Search This Blog

Wednesday, December 5, 2012

‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya

myMetro | ‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya:

KUALA LUMPUR: “Kali terakhir Amri dilihat rakannya di luar pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil seorang diri dan memberitahu sedang menunggu abang ‘Ultras Malaya’ untuk pulang bersama selepas menyaksikan perlawanan Piala Suzuki AFF antara skuad Harimau Malaya dan Indonesia, malam Sabtu lalu.
“Namun, sejak malam itu, Amri tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya gagal sehingga kini. Saya tidak tahu keadaan Amri sekarang,” kata Nor Zilar Mohd Nor, 51, ibu remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang.

Amri atau nama sebenarnya Shamreeshah Daniel adalah anak anggota polis berpangkat sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Nor Zilar berkata, anak keempat daripada enam beradik itu sangat meminati bola sepak dan sering ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya.

“Amri tidak pernah ke stadium seorang diri dan biasanya pergi bersama beberapa rakannya. Malah, pada Sabtu lalu, saya menghantar dia dan seorang rakannya ke LRT (stesen transit aliran ringan) Taman Bahagia.

“Saya membenarkan Amri pergi stadium malam itu kerana dia mahu menyaksikan perlawanan bersama keluarga rakannya itu. Tetapi, sebaik tiba di stadium, saya dimaklumkan rakannya itu, Amri segan untuk duduk bersama mereka dan pergi ke tempat duduk lain,” katanya.

'via Blog this'

GRO lori balak

myMetro | GRO lori balak:

KOTA BHARU: Sebuah restoran dekat Tanah Putih, Gua Musang, dikesan menyediakan pusat karaoke haram dan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai umpan untuk menggoda pemandu serta kelindan lori balak yang sering singgah ketika melalui kawasan itu.
Difahamkan, taktik itu mendapat sambutan sehingga restoran terbabit menyediakan satu dewan besar dan dua bilik kecil di bahagian belakang khusus pelanggan singgah berkaraoke sambil berhibur. 
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Kelantan dapat mengesan aktiviti tidak bermoral itu dan melakukan serbuan jam 10 malam, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lapan GRO warga Thailand dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Katanya, walaupun semua ditahan mempunyai pas lawatan sosial, pemantauan sebelum ini mendapati mereka menjadi GRO dan mendapat tip daripada pelanggan.

'via Blog this'

Pengantin baru dijel 3 bulan

myMetro | Pengantin baru dijel 3 bulan: "KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki baru berkahwin dua minggu lalu, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah mencuri telefon bimbit bernilai RM399.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Muhammad Firdaus Nuqiahbullah Mohamood, 23, dari Kampung Banggol Tuan Muda, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


Dia didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Young bernilai RM399 di Kedai Suria SRS Enterprise, Kampung Pagar Ubi, Tepoh, di sini, jam 5.30 petang 24 November lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh yang bekerja sebagai pemandu, tidak diwakili peguam."

'via Blog this'

Mangsa pendiam

myMetro | Mangsa pendiam:

GOPENG: “Dia (Abdul Rahim) seorang pendiam dan tidak suka bermusuhan,” itu reaksi ringkas Sulong Musa, 60, abang kepada pemandu bas, Abdul Rahim Musa, 57, yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Abdul Rahim maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas bas ekspres dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh belakang treler dalam kejadian di Kilometer 304.6, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Gua Tempurung di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam di sini semalam.

Sulong yang ditemui di pekarangan Bilik Forensik, Hospital Kampar semalam berkata, dia dan adiknya cukup rapat, malah kerap berjumpa kerana hanya dia dan arwah menetap di Ipoh manakala, lima beradik yang lain masing-masing di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor Baharu. “Arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum kali terakhir berjumpa dengannya beberapa hari lalu,” katanya.
Katanya, arwah mempunyai enam orang anak dan sangat penyayang walaupun kerap berada di luar Perak kerana bertugas.

'via Blog this'

Mayat tak rentung

myMetro | Mayat tak rentung:

TELUPID: Seorang warga emas yang tinggal berseorangan dalam sebuah rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) ditemui mati melecur dalam kebakaran kediaman berkenaan di Kampung Sogo-Sogo, Jalan Tongod, Telupid, awal pagi semalam.
Mangsa seorang lelaki, Nudi Inggoh@Maludi Kalis, 62, ditemui melecur seluruh badan dalam sebuah bilik tidur di rumah berkenaan. 
Difahamkan kebakaran bermula sekitar jam 5 pagi sebelum jiran bersebelahan menyedari ia sudah marak dan hampir musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Sandakan, Jemishin Ujin berkata, mangsa tinggal berseorangan di rumah berkenaan, manakala ahli keluarganya menetap di kampung berlainan.

“Mangsa ditemui hanya melecur seluruh badan walaupun keadaan rumah berkenaan hangus terbakar.

'via Blog this'

Penyamun tiga wanita dijel 4 tahun, 1 sebatan

myMetro | Penyamun tiga wanita dijel 4 tahun, 1 sebatan:

PETALING JAYA: Dua rakan karib masing-masing dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas kesalahan melakukan samun menggunakan parang terhadap tiga wanita, termasuk seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Baru Sungai Buloh, dekat sini, bulan lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu apabila tertuduh, Ahmad Eskandar Abu Kasim, 42, dari Kuang, dekat Rawang, dan Mazalan Kamaruddin, 46, dari Ulu Yam, Gombak mengaku bersalah. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan, iaitu 27 November lalu.

Kedua-duanya yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans serta berambut kemas kelihatan tenang sebaik Yasmin menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, mereka melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan dua bilah parang di Klinik Perdana di Jalan Liter D4 19/D, Bandar Baru Sungai Buloh, jam 11.50 pagi, pada 24 November lalu.

Mereka merompak doktor, Rozaida Ashaari, 45, dengan melarikan beg tangan mengandungi sebuah telefon bimbit, wang RM400, kad pengenalan, dua kad kredit, dua kad ATM lesen memandu, kunci kereta dan tiga buku cek.

Selain itu, mereka merompak dua pekerja klinik berkenaan, Zubaida Mat Aroff, 41, dan Najwa Jasri, 18.

'via Blog this'

Lepas tuduhan bunuh

myMetro | Lepas tuduhan bunuh:

SHAH ALAM: Seorang buruh kontrak warga Indonesia mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam membebaskannya daripada tuduhan membunuh rakan senegara dalam satu pertengkaran berhubung wang gaji di Pandan Indah, dekat Ampang, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad membuat keputusan itu terhadap Masgianto, 42, selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Siti Mariah pada penghakimannya berkata, kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi penting iaitu isteri tertuduh, Hamizah Zainal menyebabkan ketidakadilan terhadap pembelaan lelaki itu. Beliau berkata, saksi itu adalah saksi utama bagi membuktikan Masgianto bekerja dengan si mati dan mangsa masih berhutang empat bulan gaji kepada tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah menerima pembelaan tertuduh bahawa mangsa mati akibat terjatuh ke atas pisau ketika mereka bergaduh dan senjata itu tidak dibawa tertuduh.
Katanya, ini disokong keterangan saksi pakar, Dr Mohd Shah Mahmood iaitu kesan luka tikaman adalah konsisten dengan fakta bahawa mangsa terjatuh ke atas pisau dan bukannya ditikam tertuduh. “Oleh itu mahkamah menerima versi pembelaan tertuduh,” katanya.

Siti Mariah berkata, tiada kesan cap jari atau darah tertuduh ditemui pada pisau yang ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, tiada keterangan menunjukkan tertuduh adalah orang yang membawa pisau terbabit.
Sepanjang perbicaraan, seramai 24 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Masgianto didakwa membunuh buruh kontrak, Irwan Abdullah di No 18, Tingkat 4, Blok 11, Flet Pandan Indah, Ampang, antara jam 7 dan 8 malam, pada 28 Mei 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.
Berdasarkan fakta kes, Irwan terbabit dengan pertengkaran dengan Masgianto yang menuntut mangsa melunaskan bayaran gaji empat bulan.

Tertuduh dikatakan mahukan wang itu untuk pulang ke Indonesia.

Bagaimanapun, ia bertukar tragedi apabila Irwan maut dalam kejadian itu.

'via Blog this'

Anak dilari isteri maut

myMetro | Anak dilari isteri maut:

RINDU...Mohd Razali menunjukkan gambar dua anaknya yang dilarikan isteri.
RINDU...Mohd Razali menunjukkan gambar dua anaknya yang dilarikan isteri.
GEORGETOWN: Akibat terlalu rindukan dua anaknya, seorang lelaki hidup tertekan sejak enam tahun lalu dan keadaan bertambah parah apabila dia mendapat berita anak bongsunya, Nurasmah Husna, 9, maut akibat ditimpa pokok di Afrika Selatan, Sabtu lalu.
Bapa malang itu, Mohd Razali Abdul Razak, 40, berkata, dia mendapat berita menyedihkan itu daripada sepupunya selepas anak sulungnya menghubungi saudaranya itu.
Dia yang bekerja di hotel dekat sini berkata, anak sulungnya, Nurhaifa Nasuha, 17, turut berada di Afrika Selatan menghubungi sepupunya memaklumkan berita buruk itu, namun mereka meminta ia dirahsiakan daripada pengetahuannya.

“Bagaimanapun, sepupu saya tidak sampai hati dan akhirnya memberitahu saya kerana tahu saya selama ini sangat rindukan kedua-dua anak yang kini tinggal dengan isteri.

“Saya kecewa kerana enam tahun berusaha mencari dua anak akhirnya mendapat khabar buruk anak bongsu maut ditimpa pokok di depan kakaknya sendiri,” katanya.

'via Blog this'

Cucu berani mati

myMetro | Cucu berani mati:

PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.

Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

'via Blog this'

Taufan Bopha ragut 52 nyawa

myMetro | Taufan Bopha ragut 52 nyawa:

MANILA: Ribut taufan Bopha meragut 52 nyawa di mana 43 daripadanya berlaku di sebuah bandar yang rosak teruk akibat bencana alam itu, semalam, lapor berita televisyen tempatan, ABS-CBN.
Wartawan, Vina Araneta berkata, “Saya mengira ada 43 mayat di atas lantai bangunan kerajaan di bandar New Bataan, Mindanao.” 
Pegawai yang sebelum ini tidak dapat mengesahkan laporan berita televisyen itu berkata, lapan orang terbunuh disebabkan taufan yang melanda.

Wartawan itu berkata, Datuk Bandar, Lorenzo Balbin memberitahunya, mangsa adalah dari kampung berdekatan di mana banjir kilat menyebabkan pangkalan rondaan Tentera Filipina, dihanyut air.

Jurucakap Tentera Wilayah Selatan, Leftenan Kolonel Lyndon Paniza berkata, seorang anggota tentera mati lemas di New Bataan tetapi berkata, pihak berkuasa tentera tidak tahu berapa ramai penduduk terbunuh akibat taufan itu.

“Pangkalan tentera di sana musnah. Ia terletak di kawasan pergunungan,” kataPaniza.

Gabenor Lembah Campostela, Arturo Uy berkata, pegawai tempatan memberitahunya, 34 mangsa terbunuh di New Bataan.

“Ada kemungkinan jumlah mangsa meningkat,” katanya.

Uy sebelum ini berkata, sebuah trak tentera yang membawa anggota tentera dan orang awam di New Bataan dihanyutkan air.

Presiden Benigno Aquino telah meminta penduduk dipindahkan segera.

“Kekuatan taufan Bopha bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Ia dianggap sebagai taufan paling kuat melanda negara ini tahun ini,” katanya.

Setiap tahun, 20 taufan melanda Filipina dan sebahagian daripadanya menyebabkan malapetaka.

Taufan Bopha merupakan taufan ke-16 melanda Filipina, tahun ini.

Ogos lalu, hampir 100 orang terbunuh dan lebih satu juta lagi hilang tempat tinggal akibat ribut taufan dan banjir besar. - AFP

'via Blog this'

Budak cedera Blackberry meletup

myMetro | Budak cedera Blackberry meletup: "LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur.

Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.


Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.

“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.


Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.


“Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS"

'via Blog this'

Tetak pagar rumah

myMetro | Tetak pagar rumah:

ROSAK...Suhan menunjukkan kesan terbakar di dinding tepi rumahnya.
ROSAK...Suhan menunjukkan kesan terbakar di dinding tepi rumahnya.
SHAH ALAM: “Ketika sedang tidur lena, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising di luar rumah. Saya bangun dan keluar meninjau keadaan sebelum mendapati bumbung dan dinding bahagian tepi rumah terbakar. Saya memadamkan kebakaran itu sebelum menghubungi polis,” kata akauntan, S Suhan, 26.
Mangsa yang juga Ketua Pemuda MIC Seksyen 19, Shah Alam berkata, ketika kejadian jam 5.20 pagi itu, tiga ahli keluarganya iaitu ayah, emak dan abang selain seorang pembantu rumah berada di rumah di Jalan 20/12, Seksyen 20, di sini.

Katanya, sejurus selepas kejadian, dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki menaiki Perodua Kelisa berhenti di depan rumah.
“Lelaki terbabit keluar dari kereta sebelum melempar dua botol molotov koktel dalam botol arak. “Berdasarkan rakaman CCTV itu, seorang daripada lelaki yang memakai kain penutup kepala berwarna hijau dan putih mengeluarkan parang daripada kenderaan sebelum menetak pagar rumah saya,” katanya.

Suhan berkata, beliau keluar dan memeriksa pagar rumah sebelum mendapati ada kesan tetakan.

“Saya terkejut dengan kejadian ini dan tidak tahu apa motif mereka melakukan perbuatan itu. “Ini satu perbuatan terkutuk kerana mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang hati melihat saya melakukan kerja sosial terhadap penduduk di kawasan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Suhan berkata, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat selain tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah kereta Suzuki yang diletakkan di Jalan 19/4, Seksyen 19, di sini, rosak teruk selepas cermin hadapan dan belakangnya dipecahkan individu yang tidak dikenali jam 5.30 pagi, hari sama.
Selain itu, suspek mengetuk bahagian hadapan dan belakang kereta berkenaan sehingga kemek sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dua kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan.

'via Blog this'

Inspektor disiasat cabul isteri orang

Kosmo! Online - Negara:
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu.
Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu.
Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.
Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis.
Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini.
Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.
Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.
Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2E82v5I6J 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Lagi angkara khianat

Kosmo! Online - Negara:



ENAM buah motosikal dan sebuah kereta musnah angkara perbuatan khianat di Taman Seri Kuching, Sentul semalam.


KUALA LUMPUR – Tindakan khianat pihak tertentu bukan sahaja mengakibatkan sebuah kereta dan enam motosikal musnah dibakar malah menyebabkan tujuh penghuni termasuk dua kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu asap tebal semalam.
Kejadian pukul 5.05 pagi di Blok R Flat Sri Kuching dekat Taman Seri Kuching di sini itu berlaku ketika rata-rata penghuni masih nyenyak tidur.
Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kereta jenis Proton Saga, Meoh Bee Leong, 52, berkata, dia terus ke tempat letak kereta selepas dikejutkan isterinya yang terdengar bunyi kecoh meminta supaya penghuni mengalihkan kenderaan masing-masing.
“Sebaik tiba, saya lihat api sedang marak membakar motosikal dan enjin kereta saya. Saya cuba mengalihkan kereta namun gagal kerana api merebak dengan pantas,” ceritanya ketika ditemui di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2E82bGu9K 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Baling sabit elak kena rogol

Kosmo! Online - Negara:



NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.


TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.
“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2E82JpqH9 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Bopha membadai Filipina

Kosmo! Online - Dunia:



PENDUDUK mengumpulkan barang-barang selepas rumah mereka musnah ditiup Taufan Bopha di bandar Cagayan de Oro, Mindanao semalam.- AFP


MANILA - Taufan Bopha meragut 43 nyawa di sebuah bandar di Filipina semalam, lapor stesen televisyen tempatan, ABS-CBN dari lokasi kejadian.
"Saya mengira sebanyak 43 mayat di atas lantai," kata wartawan, Vina Araneta kepada stesen televisyen berkenaan menerusi panggilan telefon dari sebuah bangunan pentadbiran di bandar Bataan Baharu di selatan Pulau Mindanao.
Terdahulu beberapa pegawai melaporkan, seramai lapan orang terbunuh dalam bencana tersebut di beberapa tempat lain di Mindanao.
Wartawan berkenaan menyatakan datuk bandar itu, Lorenzo Balbin memberitahunya bahawa kebanyakan mangsa yang maut berasal dari perkampungan berdekatan di mana banjir kilat telah menenggelamkan sebuah pangkalan tentera Filipina.
Bopha yang merupakan taufan terkuat melanda Filipina pada tahun ini membadai Mindanao semalam dengan menyebabkan banyak rumah musnah dan bekalan elektrik terputus.
Ribut yang berkelajuan 195 kilometer sejam itu turut menumbangkan pokok-pokok dan bumbung-bumbung rumah.
Pegawai bencana, Liza Mazo berkata, lebih banyak kemalangan jiwa dijangka berlaku selepas pasukan penyelamat dikerah ke tempat-tempat yang terjejas teruk dalam bencana tersebut.
Media Filipina melaporkan berpuluh-puluh orang cedera akibat terkena serpihan yang diterbangkan angin, dihempap pokok tumbang dan dihanyutkan banjir kilat.
Namun, pihak berkuasa dapat mengelakkan angka kemalangan jiwa lebih besar dalam taufan kali ini ekoran perpindahan awal yang dilakukan. Setakat semalam lebih 155,000 orang berlindung di sejumlah pusat penempatan sementara di pulau berkenaan.
Sekitar 20 taufan melanda Filipina pada setiap tahun termasuk taufan Thelma (1991), Ketsana (2009) dan Megi (2010) dan dengan mendatangkan banyak kemusnahan dan kematian.
Seramai 1,500 orang terbunuh apabila Taufan Washi melanda Mindanao pada tahun lalu.
"Sudah cukup kami terseksa," kata seorang wanita, Felicitas Cabusao sambik memeluk anak perempuannya yang berusia 12 tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, berpuluh-puluh penerbangan dan perkhidmatan feri di tengah dan selatan Filipina digantung semalam manakala sekolah dan sebahagian premis perniagaan turut ditutup.
Bopha yang membawa ribut meliputi kawasan seluas 500 kilometer kini bergerak ke arah barat-barat daya dan dijangka tiba di Laut China Selatan esok.
Bopha yang bermaksud bunga atau gadis dalam bahasa Kemboja merupakan ribut ke-16 yang melanda Filipina pada tahun ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2E80bnojF 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Kastam rampas wang kertas lebih 1.8 juta Euro

Kosmo! Online - Dunia:



WANG kertas lebih 1.8 juta Euro disembunyikan di ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6.


PARIS - Dua lelaki Cina ditangkap di sebuah pos pemeriksaan Perancis dekat bandar Strasbourg pada bulan lalu bersama wang tunai lebih 1.8 juta Euro (RM7.1 juta) yang disembunyikan di tempat duduk kereta mereka, kata Kastam Perancis.
Wang tunai itu ditemui semasa pihak kastam melakukan pemeriksaan di plaza tol lebuh raya A4 di Schwindratzheim.
Sebanyak 38,000 keping wang kertas dengan nilai 20, 50, 100, 200 dan 500 Euro dirampas dari ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6 yang dinaiki oleh mereka.
Tangkapan tersebut dibuat pada 11 November lalu tetapi kastam Perancis mengumumkannya semalam ekoran kes tersebut masih disiasat.
Kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa mereka sedang dalam perjalanan ke Vienna untuk bercuti.
Suspek yang berketurunan Cina tetapi menetap di Portugal kini ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan wang tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2E80Kxiye 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Bekas ketua polis trafik ditangkap kerana rasuah

Kosmo! Online - Dunia:



DJOKO SUSILO (tengah) bersama peguamnya ketika tiba di ibu pejabat KPK di Jakarta, Indonesia.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia telah menahan seorang ketua polis trafik kerana terlibat dalam kes rasuah bernilai jutaan ringgit, sekali gus menjadi skandal rasuah terbaharu melibatkan pasukan polis republik tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) mengesahkan penahanan bekas ketua polis bahagian trafik, Djoko Susilo atas tuduhan salah guna kuasa dalam kes melibatkan tender berjumlah AS$21 juta (RM64 juta) untuk pembelian simulator pemanduan.
"Kami akan menyoal siasat suspek dalam tempoh 20 hari. Sekira wujud bukti yang kukuh, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," kata jurucakap KPK, Johan Budi.
KPK mendakwa Susilo menerima lebih AS$200,000 (RM608,599) sebagai suapan daripada seorang pembida tender.
Pemenang tender, syarikat keluli, Citra Mandiri Metalindo Abadi yang terkenal dengan pengeluaran penutup botol dikatakan tidak mempunyai pengalaman atau kapasiti untuk membekalkan simulator terbabit.
Tahun lalu, Indonesia mendapat markah 3.0 dalam Indeks Persepsi Rasuah dan Ketelusan Antarabangsa. Markah sepuluh bermaksud bersih daripada rasuah, manakala markah kosong bermakna sangat korup.
KPK diberi kuasa besar untuk menahan suspek, meneliti akaun bank dan menyiasat semua pegawai polis berpangkat tinggi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2E7zwtDRC 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

'Muka pucat, anak ajak balik'

'Muka pucat, anak ajak balik' - Terengganu - Sinar Harian:

Muka pucat, anak ajak balik
Orang ramai mengemuruni kawasan rumah arwah untuk melihat situasi sebenar sejurus berita penemuan mayat arwah tersebar dalam satu kejadian di Kampung Kubang Tangga, di sini, sem
KUALA TERENGGANU - “Dalam keadaan panik, anak bongsu saya mengajak kami balik dan meninggalkan rumah itu segera.

“Bagaimanapun, saya yang curiga dengan gelagat itu, terus masuk ke dapur sebelum ternampak anak saudara saya itu dalam keadaan tergantung tidak bernyawa,” demikian cerita seorang wanita, 49.

Wanita terbabit merupakan ibu saudara kepada seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di bahagian dapur di rumahnya di Kampung Kubang Tangga, di sini, petang semalam.

Menceritakan detik kejadian, wanita itu berkata, dia pergi ke rumah arwah bersama anak bongsunya, berusia 11 tahun, kira-kira jam 1.45 petang untuk memulangkan semula ketuhar yang dipinjam sebelum ini.

“Setibanya di rumah itu, anak bongsu saya masuk dulu ke dalam rumah kerana panggilan kami sebelum itu tidak berjawab.

“Namun tidak lama kemudian, dia keluar dalam keadaan panik dan pucat mengajak saya segera meninggalkan rumah itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, arwah, 32, merupakan seorang duda kepada dua anak dan tinggal di rumah bersama keluarganya.

“Bagaimanapun, saya difahamkan semasa kejadian arwah yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik itu tinggal bersendirian, manakala ibu dan anak sulung arwah berusia lima tahun pergi ke rumah saudara mereka di Kedah,” katanya.

Sementara itu, adik lelaki arwah berusia 18 tahun, berkata, dia tidak menyangka perubahan arwah yang menjadi ramah dan menegurnya pada Khamis lalu adalah petanda dia akan meninggalkan mereka sekeluarga selama-lamanya.

“Saya jarang pulang ke rumah kerana bekerja di sebuah kedai tayar di Ajil dan hanya pulang seminggu sekali. Namun, ketika berjumpa dengannya Khamis lalu, arwah tiba-tiba menegur saya sedangkan sebelum ini, kami jarang berbual,” katanya yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki itu.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk di bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

'via Blog this'

Isteri pesan jaga rumah

Isteri pesan jaga rumah - Johor - Sinar Harian:

Isteri pesan jaga rumah
Abd Razak (tiga, kiri) melihat berita kemalangan maut melibatkan isterinya yang disiarkan di surat khabar.
Isteri pesan jaga rumah
Nurnabila Syahira (kanan) bersama adiknya Nurjannah melihat gambar yang dirakam bersama ibunya ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.
KOTA TINGGI - “Isteri pesan jaga rumah elok-elok,” demikian kata Abd Razak Abd Rahman, 46, suami kepada salah seorang mangsa dalam kejadian lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau kelmarin.

Menurut Abd Razak, ketika kejadian, dia sedang bekerja, manakala isterinya (mangsa) Noraini Maidin, 41, bersama dua anak mereka berada di kampung Felda Air Tawar 3.

Manakala, seorang lagi anaknya sedang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Katanya, isterinya menghubunginya dan berpesan sedemikian kira-kira jam 7 pagi kelmarin (hari kejadian).

“Ketika isteri berpesan, saya tidak merasa apa-apa yang pelik kerana ayat tersebut adalah biasa yang akan disebutnya apabila tiada  di rumah.

“Namun saya tidak sangka itu adalah pesanan terakhirnya kepada saya sebelum terlibat dengan kejadian kemalangan maut itu.

“Malah saya juga hanya mengetahui yang arwah terlibat dengan kemalangan selepas melihat berita di televisyen,” katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Felda Air Tawar 3.

Abd Razak berkata, arwah adalah seorang isteri dan ibu yang baik, malah ketiga-tiga anaknya diberikan didikan yang secukupnya serta sempurna.

“Dua hari sebelum kejadian itu, saya ada juga merasa tidak sedap hati dan tidak boleh tidur lena. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku namun redha,” katanya lagi.

Bagi anaknya, Nurnabila Syahira, 16, berkata, ketika hari kejadian, dia sepatutnya mengikuti ibunya bersama namun disebabkan berasa tidak sihat, dia tidak turut serta.

“Saya sudah bersiap dan apabila hendak masuk ke dalam kereta, tiba-tiba kepala saya pening kerana tidak tahan bau penghawa dingin. Disebabkan itu, saya tidak jadi ikut bersama mereka.

“Kira-kira jam 7 lebih, ibu menghubungi saya untuk bertanyakan keadaan saya tetapi sikapnya berlainan kerana tidak bercakap banyak sebelum memutuskan talian.

“Ketika itu saya mula terfikir yang ibu merajuk kerana saya tidak jadi mengikutinya. “Beberapa jam selepas itu, kira-kira jam 10 pagi, saya terkejut apabila adik, Nurjannah Syahmi (berusia 11 tahun) memberitahu yang ibu terlibat kemalangan,” katanya yang juga pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda itu.

Menurutnya, pada pagi berkenaan, dia ada bermimpikan sesuatu yang pelik di mana dia melihat banyak kubur, namun tidak menyangka bahawa mimpinya itu membawa petanda dia akan kehilangan ibunya.

Berlainan pula dengan adiknya Nurjannah apabila dia bermimpi bertemu dengan ibunya pada pagi semalam.

Mimpi bertemu ibu Kata Nurjannah, di dalam mimpi tersebut, ibunya memandang mukanya tanpa berkata apa-apa melainkan dengan senyuman.

Ibu hanya tersenyum memandang saya. Namun setelah sedar, saya tahu yang ibu sudah tiada. Lalu saya sedekahkan al- Fatihah kepada ibu,” katanya.

Bagi anak sulung tiga beradik itu, Muhammad Amirul Hanif, 19, kenangan menyambut hari lahir pada bulan lalu bersama ibunya tidak dapat dilupakan.

Katanya, dia bersama adik dan beberapa saudaranya yang mempunyai kelahiran pada bulan yang sama mengadakan sambutan bersama di rumah atuknya.

“Ibu yang mahu mengadakan sambutan itu. Kebetulan ketika itu adalah cuti Depaavali, jadi ibu rancang untuk mengadakan lebih awal kerana semua ada.

“Tambahan pula saya turut bercuti ketika itu. Namun kami tidak sangka itu akan menjadi kenangan terakhir kami bersama ibu,” katanya.

Dalam pada itu, adik mangsa, Mazilah Maidin, 39, berkata, Amar Haziq Abdullah, 3, yang cedera parah kini berada di Hospital Sultan Ibrahim kerana masih berada dalam keadaan koma.

Katanya, kanak-kanak itu pada mulanya telah sedarkan diri namun mengalami  masalah di bahagian otak yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

“Apa yang menyedihkan adalah hari ini adalah hari ulang tahun Amar yang genap usianya tiga tahun. Dia adalah satu-satunya yang tinggal sementara ahli keluarganya termasuklah ibu bapanya telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut,” katanya.

Jenazah Noraini Maidin, 41, dan Samsiah Maidin, 37, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Felda Air Tawar 3 malam kelmarin.

Sementara jenazah Abdullah Yusof , 43, Muhamad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4 dikebumikan di tanah perkuburan Felda Air Tawar 5 malam yang sama.

'via Blog this'

Mayat wanita dicampak tepi jalan

Mayat wanita dicampak tepi jalan - Perak - Sinar Harian:

Mayat wanita dicampak tepi jalan
Anggota forensik sedang memeriksa mayat sebelum dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.
IPOH - Seorang wanita dipercayai warga tempatan ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat wayar di Persiaran Meru Raya 3, petang semalam.

Sinar Harian difahamkan mayat wanita yang dipercayai dibunuh itu dibalut dengan plastik dan kain sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat wanita berusia 30-an itu pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, selepas menerima panggilan, anggota polis dan Unit Forensik bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh lebih kurang 12 jam lalu berdasarkan keadaan badannya yang lebam  selain beberapa kesan calar di leher dan kepala.
“Setakat ini kami tidak dapat mengenal pasti identiti kerana tidak menemui sebarang dokumen pada mangsa.
“Namun, melalui siasatan awal juga kami percaya mangsa adalah warga tempatan berdasarkan suntikan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di lengan kiri mangsa,” katanya.

Anuar berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif dan kes disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Dua mayat lelaki ditemui terapung di lombong

Dua mayat lelaki ditemui terapung di lombong - Perak - Sinar Harian: "KAMPAR - Mayat dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sebuah lombong di Kampung Labu Kuchi di sini, Sabtu lepas, ditemui terapung di lombong itu, malam tadi dan pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata mayat G.Murugiah, 47, ditemui pada 11.13 malam manakala mayat rakanya, M. Munusamy, 51, ditemui pada 7.20 pagi.
  
Mayat kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak dua hari lepas, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.
  
Dalam kejadian pada 4.20 petang Isnin lepas, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan menjala ikan di lombong itu yang terletak 300 meter dari rumah mereka, sebelum dilaporkan tenggelam dan dibawa arus.
  
Seramai 14 anggota Bomba dan Penyelamat dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam, Rela dan polis, terlibat dalam operasi menyelamat itu. - Bernama"

'via Blog this'

Padah perdaya warga asing

Padah perdaya warga asing - Johor - Sinar Harian:

Padah perdaya warga asing
Sahadan pada sidang media di IPD Muar, kelmarin.
MUAR – Tindakan berani seorang lelaki mencuri wang dengan cara memindahkan wang milik mangsa yang dibantunya ke dalam akaun sendiri, mengundang padah apabila dia diberkas polis, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi ditahan kira-kira jam 1 pagi ketika berkeliaran di Jalan Meriam, di sini.

Menurutnya, suspek dipercayai terbabit dengan dua kes penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM2,000 dalam kejadian berasingan pada 8 Oktober dan 11 Oktober lalu.

“Dalam dua kejadian ini, kedua-dua mangsa berusia 23 tahun adalah warga Nepal dengan masing-masing kerugian RM1,000.

“Modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan berpurapura menawarkan pertolongan membantu mangsa mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, bagaimanapun pertolongan itu disalahgunakan suspek dengan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya.

“Suspek dikatakan melarikan diri sebaik sahaja urusan di ATM selesai tanpa menyerahkan wang kepada mangsa.

“Tindakan suspek mengundang keraguan mangsa yang kemudiannya memeriksa wang simpanan dalam akuannya,” katanya.

Sahadan berkata, mangsa terkejut mendapati wang sebanyak RM1,000 dalam akaunnya hilang, lalu membuat laporan di balai polis berhampiran.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau dan ujian air kencing ke atasnya mendapati dia bebas pengaruh dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

'via Blog this'

30 motor tinggal rangka - Utara - Sinar Harian

30 motor tinggal rangka - Utara - Sinar Harian:

 30 motosikal hangus, 10 rosak teruk dalam kebakaran
Sebahagian motosikal yang musnah terbakar di Flat Sun Moon City, malam tadi.
GEORGETOWN - Sebanyak 30 motosikal hangus, manakala 10 lagi rosak teruk dalam satu kebakaran di Flat Sun Moon City, Paya Terubong di sini, malam semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu disedari penduduk flat berkenaan yang ternampak asap hitam menyelubungi tempat kejadian.

Bimbang api merebak ke kenderaan lain, mereka terus menghubungi bomba bagi memaklumkan kejadian.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada sebuah motosikal yang terbakar disebabkan tangki petrol motosikal itu bocor sebelum terkena pada litar motosikal terbabit.

Percikan api pada litar motosikal menyebabkan api marak sehingga terkena pada motosikal yang lain.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 malam.

Menurutnya, dengan kekuatan 18 anggota dan dibantu anggota bomba sukarela pihaknya hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran.

“Kita masih lagi menyiasat punca kebakaran namun pemeriksaan di kawasan kejadian tidak menemui sebarang bahan bakar," katanya.

'via Blog this'

Kes pecah masuk rumah Ketua Pemuda Umno, polis dapat petunjuk

Kes pecah masuk rumah Ketua Pemuda Umno, polis dapat petunjuk - Utara - Sinar Harian: "BUKIT MERTAJAM - Polis sudah mendapat beberapa petunjuk berhubung kejadian rumah Ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk semalam sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.
  
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata polis menemui petunjuk berdasarkan barangan seperti sepasang selipar dan kesan tapak kaki yang ditinggalkan suspek.
  
Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian dilakukan lebih daripada seorang kerana peti besi yang mengandungi barangan berharga yang dilarikan dari rumah Mohd Zaidi Mohd said, 43, agak berat untuk diangkat hanya seorang individu, katanya.
  
Antara barangan yang dilarikan ialah barang kemas, jongkong emas, komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen lain serta sebuah motosikal.  - Bernama"

'via Blog this'

Sekumpulan lembu mengamuk

Sekumpulan lembu mengamuk - Melaka & NS - Sinar Harian:

Sekumpulan lembu mengamuk
Pasu bunga yang diletakkan di hadapan rumah diterbalikkan sekumpulan lembu.
ALOR GAJAH - Tiga sekeluarga terpaksa berkurung hampir dua jam dalam bilik selepas terdengar bunyi bising di luar rumah yang disangkakan perompak sebelum menyedari sekumpulan lembu mengamuk di Kampung Padang Kemunting, Tanjung Bidara, di sini, awal pagi
semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Rasol Ahmad, 46, bersama isteri, Norliza Wil, 42, dan anak tunggal mereka, Mohd Fakrullah, 4, tidur dalam bilik sebelum terdengar bunyi mendengus dan benda pecah di hadapan rumah.

Rasol berkata, semasa terjaga dari tidur dia menyangka rumahnya dimasuki perompak berikutan terdengar bunyi benda jatuh lalu mengejutkan isteri di sebelah. Namun mereka hanya mendiamkan diri kerana bimbang keselamatan keluarganya.

“Saya sekeluarga hanya berdiam diri dalam bilik dan ketika itu terdengar bunyi beberapa pasu bunga pecah, meja dan kerusi yang diletak di anjung rumah diterbalikkan hingga anak yang sedang lena pun terjaga.

“Kami tidak mampu bersuara dan terpaksa menutup lampu bilik hinggalah terdengar bunyi azan Subuh kemudian saya beranikan diri keluar dari bilik dan hanya mengintai dari tingkap dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut sebaik membuka pintu rumah kira-kira jam 7 pagi mendapati sekumpulan 12 ekor lembu dewasa menggeledah bahagian depan rumah dan sebahagiannya sedang menyondol pagar kawat duri rumahnya sehingga rebah.

“Lima ekor lembu sedang menyondol pagar rumah saya sementara lembu lain menggeledah segala peralatan di luar rumah serta melanggar semua peralatan sehingga habis barangan bersepah.

“Saya beranikan diri keluar rumah dan menghalau semua lembu yang sedang menyondol pagar rumah saya tetapi keadaan menjadi  sebaliknya apabila beberapa ekor lembu itu berpaling semula ke arah saya dan mengamuk sambil mengejar saya.

“Saya lari lintang-pukang masuk ke dalam rumah dan menutup pintu hadapan sambil memanggil isteri yang turut menjengah dari tingkap dapur melihat kumpulan lembu sedang rosakkan tanaman belakang rumah,” katanya.

Rasol berkata, dia terpaksa menghalau sekumpulan lembu yang merosakkan tanaman sayuran di belakang rumahnya hanya melalui tingkap  dapur sebelum ke depan rumah menghalau sebahagian lembu lagi.

“Setelah keadaan reda, saya keluar semula dan merakam sekumpulan lembu yang mengganas tadi sebelum menghalau serta membunyikan hon kereta sambil meninjau keadaan sekeliling rumah.

“Siapa yang tidak bengang bila melihat keadaan sama berulang lagi dan ini adalah kali keempat kejadian lembu yang diibarat tidak bertuan ini mengganas dalam kawasan rumah saya yang berpagar hingga merosakkan banyak harta benda.

“Apa yang menghairankan saya di mana pemiliknya kerana mereka hanya tahu menjual dagingnya sahaja tanpa perlu menjaga haiwan peliharaan hingga meranapkan harta benda penduduk yang lain,” katanya lagi.

Bimbang kejadian sama berulang, Rasol ditemani isteri membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, pada jam 8.05 pagi dan berharap tindakan ke atas pemilik lembu berkenaan dapat diambil dengan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kes dirujuk kepada pihak berkaitan.

'via Blog this'

Terbakar lepas langgar lembu

Terbakar lepas langgar lembu - Melaka & NS - Sinar Harian:

Terbakar lepas langgar lembu
Toyota Alphard yang terbakar selepas merempuh lembu. Gambar kecil: Yok Chin.
MELAKA TENGAH - Suasana gembira sebuah keluarga yang baru pulang membeli-belah bertukar menjadi pengalaman menakutkan apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh seekor lembu, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) itu, kereta Toyota Alphard yang dinaiki tujuh sekeluarga berkenaan hangus bersama barang-barang yang dibeli bernilai hampir RM1,300.

Mangsa Lim Yok Chin, 46, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Muar, Johor selepas berbelanja di sebuah pusat membeli-belah terkenal di negeri ini.

“Setibanya di tempat kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong oleh sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat lembu tiba-tiba muncul di atas jalan.

“Saya gagal mengawal kenderaan kemudian merempuh lembu itu lalu terbabas sebelum melihat asap kecil keluar dari enjin kereta dan terus mengarahkan ahli keluarga keluar dari kereta,” katanya.

Yok Chin berkata, kira-kira 10 minit kemudian, kereta bernilai RM130,000 yang digunakan sejak 2010 itu terbakar tanpa sempat dia menyelamatkan barangan yang dibelinya di pusat membeli belah berkenaan.

“Walaupun mengalami kerugian, saya masih bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini malah berterima kasih kepada orang awam yang membantu menghubungi bomba.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku kepada pengguna lain, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri ini memasang tiang lampu sepanjang jalan yang sememangnya gelap dan pagar untuk mengelakkan binatang masuk ke dalam lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

'via Blog this'

Mayat dijumpai dalam longkang

Mayat dijumpai dalam longkang - Pahang - Sinar Harian:

Mangsa dipercayai mati mengejut.
Mangsa dipercayai mati mengejut.
KUANTAN – Seorang lelaki ditemui mati dalam longkang di belakang sebuah kedai dekat Jalan Wong Ah Jang, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun ditemui mati oleh pemilik kedai berkenaan ketika hendak membuka premisnya.

Adik tiri mangsa yang hanya dikenali sebagai Ali, 13, berkata, sebelum kejadian mereka ada bertemu di rumahnya dan mangsa memberinya RM12 untuk dibuat belanja.
“Malam semalam (kelmarin), kira-kira jam 8.30 malam kami bertemu di rumah, abang memaklumkan dia ada RM50 dan memberi saya RM12 sebelum dia keluar.

“Saya tidak sangka itu adalah pertemuan terakhir kami sebelum dia ditemui mati dalam keadaan demikian,” katanya di sini, semalam.
Dia berkata, abang tirinya itu tinggal berdua bersama nenek mereka yang berusia lingkungan 60 tahun berdekatan rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian anggotanya mendapati mayat lelaki terbabit ditemui terlangkup dalam longkang dengan kepala di bawah dan badannya di atas.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), namun masih menunggu laporan bedah siasat untuk siasatan lanjut.
“Polis meminta orang awam yang melihat kejadian ini tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

'via Blog this'

Nyaris maut treler langgar lori ikan

Nyaris maut treler langgar lori ikan - Kelantan - Sinar Harian:

Nyaris maut treler langgar lori ikan
Keadaan lori treler yang remuk selepas merempuh lori muatan ikan di persimpangan Peringat, pagi kelmarin.
KOTA BHARU - Seorang pemandu treler, nyaris maut apabila lori treler yang dipandunya merempuh sebuah lori muatan ikan yang dipercayai dari arah Tok Bali, Pasir Puteh ke Kota Bharu di simpang Peringat, di sini, pagi kelmarin.             

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan pemandu terbabit mengalami kecederaan di badan dan tangan selepas dikatakan gagal mengelak lori berkenaan di persimpangan lampu isyarat.                                

Menurut saksi, Rosni ismail, 42, ketika kejadian, dia sedang menjalankan kerja-kerja mengecat di dalam kedai yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.                                           

“Saya hanya keluar dari kedai apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.                                         

“Bila saya jenguk keluar, saya lihat ada sebuah lori treler dan lori ikan tersadai di tengah jalan,” katanya.

Rosni berkata, bagaimanapun kedua-dua pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan parah dan pemandu lori treler itu di bawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan.                                   

“Rempuhan berlaku begitu pantas, dan bila saya keluar dari kedai saya lihat lori treler itu mengalami kerosakan yang teruk.

'via Blog this'