Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Lokasi ibarat 'perangkap maut'

Lokasi ibarat 'perangkap maut':

Kereta yang dipandu oleh Hamdan Mohd. Ali terbabas selepas dilanggar oleh sebuah treler yang dipandu ke arah utara di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran RTC Gopeng, di Ipoh, Perak, semalam.
IPOH 5 Dis. - Kombinasi jalan berbukit, gelap terutamanya pada waktu malam dan hujan menjadikan laluan dari Kilometer 293 hingga Kilometer 310 Lebuh Raya Utara-Selatan yang merekodkan 19 kemalangan maut dengan 22 kematian tahun ini antara kawasan paling berbahaya di negara ini.
Malah, Kilometer 304.6 iaitu lokasi yang mengorbankan seorang pemandu bas ekspres semalam merupakan antara lokasi paling kerap berlaku kemalangan sepanjang tahun ini iaitu sebanyak tiga kes.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, keadaan laluan berbukit terutamanya berdekatan Gua Tempurung mendorong pemandu kenderaan untuk memandu laju bagi mendapat kuasa pecutan semasa mendaki namun begitu kenderaan akan bergerak lebih laju semasa menuruni bukit.
"Pemandu mungkin selesa untuk memecut di laluan itu tetapi kecelakaan boleh berlaku jika tidak sempat mengelak treler atau bas yang tiba-tiba memasuki lorong kanan untuk memotong kenderaan berat lain yang bergerak terlalu perlahan di lorong kiri ketika mendaki.
"Selain itu, kenderaan yang dipandu laju juga boleh terbabas dan hilang kawalan ketika menuruni bukit terutama pada waktu hujan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Kong Soon, selain itu, banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu yang terlelap semasa memandu apatah lagi dengan keadaan jalan gelap di kawasan Gua Tempurung kerana tiada lampu jalan.
Katanya, keadaan jalan gelap turut menyukarkan pemandu untuk melihat treler terutamanya yang mempunyai lampu belakang yang kecil dan tidak terang.
"Mungkin PLUS Expressway Berhad (PLUS) perlu letakkan lampu jalan di situ dan kalau boleh letakkan papan tanda amaran dalam jarak lebih jauh untuk memaklumkan lokasi membaiki jalan atau lori rosak di tepi jalan," ujarnya sambil meminta pemandu meningkatkan tahap kewaspadaan semasa melalui lokasi tersebut.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang laluan itu dari kedua-dua arah utara dan selatan mendapati fakta-fakta yang dikemukakan itu ada benarnya.
Walaupun tiada selekoh tajam yang merbahaya, kebanyakan pemandu kenderaan termasuk treler tanpa muatan dan bas dilihat memandu laju terutamanya sewaktu menuruni bukit termasuk ketika hujan lebat.
Tinjauan juga mendapati langsung tiada lampu jalan di kawasan berkenaan dan mungkin antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, lokasi Hentian Rehat Gua Tempurung di laluan sebelah utara juga boleh mengundang bahaya kerana bas dan lori yang keluar dari kawasan itu akan bergerak perlahan sedangkan kenderaan di belakang bergerak laju untuk mendapat kuasa pecutan sebelum mendaki laluan berbukit di hadapan.
Semasa melakukan tinjauan tersebut, wartawan Utusan Malaysia turut terserempak dengan satu kemalangan membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna Honda Stream di Kilometer 291.2 iaitu kira-kira dua kilometer dari 'laluan maut' itu.
Namun, mujurlah kemalangan itu tidak meragut nyawa atau kecederaan serius kepada pemandu treler dan pasangan suami isteri di dalam MPV itu, Hamdan Mohd. Ali, 57, dan Adiba Hamid, 48.
Menurut Hamdan, kenderaannya yang berada di lorong kiri dirempuh dari tepi oleh treler tersebut yang sebelum itu terbabas dan melanggar penghadang besi di tengah jalan.
"Treler itu berada di lorong paling kanan dan dipandu laju semasa menuruni bukit. Saya ada dengar siaran radio mengenai pesanan oleh Ketua Polis Daerah Kampar supaya pemandu berhati-hati sewaktu melalui kawasan ini tetapi kita berhati-hati pun, orang langgar kita," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121206/dn_14/Lokasi-ibarat-perangkap-maut#ixzz2EHnG2Ft1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Dua maut, lima parah ketika ke tempat berkhatan

Dua maut, lima parah ketika ke tempat berkhatan:

SALAH sebuah kereta yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan dua maut di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau, Dungun, Terengganu, semalam.
DUNGUN 5 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki yang bakal berkhatan, parah apabila kenderaan yang dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau, di sini hari ini.
Nahas berlaku pukul 9 pagi apabila kereta Proton Wira dinaiki kanak-kanak itu, Tarmizi Ismail, 11, dirempuh sebuah kereta Honda Civic yang terbabas.
Pertembungan itu menyebabkan ibu saudaranya, Zainun Awang, 50, maut di tempat kejadian. Seorang lagi yang maut ialah penumpang kereta Honda Civic, Suzlina Ahmad, 40.
Selain Tarmizi, empat lagi yang parah ialah ibunya, Gayah Awang, 45, dan suami Zainun, Zulkifli Mamat, 53, yang memandu kereta Proton Wira tersebut.
Turut parah ialah anak Suzlina, Mohd. Ridwan Badiozaman, 21, yang memandu Honda Civic dan anak saudaranya, Nor Fatikah Samsudin, 17.
Menurut anak sulung Zainun, Mohd. Qoha, 19, semasa kejadian, ibu dan bapanya dari Kampung Jerangau Sungai dan mahu ke bandar Dungun untuk membawa sepupunya, Tarmizi berkhatan.
"Tidak lama kemudian, saya terkejut apabila ada orang beritahu yang mereka terlibat dengan kemalangan dan ibu saya meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, anak sulung Suzlina, Mohd. Sabaha Badiozaman, 23, memaklumkan ibu dan ahli keluarganya yang lain dalam perjalanan mahu mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi Suzlina dengan pengamal perubatan tradisional di Machang, Kelantan.
Katanya, pada pagi sebelum kejadian, ibunya mengejutkan adiknya, Mohd. Ridwan kira-kira pukul 8 pagi dan memberitahu mereka sudah terlambat untuk pergi ke tempat itu.
"Ikutkan ini rawatan terakhir mak saya tetapi saya tidak sangka usianya tidak panjang dan meninggal dunia sebelum sempat berubat," katanya yang reda dengan kematian ibunya selepas pemergian bapanya kira-kira dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kereta Honda Civic yang dalam perjalanan dari arah Dungun terbabas dan berpusing sebelum merempuh Proton Wira dari laluan bertentangan.
"Kemalangan berlaku dalam keadaan jalan licin kerana hujan tetapi punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121206/dn_13/Dua-maut-lima-parah-ketika-ke-tempat-berkhatan#ixzz2EHmv4TdA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Kes dera pembantu rumah Indonesia terpencil

Kes dera pembantu rumah Indonesia terpencil: "KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kes jenayah melibatkan majikan Malaysia terhadap pembantu rumah Indonesia adalah terpencil dan Malaysia adalah negara selamat untuk pekerja asing berbanding negara lain, kata seorang diplomat Indonesia di sini.

Menteri Penasihat Penerangan, Sosial dan Budaya, Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastraderedja berkata hanya 10 peratus kes melibatkan masalah keselamatan terhadap pekerja Indonesia di negara ini.

"Terdapat pelbagai kes seperti tidak dibayar gaji, penderaan dan sebagainya, bagaimanapun ia adalah kes terpencil dan sedikit memandangkan jumlah pekerja Indonesia di negara ini lebih besar dan ia bukan satu masalah untuk pekerja Indonesia datang bekerja di sini," katanya kepada Bernama Radio24 menerusi Program Dalam Radar, semalam.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah negara tidak selamat, cuma Malaysia tidak "selamat" dari sudut gaji kerana sama sekali berbeza dengan negara lain seperti Singapura yang memberi bayaran lebih tinggi," katanya.

Suryana berkata walaupun begitu masih ramai pekerja Indonesia yang terus bekerja di negara ini berikutan hubungan baik majikan terhadap mereka termasuk mendapat layanan seperti keluarga."

'via Blog this'

Status muflis mengejutkan

Status muflis mengejutkan - Johor - Sinar Harian:

Status muflis mengejutkan
Sang Ka Meng menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang tidak pernah memiliki kereta terkejut apabila mendapati dirinya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran sebuah kenderaan mewah.

Mangsa, Sang Ka Meng, 28, kini bukan sahaja berdepan dengan tanggungan hutang yang tidak diketahuinya malah bakal kehilangan kerja sebagai tukang pendawaian elektrik di Singapura kerana telah seminggu tidak bekerja.

“Saya hanya tahu disahkan muflis selepas ditahan penguatkusa Imigresen ketika hendak ke tempat kerja 28 November lalu.

“Saya tidak dibenarkan ke luar negara atas alasan nama saya disahkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia kerana mempunyai tunggakan di sebuah bank atas pembelian kereta Toyota Camry,” katanya bingung mengenang nasib diri dan keluarganya.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui pernah kehilangan kad pengenalan akibat disamun pada 2010 namun pelik bank terbabit boleh meluluskan permohonan kenderaan mewah sewenang-wenangnya.

“Majikan (sekarang) mengarahkan saya menyelesaikan perkara ini dengan segera kerana tidak mahu mengganggu kerja,” katanya yang membuat aduan di Pejabat Pas Johor di sini, semalam.

Beliau turut membuat laporan polis di Tampoi kerana mengesyaki dokumen peribadinya dipalsukan pihak tertentu untuk penipuan.

Permasalahan Ka Meng mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat Kempas, Suhaizan Kaiat yang akan membantu mendapatkan surat kebenaran perlepasan sementara bagi membolehkan mangsa bekerja.

“Kita akan membuat permohonan di Jabatan Insolvensi untuk mengeluarkan surat perlepasan sementara dalam menyelesaikan proses bankrap ini yang dijangka akan mengambil masa yang panjang.

“Kita juga akan ke bank bagi mendapatkan dokumen perjanjian. Kehidupan lelaki ini bersama keluarganya perlu diteruskan, jika ia berlarutan ia akan menjejaskan rezeki mereka,” katanya.

'via Blog this'

Mangsa nahas trauma naik bas

Mangsa nahas trauma naik bas - Perak - Sinar Harian:

Thet Lin
Thet Lin
IPOH – Salah seorang mangsa yang cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan treler, kelmarin mengakui trauma untuk menaiki bas semula.

Thet Lin, 26, seorang warga Myanmar berkata, ketika kejadian itu, dia bersama dua rakannya menaiki bas berkenaan dari Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) (Hentian Puduraya) selepas melawat rakannya di sana.

Dia yang sudah setahun menetap di negara ini berkata, kejadian berlaku ketika bas berkenaan cuba memotong.

“Selepas memotong lori, bas dalam keadaan tidak terkawal dan terus merempuh treler yang berada di hadapan,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Katanya, impak kemalangan itu, mukanya terhantuk ke kerusi sehingga menyebabkan mata kanannya cedera dan kaki kanannya patah.

“Kemalangan itu berlaku kurang lima minit, sehingga kini saya masih trauma dan takut untuk naik bas semula,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, seorang maut manakala 10 penumpang yang lain cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh merempuh sebuah treler.

Insiden di kilometer 304.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung mengorbankan pemandu bas berkenaan, Abdul Rahim Musa, 57.

'via Blog this'

Kontraktor ditahan bantu siasatan kes bunuh

Kontraktor ditahan bantu siasatan kes bunuh - Perak - Sinar Harian: "IPOH - Seorang kontraktor telekomunikasi diberkas polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang ditemui maut dalam keadaan mengerikan berhampiran kawasan Meru Raya petang Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuradi Ibrahim berkata, lelaki berkenaan ditahan di sekitar bandar raya ini lebih kurang jam 2.30 petang semalam.

“Suspek yang masih bujang akan ditahan beberapa hari bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku tiga hari lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai B Shashekala, 40, berasal dari Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur itu dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh 12 jam sebelum dicampak di tepi Persiaran Meru Raya 3.

“Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kami terus menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan daripada polis Kuala Lumpur.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tangan dan kaki terikat berhampiran Terminal Bas Bersepadu Meru Raya."

'via Blog this'

Wanita warga Indonesia rayu hakim ringan hukuman

Wanita warga Indonesia rayu hakim ringan hukuman - Perak - Sinar Harian:

Wanita warga Indonesia rayu hakim ringan hukuman
Warga Indonesia yang ditahan di sebuah premis di Kampung Kurnia, Slim River kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, dibicarakan, semalam.
TELUK INTAN - Seorang wanita warga Indonesia sanggup menangis dan merayu agar hukuman diringankan di Mahkamah Seksyen Khas Pati, di sini, pagi semalam.

Wanita dikenali sebagai Maya, 26, itu dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) dan 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, ketika ditahan sepasukan anggota Imigresen di rumah kongsi di tapak pembinaan, di Slim River, 22 November lalu.

Namun begitu, Hakim Mahkamah Seksyen Khas Pati, D Surita Kaur Jessy tetap tegas dengan menjatuhkan hukuman empat bulan penjara daripada tarikh ditahan kerana tertuduh melakukan dua kesalahan iaitu tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah.

Selain Maya, tujuh rakan senegaranya turut melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 apabila ditahan sepasukan anggota Imigresen di sebuah premis di dalam tapak pembinaan, Kampung Kurnia, Slim River, 22 November lalu.

Mereka yang dituduh dikenali sebagai, Budiono, 27, Mohlas, 43, Fayakun Sanata, 47, Iman Alimin, 37, Busami, 62, Waluyo, 24, dan Seis, 30, berasal daripada Indonesia.

Kesemua tertuduh tidak diwakilkan peguam bela mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan manakala pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Negeri, L Anbanathan.

Budiono, Mohlas, Fayakun Sanata, Iman Alimin dan Busami dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

Kelima-lima tertuduh telah tinggal lebih masa di negara ini di antara tiga bulan sehingga tiga tahun telah dijatuhkan hukum penjara antara tiga hingga enam bulan.

Manakala, Waluyo dan Seis melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu, tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dijatuhkan hukum penjara enam bulan penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Kesemua tertuduh lelaki akan menjalani penjara di Penjara Pokok Sena, Kedah manakala wanita akan menghadapi hukuman di Penjara Tapah.
Mengikut fakta kes, pada 22 November lalu, satu Ops Bersepadu dijalan kira-kira jam 1.05 pagi telah menyerbu sebuah premis di Kampung Kurnia, Slim River dan telah melakukan pemeriksaan terhadap 10 warga asing.
Hasil pemeriksaan, enam lelaki dan dua wanita warga Indonesia yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 ditahan dan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Langkap untuk tindakan lanjut.

'via Blog this'

OKU maut diserang perompak

OKU maut diserang perompak - Perak - Sinar Harian:

Hamid menunjukkan kerusi yang diduduki anaknya. Gambar kecil: Mohd Firdaus
Hamid menunjukkan kerusi yang diduduki anaknya. Gambar kecil: Mohd Firdaus
BERUAS - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mati selepas bergelut dengan dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Kabung, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa dikenali, Mohd Firdaus Hamid, 31, yang mempunyai masalah lembam dikatakan sedang duduk di sebuah kerusi menonton televisyen sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Mangsa yang tinggal bersama kedua ibu bapanya, Hamid Puteh, 86, dan Asmah Yahya, 73, dikatakan gemar bangun seawal jam 4 pagi dan menonton televisyen sementara menunggu solat jemaah bersama keluarga di masjid berhampiran.

Ketika kejadian, kedua ibu bapa mangsa tidur di sebuah bilik di bahagian dapur.

Asmah ketika ditemui berkata, dia hanya menyedari insiden berkenaan sebaik mendengar bunyi bising dari arah hadapan rumah.

“Apabila keluar sahaja dari bilik, salah seorang daripada mereka mengheret hingga ke kerusi sebelum mengacu parang untuk mengugut saya jika melawan, tidak cukup dengan itu, mereka menolak pula suami saya sehingga pengsan,” katanya.

Asmah yang turut diikat kedua-dua tangan berkata, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menggeledah rumahnya dan segera meninggalkan kediaman itu sebaik memperoleh barangan berharga.

Katanya, sebaik kelibat kedua-duanya menghilang, barulah dia menyedari keadaan anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

“Panik dengan keadaan itu, saya berlari ke rumah jiran untuk meminta pertolongan, bila pulang kembali ke rumah baru saya sedar, anak saya sudah tiada lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, kejadian berlaku apabila dua suspek memecah masuk rumah mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, ada pergelutan berlaku antara suspek dengan mangsa.

“Suspek berkenaan berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM8,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM15,000, kes disiasat di bawah Seksyen 302 iaitu membunuh,” katanya.

Buat masa ini, beliau berkata, polis masih melancarkan misi memburu kedua-dua lelaki berkenaan.

'via Blog this'

Diikat lelaki bertuala

Diikat lelaki bertuala - Johor - Sinar Harian:

Diikat lelaki bertuala
Lampu picit dan seutas tali yang ditinggalkan penjenayah berdekatan pondok tempat tidur Rudy (depan).
LABIS – Dua bersaudara berhadapan detik mencemaskan apabila disamun enam lelaki bersenjatakan parang ketika sedang tidur dalam pondok sebuah kebun berhampiran Perumahan Awam Labis, kelmarin.

Salah seorang mangsa, Ibrahim Sameon, 26, berkata, ketika kejadian berlaku dia bersama saudaranya, Rudy Hartono, 27, sedang mengawal ladang milik bapanya kerana ia pernah di ceroboh beberapa kali sebelum ini menyebabkan lori milik bapanya dilarikan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kami sedang tidur selepas mengawal kebun yang menempatkan 200 ekor kambing selain kebun getah dan hasil pertanian lain.

“Ketika kejadian saya tidak sempat berbuat apa-apa sebelum kesemua mereka yang menutup muka dengan tuala mengikat saya dengan tali di sebuah kerusi,” katanya.

Menurutnya, kesemua lelaki itu melarikan diri dengan membawa beberapa peralatan seperti mesin gergaji dan pam racun selain beberapa wang tunai miliknya turut disamun.

Ibrahim berkata, saudaranya (Rudy) yang berkawal di sebuah pondok berhampiran turut mengalami nasib sama apabila diikat dan telefon bimbit miliknya dilarikan.

“Mujur kami dapat melepaskan diri selepas Rudy berjaya membuka ikatan tersebut sebelum pergi ke Balai Polis Labis untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan berkaitan kejadian itu namun tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya.

'via Blog this'

Adik-beradik menagih didenda

Adik-beradik menagih didenda - Kelantan - Sinar Harian:

Adik-beradik menagih didenda
Dua beradik ini keluar dari mahkamah selepas didenda mahkamah, semalam.
KOTA BHARU – Sepasang adik-beradik lelaki masing-masing didenda RM2,700 dan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memberikan kepada diri mereka sendiri, September lalu.

Hukuman terhadap Azlan Mohd Yusoff, 33, dan adiknya, Azhan, 27, diputuskan oleh Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Berdasarkan pertuduhan, mereka masing-masing didakwa pada pertuduhan pilihan memberikan kepada diri masing-masing dadah jenis metamphetamine di tandas balai Kok Lanas di sini. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.10 pagi, 4 September lalu.

Pada prosiding semalam, kedua-duanya memohon hukuman diringankan berikutan masih menanggung keluarga.

Selepas hukuman diputuskan dua beradik itu kemudiannya menjelaskan denda tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

'via Blog this'

Kelindan lori akur didenda RM200

Kelindan lori akur didenda RM200 - Terengganu - Sinar Harian:

Kelindan lori akur didenda RM200
Mohd Yusof didenda RM200 selepas gagal menunjukkan kad pengenalan diri.
KUALA TERENGGANU – Seorang kelindan lori terpaksa akur dikenakan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan diri ketika ditahan polis, petang kelmarin.

Bukan itu sahaja, tertuduh, Mohd Yusof Abd Rahman, 38, dari Kampung Gong Penaga, Pasir Panjang, di sini, turut berdepan penjara seminggu sekiranya gagal menjelaskan denda.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Mohd Yusof mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Mohd Yusof gagal membawa kad pengenalan semasa diperiksa Sarjan Ngah Ibrahim dan ia bertentangan dengan Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 di belakang Flat Kampung Tiong, di sini, kira-kira jam 1.30, petang kelmarin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis daerah Kuala Terengganu membuat rondaan di belakang kawasan flat berkenaan.

Dalam rondaan itu, polis menahan Mohd Yusof apabila didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Sebaik memperkenalkan diri, polis meminta Mohd Yusof menunjukkan kad pengenalan diri tetapi dia gagal berbuat demikian sebelum dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

'via Blog this'

Pendam rahsia dirogol selama 2 tahun

Pendam rahsia dirogol selama 2 tahun - Melaka & NS - Sinar Harian:
JEMPOL - Rahsia perbua-tan keji seorang bomoh yang dipercayai merogol dua beradik di Felda Pasoh di sini akhirnya terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis pada 2 Disember lalu.

Kejadian yang dipendam mangsa selama dua tahun itu dipercayai berlaku ketika mereka mendapatkan rawatan daripada bomoh itu di lokasi berbeza sekitar Felda Pasoh.

Sumber berkata, mangsa yang kini berumur 18 dan 16 tahun  bagaimanapun mendakwa bagaikan dipukau oleh bomoh licik itu sebelum menyedari kejadian itu pada 2011.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada 2010 dalam bilik di rumah mangsa yang sebelum itu bomoh berkenaan dipercayai baru selesai merawat kakak mangsa.

“Bagaimanapun perbuatan bomoh itu dilakukan secara berulang dan berlarutan sehingga 2011 tanpa disedari ibu mangsa.

“Ibu mangsa, 55, menyangka mangsa hanya mendapatkan rawatan dalam bilik  susulan bomoh itu sememangnya dikenalinya.

“Dua beradik ini kemudian nekad membuat laporan polis pada 2 Disember lalu di Balai Polis Simpang Pertang, Jelebu,” katanya.

Manakala suspek berumur 38 tahun ditahan reman pada keesokan harinya di Simpang Pertang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan berlainan, seorang penganggur ditahan reman tujuh hari bermula semalam   dipercayai mendera anak saudaranya berumur empat tahun di kediamannya di Felda Lui Selatan.

Sumber berkata, ibu mangsa yang kini dalam proses penceraian dengan adik suspek dikatakan terpaksa meninggalkan mangsa di bawah jagaan keluarga mentua akibat masalah kewangan.

Kejadian itu disedari ibu mangsa, 23, merupakan adik ipar suspek, 32 , apabila ingin membawa anaknya pulang ke Felda Pasoh pada 30 November lalu.

“Ibu mangsa mendapati pipi sebelah kiri anaknya luka dan lebam namun hanya menyangka anaknya itu jatuh. Akibat rasa tidak puas hati, ibu mangsa bertindak bertanya kepada mangsa lalu mangsa memberitahu dia dipukul oleh bapa saudaranya,” katanya.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui, kira-kira jam 1.45 petang pada 4 Disember lalu.
Suspek   ditahan reman bermula semalam sehingga 7 Disember ini bagi membantu siasatan kes Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, Ketua polis daerah, Superitenden Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes rogol remaja dan dera kanak-kanak berkenaan.'via Blog this'

Wanita hamil cetus misteri

Wanita hamil cetus misteri - Melaka & NS - Sinar Harian:

Wanita hamil cetus misteri
Ana Nazirah sarat mengandung enam bulan ditemui tersandar sebelum dibantu anggota polis dan dihantar ke Hospital Alor Gajah.
ALOR GAJAH - Seorang wanita sarat mengandung enam bulan ditemui dalam keadaan tidak bermaya tersandar di tembok tangga berdekatan taman permainan sebelum diselamatkan pihak polis di Dataran Keris, dekat sini petang kelmarin.

Ana Nazirah Md Idriss, 27, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ditemui sebuah keluarga kira-kira jam 6 petang sebelum mendekati wanita berkenaan yang kelihatan sugul.

Sumber berkata, ketika didekati wanita berkenaan dalam keadaan sangat lemah dan keletihan.

"Keluarga terbabit cuba membantu Ana yang mengandung anak keempat itu namun dia hanya mendiamkan diri," katanya.

Ketika ditanya bagaimana wanita itu boleh tiba di Alor Gajah, Ana hanya mengalirkan air mata dan mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku.

"Ana hanya meminta membelikannya air dan sedikit makanan kerana terlalu lapar selepas beberapa hari tidak menjamah apa-apa.

"Wanita itu diberikan roti dan sebungkus air milo sambil ditenangkan beberapa orang awam serta anggota polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian," katanya.

Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak mengikut sesiapa dan hanya membawa sebuah beg berisi MyKad serta sehelai baju panas berwarna hitam.

"Ketika ditanya mengenai suami dan tiga anaknya dia memberitahu mereka ada di Pulau Pinang sebelum menangis menyatakan hasrat hendak pulang semula ke rumah.

"Ana dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani pemeriksaan apabila wanita itu mengadu mengalami kesakitan pada badan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Shahrawati Shahrudin berkata, untuk sementara waktu wanita berkenaan diletakkan di bawah jagaan hospital berikutan kondisi badannya masih lemah.

"Dia diletakkan di bawah jagaan hospital sebelum diserahkan kepada JKM yang cuba membantu menjejaki keluarga wanita berkenaan.

"Difahamkan Ana berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak mampu mengingati bagaimana dia boleh melalui perjalanan sejauh ini," katanya.

Menurutnya, JKM akan mengambil alih memantau keadaan Ana sekiranya dia berada dalam keadaan stabil sebelum membantunya pulang semula ke Pulau Pinang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan penemuan wanita hamil berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan.

'via Blog this'

RM15,000 diletak dalam kereta lesap

RM15,000 diletak dalam kereta lesap - Pahang - Sinar Harian:

Nordin Mustapha
Nordin Mustapha
KUANTAN - Seorang peniaga berputih mata apabila wang RM15,000 yang ditinggalkan dalam kereta dikebas pencuri dalam kejadian pecah kereta di  di Jalan Abdul Aziz, di sini, petang kelmarin.

Wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank itu diletakkan di bawah tempat duduk penumpang depan sebelum pemandunya meninggalkan kereta tersebut untuk ke sebuah restoran berhampiran.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, mangsa berusia 41 tahun itu mengeluarkan wang tersebut kira-kira jam 1 petang di sebuah bank di bandar ini sebelum singgah di lokasi kejadian untuk makan tengah hari.

Menurutnya, selepas satu jam, mangsa kembali ke keretanya dan mendapati cermin tingkap bahagian penumpang depan dipecahkan.

“Hasil pemeriksaan lelaki itu mendapati, wang yang dimasukkan dalam sampul dan disimpan di bawah tempat duduk penumpang depan lesap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nordin berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek sudah merancang sebelum bertindak dan berkemungkinan gerak geri mangsa sudah diperhatikan sebelum diekori.

“Perbuatan mangsa meninggalkan wang dalam kereta memberi kesempatan kepada penjenayah untuk bertindak memecahkan cermin tingkap dan melarikan wang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis kini giat memburu suspek terlibat.

Susulan kejadian itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak meninggalkan wang atau sebarang barang berharga dalam kenderaan.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu akan membuka peluang kepada penjenayah untuk bertindak manakala mangsa akan mengalami kerugian.

“Jika wang yang dibawa bagi tujuan tertentu, sewajarnya selesaikan urusan berkaitan terlebih dahulu sebelum singgah di tempat lain,” katanya.

'via Blog this'

Suami dipenjara 10 bulan akibat pukul isteri

Suami dipenjara 10 bulan akibat pukul isteri - Pahang - Sinar Harian:
KUANTAN - Hasrat seorang suami yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima bulan atas kesalahan dadah untuk bebas lebih awal tidak kesampaian sebaliknya dia terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih lama selepas  dihukum penjara 10 bulan lagi oleh Mahkamah Majistret Kuantan semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan memukul isteri, September lalu.

Majistret Rini Triany Muhamad Ali dalam keputusannya memerintahkan tertuduh, Mohd Faisal Ibrahim, 31, dari Kampung Chendering di sini menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia dijatuhkan hukuman semalam.

Tertuduh yang hadir dengan memakai baju penjara dan berkopiah putih juga diperintahkan  membayar denda RM1,000 atau berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Mohd Faisal didakwa sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya dengan menggunakan batang penyapu di sebuah rumah di  Kampung Chendering kira-kira jam 12.45 tengah hari, 5 September lalu.

Akibat perbuatannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tertuduh memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan dia sudah insaf akan perbuatannya itu malah dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

“Saya memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan  isteri dan anak-anak masih memerlukan saya,” katanya.

Farahah memaklumkan bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang ramai.

“Tertuduh  sepatutnya melindungi dan menyayangi isterinya dan bukan untuk dipukul atau disakiti,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh hilang sabar apabila mendapati isterinya pulang lewat ke rumah selepas mengambil anak mereka dari sebuah sekolah di sini.

Tertuduh kemudiannya bertindak memukul isterinya dengan menggunakan penyapu sebelum menendang dan menyepak pengadu.

Dalam kejadian itu, tertuduh turut mengugut untuk membunuh isteri dan anak mereka jika pengadu melaporkan kejadian  kepada polis.

Tidak tahan dengan sikap tertuduh, pengadu akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading dan sepasukan anggota polis menahan tertuduh pada hari yang sama kira-kira jam 4.30 petang.
'via Blog this'

Geng Parang tumpas

Geng Parang tumpas - Kelantan - Sinar Harian:

Geng Parang tumpas
Dua daripada empat anggota Geng Parang yang direman.
Geng Parang tumpas
Senjata yang digunakan oleh Geng Parang ketika menyamun dan barang-barang yang dirampas polis dalam serbuan kelmarin.
KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menumpas dua kumpulan penjenayah bersenjata parang dalam dua Ops Samun/Rentap berasingan di Bachok dan Kota Bharu di sini, kelmarin.

Serbuan pegawai dan anggota Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan itu berjaya menahan enam lelaki termasuk empat anggota Geng Parang manakala dua dari kumpulan Mark Connect yang juga serpihan geng Zawa, berusia antara 24 dan 39 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dengan tangkapan dalam tempoh kurang 36 jam itu, pihak polis berjaya menyelesaikan lebih 10 kes samun bersenjata di negeri ini.

“Geng Parang baru seminggu aktif serta bertindak agresif dengan menyamun lima premis selang 20 minit dalam tempoh dua jam sekitar Jeli, Tanah Merah, Kota Bharu dan Machang.

“Mereka masuk ke premis dan seolah-olah mahu menetak mangsa sebelum merampas barang berharga,” katanya ketika sidang media di IPK Kelantan di sini, semalam.

Katanya, polis turut merampas Proton Waja yang dilaporkan hilang di Tanah Merah.

“Selain nombor plat palsu, kami turut menemui senjata pedang, pisau, sabit, gunting, kelewang serta topeng muka yang dipakai suspek orang tempatan ini.

“Anggaran kerugian dialami mangsa termasuk pemilik kedai runcit, kedai kek, pusat kecantikan serta kedai pengantin yang menjadi sasaran mereka ini berjumlah RM20,000,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Sementara itu, empat anggota Geng Parang terbabit yang dikaitkan dengan 10 jenayah samun bersenjata di sekitar negeri ini dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam.

Reman empat hari dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas Trafik, Amni Mat Jahari bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan lanjut.

Reman terbabit berkuat kuasa semalam sehingga 10 Disember. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan lagi penjenayah yang menggelar diri mereka Mark Connect juga dikenakan reman dalam tempoh dan seksyen yang sama.

'via Blog this'

Peti sejuk tiba-tiba terbakar

Peti sejuk tiba-tiba terbakar - Terengganu - Sinar Harian:


Peti sejuk tiba-tiba terbakar
Mohd Yusalhafizal menunjukkan peti sejuk rumahnya yang terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian jam 11 pagi semalam, di Kampung Payoh, Kijal.
Peti sejuk tiba-tiba terbakar
Meskipun melalui detik cemas, Mohd Yusalhafizal bersyukur kerana anak, adik dan isterinya terselamat.
KEMAMAN – “Nasib baik saya masih belum pergi klinik, kalau tak, mungkin rumah kami sudah hangus terbakar,” kata ibu muda, Mushazdina Mustapha, 19, yang terkejut apabila peti sejuk rumahnya terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Payoh, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian itu nyaris menyebabkan rumahnya hangus terbakar namun dengan kepantasan penduduk kampung memadamkan api yang membakar peralatan elektrik itu, kebakaran dapat dipadamkan tanpa sempat merebak.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mushazdina berada di rumah bersama anaknya, Muhammad Aqid Daniel Mohd Yusalhafizal, 4 bulan dan adik iparnya, Siti Yusalfatihah Yusof, 12, sementara suaminya, Mohd Yusalhafizal, 21, keluar bekerja.

“Ketika kejadian saya sedang memasak dan saya suruh adik ipar ambil asam gelugor dalam peti sejuk.

“Namun, ketika membuka peti sejuk, dia menjerit memberitahu ada api. Saya yang ketika itu cemas dan panik masih sempat mencabut plug peti sejuk untuk mematikan arus elektrik,” katanya ketika dikunjungi Sinar Harian semalam.

Bagi menyelamatkan diri, Mushazdina dan adik iparnya segera meluru ke ruang tamu rumah dan mendukung bayinya keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.

Menurut Mushazdina, dia bercadang untuk pergi ke klinik bersama suaminya kira-kira jam 10 pagi, namun suaminya yang masih belum pulang dari kerja membuatkan dia terpaksa menunggu.

“Kalaulah kami sekeluarga keluar dari rumah jam 10 pagi, sudah tentu rumah sewa ini hangus terbakar kerana tiada orang di rumah,” katanya.

Sementara itu, Siti Yusalfatihah berkata, dia terlihat api membakar alat kawalan suhu dalam peti sejuk itu lalu menjerit dan membiarkan pintu peti ternganga kerana ketakutan.

Dalam pada itu, Mohd Yusalhafizal yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur di Seri Bandi melahirkan rasa syukur kerana mereka tidak menanggung kerugian teruk walaupun isteri, adik dan bayinya terpaksa menempuh detik mencemaskan.

“Kebetulan hari ini (semalam) saya banyak kerja pula dan saya merancang untuk pergi ke klinik agak lewat. Alhamdulillah rupanya semua yang berlaku ada hikmah.

"Kalau kami pergi awal ke klinik mungkin kebakaran akan merebak ke seluruh rumah yang baru sebulan kami sewa ini,” katanya.

Berikutan kejadian, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dengan kekuatan tujuh anggota tiba di rumah mereka sekeluarga namun kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh penduduk kampung.

'via Blog this'

Terkejut lihat mayat terapung

Terkejut lihat mayat terapung - Melaka & NS - Sinar Harian:

Terkejut lihat mayat terapung
Pasukan penyelamat terdiri daripada bomba dan JPAM giat meneruskan usaha mencari mayat di sepanjang Sungai Muar di Kampung Londah, semalam.
GEMAS - “Baru sahaja beberapa saat jaring dinaikkan, saya terperanjat apabila ternampak mayat terapung kira-kira 30 meter dari bot,” cerita saksi kejadian, Mohd Khalid Ismail, 36, ketika ditemui di Kampung Londah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Khalid seperti biasa menjalani rutin menjaring ikan di Sungai Londah.

Menurutnya, dalam keadaan menggigil, dia hanya nampak badan mangsa menangkup dan berpakaian kotak-kotak berwarna merah segera memecut bot menuju ke tempat mengorek pasir terletak kira-kira 100 meter.

"Ketika kejadian saya berada di lokasi sungai dikenali sebagai Kuala Kepis dan tidak membawa telefon bimbit," katanya.  Mohd Khalid berkata, pada masa itu dia menghidu bau busuk mayat dan hanya teringat untuk menghubungi rakan sekampung, Azlan Ujang, 56, bagi membantu memaklumkan kepada pihak polis.

"Saya takut untuk menghampiri mayat kerana berseorangan. Bagaimanapun sebaik bantuan tiba, mayat berkenaan tidak lagi kelihatan dan gerakan mencari giat dijalankan oleh anggota penyelamat petang kelmarin," katanya, semalam.

Untuk rekod, aliran air Sungai Muar yang turut mengalir di Kampung Londah bersempadan dengan Daerah Segamat, Johor Baharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, operasi yang diketuai Ketua Balai Polis Gemas, Inspektor Ahmad Huzaimi Abdul Rashid dimulakan sejak 5 petang kelmarin dan dihentikan 7.30 malam kelmarin susulan cuaca gelap.

“Bagaimanapun operasi bersambung semula pada 8 pagi ini (semalam) dengan 30 anggota terdiri daripada bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Negeri Sembilan diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Jamil Mohd Salleh; anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat
Gemas serta pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diketuai oleh Lans Koperal, Mohd Firdaus Harun.

“Gerakan mencari masih giat dijalankan dan setakat hari ini dan semalam iaitu dalam tempoh 48 jam, pihak polis tidak menerima laporan orang hilang di sekitar Kampung Londah atau berdekatan," katanya.

Kooi Cheang berkata, bagaimanapun gerakan mencari mayat berkenaan agak sukar hari ini (semalam) berikutan air sungai melimpah masuk ke kawasan kelapa sawit dan membanjiri lokasi berhampiran sungai.

'via Blog this'

Dua lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja sambilan stesen minyak

Dua lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja sambilan stesen minyak - Semasa - Sinar Harian:
IPOH - Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di sini, empat tahun lepas.
   
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhi hukuman itu terhadap K.Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, kedua-duanya dari Kampung Baru Jelapang di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
   
Nanda Kumar dan Yugaraja didapati bersalah membunuh Mohammad Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pada 6.58 pagi, 11 Nov 2008.
   
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
   
Sebaik sahaja selesai prosiding kes, Nanda Kumar yang mengenakan kemeja putih berseluar hitam dan Yugara berbaju-t hitam berbelang hijau serta seluar berwarna coklat dilihat menangis sambil dipeluk anggota keluarga terdekat mereka.

Ketika ditemui pemberita, peguam Rajit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihak pembelaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 14 hari.
   
Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad pula berkata pendakwaan mengemukakan 18 saksi sepanjang prosiding kes berkenaan.
   
Mohd Khairudin, pekerja sambilan di stesen minyak itu ketika kejadian, merupakan petugas Jabatan Agama Islam Perak dan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia. 
   
Sementara itu, balu Allahyarham Mohammad Khairuddin, Nayes Mohd Mokhtar, 42, menangis hiba sambil melahirkan rasa syukur kerana kes itu berakhir hari ini dan mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal.
   
"Saya rasa lega, penantian keluarga untuk tertuduh mendapat hukuman yang sewajarnya kini berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya orang yang terlibat membunuh suami saya dihukum sewajarnya. Saya dan anak sulung mengikuti keseluruhan perjalanan kes ini," kata ibu enam anak itu ketika dihubungi - Bernama
'via Blog this'

Polis jejaki 12 individu samun kedai serbaneka

Polis jejaki 12 individu samun kedai serbaneka - Semasa - Sinar Harian:

Polis jejaki 12 individu samun kedai serbaneka
Gambar suspek yang terlibat kes samun kedai serbaneka dikehendaki polis
KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti tiga kumpulan penjenayah yang bersenjatakan parang yang melakukan lebih 30 kes samun kedai serbaneka 24 jam di Lembah Klang sejak tiga bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, modus operandi digunakan kumpulan penjenayah terbabit ialah menyasarkan jurujual yang berseorangan di kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Sentul dan Cheras.

“Kami telah mengenal pasti kira-kira 12 individu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. Kesemua mereka dipercayai menaiki motosikal pergi ke premis berkenaan pada awal pagi, sebelum menyamun wang tunai dan pelbagai jenis barangan,” katanya.

Menurutnya, polis akan mengadakan sesi dialog bersama pengusaha kedai serbaneka 24 jam untuk membincangkan langkah pencegahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu berkenaan boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana balai polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

'via Blog this'

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk - Utara - Sinar Harian:

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk
Ahli PPKM melihat kenderaan mangsa yang rosak sebelum ditarik ke bengkel.
KULIM - Seorang wanita berusia 20-an nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Kilang Lama kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun keluar dari kereta dalam keadaan trauma.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai memandu kenderaannya dengan laju tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di jalan ni. Walaupun jalan ini lurus, tetapi pemandu kereta sering terbabas dan punca utama mengapa ini berlaku adalah mengantuk. Mujurlah mangsa hanya merempuh pembahagi jalan.

"Sekiranya dia merempuh tiang atau pokok yang ada di tepi jalan, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih serius," katanya.

Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang berada di tempat kejadian juga kemudiannya membantu mangsa keluar dari kereta, selain menarik kenderaan mangsa untuk dihantar ke bengkel sebelum dibaik pulih.

'via Blog this'

Nyaris ditelan arus berputar

Nyaris ditelan arus berputar - Utara - Sinar Harian:

Mohd Azwan Amin
Mohd Azwan Amin
KULIM - Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.

Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

“Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.

“Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.
Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran di kawasan berkenaan.
“Ini kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku,” katanya.

'via Blog this'

Temui ajal ketika bekerja

Temui ajal ketika bekerja - Utara - Sinar Harian:

Temui ajal ketika bekerja
Temui ajal ketika bekerja
SUNGAI PETANI – Dua pekerja membaiki jalan maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang melakukan kerja-kerja naik taraf di Jalan Lencongan Barat Sungai Petani dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

Mangsa, Azrolnizam Alias, 27, dan Kamal Said, 37, maut apabila sebuah kereta yang datang dari arah Bandar Laguna Merbok ke Semeling merempuh mereka.

Difahamkan, ketika kerja-kerja naik taraf dijalankan, ada pengawal lalu lintas memegang bendera mengawal pergerakan kenderaan namun pemandu terbabit dikatakan tidak menyedari keadaan itu.

Jurucakap polis berkata, ketika kerja membaiki dibuat di lorong kanan jalan, pemandu kereta terbabit melanggar beberapa kon yang diletakkan di kawasan itu sebelum merempuh kedua-dua pekerja malang berkenaan.

“Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden,” katanya.

Sementara itu, katanya, satu lagi kemalangan maut turut dilaporkan dua jam selepas itu dekat Kilometer 88.8 Lebuhraya Utara Selatan Sungai Petani melibatkan seorang penunggang motosikal yang datang dari arah Alor Setar ke Sungai Petani.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal itu dikatakan berhenti di bawah jejantas untuk berteduh daripada hujan.

“Sebuah kereta yang datang dari arah belakang hilang kawalan dan gagal mengelak lalu melanggar mangsa yang berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa, seorang warganegara Myammar, Abu Seddik Yusuf Ali, 35, yang tercampak atas longkang tepi lebuh raya maut di lokasi kejadian manakala kereta terbabit pula terbabas ke kiri jalan,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Chang mengesahkan kejadian.

'via Blog this'

3 kemalangan dalam 7 jam

3 kemalangan dalam 7 jam - Utara - Sinar Harian:

3 kemalangan dalam 7 jam
Penduduk menunjukkan bongkah konkrit yang dilanggar pengguna kerana tidak menyedari laluan dinaik taraf semasa melalui jalan itu waktu malam.
Motosikal salah seorang mangsa yang rosak selepas terlanggar bongkah konkrit.
Motosikal salah seorang mangsa yang rosak selepas terlanggar bongkah konkrit.
SUNGAI PETANI – Gara-gara tidak menyedari jalan pintas dari arah Kampung Bakar Bata ke Taman Perusahaan Ringan Bakar Arang sedang dinaik taraf, tiga kemalangan berlaku secara berasingan dalam tempoh tujuh jam di lokasi terbabit.

Penduduk, Yusri Ishak, 38, berkata, tiga kemalangan itu membabitkan penunggang motosikal yang tidak menyedari bahawa saliran air di kawasan itu sedang dalam proses naik taraf berikutan keadaan gelap terutama waktu malam.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada 11.30 malam kelmarin apabila seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan akibat terlanggar bongkah konkrit yang baru diletakkan.

“Begitu juga dengan kejadian kedua yang berlaku jam 2 pagi tadi (semalam), di mana seorang remaja terpelanting apabila terlanggar kawasan sama,” katanya.

Yusri berkata, sebaik dimaklumkan selepas kejadian kedua, dia segera ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang serta hampir pitam, selain mengalami kecederaan di bahagian belakang, tangan dan kaki.
“Kejadian ketiga pula berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi (semalam), di mana seorang pekerja kilang yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dilaporkan mengalami patah tulang belakang dan cedera di pergelangan tangan,” katanya.

Katanya, ketiadaan papan tanda jelas dan halangan berdekatan lokasi terbabit menyebabkan mangsa tidak menyedari bahawa jalan berkenaan sedang dinaik taraf.

“Sepatutnya pihak kontraktor perlu menutup terus laluan pintas ini dari sebarang kenderaan, kerana ia membahayakan pada waktu malam,” katanya.

Katanya, itu adalah jalan pintas digunakan penduduk Kampung Sungai Pasir, Kampung Bakar Bata dan kawasan perumahan sekitar untuk ke pusat bandar Sungai Petani.

Pemilik kedai, Tan Kian Hock berkata, kemudahan lampu jalan di sekitar kawasan perusahaan dan laluan pintas sering bermasalah mampu mengundang bahaya kepada pengguna.

“Saya sendiri ternampak beberapa kemalangan berlaku kerana pengguna tidak tahu jalan ini sedang dinaik taraf disebabkan ketiadaan tanda amaran atau kon keselamatan.

“Tetapi selepas berlaku tiga kemalangan barulah mereka meletakkan kon dan menutup sepenuhnya laluan ini pagi ini (semalam),” katanya.

Sementara  itu, Jurucakap Pejabat Daerah Kuala Muda berkata, aspek keselamatan sentiasa diambil berat oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf memasang kelubung bagi mengatasi masalah saliran yang sering berlaku.
“Kita menerima dua laporan daripada kontraktor, kon dan tanda amaran yang diletakkan disedari hilang apabila mereka ingin mula bekerja keesokan hari.
“Kita percaya ada sesetengah pengguna masih menggunakan laluan pintas berkenaan, walaupun ditutup kerana berfikiran mahu cepat sampai ke destinasi.
“Bagaimanapun kita telah menutup sepenuhnya kawasan berkenaan dari diceroboh demi keselamatan semua pihak,” katanya.

Tinjauan semalam mendapati, papan tanda Awas Jalan Ditutup hanya diletakkan di satu sudut, bagaimanapun, jalan berkenaan sudah ditutup sepenuhnya menggunakan pita keselamatan dan kon oleh pihak terbabit.

'via Blog this'

Posmen nyaris dihempap pokok

Posmen nyaris dihempap pokok - Utara - Sinar Harian:

Muhammad Ridhuwan
Muhammad Ridhuwan melihat keretanya yang rosak dihempap pokok di pekarangan Pejabat Pos Kepala Batas, semalam.
KEPALA BATAS -Tindakan seorang posmen yang bergegas keluar dari kereta untuk ke bilik air berjaya menyelamatkan dirinya dari mengalami kecederaan apabila kereta yang ditinggalkan dihempap sebatang pokok, awal pagi semalam.

Muhammad Ridhuwan Jamaludin, 27, berkata, kejadian pada jam 7.50 pagi itu berlaku di tempat kerjanya di pekarangan Pejabat Pos Malaysia Berhad cawangan Kepala Batas.

“Sebaik saja sampai, saya meletakkan kereta Proton Wira kesayangan di tepi bangunan Pejabat Pos ini dan bergegas keluar ke bilik air.

“Semasa berada di dalam bilik air, saya terdengar bunyi deruman seperti angin dan terkejut apabila rakan datang memaklumkan kereta saya rosak dihempap pokok sena yang tiba-tiba tumbang,” katanya.

Bapa kepada seorang anak berusia lapan tahun itu berkata, dia bergegas keluar dan terkejut melihat keretanya rosak dihempap pokok berusia puluhan tahun itu.

“Kejadian itu menyebabkan saya sukar untuk berulang-alik dari rumah di Sungai Petani ke sini kerana kereta itu satu-satunya kenderaan yang saya miliki.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sempat keluar dari kereta sebelum dihempap pokok itu, jika tidak tak tahulah bagaimana nasib saya,” katanya.

Muhammad Ridhuwan berkata, dia menganggarkan sebanyak RM5,000 diperlukan untuk membaiki keretanya berikutan sebahagian besar bahagian hadapan, cermin kereta dan bumbung keretanya rosak teruk.

Menurutnya, pokok sena itu didapati patah pada bahagian perdunya disebabkan tiupan angin kencang yang melanda daerah ini beberapa hari lalu.

'via Blog this'

Tiga pekerja nyaris kena renjatan elektrik

Tiga pekerja nyaris kena renjatan elektrik - Utara - Sinar Harian:

Renjatan elektrik
Tiga pekerja membersihkan sisa lampu yang jatuh dan pecah di Kompleks Kailan, Kepala Batas, semalam.
KEPALA BATAS, Penang - Tiga pekerja sebuah syarikat penyelenggara lampu jalan di sini cemas apabila nyaris terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki kerosakan lampu di Kompleks Perniagaan Kailan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiga pekerja terbabit bergegas menjauhi tiang lampu berkenaan sebaik menyedari ia mengalir arus elektrik selepas bahagian atas tiang itu mengeluarkan percikan api dan asap. Seorang pekerja syarikat penyelenggara terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul berkata, dia dan seorang rakannya bersandar pada tiang lampu itu semasa seorang lagi rakan sekerja membuka kotak fius memeriksa wayar pada tiang berkenaan.

“Tiba-tiba lampu yang terkulai itu jatuh menyebabkan bahagian hujung tiang
berkenaan mengeluarkan api dan asap. Kami terasa renjatan elektrik sebelum menjauhi tiang berkenaan.

“Jika voltan yang dialirkannya tinggi, tentu nasib kami bertiga tidak sebaik ini,” katanya.

Peniaga, Mahmud Saari, 45, yang mempunyai premis perniagaan di hadapan tiang lampu itu berkata, dia menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kerosakan itu selepas terdengar beberapa letupan kecil semasa berada di bawah tiang lampu berkenaan pagi semalam.

“Kehadiran pekerja itu pada mulanya diharap boleh membaiki kerosakan itu, sebaliknya mereka bertiga nyaris maut terkena renjatan elektrik pula,” katanya.

Bagaimanapun kerosakan itu berjaya dibaiki oleh tiga pekerja terbabit kemudiannya.

'via Blog this'

Peniaga besi buruk mati ditembak

Peniaga besi buruk mati ditembak - Semasa - Sinar Harian:

Peniaga besi buruk mati ditembak
Anggota forensik melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di Batu Caves.
GOMBAK - Seorang peniaga besi buruk mati ditembak ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah warung berhampiran dengan sebuah kilang simen di Batu Caves di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, dipercayai seorang lelaki yang memakai topeng ski melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa, M Siva Murugesan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun itu dihantar ke Hospital Selayang dengan bantuan rakannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia.
"Pemeriksaan doktor mendapati kesan tembakan di dada, perut dan kedua- dua lengan," katanya.

Rosly berkata, rakan mangsa memaklumkan, lelaki yang melepaskan tembakan itu berpakaian kemeja T warna putih belang biru, berseluar jeans warna biru serta berkulit gelap dan berbadan tegap.

"Lelaki itu dipercayai datang dari arah belakang warung yang dalam keadaan gelap, sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa," katanya.

Menurutnya, saksi menyatakan terdengar tiga das tembakan, namun pihaknya tidak menemui kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'