Search This Blog

Tuesday, December 25, 2012

Pelajar UUM maut kereta dihempap lebih 500 papan

25 Disember 2012
BUKIT KAYU HITAM - Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500 keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.

Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24, iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusof berkata ketika kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar tersebut.

Katanya Tan Chuan yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987.

Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam.- Bernama

Tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Sumatera Barat



JAKARTA - Tiga orang dari satu keluarga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus dua buah rumah di Se Ipuh dalam daerah kecil Koto Parik Gadang Diateh, daerah Solok Selatan, Sumatera Barat, awal hari ini.
 
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Solok Selatan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 pagi.
 
Mayat ketiga-tiga mangsa yang berusia 60 tahun, 12 tahun dan lapan tahun itu telah dibedah siasat di Pusat Kesihatan Masyarakat Batang Limpawuang, Koto Parik Gadang Diateh.
 
Jenazah mereka kemudian dibawa pulang ke rumah anggota keluarga di Sei Ipuh, Nagari Pakan Rabaa Tangah.  - Bernama

Padah 'baham' dua beradik

Padah 'baham' dua beradikDari kiri, Sandi dan Heri diiringi anggota polis (kanan) keluar dari kamar mahkamah sebelum dihantar ke penjara menjalani hukuman selepas mengaku bersalah atas tuduhan rogol.
KUANTAN - Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.

Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.

Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.
Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.

“Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  (UPSR) baru-baru ini  apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap,” katanya.

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur
Kira-kira 2,000 pelajar termasuk kakitangan Universiti Malaysia
 Kelantan Kampus Kota di Kota Bharu tidak dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kawasan tersebut
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
 
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
 
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang. 

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).
 
Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.

Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.
 
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.
 
Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).
 
Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.
 
Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.

Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di Kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3 meter (m).
 
Laluan sepanjang dua kilometer di Kilometer 68.1 hingga 70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.
 
Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air
sedalam 0.6m. - Bernama

‘Bukan tubuhku’

BUKAN SAYA...Tan menunjukkan gambar ghairah daripada laman sosial terbabit yang menggunakan wajahnya.
BUKAN SAYA...Tan menunjukkan gambar ghairah daripada laman sosial terbabit yang menggunakan wajahnya.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.
Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.

“Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.

“Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama ‘Jessy Srikembangan’ dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.


Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil ‘Jessy Srikembangan’ serta ‘Lisa Carino’ yang menggunakan gambar wajahnya.

“Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama ‘Jessy Ling Kok Diong’ sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.

“Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu,” katanya.

Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.

“Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.

“Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Nasib baik tersangkut pada pokok ceri

SUNGAI PETANI: “Tarikh 26 Disember sentiasa kekal tidak akan dilupa sepanjang hidup kerana pada tarikh itu saya nyaris maut dibawa ombak besar.

“Syukur nasib saya baik kerana tersangkut pada pokok ceri tidak jauh dari pantai,” kata Azman Abdul Hamid,15, dari Kampung Tepi Sungai, Kota kuala Muda, di sini, yang terselamat ketika tsunami lapan tahun lalu.


Dalam tsunami pada 26 Disember 2004 (Ahad), antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari, lebih 10 kampung di sini, dilanda ombak besar setinggi lapan meter, termasuk Kampung Kuala Tepi Sungai, Kampung Keda, Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang, Kampung Paya, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Yu dan Kampung Pulau Sayak membabitkan lebih 3,000 mangsa.

Tragedi hampir setengah jam itu meranapkan lebih 100 rumah dan meragut 11 nyawa termasuk bayi berusia 11 bulan manakala lebih 75 kenderaan serta lebih 50 bot nelayan rosak.


Azman berkata, ketika kejadian itu, dia baru berusia tujuh tahun dan sedang bermain bersama rakan di atas batu di tepi pantai tidak jauh dari pusat pendaratan ikan Kampung Tepi Sungai di sini.


Katanya, dia mengikut orang ramai melihat sesuatu yang pelik di tengah laut dan menyedari air di tepi pantai surut sebelum mendengar jeritan memberitahu ombak besar, tetapi mereka tidak lari menyelamatkan diri.

“Ombak pertama tidak berapa kuat tapi beberapa rakan serta orang lain lari dari situ. Saya tidak lari kerana mahu lihat ombak lagi.


“Belum sempat turun dari batu tiba-tiba saya dipukul ombak dengan kuat. Tidak tahu apa nak buat ketika itu, saya pula tidak tahu berenang lalu dihanyut ombak besar.

“Saya bernasib baik kerana tersangkut pada pokok ceri, tetapi tiada siapa nampak saya kerana ketika itu keadaan kelam kabut,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Jel sehari curi pakaian

KUALA LUMPUR: Padah mencuri pelbagai pakaian di sebuah pasar raya dengan alasan untuk menjualnya semula kerana kesempitan wang, dua beradik yang juga ibu tunggal dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasnani Ismail, 41, dan kakaknya, Salmah Ismail, 40, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah akan tuduhan terbabit.


Mereka didakwa bersama-sama mencuri 10 set pakaian kanak-kanak, tiga set seluar dalam, dua kemeja, dua seluar pendek dan satu set cadar, milik pasar raya Aeon, Taman Maluri, Cheras, di sini, yang bernilai RM1,497.76.

Perbuatan itu dilakukan di pasar raya itu pada jam 2.15 petang, Jumaat lalu dan mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Remaja suspek bunuh lelaki ditahan

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara enam yang ditahan selepas disyaki terbabit kes bunuh seorang lelaki di Selayang Baru, awal pagi kelmarin.

Remaja terbabit ditahan bersama lima lagi lelaki berusia 20 hingga 22 tahun di Selayang dan Kuala Lumpur jam 1.40 pagi hingga 3.45 pagi semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada enam suspek terbabit memiliki rekod jenayah lampau dan tiada senjata dirampas daripada mereka ketika ditahan.

“Kami percaya suspek berusia 17 tahun itu tidak lagi bersekolah. Mereka semua direman hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.


Harian Metro semalam melaporkan mangsa, R Kumaran, 31, mati ditikam sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan kayu dalam kejadian berhampiran rumahnya jam 3 pagi kelmarin.


Mangsa yang baru tiba di tempat letak motosikal kawasan perumahan itu didatangi lima lelaki yang membawa senjata sebelum seorang daripada mereka menyerang mangsa.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Selayang akibat satu tikaman di kiri dada yang terkena jantungnya.


Rentetan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun kelmarin bagi membantu siasatan. Katanya, polis kini memburu dua lagi lelaki yang masih bebas dipercayai dalang utama kejadian terbabit. Mereka ialah Norazuan Mohd Mustafa, 20, alamat terakhirnya di Lot 47 (A) Jalan Indah 6, Kampung Selayang Indah dan Noriman Mayidin, 22, alamat terakhirnya di 209, Apartment Seroja, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat dua lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Izhan Ismail di talian 019-2527455 atau hubungi balai polis berhampiran.

Saksi mengaku tidak panggil wali nasab



SHAH ALAM - Seorang saksi dari Jabatan Agama Islam Gombak Timur mengaku tidak menemu bual wali nasab iaitu bapa mertua kepada Raisuddin Hamzah ketika membuat pengesahan nikah penyanyi tahun 1980-an itu.

Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk daerah Gombak Timur, Mohd Hidayat Mohd Suhaimi berkata, beliau tidak berbuat demikian kerana Suberi Abdullah tidak berada di Songkla, Thailand ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.

“Oleh kerana wali nasab tidak berada di Songkla, saya tidak memanggilnya untuk ditemu bual.

“Saya hanya menjalankan siasatan terhadap dokumen yang dibekalkan oleh Siti Fatimah Suberi iaitu pengesahan perkahwinan di Selatan Thailand oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, surat daripada Islamic Community of Songkla,” katanya.

Beliau mengesahkan ketidakhadiran Suberi di Thailand apabila di maklumkan defendan pertama iaitu Siti Fatimah ketika menemubualnya, pada 15 Oktober 2008.

Mohd Hidayat berkata, beliau tahu Suberi tidak pernah hilang atau ghaib dan masih hidup bagi mewalikan pernikahan anaknya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penggunaan wali hakim tetap sah memandangkan Raisuddin dan Siti Fatimah berkahwin di luar negara.

“Tiada peruntukan undang-undang yang melarang pasangan berkahwin di luar negara walaupun Siti Fatimah adalah pemastautin tetap di negeri ini,” katanya.

Mohd Hidayat memberi keterangan dalam kes permohonan bapa Siti Fatimah, Suberi, 52, untuk membubarkan pernikahan anaknya mengikut Seksyen 62 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Gagal cam mayat budak

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 30-an yang bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak, tampil membantu polis dengan membuat pengecaman di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Wanita itu tampil bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang ditemui dengan 80 peratus badannya terbakar manakala perutnya terburai di kaki bukit Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, di sini, Jumaat lalu.


Terdahulu, wanita berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sebelum dibawa sepasukan anggota polis ke Rumah Mayat HSA, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, wanita itu gagal mengecam mangsa berikutan wajah termasuk 80 peratus anggota badannya rentung.


“Wanita itu bukanlah waris dan tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaraan dengan mangsa.


“Dia hanya seorang awam yang prihatin dan tampil untuk mengenal pasti mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih belum mendapat petunjuk baru termasuk dakwaan kononnya sudah menahan seorang suspek yang juga bapa saudara mangsa.


“Kami masih belum mengetahui identiti mangsa, jadi adalah mustahil kami sudah berjaya menahan bapa saudaranya.

“Kenyataan itu tidak tepat, namun kami masih menjalankan siasatan bagi menahan suspek,” katanya.


Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Idris Sith di talian 07-223 2222 atau talian 07-221 2999 / 07-225 4422.

Mati hantar kari kambing

PORT DICKSON: Seorang wanita terbunuh, manakala dua anak perempuannya parah apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di simpang jalan di Kilometer 9.5, Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, tiga beranak terbabit, D Indrani, 47, dan anaknya, M Suganya, 18, dan Taraani, 13, menaiki motosikal berkenaan dari sebuah hotel untuk pulang ke rumah mereka di Bandar Sunggala, di sini.


Kereta Proton Saga BLM itu pula dipandu S Yogeswaran, 24, bersama dua rakannya, S Nagendra Kumar, 26, dan S Vinod, 24, dari arah Telok Kemang menuju ke bandar ini, namun ketiga-tiga mereka terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Anak sulung mangsa, Jothi, 25, ketika ditemui di Hospital Port Dickson (HPD) berkata, sebelum kejadian ibu dan bapanya, A Mariapan, 50, datang menghantar bekalan ke tempat kerjanya.


“Ibu dan ayah saya datang menghantar lauk kari kambing dengan menaiki kereta, namun disebabkan ayah mempunyai urusan lain, dia meninggalkan ibu bersama saya.


“Jam 11 malam, adik saya (Suganya dan Taraani) datang mengambil ibu menaiki motosikal untuk balik ke rumah yang jaraknya lima kilometer dari tempat kejadian. Sunganya yang menunggang motosikal, adik di tengah dan ibu duduk di belakang sekali,” katanya.

Menurutnya, sejurus dimaklumkan rakan mengenai kemalangan yang menimpa keluarganya, dia bergegas ke tempat kejadian dan menghantar mereka ke HPD.


Suganya yang patah kedua-dua belah kaki dan pecah tempurung lutut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut, manakala Taraani yang patah kaki kanan dirawat di HPD. Sementara itu, suasana kecoh seketika apabila suami mangsa tiba-tiba rebah.

Salah mangsa



         
GOMBAK: Angkara salah faham, seorang lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan kayu dalam kejadian di Selayang Baru, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, isteri mangsa, B Krishaveli, 29, berkata, suaminya yang baru tiba di tempat letak motosikal kawasan perumahan mereka didatangi lima lelaki yang membawa senjata sebelum seorang daripada mereka menyerang suaminya.


Katanya, kumpulan lelaki berkenaan datang untuk mencari seorang lelaki lain bagaimanapun, suaminya yang disangka mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan menjadi mangsa.

“Suami saya tidak berhutang atau bermusuh dengan sesiapa, tetapi saya tidak sangka dia menjadi mangsa kumpulan berkenaan,” katanya.


Difahamkan, mangsa, R Kumaran, 31, meninggal dunia di Hospital Selayang akibat tikaman di kiri dada yang terkena jantungnya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata, mangsa kemungkinan bukan individu yang dicari kumpulan berkenan namun menjadi mangsa kerana disangka ada kaitan dengan lelaki dicari itu.

Beliau berkata, rentetan kejadian itu, dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala beberapa lagi rakan mereka masih diburu.


Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang doktor yang merawat mangsa di Hospital Selayang, jam 4.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek yang melarikan diri sebaik terdengar jeritan saksi kejadian meminta pertolongan,” katanya.


Katanya, sebelum kejadian itu, berlaku satu pergaduhan antara kumpulan lelaki terbabit dengan seorang lelaki lain di sebuah kafe siber.


“Akibat tidak berpuas hati, mereka datang mencari lelaki berkenaan di kawasan perumahan mangsa malangnya mangsa yang kebetulan berada di situ menjadi sasaran,” katanya.


Katanya, polis kini memburu lelaki yang masih bebas termasuk suspek utama yang dikenali sebagai Norazuan Mohd Mustafa, 20, alamat terakhirnya di Lot 47 (A), Jalan Indah 6, Kampung Selayang Indah.

Tujuh jam jadi tahanan

JOHOR BAHRU: “Kami tidak akan melepaskan awak kerana wang dalam akaun hanya lebih RM1,000. Ia tidak cukup untuk melepaskan awak,” Itu antara ugutan sekumpulan penjenayah kepada mangsa culik bagi mendapatkan wang tebusan RM10,000.

Dalam kejadian jam 1 pagi, 19 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Raja, 37, diculik empat lelaki di depan rumahnya di Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini. Katanya, MangsaJurutera di Singapura itu berkata, dia diculik tujuh jam dengan mata ditutup serta kaki dan tangan diikat ketika mahu membuka pintu pagar rumah untuk meletakkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam garaj. Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia diperlakukan teruk seperti haiwan apabila kumpulan berkenaan memukulnya dengan rotan. Katanya, empat lelaki berusia 20-an tiba-tiba datang menutup mulutnya sebelum menariknya masuk ke keretanya.


“Kumpulan itu bertindak pantas dan terus menarik saya masuk ke dalam MPV jenis Nissan Grand Livina.

“Apabila berada dalam kereta, seorang daripada mereka memandu laju meninggalkan rumah dan pada masa sama, tangan dan kaki saya diikat manakala mulut dan mata ditutup dengan kain.


“Mereka membawa saya ke sebuah rumah di Teluk Jawa dan terus memukul sebelum membuka ikatan mulut,” katanya.


Menurutnya, akibat dipukul bertalu-talu empat lelaki itu, tangan kiri, kaki dan kepalanya lebam.

Katanya, dompetnya dirampas dan mereka mendesaknya memberi nombor pin kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM). “Selepas hampir setengah jam, mereka menyatakan wang dalam akaun tidak mencukupi kerana hanya terdapat lebih RM1,000 dan enggan melepaskan saya selagi tidak menyerahkan RM10,000 sebelum meminta saya menghubungi keluarga atau rakan,” katanya.


Menurutnya, mereka meninggalkannya selepas dia menghubungi rakan untuk memasukkan wang ke akaunnya dan berjaya melepaskan diri. untuk mendapatkan wang,” katanya. Menurutnya, dia mendengar dua penjenayah itu berbincang sebelum bersetuju dengan wang tebusan RM5,000. Katanya, selepas menurunkan harga tebusan, seorang daripada penjenayah menyerahkan telefon bimbitnya sebelum dia menghubungi rakan untuk meminta memasukkan wang dalam akaunnya.

“Saya menelefon rakan menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 8 pagi sebelum seorang daripada mereka meninggalkan rumah.


“Tidak lama kemudian, mereka meninggalkan rumah itu sebelum saya nekad membuka ikatan tangan dan keluar dari situ,” katanya.


Dia yang trauma dengan kejadian itu kehilangan lesen memandu, kad pengenalan, wang tunai RM500, wang tunai Singapura S$200 (RM480), cincin emas, kunci rumah, telefon bimbit dan kad pengenalan isteri. “Saya kemudian mendapati penjenayah sudah melarikan diri menggunakan Nissan Grand Livina milik saya berwarna jingga bernombor pendaftaran JND7077,” katanya. Menurutnya, melihat keadaan selamat, dia berlari keluar dari rumah itu dan mendapatkan bantuan seorang lelaki untuk membawanya ke Balai Polis Seri Alam di sini. “Saya masih trauma dengan kejadian itu dan berharap polis memberkas penjenayah secepat mungkin, “ katanya. Jurucakap Balai Polis Seri Alam mengesahkan kejadian.

Air naik 1.5m

TENGGELAM...keadaan bandar Kuantan yang dinaiki air, semalam.
TENGGELAM...keadaan bandar Kuantan yang dinaiki air, semalam.
KUANTAN: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar dilanda banjir sedalam 1.5 meter (m).
Antara jalan ditenggelami air ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar.

Difahamkan, banjir kilat itu berlaku jam 11 pagi semalam menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air.

Walaupun daerah ini mula hujan sejak malam kelmarin, hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan panik dan menyelamatkan diri dengan meredah jalan yang ditenggelami air.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Tun Ismail, di sini, mendapati 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka.


Bagaimanapun, lima jam kemudian, air mula surut dan beberapa jalan boleh dilalui semua kenderaan.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters, Taman Teratai dan Semambu turut ditenggelami air antara 0.1 meter hingga satu meter.

Keadaan itu menyebabkan penduduk mengalami kerugian apabila beberapa barang dan kelengkapan rumah tidak dapat diselamatkan berikutan kejadian tidak diduga itu.

Sementara itu, jurucakap pusat pemindahan banjir negeri berkata, seramai 787 mangsa banjir membabitkan 179 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di sekitar daerah ini, Pekan dan Rompin.

Antara kampung terbabit di daerah ini adalah Kampung Galing, Taman Seri Kuantan, Kampung Cenderawasih, Kampung Tengah, Kampung Tanjung Lumpur dan beberapa buah kampung di sekitar Pandan.

Manakala mangsa di Pekan adalah di Kampung Sungai Miang serta Kampung Cenderawasih dan di Rompin adalah Kampung Perpat.

Mangsa ditempatkan sementara di pusat pemindahan di bandar ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Galing seramai 362 mangsa membabitkan 64 keluarga, SK Cenderawasih seramai 200 mangsa membabitkan 52 keluarga ,Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan seramai 93 mangsa membabitkan 41 keluarga dan Balai Raya Tanjung Lumpur seramai 21 mangsa membabitkan empat keluarga.

Manakala di Pekan pusat pemindahan adalah di SK Sinar Mutiara, Sungai Miang menempatkan 60 mangsa daripada 10 keluarga dan Masjid Kampung Perpat di Rompin menempatkan 51 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Sebelum ini, sebanyak lapan laluan utama terpaksa ditutup dan dibuka semula selepas surut namun jalan di Jambatan Sungai Caru, Jalan Sungai Lembing, di sini, masih ditutup berikutan air naik sehingga ke paras 10 meter.

Tiga ditahan beberapa jam selepas kejadian

GOMBAK: Tiga lelaki dipercayai terbabit menembak seorang pembekal arak di Taman Desawan, Klang awal pagi kelmarin ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 28 hingga 32 tahun ditahan di sekitar Klang jam 11 pagi iaitu beberapa jam selepas kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan selepas dipanggil untuk disoal siasat di balai polis. Bagaimanapun, keterangan ketiga-tiga mereka didapati mencurigakan.

“Selain penahanan ketiga-tiga lelaki berkenaan, polis juga sudah mengambil keterangan 10 saksi rentetan daripada kejadian tembak itu bagi membantu siasatan,” katanya.


Beliau berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa mati kerana kesan luka akibat tembakan di perut selain terdapat lima kesan tembakan pada badan.


Kelmarin, seorang lelaki berusia 34 tahun yang baru pulang berhibur di sebuah pusat karaoke ditembak mati dari jarak dekat, jam 5 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan ditembak ketika hendak menghidupkan enjin kereta Toyota Camry miliknya.


Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilihat menjamu selera bersama beberapa rakan.

Dah biasa bah

PERIKSA...Dr Mohd Tahir (kiri) memantau kerja menambak benteng penghadang banjir di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga.
PERIKSA...Dr Mohd Tahir (kiri) memantau kerja menambak benteng penghadang banjir di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga.
SHAH ALAM: Bencana banjir seolah-olah sinonim dengan penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, di sini, berikutan kerap dilanda bencana itu sejak 20 tahun lalu termasuk banjir besar pada tahun 2000 dan 2006 hingga kampung berkenaan dinaiki air lebih satu meter.
Bencana itu berulang lagi malam Jumaat lalu apabila hujan lebat lebih empat jam mengakibatkan kampung berkenaan dinaiki air sedalam hampir satu meter apabila benteng Sungai Damansara berhampiran kampung itu pecah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 70 penduduk terpaksa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Batu Tiga yang berhampiran. Penduduk, Mohamad Awang Kechil berkata, hujan lebat luar biasa tanpa henti lebih empat jam mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air separas lutut.

Katanya, air mula naik kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu dan hanya surut selepas jam 6 pagi keesokannya.

“Saya percaya, banjir ini berlaku kerana sistem perparitan yang tidak sistematik serta faktor benteng Sungai Damansara pecah,” katanya.

Penduduk lain yang dikenali sebagai Fatimah berkata, banjir kilat itu turut mengakibatkan barangan perabot dan peralatan elektrik di rumahnya rosak.


“Kerugian yang dialami belum diketahui. Sekarang bukan televisyen saja yang tidak berfungsi, malah perabot juga turut mengalami kerosakan,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati semua penduduk yang dipindahkan itu sudah kembali ke rumah masing-masing pagi semalam selepas air mulai surut.

Ketua Kampung berkenaan, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, bencana berkenaan adalah yang kedua terburuk sejak 2006 lalu.

“Saya difahamkan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran(JPS), kerja penambakan hanyalah sementara dan dijangka siap dalam tempoh terdekat,” katanya.

Anggota sindiket rokok cuba langgar pegawai kastam

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan rokok putih kini semakin berani apabila sanggup melanggar pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa dalam kejadian di Taman Batu Muda, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pegawai kastam berkenaan sempat mengelak dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar hadapan lori terbabit yang dipandu seorang lelaki dan kelindannya.


Sumber berkata, ketika kejadian, pegawai berusia 39 tahun dari KDRM Perlis itu bersama pasukannya dan KDRM Putrajaya melakukan pemantauan serta risikan di kawasan Taman Batu Muda berhubung aduan tentang aktiviti penyeludupan rokok putih.

Menurutnya, sebaik mengenal pasti sebuah lori membawa muatan rokok putih seludup itu, pegawai terbabit mengarahkan pemandu lori terbabit berhenti.


“Ketika pegawai berkenaan hendak memperkenalkan diri sebagai penguasa kastam, pemandu lori terbabit dengan tiba-tiba memecut kenderaannya.


“Pegawai itu yang cuba dilanggar lori berkenaan bernasib baik kerana sempat mengelak sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar hadapan lori itu.

“Meskipun tayar lori itu pancit, pemandunya bertindak nekad dengan terus memandu kenderaan berkenaan sebelum berhenti di Taman Perindustrian IKS Batu Caves,” katanya ketika ditemui, semalam.


Beliau berkata, pasukan KDRM yang mengekori lori berkenaan hingga ke kawasan perindustrian sempat menahan pemandu lori terbabit, manakala kelindannya berjaya melarikan diri ke kawasan kubur berdekatan.

Menurut sumber, pemeriksaan pihak berkuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan rokok putih seludup dan pemandu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 135(1)(3) Akta Kastam 1967.

Gadis malu, gambar diguna untuk iklan khidmat seks

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Gara-gara memutuskan hubungan dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 20 tahun terpaksa menanggung malu apabila wajahnya dipercayai digunakan lelaki itu untuk mengiklankan perkhidmatan seks di laman sosial Facebook sejak Mei lalu.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Tan berkata, individu tersebut menggunakan teknik pertindihan gambar untuk mencantumkan wajahnya dengan gambar separuh bogel sebelum memuat naiknya ke dalam laman sosial berkenaan menggunakan akaun Jessy Serikembangan dan Lisa Carino.
"Saya menyedari akaun tersebut wujud sejak Mei tahun lalu tetapi hanya berdiam diri memandangkan akaun tersebut dinyah aktif beberapa minggu kemudian.
"Namun, saya dapati akaun itu diaktifkan semula pada Ogos lalu, sehubungan itu, saya terpaksa membuat laporan di Balai Polis Shah Alam," katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121225/je_03/Gadis-malu-gambar-diguna-untuk-iklan-khidmat-seks#ixzz2G1Si90FQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sistem perparitan punca banjir kilat - Tengku Mahkota



TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan salah sebuah keluarga ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan, semalam.
KUANTAN 24 Dis. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kejadian banjir kilat yang menyebabkan operasi di pusat bandar lumpuh kira-kira dua jam hari ini ekoran sistem perparitan yang sempit dan tidak sempurna.
Baginda bertitah, kesimpulan itu dibuat selepas baginda sendiri membuat tinjauan di udara menggunakan helikopter ketika berlakunya banjir di kawasan tersebut.
"Ketika berada di atas helikopter saya perhatikan banyak parit di kawasan berlaku banjir terlalu kecil dan sempit.
"Mungkin sudah sampai masanya kerajaan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengkaji perkara ini dan mengambil tindakan," titah baginda kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121225/dn_07/Sistem-perparitan-punca-banjir-kilat---Tengku-Mahkota#ixzz2G1RPOfOt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli parlimen, penyokong bergaduh dengan pembangkang

SKOPJE 25 Dis. - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang Macedonia bergaduh di dalam bangunan itu semalam ekoran pertikaian berhubung cadangan bajet 2013 negara ini.
Beribu-ribu penyokong kerajaan dan pembangkang pada masa sama saling membaling botol dan batu antara satu sama lain di luar bangunan Parlimen.
Ia mengakibatkan polis anti rusuhan terpaksa campur tangan hingga menyaksikan sekurang-kurangnya enam orang tercedera. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121225/lu_08/Ahli-parlimen-penyokong-bergaduh-dengan-pembangkang#ixzz2G1QVqd7R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua bomba AS ditembak mati sejurus tiba di lokasi kebakaran


Firefighters

NEW YORK 25 Dis. - Dua anggota bomba Amerika Syarikat (AS) ditembak mati manakala dua lagi cedera sejurus mereka tiba di lokasi kebakaran di Webster, pinggir bandar Rochester, semalam.
Ketua Polis Webster, Gerald Pickering seperti mana yang dipetik akhbar Democrat and Chronicle berkata, kejadian berlaku sejurus bomba yang menerima panggilan kecemasan itu tiba di tempat kejadian pada awal pagi.
Katanya, tiada `penembak yang aktif’ di tempat kejadian namun tali keselamatan dipasang manakala penduduk berhampiran dipindahkan.
Polis dan bomba ketika dihubungi AFP bagaimanapun mengulas lanjut mengenai insiden tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121225/lu_09/Dua-bomba-AS-ditembak-mati-sejurus-tiba-di-lokasi-kebakaran#ixzz2G1PTw7x8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis wanita tembak penasihat NATO

KABUL 24 Dis. - Seorang pegawai polis wanita Afghanistan menembak mati seorang penasihat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di ibu pejabat polis, di sini hari ini, serangan pertama 'orang dalam' melibatkan wanita.
Kejadian itu juga adalah insiden terbaharu yang menghakis kepercayaan antara tentera NATO dan sekutu Afghanistan mereka dalam memerangi militan Taliban.
Seorang jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) NATO berkata, penasihat itu maut akibat kecederaan dan wanita itu telah ditahan.
Jurucakap Kementerian Dalam negeri, Sediq Seidiqqi mengesahkan serangan itu dan menyatakan siasatan sedang dijalankan.
Seorang lagi pegawai polis yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku di kawasan ibu pejabat polis yang dikawal ketat di tengah Kabul.
"Saya terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang wanita berpakaian seragam melarikan diri sambil melepaskan tembakan ke udara.
"Saya kemudian mengejarnya dan berjaya mengacukan senjata ke kepalanya dan mengarahkannya supaya tidak bergerak. Suspek kemudiannya menyerah diri dan saya merampas senjatanya," katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi serangan berasingan oleh orang dalam hari ini, ketua balai polis di wilayah Jawzjan menembak mati lima rakan sejawatnya sebelum melarikan diri menyertai Taliban, menurut ketua polis wilayah, Abdul Aziz Ghairat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121225/lu_03/Polis-wanita-tembak-penasihat-NATO#ixzz2G1Phy2J0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Model lelaki bunuh wartawan TV dijel 25 tahun

Model lelaki bunuh wartawan TV dijel 25 tahunRenato Seabra ketika menghadiri prosiding mahkamah membunuh kekasihnya, seorang wartawan TV. - Foto ihsan CNN
NEW YORK - Dia seorang model lelaki berusia 20 tahun. Kekasihnya berusia 65 tahun, seorang wartawan TV, juga seorang lelaki. Mereka dari Portugal yang melawat bandar New York.

Pasangan yang tua itu menamatkan hubungan mereka dan berakhir dengan kematian dalam keadaaan ngeri.

Hampir dua tahun kemudian, hakim New York menjatuhkan hukuman ke atas model, Renato Seabra dengan hukuman penjara maksimum  25 tahun selepas didapati bersalah membunuh Carlos Antonio De Castro di bilik Hotel InterContinental, Times Square di sini.

"Ini merupakan jenayah paling kejam dan sadis di mana Renato Seabra mencekik dan mencacatkan mangsa sebelum membunuhnya," kata peguam Daerah Manhattan, Cyrus R. Vance Jr.

"Tetapi keputusan juri sekarang, akhirnya, mengatakan Seabra bertanggungjawab. Ia amat tragis bahawa Carlos Castro bukan sahaja ... dikhianati oleh kekasih yang menolak beliau, tetapi bertemu dengan kesakitan dan kekjanan yang jauh dari rumahnya," kata Vance.

Castro ditemui mati dalam bilik hotel pada Januari 2011.

Seabra kini berusia 23 tahun menyerang Castro kerana dia marah Castro mengakhiri hubungan mereka kata pendakwar raya.

Selepas serangan itu, Seabra mengambil RM4,800 dari dompet Castro dan menggantungkan tanda "Jangan Ganggu" di pintu hotel, kata pendakwa raya itu.

Ketika melangkah keluar dari hotel, Seabra bertembung dengan rakan Castro di lobi, yang kemudiannya memberi keterangan bahawa Seabra mengatakan Castro "tidak akan meninggalkan biliknya," kata pendakwa raya.

Mayat Castro ditemui sejurus selepas seorang kenalan muncul yang meminta untuk bertemu dengan Castro yang mengatakan dia sudah menghubungi mangsa awal hari itu, tetapi gagal dihubungi selepas itu, kata pegawai rasmi.

Pekerja hotel menemui mayat Castro yang tidak berpakaian di lantai bilik hotel pada 7 Januari 2011, punca kematian dikatakan kecederaan dari senjata tumpul di kepala dan leher, kata pendakwa raya.

Seabra dibawa ke muka pengadilan selepas dia pergi mendapatkan rawatan pada kecederaan di lengannya.

Dia menjalani penilaian psikiatri di Bellevue, kata sumber.

Sehari selepas pembunuhan, Seabra mengaku di Hospital Bellevue, kata pendakwa raya.

Sebelumnya, Castro merupakan seorang wartawan TV yang mempunyai komum gosip untuk surat khabar Portugis, Correio da Manha.

Seabra pula adalah finalis bagi pencarian model televisyen bagi program, 'A Procura de um Sonho'

Wira muncul tepat masanya

BEAUFORT: “Kebetulan saya berada di kawasan berhampiran untuk membeli durian dan sebaik menerima panggilan kecemasan, saya bergegas ke lokasi. Sebaik tiba, saya melihat tangan mangsa terkapai-kapai dan cuba berpaut di tebing tiang konkrit yang tinggi untuk dicapai.

“Saya kemudian berlari dan segera memegang tangan mangsa dari tebing supaya dia tidak hanyut dibawa arus,” kata Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Beaufort Sharudy Delamin yang menyelamatkan seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun di tebing Sungai Padas, semalam.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun dari Kampung Ulu Kimanis, dekat sini, dipercayai mengalami masalah peribadi sebelum bertindak cuba membunuh diri.

Menurut Sharudy, ketika sedang asyik membeli durian, beliau menerima panggilan daripada bilik kawalan menyatakan ada orang terjun di tebing Sungai Padas. Beliau menyedari tempat kejadian itu berhampiran lalu bergegas ke lokasi, dan melihat seorang wanita terkapai-kapai dalam sungai berhampiran tebing konkrit.


Tangan mangsa dapat dipegangnya sebelum dihanyutkan arus.


“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang tiba saat itu terus membantu mengeluarkan mangsa daripada permukaan air untuk dibawa ke kawasan selamat,”katanya.

Sementara itu, saksi dikenali sebagai Ahmad berkata, ketika kejadian, orang ramai melihat mangsa duduk di tebing sungai sambil menangis. “Mereka cuba memujuknya tetapi gagal. Bimbang keselamatan wanita itu, mereka menghubungi bomba.


“Bagaimanapun, wanita itu terus terjun, namun diselamatkan seorang pegawai bomba yang berada berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Joseph Ganang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 10.07 pagi.


“Sebaik menerima laporan itu, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dua minit kemudian,” katanya.

Api kereta sambar bas

CHUKAI: Empat beranak rentung selepas kereta mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Kia Sephia, Sabirin Sulaiman, 45, seorang guru, isterinya, Halina Saif@Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.


Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, semua mangsa terperangkap selepas kenderaan itu bertembung bas Ekspres Budaya sebelum terbakar bersama-sama bas berkenaan yang dinaiki lapan penumpang.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki keluarga berkenaan dari Kemaman menuju Dungun gagal dikawal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung bas ekspres itu yang kemudian menyeret kereta terbabit kira-kira 30 meter hingga ke kaki lima jalan.


Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.


“Ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Dungun selepas menyaksikan pertandingan catur disertai Siti Aisyah di ibu negara.

“Sabirin yang juga guru bahasa Jepun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarganya tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5, Dungun,” katanya ditemui di tempat kejadian.

‘Mereka tanya mesin basuh’

BATU PAHAT: “Arwah anak dan menantu menghubungi saya ketika mereka baru bertolak dari Subang Jaya, Selangor untuk pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu sambil bertanyakan mesin basuh yang dihadiahkan kepada saya.

“Dalam perbualan terakhir itu, mereka tidak menunjukkan perbezaan dan saya tidak menyangka mereka sekeluarga akan pergi menghadap Ilahi terlebih dulu sebelum saya memandangkan mereka masih muda,” kata Amah Melan, 64.


Amah ibu kepada Halina Saif@Saib, 40, seorang daripada empat beranak yang rentung dalam kemalangan ngeri di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu, awal pagi semalam.

Sementara itu, adik bongsu Halina, Hairul Anuar, 27, berkata, kepulangan keluarga kakaknya itu, Khamis lalu menceriakan semua adik-beradik dan seperti biasa mereka sekeluarga berkumpul.


"Kakak dan abang membeli banyak makanan ketika tiba di rumah selain memberi kejutan kepada emak dan bapa dengan membelikan mesin basuh baru dan menggantikan bumbung rumah.


"Kami sebak mengenangkan kejadian itu, terutama memikirkan hasrat anak buah saya, Siti Khadijah yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu,” katanya.

Mati dipangku ibu bapa



MANJUNG: Keseronokan menyambut hari keluarga di Teluk Senangin, Segari, dekat sini, menjadi detik terakhir buat seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan dua beradik apabila mereka maut selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori, di sini semalam.

Nahas yang berlaku di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin itu, turut mencederakan lima yang lain termasuk dua cedera parah, manakala tiga yang lain termasuk tiga beradik cedera ringan.


Mangsa yang maut iaitu pemandu kereta Perodua Viva dikenali Mohd Ramli Abd Wahab, 27, berasal dari Kampung Tengku Hussein, Manjoi, Ipoh dan dua beradik Harith Danial, 5, dan kakaknya, Nur Maisara Aleya Muhamad Syakir, 6.

Dua penumpang lain yang parah termasuk ibu dua kanak-kanak berkenaan, Zalikha Kamarulzaman, 26, dan Muhamad Sharifuddin, 18, masing-masing berasal dari Taman Raia, Simpang Pulai, manakala, tiga mangsa yang cedera ringan termasuk tiga beradik Faizatul Adawiyah, 12; Shamil, 11 dan Sofea Amira Hamdan, 8.


Lebih menyayat hati, Nur Maisara ditemui maut ketika berada di pangkuan ibunya, Zalikha, manakala adik lelakinya, Harith pula meninggal dunia di pangkuan Muhammad Sharifuddin.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, kereta dinaiki lapan mangsa itu hilang kawalan akibat tayar pecah sebelum merempuh belakang lori tiga tan tanpa muatan diletakkan di tepi jalan.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya di tepi jalan untuk membeli minuman di kedai berhampiran lokasi kejadian.


Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata tiga mangsa berkenaan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala selain tersepit di tempat duduk masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit berikutan keadaan kereta remuk.


“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit mengeluarkan semua mangsa tersepit.


“Mangsa yang maut di bawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat, manakala dua penumpang lain yang cedera parah turut dirawat di hospital sama dan tiga kanak-kanak yang cedera ringan pula di bawa ke Hospital Changkat Melintang (HCM),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Cedera digigit monyet

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa berlari sambil menangis dengan tangan kiri berlumuran darah selepas digigit monyet peliharaan dalam kejadian tidak jauh dari rumahnya di Sadong Jaya, Samarahan, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 pagi ketika kanak-kanak malang terbabit dikatakan mahu memberi monyet peliharaannya makan sebelum tangan kirinya disambar.


Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan tanpa ditemani ahli keluarga bagi menghulurkan makanan kepada haiwan yang dipelihara sejak beberapa bulan lalu.

“Secara tiba-tiba, monyet berkenaan menyambar tangan kiri kanak-kanak terbabit. Mangsa menjerit sebelum melawan bagi melepaskan gigitan itu.


“Sebaik gigitan dilepaskan, kanak-kanak itu berlari dengan darah meleleh keluar daripada tangan yang terluka itu. “Mangsa tiba di rumahnya dan ibu bapanya yang kebetulan berada di rumah terkejut apabila mendapati tangan serta baju anak mereka dipenuhi darah,” katanya.


Katanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit membawanya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah sebelum diberi rawatan kecemasan dan menerima beberapa jahitan.


“Mangsa dilaporkan stabil namun masih trauma dengan kejadian menimpanya. Mungkin dia masih terbayang saat bertarung dengan haiwan peliharaannya yang menggigit tangannya itu,” katanya.

Pemandu maut rempuh penghadang tapak binaan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya merempuh dinding penghadang sebuah tapak pembinaan di Jalan Kepong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kereta Proton Iswara dipandu mangsa terbabas di bahu jalan dan dikatakan hampir merempuh tiang lampu.


Bagaimanapun, mangsa kemungkinan cuba mengelak tiang lampu berkenaan sebaliknya merempuh dinding penghadang bersebelahan tiang itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa, Liew Ping Fatt , 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


“Kereta mangsa terperosok ke arah dinding zink tapak pembinaan berkenaan dan berada antara tiang dan dinding berkenaan,” katanya.


Katanya, mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Jinjang.

Liew yang tinggal di Batu 8, Jalan Metro Prima, Kepong dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Mati dada dihentak

JOHOR BAHRU: Laporan bedah siasat terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih setahun yang ditemui rentung di Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz di sini, Jumaat lalu, mendapati mangsa meninggal dunia akibat hentakan kuat di dada.

Hasil bedah siasat turut menemui banyak kesan lebam di muka dan badan mangsa dipercayai ditumbuk suspek sebelum dibunuh dan dibakar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah termasuk patah tulang belakang akibat hentakan kuat di dada,” katanya, semalam.


Hashim berkata, polis masih belum dapat mengesahkan identiti mangsa kerana tiada individu tampil menuntut mayat berkenaan.

“Kita masih menyiasat sama ada kanak-kanak itu rakyat Malaysia atau sebaliknya kerana 80 peratus anggota badannya hangus,” katanya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 07-221 2999 / 07-225 4422.


Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun ditemui 80 peratus rentung hingga perutnya terburai di tapak bekas flat Bukit Chagar.

Banjir Jakarta: 2,425 rumah dinaiki air

JAKARTA - Sejumlah 2,425 buah rumah di 10 daerah kecil di Jakarta dinaiki air sehingga 250 sentimeter (2.5 meter) berikutan melimpahnya air sungai Ciliwung dan Sungai Pesanggrahan.

Kejadian yang diakibatkan oleh hujan lebat di ibu negara petang Ahad serta hujan di wilayah Bogor itu telah menyebabkan 7,307 penduduk menjadi mangsa banjir, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) semalam.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tidak dinyatakan.

Menurut BNPB, kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Melayu di daerah kecil Jatinegara, Jakarta Timur.

Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah Cawang, di daerah kecil Kramatjati; Cibubur di daerah kecil Cirakas; Bidara Cina, Cililitan, Pekayon,
Ulujami, Pondok Pinang, Bukit Duri, Pondok Labu, Sukabumi Selatan, Duri Kepa dan Jelambar Baru.

BNPB dan Badan Pengurusan Bencana Negeri Jakarta telah membuka pusat penyelarasan penanganan darurat dan dapur umum dan telah mengagih-agih bantuan makanan, bahan makanan, peralatan dapur, khemah, selimut dan air minuman bersih kepada mangsa-mangsa.

Pelbagai agensi kerajaan seperti kementerian kerja raya, Persatuan Palang Merah Indonesia, tentera, polis, pertubuhan sukarela serta anggota masyarakat turut memberi bantuan dalam kejadian banjir itu. - Bernama

Bekas tentera didakwa ugut mahu racun anak

Bekas tentera didakwa ugut mahu racun anakTertuduh keluar dari mahkamah selepas membayar ikat jamin RM2,500.
AYER KEROH - Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut mati kepada bekas isterinya, Jun lalu.

Tertuduh, Yusmi Mohd Yusof, 42, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin.

Berdasarkan pertuduhan, Yusmi didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian kepada bekas isterinya, Rokiza Aman, 39, dengan menghantar SMS berbunyi: “Abang rasa lebih baik abang dan anak-anak mati minum racun. Lepas tu, Iza pula menyusul. Ini kata putus dari abang”.

Tertuduh didakwa melakukannya semasa berada di sebuah rumah di Taman Maju, Jasin kira-kira jam 11.19 malam pada 20 Jun 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM4,000 selain mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Yusmi merayu kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja kampung selepas bersara sebagai anggota kerajaan selain perlu menyara dua anaknya berusia dua dan lapan tahun selepas bercerai dengan isterinya.

Selepas mendengar rayuan itu, Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan mengarahkan supaya tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai.

Beliau turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Februari tahun depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mangsa banjir di 4 negeri meningkat

banjirKelihatan seorang kakitangan sebuah hotel Shiaha Salleh,48, melihat bandar Kuantan yang dilimpahi air banjir hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 9.30 malam tadi seramai 1,301 orang berada di
pusat pemindahan.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, semua daerah di Terengganu telah dibuka penempatan banjir dengan daerah Kemaman merupakan daerah terakhir membuka satu (1) pusat pemindahan di Balairaya Batu 14 melibatkan enam mangsa (dua keluarga).
Sehingga malam tadi, sebanyak 30 buah pusat pemindahan telah dibuka.
Pusat pemindahan mangsa banjir yang beroperasi sekarang ialah di Setiu sebanyak 12; Hulu Terengganu (7); Dungun (5); Besut (2); Marang (2), Kuala
Terengganu (1), dan Kemaman (1).  
Sehingga petang tadi, daerah Setiu mencatat mangsa banjir teramai di mana seramai 461 orang dipindahkan iaitu melibatkan 128 keluarga di 12 pusat
penempatan banjir.
Ini diikuti Hulu Terengganu 154 orang (61 keluarga); Dungun 317 orang (80 keluarga); Besut 101 orang (27 keluarga); Marang 171 orang (41 keluarga) dan Kuala Terenggganu 91 orang (25 keluarga).
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 857 orang malam tadi berbanding 102 sebelah petang.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, pertambahan itu berikutan air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang di Pasir Mas melimpahi tebing.
Sehingga pukul 9 malam tadi, Tanah Merah adalah jajahan terbaru mencatatkan mangsa banjir seramai 119 orang di Bukit Panau.
Kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan.
Di Pasir Mas, ia membabitkan seramai 116 orang yang dipindahkan di empat buah pusat di Kampung Kangkong.
Di Kota Bharu, seramai 206 mangsa banjir ditempatkan di empat buah pusat manakala mangsa teramai yang dipindahkan adalah di Kuala Krai seramai 354 orang di tiga buah pusat.
Di Machang, jumlah yang dipindahkan masih kekal empat orang manakala di Pasir Puteh bertambah kepada 58 orang berbanding 18 sebelum ini.
Paras air sungai Golok kini melebihi paras bahaya manakala sungai-sungai lain melepasi paras amaran.  
Bagaimanapun belum ada jalan yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga ini.  
Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga 10.30 malam tadi melaporkan Terengganu mempunyai jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,301 orang diikuti Pahang (915 orang), Kelantan (701 orang) dan Johor (16 orang).
Kesemua tujuh daerah di negeri itu terbabit dengan bencana alam berkenaan dengan 30 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (5), Setiu (12), Besut (2) Hulu Terengganu (7), Marang (2), Kuala Terengganu (1) dan Kemaman (1).
Di Pahang, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.
Di Kelantan pula, 14 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang, dua di Pasir Mas, dua di Pasir Puteh, tiga di
Tanah Merah dan tiga di Kuala Krai.
Di Johor, jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 2,933 orang berbanding 997 orang petang tadi.

Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tangan

 Lagi kes bantah konvoi, Ketua Penerangan Anak ditahan dan diikat tanganNoraza Muda yang ditahan dan diikat tangan di sebuah pondok rehat.
MARAN -   Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
    
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
    
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
  
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
   
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
    
Menurutnya,  keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid  campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.
  
Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.
  
Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.   
     
Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.

“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.

“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.

Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak.

Mangsa rompakan ditinggal tepi jalan

JAKARTA: Seorang lelaki mendakwa diberi dadah dan ditinggalkan tidak sedarkan diri di tepi jalan bertol Jakarta-Serpang, selepas menggunakan perkhidmatan teksi tidak berdaftar di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Desman Simanjuntak, 27, ditemui hampir tidak sedarkan diri di tepi jalan bertol di Rawa Buntu, Serpong , Tangerang Selatan, kelmarin.
Pegawai polis yang menemuinya pada mulanya menganggap Desman mangsa bunuh sebelum mereka membawanya ke hospital.

Desman berkata, ketika dia tiba di lapangan terbang, seorang lelaki menghampirinya dan menawarkan perjalanan ke Lampung dengan kenderaan Honda Jazz.


“Dua puluh minit kemudian, selepas meninggalkan lapangan terbang itu, seorang daripada tiga penumpang menawarkan saya air mineral dan rokok. Waktu itu saya sangat dahaga dan minum air yang diberikan,” katanya.


Desman mendakwa, dia berasa pening dan kemudian tidak sedarkan diri.

Desman mendakwa, dia kehilangan Rp13 juta (RM4,125) dan dua telefon bimbit.

“Saya bercadang menggunakan wang itu untuk membawa keluarga saya berjalan-jalan tetapi semua wang itu hilang. Mungkin ini nasib tidak baik,” katanya. - Jakarta Post

Skim penipuan cabutan bertuah telefon meningkat

SINGAPURA: Polis semalam memberi amaran, skim penipuan melalui telefon melibatkan cabutan bertuah semakin meningkat di mana mangsa ditipu lebih banyak wang mereka.

Mangsa termasuk golongan profesional, belia dan warga emas.
Dalam lapan bulan pertama tahun ini, jumlah skim penipuan cabutan betuah melalui telefon dilaporkan mencecah 234 kes, meningkat 16.4 peratus daripada tahun lalu.

Jumlah mangsa yang tertipu dalam tempoh yang sama adalah 134, iaitu 8.9 peratus meningkat berbanding tahun lalu.


Tetapi, jumlah wang yang ditipu adalah Sg$4.6 juta (RM11.6 juta) dari Januari hingga Ogos, melonjak 21 peratus berbanding tahun lalu.


Jumlah wang yang ditipu seluruh tahun lalu adalah Sg$6.4 juta (RM16 juta) sejak 2007, tahun di mana menurut polis, skim cabutan bertuah melalui telefon, bermula.

Terdapat juga trend meningkat dalam jumlah wang ditipu daripada skim penipuan serupa sejak 2009.

Tahun lalu, jumlah wang ditipu melonjak 68.4 peratus berbanding 2010, walaupun mereka yang berjaya dalam skim penipuan adalah 4.6 peratus, iaitu meningkat berbanding 2010.

Jumlah skim cabutan bertuah melalui telefon yang dilaporkan tahun lalu, termasuk yang tidak berjaya, adalah 298 kes, 13.9 peratus menurun berbanding 2010.

Polis berkata, dalam skim itu, mangsa akan ditelefon dan diberitahu mereka memenangi hadiah cabutan bertuah di luar negara.

Mereka kemudian meminta mangsa membayar wang proses atau cukai dahulu sebelum mendapatkan hadiah mereka dan wang dihantar melalui pemindahan wang melalui agensi pengiriman wang. - Straits Times

Sindiket seludup budak ditumpas

BEIJING: Polis China menyelamatkan 89 kanak-kanak dan menahan 355 suspek selepas membongkar rangkaian penyeludupan kanak-kanak, kata pihak keselamatan semalam.

Pasukan keselamatan dari sembilan wilayah, termasuk Fujian, Yunnan, Sichuan, Anhui dan Guangdong menyertai operasi bermula 18 Disember lalu.


Pengarah Unit Antipenyeludupan Kementerian Keselamatan Awam, Chen Shiqu, berkata kanak-kanak yang diselamatkan itu kini ditempatkan sementara di rumah kebajikan sementara pihak berkuasa mengesan ibu bapa mereka.

“Kami akan mengambil DNA kanak-kanak terbabit bagi membantu mengesan keluarga mereka menggunakan pangkalan data negara,” katanya. - AFP

3 suspek tembak lelaki kena tahan



Gombak: Polis menahan tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian menembak mati seorang pembekal minuman keras di Taman Desawan, Klang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek berusia antara 28 hingga 32 tahun itu ditahan selepas dipanggil polis untuk memberikan keterangan di balai bersama beberapa yang lain.
“Kami dapati keterangan yang diberikan ketiga-tiga mereka mencurigakan dan mengambil keputusan bagi menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.


Katanya, bedah siasat ke atas mayat mangsa turut mendapati lelaki berusia 34 tahun itu mati akibat ditembak lima kali di bahagian perutnya ketika kejadian.

“Doktor mengesahkan terdapat lima luka kesan tembakan pada bahagian perut mangsa sebelum mati di tempat kejadian,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pembekal minuman keras di Kepong, Kuala Lumpur ditemui mati di dalam kereta Toyota Camry dipercayai selepas diserang sekumpulan penjenyah bersenjatakan pistol.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, menegaskan kematian seorang lelaki berusia 31 tahun di Jalan Bukit Idaman, di sini, awal pagi semalam, tidak ada kaitan dengan perbalahan kaum sebaliknya akibat salah faham.

Katanya, dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun ditahan berhubung kes itu.

19 terkorban nahas kereta api di Bangladesh

PEKERJA penyelamat memeriksa kereta api remuk selepas kemalangan di Narsingdi, kelmarin.

PEKERJA penyelamat memeriksa kereta api remuk selepas kemalangan di Narsingdi, kelmarin.
DHAKA: Sebuah kereta api yang memecut merempuh ke arah lagi kereta api yang bergerak perlahan menuju ke sebuah stesen di timur Bangladesh, mengorbankan sehingga 19 orang dan mencederakan sejumlah besar yang lain, menurut pihak berkuasa dan laporan berita.

Kekuatan hentaman menyebabkan gerabak satu daripada kereta api menghempap yang lain dan satu lagi gerabak terkeluar dari landasan dalam perlanggaran kepala dengan kepala. Satu daripada kereta api ekspres itu dalam perjalanan dari ibu kota ini ke bandar pelabuhan selatan Chittagong, sementara satu lagi membuat perjalanan bertentangan apabila keduanya bertembung kelmarin di daerah Narsingdi, kira-kira 40 kilometer timur bandar ini.
Laporan berita tempatan berkata kesilapan isyarat mungkin menjadi penyebabnya.

“Enjin dan gerabak hadapan kereta api bertukar kepada besi yang berpintal,” kata Abdus Samad, seorang pekerja kebajikan yang tinggal berhampiran stesen itu. “Saya melihat penumpang menjerit meminta tolong.”

Pegawai kereta api bergegas ke tempat kejadian selepas kemalangan ketika orang ramai yang berang menuju ke stesen, menurut Benazir Ahmed, seorang lagi saksi.

Tentera menyertai polis dan anggota bomba untuk mencari penumpang yang terperangkap dalam bangkai yang remuk, kata jurucakap Bangladesh Railway, Shirina Dilhur.
“Kami masih belum mendapat gambaran jelas jumlah penumpang yang terkorban,” katanya.

Agensi United News of Bangladesh berkata sekurang-kurangnya 19 orang maut, sementara televisyen ATN Bangla melaporkan 10 maut dan 100 lagi cedera.

Abu Mohammad Sharif, seorang pegawai kecemasan berkata satu daripada kereta api bergerak perlahan memasuki stesen di Narsingdi apabila kereta api laju merempuhnya. – AP

16 tukang cuci kena cekup


SEBAHAGIAN daripada 16 warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit ditahan di Pejabat Imigresen Kangar.
 SEBAHAGIAN daripada 16 warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit ditahan di Pejabat Imigresen Kangar.
Warga asing disyaki kerja tanpa permit dengan syarikat tempatan

KANGAR: Seramai 16 wanita tukang cuci warga Indonesia ditahan kerana disyaki bekerja secara haram dengan sebuah syarikat pencucian milik seorang wanita tempatan, di sini, pagi semalam. Semua 16 wanita berusia antara 20 dan 42 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Taman Mutiara, di sini, yang dipercayai digunakan majikannya, iaitu seorang wanita berusia sekitar 40-an sebagai asrama pekerja terbabit.
Berdasarkan maklumat, semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang cuci dengan syarikat berkenaan dan mereka akan dihantar ke kediaman atau pejabat sekitar bandar ini.

Difahamkan, jumlah bayaran dikenakan adalah mengikut jam iaitu kira-kira RM10 sejam dengan jumlah minimum lima jam sehari.

Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri, Othman Hamzah, berkata semua 16 wanita Indonesia terbabit ditahan selepas mereka gagal mengemukakan dokumen sah untuk membuktikan status mereka di negara ini.

Berdasarkan maklumat, katanya, ada di antara wanita terbabit sudah hampir dua tahun bekerja dengan syarikat pencucian berkenaan, namun status mereka diragui.
"Mereka mengaku tidak mempunyai dokumen diperlukan. Malah, majikan mereka gagal mengemukakan bukti dengan alasan segala dokumen milik 16 wanita terbabit berada di Negeri Sembilan.

"Justeru, semua 16 wanita itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan sewajarnya," katanya.

Difahamkan, ini adalah kes kedua syarikat yang mengguna pakai khidmat wanita warga Indonesia di Perlis diserbu selepas sebuah agensi pembantu rumah warga asing milik bekas guru di Taman Perlis, di sini, Julai tahun lalu.

Bekas guru yang juga pengarah agensi pekerja asing berkenaan kini dalam proses pendakwaan di mahkamah atas 102 pertuduhan jenayah membabitkan tindakan mengeksploitasi amah warga Indonesia, termasuk 17 daripadanya membabitkan ancaman dan kekerasan.

Banjir landa Indonesia, Britain



DUA penduduk menggunakan pelampung di sebatang jalan yang dilanda banjir di Jakarta semalam.


JAKARTA - Banjir melanda bandar raya ini semalam dengan air naik setinggi 2.5 meter di beberapa kawasan, lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Antara kawasan yang dinaiki air akibat hujan lebat itu ialah Kampung Pulo dan Kampung Melayu di Jakarta Timur.
Menurut beberapa penduduk, banjir tersebut berlaku dipercayai akibat hujan lebat di Bogor, Jawa Barat.
Beberapa jalan raya turut dilanda banjir manakala sejumlah rumah ditenggelami air di Pos Pengumben, Kebon Jeruk.
Menurut seorang penduduk di kawasan tersebut, Sri Rejeki, dia tidak menyangka banjir akan berlaku.
"Pada pukul 2 pagi, paras air naik setinggi para paha," katanya.
Menurut polis, paras air di beberapa kawasan naik setinggi 15 hingga 50 sentimeter.
Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah di Ciracas, Jakarta Timur.
Kawasan Bukit Duri di Jakarta Selatan juga dinaiki air.
Beberapa kawasan di Bandung, Jawa Barat tidak terkecuali daripada dilanda banjir.
Sementara itu, di Britain, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir menjelang sambutan Krismas.
Banjir itu menyebabkan rel kereta api dan jalan raya ditenggelami air sekali gus menjejaskan perjalanan penduduk.
Penduduk di Braunton, selatan England mendapati kampung mereka ditenggelami air ekoran paras Sungai Caen meningkat.
Di Kampung Umberleigh berdekatan Braunton, seorang wanita diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia berpaut pada dahan sebatang pokok selama hampir sejam.
Agensi Alam Sekitar mengeluarkan 150 amaran banjir kelmarin, kebanyakannya di barat daya dan tengah England. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2G0gXS4XB 
Hakcipta terpelihara 

Kelibat buaya dalam parit disangka batang pokok




DUA kakitangan Jabatan Hidupan Liar memasang perangkap buaya di Jalan Penampang, Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU - Para pelatih jururawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) gempar apabila melihat kelibat seekor buaya yang disangka batang pokok buruk di tepi parit besar di Jalan Penampang, berhampiran Muzium Sabah di sini pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika beberapa pelatih sedang menunggu bas sebelum melihat seekor buaya di tepi parit.
Seorang pelatih, Joanne Lagusitine, 21 berkata, dia hanya menyedari mengenai kehadiran reptilia itu selepas terlihat satu objek seakan-akan sebatang kayu sedang bergerak-gerak.
"Apabila diamati, objek itu rupa-rupanya adalah seekor buaya tetapi beberapa saat kemudian, buaya itu terus hilang.
"Kemungkinan terdapat dua ekor buaya di sungai berkenaan kerana seminggu yang lalu, saya difahamkan ada orang lain pernah ternampak kelibat buaya di kawasan parit di situ," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2G0iYKgb6 
Hakcipta terpelihara 

Rugi RM6 juta, Salamku terbakar




KEADAAN pasar raya Salamku yang musnah dalam kebakaran di Pasir Pekan, Tumpat semalam.


TUMPAT - Pasar raya Salamku yang popular dengan pelbagai jenis barangan kelengkapan rumah di Pasir Pekan dekat sini musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Kebakaran yang berlaku pada pukul 4 pagi itu, memusnahkan keseluruhan bangunan berkenaan yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Berikutan kejadian itu, seramai 70 pekerja di pasar raya tersebut hilang punca pendapatan bulanan.
Pengurus pasar raya tersebut, Philip Chew Ee Suan, 51, berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut oleh seorang pekerjanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya.
Menurut beliau, ketika tiba di pasar raya, dia melihat api sudah marak dengan sebahagian besar bangunannya sudah hangus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2G0iLb1hB 
Hakcipta terpelihara