga keadaan pulih.
"Jadi anak-anak pakailah mana yang ada dahulu untuk sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan ini" katanya.
Nurhayati Omar, 48, pula berkata, dia juga tidak menyediakan apa-apa lagi kelengkapan sekolah untuk anak-anaknya.
"Susah bila banjir dan hujan lebat berterusan seperti ini. Nak buat apa-apa pun susah," katanya yang baru pertama kali dipindahkan ke pusat pemindahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121226/wt_01/Banjir-Persiapan-sekolah-anak-terjejas#ixzz2GCO0OPxD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh

Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh
CHUKAI: Lapan kereta yang diparkir di sebuah kampung air putih, dekat sini tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di jalan masuk utama Kilometer 139 Jalan Jabor-Jerangau, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh menyebabkan lapan kereta yang diparkir penduduk di bahu jalan untuk mengelak dinaiki air tertimbus.
Keseluruhan jalan tertimbus sejauh 50 meter.

Dipercayai kemungkinan ada orang tidur dalam kereta yang tertimbus, namun belum dapat disahkan.


Operasi menyelamat bermula jam 5 pagi sehingga jam 2.30 petang berjaya mengeluarkan lima kereta dan operasi masih berjalan untuk mencari baki.


Operasi menyelamat membabitkan 50 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, JPAM, JKR dan kontraktor.

Tukang Rumah Nyaris maut di setiu

~Tukang Rumah Nyaris maut di setiu

Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik, Besut, semalam. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada di kawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
 
SETIU 25 Dis. - Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.
 
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.
 
Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter. Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.
 
Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.
 
Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. -~AU~
Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik, Besut, semalam. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada di kawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.

SETIU 25 Dis. - Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.

Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter. Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.

Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. -~AU~

Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri

AMPANG - Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia  yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Pelajar harapan mati mengejut



Pelajar harapan mati mengejut
Mayat mangsa dimandikan dan dikafankan di Hospital Tampin sebelum dibawa pulang untuk urusan pengebumian.
Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil
Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil
REMBAU - “Bukan kami sekeluarga sahaja yang merasa kehilangan anak keempat kami, tetapi pihak sekolah juga sama kerana arwah merupakan pelajar harapan sekolah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini."

Demikian luah ibu kepada Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil, 19, yang mati mengejut di rumahnya, Hairuslina Abdul Rahman, 51, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari kelmarin, Hairuslina yang ingin mengejutkan Hazwan terkejut apabila melihat anaknya tidak sedarkan diri sedangkan mereka baru sahaja berbual bersama kira-kira setengah jam sebelum kejadian di kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Hampar, dekat sini.

Hairuslina berkata, anaknya itu seorang yang manja dan mereka sempat berbual mesra sambil menonton televisyen sebelum arwah memintanya memasakkan hidangan sambal kepadanya untuk makan tengah hari.

“Oleh kerana kami baru sahaja pulang dari Kedah selepas menghantar anak kedua saya kahwin, arwah berharap saya dapat memasakkan makanan kegemarannya. Sebelum ini, arwah rajin membantu saya memasak, malah selalu menyediakan sarapan pagi buat kami sekeluarga.

“Jadi saya baru hendak memintanya menolong saya mesinkan cili dan terkejut melihat keadaannya serta memanggil ambulans bagi tindakan
selanjutnya. Bagaimanapun, pihak kesihatan memaklumkan anak saya sudah pun meninggal dunia sebaik membuat pemeriksaan,” katanya, semalam.

Hazwan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM seminggu lalu dan mendapat keputusan gred purata mata pelajaran, 3.75 dalam percubaan STPM lalu.

Menurutnya, sememangnya anaknya itu berhasrat mendapat keputusan cemerlang dalam STPM susulan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini tidak begitu baik berbanding diharapkan.

“Oleh itu, dia memang ingin membanggakan kami sekeluarga dan sudah menunjukkan kecemerlangannya dalam keputusan percubaan STPM lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kes berkenaan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan hasilnya didapati ianya disebabkan paru-paru berair.

Cubaan seludup dadah RM600,000 gagal, tekong terjun laut



Cubaan seludup dadah RM600,000 gagal, tekong terjun laut
Dua anggota Maritim Malaysia Pangkalan Batu Pahat menunjukkan dadah yang dirampas.
 –  Cubaan menyeludup 1.2 kilogram dadah dipercayai jenis syabu dengan menggunakan sebuah bot fiber yang dipercayai dari negara jiran berjaya dipatahkan Maritim Malaysia, Pangkalan Maritim Batu Pahat di perairan Tanjung Tohor, Batu Pahat, awal pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai dan anggota yang sedang melaksanakan rondaan berjaya menemui sebuah bot dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam  5.30 pagi, berhampiran pantai Sungai Pulai, Tanjung Tohor.

“Apabila kita menghampiri bot tersebut, tekong bot terkejut lalu nekad  terjun ke laut dan berenang ke paya bakau berhampiran. Tekong bot gagal dikesan kerana keadaan cuaca gelap dan air cetek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bot menemui sebiji tayar pacuan empat roda dan terdapat empat bungkusan dalam tayar tersebut yang disyaki dadah jenis syabu seberat lebih kurang 1.2 kilogram dan anggaran nilai rampasan lebih kurang  RM 600,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Iskandar berkata  bot jenis fiber yang berukuran empat meter dengan  enjin Mercury 40 kuasa kuda serta dadah yang dirampas dibawa ke jeti maritim Pangkalan Batu Pahat bagi tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di sempadan perairan negara dari masa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

Dalam masa yang sama, Maritim Malaysia meminta kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Kelantan, Pahang dilanda banjir



Banjir
Wan Zulazrey Muhamad terpaksa meredah air banjir apabila kampungnya dinaiki air di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh hari ini. - Foto Bernama
banjir
Penduduk Taman Indera Mahkota Lapan, Kuantan menyelamatkan kucing jiran mereka selepas taman mereka dilanda banjir hari ini. - Foto Bernama
Banjir
Kelihatan air melimpahi jalan dan menenggelamkan beberapa buah kereta selepas banjir di bandar Kuantan hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kelantan dan Pahang mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat monsun melanda wilayah Pantai Timur Semenanjung bermula dengan Terengganu semalam.
Johor juga masih dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 997 orang berbanding 430 orang pagi tadi.
Hujan lebat pagi tadi menyebabkan ibu negeri Pahang, Kuantan ditenggelami air sedalam 1.5 meter, yang merupakan kejadian terburuk sejak 2001.
Antara jalan yang ditenggelami air di kawasan itu ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pula melaporkan jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di negeri itu dengan 707 orang diikuti Pahang (440 orang), Kelantan (199 orang) dan Johor (16 orang).
Di Terengganu, enam dari tujuh daerah di negeri itu terbabit dengan bencana alam berkenaan kecuali daerah Kemaman dengan 18 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (7), Setiu (4), Besut (2) Hulu Terengganu (2), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1).
Di Pahang, lapan pusat pemindahan dibuka iaitu enam di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.
Di Kelantan pula, 10 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang dan masing-masing dua di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat, Johor.  - Bernama
 

Lima lelaki, termasuk dua beradik maut kemalangan di Beluran



BELURAN - Lima lelaki, termasuk dua beradik, maut dalam satu kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung sebuah lori ikan di Jalan Nangoh Paitan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP V. Sivanathan berkata mereka yang meninggal dunia ialah Roling Korang, 34, dan adiknya, Ugat Korang, 30, Jaffridin Ujin, 31, dan Albert Simon, 29, manakala identiti mangsa terakhir belum diketahui berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

"Kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Perodua Kancil dalam perjalanan dari Kudat menuju ke pekan ini sebelum bertembung lori dengan muatan satu tan yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan ini, semua mangsa yang berada di dalam kereta mati serta-merta di tempat kejadian sementara pemandu lori mengalami cedera ringan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Kinabatangan Haris Mustapha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.50 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12.30 malam kerana lokasinya yang jauh.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat dan pemandu lori yang berusia 34 tahun itu turut menerima rawatan di hospital yang sama.- Bernama

Masuk longkang gara-gara lembu



ENDAU - Gara-gara mahu mengelak sekumpulan lembu yang tidur di atas jalan,  seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux nyaris maut dalam kejadian jam 11 malam di Kampung Sungai Mengkuang, kelmarin.

Mangsa, Cham Mai Loong, 42, berkata, insiden itu menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang sedalam dua meter berhampiran rumah seorang penduduk di kampung itu.

“Ketika kejadian saya memandu sendirian dari pekan Endau menuju ke tempat kerja di Tanjung Resang.

“Apabila turun dari jambatan Sungai Mengkuang, saya terkejut melihat sekumpulan lembu yang tidur menyebabkan saya hilang kawalan dan menekan brek untuk cuba mengelak haiwan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak  mengalami sebarangkecederaan dan turut berterima kasih kepada orang ramai  yang sudi menghulurkan bantuan mengeluarkan kenderaannya yang tersangkut.

Bekas banduan tembak mati bomba tinggalkan nota bakar dan bunuh



Bekas banduan bakar rumah, tembak mati 2 anggota bomba sebelum bunuh diri
Pemandangan sebuah rumah di Webster, New York, terbakar semalam. Kebakaran disebabkan oleh seorang bekas banduan. - Foto ihsan Reuters/Yahoo News
NEW YORK - Seorang bekas banduan, yang menembak mati dua anggota bomba di Webster, New York kelmarin, meningalkan satu nota yang menceritakan pelan mahu membakar rumah jiran dan bunuh.

Dalam nota itu, William Spengler mengatakan dia sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membunuh orang.

Polis juga mencari rumah dibakar Spengler dan menemui mayat dipercayai kakak-kakaknya.

Anggota bomba yang ditembak mati itu tiba bagi membantu memadam kebakaran.

Pada sidang media semalam, polis memberitahu yang Spengler, 62, mempunyai tiga senjata bertujuan untuk memusnahkan rumah  jiran.

Ketua Polis, Gerald Pickering memberitahu pemberita yang Spengler menggunakan senapang yang sama seperti yang digunakan dalam tragedi menembak mati 26 orang termasuk 20 kanak-kanak di Newtown, Connecticut 14 Disember lalu.

Ketua polis memberitahu pemberita dua nota yang ditemui ditulis, “saya perlu bersedia untuk melihat kawasan kejiranan saya dibakar dan melakukan apa yang saya suka dan yang terbaik - membunuh orang."

Spengler pernah dimasukkan ke dalam penjara selama 17 tahun kerana membunuh  neneknya dengan tukul. Dia dibebaskan pada tahun 1998.

Sebagai penjenayah, dia tidak dibenarkan memegang sebarang senjata sendiri.

Dua anggota bomba yang mati, Tomasz Kaczowka, 19, dan Mike Chiapperini, 43 ditembak mati dalam serangan hendap oleh Spengler.

Gerald memberitahu Spengler mungkin mengalami gangguan jiwa selepas kematian ibunya.

Dua beranak ditahan



Dua beranak ditahan
Selain heroin, polis turut merampas alat penimbang dan peralatan untuk membungkus dalam serbuan berkenaan.
TAIPING – Seorang ibu dan anak lelakinya ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin seberat  450 gram bernilai RM 17, 000.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dua beranak yang berusia 54 dan 31 tahun itu, ditahan pihaknya pada 21
Disember lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Taiping dua menahan beranak berkenaan di  sebuah rumah, Jalan Raja Muda, Aulong.

“Hasil tangkapan tersebut, polis menemui alat penimbang dan peralatan untuk membungkus dadah di dalam rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, polis juga menyita sebuah proton Waja Aeroback dan motosikal Yamaha Cup dengan berjumlah RM23,000.

“Kedua-dua beranak itu kini masih direman bagi membantu siasatan hingga 28 Disember depan.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 39 B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Nyaris hilang nyawa



Nyaris hilang nyawa
Nik Dir melihat keadaan bilik tidur Mohd Abrar selepas kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Nyaris hilang nyawa
Awi (kanan) mengiringi Nik Dir (kiri, sekali) meninjau keadaan tanah runtuh di bahagian belakang rumahnya di Kampung Baru Atas Bukit.
MARANG – Seorang pemuda di Kampung Baru Atas Bukit di Rhu Rendang di sini, nyaris kehilangan nyawa apabila tanah di belakang rumah keluarganya runtuh dan merosakkan dinding bilik tidurnya dalam kejadian hujan lebat petang kelmarin.

Mohd Abrar Awi, 21, berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tanah rumah jiran mereka menggelongsor ke bawah menyebabkan benteng simen konkrit rumah jiran mereka itu merempuh bahagian dinding dan tingkap bilik tidurnya hingga pecah.

“Semasa berehat dalam bilik, saya terdengar bunyi aneh seperti bunyi rekahan dari arah luar rumah dan apabila meninjau dari tingkap bilik tidur, saya dapati tanah di bahagian belakang rumah kami ini seperti mahu menggelongsor ke bawah.

“Saya kemudiannya terus berlari keluar dari bilik dan memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga lain agar segera keluar dari rumah ini untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah keluarganya itu di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan bapa bersama dua lagi ahli keluarga berada dalam rumah itu kemudiannya segera keluar dari rumah sebelum bapanya, Awi Abu Bakar, 50, meninjau semula keadaan runtuhan tanah itu dari arah luar rumah.

“Mujurlah saya tidak tidur ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku dan menyedari perkara itu lebih awal sekali gus dapat menyelamatkan diri,” kata anak ketiga dari lima beradik itu.

Sementara itu, bapanya, Awi, berkata, tanah dan benteng konkrit rumah jiran mereka itu runtuh mungkin disebabkan keadaan hujan lebat yang berpanjangan dan menyebabkan tanah di situ tidak dapat bertahan sehingga menyebabkan ia runtuh.

“Sebaik kejadian, saya menghubungi pihak berkuasa sebelum Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku bersama kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah meninjau lokasi kejadian.

Buruh didakwa ugut adik dengan kelewang



Buruh didakwa ugut adik dengan kelewang
Abdullah (tengah) menyembunyikan mukanya ketika dibawa keluar dari mahkamah kelmarin.
KOTA BHARU - Gara-gara mengugut mahu mencederakan adik perempuannya dengan kelewang, minggu lalu seorang buruh menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

Abdullah Ismail, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Abdullah didakwa didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Nik Rohishimaimi Ismail, 32, sambil mengacukan kelewang di Lot 410, Kampung Kedondong, Kedai Lalat, di sini jam 7 petang pada 16 Disember 2012.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Abdullah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan jaminan terhadapnya.

Muhamad Safuan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Nyaris maut kereta terbang



Nyaris maut kereta terbang
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas berusaha mengeluarkan seorang mangsa yang turut terselamat dalam kejadian pagi semalam.
KLANG - Dua rakan bernasib baik apabila terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terbang ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas dan sebuah kenderaan lain yang kebetulan melalui Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (TAR) bersebelahan Balai Trafik Klang Selatan, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, pemandu kesemua kenderaan terselamat walaupun keadaan kereta remuk teruk hingga bomba dipanggil ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di tempat duduk masing-masing.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dinaiki seorang lelaki dan wanita itu dari arah Jalan Banting menghala Bulatan Simpang Lima disyaki gagal mengawal kenderaannya ketika melalui satu selekoh agak tajam.

“Kenderaan mangsa gagal dikawal lalu terbang ke laluan bertentangan dan terus merempuh sebuah bas kilang dan sebuah Proton Persona yang dalam perjalanan menghala Jalan Banting.

“Berikutan rempuhan kuat itu, kenderaan dinaiki mangsa remuk teruk menyebabkan kedua-duanya terperangkap di tempat duduk masing-masing.

“Mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar menerusi bantuan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas yang memotong beberapa bahagian kenderaan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua mangsa, menurutnya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut dan mangsa dikatakan dalam keadaan stabil walau masih trauma dengan kejadian yang nyaris meragut nyawa mereka.

Lebih menyedihkan katanya, pemandu kereta Proton Persona datang dari Pulau Pinang dengan hasrat untuk menemui anaknya di asrama sebuah sekolah di sini.

Bagaimanapun katanya, mangsa dan pemandu bas kilang tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan masih terkejut dengan kejadian itu selain kenderaan masing-masing turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Kemalangan hampir sama kerap berlaku di lokasi itu memandangkan selekohnya yang agak tajam dan berbahaya.

“Jadi semua pemandu diingatkan agar berhati-hati ketika memandu termasuk ketika melalui lokasi itu apatah lagi sebelum ini sudah dua nyawa melayang dalam kejadian hampir sama iaitu memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan lain,” katanya.

Isteri bekas tahanan ISA terkejut penahanan suami




8 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Chomel Mohamad, 48, isteri kepada Yazid Sufaat, yang dituduh di mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, masih terkejut dengan penangkapan suaminya.

Beliau masih sukar untuk mempercayai suaminya, Yazid, 49, masih terlibat dalam aktiviti tersebut setelah pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun sejak 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.

 "Saya tahu segala gerak-geri suami saya, kerana kami berdua sudah lama mengusahakan gerai makanan di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui
di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini.

Yazid dan Halimah Hussein, 52, dituduh di Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana disyaki menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria tahun lepas mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Chomel, yang berpakaian serba hitam, juga menegaskan bahawa suaminya tidak mengenali Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Disember lepas.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, selepas suaminya ditahan semalam, polis menyerbu rumahnya di Taman Bukit Ampang dan mengambil buku-buku agama, komputer dan telefon bimbit.

Sementara itu, anak lelaki Yazid, Zufar Arif, 21, berkata beliau akan menguruskan perniagaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bersama ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya.

Zufar yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di sebuah pusat pengajian tinggi awam berkata berita penangkapan ayahnya hanya diketahui kira-kira pukul 3 petang semalam menerusi telefon.

Beliau merupakan anak lelaki tunggal daripada empat beradik. Kakaknya berusia 24 tahun dan dua adik perempuannya berusia 19 dan 15 tahun.

Tinjauan Bernama mendapati perniagaan menjual kuih dan air minuman yang diusahakan Yazid bersama isterinya sejak tujuh tahun lalu di kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta berjalan seperti biasa.

Beberapa media asing dan tempatan berada di sekitar kawasan terbabit untuk mendapatkan ulasan berhubung penangkapan Yazid yang merupakan tahanan pertama didakwa mengikut Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003  selepas ISA dimansuhkan pada 31 Julai tahun lepas. - Bernama

Korban nyawa demi anak



Korban nyawa demi anak
Norsilawati (dua, kanan) ketika menunggu di Unit Forensik HKT.
Korban nyawa demi anak
Hamizam Othman
KOTA TINGGI – “Seminggu lalu saya bermimpi gigi bahagian depan dan atas serta bawah tertanggal.

Seperti mana yang dikatakan orang, mimpi tersebut membawa erti bahawa kita akan kehilangan seseorang, ternyata hari ini (semalam) ia menjadi realiti,” kata Norshilawati Cinen, 34, dengan nada sebak.

Norshilawati adalah isteri kepada Hamizam Othman, 37, mangsa lemas di Pantai Ramunia Beach Resort ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibawa ombak.

Menurutnya, hanya perasaan pilu yang dapat digambarkan apabila suami yang menjadi tempat bergantung hidup selama ini pergi meninggalkannya serta anak-anak.

Norshilawati berkata, mimpi ganjil yang dialami minggu lalu yang turut merisaukan hatinya ternyata menjadi kenyataan.

“Walaupun anak sulung saya selamat, tetapi saya telah kehilangan orang yang amat saya sayangi,” kata ibu tiga anak itu.

Bagi sepupu mangsa, Nor Azlan Saidin, 41, sebelum kejadian mangsa bersungguh-sungguh mengajak mereka berkelah di pantai berkenaan.

Katanya, ketika itu dia merasa berat hati hendak mengikutnya kerana baru dua minggu lepas telah pergi berkelah di pantai tersebut.

“Dua minggu lalu saya dan enam keluarga lain dalam kira-kira 30 orang termasuk keluarga mangsa berkelah di pantai berkenaan.

"Namun mangsa masih mengajak lagi, arwah bagaikan terpanggil-panggil untuk datang lagi ke pantai tersebut.

“Malah saya yang bermimpi gigi geraham tertanggal dua hari lalu juga tidak menyangka akan membawa petanda kehilangan salah seorang saudara rapat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika mengesahkan kejadian berkata, mangsa bersama keluarganya dari Kulaijaya datang ke pantai tersebut semalam untuk berkelah.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari anak mangsa Mohd Sauqi, 14, mula bermandi-manda dan tiba-tiba setengah jam kemudian anaknya telah ditarik ombak ke tengah laut.

“Mangsa yang ketika itu ada di darat melihat anaknya yang terkapai-kapai meminta bantuan terus berlari bersama adik iparnya untuk menyelamatkan anaknya itu.

“Anak mangsa berjaya diselamatkan selepas ditarik ke darat oleh adik ipar mangsa Mohd Farhan, 24 bagaimanapun, ketika itu mangsa pula digulung ombak kuat.

“Kira-kira jam 1.45 petang mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat tidak jauh dari tempatnya lemas,” katanya.

Beliau berkata, anak mangsa yang berada dalam keadaan tidak bermaya dibawa ke Klinik Sungai Rengit untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa di bawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat.

Dua sahabat maut kereta bertembung lori di Pekan



PEKAN - Dua sahabat maut setelah kereta yang dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6, Jalan Chini-Kuantan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Supt Yahaya Othman berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, Mohd Naim Shawaludin Mohd Nazri, 25, dan Saidatul Shakinah Abd Razak, 18, mati di tempat kejadian setelah kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori satu tan.

"Kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Chini telah terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, empat penumpang kereta yang cedera parah dan dua penumpang lori serta pemandunya yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Sementara, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Yahaya dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian kemalangan itu disebabkan permukaan jalan yang basah dan licin ekoran keadaan hujan yang berterusan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.- Bernama

Warga emas ditemui mati dalam keadaan bogel, diikat



Warga emas ditemui mati dalam keadaan bogel, diikat
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
SEREMBAN – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan terikat dipercayai disamun di sebuah rumah di Jalan Rasah di sini, hari ini.

Mangsa, Edward Rajasooria Sebastian, 62, yang tinggal seorang diri di rumahnya itu ditemui mati dalam keadaan bogel kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, mangsa yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai disamun berikutan tiada dompet ditemui pada mangsa selain jam tangan miliknya turut hilang.

“Kita menerima panggilan daripada jiran mangsa yang curiga selepas tidak melihat mangsa keluar rumah sejak dua hari lalu.

“Tinjauan anggota polis di rumah mangsa pagi tadi mendapati pintu rumah tidak berkunci dan rumah dalam keadaan berselerak sebelum menemui mangsa terbaring di atas katil dalam sebuah bilik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpakaian itu ditemui dalam keadaan kaki dan tangan terikat, selain terdapat kain sarung yang menutupi mukanya.

“Siasatan awal kita mendapati mangsa mungkin disamun terlebih dahulu sebelum dibunuh berikutan dompet dan jam tangan mangsa gagal ditemui.
“Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa,” katanya.

Saiful Azly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pengawal keselamatan bunuh gadis 16 tahun dihukum gantung



gadis bunuh
Kalaiselvan yang dihukum gantung kerana didapati bersalah membunuh seorang gadis 16 tahun dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011.
Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh.
Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga jam 2.50 pagi, 18 Jun 2011, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan-Masai di sini, tertuduh telah membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Nur Rahayu Qomarodin, 16.
Kalaiselvan yang diwakili peguam Md Zahar Ngah, didapati bersalah dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Sepanjang perbicaraan kes,  seramai 18 saksi dipanggil untuk memberi keterangan yang dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, mahkamah telah memberi peluang kepada tertuduh untuk melihat  kembali video rakaman percakapnnya ketika disoal siasat, bagaimanapun keterangannya di mahkamah berbeza dengan rekod polis.
Tertuduh yang ditahan pada 3 Julai tahun lalu, juga menafikan membunuh dan membakar mayat mangsa dan memindahkan bebanan pertuduhan kepada dua individu lain yang dikenali sebagai Ramani dan Siva.
Bagaimanapun, hakim menegaskan, pembelaan yang dikemukan tertuduh tidak kukuh dan wajar ditolak kerana hanya bersifat satu penafian kosong dan tidak pernah dibangkitkan semasa pendakwaan.
Tertuduh juga gagal memberikan gambaran lengkap siapakah Siva,sama ada ia watak rekaan, malah mahkamah turut mempersoalkan tindakan tertuduh  yang melarikan diri selepas rakan sekerjanya, Ramani ditahan polis.
Kesimpulannya, Abdul Halim memutuskan, senario kes pembunuhan berkenaan secara keseluruhan begitu tragis dengan tindakan tertuduh yang cuba memusnahkan bukti dengan membakar mayat.
Perbuatan Kalaiselvan juga disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan sedangkan dia juga seorang ayah dan mempunyai anak sebaya dengan mangsa.
Sebaik dijatuhi hukuman, Kalaiselvan kelihatan sugul dan peguambela akan mengemukan rayuan.
Peguam, Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.
Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan mahkamah.
Kontraktor binaan itu yang ditemui di luar mahkamah kemudian berkata dia amat berpuas hati dengan keputusan itu yang dilihat setimpal dengan perbuatan yang menimpa anaknya.

Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan



Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan
Mayat Bairi Syah dihantar ke HT untuk proses bedah siasat, semalam
Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan
Arwah Salleh sempat diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan sebelum dikejarkan ke HT, malam kelmarin.
TAMPIN – Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di dua lokasi kemalangan berasingan di daerah ini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian kali kedua itu berlaku dalam tempoh 13 jam dari kejadian pertama.

Kemalangan pertama membabitkan seorang warga emas, Salleh Maadon, 78, kira-kira jam 10.45 malam di kilometer 26.5, Jalan Tampin-Gemas selepas motosikal jenis Suzuki 80 yang ditunggangnya dari arah Gemencheh ke Tampin dilanggar sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, berdasarkan siasatan awal dipercayai warga emas berkenaan dalam perjalanan ke kediamannya di Taman Muhibah, namun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Susulan perlanggaran itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) bagi rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan disahkan mati di hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi.

“Mayat mangsa kemalangan pertama dibedah siasat di HTJ, semalam,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Kooi Cheang berkata, bagi kemalangan kedua pula, mangsa, Bairi Syah Abu Hassan, 34, disahkan maut di Klinik Kesihatan (KK) Jelai selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di kilometer satu, jalan Felda Jelai, pagi semalam.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang anggota tentera dari Kem Syed Sirajudin Gemas dipercayai terbabas ke bahu jalan lalu melanggar pokok pinang sebelum terjatuh ke dalam cerun.

“Mangsa dikejarkan ke KK Jelai bagi rawatan lanjut. Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di KK berkenaan oleh kakitangan kesihatan. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat," katanya.

Ribuan hilang rumah angkara khianat

Ribuan hilang rumah angkara khianatDua lelaki mengeluarkan seorang wanita tua dari penempatan yang hangus.
MANILA - Dua kebakaran angkara perbuatan khianat sewaktu rakyat Filipina meraikan Krismas, semalam, mermbunuh lapan orang dan ribuan yang lain kehilangan rumah.

Polis Manila, Santiago Luna memberitahu, enam mayat telah ditemui dan dua lagi masih hilang selepas deretan pangsapuri lama di Baler, utara Manila terbakar pada waktu subuh.

"Polis mengesyaki kejadian ini disebabkan perbuatan khianat oleh individu berkumpulan.  

Kita juga menahan dua lelaki yang ditangkap oleh penduduk berkenaan selepas mengetahui perbuatan mereka," katanya.

Sementara itu, pegawai bomba, Noel Binwag berkata, satu lagi insiden kebakaran berlaku di bandar San Juan dengan lebih 1,500 buah kediaman hangus.

Binwag berkata, penduduk yang berjaya menangkap suspek tidak dapat menahan kemarahan lalu memukulnya sehingga mati.

Tambah beliau, dua anggota bomba turut cedera selepas dibaling batu oleh penduduk yang merampas hos air untuk memadamkan api yang membakar mereka. -Guardian

Rempuhan bas sekolah ragut 11 nyawa

Rempuhan bas sekolah ragut 11 nyawaLokasi jauh dari bandar menyebabkan pasukan kecemasan lewat tiba.
BEIJING - Seramai 11 kanak-kanak maut selepas van sekolah yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah kolam di kawasan luar bandar timur China, kelmarin.
Media China melaporkan, tiga mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak tadika itu mati di tempat kejadian dan lapan yang lain meninggal dunia di hospital dekat bandar Guixi, wilayah Jiangxi.
Menurut Pusat Informasi Demokrasi dan Hak Asasi Kemanusiaan berpangkalan di Hong Kong, kedudukan yang begitu jauh menyebabkan usaha menyelamat agak lewat selepas pasukan kecemasan mengambil masa selama 70 minit untuk sampai ke lokasi kejadian.
"Van berkenaan juga sangat sarat dengan penumpang iaitu seramai 15 kanak-kanak dan telah melebihi kapasiti yang dibenarkan," kata jurucakap aktivis.

Pada November 2011, sebuah van sekolah persendirian yang membawa 62 kanak-kanak tadika berlanggar dengan sebuah trak dan membunuh 19 orang termasuk dua orang dewasa sekali gus memaksa kerajaan meningkatkan tahap keselamatan bas sekolah di China. - Al-Jazeera

Nahas pesawat tentera Kazakhtan ragut 27 nyawa



SHYMKENT-  Sebuah pesawat tentera yang dikatakan membawa pegawai kanan keselamatan Kazakhtan terhempas di selatan negara itu dan membunuh semua anak kapal.

Menurut pegawai, 27 maut dalam nahas yang berlaku berhampiran bandar Shymkent.

Ketua kecemasan serantau memberitahu agensi berita yang pesawat turut musnah dalam nahas itu.

Pesawat Antonov An-72 yang musnah itu membawa pegawai yang terlibat dalam perkhidmatan di sempadan negara termasuk ketuanya, Turganbek Stambekov.

Menurut media tempatan, pesawat malang itu hilang dari radar sebelum jam 7 petang waktu tempatan kerana mendarat di Shymkent kira-kira 120 kilometer dari utara Tashkent.

Saksi turut memberitahu yang pesawat jatuh dari ketinggian 866 meter (2,600 kaki) akibat cuaca buruk  menyebabkan berlaku letupan kuat.

Isteri tinggal nota akhiri hubungan

Isteri tinggal nota akhiri hubungan
Abdul Rahman menunjukkan gambar isterinya, Zulaikha bersama dua anaknya yang turut dilarikan.
HULU SELANGOR - Seorang isteri bertindak keluar dari rumah membawa dua anaknya bersama wang tunai, barangan kemas dan komputer riba, dipercayai kerana hasutan lelaki lain.

Suaminya, Abdul Rahman Abdullah @ Selva Kumar, 38, berkata, isterinya, Zulaikha Kamal Hashim Jayakumar, 24, , bertindak demikian pada 3 Disember lalu ketika dia keluar menjual sayur-sayuran di Pasar Tanjung Malim, Perak.

“Saya keluar awal pagi dan balik rehat kira-kira jam 1.30 petang, namun ketika itu isteri dan anak-anak sudah tiada di rumah.

“Hanya satu kertas nota ditinggalkan atas meja makan di ruang tamu yang melarang mencarinya lagi, malah dia mahu menjaga anak-anak kami dan menyuruh saya balik kampung,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Makkal Sakti, MP Subramaniam, semalam.

Menurutnya, komputer riba yang dibawa bersama isterinya itu baru sebulan dibeli atas desakan ingin melayari internet.

"Saya pernah menyorokkan kabel internet kerana bimbang perbuatan dan hubungan curang isteri menerusi laman sosial.

"Namun secara senyap dia meminjam kabel internet daripada jiran," katanya.

Abdul Rahman berkata, dia menyedari perubahan isterinya dua hari sebelum kejadian apabila wanita itu kerap melayari laman sosial dan dilihat seolah-olah merahsiakan sesuatu.

Katanya, dia mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dalam talian dengan lelaki lain sehingga mendorongnya keluar dari rumah.

“Sebenarnya, bukan sekali isteri bertindak begini kerana dua tahun lalu dia pernah keluar dan membawa anak bersama tanpa minta izin juga dipercayai mengikut lelaki lain.

“Tetapi, kali ini dia pergi terlalu lama dan gagal dikesan kerana talian telefonnya turut disekat,” katanya.

Menurutnya, dia bimbangkan keselamatan anak-anaknya kerana sejak berumah tangga lima tahun lalu, isterinya gagal menjaga mereka dengan baik malah dikatakan tidak mampu menguruskan masa dan tanggungjawab di rumah.

“Saya bimbangkan anak-anak saya. Kalau boleh saya minta pihak berkuasa mengesan nombor telefon terakhir yang dihubungi isteri kerana dari situ kita tahu siapa orang yang bersamanya," katanya.

Dua maut dirempuh lori

Dua maut dirempuh lori
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

PEKAN – Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka bersama empat lagi rakan dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Kilometer 6 Jalan Chini-Kuantan, kelmarin.

Mangsa terbabit ialah pemandu kereta, Mohd Naim Shawaludin Mohd Nazri, 25 dan penumpang di bahagian belakang pemandu, Saidatul Shakinah Abd Razak, 18, di mana kedua-duanya berasal dari Felda Chini 1, di sini.

Dua maut dirempuh lori
Proton Wira remuk teruk selepas dirempuh lori muatan
\ satu tan (di belakang).
Ketika kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Chini 1 selepas bersiar-siar mengunjungi karnival di Felda Chini Timur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada lori satu tan dipandu lelaki yang membawa isteri dan seorang anak dari arah Kuantan ke Chini.

Menurutnya, lori dipandu lelaki berusia 40-an itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki enam sahabat terbabit.

“Dalam keadaan hujan dan jalan gelap tanpa lampu jalan, kereta dipandu Mohd Naim Shawaludin tidak sempat mengelak lori yang masuk secara tiba-tiba ke laluannya, sebelum dirempuh pada bahagian kanan sebelah hadapan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Empat rakan mereka dan pemandu lori sekeluarga kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berikutan cedera di beberapa bahagian badan,” katanya.

Yahaya berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan sebelum dituntut ahli keluarga mereka.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Banyak kemalangan dalam tempoh seminggu ini berlaku disebabkan terbabas. Saya mengingatkan orang ramai supaya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk. Beri tumpuan lebih ketika memandu kerana jalan licin disebabkan hujan berterusan sejak tiga hari lalu,” katanya.