Setiap kali hujan lebat, air dari longkang akan melimpah keluar.
BATU CAVES - Permasalahan longkang yang didakwa tidak diselenggarakan menjadi penyebab berulang banjir kilat di Kampung Medan di sini.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, terdapat takungan air pada longkang tersebut dipercayai tersumbat akibat gangguan sampah yang tidak dibersihkan.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Medan Batu Caves, S Paneer Selvam berkata, aduan pernah dibuat kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Julai lalu memaklumkan masalah yang dihadapi penduduk setiap kali berlakunya hujan lebat.
“Surat jawapan diterima pada September memaklumkan aduan diterima dan telah diambil tindakan.
“Namun, masalah itu sebenarnya tidak pernah diambil tindakan menyebabkan penduduk dan peniaga terpaksa menanggung beban setiap kali air hujan melimpah dari longkang,” katanya kepada Sinar Harian.
Malahan katanya, jalan berhampiran juga turut terjejas apabila tidak boleh dilalui motosikal.
S Paneer meminta MPS mengambil tindakan dan menyelesaikan aduan penduduk dengan segera.
Seorang peniaga, Christine Ng berkata, masalah itu berlarutan lebih setahun apabila tiada kerja pembersihan longkang selepas Alam Flora tamat kontrak.
“Sebelum ini, ada kerja membersihkan sampah dalam longkang dibuat di kawasan ini namun kebelakangan ini tiada lagi.
“Malahan terdapat beberapa longkang ditutup menggunakan penutup longkang kekal menyukarkan kerja pembersihan dilakukan,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Low Neng How berkata, dia mengeluarkan kos sendiri untuk kerja pembersihan sebanyak tiga hingga empat kali sejak permasalahan itu dikesan.
“Meskipun beberapa kali kerja pembersihan dilakukan tetapi permasalahan itu berulang dan berharap MPS melantik kontraktor menjalankan kerja pembersihan secara berkala,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPS, Mohamad Zin Masoad ketika dihubungi berkata, pemantauan lebih ketat akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar MPS.
Mohamad Zin berkata, pihaknya menafikan kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang tidak dijalankan di kawasan itu.
“Masalah longkang disebabkan ada peniaga waktu malam kurang bertanggungjawab membuang sisa terus ke dalam longkang," katanya.

'via Blog this'