Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Remaja mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi

Remaja mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi - Semasa - Sinar Harian:
KANGAR - Seorang remaja perempuan hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Kangar atas tuduhan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkannya pada 24 Oktober lalu.
   
Bagaimanapun remaja berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu antara jam 12.30 tengah hari dan 5.30 petang di dalam tandas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Benta dekat sini.
   
Remaja itu dituduh mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan itu dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
   
Remaja yang berbaju kurung berwarna merah putih dan bertudung merah yang diwakili peguam Pyara Singh itu memohon dibicarakan dan timbalan pendakwa raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.
   
Bagaimanapun majistret Zuhair Rosli memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin sama ada ibu atau bapanya dan menetapkan 6 Februari 2013 sebagai sebutan pengurusan kes.
   
Remaja itu kemudiannya dibawa ke sebuah pusat tahanan di Kedah sementara menunggu jaminan itu.  - Bernama
'via Blog this'

Suspek rompak, rogol diberkas

Suspek rompak, rogol diberkas - Semasa - Sinar Harian: "KEMAMAN - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rompak dan rogol seorang jurujual di Chukai di sini, awal bulan lalu.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdasarkan lakaran wajah suspek yang dibuat oleh mangsa.

“Suspek berasal dari Pulau Pinang dan adalah pesalah di bawah Akta Kediaman Terhad yang dibuang daerah ke Kemaman. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 10.30 Ahad lalu, seorang jurujual berumur 18 tahun dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan wanita itu.  - Bernama"

'via Blog this'

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh - Semasa - Sinar Harian:

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh
Rabidin dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat.
BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.

Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.

 Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.

Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.

Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu  merogol mangsa bawah umur.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.

Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.

Hakim Murtazadi Amran,  menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

'via Blog this'

Tiga penjenayah cuba loloskan diri ditahan polis

Tiga penjenayah cuba loloskan diri ditahan polis - Johor - Sinar Harian:

Tiga penjenayah cuba loloskan diri ditahan polis
Mohd Kamil menunjukkan parang dan peralatan yang dirampas ketika sidang media di IPD Kulaijaya.
KULAIJAYA – Tiga penjenayah gagal meloloskan diri daripada ditangkap polis selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan selepas melanggar pembahagi jalan dan pokok di Kilometer 27, Jalan Air Hitam-Johor Bahru, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, penjenayah terbabit bertindak memecut sebuah kenderaan yang dicuri selepas kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulaijaya mahu membuat pemeriksaan.
Timbalan Ketua Polis IPD Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dua anggota MPV terbabit mendekati kereta suspek yang tidak mempunyai nombor pendaftaran pada bahagian depan, namun suspek panik dan terus memecut sejauh dua kilometer.
Bagaimanapun, suspek berusia 32 hingga 36 tahun cedera selepas terlibat dalam kemalangan itu seterusnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kereta dinaiki suspek dicuri menggunakan nombor pendaftaran motosikal termasuk menjumpai dua bilah parang. Kesemua suspek yang ditahan mempunyai kesalahan jenayah lampau membabitkan samun, dadah, jenayah kekerasan dan curi kenderaan.

“Kita juga percaya sebelum melarikan diri mereka merancang samun terhadap sebuah kedai 24 jam berdekatan. Suspek disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Kulaijaya, di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohd Kamil berkata, polis turut menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun di kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah itu pada 29 November lalu.
“Mereka yang ditahan 17 hingga 24 tahun, manakala seorang daripada suspek baru selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Mereka ditangkap di beberapa lokasi berasingan. Polis mengesyaki mereka melakukan beberapa siri rompakan menggunakan motosikal,” katanya.
Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Pecah rumah kedai: 9 individu ditahan

Pecah rumah kedai: 9 individu ditahan - Johor - Sinar Harian:

Pecah rumah kedai: 9 individu ditahan
Mohd Nor (dua, kiri) bersama bahan curi yang dirampas
MERSING – Polis menahan sembilan suspek berusia 12 hingga 31 tahun selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah kedai di sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek terbabit, polis berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah kedai yang dilaporkan.
Menurutnya, kegiatan itu dilakukan oleh kumpulan terbabit yang diketuai oleh seorang individu berusia 31 tahun.
“Antara yang ditahan ialah seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan selebihnya adalah tujuh kanak-kanak juvana di mana empat daripadanya masih lagi bersekolah.

“Lelaki dewasa itu didapati memiliki tujuh rekod jenayah lampau hasil daripada pemeriksaan rekod dilakukan. Dua daripada sembilan yang diberkas di Pulau Tioman dan selebihnya di sekitar bandar Mersing,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, ketika tangkapan dibuat, pihaknya menemui dua komputer riba, sembilan kotak rokok dan barang penjagaan diri.
“Kami percaya suspek yang ditahan turut mencuri wang dan sudah habis menggunakannya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan akan membuat tangkapan susulan berikutan terdapat suspek yang masih bebas.
“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek disahkan negatif dadah, namun suspek dewasa yang ditahan telah mengaku mengambil barang terlarang ini.
“Lebih mengecewakan ada di antara suspek yang ditahan adalah adik-beradik daripada dua keluarga yang berlainan,” katanya.
Mohd Nor berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai yang berani tampil memberi maklumat sehingga pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berkenaan.
“Ada di antara suspek yang ditahan diberkas dengan mengesan cap cari yang diambil sama dari kedai yang dipecah masuk.

“Saya berharap masyarakat sekitar tidak perlu bimbang berikutan kes jenayah yang dilaporkan di daerah ini masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 16 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Kes tetak: Kontraktor hilang tangan kanan

Kes tetak: Kontraktor hilang tangan kanan - Perak - Sinar Harian:

Kes tetak: Kontraktor hilang tangan kanan
Som Sak menunjukkan gambar dua suspek yang sedang dikesan.
TAPAH - Tetakan parang daripada lima individu menyebabkan seorang kontraktor cedera parah dan kehilangan tangan kanan dalam satu pergaduhan di Kampung Sikh Settlement, Bidor, Sabtu lalu.

Kejadian pada kira-kira jam 9.25 malam itu berlaku di hadapan rumah milik rakan mangsa, di tepi jalan kampung berkenaan dan mangsa, K Ganeson, 31 cedera parah pada kedua kaki, tangan, leher dan kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitenden Som Sak Din Keliaw memaklumkan, mangsa berada keadaan koma dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, sejak Sabtu lalu.

Katanya, menurut saksi kejadian, mangsa bersama lima rakannya sedang berbual di hadapan rumah berkenaan sebelum lima suspek bersenjata parang menyerangnya secara tiba-tiba.

"Mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Tapah terlebih dahulu, sebelum dihantar ke HRPB. Kecederaan pada tangan kanannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

"Berdasarkan maklumat daripada saksi, dua suspek dikenal pasti, iaitu, K Hemakumar, 27 tahun, dari Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Muhibbah Stesyen 11, Jalan Teluk Intan, Bidor dan C Rajamuniandy dari Taman Hutan Melintang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.
Tambah beliau, usaha mengesan kedua-dua suspek serta tiga lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan sedang dijalankan.

"Kedua-dua suspek dipercayai dikenali mangsa dan turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes bunuh, dadah dan jenayah.
"Kita siasat kes ini di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun, didenda atau disebat, atau kedua-duanya sekali," katanya.
Katanya, punca pergaduhan mungkin disebabkan perselisihan faham dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah agar menyalurkan maklumat kepada polis.
"Orang ramai boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Inspektor La Paula atau Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Tapah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir di hotline IPD Tapah, 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728. Mereka juga boleh menyalur sebarang berkaitan kes ini  ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

'via Blog this'

Taktik menyamar pelanggan

Taktik menyamar pelanggan - Johor - Sinar Harian:

Taktik menyamar pelanggan
Anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Johor melakukan soal siasat ke atas warga asing.
JOHOR BAHRU – Seramai 18 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam Ops Jaja di sebuah pasar raya sekitar bandar raya ini, kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu,  seramai 25 pendatang asing diperiksa.

“Sebelum ops, kami telah menghantar anggota berpakaian preman menyamar sebagai pelanggan. Kehadiran anggota tidak disedari oleh warga asing yang bekerja. Bagaimanapun, sebaik sahaja disedari, ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di celah-celah raga sayur untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.
“Hasil pemeriksaan ke atas 25 pendatang asing, 18 orang berusia 20 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Seramai 17 daripada jumlah keseluruhan yang ditahan adalah warga Indonesia dan baki iaitu seorang merupakan rakyat Bangladesh. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang ops ini dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairulanuar yang juga ketua operasi berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas, Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama berikutan tinggal di negara ini tanpa pas serta permit.
Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen negeri Johor di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, di sini, untuk tindakan lanjut.

'via Blog this'

Syabu dalam kotak bijirin

Syabu dalam kotak bijirin - Utara - Sinar Harian:

Syabu dalam kotak bijirin
Dari kiri: Adzaman, Ahmad dan Halim menunjukkan syabu dirampas.
ALOR SETAR-Taktik seorang lelaki warga Iran menyembunyikan dadah jenis syabu bernilai RM1.1 juta dalam dua kotak makanan bijirin terbongkar setelah ditahan dalam satu sekatan jalan raya, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki  berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam setelah polis membuat pemeriksaan terhadap beg pakaian miliknya yang disimpan dalam bonet belakang teksi sebelum menjumpai dadah berkenaan.
Menurutnya, semasa kejadian lelaki itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dipercayai menuju ke sebuah hotel di Alor Setar dengan menaiki sebuah teksi.

“Bagaimanapun ketika teksi berkenaan melalui sekatan polis yang dibuat di Alor Merah, lelaki itu menunjukkan perwatakan yang mencurigakan dan terperanjat sebelum kita membuat pemeriksaan rapi ke belakang tempat simpanan barang.
“Sewaktu memeriksa beg pakaian berkenaan kita menjumpai dua kotak makanan bijirin yang dibungkus kemas dan sewaktu dibuka didapati mengandungi kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat 5.3 kilogram (kg),” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan dan pegawai penyiasat Inspektor Ab Halim Mohd Sajudi.
“Siasatan awal turut mendapati lelaki yang dipercayai bekerja menjual pakaian di negaranya datang dari Iran dengan menaiki kapal terbang ke Dubai sebelum ke Kuala Lumpur seterusnya ke Alor Setar,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat lelaki berkenaan pernah ke Kuala Lumpur sebelum ini namun kali pertama datang ke Kedah.
“Buat sementara waktu, dia direman selama tujuh hari sehingga 19 Disember ini," katanya.

'via Blog this'

Sindiket curi kabel tumpas

Sindiket curi kabel tumpas - Selangor & KL - Sinar Harian:

Sindiket curi kabel tumpas
Abd Razak (tengah) melihat peralatan yang berjaya dirampas selepas anggotanya menumpaskan sindiket curi kabel TM di Taman Muhibbah.
SERDANG –  Menggunakan kepakaran dan kemahiran dimilikinya, seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai sub kontraktor Telekom Malaysia (TM), bersama empat  rakannya licik mencuri kabel bawah tanah milik syarikat telekomunikasi itu.
Difahamkan, sindiket terbabit melakukan aktiviti itu pada awal pagi, lengkap dengan pemasangan papan tanda amaran dan sebagainya untuk mengaburi mata orang awam kononnya mereka kontraktor dilantik TM.
Bagaimanapun, sindiket terbabit berjaya ditumpaskan ketika leka menarik keluar kabel berdekatan kawasan perumahan Taman Muhibbah kira-kira jam 3.45 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bertindak atas maklumat anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Serdang bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai, suspek dikatakan leka menarik kabel bawah tanah dengan menggunakan sebuah lori.
Beliau berkata, dua lelaki termasuk seorang yang menyembunyikan diri di bawah lori diberkas sebelum pihaknya dapat mengesan seorang lagi suspek cuba melarikan diri.

Jelas Abd Razak, rondaan selanjutnya menemukan anggotanya dengan sebuah kenderaan dinaiki dua lagi suspek yang juga anggota sindiket terbabit.
“Berlaku kejar-mengejar sejauh dua kilometer dari Taman Muhibbah hingga Lebuhraya Besraya sebelum kedua-duanya diberkas dalam kereta jenis Kia Spectra dinaiki.
“Siasatan mendapati salah seorang suspek berusia 31 tahun dikehendaki polis berhubung kes di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan sebelum ini,” katanya.
Abd Razak berkata, dua daripada lima suspek berusia 44, 37,24 dan 28 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.
Beliau berkata, pihaknya berjaya merampas semula kabel sepanjang 600 meter yang cuba dibawa lari geng terbabit dianggarkan bernilai RM70,000.

Sebilah parang, pemotong besi dan  tali dipercayai digunakan untuk menarik kabel di bawah tanah turut dirampas pihaknya.
Katanya, perbuatan suspek menyebabkan hampir 1,500 rumah terputus talian telefon dan pihak TM terpaksa menanggung kos pembaikan hampir RM100,000.
Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Bersama suspek turut ditemui tiga MyKad milik individu lain dan perkara itu juga akan disiasat secara terperinci. Ini adalah kejayaan terbesar membabitkan sindiket curi kabel untuk tahun ini,” katanya.
Sementara itu, selepas sidang media berkenaan kes itu semalam, Pengurus Besar Negeri, Kawasan Perniagaan MSC TM, Norliza Jaffar menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 anggota Balai Polis Serdang yang berjaya menumpaskan sindiket itu.

'via Blog this'

Dipenjara curi lapan beg galas

Dipenjara curi lapan beg galas - Terengganu - Sinar Harian:

Dipenjara curi lapan beg galas
Tertuduh dipenjarakan 12 bulan kerana mencuri lapan beg galas.
KUALA TERENGGANU - Padah mencuri lapan beg galas bernilai RM176 di sebuah pasaraya di bandar raya ini, seorang pemuda dipenjarakan 12 bulan setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu setelah tertuduh, Mohd Khairi Noh@Mat Noh, 30, dari Kuala Lumpur mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Khairi didakwa mencuri lapan beg galas di Pasaraya Ku Batu 6, Jalan Kelantan, di sini antara jam 10 pagi hingga 2.30 petang pada 10 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh yang turut mempunyai rekod jenayah lampau, tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, penyelia pasaraya berkenaan menyedari kehilangan lapan buah beg galas bernilai RM176 itu kira-kira jam 2.30 petang, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.

Tertuduh berjaya ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada hari yang sama oleh sepasukan anggota cawangan Pencegahan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di Kampung Tiong, di sini, setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Mohd Khairi ketika itu memegang sebungkus beg plastik yang mengandungi beg galas berkenaan, sebelum mengaku mencuri beg berkenaan.

'via Blog this'

Tidak sempat jumpa pembunuh

Tidak sempat jumpa pembunuh - Pahang - Sinar Harian:

Tidak sempat jumpa pembunuh
Kok Wee (kiri) dan isteri, Siew Lin ketika di pekarangan Mahkamah Majistret Bentong, pagi semalam.
BENTONG – Hasrat pasangan suami isteri untuk bersemuka dengan penjenayah dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong pagi semalam atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan merogol anak perempuan mereka, Annie Kok Yin Cheng, 17, pada 7 Mac 2009 tidak kesampaian.
Sew Kok Wee, 56 dan isteri, Tan Siew Lin, 49, tiba sejurus selepas tertuduh, Rabidin Satir, 42, dibawa keluar dari kamar mahkamah untuk dihantar ke Mahkamah Sesyen Raub, kira-kira jam 9.30 pagi.

Kok Wee berkata, mereka mengetahui tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini (semalam) selepas membaca akhbar menyiarkan berita itu kemudian bergegas ke mahkamah.
Menurutnya, walaupun terlambat dan tidak dapat melihat sendiri wajah penjenayah itu, namun mereka berdua berhasrat untuk datang ke mahkamah ketika sebutan semula kes pada 17 Januari 2013 nanti.
“Saya datang ke sini untuk menemani isteri yang mahu bertanyakan kepada penjenayah itu punca sebenar dia sanggup membunuh anak kami.
“Walaupun kejadian hampir tiga tahun berlalu, namun kami sekeluarga masih mengingati kejadian itu dan ia sungguh menyedihkan,” katanya.
Kok Wee berkata, mereka lega kerana penjenayah itu berjaya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana selepas ini, kejadian sama tidak akan berlaku lagi.

Sebelum itu, suasana sekitar mahkamah bertukar sibuk selepas kehadiran petugas media yang berkumpul sejak jam 8.15 pagi menunggu kehadiran tertuduh.
Pada awalnya, beberapa petugas media menyangka tertuduh akan dibawa masuk melalui pintu belakang seperti kebiasaan, namun jangkaan itu meleset kerana tertuduh dibawa melalui pintu hadapan mahkamah.

Tertuduh dibawa menaiki kereta peronda polis diiringi beberapa kenderaan polis lain sehingga ke hadapan pintu mahkamah.
Tertuduh diiringi polis dalam keadaan tangannya bergari kiri dan kanan serta berpakaian lokap berwarna oren kelihatan tenang dibawa masuk ke dalam mahkamah sejurus sampai, kira-kira jam 9.05 pagi.
Selepas beberapa minit pertuduhan dibacakan, Majistret Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2012 sebagai sebutan semula kes, tertuduh terus dibawa keluar dari kamar mahkamah ke kenderaan polis untuk dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub pada jam 9.30 pagi.

'via Blog this'

Rembat harta kakak

Rembat harta kakak - Terengganu - Sinar Harian:

Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja yang terdesak untuk mendapatkan wang, sanggup mengambil jalan singkat apabila dia dipercayai mencuri barang kemas dan wang tunai milik kakaknya sendiri.

Dalam kejadian pada Selasa lalu di Kampung Tok Jiring, kakaknya yang juga seorang suri rumah kerugian kira-kira RM28,400 apabila barang kemas dan wang tunai RM400 dikebas adiknya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, suspek yang berusia 17 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bagaimanapun ditahan polis kira-kira jam 11.30 malam kelmarin di rumah ibu mereka di Kampung Seberang Baruh.
Menurutnya, mangsa yang berusia 33 tahun hanya menyedari kehilangan beg yang menyimpan barang kemas dan wang tunai itu sebaik keluar bilik air, kira-kira jam 1 petang.

“Mangsa mengesyaki suspek yang mencuri barangan berkenaan memandangkan seorang lagi adik perempuan mangsa menyatakan ada melihat suspek keluar dari bilik kakaknya itu. Suspek dipercayai melarikan barang berkenaan ketika mangsa sedang mandi.
“Mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak pada keesokan harinya, kira-kira jam 10 malam. Bertindak daripada laporan itu, polis menahan suspek di kediaman ibunya kira-kira sejam setengah kemudian.
“Bagaimanapun ketika ditahan, tiada barang kemas ditemui, dipercayai telah dijual kepada pihak ketiga,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Ujian saringan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kini direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

'via Blog this'

10 warga China ditahan

10 warga China ditahan - Kelantan - Sinar Harian:

10 warga China ditahan
Norehan (kanan) menanyakan sesuatu kepada warga China yang ditahan, semalam
KOTA BHARU- Seramai 10 warga China yang tinggal lebih masa dan masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen berjaya ditahan Jabatan Imigresen Kelantan, dalam satu serbuan di sebuah lombong bijih besi di Sungai Aring, Gua Musang, awal pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarahnya, Norehan Harun memberitahu, di atas maklumat dan risikan, pihaknya bertindak dengan kekuatan 24 anggota mengadakan serbuan tersebut kira-kira jam 3 pagi semalam.
Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, pihaknya telah memeriksa seramai 20 individu yang tinggal di beberapa buah rumah kongsi di kawasan lombong berkenaan dan berjaya mengesan 10 warga negara China yang melakukan kesalahan.
“Dalam serbuan itu, sembilan lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20 hingga 52 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan terbabit dan kesemua mereka dipercayai merupakan tenaga buruh mahir dalam sektor perlombongan.
“Sembilan daripada mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial (PLS) namun, hasil pemeriksaan kesemua pas yang dimiliki sudah tamat tempoh sejak tiga tahun lalu dan salah seorang daripada mereka masuk tanpa sebarang dokumen,” katanya ketika ditemui semalam.
Norehan berkata, ketika serbuan dilakukan, kebanyakan para pekerja sedang tidur dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika serbuan tersebut dijalankan.        
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasaan di Telipot untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah dan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah.
“Kebanyakan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan kerana bekerja di negara ini tanpa pas lawatan kerja sementara (PLKS) dan mereka masuk menggunakan PLS kerana para majikan mengambil mudah berkaitan perkara tersebut.
“Pada asasnya permohonan untuk mendapatkan PLKS tidak terlalu sukar dan majikan perlu mendapatkan maklumat dengan pihak kami berkaitan cara-cara membuat permohonan walaupun kosnya agak tinggi berbanding PLS,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Norehan berkata, sepanjang Operasi 6P yang dijalankan pihaknya sejak April lalu sehingga kini, sebanyak 288 lokasi atau premis telah diperiksa dan pihaknya berjaya menahan 1,086 Pati atas pelbagai kesalahan.

'via Blog this'

Tiga sekeluarga nyaris rentung

Tiga sekeluarga nyaris rentung - Pahang - Sinar Harian:

Tiga sekeluarga nyaris rentung
Kebakaran kenderaan yang dinaiki Melah bersama adik dan anak saudaranya bermula di bonet depan
BANDAR TUN RAZAK – Tiga sekeluarga baru pulang menziarahi saudara yang meninggal dunia, nyaris rentung apabila kereta jenis Ford Telstar dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 5 Jalan Keratong-Segamat, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Melah Mohd Idris, 57, dalam perjalanan pulang dari Sungai Kelemah, Gemas, Negeri Sembilan ke rumahnya di Lepar Hilir 1, Kuantan.

Melah berkata, sewaktu melalui simpang tiga Felda Keratong, kepulan asap tiba-tiba keluar dari bonet hadapan.

Menurutnya, dia kemudian bertindak memperlahankan kenderaan dan berhenti kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.

“Ketika memandu, saya terkejut apabila melihat kepulan asap berwarna putih di hadapan cermin kereta dan mencari tempat sesuai untuk memberhentikan kenderaan.

“Namun saya tidak dapat memberhentikan kenderaan serta-merta kerana jalan sempit dan mungkin membahayakan pengguna lain,” katanya.

Melah yang juga peneroka berkata, sebaik memberhentikan kenderaan, dia bersama adik dan anak saudaranya terus menjauhkan diri berikutan api mulai marak.
“Sebaik sampai di tempat lebih selamat, kami bertiga terus keluar lalu menyelamatkan diri sebelum kereta itu hangus,” katanya.
Menurutnya, barangan berharga seperti geran kereta, telefon bimbit, kunci rumah dan beg pakaian juga tidak sempat diselamatkan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyela-mat Muadzam Shah, Mokhtar Seman berkata, bomba yang menerima maklumat terus bergegas ke tempat kejadian.
“Kami tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian dan masih menyiasat punca sebenar kebakaran,” katanya.

'via Blog this'

Anak enggan bayar denda kes khalwat ibu

Anak enggan bayar denda kes khalwat ibu - Terengganu - Sinar Harian:


Anak enggan bayar denda kes khalwat ibu
Tertuduh lelaki dan pasangan wanita diiringi pegawai penguat kuasa syariah untuk dihantar ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas dakwaan berkhalwat


DUNGUN – Gara-gara tidak mahu bersubahat dengan ibunya, seorang anak gadis enggan membayar denda mahkamah yang dikenakan ke atas ibunya, setelah wanita berstatus ibu tunggal itu didapati bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Paka, awal Januari lalu.


Tertuduh, Nor Rasidah Abd Rashid, 40, tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui dia bakal dipenjarakan setelah gagal menjelaskan denda mahkamah berjumlah RM1,800.

Namun selepas beberapa jam menunggu di pekarangan mahkamah, wanita yang disabitkan atas kesalahan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya, akhirnya berjaya dibebaskan setelah seorang rakannya tampil menjelaskan denda.


Nor Rasidah bersama pasangannya, Wan Mohd Rizal Wan Ariff, 22, ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah Kemaman di sebuah rumah di Kampung Darat Kolam, sehari sebelum perbicaraan tersebut, setelah menghadapi waran tangkap kerana gagal tampil di mahkamah untuk menghadapi tuduhan khalwat yang dikenakan ke atas mereka sebelumnya.


Tertuduh perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin bersama Wan Mohd Rizal dan didapati bersalah serta didenda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.


Wan Mohd Rizal yang menghadapi tuduhan sama bagaimanapun gagal menjelaskan denda menyebabkan dia yang berasal dari Kampung Gelugor, Kerteh, Kemaman itu dihantar ke penjara Marang, untuk menjalani hukuman penjara selama dua bulan.


'via Blog this'

‘Nyawa kedua’

myMetro | ‘Nyawa kedua’:


SHAH ALAM: “Kamu bernasib baik diberikan nyawa kedua,” kata Hakim Datuk Ahmadi Asnawi ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria yang mengaku salah atas tuduhan pilihan memiliki 73.21 gram (g) syabu di tepi jalan di Cheras, dekat sini, dua tahun lalu.


Ahmadi menjatuhkan hukuman itu terhadap Olusegun Olalekan Ayinla, 32, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap lelaki itu iaitu pada hari kejadian.



Mengikut pertuduhan, Ayinla didakwa memiliki dadah itu di tepi Jalan Persiaran Tun Perak, Taman Sri Cheras, Batu 9, Cheras jam 1.40 tengah hari pada 17 Ogos 2010.




Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik ditawarkan pertuduhan pilihan kerana sebelum ini didakwa mengedar dadah terbabit mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam Rajinder Singh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya, sekali gus menjimatkan masa dan kos mahkamah.



Menurutnya, tertuduh memasuki negara ini dengan dokumen sah dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta terkemuka ketika ditangkap. Beliau berkata, pelajar asing itu juga sudah belajar daripada kesilapan sepanjang dua tahun tinggal dalam tahanan reman terutama mengenangkan dia berdepan dengan hukuman gantung sekiranya kes itu dibicarakan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kes dadah membabitkan warga asing dibicarakan hampir setiap hari di Mahkamah Tinggi, di sini. Beliau berkata, berat dadah yang tidak terlalu banyak tidak boleh dipandang ringan, memandangkan ia tetap kesalahan yang serius.



“Sama ada ringan atau berat, ia masih berbahaya,” katanya.








Selain itu, katanya, mahkamah harus menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat dan mana-mana pihak luar yang berhasrat melakukan kesalahan sama demi menjaga kedaulatan undang-undang negara. Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis melakukan intipan di Apartmen Minang Ria 2, Jalan Minang Ria 1, Taman Minang Ria, Batu 9, Cheras, sebelum mendapati tertuduh keluar dari kediaman itu dengan menjinjing satu bungkusan plastik.



Selepas menyedari kehadiran polis, lelaki itu melarikan diri dan membuang plastik itu di kawasan semak berhampiran.






Bagaimanapun, tindakan pantas polis berjaya memberkas tertuduh tidak jauh dari tempat dia membuang plastik itu.



Pemeriksaan mendapati plastik terbabit mengandungi tiga kotak kertas dengan pita video dengan setiap satu berisi bahan kristal jernih disyaki dadah.



Analisis oleh Jabatan Kimia kemudian mengesahkan bahan itu adalah 73.21 g syabu seperti dalam pertuduhan ke atas tertuduh.


'via Blog this'

‘Saya masih trauma’

myMetro | ‘Saya masih trauma’:


ARAU: Kehidupan seorang pembantu kedai makan terus dibelenggu mimpi ngeri apabila masih teringat kejadian anak perempuan kesayangannya diculik sekumpulan lelaki yang memecah masuk ke rumahnya walaupun kejadian itu berlaku seminggu lalu.


Malah, Mazilan Md Isa, 28, mendakwa masih trauma kerana dihantui kejadian itu dan tambahan pula, dia turut cedera hampir seluruh badan ketika bergelut dengan lelaki terbabit bagi menyelamatkan Nur Fasha Adriana, 10.



Mazilan berkata, dia bersama ahli keluarganya sukar tidur malam kerana terbayang insiden yang hampir meragut nyawa demi menyelamatkan anaknya.




Menurutnya, ini berikutan pintu belakang rumah yang rosak akibat kejadian itu belum diperbaiki dan dibimbangi insiden sama berulang.



“Setiap malam saya sukar tidur lena memikirkan nasib anak perempuan saya, malah masih terngiang-ngiang suaranya menjerit meminta tolong pada malam itu walaupun dia kini di bawah jagaan saudara terdekat sementara kes ini diselesaikan,” katanya.



Mazilan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Agama Islam Perlis (Maips) menerusi Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Ahmad, menyerahkan sumbangan RM500 dan barangan dapur bagi meringankan bebannya di rumahnya di Ulu Pauh, di sini, semalam.









Menurutnya, sebelum ini, keluarganya sering menghadapi gangguan daripada keluarga bekas isterinya yang dipercayai berdendam dengannya kerana kisah silam mereka.



“Saya sering mendapat gangguan daripadanya sejak setahun lalu terutama selepas berkahwin dengan isteri baru walaupun setiap hujung minggu saya membenarkannya berjumpa dengan anak kami.






“Memang saya tidak menyangka hingga ke tahap ini apabila dia sanggup menculik anak kami,” katanya.



Menurutnya, dia kini merindui anak perempuannya, malah ibu bapanya, Md Isa Sulaiman, 72, dan Mariah Hamid, 55, masih trauma kerana dihantui kejadian ngeri yang menimpa mereka. Selain itu, katanya, dia kini tidak dapat bekerja bagi menampung kehidupan keluarga termasuk ibu bapanya akibat kecederaan dialaminya.



Sementara itu, Abu Bakar berkata, sumbangan berkenaan diserahkan melalui program Maips Peduli bagi membantu meringankan beban Mazilan selepas kisah penderitaannya dipaparkan di akhbar.



“Pihak Maips juga memberikan kelulusan 100 peratus atas permohonan bagi keluarga Mazilan bagi mendapatkan bantuan wang zakat memandangkan mereka hidup serba kekurangan,” katanya.



Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bapa cedera parah dan terpaksa menerima 10 jahitan di tangan dan dagu akibat ditetak dengan pisau ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum terjatuh selepas diseret lebih 100 meter.



Kejadian berlaku jam 1.30 pagi Sabtu lalu ketika anak lelaki itu sedang tidur nyenyak di rumah bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga.


'via Blog this'

Kejutan balik kenduri

myMetro | Kejutan balik kenduri:


SEREMBAN: “Saya tidak tahu apa motif serangan ini kerana kami tidak pernah meminjam daripada along atau mempunyai musuh,” kata N Saravanan, 40, mengenai kejadian rumahnya di Taman Bukit Kaya, di sini, diserang dengan molotov koktel oleh dua lelaki tidak dikenali, kelmarin.


Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kereta Proton Saga FLX milik mangsa dan sebahagian rumahnya terbakar, namun semua penghuninya terselamat berikutan berada di luar. 


“Ketika kejadian, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan di Pedas, Rembau sebelum pulang jam 4 pagi.

“Sebaik pulang, saya terkejut melihat kenderaan bomba dan orang ramai memenuhi depan rumah,” katanya.








Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai kebakaran kecil itu sebelum pemeriksaan pihak bomba menemui dua molotov koktel dalam kawasan pagar.


'via Blog this'

Polis buru ‘Di Siput’

myMetro | Polis buru ‘Di Siput’: "MARANG: Polis sedang memburu tiga suspek termasuk pasangan kembar yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah pecah rumah, curi motosikal dan samun di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, berkata pasangan kembar terbabit dikenali sebagai Romizan dan Romizi Mohamad berusia 20 tahun dari Kampung Pantai Seberang Marang, di sini.


“Seorang lagi suspek dikenali sebagai Mohd Julaidi Abd Ghani, 36, atau ‘Di Siput’ dari Sungai Serai, Binjai Rendah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini, semalam.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi IPD Marang di talian 09-6182222."

'via Blog this'

Isteri kecoh bela suami

myMetro | Isteri kecoh bela suami:


KOTA KINABALU: Orang ramai yang memenuhi galeri awam di Mahkamah Sesyen, di sini, gempar seketika apabila seorang wanita meminta mahkamah menarik balik tuduhan terhadap suaminya yang didakwa mencabul anak mereka pada Januari lalu dengan alasan mangsa sengaja mereka cerita mengenai perkara itu.


Ketika prosiding di hadapan Hakim Cindy Mc Juce Balitus, semalam, isteri tertuduh mendakwa anaknya yang berusia 17 tahun itu adalah seorang gadis bermasalah selain sudah menghilangkan diri sebaik keluar dari Sekolah Khas Taman Sri Puteri di Manggatal.



Terdahulu, tertuduh berusia 40 tahun didakwa mencabul anak kandungnya di rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi pada 5 Januari lalu.




Lelaki berkenaan dikatakan memasuki bilik anaknya sebelum bertindak mencabulnya.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Azaman Hamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Ketika perbicaraan lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu.



Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 8 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan selain menunggu arahan dari Pejabat Pendakwa Raya.


'via Blog this'

Isteri kecoh bela suami

myMetro | Isteri kecoh bela suami:


KOTA KINABALU: Orang ramai yang memenuhi galeri awam di Mahkamah Sesyen, di sini, gempar seketika apabila seorang wanita meminta mahkamah menarik balik tuduhan terhadap suaminya yang didakwa mencabul anak mereka pada Januari lalu dengan alasan mangsa sengaja mereka cerita mengenai perkara itu.


Ketika prosiding di hadapan Hakim Cindy Mc Juce Balitus, semalam, isteri tertuduh mendakwa anaknya yang berusia 17 tahun itu adalah seorang gadis bermasalah selain sudah menghilangkan diri sebaik keluar dari Sekolah Khas Taman Sri Puteri di Manggatal.



Terdahulu, tertuduh berusia 40 tahun didakwa mencabul anak kandungnya di rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi pada 5 Januari lalu.




Lelaki berkenaan dikatakan memasuki bilik anaknya sebelum bertindak mencabulnya.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Azaman Hamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Ketika perbicaraan lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu.



Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 8 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan selain menunggu arahan dari Pejabat Pendakwa Raya.


'via Blog this'

Van dipandu laju hilang kawalan

myMetro | Van dipandu laju hilang kawalan:


JITRA: Tujuh parah, manakala dua cedera ringan apabila van mereka naiki merempuh belakang sebuah bas ekspres yang sedang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di Plaza Tol Jitra, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.



Kakitangan UUM terbabit bertugas di Bahagian Bendahari, Hal Ehwal Pelajar, Komputer dan Kolej Perniagaan dan mereka dipercayai menggunakan perkhidmatan van sewa itu sejak 20 tahun lalu untuk berulang alik dari Alor Setar ke Sintok, setiap hari.




Difahamkan, bas ekspres itu sedang menunggu giliran membayar tol sebelum pemandunya terdengar dentuman kuat dan mendapati sebuah van merempuh belakang bas berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kangar, Perlis untuk menghantar penumpang, manakala van itu dalam perjalanan menghantar kakitangan UUM ke Sintok.



“Berdasarkan siasatan, van berkenaan dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh belakang bas berkenaan.








“Jarak kemalangan itu hanya 20 meter dari plaza tol, tetapi tidak membabitkan kenderaan lain,” katanya.



Ibrahim berkata, tujuh mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), untuk mendapatkan rawatan manakala dua lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jitra.






“Setakat ini, pemandu bas ekspres terbabit sudah membuat laporan berhubung kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan.



“Punca kejadian masih disiasat dan kami belum mengambil keterangan daripada pemandu van terbabit berikutan sedang dirawat di HSB akibat cedera parah,” katanya.



Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Jitra, Mohamad Darus berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan lima mangsa yang tersepit dalam van berkenaan.



Beliau berkata, seramai tujuh anggota bomba terbabit dalam operasi menyelamatkan semua mangsa selepas menerima maklumat berhubung kemalangan itu.



“Kami tiba di lokasi lima minit kemudian dan terpaksa mengeluarkan semua mangsa melalui pintu belakang van disebabkan kedua belah pintu dan hadapan kenderaan itu remuk teruk.



“Kita turut menggunakan peralatan untuk menyelamat mangsa sebelum semua mereka dihantar ke hospital” katanya.


'via Blog this'

Kejutan nikmati makan tengah hari

myMetro | Kejutan nikmati makan tengah hari:


GEORGETOWN: Sepasang warga emas termasuk seorang daripadanya yang rabun sedang menikmati makan tengah hari nyaris maut apabila rumah dua tingkat mereka musnah dalam satu kebakaran di Jalan Halaman Ariffin, di sini, semalam.


Ketika kejadian jam 1.30 tengahari, Tan Ah Chuan, 66, yang mengalami masalah penglihatan dan isterinya berusia 60-an, bernasib baik apabila terdengar jeritan jiran meminta mereka keluar dari rumah itu.



Menurut Ah Chuan, ketika itu dia makan tengah hari ditemani isterinya di tingkat bawah sebelum terhidu bau hangit.




“Selain bau hangit itu, kami juga terdengar pekikan jiran yang memberitahu ada kebakaran di tingkat atas rumah sebelum kami berdua bergegas keluar,” katanya.



Menurutnya, mereka berdua yang menyewa di rumah berkenaan sejak 40 tahun lalu bernasib baik kerana segera keluar apabila terdengar jeritan orang ramai.



“Saya bersyukur kerana kami berdua sempat menyelamatkan diri. Mujurlah kejadian ini berlaku pada waktu siang, jika waktu malam dan kami tidur belum tentu terselamat,” katanya.









Sementara itu, seorang lagi mangsa yang juga pemilik rumah tumpangan yang berjiran dengan pasangan warga emas terbabit yang enggan dikenali berkata, dia lega kerana ketika kejadian tiada pelanggan di premisnya.



“Mujur hari ini tidak ada pelanggan di rumah tumpangan milik saya dan ketika kejadian saya berada berhampiran kawasan terbabit sebelum diberitahu jiran rumah saya turut terbakar.






“Saya dan anak lelaki bergegas pulang, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa. Tingkat atas yang mempunyai lima bilik tumpangan turut musnah,” katanya.



Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Shamsudin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.43 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit selepas itu.



“Kami dapat mengawal kebakaran sepenuhnya setengah jam selepas itu dan setakat ini punca serta kerugian kebakaran masih disiasat,” katanya.


'via Blog this'

Ratap ayah ditindih bas

myMetro | Ratap ayah ditindih bas: "KOTA BELUD: Seorang anak hanya mampu meraung melihat bapanya menggelupur sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap bas ekspres yang rosak ketika mangsa memeriksa enjin kenderaan itu di Kampung Sarang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa dikenali sebagai Arasadi Pornah, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan perut.
Sebelum kejadian mangsa bersama anak lelakinya berusia 16 tahun dalam perjalanan dari bandar ini menuju ke Kampung Sarang untuk mengambil rombongan perkahwinan ke Beaufort.

Menurut sumber, keluarga pengantin itu menyewa bas ekspres milik mangsa yang boleh memuatkan 44 penumpang bagi membawa ahli rombongan untuk ke majlis perkahwinan.


“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian bas dipandu mangsa mengalami masalah enjin, menyebabkan mangsa memberhentikan kenderaan."

'via Blog this'

Bagaikan bermimpi

myMetro | Bagaikan bermimpi:


REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran.
REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran.


ALOR SETAR: “Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan pantas kerana saya tertidur tanpa menyedari apa yang berlaku sebelum terjaga sebaik berasa ada orang menghempap badan,” kata Hasliza Shafie, 40-an.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, van dinaiki sembilan penumpang termasuk pemandu merempuh belakang sebuah bas ekspres yang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Plaza Tol Jitra, di sini.


Van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.

Mangsa yang parah ialah pemandu van itu, Mohd Esman Osman, 54; Haslina Mohamed Shah, 39; Wan Merina Wan Saad, 51; Zurina Yahya, 43; Norhaneza Nordin, 42; Nelwati Abidin, 39, dan Alina Mohd Mahdzir, 46.







Manakala, mangsa yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Hasliza dan Noor Azura Othman, 41.


'via Blog this'

Uji bakat terlampau

myMetro | Uji bakat terlampau: "KUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.


“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro."

'via Blog this'

Maut pandu kereta abang tanpa izin

myMetro | Maut pandu kereta abang tanpa izin:


KUCHING: Perbuatan seorang remaja lelaki menggunakan kereta abangnya tanpa kebenaran berakhir dengan tragedi apabila kereta dinaiki bersama dua sepupu terbabas menyebabkan dia dan seorang sepupunya maut dalam kemalangan berhampiran persimpangan Padawan, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa yang juga pemandu, Nazrina Nagatijo, 15, dari Batu 11, Jalan Kuching-Serian, dekat sini, bersama dua sepupunya Mohd Zuhufmi Ahmad Zaidi, 11, dan Mohd Hashihin Ahmad Zaidi, 17, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Batu 13, Jalan Puncak Borneo sebelum terbabas melanggar pokok.



Menurut saksi yang dikenali sebagai Foster, 22, ketika motosikalnya berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Padawan, datang sebuah Proton Iswara merah yang dipandu laju.




Katanya, kereta itu tidak berhenti di lampu isyarat, malah memandu dalam keadaan berbahaya di tengah jalan sebelum terbabas melanggar sebatang pokok dan berpusing ke tengah jalan.



“Saya yang mengekori kereta itu terkejut apabila mendapati ia tersadai di tengah jalan dengan kesan remuk selepas melanggar pokok.



“Pemandu kereta tercampak keluar, manakala dua penumpang lain yang duduk di sebelah pemandu dan belakang tersepit dalam kereta yang remuk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.








Pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) yang bergegas ke lokasi selepas dihubungi mengesahkan Nazrina meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala.



Manakala, Mohd Zuhufmi yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di HUS. Seorang lagi penumpang, Mohd Hashihin sudah stabil dan dipindahkan ke wad biasa.






Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Asisten Superintendan Mohd Ibrahim Jalaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


'via Blog this'