Search This Blog

Saturday, December 8, 2012

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut: "JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP

"

'via Blog this'

Mangsa Taufan Bopha bersesak-sesak di kem

Mangsa Taufan Bopha bersesak-sesak di kem:

Anggota Pengawal Pantai Filipina, memunggah bekalan bantuan untuk mangsa Taufan Bopha di New Bataan, Lembah Compostela, selatan Filipina, kelmarin. - AFP
NEW BATAAN 7 Dis. - Beratus-ratus ribu mangsa yang terselamat daripada Taufan Bopha di Filipina, bersesak-sesak di pusat perlindungan dan terpaksa menghidu bau busuk mayat hari ini, ketika kerajaan berjanji mengambil tindakan untuk menghalang tragedi itu berulang.
Taufan Bopha yang melanda selatan negara ini pada Selasa lalu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 546 orang maut, manakala 383 lagi masih hilang, adalah bencana alam terburuk tahun ini.
Presiden Benigno Aquino III hari ini turut mengunjungi pulau Mindanao untuk berjumpa mangsa terselamat yang kini terpaksa membina semula kehidupan mereka.
“Kami mahu mengetahui mengapa tragedi ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengelak supaya bencana ini tidak berulang," katanya kepada orang ramai selepas tiba dengan helikopter di New Bataan, bandar paling teruk terjejas akibat taufan.
Daripada 306,000 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana itu, 2,000 daripadanya terpaksa tinggal di gelanggang bola keranjang di New Bataan, satu daripada beberapa bangunan yang masih elok di bandar yang menjadi pusat industri pisang dan perlombongan emas itu.
Mangsa dilaporkan terpaksa tidur di atas kerusi dan berkongsi hanya dua buah tandas.
Kerajaan Filipina telah merayu bantuan makanan, khemah, bekalan air bersih dan ubat-ubatan daripada pihak antarabangsa dengan segera, selain memberi amaran mangsa taufan yang terselamat terpaksa tinggal di pusat pemindahan selama beberapa bulan sebelum dipindahkan ke kediaman baharu.
Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas memberitahu wartawan ketika lawatan Aquino itu, lebih banyak pasukan penyelamat, peralatan dan unit anjing pengesan akan ditempatkan di kawasan yang terjejas teruk.
Beliau berkata, kerajaan turut menyiasat mengapa ramai mangsa maut, meskipun amaran telah dikeluarkan sebelum taufan melanda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121208/lu_02/Mangsa-Taufan-Bopha-bersesak-sesak-di-kem#ixzz2ET1RsygJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Majalah Perancis hina Islam disaman RM2.3j

Majalah Perancis hina Islam disaman RM2.3j: "PARIS 8 Dis. - Dua pertubuhan Islam Perancis semalam memfailkan saman terhadap sebuah syarikat majalah mingguan yang dituduh menyebarkan kebencian dan memfitnah kerana menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Majalah Charlie Hebdo sebelum ini menyiarkan kartun kontroversi berkenaan, menyebabkan bantahan diadakan di beberapa negara yang mengutuk tindakan syarikat itu menghina umat Islam.

Kesatuan Demokratik Algeria untuk Keamanan dan Kemajuan (RDAP) dan Pertubuhan Arab Bersatu (OAU) yang ditubuhkan untuk mempertahankan agama dan umat Islam, mengemukakan saman berjumlah 580,000 euro (RM2.3 juta) terhadap pengarah dan dua kartunis syarikat berkenaan. - AFP"

'via Blog this'

Mati lepas mandi

Mati lepas mandi - Terengganu - Sinar Harian:

Mati lepas mandi
Jenazah wanita warga Kemboja dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Lijah, Dungun, petang semalam.
DUNGUN – Seorang wanita berketurunan Kemboja ditemui mati dalam keadaan mengiring di bilik tidur rumahnya, dekat sini, malam kelmarin.

‘Kejadian menimpa mangsa dikenali sebagai Sumali, 35, disedari ibunya, Mariam Tam, 62, kira-kira jam 8 malam selepas melihat anak perempuannya itu dalam keadaan longlai.

Menurut Mariam yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, sebelum kejadian, anaknya yang menghidap penyakit sawan itu dikatakan masuk ke bilik air untuk mandi lalu keluar beberapa minit kemudian untuk memakai baju.

“Sebaik dia keluar dari bilik air, ketika berada di bilik, saya lihat wajahnya pucat, badannya juga tiba-tiba lesu.

“Saya cuba membantunya, namun keadaannya ketika itu kelihatan lemah seperti tidak bernyawa lalu saya mendapatkan bantuan anak perempuan saya yang lain untuk mengesahkan keadaannya,” katanya.

Menurut Mariam, sebaik kakitangan perubatan tiba, anak perempuannya itu yang tidak berkahwin disahkan sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun.

Pemeriksaan peruba-tan mengesahkan kematian mangsa akibat sawan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

'via Blog this'

Mayat wanita dengan kesan tikaman ditemui di dalam parit

Mayat wanita dengan kesan tikaman ditemui di dalam parit - Sabah & Sarawak - Sinar Harian: "SANDAKAN - Mayat seorang wanita dengan kesan tikaman ditemui di dalam parit di depan sebuah bengkel membaiki motosikal di Batu 3 dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat wanita berkenaan dikenali sebagai Arwidah Misran, 19, warga Filipina ditemui oleh orang awam.

Katanya polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada 6.55 pagi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat tujuh kesan tikaman pada badan mangsa yang lengkap dengan pakaian.

Menurutnya turut dijumpai di lokasi kejadian ialah beg tangan milik mangsa antaranya mengandungi kad pengenalan diri IMM13, jam tangan dan wang tunai.

"Polis mengklafikasikan ia sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu tampil untuk membantu siasatan. - Bernama"

'via Blog this'

Lelaki ditahan bantu siasatan mayat wanita ditemui dalam parit

Lelaki ditahan bantu siasatan mayat wanita ditemui dalam parit - Sabah & Sarawak - Sinar Harian: "SANDAKAN - Polis hari ini menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita dalam parit di hadapan sebuah bengkel membaiki motosikal di Batu 3 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata lelaki berusia 21 tahun itu adalah warga Filipina dan dipercayai teman lelaki wanita berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 4 petang di kawasan Bandar Sandakan iaitu dalam masa kurang 24 jam selepas mayat wanita itu ditemui orang awam dengan tujuh kesan tikaman.

Rowell berkata lelaki berkenaan, seorang penganggur, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.- Bernama"

'via Blog this'

Dua lelaki miliki pistol ditahan

Dua lelaki miliki pistol ditahan - Johor - Sinar Harian:

Dua lelaki miliki pistol ditahan
Sahadan (tengah) menunjukkan pistol jenis Colt yang ditemui ketika serbuan tersebut.
MUAR – Sepasukan anggota polis Jabatan Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Junid, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Sahadan Jaafar berkata, penangkapan ke atas suspek berusia 28 dan 32 tahun itu, dipercayai bersangkutan dengan kes pengedaran dadah.

Menurutnya, ketika serbuan kira-kira jam 1 pagi itu tidak menjumpai bahan terlarang tersebut, sebaliknya menjumpai sepucuk pistol jenis Colt tanpa peluru yang disimpan di bawah katil di bilik belakang rumah berkenaan.

“Walaupun pistol tiruan tetapi ia mempunyai fungsi senjata api sebenar kerana pelurunya boleh membunuh.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata api ini digunakan suspek untuk melakukan jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pada mulanya suspek tidak mengaku senjata itu miliknya, tetapi mengatakan ia milik bapa saudaranya.

“Senjata api ini akan dihantar ke makmal forensik untuk menjalani ujian balistik.

“Kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu. Lelaki berusia 28 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah, manakala lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan peras ugut,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang boleh dipenjara satu tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

'via Blog this'

87 rumah rosak dilanda ribut

87 rumah rosak dilanda ribut - Perak - Sinar Harian:

87 rumah rosak dilanda ribut
Pokok setinggi kira-kira 10 meter tumbang dalam kejadian ribut sehingga menutup jalan di Kampung Baru, Jelapang, semalam.
JELAPANG – Ribut dan angin kencang yang melanda sekitar Taman Meru di sini, mengakibatkan kira-kira 87 rumah rosak teruk apabila bumbungnya diterbangkan dalam kejadian itu, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu menjejaskan 40 rumah di Taman Meru, Taman Jati (4), Taman 3C (4), Kampung Datuk Ahmad Said (1), Kampung Sungai Tapah (1), Kampung Baru (20) dan Taman Jelapang Jaya (17), Mangsa, Jasbir Kaur, 57, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila keseluruhan peralatan dalam rumah basah dan rosak berikutan seluruh bumbung rumah kayunya diterbangkan angin.

“Kejadian ribut itu benar-benar menakutkan saya selepas 50 tahun tinggal di Kampung Baru ini. Rumah bergegar apabila angin kuat sebelum menerbangkan semua bumbung.

“Dalam keadaan hujan lebat itu, saya berlari keluar untuk selamatkan diri dan tumpang berteduh di rumah jiran serta tidak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, dia sekeluarga masih memikirkan tempat tinggal berikutan tidak mempunyai saudara berhampiran untuk tumpang berteduh.

“Malam ini (semalam), mungkin saya terpaksa berjaga untuk memastikan barang tidak hilang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan selain memikirkan saluran untuk memohon bantuan yang ada,” katanya.

Sementara itu, pengusaha makanan, Chong Kien Foo, 41, berkata, dia bersama lima ahli keluarganya bernasib baik apabila pokok setinggi kira-kira 10 meter tidak menghempap rumahnya.

“Ribut kali ini agak kuat sehingga boleh menumbangkan pokok besar di hadapan rumah. Namun, kami sekeluarga bernasib baik kerana lori, kereta diletakkan di dalam garaj.

“Dahan pokok itu sahaja yang menjejaskan sebahagian bumbung garaj kami," katanya.

Bagaimanapun, katanya, laporan polis telah dibuat dan mereka masih terkejut dengan kejadian pertama kali itu.

Dalam perkembangan sama, Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail menyalurkan bantuan lebih 200 keping bumbung kepada mangsa yang terlibat.

“Kita terima banyak aduan penduduk dan tindakan segera diambil terutamanya kepada mangsa di Taman Meru yang terjejas teruk dalam bencana kali ini,” katanya.

'via Blog this'

Denda RM700 akibat curi jagung

Denda RM700 akibat curi jagung - Melaka & NS - Sinar Harian: "AYER KEROH - Gara-gara mencuri 12 tongkol jagung bernilai RM9.60 dari sebuah ladang, Oktober lalu, seorang juru kimpal didenda RM700.

Tertuduh, Khairul Rizal Ishak, 28, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Dia didakwa mencuri 12 tongkol jagung di kawasan ladang milik Ong Hee Guan, 53, di Pokok Mangga kira-kira jam 7 malam, 15 Oktober lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda dan sebat.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela."

'via Blog this'

Tanggung hutang adik ipar

Tanggung hutang adik ipar - Selangor & KL - Sinar Harian:

Tanggung hutang adik ipar
Kedai menjual alat pertukangan yang terjejas akibat simbahan cat.
Tanggung hutang adik ipar
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyimbah cat ke dinding premis.
PETALING JAYA – Sebuah kedai menjual alat pertukangan dan kedai jualan langsung  di SS9A/1 Seri Setia menjadi mangsa simbahan cat dipercayai dilakukan oleh orang upahan  ‘lintah darat' ah long, awal pagi semalam.

Kejadian itu  berlaku pada jam 1 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai alat pertukangan itu.

Mangsa Low Geok Wan, 48, berkata, kejadian bermula pada akhir September lalu apabila kedainya didatangi dua lelaki berusia awal 30an yang bertanyakan tentang adik iparnya.

Menurutnya  lelaki itu meminta sejumlah wang bagi menjelaskan hutang yang dibuat namun dia enggan membayar kerana tidak tahu berapa jumlah sebenar yang dipinjam oleh adik iparnya itu menyebabkan kedainya menjadi sasaran simbahan cat beberapa  seminggu selepas itu.

“Mereka simbah  cat warna merah di pintu dan lantai kedai dan menyebabkan saya takut dan  terus buat laporan  polis,” katanya yang menyewa premis sejak empat tahun lalu.

Geok Wan berkata, sehingga kini dia gagal menjejak adik iparnya itu dan kejadian terbaru semalam yang menunjukkan along terbabit memang  tidak berpuas hati.

“Saya harap tindakan  dapat diambil bagi memberkas mereka bertanggungjawab kerana dua kejadian yang berlaku benar-benar menyebabkan saya cukup trauma,”katanya.

Sementara itu, pekerja kedai jualan langsung Jason,23, berkata, dia hanya menyedari kejadian ketika hendak membuka kedai pada jam 9 pagi.

Menurut Jason, dia berasa hairan mengapa kedainya turut menjadi sasaran ah long sedangkan majikannya tidak pernah meminjam.

“Papan tanda kedai  dibaling cat, saya tidak faham mengapa ia berlaku begitu dan kebetulan majikan saya masih belum pulang dari bekerja luar kawasan,” katanya.

Susulan daripada kejadian berlaku tiga laporan polis dibuat di Balai Sungai Way.


MCA sedia bantu

Biro Pengaduan Awam MCA Selangor sedia membantu untuk menyelesaikan masalah yang menimpa pemilik kedai tersebut.

Timbalan Pengerusinya, Kelvin Chong berkata, mana-mana pihak yang mempunyai masalah boleh menghubungi pejabatnya di talian 03-78763535.

“Kes ini cukup serius kerana ia membabitkan keselamatan orang lain bukan peminjam, jadi kita harap peminjam wang daripada along  yang mempunyai masalah  tampil ke hadapan dan kita bersedia mengadakan rundingan dengan pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mengenai kejadian sedang berjalan.

“Kita meneliti rakaman CCTV kedai tersebut untuk mengenal pasti suspek terlibat dalam kedua-dua siri kejadian yang berlaku sebelum ini,” katanya.

'via Blog this'

Rumah musnah terbakar, remaja selamat

Rumah musnah terbakar, remaja selamat - Selangor & KL - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki terselamat daripada menjadi mangsa korban apabila unit rumahnya di tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras di sini, terbakar hampir 100 peratus, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Muhammad Firdaus Ahmad, 22, yang sedang nyenyak tidur, terjaga setelah mendengar jeritan jiran.

Jirannya, Yap wan Tim, 45, berkata, sebelum itu, dia terhidu bau benda terbakar namun menyangkakan penghuni lain sedang masak.

Menurutnya, bagaimanapun, kira-kira setengah jam selepas itu, dia dapat melihat asap daripada unit bersebelahan.

"Saya bergegas memanggil jiran sebelah, banyak kali juga saya mengetuk pintu, namun tiada maklum balas.

"Namun tidak lama kemudian, remaja itu keluar menyelamatkan diri," katanya.
 "

'via Blog this'

Polis gempur premis judi

Polis gempur premis judi - Pahang - Sinar Harian:

Polis gempur premis judi
Pegawai D7 IPD Temerloh, Inspektor Ar Masri Mhd Sallehudin (kanan) merekodkan setiap komputer yang dirampas dalam serbuan di Temerloh, malam kelmarin.
Sekumpulan pelanggan yang ditahan ketika serbuan dilakukan, kelmarin.
Sekumpulan pelanggan yang ditahan ketika serbuan dilakukan, kelmarin.
BANDAR TEMERLOH - Polis Temerloh menggiatkan usaha membanteras premis judi haram di daerah ini apabila merampas 230 unit komputer yang digunakan untuk perjudian dengan nilai rampasan lebih RM70,000.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebanyak 11 serbuan dilakukan polis dari Balai Polis Mentakab dan Temerloh sepanjang 11 hari lalu.

Menurutnya, seramai 11 penjaga premis dan 39 pelanggan berusia antara 18 hingga 55 tahun ditahan sepanjang operasi dilakukan bersama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

“Terbaru serbuan dilakukan ke atas lima premis malam semalam (kelmarin) di bandar Temerloh dan Mentakab dengan salah satunya baru dua hari beroperasi," katanya.

Abdul Aziz berkata, dalam serbuan jam 10.30 malam kelmarin, tiga premis judi haram di Jalan Tengku Ismail dan Jalan Tok Muda Awang Ngah diserbu sepasukan pegawai polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7).

Turut diserbu, sebuah premis judi yang beroperasi di kawasan perumahan majoriti Melayu iaitu dekat Taman Temerloh Jaya dan sebuah premis di Taman Bukit Bendera, Mentakab.

Abdul Aziz berkata, serbuan dilakukan lima pegawai pakar judi mesin dan turut dibantu anggota polis dari Balai Temerloh dan Mentakab serta penguat kuasa Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 82 komputer yang dipercayai digunakan sebagai mesin judi, tiga komputer kawalan utama yang diprogramkan unsur perjudian, satu komputer paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), 10 modem dan tiga kalkulator.

“Polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil pertaruhan berjumlah RM860, lima lelaki disyaki penjaga mesin juga ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (B) (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Seramai 15 pelanggan yang berada dalam premis judi terbabit ditahan sementara waktu untuk diambil keterangan dan operasi berakhir jam 12.05 malam semalam (kelmarin),” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPT, Azmir Yahaya berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun kepada penjaga premis kerana kesalahan di bawah Seksyen 2 Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPT) 1984 iaitu menjalankan perniagaan kedai komputer tanpa lesen.

Menurutnya, mereka juga disiasat di bawah Seksyen 79(1) Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana kesalahan membuat sekatan dalaman bagi tujuan perniagaan tanpa kelulusan MPT.

'via Blog this'

Pukul bapa hingga patah

Pukul bapa hingga patah - Pahang - Sinar Harian:

Pukul bapa hingga patah
Tertuduh kelihatan tenang dan tersenyum walau terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua tahun.
KUANTAN - Seorang penganggur dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencederakan bapanya menggunakan kerusi kayu.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Datuk Rashid, Jalan Pintasan Kuantan di sini, September lalu, mangsa mengalami cedera parah apabila patah tangan kiri dan cedera di kepala.

Tertuduh, Kamarul Azman Mohammad Saadon, 38 sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun ketika itu dia mengaku tidak bersalah sebelum dirujuk ke Hospital Bahagia Tampoi untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Bagaimanapun hasil laporan perubatan yang dikeluarkan mendapati tertuduh melakukan perbuatan itu secara sedar dan pendakwaan berhubung kes tersebut diteruskan semalam di hadapan Majistret Rini Triany Mohamad Ali.

Tertuduh yang menukar pengakuannya kepada bersalah semalam mengakui memahami fakta kes dibacakan.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin, kira-kira jam 8.30 pagi, 4 September lalu, pengadu (mangsa) yang juga seorang pesara polis berusia 64 tahun ada di rumah bersama tertuduh.

Pengadu tidak tahan dengan perbuatan tertuduh yang suka meletakkan barang merata-rata dan tidak mengemaskannya kembali bertindak menegur anaknya itu.

Teguran itu bukan sahaja tidak diendahkan sebaliknya membangkitkan kemarahan tertuduh lalu dia bertindak memukul bapanya menggunakan kerusi kayu.

Pengadu cuba menghalang kerusi tersebut mengguna tangannya bagaimanapun terkena bahagian kepala dan tangan kiri hingga patah.

Akibat kejadian mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebelum membuat laporan di Balai Polis Beserah.

Susulan laporan yang dibuat, tertuduh berjaya ditahan ketika sedang minum di sebuah restoran di Jalan Tun Ismail di sini kira-kira jam 10 malam, 5 September lalu.

Tertuduh dihadap ke mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

'via Blog this'

Hilang selepas ditegur ibu

Hilang selepas ditegur ibu - Melaka & NS - Sinar Harian:

Kehilangan Muhammad Azrul membimbangkan ibunya.
Kehilangan Muhammad Azrul membimbangkan ibunya.
ALOR GAJAH - Gara-gara ditegur oleh ibunya kerana kerap berbual di laman sesawang, seorang remaja berusia 17 tahun menghilangkan diri dari rumah, empat hari lalu.

Muhammad Azrul Hisham Asri didapati keluar dari rumah kira-kira jam 9.45 malam, Isnin lalu.

Ibunya yang hanya ingin dikenali sebagai Nora, 37, berkata, pada petang Isnin lalu, dia menegur sikap anak sulungnya itu yang terlalu leka  di hadapan komputer riba sebelum menyedari anaknya hilang pada malam hari sama.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama anak bongsunya keluar ke pekan dan pulang ke rumah pada jam 9.45 malam.
"Pada waktu itu, saya menyedari Azrul tiada di rumah sementara anak kedua, Tun Abdul Razak Zainudin, 14, berada di biliknya.

"Azrul didapati tidak membawa apa-apa kerana telefon bimbitnya masih dalam simpanan saya," katanya.

Katanya, sebelum kehilangan anaknya itu, dia menyedari Azrul ada berborak di laman sesawang dan memaklumkan kepada rakan alam mayanya itu untuk ke Johor Bahru.

"Beberapa hari lepas, Azrul kelihatan gelisah dan banyak mendiamkan diri. Apabila ditanya, dia memberitahu hanya menggunakan komputer riba untuk hiburan semata-mata.

"Saya tidak sangka dia sanggup melarikan diri hampir seminggu kerana sebelum ini dia pernah juga keluar rumah beberapa hari, namun masih dapat dihubungi dan pulang ke rumah semula," katanya.

Lebih membimbangkan katanya, anaknya itu baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan masih dalam rawatan berikutan cedera parah di perut.

"Saya bimbangkan keselamatan Azrul lebih-lebih lagi dia perlu mencuci luka di perut selain memerlukan rehat untuk pulih sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan seorang remaja dari rumah sejak malam Isnin lalu.

'via Blog this'

Pemandu lori didakwa cederakan kerani guna parang

Pemandu lori didakwa cederakan kerani guna parang - Semasa - Sinar Harian: "PETALING JAYA - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan mencederakan seorang kerani lelaki menggunakan parang, bulan lepas.

N.Sivakumar, 34, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada A.Kalai Chelvan, 42, dan hampir menyebabkan mangsa hilang jari manis tangan kirinya di sebuah rumah di Tamai Sri Subang, pada 1.30 petang 16 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Sivakumar didenda RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Januari untuk sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, manakala peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman mewakili Sivakumar. - Bernama"

'via Blog this'

Kanabis: Bekas pemandu peribadi dipenjara 11 tahun, 10 sebatan -

Kanabis: Bekas pemandu peribadi dipenjara 11 tahun, 10 sebatan - Semasa - Sinar Harian:
SHAH ALAM - Seorang bekas pemandu peribadi dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi hari ini kerana memiliki kanabis seberat 383.12 gram pada Disember tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Noor Ahmad, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No: 274A, Jalan Hulu Kelang, Batu 7 1/2 Ampang dekat sini pada 3.30 petang, 21 Disember tahun lepas.

Dia dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan itu.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili Mohd Noor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang menghidap sakit kencing manis kronik telah insaf atas perbuatannya.

Beliau berkata, tertuduh melakukan kesalahan itu kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya yang terlibat dalam penagihan dan pengedaran dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Fazilah Begum Abdul Ghani yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman berat dijatuhkan ke atas tertuduh bagi mencerminkan keseriusan mahkamah dalam menangani kesalahan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

"Kesalahan dadah tidak wajar diberikan diskaun (hukuman) walaupun tidak libatkan pertumpahan darah tetapi kesannya amat serius kerana ia boleh melumpuhkan sesebuah negara.

"Tertuduh juga tidak patut tuduh orang lain (mempengaruhinya) sebab setiap manusia diberi akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk untuk dirinya," katanya. - Bernama
'via Blog this'

Penganggur didenda RM1,000 cederakan pasangan

Penganggur didenda RM1,000 cederakan pasangan - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini kerana menyebabkan kecederaan kepada seorang ahli perniagaan dan isterinya, dua bulan lepas.

Majistret Noor Farah Haswani Osman mendenda Mohd Razif Abd Razak, 22, bagi setiap pertuduhan RM500 selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mencederakan Ibrahim Abdullah, 41, dan isteri keduanya, Hariati Mohamed Noor, 38.

Mahkamah juga memerintahkan dia menjalani hukuman penjara tambahan selama sebulan jika gagal membayar denda itu.

Mohd Razif didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir kereta di Jalan Memanda 2, Persiaran Ampang Point, pada 5.30 pagi 7 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, insiden itu berlaku apabila mangsa (Ibrahim) sedang bertengkar dengan isteri pertamanya, Fatimah Manikam Abdullah, 35, di mana tiba-tiba datang lapan lelaki memukul mangsa dan isteri keduanya.

Dalam rayuannya, peguam Mohd Fadly Sutris yang mewakili Mohf Razif memberitahu mahkamah anak guamnya cuba membantu mereka dan tidak mengetahui ia adalah isu keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Purnima Selvarajah menjalankan pendakwaan. - Bernama
'via Blog this'

Tak sempat jual gelung keluli

Tak sempat jual gelung keluli - Semasa - Sinar Harian:

N NOR ASHAHA
7 Disember 2012
Tak sempat jual gelung keluli
Gelung keluli tahan karat yang dilarikan penjenayah ditemui semula selepas polis menahan tujuh lelaki di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
SHAH ALAM – Sekumpulan penjenayah tidak sempat menjual sembilan gelung keluli tahan karat bernilai hampir setengah juta yang dicuri di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, baru-baru ini.

Ini kerana enam ahlinya ditahan dalam beberapa serbuan, sehari selepas kejadian samun pada 20 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dua pengawal keselamatan diikat oleh empat lelaki yang bersenjatakan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sembilan keluli yang berada di dalam kilang tersebut dibawa lari dengan menggunakan tiga treler.

Mohd Adnan berkata, penjenayah mengambil masa enam jam untuk memuatkan gelung keluli yang semuanya seberat 191,217 tan metrik.

“Kurang 24 jam selepas laporan dibuat, kita menyerbu sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 21 A, Petaling Jaya.

“Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu ditahan dan kita menemui semula sembilan gelung keluli tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, dua lagi lelaki ditahan di hadapan sebuah bank di Bandar Baru Klang pada 30 November, kira-kira jam 5 petang.

“Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di kilang gelung besi juga ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Adnan berkata, beliau percaya kumpulan ini terlibat dalam beberapa kejadian samun kilang di sekitar Lembah Klang.
“Kita masih menyiasat kejadian ini dan sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dapat membantu siasatan,” katanya.

'via Blog this'

Bunyi percikan jadi penyelamat

Bunyi percikan jadi penyelamat - Selangor & KL - Sinar Harian:


Mohd Shamsudin (dua, kanan) melihat dapur rumah Salleh (tengah) yang hangus terbakar.
Mohd Shamsudin (dua, kanan) melihat dapur rumah Salleh (tengah) yang hangus terbakar.


TANJONG KARANG - Bunyi percikan api seperti mercun menjadi penyelamat sembilan ahli keluarga yang nyenyak tidur selepas penat menyiapkan persiapan perkahwinan daripada rentung dalam satu kebakaran di Ban Tiga Parit Empat, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1230 malam itu, api marak bermula dari bahagian belakang turut dilihat penduduk kampung yang minum di kedai berhampiran sebelum bergegas membantu mangsa.

Penduduk, Salleh Yusof, 54, berkata, ketika kejadian, dikejutkan dengan suara panik isterinya dan sebaik sahaja keluar bilik, dia melihat api marak dengan cepat.

“Saya panik melihat api kecil daripada soket berhampiran peti ais secara tiba-tiba marak dengan sekelip mata dan bergegas mengetuk pintu bilik anak, menyuruh mereka segera keluar.

“Ketika itu, saya hanya mahu keluar daripada rumah cepat-cepat bersama anak dan cucu yang masih dalam pantang. Namun sebaik sahaja saya melihat semua selamat berkumpul di hadapan rumah, saya mula teringat kad pengenalan dan dokumen penting di dalam
rumah.

“Saya masuk ke dalam rumah meskipun api masih marak dan terpaksa menahan sakit selepas tangan melecur ketika mengambil kad pengenalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Salleh berkata, kerugiannya dianggarkan hampir RM100,000 memandangkan kebakaran itu turut memusnahkan 100 peratus rumah, dua motosikal, peralatan elektrik, perabot, pakaian, dokumen ahli keluarga, persiapan perkahwinan anak lelaki dan wang tunai.

Sementara itu, menantu mangsa, Noor Haznina Ngahtemin, 28, berkata, menyedari rumah terbakar,  dia segera membawa dua anaknya termasuk seorang yang baru berusia 19 hari keluar rumah.

“Saya tidak sempat nak selamatkan apa-apa barang kerana ketika itu hanya ingat keselamatan anak sahaja,” katanya yang masih trauma.

Nasib malang keluarga itu mendapat perhatian Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mengunjungi mereka bagi mengetahui keperluan dan permohonan bina rumah baru.

Beliau berkata, bantuan awal diberikan bagi meringankan beban ditanggung termasuk persiapan perkahwinan anak yang rentung.

“Saya difahamkan, keluarga mangsa kini menumpang di rumah anak di Parit Tujuh Sekinchan, namun terdapat rumah kosong berhampiran dicadangkan sebagai tempat penginapan, sementara rumah baru siap," katanya.

Mohd Shamsudin berkata, orang kampung bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan bekerjasama mengadakan kenduri kesyukuran dan majlis perkahwinan anak mangsa secara bergotong-royong.

Pengerusi Pembangunan Wanita Parlimen Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof turut hadir membantu isteri mangsa dengan mengumpulkan baju terpakai dan sumbangan orang ramai.


'via Blog this'

Terapung atas bongkah kayu

Terapung atas bongkah kayu - Melaka & NS - Sinar Harian:
Mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
GEMAS - Misteri mayat terapung yang dilihat seorang penduduk petang Selasa lalu akhirnya terjawab apabila mayat berkenaan turut dilihat oleh pekerja padang ragut Kampung Londah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, pekerja yang juga penduduk kampung berusia 20-an berhenti sebentar di jambatan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya.

Penduduk kampung yang tidak ingin dikenali berkata, pekerja berkenaan bergegas menghubungi pihak polis dan penduduk kampung lain bagi memaklumkan mengenai penemuan mayat yang dilihat terapung di atas bongkah kayu.

“Sementara menunggu polis tiba, penduduk turut sama menyelusur Sungai Muar berkenaan bagi memastikan mayat dipercayai lelaki itu tidak hilang dan sukar ditemui seperti sebelum ini.

“Malah, penduduk menyelusur sungai berkenaan sejauh satu kilometer sebelum polis tiba dan menunggu bantuan pasukan bomba bagi membawa mayat berkenaan ke daratan sekitar jam 5 petang,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan Mohd Khalid Ismail, 36, yang menjaring ikan di Sungai Londah terkejut apabila melihat mayat terapung 30 meter dari botnya kira-kira 4 petang, Selasa lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan, Mohd Isa Ujang mengesahkan ada menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.

"Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk proses bedah siasat.
“Oleh itu, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, sedara atau kenalan boleh tampil ke HT bagi proses pengecaman mayat seorang lelaki berbaju kemeja merah kotak-kotak dan berseluar jean warna biru," katanya.'via Blog this'

Temui mayat wanita dalam bilik air

Temui mayat wanita dalam bilik air - Utara - Sinar Harian:
Temui mayat wanita dalam bilik air
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim.
KULIM - Mayat seorang wanita berusia 29 tahun ditemui dalam keadaan terlentang di bilik air rumahnya di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Waris mangsa yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa masuk ke bilik air bagaimanapun tidak keluar. Curiga dengan keadaan itu, waris mangsa cuba membuka pintu bagaimanapun menghadapi kesukaran.

Mereka kemudian menebuk lubang kecil di pintu bilik air dan ternampak mangsa terbaring di lantai.

Setelah pintu bilik air dibuka, mayat mangsa dipindahkan ke ruang tamu.

Polis dari Balai Polis Kulim yang sampai ke tempat kejadian kemudiannya memeriksa mayat mangsa dan mendapati terdapat kesan luka di kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana masalah apendiks yang pecah.
Memandangkan tidak ada sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa, polis mengklasifikasikan kematiannya sebagainya mati mengejut dan menyerahkan ke pada waris bagi tujuan pengebumian.'via Blog this'

Racun tikus punca penternak rugi

Racun tikus punca penternak rugi - Melaka & NS - Sinar Harian:

Racun tikus punca penternak rugi
Ahmad menunjukkan laporan polis dan gambar kambingnya yang mati akibat termakan racun tikus.
KUALA PILAH – Seorang penternak kambing berputih mata apabila 30 ekor ternakannya ditemui mati dipercayai akibat termakan racun tikus di Kampung Temeris, baru-baru ini.
Ahmad Md Dauh, 45, berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM12,000.

Menurutnya, kejadian itu bermula 13 Ogos lalu, di mana tiga ekor kambingnya ditemui mati di kawasan ladang sawit berhadapan rumahnya.

“Keesokan harinya saya mendapati enam ekor kambing yang berada di dalam kandang juga mati.

"Sejak saya menjadi penternak 10 tahun lalu, inilah kali pertama kambing saya mati secara tiba-tiba," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, akibat tidak rasa puas hati dengan kejadian itu, dia cuba menyiasat puncanya.

"Ketika saya kembali ke tempat kambing yang mati ditemui, saya menemui racun tikus yang ditabur di atas tanah dan setahu saya, racun tikus hanya ditabur di pelepah pokok kelapa sawit bukannya atas tanah," katanya.

Menurutnya, selepas itu, dia membuat pemeriksaan di Jabatan Veterinar Kuala Pilah dan pihak terbabit turut menyatakan kambingnya mati kerana racun tikus berdasarkan kepada sampel yang diperoleh dari perut kambing berkenaan.
Berikutan kejadian itu, dia membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Melang.

'via Blog this'

Mati dalam kereta

Mati dalam kereta - Selangor & KL - Sinar Harian:

Mati dalam kereta
Mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian dalam kereta oleh anggota peronda polis.
SABAK BERNAM - Pasukan rondaan anggota polis pacuan empat roda (MPV) terkejut apabila mendapati terdapat mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Kampung Air Manis, kelmarin.

Mayat tersebut ditemui pada kira-kira jam 8.30 malam selepas anggota peronda memeriksa kereta berkenaan yang dilihat mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Wong Look Ang, 34, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, namun hidungnya didapati berdarah.

“Barang peribadi milik mangsa seperti dompet turut ditemui bersamanya dan selepas siasatan lanjut dijalankan, kita menolak terdapat unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa berkemungkinan diserang sakit jantung yang  menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

Noor Mushar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam berhubung kematian mangsa.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi memudahkan proses siasatan kes ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Azrul Izwan Abdul Azih, 30, berkata, dia terlihat kereta berkenaan berada di tempat kejadian ketika melalui jalan itu pada kira-kira jam 11 pagi tetapi tidak menyangka ada mayat di dalamnya.

“Sekali pandang tiada sesiapa di dalam kereta itu jadi saya tidak mengendahkannya, namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut,” katanya.

'via Blog this'

Penunggang basikal warga emas maut dilanggar

Penunggang basikal warga emas maut dilanggar - Pahang - Sinar Harian: "KUANTAN -  Seorang penunggang basikal berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori di  atas jambatan Tanjung Lumpur, di sini, petang semalam.
  
Yee Boon Woh  mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
  
Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 7.45 petang itu mangsa dari arah Tanjung Lumpur menuju ke bandar Kuantan.
  
"Di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah bergesel dengan kenderaan terbabit sebelum terjatuh," katanya di sini hari ini.
  
Menurutnya sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenai kejadian itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.  - Bernama

"

'via Blog this'

Anggota JPAM nyaris maut dirempuh kereta

Anggota JPAM nyaris maut dirempuh kereta - Terengganu - Sinar Harian:

Anggota JPAM nyaris maut dirempuh kereta
Mat Jaeh (kiri) berdekatan lori yang terbalik selepas terbabas di Kampung Guntung.
BESUT - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Setiu nyaris maut apabila sebuah lori muatan perabot yang terbabas merempuh kereta yang dipandunya dalam kejadian di sini dekat Permaisuri semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Mat Jaeh Mohd Yatim, 42, sedang memandu kereta jenis Ford dari arah Jertih menghala ke Kuala Terengganu untuk bertugas di Kampung Besut dekat Kampung Seladang, Bandar Permaisuri.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian dia melihat sebuah lori dari arah bertentangan terbabas ke tepi kiri jalan menghala ke Jertih kemudian melanggar dua tiang elektrik.

“Pemandu lori itu hilang kawalan lalu masuk semula ke jalan raya sebelum bahagian belakang lori itu melibas bahagian tengah kereta saya.

“Ketika itu saya fikir nyawa saya dalam keadaan bahaya apabila lori itu masuk ke laluan saya namun bernasib baik kerana hanya belakang lori merempuh kereta saya,” katanya yang hanya bengkak di dahi akibat terhantuk pada pintu kenderaan.

Mat Jaeh berkata, selepas melanggar keretanya, lori dari Melaka menghala ke Kota Bharu, Kelantan itu terbalik melintang jalan di laluan Jertih ke Kuala Terengganu menyebabkan sebuah kereta Perodua Kancil yang berada di belakang keretanya merempuh lori tersebut.
Namun, dia bersyukur kemalangan itu tidak menyebabkan kecederaan parah termasuk pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan kecuali pemandu lelaki Perodua Kancil dikejarkan ke Hospital Setiu kerana mengadu sakit badan.

'via Blog this'

Diserbu ketika tidur


Diserbu ketika tidur
Warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan di bawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Pontian.
JOHOR BAHRU - Serbuan ke atas rumah pekerja sebuah kolam ternakan udang di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, semalam, berjaya menahan seramai 63 warga asing daripada 130 orang yang diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor.

Dalam serbuan Ops Sapu pada jam 3.45 pagi itu, 63 orang terpaksa ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Penolong Pengarah Imigresen negeri merangkap ketua ops, Masri Adul berkata, ketika serbuan dilakukan, kesemua warga asing sedang nyenyak tidur malah tidak menyedari kehadiran seramai 60 anggota operasi.

“Setibanya di lokasi, kebanyakan warga asing ini sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari kehadiran anggota ops. Tiada cubaan melarikan diri kerana kesemua warga asing ini dalam keadaan terpinga-pinga apabila terjaga dari tidur selepas dikejutkan oleh anggota ops.

“Kesemua yang diperiksa mengakui bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja kolam ternakan udang di lokasi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Masri berkata, seramai 52 daripada 63 warga asing yang ditahan merupakan warganegara India diikuti tujuh rakyat Indonesia. dua warga Bangladesh dan dua rakyat Pakistan berusia antara 21 hingga 43 tahun.

“51 daripada warga asing ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal tanpa pas dan permit. empat warga asing ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki permit palsu dan lapan daripada mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

“Kesemua mereka yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Pontian untuk siasatan lanjut jabatan,” katanya.

Mangsa kemalangan hubungi saudara sebelum nahas

Mangsa kemalangan hubungi saudara sebelum nahas - Kelantan - Sinar Harian:

Mangsa kemalangan hubungi saudara sebelum nahas
Penduduk, Zakaria Ghazali (kanan) dan Azmi Yunus melihat keadaan motosikal dinaiki mangsa kemalangan maut di Jalan Chenulang, dekat Kuala Krai, semalam.
Mangsa kemalangan hubungi saudara sebelum nahas
Kesan motosikal terbabas dan pokok durian dirempuh mangsa berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Chenulang, dekat Kuala Krai.
KUALA KRAI - Mangsa kemalangan maut di Jalan Chenulang, dekat sini, kelmarin, Irwan Che Soh sempat menghubungi saudara-mara jauh supaya datang ke rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chenulang pada malam kejadian.
Bapa mangsa, Che Soh Che Mat, 60, berkata, kelakuan pelik anak ketujuhnya daripada lapan beradik itu menyebabkan ramai saudara-mara datang pada hari kematiannya.

“Kawasan bilik mayat hospital dan di rumah ini kelmarin penuh dengan saudara, termasuk dari Bachok kerana malam sebelum kejadian, arwah telefon dan suruh mereka semua datang.

“Kami sendiri pun tak tahu sebab apa arwah suruh mereka datang, sebab itu ramai saudara datang menziarah jenazahnya di hospital dan di rumah,” katanya, semalam.

Irwan, 20, maut selepas motosikal ditunggangi bersama seorang rakannya terbabas, lalu melanggar sebatang pokok durian di tepi jalan itu pada kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, kelmarin.

Nahas dikatakan berlaku ketika mangsa dan rakannya berusia 17 tahun itu, dalam perjalanan pulang selepas membeli  barang di sebuah kedai runcit di Kampung Enggong, dekat sini. Rakannya bagaimanapun tidak cedera.

Che Soh berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Irwan berkelakuan pelik, apabila mengajak seorang lagi kawannya memancing di sungai berhampiran tanah perkuburan di kampung itu.

“Selain itu, tidak ada apa-apa perubahan lain ditunjukkan arwah sebelum kejadian,” katanya yang mengetahui kejadian menimpa Irwan ketika berada di kebun getah di tanah rancangan itu.
Solat jenazah Irwan turut dihadiri Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Chenulang, kira-kira jam 6.30 petang.

'via Blog this'

Kutip daging betis atas jalan

Kutip daging betis atas jalan - Terengganu - Sinar Harian:

Kutip daging betis atas jalan
Tetamu yang hadir melihat kesan kemalangan ketika penyerahan kerusi roda di kediaman Ngah di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU  – “Daging bersepai di atas jalan sehingga isteri terpaksa kutip satu persatu,” kata bekas bilal yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu.

Bekas bilal Masjid Pulau Rusa, Ngah Ibrahim, 73, berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal berseorangan sekitar jam 4 petang menuju ke masjid bersebelahan jalan untuk azan Asar sebelum dirempuh sebuah motosikal dari arah belakang.

“Akibat kemalangan itu, daging betis saya hancur dan isteri, Wan Siah Ahmad, 72, terpaksa mengutip daging berkenaan di atas jalan raya.

“Selepas kejadian itu, saya tidak dapat berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda yang diwakafkan kepada masjid,” katanya ketika penyerahan kerusi roda baru di rumahnya di sini.
Hadir sama, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang turut diiringi Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam, Wan Mahyuddin Wan Ngah.

Menurutnya, kerusi roda yang digunakan sebelumnya adalah kepunyaan masjid dan bersyukur kerana mendapat yang baru berikutan kerusi sedia ada sudah ‘uzur’.

“Kalau ada kerusi roda ini senang untuk bergerak kerana saya tidak dapat berdiri seperti dahulu dan hanya bergantung kepada kerusi ini semata-mata,” katanya.

Manakala, Wan Siah berkata, kerusi roda yang diterimanya itu memudahkan Ngah bergerak kerana dia sendiri pada usia sebegitu tidak berdaya untuk menampung berat badan suaminya sekiranya terpaksa bergerak.

'via Blog this'

Bayi mati dipercayai kena dera

Berita Harian | Bayi mati dipercayai kena dera:

Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia setahun mati selepas koma hampir 24 jam akibat pendarahan teruk di bahagian otak, dipercayai didera dalam kejadian di Hiliran Ampang Pudu di sini.

Mangsa dikenali sebagai Nur Kaylisah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Rabu lalu, oleh ibunya berusia 30 tahun selepas dihubungi pengasuh bayi malang itu memaklumkan anaknya sukar bernafas sebelum tidak sedarkan diri.

Berikutan itu, mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik menerima rawatan di Wad Pediatrik hospital berkenaan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Jagaan pengasuh

Difahamkan, mangsa diletakkan bawah jagaan pengasuh tidak jauh dari rumahnya itu sejak setahun lalu, dan pemeriksaan hospital mendapati ada kecederaan lama di bahagian dalaman badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa mati di hospital pada jam 5 petang kelmarin selepas tidak sedarkan diri hampir 24 jam.

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati berlaku pendarahan dalaman di kepala, selain kesan luka di dahi. Siasatan terperinci menjurus kepada pelbagai aspek sedang dilakukan, termasuk kemungkinan mangsa didera.
“Sehingga kini polis sudah mengambil keterangan beberapa individu, termasuk ibu bapa dan pengasuh mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, usaha BH untuk menemubual ibu mangsa gagal kerana mereka enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

'via Blog this'

SPRM cekup 10 ‘orang dalam’

Berita Harian | SPRM cekup 10 ‘orang dalam’: "SKUAD"

Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 individu, termasuk 10 penguat kuasa kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan bahan api subsidi melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Semua suspek ditahan dalam beberapa serbuan berasingan sekitar Padang Terap, dekat sini, terutama 10 anggota penguat kuasa berkenaan yang majoritinya bertugas di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Durian Burung.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Yusoff Akope, ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua 15 individu terbabit Selasa lalu, termasuk dua warga Thailand.

Terbabit rasuah

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecuali mengesahkan penahanan semua suspek termasuk lima orang awam itu mempunyai kaitan dengan kegiatan rasuah.
“Buat masa sekarang, kes masih disiasat. Saya tidak dapat ulas lebih lanjut,” katanya.

Difahamkan, penahanan 15 individu berkenaan dilakukan susulan risikan SPRM Kedah di sekitar kawasan CIQ Durian Burung sejak enam bulan lalu, selepas disyaki menjadi laluan utama kegiatan penyeludupan petrol serta diesel subsidi ke Ban Pratob di Thailand.
Rampas petrol subsidi

Selain itu, SPRM Kedah turut merampas 21,000 liter bahan api majoritinya petrol subsidi di pusat pengumpulan di sekitar Durian Burung, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan itu.

Berdasarkan maklumat, sindiket terbabit dikatakan aktif sejak 2009 lalu dan mendapat bekalan diesel serta petrol daripada individu tertentu yang membelinya secara runcit di sekitar pam minyak.

Sumber SPRM Kedah berkata, pihaknya yakin penguat kuasa yang ditahan itu mempunyai peranan dalam memastikan kegiatan haram terbabit yang menjadikan CIQ Durian Burung sebagai laluan utama kegiatan, berjalan lancar.

Difahamkan, 10 anggota penguat kuasa berkenaan kini ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah, manakala baki lima lagi mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana memberi suapan.

'via Blog this'

Dua bekas pengarah didakwa tipu bank

Berita Harian | Dua bekas pengarah didakwa tipu bank:

pix_gal0
Kuala Lumpur: Dua bekas pengarah syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas 134 tuduhan menipu pegawai bank Malayan Banking Berhad dengan menggunakan dokumen palsu bagi permohonan tuntutan kemudahan 'Banker Acceptance' membabitkan lebih RM67 juta.

Bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ), Datuk Tan Han Kook, 58, dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Ching Siew Cheong, 50, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu dengan memindahkan RM67,435,143 kepada tiga syarikat pengusaha makanan, Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.

Dituduh menipu

Asia Food Link dan Violet Bonanza adalah pembekal kepada KPFQ manakala Stanson Marketing anak syarikat Silver Bird Group Bhd, yang mana Han Kook juga bekas adalah Pengarah Urusan Silver Bird dan Siew Cheong, bekas Pegawai Operasi Silver Bird.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee di sini, antara Oktober 2011 dan Februari 2012.

Bagi setiap tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Guna dokumen palsu
Han Kook dan Siew Cheong, turut mengaku tidak bersalah atas 134 tuduhan alternatif menggunakan dokumen palsu ketika permohonan tuntutan kemudahan 'Banker Acceptance' kepada Malayan Banking Berhad di tempat dan hari yang sama.

Bagi setiap tuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan 7 Januari depan untuk pengurusan kes dan membenarkan setiap tertuduh dijamin RM800,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

'via Blog this'

Syabu gelung kabel

Berita Harian | Syabu gelung kabel:

Mohd Mokhtar  (kiri) menunjukkan  gelung kabel elektrik yang digunakan untuk menyeludup dadah.
Mohd Mokhtar (kiri) menunjukkan gelung kabel elektrik yang digunakan untuk menyeludup dadah.
Johor Bahru: Taktik seorang lelaki menyembunyikan serbuk dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM1.2 juta di dalam gelung kabel elektrik berjaya dikesan dan ditumpaskan polis.

Hantar 3.77kg dadah

Penahanannya juga menggagalkan cubaan lelaki tempatan itu menghantar bekalan dadah seberat 3.77 kilogram (kg) yang dipercayai ingin dihantar ke luar negara melalui perkhidmatan penghantaran laju.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata lelaki itu ditahan 50 meter daripada sebuah cawangan syarikat penghantaran laju di Jalan Kluang, Batu Pahat, Rabu lalu.

Katanya, penahanan dibuat berdasarkan maklumat orang awam dan risikan polis yang mendapati suspek menjadikan negara ini transit sebelum dadah terbabit diedar ke negara ketiga.

Taktik baru

“Polis menahan lelaki itu yang menaiki kereta jenis PERODUA Myvi. Pemeriksaan menemui gelung kabel elektrik sepanjang 19.8 meter yang dibalut kemas dalam sebuah kotak dipercayai untuk dihantar ke Australia.
“Sebelum ini, kita menemui dadah dalam bentuk kristal.

“Kita percaya sindiket terbabit menggunakan taktik baru dengan menghancurkan dadah dalam bentuk serbuk,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

'via Blog this'

Jururawat ditipu DJ bunuh diri

Berita Harian | Jururawat ditipu DJ bunuh diri:

London: Seorang jururawat yang ditipu dua deejay (DJ) Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII, ditemui mati semalam, dipercayai membunuh diri.

Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.

“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.

Dua deejay stesen radio 2DayFM, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.

Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.

Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.
Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan. - Agensi

'via Blog this'

Penentang Morsi enggan berunding

Berita Harian | Penentang Morsi enggan berunding: Kaherah: Blok penentang semalam menolak cadangan Presiden Mesir, Mohamed Morsi supaya mengadakan dialog mengenai tindakan pemimpin itu membolot kuasa yang bakal diluluskan Perlembagaan baru.

Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) menegaskan, ia enggan menyertai dialog dicadangkan bermula hari ini oleh Morsi.’

Ucapan bercanggah

NSF berkata, ucapan Morsi lewat kelmarin bercanggah dengan pelbagai rayuan kepada beliau supaya memberi penyelesaian daripada keadaan buruk kepada Mesir ketika ini.

Dalam ucapannya disiarkan secara langsung, Morsi tetap mempertahankan tindakannya tidak boleh dipertikaikan badan kehakiman.

Pungutan suara

Beliau juga akan meneruskan pungutan suara pada 15 Disember depan bagi menggantikan Perlembagaan Mesir mengikut panel golongan agama.
Morsi juga menawarkan untuk berunding dengan penentang hari ini tetapi tidak memberi sebarang tanda bertolak ansur.

Berikutan itu, NSF menggesa supaya bantahan disambung hari ini terhadap Morsi.
Draf Perlembagaan baru mencetuskan bantahan besar-besaran di Kaherah minggu ini. Protes itu menyebabkan pertumpahan darah apabila tujuh maut dan lebih 700 lagi cedera selepas penyokong dan penentang Morsi bertempur.

Presiden tak kisah

NSF menekankan, presiden sama sekali tidak kisah penyokongnya memulakan serangan terhadap penunjuk perasaan di depan Istana Presiden.

Ia menuduh Morsi memecah belahkan penduduk Mesir dengan menggelar penentang sebagai samseng.

Blok penentang mengeluarkan kenyataan menyifatkan Morsi mengesahkan beliau tidak bertindak sebagai presiden semua penduduk Mesir tetapi pemimpin untuk parti politik tunggal, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin. - AFP

'via Blog this'

Gempa bumi berhampiran Fukushima

Berita Harian | Gempa bumi berhampiran Fukushima:
Foto
Pegawai Agensi Meteorologi Jepun, Makoto Saito memberikan penerangan berkaitan kejadian gempa bumi di Tokyo, semalam.


Foto
Gegaran magnitud 7.3 berpusat 10 kilometer di bawah dasar laut

Tokyo: Gempa bumi magnitud 7.3 melanda timur laut Jepun semalam menyebabkan bangunan di Tokyo bergoyang selain menyebabkan tsunami satu meter dan 40 sentimeter.

Amaran tsunami ditarik balik dua jam kemudian. Pusat gempa yang berdekatan dengan Fukushima menimbulkan kebimbangan.

Tetapi, pengusaha loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menyatakan mereka tidak mengesan sebarang perubahan di situ.

Tsunami satu meter itu melanda Ishinomaki, daerah Miyagi, kawasan bencana utama gempa pada Mac tahun lalu.

Ia menyebabkan semua kereta api Miyagi dihentikan buat sementara termasuk lapangan terbang Sendai yang menutup landasannya manakala lima orang cedera ringan.

Beri amaran tsunami

Berikutan gempa terbaru, ramai penduduk memberi amaran tsunami dalam Facebook , mengesahkan mereka selamat dan di mana mereka berada.
“Bangunan bergoyang agak lama di Tokyo, kamu semua selamatkah?” kata Eriko Hamada kepada kawan-kawannya.

Selain itu, ramai yang membuat panggilan telefon menyebabkan talian sesak hingga sukar menghubungi penduduk Miyagi.

“Oleh kerana gempa itu, talian telefon sesak jadi buat panggilan kemudian,” kata operator telefon.

Jepun adalah antara negara paling kerap dilanda gempa. Gegaran berlaku sekurang-kurangnya lima minit sekali.

Terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’ meliputi kawasan gunung berapi, 20 peratus daripada gempa yang berlaku adalah magnitud 6 atau lebih.

Tokyo yang mempunyai penduduk seramai 12 juta berada di persimpangan empat pelantan tektonik iaitu Eurasia, Amerika Utara, Filipina dan Pasifik.

Gempa boleh berlaku jika mana-mana pelantar itu membengkok atau pecah.

Gempa magnitud 9 pada Mac tahun lalu menyusuli tsunami menyebabkan hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis terburuk nuklear dalam tempoh 25 tahun apabila loji Fukushima-Daiichi dimusnahkan membocorkan radiasi ke dalam laut dan udara.

“Saya berada di tengah bandar ketika gempa melanda. Saya segera masuk ke dalam kereta dan menuju kawasan pergunungan. Saya masih ada dalam kereta,” kata penduduk Ishinomaki, Chikako Iwai. - REUTERS

'via Blog this'