Search This Blog

Monday, December 10, 2012

Ketua Polis Perak: Tak pernah rampas telefon bimbit

Ketua Polis Perak: Tak pernah rampas telefon bimbit - Perak - Sinar Harian:
IPOH – Polis Perak menafikan kenyataan seorang jurujual wanita yang mendakwa telefon bimbitnya dirampas dan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam alat komunikasi berkenaan dilupuskan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam satu kenyataan semalam, menegaskan tindakan yang dilakukan oleh wanita berusia 32 tahun itu adalah satu perbuatan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ditugaskan untuk berjumpa wanita terbabit bagi membantu siasatan.

“Pada 29 November lalu, pegawai penyiasat terbabit berjumpa dengan wanita tersebut untuk merakam percakapan di sebuah balai polis di Sungai Siput.

“Bagaimanapun, dalam pertemuan itu, wanita terbabit enggan merakam percakapan malah tidak mahu menyerahkan telefon bimbit untuk membantu siasatan dengan alasan ingin merujuk kepada peguam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau berkata,  pada 30 November  lalu, pegawai penyiasat berkenaan bertemu semula dengan wanita tersebut di IPK Perak bagi membuat rakaman percakapan selanjutnya.

Jelasnya, sekali lagi, wanita tersebut enggan  menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai penyiasat terbabit atas alasan yang sama.

“Sejak hari itu, pegawai penyiasat terbabit beberapa kali berhubung dengan wanita tersebut supaya menyerahkan telefon bimbit untuk membantu siasatan, namun dia tidak memberi kerjasama.

“Dalam hal ini, adalah disahkan bahawa telefon bimbit kepunyaan wanita itu tidak pernah diserahkan kepada polis dan sehubungan itu, saya meminta supaya dia tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Mohd Shukri berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kenyataan seorang wanita yang mendakwa dia menerima SMS berbaur lucah oleh seorang pegawai polis yang menyiasat kes cabul yang berlaku pada 2 September lalu.

Kenyataan tersebut dibuat di Pusat Perkhidmatan Adun Lobak, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
'via Blog this'

Pemuda ditemui lemas

Pemuda ditemui lemas - Kelantan - Sinar Harian:


Pemuda ditemui lemas
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat, semalam.
BACHOK – Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dalam sungai yang terletak beberapa meter di belakang rumahnya pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota.
Menurutnya, dalam masa yang sama pihaknya turut membuat panggilan bantuan untuk mendapatkan Unit Skuba dari Ibu Pejabat Bomba Negeri Kelantan.

“Lapan anggota skuba tiba beberapa minit kemudian dan mayat mangsa dijumpai pada jam 12.10 tengahari iaitu 10 meter dari lokasi dia dilihat tenggelam oleh orang ramai.

“Ia adalah 200 meter dari lokasi dia jatuh dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis selepas dijumpai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Difahamkan, mangsa Khairul Azmi Zulkifli,26, merupakan anak ketiga dari enam beradik dan tinggal bersama bapanya, Zulkifli Derahman,60-an, ibu, Zainab Mamat,50-an, dan adiknya, Saiful Ridzuan,23.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Seorang penduduk yang ditemui, Mohd Zawawi Che Min,43, berkata, mangsa yang dikenali sebagai Yo seorang yang pandai berenang, namun disebabkan arus yang deras, mangsa berkemungkinan gagal menentang arus.
“Ketika itu arus kuat kerana pintu air di Kuala Kemasin sedang dibuka. Selepas mendapati mangsa lemas barulah pihak berkenaan dihubungi agar menutup pintu air untuk memudahkan operasi menyelamat.

“Mungkin disebabkan arus yang kuat dan mangsa gagal berenang merentasi sungai,” katanya.

'via Blog this'

Warga emas maut dirempuh

Warga emas maut dirempuh - Semasa - Sinar Harian:

Warga emas maut dirempuh
Keadaan motosikal mangsa setelah dirempuh kereta dalam kemalangan, kelmarin.
SABAK BERNAM- Seorang warga emas maut setelah motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kenderaan dari arah Sekinchan ketika cuba melintas jalan di Kilometer 55, Jalan Teluk Intan -Klang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin itu, mangsa Kemin Dasuki, 75, dipercayai keluar dari persimpangan di sini, untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, mangsa dirempuh kenderaan Toyota Vios dipandu laju seorang lelaki, 56 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Setiawan, Perak.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang dipercayai tidak menyedari kehadiran Toyota Vios itu dirempuh menyebabkan dia tercampak atas cermin hadapan kenderaan terbabit sebelum jatuh ke jalan.

"Mangsa yang tidak memakai topi keledar itu parah di kepala akibat rempuhan berkenaan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan.

"Sementara itu, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurut Noor Mushar, siasatan berhubung kejadian berkenaan masih diteruskan dan pihaknya ada menerima laporan pemandu kenderaan mengenai kemalangan itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan penunggang motosikal memberi perhatian terhadap aspek keselamatan di jalan raya bagi mengelakkankejadian tidak diingini berlaku.

 "Kita nasihatkan pengguna mematuhi undang-undang jalan raya demi menjamin keselamatan.

"Tindakan tegas akandiambil ke atas pesalah lalu lintas," katanya.
Difahamkan, jenazah Kemin disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Haji Dorani, semalam.

'via Blog this'

Polis Pulau Pinang: Dakwaan wanita Indonesia dirogol fitnah

Polis Pulau Pinang: Dakwaan wanita Indonesia dirogol fitnah - Semasa - Sinar Harian:
BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam.
   
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
   
"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya kepada Bernama, di sini.
   
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain  menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.
   
Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.
  
Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.
   
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.
   
"Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit  dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.
   
"Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga  dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa," katanya.
   
Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.
   
"Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek.
   
"Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu  jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tohmahan kepada polis," katanya - Bernama
'via Blog this'

Mayat lelaki dalam guni ditemui tepi Sungai Tekali - Semasa - Sinar Harian

Mayat lelaki dalam guni ditemui tepi Sungai Tekali - Semasa - Sinar Harian: "KAJANG - Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam keadaan reput di dalam guni di tebing Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa dipercayai berumur lewat 30-an itu ditemui orang awam pada 6.30 pagi sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada polis.
  
"Mayat mangsa dijumpai berseluar jeans dan berbaju lengan pendek. Polis turut menemui tali nilon biru yang terungkai ikatannya, disyaki digunakan untuk mengikat mayat," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
  
Beliau berkata dua guni digunakan untuk membungkus mayat itu.
  
Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu yang kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.  - Bernama"

'via Blog this'

Tiga lelaki diberkas setengah jam selepas menyamun

Tiga lelaki diberkas setengah jam selepas menyamun - Semasa - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU - Hasrat empat penyamun untuk menikmati hasil samun mereka tidak kesampaian apabila tiga daripadanya berjaya diberkas polis setengah jam selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Nerang di sini awal pagi ini.
   
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu suspek, dipercayai kesemuanya warga Indonesia, telah mengikat tuan rumah berusia 54 tahun dan anak lelakinya berusia 27 tahun sebelum melarikan beberapa barang berharga.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata kesemua suspek bersenjata parang, sabit dan besi.
   
"Suspek melarikan beberapa buah telefon bimbit, komputer riba, jam tangan, beberapa jenis barang kemas dan wang tunai kira-kira RM900 sebelum melarikan diri," katanya.
   
Selepas berjaya melepaskan diri, mangsa segera menghubungi polis.
   
Tindakan pantas polis berjaya mengesan kesemua suspek kira-kira pukul 4 pagi menaiki motosikal tidak jauh dari situ menyebabkan suspek meninggalkan motosikal mereka dan melarikan diri ke kawasan semak.
   
Bagaimanapun, seorang daripada suspek berusia 25 tahun berjaya diberkas, kata Manoharan.

“Siasatan pihak polis kemudiannya berjaya menangkap dua lagi suspek - seorang berusia 30 tahun di ladang sawit Cheneh dan seorang lagi berusia 21 tahun diberkas di Kuantan, Pahang lewat pagi ini.    
   
Pihak polis turut menemui semula sejumlah barang kemas dan jam tangan daripada ketiga-tiga suspek.
   
Manoharan berkata suspek keempat yang masih bebas dipercayai cedera di bahagian kaki akibat terpijak sabit ketika merompak. - Bernama
'via Blog this'

Budak mati lemas di taman tema

Budak mati lemas di taman tema - Semasa - Sinar Harian:

Musyita Zahari
Musyita Zahari
Budak mati lemas di taman tema
Gambar Allahyarham Muhammad Putra Syakirin mendukung adiknya.
SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki mati lemas selepas mandi di salah sebuah terusan air di sebuah taman tema di Rembau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, dipercayai lemas ketika sedang bermandi seorang diri di terusan air taman tema berkenaan.

Menceritakan detik kejadian, ibu mangsa, Musyita Zahari, 26, berkata, ketika itu, dia sedang menyusukan bayi lelakinya yang berusia lapan bulan.

“Ketika sedang menyusu bayi, saya terdengar bunyi bising daripada orang ramai yang menjerit terdapat kanak-kanak lemas.

“Saya segera menyuruh suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, untuk melihat mangsa lemas itu namun tidak sangka kanak-kanak yang lemas itu adalah anak saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam.

Musyita yang bekerja sebagai pelayan restoran sebuah hotel di Port Dickson berkata, suaminya cuba melakukan bantuan pernafasan namun anaknya itu tidak menunjukkan sebarang respons.

“Orang ramai turut cuba membantu namun gagal dan kami segera membawa ke Klinik Kesihatan Pedas.

“Pihak klinik cuba memberi bantuan dan membawanya ke HTJ menaiki ambulans namun anak saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Menurut Musyita, dia tidak menyangka anak sulung daripada dua adik-beradik yang mesra dipanggil ‘bobob’ itu akan meninggalkannya sekeluarga.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga, bagaimanapun kami redha,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan ke HTJ,” katanya.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

'via Blog this'

Hilang ketika berenang

Hilang ketika berenang - Utara - Sinar Harian:

Hilang ketika berenang
Bapa mangsa tidak dapat menahan sebak sejurus mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anaknya
GEORGETOWN - Seorang pegawai Festival Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang 2012 (PIDBF) dilaporkan hilang, dipercayai lemas ketika bermandi-manda di Empangan Teluk Bahang, Balik Pulau, di sini, tengah hari, semalam.
Berikutan kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang tahun ini yang merupakan acara tahunan Kerajaan Negeri,  terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Mangsa Jacob Issac Fletcher, 19, dipercayai hilang ketika waktu rehat selama sejam.

Difahamkan, Jacob berenang di empangan berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari.

Pihak urus setia festival itu, hanya menyedari kehilangan mangsa, ketika semua pegawai lain melaporkan diri selepas tamat waktu rehat.
Berikutan kehilangan Jacob, pihak urus setia cuba menghubungi mangsa menerusi telefon, bagaimanapun panggilan tidak dijawab.
Difahamkan, kedalaman paras air empangan itu berada 46.7 meter.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) diteruskan sejurus laporan diterima melibatkan  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Turut bergegas ke lokasi kejadian ialah Exco Kerajaan Negeri, Law Heng Kiang dan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin. Setakat jam 6.00 petang, mangsa belum dijumpai.

'via Blog this'

Penuntut maut, rakan parah

Penuntut maut, rakan parah - Pahang - Sinar Harian:

Penuntut maut, rakan parah
Mayat Ahmad Hasrul Nizam terbaring di sebelah kereta dirempuhnya sebelum dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.
KUANTAN- Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak maut, manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh sebuah kereta memasuki laluan secara tiba-tiba di Jalan Kuantan- Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak Kampung Sungai Ular, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.25 petang itu, penunggang motosikal , Ahmad Hasrul Nizam Mohamad, 20, dari Taman Desa Jaya, Chukai, Terengganu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat, manakala rakannya, Ahmad Hanzalah Hashim, 20, dari Kuala Berang, Terengganu yang parah turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta jenis Citroen ZX  dipandu Shamsul Riduan Rasidi, 20, dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.

Menurutnya, ketika menghampiri tempat kejadian, pemandu terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan, namun gagal lalu masuk ke laluan kiri secara tiba-tiba.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z datang dari arah belakang gagal mengelak lalu terlanggar bahagian pintu belakang sebelah kiri kereta terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa dan rakannya tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'via Blog this'

4 kes samun sehari

4 kes samun sehari - Selangor & KL - Sinar Harian:

4 kes samun sehari
Wilson (dua, kiri) bersama mangsa samun menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KEPONG - Dalam masa sehari, empat aduan membabitkan samun bersenjatakan parang diterima Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Kepong, kelmarin.
Kejadian di kawasan perumahan dan komersial Aman Puri, Desa Jaya dan Taman Ehsan itu berlaku awal pagi dipercayai dilakukan suspek yang sama.

Mangsa, Who CH, 31, berkata, dia bersama kekasihnya diserang ketika baru masuk kereta untuk ke pasar oleh dua penjenayah memakai topi keledar dan bersenjatakan parang sekitar jam 8 pagi.

"Bimbang keselamatan diri, saya minta kekasih menyerahkan beg tangannya. Suspek kemudiaannya turut memukul paha menggunakan belakang parang sambil mengarah saya menyerahkan barang.
"Sementara itu, dua lagi rakan subahat mereka menunggu di motosikal," katanya yang menganggarkan kerugian dialami sekitar RM5,000 melibatkan tunai RM1,500, jam tangan dan telefon bimbit.

Seorang lagi mangsa, Chia Choon Hoong, 36, berkata, dia kerugian RM1,000 selepas diserang penjenayah ketika menunggu keretanya dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Taman Ehsan.
"Saya ketakutan dan segera mencampakkan beg yang berada di tangan sebaik melihat suspek mengacukan parang.  
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan dua pekerja pusat cuci kereta juga tidak dapat membantu memandangkan suspek bersenjata serta khuatir dicederakan," katanya.
Bagaimanapun menurutnya, beg miliknya ditemui bersama beg mangsa lain beberapa jam kemudian, di longkang yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam. Wilson Lau Hoi Keong berkata, empat kejadian berkenaan berlaku antara jam 7 hingga 9 pagi.
Menurutnya, kes samun dengan modus operandi bersenjatakan parang dan bermotosikal telah lama berlaku di kawasan perumahan serta komersial.
"Kita mencadangkan polis melakukan rondaan berpakaian preman bagi memudahkan mereka mengenal pasti penjenayah dan kenderaan digunakan seterusnya menyelesaikan kes.

"Kita juga minta polis mendapatkan rakaman kemera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai makan iaitu kawasan samun terakhir  yang merakamkan gerak geri empat lelaki menaiki dua motosikal," katanya.

'via Blog this'

Suami ugut bunuh

myMetro | Suami ugut bunuh: "BRICKFIELDS: Seorang wanita bukan saja dibelasah oleh suaminya, malah diugut bunuh lelaki terbabit angkara tidak puas hati.

Difahamkan, wanita berusia 32 tahun itu terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan teruk di perut, belakang badan dan kakinya, sebelum tampil membuat laporan polis, kelmarin.


Sumber berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam Jumaat lalu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya di rumah mereka di Taman Desa, di sini.

“Suaminya mengugut membunuh mangsa dan anak mereka sebelum meninggalkan mereka.,” katanya.


Akibat kecederaan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini, kerana bimbang keselamatan dia dan anak."

'via Blog this'

Litar pintas bakar kedai

myMetro | Litar pintas bakar kedai: "KUALA LUMPUR: Berpunca daripada litar pintas, sebuah kedai menjual perabot dan lampu hiasan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo, di sini, nyaris hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, kebakaran dikesan bermula dari ruang pejabat di tingkat empat bangunan setinggi tujuh tingkat berkenaan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian dan tiga jentera dari Pudu, Chow Kit dan Hang Tuah dihantar ke lokasi kejadian mengawal kebakaran.

“Seramai 24 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu dan setengah jam kemudian api berjaya dipadam sepenuhnya.


“Kebakaran membabitkan ruang pejabat kedai perabot berkenaan dan siasatan awal mendapati api mungkin tercetus akibat litar pintas dari penyambung elektrik di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, bilik yang menempatkan fail dan barang keperluan pejabat itu musnah dalam kebakaran itu dan punca sebenar serta nilai kerugian masih dalam siasatan bomba."

'via Blog this'

Lori rempuh lori ketika lampu merah

myMetro | Lori rempuh lori ketika lampu merah:

DUNGUN: “Saya menekan hon sekuat hati apabila melihat lori itu tidak berhenti di simpang lampu isyarat,” kata Faz Fadir, 29, menceritakan detik cemas kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh belakang sebuah lori lain di Kilometer 23, Jalan Dungun-Bukit Besi di simpang lampu isyarat masuk Lebuh raya Pantai Timur (LPT) di Bukit Besi, semalam.
Kemalangan jam 2.30 petang itu menyebabkan pemandu lori, A Rahman Md Darus, 36, dan kelindan, Mohamad Asmawi Abdul Rauf, 36, kedua-duanya dari Kajang, Selangor tersepit dalam kenderaan.

Berikutan kejadian itu, A Rahman cedera manakala kelindannya hancur kaki kiri dan parah di dagu sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Faz berkata, ketika kejadian dia bersama isteri melalui LPT dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan dan berhenti di lampu isyarat itu untuk mengambil laluan jalan Jerangau-Jabur.

“Ketika berhenti, saya terpandang sebuah lori kecil berhenti di simpang kanan dan sebaik lampu bertukar hijau, saya terkejut apabila melihat sebuah lori dari arah Bukit Besi dipandu laju.

“Syukur saya dan isteri tidak cedera, tetapi pelik kenapa lori itu tetap laju sedangkan lampu isyarat ketika itu sudah lama merah,” katanya.
Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) bergegas ke tempat kejadian sebelum mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit manakala pemandu sebuah lagi lori tidak cedera.
Sementara itu, A Rahman berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar peralatan permainan kanak-kanak di sebuah taska di Ajil, Hulu Terengganu.

“Saya menekan brek, tetapi lori tetap meluncur mungkin akibat jalan licin,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun.

'via Blog this'

‘Mangsa terkapai-kapai dibawa arus deras’

myMetro | ‘Mangsa terkapai-kapai dibawa arus deras’:

BACHOK: “Saya sempat melihat mangsa tenggelam timbul sambil terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum akhirnya dibawa arus deras,” kata nelayan, Zawawi Che Min, 44, ketika melihat seorang lelaki yang akhirnya ditemui lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Tawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Khairul Azmi Zulkifli, 26, dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya apabila dikejar anggota polis bagi membantu siasatan kes jenayah.

Mayat anak ketiga daripada enam beradik itu ditemui tiga jam kemudian, kira-kira jam 12.10 tengah hari, 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk pengebumian.
Zawawi berkata, ketika kejadian dia sedang bersarapan di kedai makan berhampiran sebelum terdengar jeritan orang meminta pertolongan.

Katanya, dia berlari menuju ke arah sungai berhampiran untuk memberikan pertolongan, namun tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana arus sungai begitu deras,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Fakharuddin Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tawang jam 10.30 pagi.

“Kami kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama 13 anggota termasuk lapan anggota Unit Skuba dari Kota Bharu.
“Mayat mangsa kemudian ditemui jam 12.10 tengah hari, kira-kira 200 meter dari lokasi tempat mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

'via Blog this'

Lelaki ditahan miliki ‘lesen terbang’

myMetro | Lelaki ditahan miliki ‘lesen terbang’:

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan lesen memandu palsu muncul kembali dengan penangkapan seorang lelaki berusia 22 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Samseng Jalan Raya’ di Dataran Merdeka, kelmarin, selepas mendakwa membeli lesen terbang dengan bayaran RM1,500.
Dalam operasi pada jam 10 malam itu, lelaki berkenaan baru saja setahun menggunakan lesen palsu itu yang dibeli daripada seorang lelaki yang dikenali melalui rakannya dengan bayaran sebanyak RM1,500.

Lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar alat ganti kereta menyangka lesen terbang yang dibelinya kebal daripada dikesan pihak berkuasa berikutan terlepas dalam beberapa pemeriksaan jalan raya sebelum ini.
Namun, dia ditahan melalui operasi yang dijalankan sepasukan anggota dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dataran Merdeka, ketika melepak bersama rakan-rakannya.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu pernah gagal sekali dalam ujian komputer menyebabkannya mengambil keputusan untuk mendapatkan lesen berkenaan yang didakwa asli.

“Dalam tempoh seminggu lesen berkenaan siap dan boleh digunakan kerana ia seakan-akan lesen tulen yang dibuat pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sekiranya sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000.

Harian Metro 1 Disember lalu melaporkan, seorang lelaki mengambil jalan mudah dengan membayar RM800 kepada ejen lesen terbang untuk memiliki lesen tanpa mengikuti ujian di JPJ.
Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah selepas setahun memiliki lesen terbang itu apabila rahsianya terbongkar ketika ditahan dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan JPJ Kuala Lumpur dan Trafik Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang.

Pada 25 Ogos lalu, seorang lelaki yang membeli lesen palsu dengan bayaran RM700 ditahan selepas tiga tahun menggunakan lesen itu melalui Ops Khas Motosikal sempena Ops Selamat di Jalan Genting Klang.

'via Blog this'

Ditetak pencuri traktor

myMetro | Ditetak pencuri traktor:

NILAI: Dua lelaki cedera di kepala dan hidung selepas ditetak tujuh penjenayah bersenjatakan parang sebelum traktor milik majikan mereka dilarikan dalam kejadian di sebuah kebun durian di Kampung Baru Broga, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu kedua-dua mangsa yang berusia 24 dan 36 tahun itu terselamat dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kajang akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa tidur di bilik berasingan sebelum kumpulan perompak memakai topeng itu bertindak menyerbu asrama pekerja.
“Sebaik menyerbu asrama itu, dua perompak kemudian menetak mangsa pertama berusia 24 tahun sebelum mengikat tangan dan kakinya. “Sementara itu, tiga lagi perompak ‘mengerjakan’ mangsa kedua di bilik berasingan sebelum mengikat tangan dan kakinya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudian mendengar beberapa lelaki lain cuba menghidupkan enjin traktor yang diletakkan di kebun durian itu.

“Hasil siasatan awal, suspek berkemungkinan berjumlah tujuh orang dan mengetahui selok belok kebun itu berikutan jarak kebun berkenaan dengan jalan besar ialah 30 meter. “Malah, kita cuba menjejaki laluan itu dan berkemungkinan suspek mengangkut traktor itu menggunakan lori di jalan besar,” katanya. Menurutnya, selepas setengah jam, semua suspek beredar dan mangsa berjaya melepaskan diri sebelum menghubungi majikan.
Menurutnya, jumlah kerugian dianggarkan RM72,000 dan polis sedang giat memburu semua suspek.

'via Blog this'

Luluh hati ibu

myMetro | Luluh hati ibu:

SEREMBAN: Keseronokan tujuh sekeluarga mandi-manda di sebuah taman tema di Rembau, berakhir tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai tergelincir di dalam terusan yang mengelilingi kolam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, maut dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Ibunya, Mushitah Zahari, 26, berkata, dia bersama suami, ibu serta adik-beradik lain pergi ke taman tema itu untuk mandi.
“Tiba-tiba, kami menyedari ‘Bobob’ (Mohd Putra) hilang sebelum dikejutkan dengan teriakan budak lemas oleh orang ramai. “Namun, saya tidak menjangkakan yang lemas itu anak sulung sehinggalah saya melihat petugas taman tema itu mengangkat seorang budak yang memakai seluar sama seperti anak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJS, di sini, semalam. Mushitah yang bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berkata, itu kali pertama dia dan suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, membawa anak mereka ke situ dan tidak menyangka percutian itu berakhir dengan tragedi.

“Hancur luluh hati sebaik melihat itu adalah anak lelaki saya dan bergegas meminta bantuan daripada pihak pengurusan taman tema itu. “Ketika itu anak saya masih bernyawa berikutan ada air terkeluar daripada mulutnya dan kedengaran nafasnya, saya terus meminta penyelamat yang berada di situ untuk membuat pernafasan mulut ke mulut, tetapi tiada siapa pun tahu melakukannya,” katanya. Menurutnya, dia percaya, anaknya berkemungkinan tergelincir ke dalam terusan kolam itu dan jarak antara tempat kejadian dengannya hanya 50 meter. “Sebaik sedar tiada bantuan dapat diberikan, saya dan suami kemudian membawa anak ke sebuah klinik, tetapi mereka tidak berani untuk merawatnya sebelum suami bergegas memecut kereta menghala ke HTJS,” katanya. Mushitah berkata, bagaimanapun, dalam perjalanan ke HTJS, anaknya sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang.

“Saya kesal dengan pihak pengurusan taman tema itu, sepatutnya mereka menyediakan penyelamat yang tahu asas menyelamatkan orang lemas. “Malah, sekiranya rawatan awal diberikan, berkemungkinan anak saya masih dapat diselamatkan, bagaimanapun saya reda dengan kehilangannya dan menganggap ajalnya sudah tiba,” katanya. Jenazah Mohd Putra dijangka akan dikebumikan di kampung halaman Mushitah di Kedah, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kes itu.

'via Blog this'

Penyeluk saku berselendang

myMetro | Penyeluk saku berselendang:

KUCHING: Sekumpulan enam penyeluk saku termasuk dua wanita menggunakan selendang sebagai alat pemudah cara ketika melakukan jenayah itu dengan menyasarkan pelanggan yang sedang beratur di kaunter bayaran pusat beli-belah.
Antara menjadi mangsa kumpulan itu ialah dua sahabat yang beratur di kaunter bayaran pusat beli-belah di Batu 4 1/2 di sini, kelmarin.

Mangsa pertama, seorang kerani berusia 18 tahun kehilangan telefon bimbit iPhone apabila tiga suspek termasuk seorang wanita berselendang mendekatinya ketika membuat bayaran di kaunter jam 8.30 malam.
Difahamkan, ketika kejadian keadaan pusat membeli-belah itu sesak menyebabkan wanita dari Taman Poh Kong itu, tidak menyedari kelicikan penjenayah itu mengambil telefon bimbit dalam beg tangannya. Dia hanya menyedari telefon bimbitnya lesap ketika mahu menyimpan dompet selepas beredar dari kaunter bayaran lalu meminta bantuan pekerja premis itu untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman menunjukkan seorang wanita berselendang mengambil telefon bimbitnya dari beg tangan dalam masa beberapa saat sahaja sebelum memberikan kepada seorang lelaki dipercayai rakan subahatnya yang berdiri di belakang mangsa,” katanya.

Mangsa bersama teman lelakinya kemudian terserempak rakannya yang turut mengalami nasib sama, kehilangan telefon bimbit dipercayai angkara kumpulan itu.
Kata sumber, mangsa kedua, gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawah memberitahu, ketika kejadian dia berada di sebuah kedai di tingkat bawah pasar raya berkenaan untuk membeli makanan.

'via Blog this'

Guni mayat

myMetro | Guni mayat: "KAJANG: Misteri penemuan guni berbau busuk yang tersangkut di tebing Sungai Tekali, Hulu Langat, di sini, terjawab apabila guni itu dibuka, kelmarin.

Satu mayat lelaki berusia 30-an yang sudah reput ditemui dalam guni itu dengan keadaan badannya berlipat.
Mangsa dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam sebelum mayatnya disumbat ke dalam guni dan dicampak ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, seorang saksi yang melalui kawasan sungai itu kira-kira jam 6.30 petang menemui satu guni terikat di tebing sungai.


“Saksi yang mengesyaki sesuatu menghubungi bilik gerakan Balai Polis Batu 14 memaklumkan penemuan itu dan berikutan itu, sepasukan polis dihantar ke lokasi penemuan."

'via Blog this'

Lelaki cemburu serang rakan isteri tepi jalan

myMetro | Lelaki cemburu serang rakan isteri tepi jalan:

SERIAN: Padah keluar dengan isteri orang, seorang lelaki bukan sahaja menerima malu malah turut cedera dibelasah teruk di depan orang ramai oleh suami wanita itu di persimpangan Tarat, Jalan Kuching-Serian di sini, kelmarin.
Kejadian jam 3 petang itu berlaku apabila suami yang berusia 42 tahun terserempak isterinya menaiki kereta lelaki berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Kuching.

Suami berkenaan yang curiga dengan kemesraan isterinya dengan lelaki berkenaan, mengekori kereta dinaiki pasangan terbabit sebelum memintasnya di satu persimpangan.
Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, sebaik memintas kereta yang dipandu lelaki berusia 30-an itu, suspek mengarahkan kedua-duanya keluar dari kenderaan.

Katanya, berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan suspek mengamuk lalu menumbuk serta memukul lelaki itu sehingga menyebabkannya cedera di kepala.

“Apabila kejadian itu menjadi perhatian pengguna jalan raya lain, suspek berhenti membelasah lelaki berkenaan dan meninggalkan tempat kejadian.
“Isteri suspek membuat laporan di Balai Polis Serian sejurus kejadian, mendakwa suaminya yang panas baran memukul rakan lelakinya kerana cemburu.

“Mangsa menerima rawatan pesakit luar di klinik berhampiran dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek dipanggil ke balai untuk memberi keterangan bagi tindakan selanjutnya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki kerugian lebih RM1,000 selepas cermin keretanya dipecahkan seorang lelaki dengan sebiji kelapa di Kampung Melayu Hilir di sini kelmarin. Katanya, mangsa dipercayai mabuk dan bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta jirannya yang diletakkan di pekarangan rumah.

'via Blog this'

Budak main mancis melecur kedua-dua kaki

myMetro | Budak main mancis melecur kedua-dua kaki: "KUCHING: Gara-gara bermain mancis, seorang kanak-kanak sembilan tahun melecur kedua-dua kaki selepas tidak sengaja menyalakan api yang menyambar tong minyak petrol di sebuah kedai runcit di Kampung Rambungan, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 3 petang ketika kanak-kanak itu mengikut bapanya membeli barang di kedai runcit yang tidak jauh dari rumahnya.


Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di kedai itu anaknya mengambil sekotak mancis, tetapi tidak menyangka akan menghidupkannya sehingga dia terdengar jeritan apabila kaki mangsa disambar api.

“Terdapat satu tong berisi petrol diletakkan berdekatan tempat anak saya bermain mancis menyebabkan api menyambar dan terkena kedua-dua kakinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.


Katanya, dia bergegas membawa anak lelakinya ke sebuah klinik di Matang sebelum diarahkan merujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.


“Saya bersyukur kerana dia tidak cedera serius walaupun kedua-dua kaki melecur. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi.

“Setakat ini, saya lega apabila doktor memberitahu keadaan sudah stabil. Mudah-mudahan dia pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat,” katanya."

'via Blog this'

Tak tahan sakit bongkar hamil

myMetro | Tak tahan sakit bongkar hamil:
SERIAN: Selepas sembilan bulan menyembunyikan kehamilannya, seorang remaja bawah umur terpaksa membiarkan rahsianya terbongkar apabila meminta bapanya menghantar ke hospital kerana tidak tahan lagi sakit untuk bersalin, kelmarin.
Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang keciciran sekolah dari Batu 34, Jalan Kuching-Serian itu tahu dia mengandung, tetapi menyorokkan daripada pengetahuan keluarga kerana takut.

Bapa gadis terbabit yang berusia 52 tahun terkejut apabila anaknya meminta tolong membawanya ke Hospital Serian (HS) kerana tiba masa untuk bersalin.
Keluarga terbabit membawanya ke hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku Mac lalu jam 3.14 petang di sebuah asrama pekerja di Pekan Serian.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, berkenalan dengan lelaki berusia awal 20-an yang baru bekerja di tempat sama.
“Pada hari kejadian, lelaki itu mengajak gadis terbabit minum minuman keras di asrama mereka hingga mangsa tidak sedarkan diri. Apabila sedar, mangsa mendapati dia tidak berpakaian dan dipercayai dirogol,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, gadis itu bersemuka dengan lelaki terbabit meminta dia bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu kini menghilangkan diri.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Lubok Antu untuk didakwa kerana merogol gadis bawah umur.'via Blog this'

Gadis diraba rakan sekerja

myMetro | Gadis diraba rakan sekerja: "GOMBAK: Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja.

Kejadian itu menyebabkan remaja terbabit trauma sebelum menceritakan kepada ibunya.


Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.

“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek. “Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa.


Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.

“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan."

'via Blog this'

45 cari ‘klien’ kena tangkap

myMetro | 45 cari ‘klien’ kena tangkap: "KUALA LUMPUR: Seramai 45 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan polis ketika mencari pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, kelmarin.

Serbuan dijalankan Bahagian Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut mencekup seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang asyik melayan pelanggan berhibur dalam pusat hiburan terbabit.


Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Hatta Che Din berkata, operasi yang bermula jam 1 pagi itu dibantu 13 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 18 hingga 30-an yang rata-rata menyalahgunakan pas lawatan sosial.


“Lebih 200 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa dan kami menahan lima lelaki dipercayai penjawat awam dalam serbuan terbabit,” katanya.


Hatta berkata, pusat hiburan itu menjadi tumpuan pelancong asing dan anak muda untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing terbabit yang menawarkan harga murah.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tujuan dokumentasi dan soal siasat."

'via Blog this'

100 jersi tiruan Harimau Malaya dirampas

myMetro | 100 jersi tiruan Harimau Malaya dirampas:

RAMPAS...penguat kuasa KPDNKK memeriksa jersi Harimau Malaya tiruan dalam operasi  di sekitar Stadium Bukit Jalil, semalam.
RAMPAS...penguat kuasa KPDNKK memeriksa jersi Harimau Malaya tiruan dalam operasi di sekitar Stadium Bukit Jalil, semalam.
CHERAS: Lebih 100 jersi Harimau Malaya tiruan dirampas pihak Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekitar kawasan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.
Dalam operasi bermula jam 4.30 petang itu, jersi bernilai hampir RM10,000 dirampas dari enam premis yang menjalankan perniagaan sempena perlawanan separuh akhir pertama di antara pasukan Malaysia dan Thailand.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Amer Hassan itu memeriksa lebih 50 gerai jualan selama lebih sejam dengan kekuatan lima pegawai penguat kuasa termasuk seorang wakil daripada syarikat jenama jersi yang membuat aduan.
Sementara itu, Pengarah KPDNKK WPKL, Abu Samah Tajuddin ketika dihubungi berkata, pemeriksaan ke atas premis berkenaan susulan daripada operasi minggu lalu selain mendapat aduan daripada pemilik jenama jersi Harimau Malaya sendiri.

“Kami akan mengambil tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi mengelak penjualan barangan tiruan yang semakin berleluasa.

“Tindakan juga diambil terhadap penjual dan pembekal barangan jenama tiruan ini sekiranya didapati bersalah mengikut Seksyen 8 (2), Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan bagi perseorangan, boleh didenda RM10,000 dan penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda RM500,000,” katanya.

'via Blog this'

Drebar teksi larikan barangan penumpang

myMetro | Drebar teksi larikan barangan penumpang: "MANILA: Seorang pemandu teksi dtahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino semalam kerana didakwa melarikan barangan milik dua penumpangnya.

Ketua Bahagian Perisikan dan Penyiasatan Polis Lapangan Terbang, Alden Gay berkata pemandu teksi itu dikenali sebagai Michael Estolada disyaki menjadi anggota geng rompakan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan.


Gay berkata, Estolada melarikan barangan milik lelaki warga Australia, Michael Collin Robert dan tunangnya rakyat tempatan, Delia Ybanes, yang baru tiba dari Bangkok. Robert berkata, dia gembira Estolada berjaya ditahan dan barangan miliknya dikembalikan. - MT"

'via Blog this'

Sorok dadah dalam kemaluan

myMetro | Sorok dadah dalam kemaluan: "BANGKOK: Polis semalam menahan dua suspek wanita yang menyembunyikan 5,900 pil methamphetamine dalam kemaluan dan seluar dalam mereka.

Polis berkata, dua wanita terbabit berasal dari suku kaum bukit di wilayah utara Chiang Rai. Wanita berkenaan ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Don Muang dari daerah Mae Fah Luang selepas polis menerima maklumat. Kedua-dua wanita itu mengakui masing-masing diupah 30,000 baht (RM2,990) untuk menghantar methamphetamine atau pil ‘ya ba’ kepada seorang penduduk suku kaum dikenali sebagai Yi Tasampue yang kemudian turut ditahan. Dalam perkembangan lain, polis di Huai Khwang di daerah Bangkok menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun selepas menemui 62 kilogram serbuk methamphetamine atau ais miliknya dalam satu serbuan.


Polis mengambil tindakan selepas menerima maklumat bahawa terdapat urusan jual beli dadah dekat kelab snooker di kawasan itu. - BP"

'via Blog this'

Rugi RM30,000 pelaburan lembu tak wujud

Berita Harian | Rugi RM30,000 pelaburan lembu tak wujud:

Leong Peng menunjukkan  sijil yang diperoleh sebagai pelabur  dalam skim terbabit ketika ditemui di pejabat MCA Perak, Ipoh, semalam. - Foto Ikhwan Munir Perak
Leong Peng menunjukkan sijil yang diperoleh sebagai pelabur dalam skim terbabit ketika ditemui di pejabat MCA Perak, Ipoh, semalam. - Foto Ikhwan Munir Perak
Ipoh: Seorang pensyarah kanan Politeknik Premier Ungku Omar di sini, kerugian lebih RM30,000 apabila projek skim lembu tenusu disertainya pertengahan tahun lalu tidak wujud.

Mangsa menyertai skim itu selepas dijanjikan pulangan sebanyak RM168,770 bagi setiap pelaburan berjumlah RM30,786 yang dibuat terhadap seekor lembu untuk tempoh lapan tahun.

Loo Leong Peng, 56, menyertai skim itu ketika pameran syarikat berkenaan di sebuah pasar raya di sini, Jun tahun lalu.
Saya menerima notis daripada syarikat itu yang mendakwa lembu saya sudah mati dan dijanjikan lembu lain sebagai ganti," Loo Leong Peng, Mangsa

Dia membuat pelaburan membeli lembu pada Ogos tahun 2011 dan mendapat sijil kelahiran lembu pada Februari lalu.

Mengikut perjanjian, dia sepatutnya memperoleh keuntungan pertama pada Ogos.

Lembu mati

Bagaimanapun, dia mengesyaki sesuatu tidak kena selepas dimaklumkan oleh syarikat itu bahawa lembu tenusu miliknya yang berasal dari Australia sudah mati, Julai lalu.
“Saya menerima notis daripada syarikat itu yang mendakwa lembu saya sudah mati dan dijanjikan lembu lain sebagai ganti dalam tempoh enam bulan selepas lembu asal mati.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya tidak menerima sebarang berita daripada mereka, manakala panggilan telefon yang dibuat berulang kali ke pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru tidak berjawab,” katanya di pejabat MCA Perak, di sini, semalam.

Berikutan itu, Leong Peng membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru di sini, kelmarin.

Leong Peng berkata, sebelum melabur dalam skim itu, dia melakukan siasatan terhadap syarikat berkenaan termasuk melayari laman web milik syarikat itu yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai skim berkenaan termasuk carta pulangan pelaburan, gambar lembu yang diternak serta ladang ternak di Kluang, Johor.

Gesa mangsa lain tampil

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak, Datuk Lee Kon Yin, meminta mangsa lain tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Kami akan membantu mangsa membuka fail aduan bagi menuntut ganti rugi daripada syarikat itu.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai skim itu boleh menghubungi talian 05-2536981 atau 05-2538455,” katanya.

'via Blog this'

Gerakan cari dua sesat di Hutan Sungai Kerak

Berita Harian | Gerakan cari dua sesat di Hutan Sungai Kerak:

Jerantut: Dua lelaki bersaudara dipercayai sesat di Hutan Sungai Kerak, Kampung Besul, Jalan Kuala Tembeling dekat sini, ketika mencari tapak lombong bijih besi baru sejak Khamis lalu.

Mangsa yang belum ditemui ialah Mohd Amin Sidek, 35, dari Kampung Batu Embun, dan anak saudaranya, Mohd Radzi Mat Ali, 15 dari Perumahan Kos Rendah Bandar Jerantut, di sini.

Mohd Amin bersama lima lelaki lain dikatakan memasuki hutan itu dari Kampung Besul kira-kira jam 10 pagi Khamis lalu, untuk meninjau kawasan bijih besi baru yang dianggarkan dua jam berjalan kaki dari jalan besar.

Serangan asma

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail, berkata Mohd Amin dipercayai tersesat apabila memasuki semula hutan berkenaan kira-kira jam 4.30 petang selepas membawa keluar seorang rakannya yang dikatakan mengalami serangan asma sejam sebelum itu.

“Ketika masuk semula ke hutan, dia membawa anak saudaranya, Mohd Radzi untuk menemani tetapi dipercayai tersesat dan gagal menemui kumpulan rakannya itu.

“Rakannya yang lain keluar dari hutan itu kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin) dan terus melaporkan kejadian ini.
“Kita juga menerima aduan dan laporan polis dibuat abang mangsa pada jam 8 malam semalam (kelmarin),” katanya di sini, semalam.

Gerakan mencari

Berikutan itu, beliau berkata, seramai 22 anggota polis dibantu dua unit anjing pengesan, 13 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 13 anggota Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan melaksanakan gerakan mencari dan menyelamat.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan gerakan mencari terus dijalankan di lokasi Hutan Sungai Kerak dan Hutan Simpanan Besul,” katanya.
Azid berkata, kejadian sedemikian adalah kali ketiga membabitkan penduduk yang masuk ke kawasan terbabit untuk mencari tapak bijih besi.

Justeru, beliau menasihati penduduk yang mahu ke kawasan hutan itu membuat persiapan rapi dengan peralatan dan makanan mencukupi serta diiringi jurupandu mahir.

'via Blog this'

Bekas Sarjan rugi RM1.46 juta

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah seorang ahli perniagaan yang dipecah masuk di Kuching pada 1 Disember lalu.


KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap semalam.
Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah malam.
Difahamkan, mangsa merupakan bekas anggota polis bantuan berpangkat Sarjan di Malaysia Airports Berhad (MAB) di sini.
Mangsa mendakwa wang itu disimpan di dalam beg dan ia merupakan wang yang dikumpul daripada keluarga besarnya sebelum berangkat ke Jakarta.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa terus membuat laporan polis selepas mendapati pintu bilik utamanya terdapat kesan pecah masuk dan wang yang disimpan di dalam almari lesap.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2EbCmep9r 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Terjun sungai lihat polis

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis mengangkat mayat Khairul Azmi yang ditemui lemas di Bachok semalam.


BACHOK - Tindakan seorang lelaki terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri daripada ditahan pihak polis mengundang padah apabila dia ditemui lemas di Sungai Tawang di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila Khairul Azmi Zulkifli, 26, berlari dan terjun ke dalam sungai yang terletak kira-kira 10 meter di belakang rumahnya sebaik sahaja melihat kehadiran polis di rumahnya.
Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, mayat Khairul Azmi ditemui pada pukul 12.10 tengah hari kira-kira 200 meter dari lokasi dia terjun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani memberitahu, pihaknya pergi ke rumah mangsa untuk menahannya bagi membantu siasatan kes tertentu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2EbBSa86s 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'