Search This Blog

Friday, December 7, 2012

Kes sumbang mahram dibicara semula

Kes sumbang mahram dibicara semula: "PUTRAJAYA 7 Dis. - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang pekerja kontrak dibicara semula di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik iparnya yang masih di bawah umur, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir lelaki berusia 28 tahun itu. Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki berpuas hati bahawa prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi yang dijalankan oleh Mahkamah Sesyen pincang dan tidak mengikut nas undang-undang.

Sehubungan itu, kuorum tersebut mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 13 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali manakala perayu tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN."

'via Blog this'

Bekas jurusolek artis dibunuh

Bekas jurusolek artis dibunuh:

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Bekas jurusolek kepada penyanyi dan pelakon Amy Mastura yang dikenali sebagai Dicky, ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir dalam bilik rumahnya di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh di sini malam tadi.
Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, berusia lingkungan 50-an dipercayai mati akibat dijerut dan mayat mangsa ditemui abangnya yang datang ke rumah sewa itu pada pukul 8 malam tadi setelah dia gagal dihubungi.
Menurut rakan Dicky, Razman Razmi, 40, dia diberitahu abang mangsa yang tiba di rumah itu terkejut setelah mendapati adiknya sudah meninggal dunia dengan tangan dan kaki terikat.
"Saya sudah mengenali mangsa sejak hampir 15 tahun dan dia seorang yang sangat baik dan peramah.
"Saya difahamkan dia sudah 10 tahun menetap di di sini dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah mengadu berhadapan apa-apa masalah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mangsa malam tadi.
Dicky terkenal di dalam industri hiburan kerana khidmat solekannya sering digunakan oleh artis tempatan seperti Amy Mastura dan Liza Hanim.
Selain itu, dia turut menerima tempahan dan sewa baju untuk pertunjukan pentas.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.
"Ketika ditemui mangsa memakai baju T dan berseluar pendek. Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa dan kakinya turut berdarah," katanya kepada pemberita di IPK Kuala Lumpur hari ini.
Tambah beliau, berdasarkan pintu bilik mangsa yang berkunci dari dalam, polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan seorang yang rapat dengan mangsa atau mempunyai hubungan intim dengannya walaupun telefon bimbit dan komputer riba miliknya hilang.
"Bagaimanapun, siasatan akan dijalankan dengan lebih terperinci berikutan terdapat sedikit kesan umpil pada tombol pintu tersebut.
"Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121206/je_01/Bekas-jurusolek-artis-dibunuh#ixzz2ENTNXHpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Lelaki maut ditembak di warung di Batu Caves

Lelaki maut ditembak di warung di Batu Caves: "KUALA LUMPUR 6 Dis. - Seorang lelaki peniaga besi buruk maut selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di sebuah warung di hadapan kilang Simen YTL Batu Caves, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, ketika kejadian 12.30 pagi, M Siva Murugesan, 32, dari Kampung Wira Damai Jalan Sri Gombak sedang minum bersama seorang rakan di warung berkenaan telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Suspek yang memakai topeng ski, berseluar jeans warna biru, kemeja-T warna putih belang biru serta berkulit gelap.

"Ketinggian suspek lebih kurang 175cm dan berbadan tegap, datang ke arah mangsa dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," katanya. - BERNAMA"

'via Blog this'

Polis tembak kereta cuba rempuh sekatan

Polis tembak kereta cuba rempuh sekatan: "KUALA LUMPUR 6 Dis. - Polis menahan lima penjenayah, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan, setelah kereta yang mereka naiki merempuh sekatan jalan raya polis di Water Front City Ampang, Bukit Belacan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, lima lelaki berkenaan, berumur antara 20 dan 40 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau, cuba melarikan diri daripada sekumpulan polis dengan menaiki sebuah Mercedes-Benz.

Menurut sumber polis, polis mengejar kereta itu sejauh empat kilometer di Taman Seraya, Ampang, di sini sebelum pihak polis melepaskan beberapa das tembakan.

"Pemandu kereta itu cedera di bahagian anggota badan menyebabkan kenderaan itu terhenti dan suspek segera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan," katanya di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kes itu dan sidang media mengenainya dijangka diadakan esok. - BERNAMA

"

'via Blog this'

Penjual besi buruk maut

Penjual besi buruk maut:

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Seorang penjual besi buruk mati ditembak ketika berbual-bual di sebuah warung dengan rakan-rakannya di hadapan kilang simen YTL Batu Caves di sini tengah malam tadi.
Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu turut menggemparkan pekerja-pekerja kilang tersebut.
Siasatan awal mendapati M. Siva, 32, mati akibat ditembak dari jarak dekat di dada, perut dan kedua-dua lengannya.
Seorang pengawal keselamatan di premis itu yang enggan dikenali berkata, sejurus selepas terdengar bunyi tembakan, seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai rakan mangsa datang meminta pertolongan menelefon polis.
"Saya membuat panggilan kecemasan dan kami ke lokasi kejadian sebelum nampak seorang lelaki terbaring di atas kayu di hadapan warung yang ditutup.
"Saya tidak melihat dengan jelas kecederaan di badan mangsa tetapi baju dipakainya koyak-rabak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.
Tambah beliau, mangsa diangkat sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli keluarganya untuk dibawa ke Hospital Selayang sebelum polis dan ambulans tiba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, mangsa ditembak dari arah belakang oleh seorang lelaki berbadan tegap dengan ketinggian kira-kira 175 sentimeter.
"Suspek juga memakai penutup muka, baju T berwarna putih dengan seluar jean biru. Mangsa meninggal dunia dengan kesan kecederaan akibat ditembak di dada, perut dan kedua-dua lengannya dan pihak Hospital Selayang melaporkan, mangsa telah dihantar oleh rakannya," katanya.
Rosly berkata, siasatan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kelongsong peluru dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121207/je_03/Penjual-besi-buruk-maut#ixzz2ENSv9Ty8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Polis tahan lelaki cuba edar syabu RM1.2 juta menerusi kurier

Polis tahan lelaki cuba edar syabu RM1.2 juta menerusi kurier: "JOHOR BAHRU 7 Dis. - Polis membanteras cubaan mengedar dadah disyaki syabu bernilai RM1.2 juta menerusi khidmat kurier selepas menahan seorang lelaki anggota sebuah sindiket di Jalan Kluang, dekat Batu Pahat, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan pasukan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat ketika hendak melakukan urusan kurier dadah itu, kira-kira pukul 4.30 petang.

"Serbuk dadah itu dimasukkan ke dalam kabel elektrik berukuran 19.8 meter sebelum dibungkus di dalam kotak bagi mengelirukan pihak berkuasa. Dadah itu dianggarkan seberat 3.77 kilogram," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini. - BERNAMA"

'via Blog this'

Lima suspek yang ditahan mungkin pada kaitan Geng Mamak - polis

Lima suspek yang ditahan mungkin pada kaitan Geng Mamak - polis: "KUALA LUMPUR 7 Dis. - Polis tidak menolak kemungkinan lima lelaki yang ditangkap semalam selepas merempuh sekatan jalan raya berhampiran Water Front City, Ampang mempunyai kaitan dengan "Geng Mamak".

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ini kerana siasatan awal mendapati semua suspek yang mempunyai rekod jenayah, bukan sahaja terbabit dalam pecah rumah tetapi juga samun kenderaan seperti modus operandi Geng Mamak.

Ini berdasarkan penemuan beberapa nombor pendaftaran kenderaan daripada suspek, malah kereta Mercedes-Benz yang diguna semalam juga dilapor dicuri di Petaling pada 2009, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah antaranya membabitkan kes curi kenderaan, pecah rumah, samun bersenjata, rusuhan serta curi dalam bangunan.

"Tiga daripadanya juga adalah "wanted" termasuk suspek yang cedera di bahu kiri selepas ditembak semalam," katanya menambah kumpulan itu mungkin aktif sejak 2009. - BERNAMA"

'via Blog this'

Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam

Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam: "GEORGE TOWN 7 Dis. - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) cedera terkena tembakan ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kulim, Bukit Mertajam malam semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 11.15 malam itu, Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang meronda dengan menaiki motosikal bersama rakannya sebelum terserempak dengan dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan.

"Apabila petugas mendekati dua lelaki terbabit, mereka terus melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini. - BERNAMA"

'via Blog this'

27 pemandu gagal jelas saman AES dihadap ke mahkamah

27 pemandu gagal jelas saman AES dihadap ke mahkamah:

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Walaupun sebanyak 914 pemandu diperintahkan hadir ke Mahkamah Trafik di sini hari ini berhubung kegagalan menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya 27 pemandu yang tampil menghadapi tuduhan tersebut.
Daripada jumlah pemandu yang hadir itu, sebanyak 12 daripada mereka mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan denda RM300 oleh Majistret Noorshikin Sahat.
Kesemua mereka membayar denda tersebut.
Sementara lapan daripada pemandu terbabit mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Tujuh pemandu lagi dibebaskan dengan amaran selepas Noorashikin mempertimbangkan rayuan mereka yang antara lain menyatakan, bukan mereka yang memandu kereta terbabit ketika kesalahan itu dilakukan.
Mereka turut diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal mematuhi lampu merah pada isyarat lalu lintas di Jalan Klang Lama, Jalan Sepadu dan Jalan Ipoh antara 24 hingga 26 September lalu.
Kesemua mereka didakwa tidak menjelaskan saman AES dalam tempoh 60 hari dari tarikh saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari JPJ, Yuhaniza Mohd. Yusof mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.
Prosiding hari ini ditetapkan untuk sebutan kes bagi 914 pemandu.
Sebelum ini, dua pemandu telah didakwa di mahkamah pada 29 November lalu dan enam orang semalam.
Kamera pengesan AES ditempatkan di 14 lokasi berbahaya bagi mengawasi kesalahan trafik secara elektronik dalam usaha kerajaan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121206/ma_01/27-pemandu-gagal-jelas-saman-AES-dihadap-ke-mahkamah#ixzz2ENQQCAgS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Lelaki Bangladesh rasuah dijel tiga tahun, denda

Lelaki Bangladesh rasuah dijel tiga tahun, denda:

ALOR SETAR 6 Dis. - Akibat cuba merasuah seorang pegawai Imigresen sebanyak RM3,000 dua hari lalu, seorang buruh binaan warga Bangladesh hari ini dihukum penjara tiga tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Abu Hanif Toyob Ali (gambar), 24, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun lagi jika gagal membayar denda tersebut selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Tertuduh yang bekerja di Kulim dekat sini didakwa memberi suapan RM3,000 kepada Pegawai Imigresen Kedah, Nurul Huda Che Khalid sebagai dorongan supaya membebaskan adik iparnya, Md. Shohag Miah yang ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Md. Shohag yang juga merupakan seorang warganegara Bangladesh ditahan oleh anggota Imigresen pada 26 November lepas kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Abu Hanif didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 4.45 petang, Selasa lalu di Pejabat Imigresen Negeri Kedah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah, Anak Bukit di sini.
Dia didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu dikenakan hukuman paling ringan kerana dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta ibu bapa yang tidak bekerja.
Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Fieza Fazlin Fandi yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121207/ma_04/Lelaki-Bangladesh-rasuah-dijel-tiga-tahun-denda#ixzz2ENQC5v3B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

370 kes pecah rumah selesai

370 kes pecah rumah selesai:

KUANTAN 6 Dis. - Polis berjaya menyelesaikan sebanyak 370 kes daripada 736 kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di negeri ini sejak Januari hingga November lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 85 kes yang berjaya diselesaikan adalah berlaku pada waktu siang dan selebihnya iaitu 285 kes adalah berlaku pada waktu malam.
"Kebanyakan kes pecah rumah adalah berlaku pada waktu malam iaitu sebanyak 541 kes manakala selebihnya berlaku apda waktu siang.
"Jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM6.2 juta. Namun jumlah ini berkurangan berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak RM10.4 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Menurut beliau, pada tahun lalu pula, kes pecah rumah yang berlaku di negeri ini adalah sebanyak 1,360 kes dan yang berjaya diselesaikan sebanyak 593 kes.
"Ini menunjukkan bilangan kes yang berlaku pada tahun ini menurun dengan jumlah banyak sekali hasil kerjasama orang ramai dalam membanteras kes jenayah pecah rumah ini," katanya.
Dalam pada itu, katanya, bagi tempoh tiga tahun iaitu dari 2010 hingga 2012 pula jumlah kes pecah rumah yang berlaku adalah sebanyak 3,480 kes.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,445 kes berjaya diselesaikan dan jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan dialami mangsa adalah sebanyak RM25.9 juta," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121207/wp_02/370-kes-pecah-rumah-selesai#ixzz2ENPLjPv5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Remaja 13 tahun ditahan edar dadah

Remaja 13 tahun ditahan edar dadah:

MUAR 6 Dis. - Seorang remaja berusia 13 tahun bersama dua lelaki ditahan ketika membungkus sejumlah dadah yang dianggarkan bernilai RM12,000 di sebuah rumah di Kampung Kelantan, Parit Perupok di sini kelmarin.
Ketika serbuan pukul 4.30 petang itu, remaja terbabit bersama dua lelaki berumur 53 dan 34 tahun itu sedang leka memasukkan dadah dalam peket-peket kecil untuk dijual.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, kesemua dadah tersebut terdiri daripada 4.4 gram (g) syabu, heroin (20.9 g) dan sebiji pil ekstasi yang kesemuanya boleh dibekalkan kepada 900 penagih.
"Kegiatan itu dilakukan dalam sebuah bilik di rumah tersebut. Pemeriksaan mendapati remaja itu berasal dari Kajang, Selangor dan tidak bersekolah serta mengaku sudah terlibat dengan aktiviti itu sejak enam bulan lalu.
"Kedua-dua suspek dewasa itu pula berasal dari kampung tersebut. Suspek berusia 53 tahun mempunyai lima rekod jenayah sejak 1991 dan seorang lagi ada empat rekod jenayah yang kesemuanya berkaitan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua suspek termasuk remaja itu didapati positif dadah jenis heroin dan direman hingga 28 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam satu lagi serbuan berkaitan dadah di sebuah rumah di Parit Perupok kira-kira pukul 1 pagi sehari sebelum itu, polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 32 tahun kerana disyaki melakukan kegiatan sama.
Bagaimanapun, pihak polis tidak menemukan dadah dan hanya menjumpai sepucuk pistol jenis Colt tanpa peluru yang disimpan di bawah katil di bilik belakang dipercayai digunakan untuk merompak.
"Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis syabu. Salah seorang lelaki berkenaan ada rekod jenayah lampau berkaitan peras ugut.
"Pistol tersebut menggunakan peluru penabur," katanya sambil memberitahu, kedua-duanya direman hingga esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang boleh didenda RM5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121207/wj_02/Remaja-13-tahun-ditahan-edar-dadah#ixzz2ENP8jtM1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

90 dakwa ditipu pemaju rumah

90 dakwa ditipu pemaju rumah:

AZIZ M. Osman (empat dari kiri) bersama sebahagian pembeli yang mendakwa ditipu mengadakan bantahan terhadap pemaju kondominum Mas Kiara di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Sebanyak 90 pembeli asal unit Kondominium Mas Kiara di Taman Tun Dr. Ismail di sini mendakwa pemaju baru projek itu telah menjual rumah mereka dengan harga berlipat kali ganda daripada harga asal kepada pembeli kedua tanpa pengetahuan mereka.
Pengarah filem terkenal, Aziz M.Osman yang turut menjadi mangsa berkata, beliau telah membeli sebuah unit di kondominium itu pada 1995 pada harga kira-kira RM200,000 yang dijanjikan boleh diduduki pada 1998.
"Malangnya projek tersebut terbengkalai pada 2001 disebabkan pemaju asal telah bankrap. Pihak tuan tanah telah melantik pemaju baru iaitu untuk membangunkan semula projek itu.
"Sebelum memulakan pembangunan semula, pihak pemaju itu telah mengenakan beberapa syarat iaitu pembeli asal perlu membuat bayaran tambahan, kononnya untuk kos bahan-bahan mentah walaupun kondominium itu telah siap 80 peratus dan kami bersetuju," katanya pada sidang akhbar mengenai isu tersebut bersama mangsa-mangsa lain di Damansara dekat sini hari ini.
Menurut Aziz, sepanjang 2005 hingga 2007 beliau sering memeriksa perkembangan terbaru status rumahnya dengan pihak pemaju.
"Pada penghujung tahun 2011 saya difahamkan kondominium itu telah siap. Tetapi apabila saya ke sana saya telah dihalau.
"Setelah disiasat, saya mendapati unit milik saya telah dijual dengan harga berlipat kali ganda (kepada pembeli lain)," jelasnya, dan menambah hal itu turut berlaku kepada beberapa pembeli lain.
"Kami mahukan penjelasan. Kami mahu tahu apa yang sedang berlaku dan di mana hak kami semua? Kami sudah menjelaskan 80 peratus pinjaman bank daripada harga asal. Tiada tindak balas langsung oleh pihak pemaju," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, mangsa yang mahu dikenali sebagai Kak Zai berpendapat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah gagal melindungi hak dan kepentingan para pembeli.
"Kami pernah bermesyuarat dengan KPKT dan mereka mahu membantu menyelesaikan masalah kami. Sehingga sekarang tiada khabar berita dan saya hairan bagaimana pihak mereka (KPKT) memberikan kelulusan menjual unit-unit tersebut kepada pembeli kedua," katanya.
Seorang lagi mangsa, Wan Jooria Hood mengalami kerugian berjumlah kira-kira RM400,000 dan turut disenarai hitam oleh pihak bank kerana gagal membayar 20 peratus baki pinjaman.
"Ini bukan salah saya. Mengapa saya perlu bayar lagi sedangkan unit saya telah dijual oleh pihak pemaju kepada orang lain. Saya hairan dan ini merupakan sesuatu yang tidak munasabah serta penganiayaan kepada kami," tegasnya.
Mangsa-mangsa terlibat memohon bantuan pihak berwajib agar dapat menebus kembali hak-hak mereka dan menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
Sementara itu, pihak pemaju berkenaan gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121207/wk_02/90-dakwa-ditipu-pemaju-rumah#ixzz2ENOtayMU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Lelaki Indonesia hadapi 47 pertuduhan

Lelaki Indonesia hadapi 47 pertuduhan:

ALOR GAJAH 6 Dis. - Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Pati, Machap Umbo di sini hari ini atas 47 pertuduhan termasuk memalsukan dokumen, mempunyai cop palsu keluar masuk ke negara ini dan memiliki pasport orang lain tanpa kebenaran.
Buyamin Selamat, 43, yang memiliki taraf penduduk tetap negara ini didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Tangga Batu, Tanjong Kling dekat sini pada pukul 9.05 pagi, 27 April lalu.
Tertuduh menghadapi 14 pertuduhan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1965/63 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 dan penjara sehingga 10 tahun dan sebatan sehingga enam kali.
Di bawah seksyen tersebut, dia antara lain didakwa membuat dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara dan membuat Visa Kemasukan Pelbagai yang tidak wujud dalam Sistem Visa Pas (SVP3) Jabatan Imigresen Malaysia.
Tertuduh turut menghadapi tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 472 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Antara kesalahan yang didakwa dilakukan oleh tertuduh di bawah seksyen itu ialah memiliki cop palsu bagi tujuan kelulusan dokumen Pasir Gudang, Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur dan Jeti Stulang Laut, Johor Bahru.
Buyamin turut didakwa di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, kerana memiliki 26 pasport antarabangsa milik orang lain tanpa kebenaran.
Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin memerintahkan tertuduh dibicarakan pada 8 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Isamail.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121207/ma_02/Lelaki-Indonesia-hadapi-47-pertuduhan#ixzz2ENOJ9Yrk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Polis tumpas Geng Honda

Polis tumpas Geng Honda:

Mohamad Md. Yusof menunjukkan motosikal dan komponen yang sudah dileraikan dirampas daripada Geng Honda di Klang, Selangor, semalam.
KLANG 6 Dis. - Taktik sebuah kumpulan curi motosikal yang ingin mengaburi pihak berkuasa dengan menjual komponen kenderaan curi melalui platform internet di laman web mudah.my terbongkar apabila tiga anggotanya diberkas dalam tiga serbuan di sini kelmarin dan semalam.
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 tahun hingga 22 tahun itu merupakan anggota kumpulan curi motosikal dikenali Geng Honda dan dipercayai bergiat aktif mencuri puluhan kenderaan itu di sekitar Klang Selatan dan Utara, Shah Alam dan Petaling Jaya sejak awal tahun ini.
Turut dirampas dalam ketiga-tiga serbuan ialah enam buah motosikal antaranya jenis Honda, Kawasaki dan Yamaha, enam enjin motosikal, dua rangka motosikal, pelbagai komponen motosikal dan peralatan curi motosikal serta besi pencetak nombor casis enjin palsu.
Siasatan awal polis percaya salah seorang suspek yang ditahan merupakan dalang kumpulan itu yang bertindak memasarkan komponen motosikal curi di internet selain menjadikan kediamannya di Jalan Sungai Jati di sini sebagai bengkel untuk melerai komponen motosikal.
Difahamkan, selain mengaburi pihak berkuasa, kumpulan penjenayah itu menjual komponen motosikal curi di internet untuk mendapat keuntungan lebih berbanding menjual terus kepada pembeli kenderaan curi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, tangkapan dan rampasan dilakukan hasil risikan dan maklumat pihaknya.
Beliau berkata, tangkapan pertama dibuat di hadapan sebuah pasar raya mini di Jalan Kampung Jawa di sini kira-kira pukul 9.15 malam dan dua allen key yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal dan sebuah motosikal telah dirampas.
Menurut beliau, suspek kedua pula diberkas kira-kira sejam selepas itu di sebuah rumah di Jalan Kota Raja, Klang dan dua enjin motosikal yang disyaki dicuri dirampas.
"Suspek yang dipercayai dalang Geng Honda diberkas di rumahnya yang turut dijadikan bengkel melerai komponen motosikal di Jalan Sungai Jati. Turut dirampas ialah lima buah motosikal, empat enjin, dua rangka dan pelbagai komponen motosikal," katanya di sini hari ini.
Mohamad memberitahu, dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes curi motosikal di sekitar Klang Selatan, Klang Utara, Petaling Jaya dan Shah Alam.
Tambah beliau, siasatan masih dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar motosikal yang telah dicuri oleh Geng Honda selain memburu saki-baki kumpulan penjenayah itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121207/je_02/Polis-tumpas-Geng-Honda#ixzz2ENO9NlZY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Tiga sahabat dihukum gantung

Tiga sahabat dihukum gantung:

(Dari kiri) Khor Soon Lee, Tan Hun Wah dan Tiow Chin Hee dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
PULAU PINANG 6 Dis. - Tiga sahabat termasuk seorang warga emas masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah seberat 228.5 gram pada April tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amin Firdaus Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pemilik kedai kopi, Khor Soon Lee, 38; penganggur, Tiow Chin Hee, 49, dan pekerja kedai komputer, Tan Hun Wah, 64.
Beliau memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan tanpa sebarang keraguan munasabah.
Dalam penghakimannya, Mohd. Amin Firdaus berkata, pembelaan tertuduh-tertuduh lebih bersifat penafian semata-mata dan adalah tidak logik ketiga-tiga tertuduh secara tidak sengaja berjumpa di pasar raya dengan seorang daripada mereka memberikan kasut kepada seorang tertuduh lain.
Malah, individu yang bernama Atan yang disebut salah seorang tertuduh juga didapati tidak wujud dan tiada sebab untuk anggota polis melakukan penipuan dalam kes itu.
Ketiga-tiga mereka disabitkan atas tuduhan mengedar 212.5 gram heroin dan 16 gram monoacetylmorphine di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Alma, Bukit Mertajam pada pukul 3.25 petang, 27 April tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh dan Shakila Banu Shaik Allaudeen manakala tertuduh diwakili peguam-peguam S. Anthony Samy dan T. Murali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121207/ma_01/Tiga-sahabat-dihukum-gantung#ixzz2ENNx58B8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Bank rugi RM25 juta ditipu

Bank rugi RM25 juta ditipu:

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Sebuah bank kerugian RM25 juta akibat konspirasi membabitkan syarikat pengeluar roti dengan anak syarikat kepada sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) bagi memohon pinjaman bank untuk menjalankan satu projek makanan yang sebenarnya tidak wujud.
Konspirasi berkenaan hanya terbongkar selepas sebuah firma audit menemukan transaksi kewangan meragukan sehingga gagal membuat kesimpulan audit baru-baru ini.
Semakan bank berkenaan mendapati dokumen-dokumen tuntutan seperti invois, resit pembelian dan dokumen pesanan dikemukakan adalah palsu.
Siasatan turut menemukan tuntutan pinjaman dibuat kononnya untuk membeli bahan mentah bagi pelaksanaan projek berkenaan juga tidak pernah berlaku.
Menurut sumber, dianggarkan hampir 40 kali pembayaran telah dibuat pihak bank berjumlah hampir RM25 juta melibatkan dua syarikat terbabit.
"Tujuan penubuhan syarikat terbabit adalah untuk menjalankan projek makanan berasaskan susu.
"Namun projek tersebut tak mampu keluarkan hasil pengeluaran yang tinggi menyebabkan pihak berkenaan terpaksa mencari bekalan produk-produk di pasaran luar untuk diniagakan.
"Sepatutnya syarikat-syarikat terbabit membayar balik pinjaman berkenaan namun gagal berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, kemudahan bank tersebut diperoleh selepas salah sebuah syarikat terbabit berjaya mendapat tuntutan lebih RM44 juta pada Oktober tahun lalu hingga Mei tahun ini.
Salah seorang berpangkat Datuk dikatakan menjadi perancang utama konspirasi tuntutan palsu berkenaan dan dijangka bakal menghadapi lebih 200 pertuduhan dalam waktu terdekat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121207/dn_19/Bank-rugi-RM25-juta-ditipu#ixzz2ENNnDvNu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Korban Taufan Bopha meningkat 475 orang

Korban Taufan Bopha meningkat 475 orang:

NEW BATAAN 6 Dis. - Angka korban Taufan Bhopa yang melanda selatan Filipina, kelmarin kini meningkat kepada 475 orang dan menyebabkan hampir 200,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Pegawai tentera yang terlibat dalam operasi menyelamat, Mejar Jeneral Ariel Bernardo berkata, pihaknya berusaha mengesan sekurang-kurangnya 377 mangsa yang masih hilang.
Jelas beliau, kira-kira 179,000 penduduk yang menginap di kawasan perlindungan sementara, kini memerlukan bantuan kemanusiaan.
Menurutnya, kebanyakan mangsa merupakan penduduk miskin yang berpindah-randah dan mendiami kawasan terdedah kepada tanah runtuh di New Bataan dan bandar berdekatan, Konkayo.
Katanya, sebanyak 258 mayat ditemui di bahagian pantai timur Mindanao, sementara 191 lagi ditemui di New Bataan dan Monkayo.
Seorang daripada mangsa, Erinea Cantilla berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa meredah lumpur selama dua hari bagi mendapatkan makanan di tempat perlindungan selepas kediaman mereka di New Bataan musnah dalam tragedi itu.
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dalam pada itu, merayu bantuan berjumlah 3.7 juta euro (RM14.7 juta) bagi membantu Palang Merah Filipina menyediakan bantuan kepada mangsa taufan yang hilang tempat tinggal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121207/lu_04/Korban-Taufan-Bopha-meningkat-475-orang#ixzz2ENKuuSSJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut: "JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP"

'via Blog this'

Jadi suspek kes rasuah, Menteri Belia dan Sukan Indonesia letak jawatan

Jadi suspek kes rasuah, Menteri Belia dan Sukan Indonesia letak jawatan: "JAKARTA 7 Dis. - Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, hari ini meletakkan jawatan dari Kabinet.

Andi mengumumkan peletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

Dua orang lain yang dihalang itu ialah adik menteri itu iaitu Andi Zulkarnain Mallarangeng dan ahli perniagaan Mohammad Arief Taufiqurahman.

Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri. - BERNAMA"

'via Blog this'

Wanita Thai mati diserang harimau

Wanita Thai mati diserang harimau - Global - Sinar Harian: " BANGKOK -  Seorang wanita penoreh getah terbunuh akibat serangan harimau di Tumbon Aiyerweng, Betong, Yala, hari ini.

Pranee Mahasuk, 43, yang cedera parah di kepala dan muka mati di Hospital Betong.

Suaminya Boontham Mahasuk berkata mereka sedang menoreh getah pada awal pagi bila dia terdengar isterinya menjerit dan mendapati seekor harimau Benggala berada dekat isterinya.

"Saya memanjat pokok dan menembak harimau itu lima kali tetapi binatang itu masih berjalan sekeliling. Saya tembak lima kali lagi," katanya.

Beliau turun dari pokok beberapa jam kemudian bila harimau itu telah pergi.

Polis Betong mengesahkan kejadian itu dan berkata polis dan orang kampung cuba menangkap harimau berkenaan yang dipercayai cedera terkena tembakan. - Bernama"

'via Blog this'

Dirogol lelaki baru dikenali

Dirogol lelaki baru dikenali - Melaka & NS - Sinar Harian:

TAMPIN – Seorang gadis berusia 20-an yang menetap di sini berdepan detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia diculik pada 28 November lalu dan dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya sebelum dia berjaya melarikan diri 3 Disember lalu di Dungun, Terengganu.
Dalam kejadian 28 November lalu, Sinar Harian difahamkan bapa gadis malang berkenaan berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya yang dalam keadaan cemas.

Kali terakhir anaknya dilihat ialah pada 6 petang, 28 November lalu yang mahu keluar berjalan-jalan dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, susulan kerjasama orang awam dalam membantu gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dungun, lelaki yang baru dikenalinya itu berjaya ditangkap pihak polis pada hari sama mangsa berjaya melarikan diri.

“Pada 3 Disember, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an meninggalkan mangsa di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjinnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di Dungun, Terengganu.
“Bagaimanapun, mangsa yang menyedari dia mampu menyelamatkan diri telah bertindak melarikan kereta Perodua Kancil berkenaan dan memohon bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi balai polis berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian, di Ibu Pejabat Poilis Daerah (IPD) Tampin, dekat sini, semalam.

Kooi Cheang berkata, pada keesokan harinya (4 Disember) selepas berjaya diselamatkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Tampin bahawa dirinya dirogol beberapa kali oleh suspek semasa dilarikan termasuk sekali di Tampin.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan tempoh itu bakal dilanjutkan bagi membolehkan pihak polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

“Malah, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.

'via Blog this'

Mayat dijumpai Orang Asli

Mayat dijumpai Orang Asli - Melaka & NS - Sinar Harian:

Lokasi di mana mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap, petang kelmarin.
Lokasi di mana mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap, petang kelmarin.
JEMPOL - Aktiviti harian seorang penduduk Orang Asli untuk mencari hasil hutan di kawasan ladang dekat sini, terbantut seketika apabila dia menjumpai mayat tertiarap, lewat petang kelmarin.

Mayat lelaki itu dipercayai warganegara China, Zhou Qi Hua, 46, merupakan sub kontrak sebuah syarikat dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mayat itu ditemui seorang penduduk Orang Asli yang ketika itu sedang mencari hasil hutan di belakang rumah pekerja dekat kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, sejurus melihat mayat itu, penduduk Orang Asli berkenaan bergegas keluar dari ladang sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk lain.

"Mangsa yang ditemui tertiarap tidak berbaju dan hanya berseluar pendek dipercayai dijerut di bahagian leher menggunakan baju miliknya.

"Pihak polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa, namun pengecaman yang dibuat oleh syarikat terbabit mengesahkan mangsa adalah pekerja sub kontraknya,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, seketul batu yang terdapat kesan darah turut dijumpai berhampiran mangsa. Walau bagaimanapun hasil siasatan awal di kawasan berkenaan, tidak terdapat kesan pergelutan.

“Mangsa dipercayai dibunuh kurang 24 jam dan mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

“Berikutan itu, enam lelaki iaitu rakan sebilik mangsa berumur antara 27 hingga 45 tahun ditahan pada hari yang sama untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa bersama rakan sebiliknya itu berasal dari kampung yang sama iaitu Hebei, China.

'via Blog this'

Maut ketika ke ladang getah

Maut ketika ke ladang getah - Melaka & NS - Sinar Harian:

Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
ALOR GAJAH - Seorang warga emas maut selepas motosikal jenis Honda yang ditunggang dirempuh sebuah lori muatan ayam di simpang tiga Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, dekat sini awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa, Ong Ah Bon, 72, dari rumahnya di Batu 11 1/2 Durian Tunggal dalam perjalanan ke ladang getah berdekatan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh lori yang dipandu M Rajenthran, 50.

Sumber berkata, mangsa yang menunggang sendirian tercampak di jalan raya manakala topi keledarnya turut tercabut.

"Mangsa kemudiannya digilis lori berkenaan mengakibatkan kepalanya pecah.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bagi membantu mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan," katanya, semalam.

Anak ketiga mangsa, Ong Lee Chuan, 43, berkata, ketika kejadian dia turut menunggang sebuah lagi motosikal tidak jauh dari motosikal ditunggang bapanya.

“Saya dan ayah keluar dari rumah kira-kira jam 5.45 pagi untuk ke ladang getah namun ayah gerak lebih awal dan saya menyusul di belakang sebelum menyedari sebuah lori memintas motosikal saya,” katanya.

Menurutnya, kurang satu minit dia mendapati lori berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum menyedari motosikal ditunggang bapanya terlibat kemalangan.

"Saya lihat ayah sudah tidak sedarkan diri sebelum akhirnya polis tiba mengangkat mayat ayah," katanya.

Lee Chuan berkata, sebelum bergerak ke ladang, ayahnya sempat menikmati secawan milo panas dan biskut seperti kebiasaan sebelum mereka dua beranak memulakan rutin harian.

“Pagi itu (semalam) ayah berkelakuan seperti biasa tidak menunjukkan sebarang sikap pelik cuma ayah pergi terlebih dahulu kerana kebiasaan kami keluar bersama ke ladang,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian membabitkan dua kenderaan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'via Blog this'

Sekatan mentua

myMetro | Sekatan mentua: "
BERASINGAN...Jimmy dan Nursuhaila hadir pada perbicaraan kes penjagaan anak, semalam.
BERASINGAN...Jimmy dan Nursuhaila hadir pada perbicaraan kes penjagaan anak, semalam.
SHAH ALAM: “Bekas bapa mentua haramkan saya ke rumahnya sejak Januari 2011,” kata pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley dalam perbicaraan hak penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, berkata, bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26, selaku plaintif juga meletakkan syarat jika dia ingin berjumpa dengan anak.

Menurutnya, bekas ibu mentua pula hanya membawa anak berjumpanya apabila bekas bapa mentua tiada di rumah.

Disebabkan itu, Jimmy yang juga defendan berkata, kali terakhir dia ke rumah keluarga mentuanya di Sungai Buloh, dekat sini, pada Julai 2011 iaitu selepas kelahiran anak perempuan tunggalnya, Zahra Rania Shanley yang kini berusia setahun tujuh bulan.



Jimmy berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila Eliani mengenai sebab dia tidak melawat Zahra Rania yang tinggal bersama keluarga bekas mentuanya itu."

'via Blog this'

Ditembak ketika minum

myMetro | Ditembak ketika minum:


BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.




SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam.


GOMBAK: Seorang lelaki yang sedang menjamu selera bersama rakannya di sebuah warung di kawasan perindustrian Batu Caves di sini, maut selepas ditembak seorang lelaki bertopeng, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai M Siva, 32, dikatakan terkena tiga das tembakan di dada, perut dan tangan.


Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika berada di kilang berdekatan, dia terdengar bunyi tiga das tembakan, namun tidak berani keluar kerana bimbang keselamatan diri.

“Selepas 10 minit, seorang rakan mangsa datang meminta bantuan saya dan memberitahu rakannya itu parah dan terbaring berlumuran darah akibat ditembak.







“Sebaik tiba di lokasi, saya lihat beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa sedang mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kereta untuk menghantarnya ke hospital,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


'via Blog this'

Padah redah lampu merah

myMetro | Padah redah lampu merah:


KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik, di sini, semalam selepas dikesan melanggar isyarat lampu merah melalui dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).


Daripada jumlah itu, 24 orang kena saman (OKS) didenda RM300 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Noorashikin Sahat dan turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda terbabit.



Manakala 20 lagi yang turut mengaku bersalah dilepaskan dengan amaran selepas rayuan mereka diterima mahkamah.




Antara rayuan mereka yang didengar mahkamah adalah kerana berkejar ke hospital untuk menghantar anak sakit, waktu kesalahan dibuat pada waktu puncak selain tidak sedar terdapat lampu isyarat di kawasan berkenaan.



Sebanyak 1,400 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilaporkan dibawa ke mahkamah, semalam selepas individu terbabit gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari akibat melanggar lampu isyarat merah yang dipasang kamera AES itu.



Namun, hanya 58 individu hadir dengan 13 daripada mereka mengaku tidak bersalah dan akan dipanggil semula ke mahkamah pada 26 Disember ini untuk sebutan semula kes.








Bagaimanapun, seorang daripada mereka, Soon Chooi Mee, 53, tidak membuat sebarang pengakuan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai waktu kesalahan itu dilakukan, menyebabkan saman dihadapi wanita terbabit ditarik balik JPJ.



Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa gagal mematuhi isyarat lampu merah pada isyarat lalu lintas di dua kawasan iaitu di Jalan Klang Lama-Jalan Sepadu dan Jalan Ipoh.






Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya dari JPJ, Zulkhairee Sabirudin.



Sementara itu, seorang eksekutif teknologi maklumat, Mohd Adha Hussain, 30, yang dilepaskan dengan amaran memberitahu dia sengaja tidak membayar saman dalam tempoh 60 hari kerana mahu mempertahankan haknya di mahkamah.



Menurutnya, ketika kejadian jam 12 tengah malam, 26 September lalu itu, dia bergegas menghantar anaknya yang demam panas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dari Jalan Klang Lama, di sini.


'via Blog this'

Senjata gumpalan kertas

myMetro | Senjata gumpalan kertas:


IPOH: Seorang wanita nekad menggunakan satu gulungan kertas keras untuk mempertahankan diri ketika bergelut dengan penjenayah yang bersenjatakan pisau sushi dalam kejadian samun di kediamannya di Pengkalan Barat, di sini semalam.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Cheong, 32, cedera dan menerima 15 jahitan di pergelangan tangan kirinya.



Suspek seorang lelaki berusia 30-an yang tidak berbaju dan hanya berseluar jean serta memakai topi tanpa menutup muka turut cedera di perut, tetapi berjaya melarikan diri.




Menurut Cheong, ketika kejadian dia menonton televisyen di bilik tidur tingkat atas sebelum mendengar benda pecah lalu memeriksa dan mendapati suspek seorang lelaki mengacukan pisau ke arahnya sambil mengugut mencederakannya.



“Sebaik nampak lelaki itu memegang pisau, saya nekad melawannya menggunakan gulungan kertas. Bagaimanapun, dalam pergelutan itu, pergelangan tangan kiri cedera ditikam pisau.



“Melihatkan saya cedera, lelaki itu melarikan diri melalui bumbung rumah, sementara saya mendapatkan bantuan jiran sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui wartawan di kediamannya di sini semalam.








Menurutnya, lelaki itu yang turut mengalami kecederaan di perut dipercayai masuk ke rumah itu menerusi bumbung berdasarkan kesan tapak kaki dan siling yang pecah.



Cheong yang tidak bekerja berkata, ketika kejadian suaminya bekerja, manakala dua anaknya mengikuti kelas tuisyen di luar.






Katanya, kejadian pecah rumah pertama kali berlaku menyebabkan dia berasa bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarganya.



“Ini kejadian pertama sepanjang tujuh tahun menetap di sini dan keadaan ini membuatkan saya berasa risau dan masih trauma,” katanya yang turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengelembu, Lim Pek Har.



Lim berharap kejadian berkenaan tidak berulang dan mengingatkan orang awam supaya lebih berhati-hati apabila berhadapan penjenayah seperti itu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan berhubung kes itu.



“Suspek yang cedera bergelut dengan mangsa diberkas polis ketika menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.


'via Blog this'

Budak Korea mati nahas

myMetro | Budak Korea mati nahas:


GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki warga Korea Selatan berusia 11 tahun maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita ketika melintas jalan di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.


Kejadian berlaku jam 4.10 pagi mangsa, Cha Hyeon Jun, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Persiaran Gurney dan ketika itu mangsa berjalan seorang diri.



Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, mangsa melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan tanpa menggunakan kawasan pejalan kaki berhampiran Balai Bomba Bagan Jermal.




Menurutnya, ketika mangsa cuba melintas jalan, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 30-an dari Jalan Persiaran Gurney ke Tanjung Tokong tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.



Katanya, mangsa mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.



“Punca kematian akibat kecederaan teruk. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan termasuk mengambil keterangan pemandu wanita.








“Difahamkan, keluarga mangsa masih berada di Korea Selatan dan mangsa tinggal bersama saudaranya di sini,” katanya.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.






Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan.


'via Blog this'

Kali kedua jumpa bayi

myMetro | Kali kedua jumpa bayi:


AMPANG JAYA: “Ini bukan kejadian pertama sebaliknya berlaku kali kedua seingat saya dalam tempoh empat ke lima tahun,” kata Siti Hatijah Samah, 44, ketika diminta mengulas mengenai penemuan bayi perempuan yang ditemui baru dilahirkan di halaman rumahnya di Kampung Pandan Dalam, di sini, kira-kira jam 5 pagi, semalam.


Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi ibunya, Fatimah Bee Ahmad Khan, 70, yang menemui bayi perempuan terbabit.



“Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang ke rumah sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya yang memberitahu ketika malam kejadian, dia bermalam di sebuah lagi rumahnya di Sungai Besi.




Fatimah Bee berkata, dia yang bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tiba-tiba terdengar tangisan bayi yang kuat.



“Saya kemudian memanggil Tohi Taib, 50, yang menyewa di rumahnya itu untuk keluar bagi melakukan pemeriksaan,” katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya, di sini, semalam.



Menurutnya, selepas dimaklumkan Tohi bahawa dia menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat, dia mengarahkan supaya bayi malang itu dibawa masuk ke dalam rumah.








“Saya bimbang jika dibiarkan di halaman rumah, bayi terbabit akan mati kesejukan,” katanya.



Katanya, ketika bayi itu ditemui, dia dibalut dengan kain batik yang dipenuhi darah.






“Malah, laman rumah saya juga dipenuhi darah menyebabkan yakin wanita terbabit melahirkan bayi di kawasan berkenaan,” katanya.



Fatimah Bee berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya, Siti Hatijah dan memintanya supaya pulang segera.



“Kira-kira 20 minit kemudian, Siti Hatijah tiba di rumah sebelum dia menelefon pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya.



Katanya, sepasukan polis bersama ambulans tiba di rumahnya kurang 10 minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran.



Ditanya mengenai keadaan bayi terbabit, Fatimah Bee dan Siti Hatijah berkata, bayi itu berada dalam keadaan sihat.



“Kulitnya (bayi) cerah dan comel...jika boleh diambil sebagai anak angkat, kami sekeluarga sanggup berbuat demikian,” katanya.



Wartawan yang bertanya mengenai tindakan pihak berkuasa yang tiba di rumahnya itu, Fatimah Bee berkata, polis memeriksa halaman rumah dan mengambil kain batik yang digunakan untuk membalut bayi itu.



“Malah, ada polis juga mengambil keterangan saya,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


'via Blog this'

‘Penthouse’ terbakar

myMetro | ‘Penthouse’ terbakar: "PETALING JAYA: Satu unit ‘penthouse’ yang sedang diubah suai musnah dalam kejadian kebakaran di Kondominium Ehsan Ria, Seksyen 11, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada sesiapa berada di rumah berkenaan serta semua penghuni blok meninggalkan kondominium itu.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.42 petang mengenai kejadian itu.

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Damansara dan Subang Jaya dengan kekuatan 28 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan.


“Kebakaran di tingkat teratas bangunan 24 tingkat itu berjaya dikawal pada jam 3.13 petang dan dipadam sepenuhnya oleh anggota kami kira-kira sejam selepas itu,” katanya.


Sani berkata, punca kejadian belum dikenal pasti dan Unit Forensik Bomba sedang menjalankan siasatan.


Katanya, unit yang baru dibeli pemiliknya sejak beberapa bulan lalu itu musnah sama sekali, bagaimanapun jumlah kerugian masih dalam siasatan."

'via Blog this'

Tungku perut meletup

myMetro | Tungku perut meletup: "KUALA LUMPUR: Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.

Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.

Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu.


“Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.


“Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ,” katanya kepada Harian Metro, semalam."

'via Blog this'

Cedera tepis parang

myMetro | Cedera tepis parang:


KUCHING: Seorang wanita yang cuba mempertahankan beg tangannya daripada dilarikan, cedera di tapak tangan selepas dilibas dengan parang oleh penjenayah dalam kejadian samun di depan sebuah rumah di Lorong Kenyalang, di sini, semalam.


Sebelum kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, mangsa, Lim Sye Sye, 20, baru tiba di rumah sebelum diserang seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belukar berdekatan.



Lim berkata, ketika cuba menutup pintu pagar automatik rumah, penyerang meluru ke arahnya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum cuba mempertahankan beg tangan yang ditarik lelaki terbabit.




“Tiba-tiba lelaki itu menghayun parang ke arah kepala dan saya sempat menepisnya menyebabkan tapak tangan saya luka. Tindakan itu menyebabkan lelaki itu berjaya merampas beg tangan dan terus melarikan diri,” katanya.



Menurut Lim, ahli keluarganya yang terdengar kekecohan di luar bergegas keluar rumah, namun penyerang terbabit sudah melarikan diri dan pada sama, dia menahan sakit akibat kecederaan di tangan yang berlumuran darah.



Kejadian itu menyebabkan Lim kehilangan wang tunai kira-kira RM10,000, kunci kereta serta beberapa dokumen peribadi.








Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan, manakala ibu dan bapanya membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga, di sini, pada malam kejadian.



Sementara itu, ibu Lim, Tan Cheng Peng, 44, mendakwa sempat melihat seorang lelaki berlegar-legar di depan rumahnya pada petang kejadian.






“Saya kemudian menghidupkan semua lampu di luar rumah kerana bimbang melihat gelagat lelaki terbabit. Saya tidak menolak kemungkinan lelaki yang dilihat petang semalam (kelmarin) yang melakukan perbuatan ini,” katanya.



Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.


'via Blog this'

14 pendatang Indonesia, Sri Lanka ditahan dalam bot pom-pom

myMetro | 14 pendatang Indonesia, Sri Lanka ditahan dalam bot pom-pom:


PELABUHAN KLANG: Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang menahan sebuah bot dinaiki 14 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dan Sri Lanka dalam Op Pensura yang dijalankan di Kuala Sungai Tanjung Karang, di sini, awal pagi semalam.


Tangkapan pada jam 1 pagi itu dilakukan selepas sepasukan bot peronda pencegahan jenayah polis marin yang sedang melakukan rondaan ternampak sebuah bot penuh dengan muatan dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.



Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, bertindak atas maklumat itu, pasukan polis marin menahan bot pom-pom yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu.




Katanya, pemeriksaan dilakukan menemui 14 orang pendatang berusia setahun hingga 40 tahun yang dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia.



“Pemeriksaan mendapati bot itu membawa lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta lima lelaki, dua wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan warga Sri Lanka,” katanya.



Norzaid berkata, turut ditahan tekong bot serta seorang awak-awak warga Indonesia berusia 33 dan 39 tahun.


'via Blog this'

Sindiket curi gegelung besi punah

myMetro | Sindiket curi gegelung besi punah:


SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan sindiket mencuri sembilan gegelung besi seberat 191,217 tan metrik yang dianggarkan bernilai RM554,500 dengan tertangkapnya tujuh lelaki di Petaling Jaya dan Klang, 22 November hingga 30 November lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penahanan semua suspek berusia 22 hingga 38 tahun itu rentetan kejadian samun di sebuah kilang besi di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang, 20 November lalu.



Beliau berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, tiga daripada suspek bersenjatakan parang menyerbu masuk kilang berkenaan sebelum mengikat dua pengawal keselamatan dan mengurung mereka dalam pos pengawal.




Katanya, berdasarkan laporan pengawal berusia 30-an itu, selepas dia dan rakannya diikat, suspek membawa masuk treler ke dalam kawasan kilang bagi mengangkat gegelung besi masuk ke dalam treler.



Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan lebih daripada sebuah treler untuk mengangkut gegelung besi berkenaan berikutan saiznya yang besar dan berat.



“Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengambil masa lima hingga enam jam dan menggunakan kren milik kilang berkenaan untuk mengangkut semua gegelung besi ke dalam treler.








“Kejadian itu dimaklumkan kepada polis pada jam 6 pagi oleh seorang daripada pengawal yang bertugas selepas mereka yang cedera di tangan dan badan membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.



Mohd Adnan berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, polis menahan empat lelaki di sebuah bengkel di Petaling Jaya pada jam 1.40 pagi, 22 November lalu dan menemui semula sembilan gegelung besi yang belum sempat dileraikan di dalam premis berkenaan.






Katanya, siasatan ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Indonesia yang juga pekerja di kilang tempat gegelung besi berkenaan di kawasan perindustrian Bukit Raja pada jam 5 petang, hari sama.



“Pada 30 November lalu, polis menahan dua lelaki di hadapan Maybank Bandar Baru Klang kerana dipercayai turut terbabit dalam kes samun berkenaan.



“Dengan tertangkapnya semua suspek, polis yakin kes samun berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.


'via Blog this'

Jual motosikal curi di Internet

myMetro | Jual motosikal curi di Internet:


KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.


Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.




Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.



“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.



“Suspek mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.








Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15 malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di bahagian belakang rumah berkenaan.



“Hasil maklumat suspek kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek, polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai komponen motosikal dileraikan,” katanya.






Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin dan chasis motosikal yang dicuri.



“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.



“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300 bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,” katanya.



Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.



Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek, pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini di Klang.



Semua suspek ditahan direman seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.


'via Blog this'