Search This Blog

Monday, December 24, 2012

Mesti 'barai' dalam satu malam

Mesti 'barai' dalam satu malam
Mesti 'barai' dalam satu malam. Antara taktik licik curi kenderaan. - Gambar hiasan
Agak payah untuk meminta Roy (bukan nama sebenar), membuka cerita tentang perkara buruk yang pernah dilakukannya satu masa dulu. Hanya selepas dipujuk seorang rakan baiknya yang dikenali penulis, barulah dia setuju membuka sedikit sebanyak rahsia di sebalik kegiatan mencuri kenderaan.

Menurut  Roy, dia mula melakukannya ketika berusia 15 tahun. Waktu itu, dia menetap di sebuah kawasan rumah pangsa di pinggir ibu kota bersama keluarga.

“Saya terjebak awal sebab gemar bergaul dengan rakan lebih berusia. Kegiatan curi motor ini didalangi ‘abang-abang’ di sekitar kawasan itu juga. Saya melakukannya untuk seronok-seronok sambil mendapatkan duit belanja cara mudah,” ujar Roy.

Motosikal yang biasa menjadi sasaran Roy dan kumpulannya ialah Honda Ex5, Yamaha 125Z dan Yamaha RXZ kerana permintaan yang tinggi, apatah lagi motosikal jenis ini merupakan kegemaran mat rempit untuk dibawa berlumba.

“Tempat kami curi motor selalunya kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar malam dan pasar raya. Kami buat kerja secara berkumpulan antara empat ke lima orang,” katanya.

Sebelum itu, mereka akan melakukan tinjauan untuk memilih motosikal yang ingin dicuri dahulu. Seterusnya, seorang daripada mereka akan mengikut pemilik motosikal bagi memastikan dia tidak berpatah balik ketika anggota lain sedang ‘bekerja’.

“Tak susah nak buka motor yang dikunci. Gunakan master key atau paling senang, terajang saja tengkuk motor. Bagi sesetengah motor, sekali terajang saja dah putuskan lock hard wire yang mengunci pergerakan motosikal,” ujar Roy.

Kaji rutin pemilik

Jika diikutkan hanya dua orang memadai untuk mencuri motosikal. Bagaimanapun, konco lain masih diperlukan khusus untuk berlakon ketika kerja mencuri dibuat kononnya rakan mereka tertinggal atau kehilangan kunci motosikal.

Selain di tempat awam, Roy dan rakan juga bertindak berani dengan menjalankan kerja mencuri di kawasan perumahan. Walaupun berisiko tinggi, cara ini menjanjikan motosikal lebih banyak boleh dicuri pada satu-satu malam.

“Mula-mula kami ronda dulu untuk lihat motosikal yang jadi sasaran. Seterusnya, kami kaji rutin pemiliknya seperti pukul berapa dia balik ke rumah dan tidur,” kata Roy.

Pada malam motosikal mahu dicuri, Roy dan rakan akan datang bersama peralatan sesuai. Cabaran terbesar adalah membuka pagar rumah. Sebuah lori pula sudah siap menanti di jalan berhampiran untuk mengangkut motor.

“Seorang daripada kami akan menuang asid pada kunci pagar rumah. Asid memerlukan masa untuk menghakis besi jadi kami hanya bertindak kira-kira dua jam kemudian,” ujar Roy.

Kadangkala, mereka bertindak lebih nekad di mana dua atau tiga orang akan memanjat pagar rumah kemudian mengangkat motosikal sebelum menghulurkannya kepada rakan yang menunggu di luar. Motosikal yang dicuri dan diangkut ke belakang lori kemudiannya terus dibawa ke bengkel.

“Sebelum motor dicuri pesanan alat ganti dah siap-siap diambil. Sebaik tiba di bengkel, motor dibaraikan pada waktu itu juga. Bangkai motor dilupuskan dengan cara dicampak ke dalam sungai atau dijual di kedai besi buruk,” ujar Roy.

Bagi sebuah motosikal, alat ganti yang dijual semula boleh mendatangkan keuntungan hingga RM1,500. Setelah dibahagikan, setiap seorang mendapat kira-kira RM50 hingga RM200 sahaja tetapi nilai itu sudah cukup besar buat Roy dan rakan pada waktu itu.

“Yang kelakarnya kami pernah tersilap curi motor kawan sendiri. Tapi sebab dah sampai bengkel baru perasan, kami tibai juga. Sampai sekarang dia tak tahu kami punya kerja,” kata Roy.

Tak ikut highway

Kegiatan mencuri motosikal ditinggalkan Roy selepas memasuki sekolah berasrama sebaik memasuki tingkatan 4. Bagaimanapun selepas tamat SPM dan sedang menanti panggilan ke universiti, Roy sekali lagi terlibat dengan kegiatan curi kenderaan apabila kembali bergaul dengan rakan lama. Kali ini lebih advanced iaitu curi kereta.

“Kereta yang jadi pilihan biasanya jenis model terhad dan sudah tak dikeluarkan lagi seperti Satria GTI, Putra, Wira dan Perdana. Puncanya alat ganti kereta ini mendapat permintaan tinggi kerana ia susah atau mahal hendak didapatkan di pasaran terbuka,” ujar Roy.

Kebiasaannya, mereka membuka pintu kereta bahagian pemandu menggunakan pembaris besi atau di tempat yang terlindung dari pandangan, cermin kereta akan dipecahkan menggunakan batu bata atau besi pengunci stereng yang dibalut kain.

Seterusnya, enjin dihidupkan menggunakan master key atau  wayar yang terletak di bawah stereng sebelum kereta dipandu ke bengkel.

Perkara pertama yang dilakukan sebaik tiba di bengkel adalah menanggalkan komponen kereta satu persatu. Kemudian sebaik sahaja enjin dikeluarkan, nombor casis segera dipadamkan menggunakan asid atau dikikis menggunakan grinder.

“Bagi yang master dalam kegiatan ini, semua komponen boleh lerai dalam masa tak sampai sejam. Seperti motosikal, semua alat ganti dah ada yang memesannya jadi ia akan terus diberikan kepada orang tengah. Segala-galanya perlu pantas dan diselesaikan dalam satu malam,” kata Roy.

Mereka boleh mendapat lebih RM10,000 bagi sebuah kereta. Pecahannya, tempat duduk kereta boleh dijual di pasaran gelap pada harga RM1,500 hingga RM1,800, gearbox (RM3,000 hingga RM4,000), sport rim (RM3,000 hingga RM4,000) dan enjin (RM4,000 hingga RM5,000).

“Sebagai langkah hati-hati, kami sudah kenal pasti jalan ke bengkel awal-awal agar tak sangkut dalam sekatan jalan. Satu undang-undang penting yang kami pegang, jangan lalu ikut highway,” ujar Roy.

Bagaimanapun selepas memasuki universiti dan sudah lama tidak melepak bersama rakan lama, Roy kini sudah cuci tangan daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang. Selain itu, dia juga insaf selepas seorang anggota keluarganya sendiri kehilangan kereta dipercayai dicuri.

“Masa mula-mula dapat tahu kereta ibu saya hilang, saya cuba juga cari kereta tersebut di bengkel yang biasa buat kerja ni tapi tak jumpa.

“Kalangan rakan pun tak mengaku tapi saya yakin kereta itu dah ‘selamat’ macam kereta yang pernah saya curi sebelum ini. Sejak itu saya bertaubat dan tinggalkan terus rakan yang masih terlibat dengan kegiatan ini,” akhiri Roy.

Polis Kuching cari saksi bantu siasatan kes tipu


KUCHING - Polis Kuching sedang mencari seorang saksi untuk membantu siasatan satu kes penipuan.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching hari ini, saksi itu, Zeplin Uteh Jacob, 33, nombor kad pengenalan 790607-13-5315, beralamat terakhir di No 46, Kampung Batu 21, Jalan Kuching Serian, Kuching.

Sila hubungi pegawai penyiasat Insp Anba di talian 014-9050867, Insp Yuswadi (016-8990661) atau Insp Rizal (012-5956427) bagi sebarang maklumat mengenai saksi. - Bernama

Dilema banjir lagi

Dilema banjir lagi
Sebuah gerai nasi ayam tidak dapat menjalankan operasi berikutan banjir masih belum surut sehingga lewat petang, semalam.
MERU - Mangsa banjir mendesak Majlis Perbandaran Klang (MPK) segera mengatasi masalah banjir di beberapa lokasi di sini yang didakwa terburuk direkodkan dalam kejadian awal pagi, kelmarin.

Penduduk mendakwa sistem saliran tidak diselenggara dan penambakan sistem saliran pihak tidak bertanggungjawab disyaki antara faktor banjir itu.

Terdapat sebuah restoran yang baru beroperasi kira-kira dua bulan lalu dikatakan membuat penambakan sepanjang kira-kira lima meter atas sistem saliran di hadapan restoran itu di Jalan Khamis.

Bagaimanapun sebelum penambakan dibuat, tanah yang terjatuh ke dalam sistem itu tidak dikorek lalu dibuat penambakan sekali gus menghalang pengaliran air melalui sistem saliran itu hingga berlaku takungan air di antara saliran yang berkait rapat dengannya.

Lokasi yang terlibat dengan banjir kali ini adalah Taman Seri Puteri 1 dan 2, Persiaran Hamzah Alang (TAP), Jalan Kopi dan Jalan Nenas.

Dalam kejadian itu juga, tujuh keluarga turut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan MPK Meru pada hari sama selepas kediaman mereka di Jalan Kopi ditenggelami air, namun kesemua mangsa sudah pulang ke kediaman masing-masing semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sehingga lewat petang semalam, air masih memenuhi hampir kesemua sistem saliran malah terdapat pekarangan kediaman yang masih dipenuhi air berikutan air tidak dapat mengalir keluar ke saluran yang sepatutnya.

Mangsa yang juga pekerja swasta, Sairie Hasirat, 51, berkata, pihak berkuasa harus tegas mencari langkah mengatasi masalah berkenaan.

“Kejadian kali ini memberi kesan kepada semua mangsa hingga terpaksa membersihkan kediaman selain berhadapan kerosakan beberapa barangan perabot akibat ditenggelami air,” katanya.

Mangsa, bekas Ketua Blok Taman Seri Puteri 1, Zainal Abidin Mohd Nawi berkata, dia percayai mempunyai kaitan dengan masalah infrastruktur di kawasan berkenaan.

“Kami yakin jika MPK bertindak mengorek sistem saliran pada hari kejadian segera, limpahan air ke kediaman penduduk dapat dielakkan,” katanya.

Meru lokasi kerap banjir

Sementara itu, Ahli MPK Zon N42 (B) kawasan Meru, Nor Najhan Salleh berkata, kawasan Meru antara lokasi kerap dilanda banjir sejak dulu lagi.

Mengulas dakwaan umum kejadian itu dikaitkan dengan kesan penambakan sistem saliran oleh sebuah restoran di Jalan Khamis, beliau berkata, memang pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dan Jabatan Kejuruteraan MPK menyiasat aduan berkenaan.

“Justeru itu, pemilik restoran diarahkan mengorek semula bahagian yang ditambak sepanjang kira-kira lima meter itu dalam tempoh 14 hari. Jika gagal akan dikenakan kompaun,” katanya ketika melawat lokasi yang disifatkan antara penyebab kepada berlakunya banjir, di sini lewat petang semalam.

Bagi mengatasi kejadian  sama, menurutnya, pihaknya berbincang dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) berkenaan 76 jambatan yang berada pada paras yang rendah hingga menghalang air melalui bawah jambatan itu.

“Hasil perbincangan itu, JPS memaklumkan akan membina semula 18 jambatan yang diklasifikasikan antara kritikal kerana menjadi halangan pergerakan air.

“Malah pihak berkuasa juga akan mengeluarkan notis kepada pemilik kediaman agar membuka jambatan yang dibina atas inisiatif sendiri di hadapan kediaman masing-masing kerana ia turut menghalang pengaliran air. Kita bagi masa dalam tempoh 14 hari dan jika gagal,
mereka turut dikenakan kompaun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga menghantar cadangan untuk pembinaan kolam tadahan di Meru menerusi peruntukan Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM50 juta dalam usaha mengatasi banjir di Klang.

“Kita tidak boleh menuding jari pada satu pihak semata-mata memandangkan sikap masyarakat yang membuang sampah turut menyumbang kepada saliran tersumbat,” katanya.

Kesan cuaca tidak menentu dan banjir juga, katanya, menyebabkan jalan di Jalan Haji Abdul Manan dan Jalan TAP hingga ke Pekan Kapar berdepan kerosakan.

Penduduk selamatkan rumah jiran daripada penyamun


SEREMBAN – Hasrat tiga penjenayah memecah masuk sebuah rumah di Taman Tuanku Ja'afar, Senawang, di sini  kelmarin terbantut selepas kelibat mereka disedari seorang penduduk.

Tindakan pantas penduduk terbabit menghubungi polis membawa kepada penangkapan dua suspek berumur lingku-ngan 20 hingga 30-an, bagaimanapun seorang lagi berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi itu disedari seorang penduduk yang melihat dua lelaki mencurigakan berada di dalam rumah jirannya yang tidak berpenghuni.

“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah kereta jenis Proton Inspira digunakan suspek berada 30 meter dari rumah terbabit.

“Namun, seorang suspek yang menunggu di dalam kereta menyedari kehadiran kereta peronda polis bertindak keluar dari kereta itu lalu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah terbabit dan mendapati dua suspek bersenjatakan parang cuba melarikan diri .

Bagaimanapun, katanya, berlaku pergelutan beberapa minit antara polis dan suspek yang cuba menyerang.

"Tindakan cekap polis akhirnya berjaya menangkap kedua-dua suspek itu.

“Tiada kecederaan dilaporkan, namun salah seorang suspek terseliuh kaki selepas melompat pagar rumah berkenaan ketika cuba melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Kata Saiful, polis masih mengesan jejak seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Rempuh belakang treler



SEREMBAN – Seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah treler rosak di kilometer 260.3 arah utara, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Farul Rhyzuwan Abd Wahab, 19, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z bersama sekumpulan rakannya dipercayai dalam perjalanan dari arah Senawang ke Seremban, sebelum gagal mengelak sebuah trelar rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

Ibu maut selepas hantar makanan

Ibu maut selepas hantar makanan
Jothi (tengah) ditenangkan rakan-rakannya sebaik menerima berita kematian ibunya.
PORT DICKSON – Seorang wanita maut apabila motosikal yang dibonceng bersama dua anaknya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 9.5 Jalan Pantai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.05 tengah malam itu, mangsa, D Indirani, 47, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar makanan lauk kari kambing kepada anaknya yang bekerja di Hotel Admiral Cove dan menghadiri sebuah majlis anjuran hotel berkenaan.

Anaknya, M Jothi, 25, berkata, ibunya datang ke hotel itu bersama ayahnya, A Mariapan, 50, menaiki kereta untuk menghantar bekalan makan malam kepadanya.

Menurutnya, namun selepas itu, ayahnya pulang dan ibunya terus berada di hotel kerana menyertai sebuah majlis yang dianjurkan di sini.

"Ibu memang biasa berbuat demikian dan rakan-rakan saya sudah mengenalinya.

“Sebaik habis majlis itu kira-kira jam 12 tengah malam, dua adik saya, M Suganya, 18, dan M Taraani, 13, datang menunggang motosikal untuk menjemput ibu pulang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Port Dickson (HPD).

Jothi berkata, tidak lama selepas itu, dia menerima panggilan mengatakan ibunya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, kejadian itu membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang anak mangsa keluar dari arah simpang Hotel Admiral Cove menyebabkan kereta Proton Saga dari arah Telok Kemang tidak sempat mengelak.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera teruk di kepala dan kaki kanan meninggal dunia di hospital.

"Mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat HPD untuk dibedah siasat," katanya.

RM81 ribu rugi sindiket gores dan menang



JOHOR BAHRU – Biarpun pelbagai pendedahan diuar-uarkan media massa mengenai sindiket penipuan gores dan menang, namun masih terdapat individu yang terjerat dengan taktik kumpulan berkenaan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, laporan mengenai individu yang terpedaya dengan sindiket ini meningkat dalam tempoh yang sama Januari hingga November dengan nilai kerugian RM81,806.50 bagi tahun 2012, berbanding hanya RM4,300 tahun lalu.

“Statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menunjukkan empat laporan polis dibuat di seluruh negeri ini membabitkan nilai melebihi RM80,000.

“Manakala tempoh sama tahun lalu hanya satu laporan polis dibuat di Setia Indah membabitkan nilai kerugian RM4,300,” katanya dalam satu kenyataan media, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kes bagi 2012 membabitkan kerugian RM10,000 di Setia Indah, RM41,086 di Johor Jaya, di Senai dan Batu Pahat RM30,000.

RM81 ribu rugi sindiket gores dan menang



JOHOR BAHRU – Biarpun pelbagai pendedahan diuar-uarkan media massa mengenai sindiket penipuan gores dan menang, namun masih terdapat individu yang terjerat dengan taktik kumpulan berkenaan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, laporan mengenai individu yang terpedaya dengan sindiket ini meningkat dalam tempoh yang sama Januari hingga November dengan nilai kerugian RM81,806.50 bagi tahun 2012, berbanding hanya RM4,300 tahun lalu.

“Statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menunjukkan empat laporan polis dibuat di seluruh negeri ini membabitkan nilai melebihi RM80,000.

“Manakala tempoh sama tahun lalu hanya satu laporan polis dibuat di Setia Indah membabitkan nilai kerugian RM4,300,” katanya dalam satu kenyataan media, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kes bagi 2012 membabitkan kerugian RM10,000 di Setia Indah, RM41,086 di Johor Jaya, di Senai dan Batu Pahat RM30,000.

8 lelaki Indonesia didakwa rompak anak kapal


KOTA TINGGI - Lapan lelaki rakyat Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan senjata berbahaya terhadap anak kapal tangki, MT Merlion Dua, di perairan Malaysia, dua minggu lepas.

Kesemua mereka yang dikenali sebagai Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, bersama dua lagi yang masih bebas itu didakwa melakukan rompakan tersebut di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika dari perairan Tanjung Stapa, Pengerang, di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi, 11 Disember lepas.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga
20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan sebelum Majistret Nor Shahid Abd Malik menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Sesyen, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Juanita Mohd Said dan kesemua lelaki berkenaan tidak diwakili peguam. - Bernama

Dua beradik dipenjara sehari, denda RM1000 mencuri di pusat beli belah



KUALA LUMPUR - Dua beradik dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan termasuk pakaian kanak-kanak di sebuah pusat beli belah tiga hari lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Salmah Ismail, 42, dari Cheras di sini dan Hasnani Ismail, 41, dari Batu Caves, Selangor.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai pakaian kanak-kanak berjenama, satu set cadar katil dan peralatan menulis yang kesemuanya bernilai RM1,497.76.

Kedua-duanya yang juga ibu tunggal, didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya AEON Taman Maluri, Cheras di sini pada 2.15 petang, 21 Dis lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Salmah berkata dia terpaksa melakukan kesalahan itu kerana desakan wang untuk menyara anak tunggalnya yang masih kecil manakala Hasnani turut menanggung lima anak yang bersekolah dan memerlukan perhatiannya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarulzaman manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam.- Bernama

11 keluarga di Kelantan dipindahkan akibat banjir



KOTA BHARU 24 Dis. - Sebanyak 11 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan yang dibuka selepas kediaman mereka terputus hubungan akibat banjir, hari ini.
Kesemua mangsa tersebut adalah tujuh keluarga dari Kampung Pendek di daerah ini manakala empat lagi keluarga dari Kampung Bukit Awang di Pasir Puteh.
Dua pusat pemindahan yang dibuka setakat ini adalah Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu dan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121224/dn_07/11-keluarga-di-Kelantan-dipindahkan-akibat-banjir#ixzz2FwbUtlqb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Akibat didera suami, gugur kandungan





Akibat didera suami, gugur kandungan
Gugur kandungan kerana dipukul suami
ALOR GAJAH - Seorang wanita bukan sahaja menjadi mangsa sikap panas baran suaminya, malah pernah menggugurkan dua kali kandungannya akibat tekanan dihadapinya.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Mashitah (bukan nama sebenar), 31, berkata, kejadian terbaru, dia disepak suaminya yang berusia 29 tahun ketika menghadiri kenduri di rumah mertuanya di daerah ini, malam kelmarin.

"Ketika kejadian, suami bertanyakan di mana beg berisi telefon bimbit.Saya memberitahu ada dalam bilik.

"Namun ketika itu, suami tersalah mengambil beg dan memaki hamun sebelum menendang saya dari arah belakang,” katanya.

Mashitah berkata, dia bukan sahaja ditendang, malah suaminya turut menampar mukanya hingga terjatuh.

“Saya ditendang di belakang badan dan ditampar di pipi sebelah kanan,” katanya.

Menurut Mashitah yang mempunyai dua anak berusia empat dan enam tahun, dia mengenali suaminya itu yang berkerja di Sabah sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Katanya, akibat tekanan, dia terpaksa menggugurkan kandungan berusia lima bulan Februari lalu dan kali kedua Oktober lalu ketika kandungan mencecah empat bulan.

"Ketika saya mengandung, suami tetap memukul saya dan akibat tekanan itu, saya menggugurkan kandungan,” katanya.

Mangsa yang tidak tahan dengan sikap suaminya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan.

Mangsa sempat jerit minta tolong

 KEMAMAN 23 Dis. - Salah seorang penumpang bas ekspres yang terlibat dalam nahas meragut nyawa empat beranak dalam sebuah kereta di Kemasik awal pagi ini memberitahu, dia sempat mendengar jeritan meminta tolong.
Wan Mohd. Al-Hakim Wan Yusoff, 27, memberitahu, beberapa ketika sebelum kejadian dia baru hendak melelapkan mata setelah berhubung dengan rakannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurutnya, tiba-tiba terasa bas dinaikinya itu terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat sebelum terdengar jeritan suara meminta tolong dari luar bas.
“Saya nampak sebuah kereta melanggar bas yang saya naiki dan pada masa yang sama terdengar jeritan meminta tolong dari dalam kereta itu. Saya tidak berani keluar setelah melihat api marak di depan bas.
“Pada waktu itu, saya hanya fikir bagaimana hendak selamatkan nyawa anak saya, Wan Mohd. Adam Al-Haqq yang jatuh dari tempat duduknya sebelum nampak kepulan asap di dalam bas," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121224/je_02/Mangsa-sempat-jerit-minta-tolong#ixzz2FwU4f7pt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beradik antara 3 maut nahas

 Oleh ASLIZA MUSA
LUMUT 23 Dis. - Tiga termasuk dua beradik berusia lima dan enam tahun terbunuh manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kereta yang dinaiki tujuh penumpang itu hilang kawalan selepas tayar hadapannya pecah sebelum merempuh lori tersebut.
Rempuhan kuat menyebabkan dua beradik malang itu tercampak keluar dari kenderaan.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva, Mohd. Ramli Abdul Wahab, 27, dan Nur Aleeya Maisara Muhamad Syakir, 6, serta adiknya, Harith Danial, 5.
Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua yang parah ialah Zalikha Kamarulzaman, 26, dan Mohamad Syarifuddin, 18, dan kini menerima rawatan di Hospital Manjung.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121224/je_04/Dua-beradik-antara-3-maut-nahas#ixzz2FwUNdCzc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 beranak rentung nahas

 Oleh RADHUAN HUSSAIN
Jamshah Mustapa (kanan) melawat tempat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas terbakar di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan IKBN Kemasik, Kemaman, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
KEMAMAN 23 Dis. - Sembilan hari sebelum kalendar 2012 melabuhkan tirai, satu lagi nahas ngeri meragut nyawa empat beranak yang rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres dan terbakar, awal pagi ini.
Kemalangan maut yang menyayat hati itu berlaku di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Ini merupakan nahas keenam sepanjang tahun ini yang melibatkan mangsa rentung dan sebanyak 13 nyawa terkorban dalam kesemua nahas itu di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121224/je_01/4-beranak-rentung-nahas#ixzz2FwUuy5lE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

500 buah kedai pakaian di Kabul musnah dijilat api



KABUL 24 Dis. - Satu kebakaran besar melanda pusat bandar ini, hari ini menyebabkan 500 buah kedai hangus dijilat api.
Seorang pegawai dari jabatan bomba berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi yang melibatkan kedai-kedai pakaian di bandar ini.
Katanya, kemungkinan punca kebakaran adalah litar pintas dan anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera Afghanistan turut dipanggil untuk membantu memadamkan kebakaran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121224/lu_07/500-buah-kedai-pakaian-di-Kabul-musnah-dijilat-api#ixzz2FwQhNUUj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jalan semakin terhakis, runtuh

Jalan semakin terhakis, runtuh
Jalan yang semakin terhakis menimbulkan kebimbangan kepada penduduk.
SEPANG – Rompong dan semakin terhakis! Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada ribuan penduduk Desaria dan Taman Kipark di sini apabila satu-satunya jalan keluar masuk yang menjadi penghubung mereka mengalami hakisan serius dan runtuh.

Difahamkan, keadaan itu bukan isu baru kerana jalan terbabit pernah dilaporkan terhakis selepas jalan utama di Pulau Meranti runtuh dan terpaksa ditutup kepada orang awam, Oktober lalu.

Bagaimanapun dakwa penduduk, keadaan jalan itu semakin kritikal sehingga satu laluan terpaksa ditutup kerana lubang besar terbentuk di bawah permukaannya.

Apa dikesalkan penduduk, tindakan diambil oleh pihak berkenaan seolah-olah ‘bagaikan melepaskan batuk di tangga’ kerana meninggalkan kerja tanpa pantauan susulan selepas itu.

Dakwa penduduk, kerja-kerja pemasangan ikatan batu bagi mengelak hakisan lebih teruk bagai tiada erti kerana batu-batu berkenaan dihanyutkan air sungai deras ketika banjir melanda kawasan itu.

Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kipark, Azila Abdullah berkata, perkara itu berlanjutan sejak setahun lalu.

Katanya, pihaknya membuat beberapa aduan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan terbaru tiga minggu lalu sebelum keadaan jalan yang menjadi jambatan menjadi lebih serius seperti yang berlaku Jumaat lalu.

Mahu satu jalan ditutup

Dakwa Azila, pihaknya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menutup satu jalan menghala ke Taman Kipark kerana mendapati ia berbahaya dan berisiko digunakan oleh penduduk dan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, ia berikutan apabila hujan lebat terutama apabila paras air melebihi paras pinggang, pengguna mungkin akan berdepan masalah kerana tidak tahu sama ada jalan itu selamat atau terbentuk hakisan lebih besar di bawahnya.

Memberi contoh kejadian banjir Jumaat lalu, Azila berkata, penduduk tidak dapat pulang ke rumah lebih sejam setengah apabila air naik di permukaan jalan.

“Kami minta Kerajaan Negeri turun padang pantau kebimbangan kami ini, maklumkan sama ada jalan yang runtuh ini selamat digunakan atau tidak,” katanya.

Kata Azila lagi, penduduk kecewa menerima alasan ketiadaan bajet daripada pihak itu untuk membaik pulih kerosakan jalan itu.

Ia jelasnya berikutan jawatankuasa persatuan habis ikhtiar bagi menyelesaikan risiko keselamatan berhubung perkara itu.

“Saya minta pihak polis tutup jalan yang terhakis, pihak itu dakwa bukan di bawah bidang kuasa mereka, jadi ke mana harus kami ajukan rasa bimbang dan ketakutan ini untuk diselesaikan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Norizan Abd Hamid, 48, berkata, selepas keadaan jalan itu dilaporkan akhbar Oktober lalu, pihak berwajib memasang ikatan batu untuk menambak bahagian tepi jalan yang juga adalah jambatan di atas
Sungai Rasau namun ia didakwa tidak bertahan lama apabila dihanyutkan aliran air sungai deras.

Dia bimbang penduduk terputus hubungan apabila jalan itu runtuh kerana di kedua-dua hala laluan ada retakan.

“Yang kami bimbang sangat jalan ini runtuh kerana hakisan itu menjadi semakin serius menyebabkan bawah permukaan jalan kosong tanpa tanah,” katanya.

Kata Norizan, tindakan segera perlu diambil pihak terbabit dan tidak menunggu sehingga berlaku tragedi baru semua pihak hendak bertumpu di lokasi itu.

Dia turut menggesa pihak berwajib menyediakan jalan alternatif segera supaya penduduk mempunyai laluan lain sekiranya laluan utama itu tidak selamat digunakan.

Bengkel tenun dinaiki air



Bengkel tenun dinaiki air
Maimunah melihat bengkel tenunannya yang dilimpahi air hujan menyebabkan dia terpaksa berhenti buat sementara waktu untuk melakukan kerja menenun.
Bengkel tenun dinaiki air
Sulong Muda bersama motosikal yang diletakkan di bawah rumahnya di Kampung Padang, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – “Saya terpaksa berhenti daripada menenun songket buat sementara waktu kerana secara tiba-tiba air mula masuk ke dalam bengkel ini,” luah warga emas, Maimunah Ali, 60.

Hujan lebat tanpa henti melanda daerah itu sejak petang semalam, menyebabkan empat rumah termasuk bengkel tenun Maimunah di Kampung Padang, Kuala Terengganu, dinaiki air selepas banjir kilat.

Maimunah yang hanya bergantung kepada kerja menenun songket tidak dapat meneruskan kerjanya itu melahirkan rasa kesal dengan masalah longkang tersumbat dan sempit di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan bencana itu

“Masalah ini berlarutan sejak empat tahun lalu dan apabila musim tengkujuh, tidak sampai dua jam, air akan melimpah menyebabkan berlaku banjir kilat.

“Masalah ini sudah berulang kali diadukan kepada pihak berkenaan termasuk kepimpinan peringkat kampung,” katanya.

Sementara itu, jirannya, Mohd Marzuki Jaafar, 35 berkata, bengkel motor yang sebelum ini beroperasi di rumahnya terpaksa dipindahkan ke kawasan lain kerana pernah berlaku kerosakan pada kenderaan pelanggan, setahun lalu.

“Dulu bengkel motor beroperasi di sini (rumah) tetapi tahun lalu, motosikal pelanggan rosak kerana tidak menyedari air mula naik.

"Saya tidak sempat selamatkan apa-apa, menyebabkan saya ambil keputusan buka bengkel di kawasan lain," katanya.

Malah katanya, dia juga turut mengubahsuai keadaan rumah dengan membina lantai lebih tinggi tetapi air yang melimpah daripada longkang terlalu banyak dan masalah tetap tidak selesai.

Seorang lagi warga emas, Zarah Mamat, 63, juga tidak puas hati kerana longkang di tepi rumahnya tersumbat dan sempit.

“Air sudah mula masuk ke dalam bilik air, menyebabkan saya terpaksa mengambil wuduk di sinki sahaja. Keadaan ini amat menyedihkan saya.

“Masalah seperti ini akan berlaku sekiranya hujan lebat, tambahan pula sekarang musim tengkujuh. Air sukar untuk mengalir dalam masa yang singkat," katanya.

Justeru, Zarah amat berharap, masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan semua pihak dan mengelakkan mereka menanggung kerugian akibat banjir kilat.

Lapan geng judi kena dakwa



KUALA TERENGGANU- Lapan geng sekampung dari Kampung Gong Kassim, Merchang, Marang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan bermain judi daun terup dengan pertaruhan wang RM26.

Tertuduh berusia antara 17 hingga 31 tahun itu mengaku bersalah bermain judi daun terup di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Kassim, Merchang, Marang, kira-kira jam 1.15 pagi, pada 14 Disember lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1990) dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan disebut semula di Mahkamah Majistret Marang dan membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Cubaan curi syampu gagal



KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori gagal merembat tiga botol syampu selepas perbuatannya dikesan pengawal keselamatan bertugas dalam kejadian di sebuah pasar raya, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek berusia 34 tahun dari Kampung Tanjung, di sini, ditangkap selepas taktiknya cuba menyembunyikan syampu berkenaan di dalam bajunya disedari pengawal keselamatan terbabit.

Menurut sumber, suspek yang masih belum berkahwin memasuki pasar raya berkenaan sebaik sahaja dibuka iaitu tepat jam 10 pagi.

“Mungkin suspek menganggap ketika itu pengunjung tidak ramai dan pekerja sibuk mengemas, sekali gus memudahkan urusannya.

“Bagaimanapun, suspek tersilap langkah apabila gerak-gerinya yang mencurigakan berjaya dikesan sebelum dia ditahan di depan pintu keluar dan diserahkan kepada polis," katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Pandu van dapat saman Viva

Pandu van dapat saman Viva
Heng Kee (tiga, kanan) bersama Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada sidang media yang diadakan semalam.
SEGAMBUT – Seorang peniaga terpaksa menanggung saman sebuah kereta Viva bukan milik sendiri yang dialamatkan kepadanya pada awal Disember lalu.

Chan  Heng Kee, 60, berkata, apa yang menghairankan maklumat dalam surat saman itu menggunakan butiran van Nissan Vanette miliknya.

Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil kerana namanya masih tersenarai dalam rekod saman hingga ke hari ini.

Difahamkan kesalahan itu merekodkan dia memandu melebihi had di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

“Saya sudah kemukakan surat dan baru-baru ini saya menerima sekali lagi menerima saman pelik mengatakan saya tidak mematuhi lampu isyarat pada 11 Oktober di Setapak,” katanya  ketika ditemui  di Pejabat Parlimen Segambut. semalam.

Susulan itu satu surat telah dikirimkan kepada Ketua Polis Negara meminta penjelasan dan memperbetulkan kesilapan tersebut,” katanya.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan sebelum nama saya disenaraihitamkan kerana tidak menjelaskan saman,” katanya.

Restoran masakan Thai di Batu 2, Jalan Langgar terbakar

ALOR SETAR - Sebuah restoran masakan Thai di Batu 2, Jalan Langgar di sini kerugian kira-kira RM100,000 setelah hampir musnah dalam satu kebakaran hari ini.
 
Kejadian kira-kira 5.10 minit petang itu dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bilik makan VVIP sebelum merebak ke seluruh kedai.
 
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua 12 pekerjanya, yang berasal dari Thailand, berjaya menyelamatkan diri.
 
Seorang pekerja Mohamad Azim Abd Aziz, 20, berkata ketika kejadian, semua pekerja berada dalam restoran dan sibuk melakukan persiapan untuk memulakan perniagaan.
 
Mohamad Azim, yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama seorang rakan, terdengar jeritan orang ramai di belakang restoran itu memaklumkan ada kebakaran sebelum lari menyelamatkan diri.
 
"Masa tu saya nampak api marak di bilik makan VVIP. Saya dan 11 pekerja yang ada dalam bilik solat, dapur dan bilik tidur keluar dari restoran untuk selamatkan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohamad Azim berkata api marak dengan cepat menyebabkan semua pekerja yang tinggal di situ, sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang-barang termasuk pasport.
 
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Setar Mahmad Fauzi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pukul 5.12 petang dan tiba di tempat kejadian pada 5.16 petang.
 
Tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 10 minit.
 
Beliau berkata jumlah sebenar kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Lelaki maut kereta bertembung lori

Lelaki maut kereta bertembung lori
Kereta mangsa remuk teruk manakala lori terbalik dalam kemalangan di Kilometer 336 Jalan Raub – Lipis, kelmarin.
RAUB – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori kecil dalam kejadian di Kilometer 336 Jalan Raub – Lipis dekat kawasan Kampung Temau.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Wai Lip Hoong, 30, berasal dari Kampung Baru Jerkoh, Benta.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Lipis ke Raub.
“Ketika di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Kereta bertembung dengan lori kecil muatan bara ngan runcit yang dipandu Irwandi Ladrid, 23, dari arah Raub,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, akibat daripada pertembungan itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
Katanya, tidak ada mangsa lain di lokasi kejadian dan keadaan kereta remuk teruk serta lori tersebut terbalik.
Mayat dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.
Beliau berkata, pemandu  lori hanya mengalami kecederaan ringan.
"Keluarga mangsa sudah dihubungi untuk tujuan pengecaman," katanya.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua sahabat dituduh miliki heroin

Dua sahabat dituduh miliki heroinKedua-dua tertuduh tenang ketika dibawa ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU- Seorang buruh berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 1.5 gram, Khamis lalu.

Syahrulnizam Mohd, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar.
Bagaimanapun, rakannya, Tuan Azlizam Tuan Mat, 25, membuat pengakuan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan sama semalam. Mahkamah menetapkan 17 Februari tahun depan untuk sebutan laporan kimia.

Mengikut pertuduhan, dua sahabat berkenaan secara bersama-sama didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 1.5 gram di sebuah rumah Lot 1349, Kampung Binjai Manis, Banggu pada jam 2 pagi, 20 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan paling minimum.

Syahrulnizam ketika rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana mengambil kira latar belakang dirinya yang hidup susah dan dia bekerja sendiri. Sejurus itu, mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Penjara sebulan cabul jiran

Penjara sebulan cabul jiran
Mohd Riduan dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.

Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.

Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.

Polis buru 'ustaz' dituduh merogol

Polis buru 'ustaz' dituduh merogol
Keratan akhbar Sinar Harian, semalam.
ALOR SETAR - Seorang bomoh yang bergelar ‘ustaz’ kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seorang murid perempuan tahun enam sejak awal tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki terbabit telah melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu.

Katanya, polis sudah beberapa kali pergi ke rumah lelaki tersebut di Taman PKNK, di sini, untuk menangkapnya, tetapi dapati lelaki itu tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.

“Lelaki itu kini dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan merogol,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang murid perempuan tahun enam di sini, trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila kanak-kanak itu dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Menurut ibunya, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun



ALOR SETAR - Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.

Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.

Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.

"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.- Bernama

Susulan Empat Beranak Rentung: 'Tidak sangka dia pergi dulu'

Susulan Empat Beranak Rentung: 'Tidak sangka dia pergi dulu'

Kemalangan di kilometer 125.8 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan .- Ilustrasi: Aima Hashim
BATU PAHAT – “Makcik tidak sangka dia akan pergi dahulu, ingatkan makcik (yang akan pergi). Bila terkenang wajah cerianya ketika menjamah sate kegemaran malam Khamis lalu, makcik terus sebak.”

Demikian luah ibu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kemaman, Terengganu, Amah Melan, 64, dalam nada sebak menahan kesedihan.

Menurut Amah, anaknya Halina Saif @ Saib, 40, ketika menikmati sate kegemarannya yang dibeli di Peserai, di sini, berhasrat membaiki bumbung rumah ibunya, namun kini hajat itu tidak kesampaian.

Biarpun begitu, Halina sempat membelikan ibunya mesin basuh baru memandangkan mesin basuh yang digunakan sebelum ini agak uzur.

“Sebelum kemalangan itu berlaku, arwah ada menghubungi saya bertanyakan hadiah yang diberikan (mesin basuh), dan kami tidak menyangka itulah kali terakhir kami sekeluarga mendengar suaranya.

“Arwah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini sememangnya seorang yang bertanggungjawab kerana sering mengambil berat keadaan kami yang berada di kampung.

“Kehilangan arwah sememangnya cukup terasa kerana dia pantang ada cuti, sudah tentu akan pulang ke sini walaupun dia jauh berada di Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya di Jalan Johor, Simpang Lima, di sini semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Hairul Anuar, 27, berkata, kakak dan abang iparnya, Sabirin Sulaiman, 45, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, selain menyatakan makanan dimakan sedap berbanding selalu.

“Kami sekeluarga menerima semua ini sebagai satu dugaan dan juga ketentuan Ilahi. Walaupun agak berat, namun kami perlu menerimanya dengan reda,” katanya.

Manakala kakak tiri Sabirin, Samirah Abd Ghaffar, 54, berkata, adik bongsunya itu yang lebih dikenali sebagai Ucu di kalangan anak buahnya, cukup disenangi kerana dia tidak lokek dan sering membelikan buah tangan untuk mereka.

“Tiada yang pelik berlaku. Cuma beberapa hari sebelum kemalangan itu, saya ada bermimpi mendapat kasut kulit yang agak mahal, namun tidak lama kemudian ianya hilang,” katanya.

Susulan Empat Beranak Rentung: Berita mengejutkan jiran

Susulan Empat Beranak Rentung: Berita mengejutkan jiranKetua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa (tengah) menziarahi ahli keluarga mangsa di Hospital Kemaman.
KEMAMAN – Kemalangan ngeri menimpa Sabirin Sulaiman dan tiga ahli keluarganya mengejutkan jiran tetangga.

Mereka turut bersedih mengenangkan cita-cita anak bongsu Sabirin, Siti Khadijah, memasuki sekolah menengah sains di Kuala Terengganu tidak kesampaian.

Siti Khadijah memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Wan Kamarul Wan Abdul Rahman, 35, yang tinggal di hadapan rumah mangsa di Dungun berkata, dia sekeluarga mengetahui keinginan Siti Khadijah kerana hubungan mereka rapat, apatah lagi isteri Sabirin, Halina Saif@Saib mengasuh anak mereka sejak kecil.

“Arwah (Sabirin) sangat baik dan sudah berbelas tahun mengajar di negeri ini. Mudah-mudahan roh arwah sekeluarga dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.

Sementara itu, sepupu Halina, Azwan Yaakob, 23, berkata, kali terakhir dia berjumpa keluarga Halina ialah ketika Aidiladha lalu di Batu Pahat.

“Mereka sangat gembira berjumpa sanak-saudara pada majlis tersebut," katanya yang mengetahui mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Jenazah empat beranak tersebut dikebumikan malam tadi dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Parit Besar Laut, Batu Pahat.

2 kali cuba bunuh diri




         
LONDON: Jururawat yang membunuh diri selepas menjawab panggilan palsu mengenai isteri Putera William, Kate Middleton, pernah cuba membunuh diri dua kali musim sejuk lalu.

Jacintha Saldanha yang menggantung dirinya selepas menerima panggilan palsu daripada dua pengacara radio Australia yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, cuba membunuh diri Disember lalu dengan mengambil beberapa pil secara berlebihan ketika mengunjungi keluarganya di India.


Dia berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital tetapi mengulangi cubaannya sembilan hari kemudian dengan cuba terjun dari sebuah bangunan.

Jacintha, 46, menghabiskan masa beberapa hari di unit rawatan rapi sebelum menerima rawatan psikiatrik dan dinasihat memakan ubat penenang.


Sebuah akhbar India yang mendedahkan mengenai cubaan membunuh diri itu juga melaporkan, keluarga Jacintha berkata, jururawat itu terlalu malu selepas menerima panggilan palsu itu. Dia bagaimanapun tidak menceritakannya kepada suami atau anaknya sebelum kematiannya walaupun berbual dengan mereka menerusi telefon beberapa kali.


Menurut keluarganya di Mangalore, selatan India, Jacintha hanya memberitahu suaminya, Ben Barboza bahawa dia menjadi tumpuan berita beberapa hari sebelum bertindak membunuh diri.

Mayatnya ditemui tergantung di kuartersnya di Hospital King Edward VII pada 7 Disember lalu. - DM

Kaki judi berang maki polis




         
KUALA LIPIS: Berang selepas diarah berhenti berjudi, seorang lelaki memaki sepasukan anggota polis yang menyerbu premis judi di Benta, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berusia 30 tahun berasal dari Raub itu leka berjudi Internet ketika sepasukan polis menyerbu premis berkenaan.


Sebelum serbuan, anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang membuat serbuan di premis berkenaan selepas mengintip selama seminggu.

Sumber berkata, selepas setengah jam membuat intipan, polis menyerbu masuk premis berkenaan dan 32 lelaki termasuk seorang warga emas secara tiba-tiba berhenti berjudi selepas melihat tempat itu diserbu, tetapi lelaki terbabit tetap meneruskan pertaruhannya.

Tujuh jam jadi tahanan




         
JOHOR BAHRU: “Kami tidak akan melepaskan awak kerana wang dalam akaun hanya lebih RM1,000. Ia tidak cukup untuk melepaskan awak,” Itu antara ugutan sekumpulan penjenayah kepada mangsa culik bagi mendapatkan wang tebusan RM10,000.

Dalam kejadian jam 1 pagi, 19 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Raja, 37, diculik empat lelaki di depan rumahnya di Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini. Katanya, MangsaJurutera di Singapura itu berkata, dia diculik tujuh jam dengan mata ditutup serta kaki dan tangan diikat ketika mahu membuka pintu pagar rumah untuk meletakkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam garaj. Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia diperlakukan teruk seperti haiwan apabila kumpulan berkenaan memukulnya dengan rotan. Katanya, empat lelaki berusia 20-an tiba-tiba datang menutup mulutnya sebelum menariknya masuk ke keretanya.


“Kumpulan itu bertindak pantas dan terus menarik saya masuk ke dalam MPV jenis Nissan Grand Livina.

“Apabila berada dalam kereta, seorang daripada mereka memandu laju meninggalkan rumah dan pada masa sama, tangan dan kaki saya diikat manakala mulut dan mata ditutup dengan kain.


“Mereka membawa saya ke sebuah rumah di Teluk Jawa dan terus memukul sebelum membuka ikatan mulut,” katanya.


Menurutnya, akibat dipukul bertalu-talu empat lelaki itu, tangan kiri, kaki dan kepalanya lebam.

Katanya, dompetnya dirampas dan mereka mendesaknya memberi nombor pin kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM). “Selepas hampir setengah jam, mereka menyatakan wang dalam akaun tidak mencukupi kerana hanya terdapat lebih RM1,000 dan enggan melepaskan saya selagi tidak menyerahkan RM10,000 sebelum meminta saya menghubungi keluarga atau rakan,” katanya.


Menurutnya, mereka meninggalkannya selepas dia menghubungi rakan untuk memasukkan wang ke akaunnya dan berjaya melepaskan diri. untuk mendapatkan wang,” katanya. Menurutnya, dia mendengar dua penjenayah itu berbincang sebelum bersetuju dengan wang tebusan RM5,000. Katanya, selepas menurunkan harga tebusan, seorang daripada penjenayah menyerahkan telefon bimbitnya sebelum dia menghubungi rakan untuk meminta memasukkan wang dalam akaunnya.

“Saya menelefon rakan menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 8 pagi sebelum seorang daripada mereka meninggalkan rumah.


“Tidak lama kemudian, mereka meninggalkan rumah itu sebelum saya nekad membuka ikatan tangan dan keluar dari situ,” katanya.


Dia yang trauma dengan kejadian itu kehilangan lesen memandu, kad pengenalan, wang tunai RM500, wang tunai Singapura S$200 (RM480), cincin emas, kunci rumah, telefon bimbit dan kad pengenalan isteri. “Saya kemudian mendapati penjenayah sudah melarikan diri menggunakan Nissan Grand Livina milik saya berwarna jingga bernombor pendaftaran JND7077,” katanya. Menurutnya, melihat keadaan selamat, dia berlari keluar dari rumah itu dan mendapatkan bantuan seorang lelaki untuk membawanya ke Balai Polis Seri Alam di sini. “Saya masih trauma dengan kejadian itu dan berharap polis memberkas penjenayah secepat mungkin, “ katanya. Jurucakap Balai Polis Seri Alam mengesahkan kejadian.

Mangsa kedua buaya

MAUT...mayat budak lelaki yang diserang buaya di Sungai Suai dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.
MAUT...mayat budak lelaki yang diserang buaya di Sungai Suai dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.
MIRI: Tragedi menimpa seorang murid tahun lima yang maut selepas dibaham buaya di Sungai Suai, pagi kelmarin, bagaikan mengiyakan keresahan lebih 100 penduduk berikutan reptilia berkenaan kerap muncul di permukaan air sebelum ini.
Jerry Apat Ansa menjadi mangsa kedua selepas seorang warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mandi di sungai itu pada 2010 dan kejadian berlaku di tempat sama.
Penduduk Umbang Lang, 37, berkata, kejadian menimpa menyebabkan penduduk takut ke sungai untuk mandi atau mengambil air bagi kegunaan harian.

“Kebanyakan kami penghuni rumah panjang di Kampung Iran Suai bergantung sepenuhnya kepada air sungai dan hujan berikutan tiada bekalan air paip bersih di kawasan kami. Setiap hari, kami terpaksa ke sungai sama ada mandi atau membasuh pakaian.


“Memang takut kerana sering terserempak buaya timbul di sungai berkenaan, namun kami tiada pilihan dan terpaksa bergantung hidup dengan sumber air sungai itu meneruskan kegiatan harian kami.

Daging melekat kereta

MUSNAH...bas ekspres dan kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
MUSNAH...bas ekspres dan kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
CHUKAI: “Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta,” kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.
Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.
“Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup,” katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.


Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.

Warga emas rugi RM6 juta akibat kebakaran di Pasir Pekan



         
TUMPAT: Seorang warga emas terpaksa menanggung kerugian hampir RM6 juta selepas pasar raya miliknya hangus terbakar dalam kebakaran di Pasir Pekan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kebakaran pasar raya yang beroperasi sejak lapan tahun lalu itu dikatakan berpunca daripada lintar pintas.
Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

3 maut kereta rempuh lori



Bota: Tiga, termasuk dua beradik maut manakala lima cedera, dua daripadanya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut, semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta PERODUA Viva, Mohd Ramli Abd Wahab, 27, dari Kampung Tengku Hussein, Manjoi, Ipoh dan dua beradik Harith Danial, 5, dan kakaknya, Nur Maisara Aleya Muhamad Syakir, 6.
Mohd Ramli serta tujuh yang lain dalam perjalanan balik dari menghadiri Hari Keluarga RELA di pantai Teluk Senangin apabila satu tayar kereta dipercayai pecah menyebabkan ia terbabas dan merempuh belakang lori yang diparkir di tepi jalan kira-kira jam 2.30 petang.

Lima daripada penumpang kereta terbabit adalah kanak-kanak.

Nur Maisara ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di pangkuan ibunya, Zalikha Kamarulzaman, 26, yang cedera parah. Kedua-duanya duduk di kerusi penumpang hadapan.

Harith Danial pula ditemui meninggal dunia di pangkuan Muhamad Sharifuddin, 18, yang turut parah dan duduk di kerusi penumpang belakang.

Zalikha dan Muhamad masing-masing berasal dari Taman Raia, Simpang Pulai dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan lanjut.
Tiga beradik yang cedera iaitu Faizatul Adawiyah Hamdan, 12; Shamil Hamdan, 11; dan Sofea Amira Hamdan, 8; pula dibawa orang ramai ke Hospital Changkat Melintang, dekat Kampung Gajah dan menerima sebagai rawatan pesakit luar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata tiga mangsa terbabit mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit dalam kereta yang remuk.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu lori memberhentikan kenderaan di tepi jalan membeli minuman di sebuah kedai dan ketika hendak membuat bayaran terdengar bunyi dentuman kuat.

Sementara itu, rakan mangsa, Nur Haswani Afni Mohd Zorki, 28, berkata Ramli, Zalikha dan Muhamad, rakan sekerjanya dalam RELA menyertai hari keluarga selama dua hari berakhir semalam.

“Arwah datang ke Teluk Senangin menaiki motosikal dan nampak dia seronok kerana ditugaskan merakam gambar sepanjang hari keluarga sebelum kemudian ditugaskan membawa semua mangsa kembali ke Ipoh,” katanya.

Mangsa banjir di Dungun dipindah meningkat



Dungun: Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak malam kelmarin menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat daripada 94 kelmarin kepada 144 mangsa, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata sehingga jam 7 malam semalam, jumlah mangsa itu membabitkan 26 keluarga dari lima kampung di Dungun bertambah sembilan keluarga membabitkan 50 mangsa.
Katanya, sembilan keluarga terbabit empat keluarga dari Kampung Tok Kah membabitkan 30 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, lima keluarga dari Kampung Batu Tiong membabitkan 20 penduduk dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Tiong.

Penduduk, Raihan Deraman, 48, berkata air mula mengalir masuk ke rumah dia sejak jam 7 malam, menyebabkannya sekeluarga terpaksa berpindah buat kali kedua sejak tiga tahun tinggal di rumah PPRT Kampung Bukit Gedut Pulau Serai.

“Kami sekeluarga sudah bersiap sedia sejak beberapa minggu lalu jika berlaku banjir termasuk meletakkan perabot dan dokumen penting di tempat yang selamat, ” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir SK Pulau Serai.

Jirannya, Nashimah Salleh, 47, berkata banjir kali ini diharapkan tidak seburuk tahun 2010 yang melimpah sehingga paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, berkata hujan lebat melanda daerah ini sejak jam 6 pagi kelmarin menyebabkan lima kampung berkenaan dilanda banjir sedalam 0.5 meter.
Katanya, bagi penduduk di kawasan PPRT Bukit Gedut, selain hujan faktor kediaman mereka yang berhampiran Sungai Pimpin menyebabkan limpahan air sungai memenuhi persekitaran kediaman mereka hingga paras lutut.

Jasad anak dalam mulut buaya



Miri: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas disambar buaya ketika mandi di Sungai Suai, di sini, jam 10 pagi kelmarin.

Jerry Apat Angsa, 11, ditemui jam 5.30 petang hari kejadian ketika sebahagian tubuh mangsa masih berada dalam mulut buaya yang dianggarkan sepanjang enam meter.
Dalam kejadian itu, satu pasukan Bomba dan Penyelamat Miri dikerah ke lokasi kejadian sekitar jam 3.30 petang untuk menjalankan gerakan mencari dan menyelamat, menjangkau keluasan empat kilometer ke hilir sungai berkenaan.

Operasi yang turut disertai bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, berjaya menemui mayat mangsa selepas dua jam mencari.

Tidak tahan melihat tubuh anak kesayangannya dibaham buaya, Angsa melepaskan satu das tembakan yang terkena muncung buaya itu dan menyebabkan reptilia ganas itu melepaskan jasad mangsa daripada mulutnya, sebelum beredar.

Tubuh kecil yang masih berseluar dalam kemudian dinaikkan pasukan penyelamat dan mendapati beberapa bahagian tubuhnya patah dengan kesan gigitan besar di paha kiri.

Hujan meteor di Rusia, 950 cedera



Gambar yang disediakan www.chelyabinsk.ru menunjukkan dengan jelas hujan meteor yang melanda bandar Ural, di Chelyabinks semalam menyebabkan sekurang-kurang 950 penduduk cedera. Sementara gambar bawah pekerja-pekerja sedang membaiki talian elektrik yang rosak akibat gegaran daripada meteor itu di bandar Urals, Chelyabinsk, semalam. - REUTERS/AFP
MOSCOW 15 Feb. - Kira-kira 950 penduduk tempatan cedera apabila hujan meteor melanda bahagian tengah Rusia, sebelum ia meletup, hari ini.
Satu rakaman televisyen menunjukkan lalu lintas tergendala pagi ini di bandar Urals, Chelyabinsk, ketika kejadian itu, menyebabkan orang ramai berlari menyelamatkan diri untuk berlindung di dalam bangunan.
Sumber perubatan berkata, kira-kira 750 penduduk mendapatkan rawatan, sementera Kementerian Bencana pula mengesahkan perkhidmatan komunikasi telefon selular tergendala buat sementara.
"Ketulan meteor tersebut bersepai di atas kawasan pergunungan tengah Rusia, Urals, dengan separuh daripadanya terbakar pada bahagian atmosfera.
"Serpihan meteor itu jatuh ke Bumi, di kawasan yang kurang penduduk di wilayah Chelyabinsk," kata pejabat kementerian itu melalui satu kenyataan.
Tingkap-tingkap bangunan pecah akibat gegaran yang berlaku dengan kira-kira 300 bangunan dilaporkan rosak, termasuk sekolah, hospital dan bangunan kilang serta stadium hoki ais.
"Pada kira-kira pukul 9.20 pagi (0320 GMT) satu objek kelihatan di ruang udara pekan Chelyabinsk yang terbang dengan kelajuan yang kuat dan membentuk ekor asap. Selang beberapa minit kedengaran bunyi dua letupan," kata seorang pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.
Pegawai-pegawai kementerian berkata, sebahagian meteor itu jatuh 80 kilometer dari pekan Satki, kira-kira 100 kilometer dari barat bandar wilayah itu.
Sekolah-sekolah ditutup sepanjang hari di wilayah itu, selepas serpihan tersebut menyebabkan cermin bangunan pecah dan suhu di bahagian tengah Rusia jatuh kepada -18 celsius.
Jabatan polis tempatan berkata, kebanyakan mangsa yang cedera mengalami luka kecil dan lebam akibat terkena kaca yang pecah.
Wilayah Chelyabinsk merupakan kawasan industri utama di tengah Rusia, dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan lain termasuk loji kuasa nuklear serta pusat penyimpanan dan merawat sisa atom Mayak.
Sementara itu, jurucakap Rosatom, syarikat tenaga nuklear Rusia berkata, operasi loji mereka tidak terjejas dengan kejadian itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_01/Hujan-meteor-di-Rusia-950-cedera#ixzz2L1NdSURE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat bayi dibakar disyaki mangsa dera

pix_gal0Johor Bahru: Bayi perempuan yang ditemui mati dengan kesan dibakar berhampiran longgokan sampah di Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, di sini Jumaat lalu, dipercayai menjadi mangsa dera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada patah tulang belakang.
“Terdapat kesan pukulan di bahagian dadanya hingga mengakibatkan tulang belakang mangsa patah. Malah, ada juga kesan lebam pada beberapa anggota tubuh badannya.


“Kita tidak menolak bayi itu menjadi mangsa dera sebelum dibunuh dan dibakar. Polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti identitinya serta mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan mayat bayi dipercayai berusia setahun dengan kesan bakar hampir 80 peratus ditemui orang awam sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 4.35 petang.

Siasatan awal mendapati bayi itu disyaki dibakar menggunakan petrol selepas polis menemui tong berisi bahan berkenaan di kawasan berdekatan.

Abdul Samad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung kehilangan bayi, selain menafikan bayi berkenaan adalah mangsa culik.
“Sehingga hari ini, masih belum ada sesiapa yang membuat laporan kehilangan anak atau penculikan. Bagaimanapun, polis memberi jaminan kes ini akan disiasat dengan terperinci.

“Polis memohon kerjasama masyarakat yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya. 

Pesta liar di tepi pantai


Beberapa gadis menunggu pasangan di sebuah hotel sebelum menuju ke pantai  untuk berparti. - Foto Mohd Khidir Zakaria
Beberapa gadis menunggu pasangan di sebuah hotel sebelum menuju ke pantai untuk berparti. - Foto Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Lebih 30 lelaki dan wanita berusia 20-an dikesan menghadiri pesta liar dengan berpakaian seksi di tepi pantai berhampiran sebuah hotel empat bintang terkenal di sini, malam kelmarin.

Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras sambil menari mengikut rentak persembahan kumpulan muzik di depan pentas dan sesetengah peserta melakukan aksi tidak senonoh antara lelaki dan wanita. Kumpulan itu termasuk beberapa wanita Melayu yang hanya memakai bikini bagaimanapun beredar dari kawasan itu apabila menyedari kehadiran polis yang membuat rondaan selepas mendapat maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menerima aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di pantai yang kedudukannya agak tersorok itu dan menghantar anggota untuk memeriksa.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka beredar apabila menyedari kehadiran polis. Kita tidak membuat tangkapan, namun akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Difahamkan, sesetengah peserta parti itu bertindak luar kawalan dengan ada antara mereka berbaring di atas pantai sambil berpeluk dan berciuman dengan ghairah.

Parti pantai itu dianjurkan sebuah syarikat pengurusan acara kononnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014 dengan mengenakan bayaran RM165 bagi setiap peserta.
Penganjur menyediakan makan malam dan minuman beralkohol percuma tanpa had selain mengenakan syarat peserta lelaki perlu memakai seluar pendek dan wanita memakai bikini, pario atau pakaian pantai yang seksi.

Mekanik mati ditikam bertubi-tubi depan isteri



KUALA LUMPUR - Seorang mekanik mati setelah ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai kerana salah faham dalam kejadian di depan sebuah rumah kedai di Jalan 43, Selayang Baru dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi, mangsa R. Kumaran, 31, yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu mati di tempat kejadian selepas salah satu tikaman tersebut terkena pada rusuk kiri mangsa yang kemudian menembusi jantungnya.
Lebih menyedihkan apabila kematian Kumaran disaksikan oleh isterinya, B. Krishnaveni, 29. Sebelum kejadian, pasangan tersebut baru sampai di depan rumah mereka selepas menziarah ibu Krishnaveni yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian.
Kumaran dan Krishnaveni baru dua tahun mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan anak.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, semasa kejadian, mangsa mahu mengunci motosikalnya manakala isterinya yang bekerja di sebuah kedai disuruh naik ke rumah mereka di tingkat tiga di rumah kedai itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2FvL9lqJM 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut kereta rempuh lori

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEADAAN kereta Perodua Viva yang mengorbankan tiga mangsa selepas merempuh lori di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin dekat Sitiawan semalam.


SETIAWAN - Tiga maut manakala dua cedera parah selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, tiga mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta, Mohd. Ramli Abdul Wahab, 27, dan dua anak kenalannya, Nur Aleeya Maisara Muhammad Syakir, 6, dan Harith, 5.
Ibu kepada dua kanak-kanak malang itu, Zalikha Kamarulzaman, 26, dan adiknya, Mohamad Syarifuddin, 18, cedera parah di kaki dan kepala.
Tiga lagi beradik iaitu Faizatul Adawiyah Hamdan, 12, Shamil, 11, dan Sofia Amira, 8, yang menumpang kereta tersebut cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mad Isa berkata, semasa kemalangan, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menghadiri Hari Keluarga Rela di Teluk Senangin, Lumut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2FvKoMrw2 
Hakcipta terpelihara