Search This Blog

Sunday, December 2, 2012

3 pengurus kilang pakaian terbakar ditahan



30 November 2012
3 pengurus kilang pakaian terbakar ditahan
Kilang yang musnah terbakar ini turut membekalkan pakaian jenama terkenal. Foto: Reuters
DHAKA -  Tiga pengurus kilang pakaian Tazreen ditahan pihak berkuasa, kelmarin untuk membantu siasatan berhubung kes kebakaran di premis itu yang meragut sekurang-kurangnya 110 nyawa.

Menurut polis, berdasarkan keterangan saksi, semua pengurus tersebut dikatakan tidak membenarkan pekerja meninggalkan kilang itu walaupun loceng kebakaran sudah berbunyi.

"Mangsa yang terselamat memaklumkan pengurus mereka memberitahu ia hanya latihan kebakaran biasa.  Mereka turut dikunci dari luar hingga menyebabkan ramai mangsa gagal menyelamatkan diri," kata ketua polis Dhaka, Habibur Rahman.

Selain itu, polis turut menyoal siasat pemilik kilang tersebut selepas dipercayai melanggar peraturan pembinaan bangunan yang ditetapkan.

Difahamkan, kira-kira 700 pekerja kilang pakaian terbunuh dalam puluhan insiden kebakaran sejak tahun 2006 dan sehingga kini tiada tindakan dikenakan ke atas pemilik premis terlibat. - Al-Jazeera

Terowong Sasago di Jepun runtuh, mayat rentung ditemui




2 Disember 2012
Terowong Sasago di Jepun runtuh, 5 terperangkap
Anggota pasukan mencari dan menyelamat berhimpun di luar laluan masuk terowong Sasago, yang runtuh hari ini. - Foto EPA
Terowong Sasago di Jepun runtuh, 5 terperangkap
Helikopter pasukan mencari dan menyelamat berlegar di kawasan lebuh raya berterowong Sasago, 80 kilometer ke barat Tokyo hari ini. - Foto EPA
[DIKEMAS KINI JAM 5 PETANG] TOKYO - Sekurang-kurangnya lima orang dikhuatiri terperangkap dalam terowong lebuh raya, yang terletak di kawasan 70 kilometer ke barat Tokyo, runtuh hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan.
Laporan terbaru menyebut beberapa mayat yang rentung turut ditemui di lokasi kejadian, dipercayai akibat kebakaran.
Mayat-mayat rentung ditemui sebaik sahaja operasi mencari dan menyelamat disambung selepas dihentikan sementara kerana khuatir runtuhan susulan akan berlaku.
Laporan awal menyebut ia berlaku di "satu seksyen sehingga 100 meter di terowong bergua, yang dibina di atas lorong Tokyo yang terikat di Lebuh Raya Chuo, di wilayah Yamanashi."
BBC yang memetik agensi berita tempatan Jepun NHK, melaporkan asap hitam keluar terowong dan kebakaran di bahagian dalam berterusan.

Wakil rasmi polis trafik memberitahu agensi AFP,"kita tidak tahu dengan tepat berapa banyak kenderaan berada di atas api."

Beliau juga memberitahu, seorang wanita telah dibawa ke hospital selepas berjaya keluar daripada terowong itu atas usahanya sendiri.
Ditemu ramah di tempat kejadian, wanita itu berkata, dia berjalan dengan lima orang lain di dalam sebuah van, sambil menambah:

"Saya tidak mempunyai idea tentang apa yang berlaku kepada lima orang lain. Saya tidak tahu berapa banyak kenderaan di hadapan dan di belakang kami. "

Seorang lagi mangsa berkata, bahawa dia menyaksikan "bahagian konkrit siling jatuh tiba-tiba ketika saya sedang memandu. Saya nampak api yang datang dari kereta yang musnah."

Katanya, dia berjalan selama satu jam sebelum keluar dari terowong itu.

Terowong Sasago yang panjangnya dianggarkan 4.3 kilometer (2.7 batu) adalah salah satu lebuh raya utama di Tokyo. Terowong Sasago, salah satu terowong paling panjang di Jepun, menghubungkan Lebuh Raya Chuo.
Anggota bomba kini sedang bekerja di lebuh raya tertutup itu untuk memadamkan kebakaran.
Panel konkrit setebal 20 sentimeter runtuh di kawasan sepan jang 50 hingga 60 meter, kata pegawai Jabatan Bomba Timur Yamanashi dipetik AFP.
"Sekurang-kurangnya dua kenderaan terperangkap di bawah runtuhan. Satu lagi, kenderaan ringan terbakar tetapi keadaan terkawal," katanya lagi.
Menurut Jabatan Bomba, anggota pasukan kecemasan juga dikeluarkan dari terowong ekoran kebimbangan kemungkinan ada runtuhan kedua.

Juruteknik maut kereta dirempuh



2 Disember 2012
KEMAMAN - Seorang juruteknik maut setelah kereta Honda City yang dipandunya dirempuh sebuah kereta lain ketika melalui selekoh di Km 123, Jalan Jerangau-Jabor dekat sini semalam.
Rakannya pula patah kedua-dua belah kaki dalam kejadian 6.45 petang itu.
D. Kalaiselvan, 43, yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar kereta meninggal selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Kemaman sementara rakannya Tan Tze Chen, 24, dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju Kuantan apabila kereta mereka dirempuh sebuah kereta Toyota Innova.
Akibat rempuhan secara berdepan itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, katanya.
Manakala pemandu MPV tersebut, Mohamad Abd Ghani, 50, turut patah kaki sementara isterinya, Adoni Daud, 49 cedera parah dan anak perempuan mereka Nurul Nadirah, 14, patah tulang rahang.
Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan (Bahagian Agama) dalam perjalanan dari Johor untuk balik ke rumah mereka di Bukit Payung, Marang.
Ketua Polis Daerah, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah dituntut keluarganya.
"Mohamad dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tersebut, namun siastan lanjut masih diteruskan," katanya.- Bernama

Lima sekeluarga maut

Lima sekeluarga maut
Empat mangsa maut ditempat kejadian. 
SENAI - Lima sekeluarga dari Felda Air Tawar, Kota Tinggi, maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki muatan minyak sawit di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Nissan Grand Livina, Abdullah Yusof , 43;  isterinya, Noraini Maidin, 41; Samsiah Maidin, 37; dan anak mereka, Muhamad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4. Maisarah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala Noraini yang merupakan kakak ipar Abdullah meninggal dunia di Hospital Mersing.

Seorang lagi mangsa, Amar Haziq Abdullah, 3, cedera parah, sementara pemandu lori tangki terbabit, Azahar Mohd Othman, 29, berasal dari Yong Peng Batu Pahat, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki keluarga terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan.

“Lokasi kejadian adalah di selekoh kiri menuruni bukit dari arah Mersing ke Endau. Lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari arah Endau ke Mersing, manakala kereta mangsa dari arah bertentangan.

“Ketika melalui lokasi kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mereka dikatakan berkonvoi dua kereta dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.

Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Juruteknik maut kereta dirempuh

Juruteknik maut kereta dirempuh - Semasa - Sinar Harian:


KEMAMAN - Seorang juruteknik maut setelah kereta Honda City yang dipandunya dirempuh sebuah kereta lain ketika melalui selekoh di Km 123, Jalan Jerangau-Jabor dekat sini semalam.


Rakannya pula patah kedua-dua belah kaki dalam kejadian 6.45 petang itu.


D. Kalaiselvan, 43, yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar kereta meninggal selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Kemaman sementara rakannya Tan Tze Chen, 24, dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju Kuantan apabila kereta mereka dirempuh sebuah kereta Toyota Innova.


Akibat rempuhan secara berdepan itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, katanya.


Manakala pemandu MPV tersebut, Mohamad Abd Ghani, 50, turut patah kaki sementara isterinya, Adoni Daud, 49 cedera parah dan anak perempuan mereka Nurul Nadirah, 14, patah tulang rahang.


Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan (Bahagian Agama) dalam perjalanan dari Johor untuk balik ke rumah mereka di Bukit Payung, Marang.


Ketua Polis Daerah, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah dituntut keluarganya.


"Mohamad dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tersebut, namun siastan lanjut masih diteruskan," katanya.- Bernama


'via Blog this'

Nenek, cucu maut dirempuh kereta dipandu remaja 17 tahun

Nenek, cucu maut dirempuh kereta dipandu remaja 17 tahun - Semasa - Sinar Harian:


PENDANG - Seorang nenek dan cucu lelakinya maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Batu 13 3/4 Kampung Kobah dekat sini pagi tadi.


Nenek tersebut Munah Ismail, 64, serta cucunya itu Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5, serta seorang lagi cucu perempuannya Nurul Fitrah dikatakan sedang berjalan ke sebuah warung yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka untuk bersarapan pagi kira-kira 8.00 pagi.


Ketiga-tiga mereka yang berpimpinan tangan dirempuh sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang remaja berumur 17 tahun yang datang dari arah Kota Sarang Semut menuju ke sini, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, ASP L. Pubadi.


Munah yang tercampak kira-kira 10 meter serta cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian manakala Syahrul Fitri yang juga cedera di kepala dan badan meninggal di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut ketika menerima rawatan.


Sementara Nurul Fitrah hanya cedera ringan di kepala mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dibenar pulang.


Pubadi berkata seorang penunggang motosikal Mohd Jailani Abd Rahman, 43, dari Kampung Alor Besar, Bukit Raya dekat sini patah kaki kiri setelah dirempuh kereta yang sama.


Turut dirempuh ialah 10 buah motosikal lain yng diparkir berhampiran warung itu.


Beliau berkata pemandu kereta itu dikatakan cuba mengelak objek di tengah jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh ketiga-tiga mangsa serta penunggang motosikal tersebut.


Katanya pemandu kereta berkenaan bersama teman wanitanya yang juga berusia 17 tahun turut mengheret sebuah lagi motosikal sebelum terbabas ke tepi jalan di arah bertentangan.


Pubadi berjata pemandu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang sejurus selepas kejadian dan dia ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Setakat ini pihak kami menerima lima laporan daripada pemilik motosikal berhubung kemalangan itu dan sekiranya terdapat penunggang yang belum membuat laporan, mereka diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan," katanya.


Sementara itu suami kepada Munah, Ghazali Awang, 63, berkata dia yang berada di rumah pada mulanya merasa hairan melihat orang ramai tergesa-gesa ke warung tersebut, sejurus selepas isteri dan dua cucunya keluar dari rumah.


Katanya dia yang turut ke warung itu amat terkejut dan rebah apabila melihat isteri dan cucunya terbaring di atas jalan akibat kemalangan.


Mayat Munah dan cucunya kemudiannya dihantar ke HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya.


Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kobah petang ini. - Bernama


'via Blog this'

Dua rakan lemas ketika mandi di sungai

Kosmo! Online - Negara:


KUALA KRAI - Hajat seorang rakan untuk membantu temannya yang tergelincir ke dalam Sungai Durian di sini membawa padah apabila kedua-duanya lemas dihanyutkan arus deras kelmarin.



Ketika kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Abdul Latif Alias, 6, Muhammad Zarrin Mohd. Amin, 8, dikatakan sedang mandi di sungai tersebut.


Adik kepada Muhammad Zarrin, Muhammad Qiamuddin, 6, yang berada di tebing sungai itu berkata, abangnya cuba menyelamatkan Muhammad Abdul Latif yang tergelincir, namun kedua-duanya dibawa arus.


"Abang cuba tolong apabila Latif jatuh tetapi dia hanyut juga. Bila nampak dua-dua hanyut, saya terus berlari ke pondok (tempat berehat) untuk minta pertolongan," katanya di sini semalam.


Mayat kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai itu kira-kira 30 meter dari tempat mereka dikatakan terjatuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) di sini.


Jenazah dua rakan karib yang tinggal berjiran itu kemudian disemadikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pondok Sungai Durian, dekat sini kira-kira 9.30 pagi semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2DvASPAOf 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Guna gunting, kapak rompak mesin ATM

Kosmo! Online - Negara:






SEORANG pelanggan bank melihat keadaan sebuah mesin ATM yang cuba dipecahkan oleh seorang penjenayah di Pasir Mas semalam.





PASIR MAS - Cubaan seorang penjenayah untuk memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Pasir Mas-Tendong dekat sini gagal apabila tindakannya disedari orang awam semalam.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sepasukan anggota unit peronda bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 pagi.


Menurutnya, suspek dipercayai cuba memecahkan mesin itu menggunakan pisau dan kapak yang dijumpai masih terlekat pada mesin tersebut.


Ujarnya, polis turut menemui sebatang besi kuku kambing, tukul besi dan pemutar skru di atas lantai berhampiran mesin berkenaan.


"Mesin ATM itu mengalami kerosakan teruk namun suspek gagal melarikan wang tunai di dalamnya kerana tidak berjaya membuka salah satu bahagian pada mesin tersebut.


"Rakaman menerusi televisyen litar tertutup mendapati perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang masuk ke bank berkenaan kira-kira pukul 5.50 pagi dengan sebahagian mukanya ditutup," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2Dv5WtjUl 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Perjalanan terakhir lima beranak

Kosmo! Online - Negara:












ABDULLAH bersama Muhammad Aiman (kiri), ibunya, Ramlah Omar (tengah), Samsiah dan Maisarah(atas pangkuan) dalam 
gambar yang dirakamkan ketika Hari Raya Aidilfitri lalu di Felda Air Tawar, 5, Kota Tinggi.






MERSING – Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna jenis Grand Livina yang mereka naiki hilang kawalan dan berpusing sebelum dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Mersing-Endau dekat sini pukul 7.30 pagi semalam.


Mereka yang maut ialah juruteknik, Abdullah M. Yusof, 43; isterinya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Samsiah Maidin, 37; anak mereka, Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah, 4, serta adik kepada Samsiah, Noraini Maidin, 30-an.


Anak bongsu mangsa, Muhammad Ammar, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.


Kosmo! Ahad difahamkan, Abdullah sekeluarga bersama sebuah kereta lain dalam perjalanan untuk menghantar adik iparnya, Muhammad Hafiz Maidin, 18, ke tempat belajarnya di Universiti Teknologi Mara, Jengka , Pahang.


Muhammad Hafiz menaiki sebuah kereta lain yang dipandu oleh datuknya, Maidin Mohamad, 66.


Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Mohd. Nor Rasid berkata, dalam kejadian ngeri itu, kenderaan yang dipandu oleh Abdullah dipercayai hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali di tengah jalan.


“Pada waktu yang sama, sebuah lori tangki dari arah belakang terus melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melekat,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Impak daripada rempuhan itu menyebabkan empat dari lima mangsa maut pada tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Dv4I8D00 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

Polis buru lapan suspek kes tetak dua lelaki

Polis buru lapan suspek kes tetak dua lelaki: "GEORGETOWN 29 Nov. - Polis sedang memburu lapan lelaki berumur 20 hingga 30-an disyaki menetak dua lelaki dalam sebuah warung di Batu Maung, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam insiden 11.30 malam itu, mangsa M.Visvanathan, 20, dan rakannya Ahmad Mustafa Rahmat, 26, dikatakan sedang minum di warung berkenaan sebelum diserang kumpulan lelaki terbabit.

"Suspek yang bersenjatakan parang menetak dan membelasah mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan motosikal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Visvanathan dan Ahmad Mustafa cedera parah di kepala dan seluruh badan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Hatta berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."

'via Blog this'

Lelaki menyamar pegawai Kastam dibelasah

Lelaki menyamar pegawai Kastam dibelasah:


KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Gara-gara menyamar sebagai pegawai Kastam dan menggari seorang pembantu kedai, seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam di sebuah rumah kedai di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, dekat sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian bermula apabila suspek berusia 47 tahun dan seorang rakannya berusia 22 tahun masuk ke dalam sebuah rumah kedai dan memperkenalkan diri sebagai pegawai risikan penyeludupan Kastam.


Katanya, suspek kemudian bertindak mengugut dan menggari pembantu kedai itu yang berusia 22 tahun manakala rakan suspek pula mengambil gambar mangsa kononnya untuk dijadikan bahan bukti.


“Tindakan mereka disedari oleh pemilik kedai berusia 57 tahun dan mempersoalkan mengapa mangsa yang juga anak saudaranya digari.


“Suspek yang berang kemudian membuka gari mangsa dan cuba menggari pemilik rumah kedai itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka berdua," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.


Jelas Manoharan, pergelutan yang mencetuskan kekecohan itu menarik perhatian penduduk sekitar yang datang beramai-ramai untuk menangkap dan membelasah suspek manakala rakannya pula sempat melarikan diri.


“Sepasukan anggota cegah jenayah dari Gong Badak yang kebetulan meronda di kawasan tersebut cuba meleraikan orang ramai, namun gagal dan terpaksa meminta bantuan Unit Peronda.


“Unit Peronda yang tiba tidak lama selepas itu juga gagal mengawal keadaan sebelum salah seorang daripada mereka bertindak melepaskan satu das tembakan amaran ke udara bagi meleraikan pergaduhan," ujarnya.


Manoharan berkata, akibat kejadian itu, suspek yang berasal dari Kampung Teluk Ketapang serta mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu penipuan kad kredit luka-luka ringan, termasuk lebam dan calar di bahagian muka dan kepala.


“Polis turut merampas gari, pistol tiruan serta kad putih berbalut plastik bercop jabatan Kastam palsu milik suspek untuk siasatan lanjut," katanya sambil memberitahu, suspek kedua berjaya ditangkap kira-kira pukul 2 pagi keesokannya



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121130/je_02/Lelaki-menyamar-pegawai-Kastam-dibelasah#ixzz2DsZRlgWF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Anak retak tulang tangan, bapa saman polis

Anak retak tulang tangan, bapa saman polis:


BUTTERWORTH 30 Nov. - Seorang bapa hari ini memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mendakwa anaknya dikasari oleh anggota polis sehingga cedera di tangan kanan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Taman Bertam Perdana di Kepala Batas, Februari lalu.


Mohd. Nordin Mohd. Tahir memfailkan tuntutan itu melalui firma guaman, Tetuan Norhisham & Co., di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini.


Mohd. Nordin yang mewakili anaknya, Ahmad Faiz, 17, selaku plaintif menamakan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara defendan pertama dan Kerajaan Malaysia defendan kedua.


Dalam saman tersebut, plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM48, ganti rugi am bagi kesakitan dan kesengsaraan serta kehilangan upaya untuk meningkatkan pendapatan.


Selain itu, dia menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah pada kadar yang ditetapkan mahkamah dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.


Dalam kejadian 11 Februari lalu, remaja terbabit didakwa retak tulang tangan kanan akibat direntap dengan kuat oleh anggota polis terbabit kerana gagal mengikut arahan supaya keluar dari pasar raya terbabit.


Seorang lagi anggota polis didakwa mengasarinya kerana tidak memakai topi keledar ketika menaiki motosikal ke pasar raya yang terletak berhampiran rumahnya itu.


Akibat kejadian itu juga tangan remaja itu kini tidak mampu diangkat melebihi paras bahu dan dia terpaksa bercuti sekolah hampir sebulan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121201/je_04/Anak-retak-tulang-tangan-bapa-saman-polis#ixzz2DsZ2k2l7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Geng Sima aktif curi kenderaan tumpas

Geng Sima aktif curi kenderaan tumpas:

Sebahagian daripada kereta buatan tempatan yang berjaya dirampas dan ditempatkan di IPD Petaling Jaya, Selangor, semalam. - gambar ihsan Sin Chew
PETALING JAYA 30 Nov. - Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dikenali sebagai Geng Sima yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini ekoran tertangkapnya sembilan individu termasuk dua wanita baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, geng tersebut dipercayai terlibat dalam kira-kira 50 kes curi kenderaan dengan menyasarkan kereta tempatan.
Kata beliau, kumpulan terbabit menggunakan modus operandi yang agak ketinggalan dengan mengumpil tombol kunci di bahagian belakang kenderaan sebelum membuat kunci pendua serta kembali ke lokasi untuk melarikan kereta terbabit.
"Hasil maklumat, polis membuat tangkapan pertama pada 9 Oktober lalu membabitkan seorang lelaki dalam satu serbuan di sebuah di rumah di Petaling Jaya.
"Susulan daripada itu, polis terus menjejaki ahli kumpulan ini sehingga tertangkapnya ketua geng tersebut yang dikenali sebagai Simachalam berusia 23 tahun pada 9 November lalu. Turut ditahan ialah dua lelaki yang merupakan pembeli kenderaan curi terbabit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Arjunaidi, ekoran tangkapan tersebut, polis merampas 18 kereta terdiri daripada enam buah Proton Wira, Proton Satria (lima), Proton Putra (dua) dan masing-masing sebuah Proton Perdana, Proton Waja, Perodua Viva dan Perodua Kancil.
"Kesemua kereta terbabit dianggarkan bernilai RM200,000 dan rata-ratanya ditemui di Petaling Jaya, Damansara dan Kota Damansara. Semua kereta yang dicuri dijual bagi pasaran tempatan dengan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 sebuah," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121201/je_01/Geng-Sima-aktif-curi-kenderaan-tumpas#ixzz2DsYYFsqf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Pemilik salon didakwa dera amah

Pemilik salon didakwa dera amah:
SUNGAI PETANI 29 Nov. - Nasib seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera dipercayai akibat didera terbela apabila anak perempuan majikannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu.
Khor Chia Lin, 29, yang merupakan pengusaha salon didakwa mendatangkan kecederaan terhadap pembantu rumah yang hanya dikenali sebagai Suryani, 24, dengan menggunakan sebatang kayu mop.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh pada pukul 11 pagi, 23 November lalu di rumah No. 22, Taman Patani Indah di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.
Chia Lin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abdidin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd. Nasir yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam, Loo Yook Khin yang mewakili tertuduh pula memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan tertuduh memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis semasa siasatan.
Intan Nurul Farena kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 2 Januari tahun depan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan perubatan.
Sementara itu, Yook Khin ketika ditemui pemberita berkata, ibu tertuduh yang sebelum ini turut ditahan reman, dibebaskan semalam selepas didapati tidak terlibat dalam kes berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemangku Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah yang hadir menyaksikan prosiding berkenaan berkata, pihaknya berpuas hati dengan siasatan dan proses pendakwaan yang dijalankan.
"Pembantu rumah yang terlibat kini berada dalam jagaan kami di Pulau Pinang. Keadaannya masih lemah tetapi menunjukkan tanda-tanda pulih," katanya yang diiringi Pegawai Perhubungan Polis Konsulat, Supritendan Gentur Wicaksomo.
Sofiana turut merakamkan penghargaan kepada pihak media kerana memaparkan berita berhubung kes penderaan pembantu rumah Indonesia.
"Sebenarnya banyak kes pembantu rumah berlaku tetapi tidak dilaporkan. Namun begitu, kita berharap pada masa akan datang majikan perlu melayani pembantu rumah mereka berlandaskan hak-hak asasi manusia.
"Pada masa sama, pembantu rumah sendiri perlu berbincang secara elok dengan majikan agar tidak timbul sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Akhbar pada Selasa lalu melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera dan pukul diselamatkan selepas wanita itu melarikan diri dari rumah majikannya.
Mangsa ditemui jiran majikannya itu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kira-kira pukul 12 tengah hari.
Mangsa yang memasuki negara ini melalui agensi pekerja asing mendakwa dipukul di kepala, tangan dan muka kerana dikatakan tidak mematuhi arahan majikannya untuk bangun pagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121130/ma_01/Pemilik-salon-didakwa-dera-amah#ixzz2DsXmjv2O 
© Utusan Melayu (M) Bhd 'via Blog this'

Tukang kebun mengaku tidak bersalah tuduhan rogol

Tukang kebun mengaku tidak bersalah tuduhan rogol: "JOHOR BAHARU 30 Nov. - Seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita di Benut, Pontian, Sabtu lepas.

Mohd Radzuan Abd Karim, 63, dituduh melakukan perbuatan terhadap mangsa berumur 27 tahun itu di ruang tamu di sebuah rumah di Benut, Pontian pada 10 pagi.

Dia yang berasal dari Taman Murni, Benut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Nu'aman Mahmud Zuhdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA"

'via Blog this'

Dua anggota polis bebas tuduhan guna kekerasan

Dua anggota polis bebas tuduhan guna kekerasan:

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Dua anggota polis hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Magistret daripada pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar semasa perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lepas.
Majistret Nurulain Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata setelah menimbangkan secara maksimum keterangan daripada saksi-saksi yang dipanggil, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24.
Beliau berkata pihak pendakwaan juga gagal memenuhi segala kehendak Seksyen 352 Kanun Keseksaan untuk mahkamah memanggil kedua-dua tertuduh membela diri masing-masing.
Majistret Nurulain menegaskan mahkamah terpaksa melepaskan dan membebaskan tertuduh kerana saksi-saksi dalam kes ini gagal mengecam orang yang dikatakan telah melakukan jenayah kekerasan terhadap pengadu, jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King.
Selain Wong, pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi yang lain, termasuk dua jurugambar lain yang dikatakan telah menyaksikan kejadian tersebut.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Wong, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara pukul 5.20 petang dan 5.30 petang.
Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh manakala Mohd Khairul dan Shahrul Niza diwakili Salim Bashir.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121130/ma_03/Dua-anggota-polis-bebas-tuduhan-guna-kekerasan#ixzz2DsXSrlgt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Komputer tablet dibeli tidak berfungsi

Komputer tablet dibeli tidak berfungsi:

PENGGUNA perlu diberi jaminan agar setiap pembelian komputer tablet tidak merugikan. - GAMBAR HIASAN
TABIAT membeli-belah secara dalam talian atau online semakin popular sehingga terdapat kajian menyatakan, sepanjang tahun lalu, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM2 bilion bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diiklankan di Internet.
Antara tarikan yang ditawarkan oleh perniagaan Internet adalah harga yang lebih murah bagi barangan berjenama termasuk pakaian dan gajet terkini.
Namun di sebalik fenomena beli-belah di hujung jari itu, pasti ada kesan negatifnya kepada pengguna sekiranya tawaran menarik yang dijanjikan oleh para peniaga gagal dilaksanakan seperti yang diiklankan.
Bagi dua rakan baik, Azreen Aminuddin Abdul Aziz, 31, dan Norazreen Eeham Baharuddin, 29, mereka turut teruja dengan tawaran hebat sebuah komputer tablet yang diiklankan di laman web lelong.com.
Kedua-dua mereka bersetuju membelanjakan RM308.90 setiap seorang untuk mendapatkan komputer tablet yang ditawarkan bersama pakej percuma pelindung skrin, sarung, bateri lebih tahan lama, memori simpanan yang lebih dan hadiah percuma.
Bagaimanapun, menurut mereka, apabila pakej itu dihantar menerusi pos, barang yang dihantar sangat mengecewakan sama sekali.
Komputer tablet yang dijual oleh syarikat Intl Technology Development Sdn. Bhd. itu tidak berfungsi dengan baik dan hadiah percuma yang dijanjikan juga tidak disertakan bersama.
Mereka seterusnya meminta komputer tablet itu digantikan dengan set komputer tablet baharu dan pihak syarikat bersetuju dengan syarat kedua-dua pengguna itu memulangkan kesemua barangan itu berserta bayaran RM10 untuk kos kiriman dan RM90 kos membaiki skrin yang dikatakan bercalar.
Kedua-dua mereka bersetuju, namun setelah pihak syarikat menghantar komputer tablet kali kedua, peralatan tersebut masih tidak berfungsi dengan baik dan tiga daripada barangan percuma yang diberikan tidak dihantar semula.
Ekoran itu, kedua-dua mereka memfailkan aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara bagi menuntut ganti rugi.
Presiden TTPM, Maznah Haron yang mendengar kes itu baru-baru ini menangguh-
kan keputusan kes meman-
dangkan pihak penentang iaitu wakil dari syarikat yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang tidak hadir.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121201/ma_03/Komputer-tablet-dibeli-tidak-berfungsi#ixzz2DsXHls6D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Ejen insurans palsukan MyKad didenda

Ejen insurans palsukan MyKad didenda:

IPOH 30 Nov. - Seorang ejen insurans yang memalsukan kad pengenalannya sendiri dengan mengubah satu angka pada nombor MyKad miliknya hari ini didenda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab setelah Aidil Tuah Sulaiman, 38, yang diwakili peguam Mahinderjit Singh mengaku melakukan kesalahan itu Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut yang memegang kad pengenalan bernombor 741016-08-7031 didakwa tanpa sebarang kuasa telah menggunakan kad pengenalan palsu MyKad bernombor 781016-08-7031 atas nama Aidil Tuah Bin Sulaiman.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 9.30 malam, 24 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara, Ahmad Firdaus Che Md. Rose mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, hasil siasatan yang dilakukan terhadap tertuduh yang menyerah diri di IPK Perak mendapati dia adalah seorang warganegara Malaysia dengan tanpa kuasa yang sah telah dengan sendirinya mencetak kad pengenalan palsu.
Tertuduh mengaku melakukan perkara tersebut untuk menipu pihak syarikat telekomunikasi kerana nombor kad pengenalan miliknya telah disenarai hitam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121201/ma_02/Ejen-insurans-palsukan-MyKad-didenda#ixzz2DsX5Chwq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Pengurus tempat letak kereta dijel, guru bebas

Pengurus tempat letak kereta dijel, guru bebas:

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Seorang pengurus sebuah syarikat pengurusan tempat letak kereta dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.
Hakim Emylia Kaswati Mohd. Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Kennedy How, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kennedy didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Happy Garden, Brickfields kira-kira pukul 11 malam, 7 November 2010.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mahkamah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam K. Muthiah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan mengekalkan ikat jamin RM15,000 ke atas lelaki terbabit.
Sementara itu di PETALING JAYA, seorang guru sebuah sekolah rendah menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan lelaki itu atas tuduhan mencabul seorang murid tahun tiga, tahun lalu.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid memutuskan demikian terhadap Mohd. Radzi Misran, 56, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan itu.
''Mahkamah mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan saksi pendakwaan. Selain itu siasatan polis tidak cukup lengkap dan tiada laporan perubatan untuk mengetahui tahap emosi mangsa dikemukakan,'' katanya.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang kini digantung tugas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun di sebuah sekolah di sini antara pukul 1.30 petang dan 6 petang, 29 Mac tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121201/ma_01/Pengurus-tempat-letak-kereta-dijel-guru-bebas#ixzz2DsWnJdG9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Lelaki culik 3 kanak-kanak dipenjara 4 tahun

Lelaki culik 3 kanak-kanak dipenjara 4 tahun:

RASAH 28 Nov. - Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menculik tiga kanak-kanak dan mencuri sebuah kereta milik bapa mangsa Khamis lalu.
Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, mengaku menculik Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, dan dua adiknya, Muhammad Hanif, 3, serta Muhammad Haziq, 1, daripada jagaan Norhayati Shahimi, 42, di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini kira-kira pukul 2.20 petang, 22 November lalu.
Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Bekas pekerja kedai makan itu turut didakwa mencuri sebuah kereta jenis Proton Wira bernombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Bagi kesalahan itu, Rose Azrool didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman penjara 48 bulan bagi kesalahan menculik dan penjara 20 bulan bagi kesalahan mencuri kereta.
Kedua-dua hukuman itu bagaimanapun diperintahkan berjalan serentak mulai tarikh tangkap.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan berkata, dia melakukan kesalahan itu kerana terdesak dan kehabisan wang untuk menampung perbelanjaan harian serta membeli makanan anaknya.
Namun Mohamad Izwan dalam nada tegas berkata: ''Kalau kamu terdesak tidak bermakna kamu boleh melakukan jenayah, kenapa tidak pinjam daripada saudara atau kawan.
"Perbuatan kamu salah dan kamu perlu faham yang tindakan ini melanggar undang-undang. Matlamat awak (melakukan jenayah) bukan menghalalkan cara," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121129/ma_01/Lelaki-culik-3-kanak-kanak-dipenjara-4-tahun#ixzz2DsWVnOKH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Remaja jual ginjal beli iPhone

Remaja jual ginjal beli iPhone:

BEIJING 30 Nov. - Sebanyak tujuh orang termasuk seorang pakar bedah semalam dikenakan hukuman penjara berhubung kes seorang remaja menjual ginjalnya untuk membeli iPhone dan iPad 2, lapor media rasmi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pelajar sekolah tinggi, Wang Shangkun, 18, mengalami kegagalan ginjal selepas melakukan operasi pemindahan organ secara haram pada April tahun lalu.
Shangkun bersetuju untuk menjual satu daripada ginjalnya selepas bertemu sindiket tersebut di ruangan sembang di dalam talian dan menerima 22,000 yuan (RM10,850) untuk organ itu, walaupun harga buah pinggang selalunya dijual pada harga 10 kali ganda lebih tinggi.
Xinhua melaporkan, sebanyak sembilan defendan didapati bersalah kerana berniat mencederakan, walaupun dua orang daripada mereka tidak dihukum kerana hanya berperanan kecil dalam jenayah tersebut.
Lelaki bernama He Wei yang menguruskan pembedahan tersebut, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, manakala pakar bedah, Song Zhongyu pula dipenjara tiga tahun, tetapi hukuman itu ditangguhkan selama lima tahun.
Wei dan Zhongyu masing-masing menerima sebanyak 50,000 yuan (RM24,399) selepas pembedahan itu.
Ibu mangsa, Ou Linchun, sebelum ini memaklumkan mahkamah, tujuan anaknya menjual buah pinggang bukanlah semata-mata kerana mahu membeli peralatan Apple tersebut.
"Anak saya bimbang ditangkap dengan wang hasil penjualan buah pinggangnya, jadi dia membeli iPhone dan iPad 2," katanya.
Xinhua melaporkan, defendan yang tidak memeriksa umur Shangkun, memberi pampasan lebih 1.47 juta yuan (RM717,460) kepada mangsa, menyebabkan mahkamah mengurangkan hukuman mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121201/lu_05/Remaja-jual-ginjal-beli-iPhone#ixzz2DsV6TnuF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Porsche hangus dalam kebakaran di Petaling Jaya

myMetro | Porsche hangus dalam kebakaran di Petaling Jaya: "PETALING JAYA: Sebuah kereta Porsche turut hangus dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah satu tingkat di Seksyen 1, Petaling Jaya pagi tadi.

Kereta tersebut yang terletak di halaman salah sebuah rumah tidak dapat diselamatkan kerana pemiliknya tidak berada di rumah ketika kejadian kira-kira 10.35 pagi itu.
"Ketika bomba tiba, api sedang marak di kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hashim Mat Yasih.

Beliau berkata api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah tersebut sebelum merebak ke rumah satu lagi. - Bernama"

'via Blog this'

Penuntut kolej maut, tiga rakan cedera dalam nahas kereta, bas ekspres

myMetro | Penuntut kolej maut, tiga rakan cedera dalam nahas kereta, bas ekspres: "KAMPAR: Seorang penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman di sini maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga kawan lelakinya hilang kawalan sebelum dirempuh bas ekspres dalam satu kemalangan di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Gopeng awal, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Chai Yoke Ling, 18, dari Kampung Baru, Malim Nawar dekat sini maut di tempat kejadian dalam nahas pada 3.50 pagi manakala tiga rakannya cedera dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Mercedes Benz yang berada di lorong kiri itu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan sehingga melanggar pembahagi jalan.

"Kereta yang dinaiki empat orang termasuk mangsa itu kemudiannya berpusing hala ke utara dan dirempuh sebuah bas ekspres membawa 30 penumpang yang berada di lorong kanan ketika kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu kemudiannya hilang kawalan dan melanggar tebing serta termasuk ke longkang yang berada tepi lebuh raya menyebabkan empat penumpang bas cedera ringan. - Bernama"

'via Blog this'

Jutawan jadi pekebun sayur

myMetro | Jutawan jadi pekebun sayur: "KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya turut merudum selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet dengan menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika itu sebelum dia diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an itu menyebabkan dia diperas ugut lelaki terbabit yang mahu mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Akibatnya, semua wang dan harta mangsa dikikis dan ibu kepada seorang anak remaja itu kini terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Lebih menyedihkan, mangsa rugi besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet, tanpa sekali pun bersua muka.


Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Siasatan Jabatan Siber Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, kes membabitkan usahawan wanita itu menjadikan dia mangsa sindiket penipuan Internet oleh lelaki Afrika mengalami kerugian paling besar."

'via Blog this'

Pemandu nyaris maut lori simen terbalik

myMetro | Pemandu nyaris maut lori simen terbalik:

MUKAH: Seorang pemandu lori yang membawa muatan simen nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik di tepi parit dalam kejadian di Bukit Ambun, Jalan Mukah-Selangau, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 6.30 pagi, apabila mangsa dikenali sebagai Juni, 42, dikatakan mengantuk ketika memandu lori berkenaan dari Sibu ke Mukah, sebelum kenderaan itu secara tiba-tiba meluru ke kiri jalan lalu termasuk ke kawasan semak.

Juni yang tidak mengalami sebarang kecederaan berkata, dia beberapa kali menguap akibat mengantuk ketika dalam perjalanan menghantar bekalan simen ke Mukah.
“Entah berapa kali saya menguap, namun secara tiba-tiba mata saya terpejam menyebabkan lori dipandu tidak dapat dikawal lalu terbabas.

“Saya ketakutan kerana sejak 10 tahun bekerja dengan syarikat ini, tidak pernah mengalami kemalangan seperti ini. Saya takut diketahui isteri kerana tidak mengendahkan nasihatnya yang meminta saya berhenti dan tidur sekejap di tepi jalan sekiranya mengantuk,” katanya.

Dia yang belum mempunyai anak bergegas mendapatkan bantuan dengan menghubungi syarikat memaklumkan kejadian itu.
Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat sebuah lori terbalik dan tersadai di tepi parit.

“Saya segera memberhentikan kenderaan untuk menghulurkan bantuan, namun terkejut apabila mendapati pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.” katanya.

'via Blog this'

Mati ngeri

myMetro | Mati ngeri:

SERIAN: Seorang mekanik menemui ajal dalam keadaan mengerikan dengan mayatnya tersepit di tengah-tengah dua kenderaan, selepas dia dirempuh van yang dipandu uji ketika cuba mengesan masalah brek kenderaan itu berhampiran sebuah bengkel di Jalan Industrial, di sini, petang semalam.
Kejadian berlaku jam 4.10 petang ketika mangsa, Liew Peck Kui, 33, bersama seorang lagi rakan sekerja sedang melihat van itu dipandu pemiliknya sebelum dia dirempuh kerana brek kenderaan itu gagal berfungsi.

Difahamkan, rakannya sempat mengelak, namun mangsa yang dirempuh terhimpit antara van dengan sebuah lori yang diletakkan berhampiran bengkel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa parah sebelum meninggal dunia di Hospital Serian (HS), kira-kira 50 minit selepas kejadian.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemilik van berkenaan berusia 56 tahun cuba menguji brek sambil disaksikan mangsa dan rakannya selepas kenderaan itu dihantar ke bengkel.

“Bagaimanapun, brek van itu gagal berfungsi, menyebabkan pemandu terbabit gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh mangsa yang berada tidak jauh daripadanya.
“Beberapa rakan cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dibawa ke HS untuk rawatan lanjut.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini termasuk mengambil keterangan daripada pemandu yang juga pemilik van berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

'via Blog this'

Kebakaran ragut tiga beranak akibat api kimpalan

myMetro | Kebakaran ragut tiga beranak akibat api kimpalan: "KOTA KINABALU: Percikan daripada api kimpalan ketika suami mangsa melakukan kerja kimpalan di tingkat bawah rumahnya, dipercayai menjadi punca isteri dan dua anaknya rentung dalam kebakaran membabitkan empat deretan rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, Beluran, di sini, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata, berdasarkan pemerhatian dan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, berlaku kerja kimpalan di tingkat bawah kediaman berkenaan.


“Hasil siasatan mendapati terdapat kerja kimpalan dilakukan di tingkat bawah dan difahamkan didapati marak dari bahagian berkenaan.

“Bagaimanapun, bomba masih melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian termasuk menganalisis sampel di tempat kejadian selain mengambil keterangan saksi,” katanya.


Nordin berkata, ketiga-tiga mangsa rentung selepas gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap di tingkat atas bangunan rumah kedai itu berikutan api marak dari tingkat bawah."

'via Blog this'

Pemandu jengkaut pantang ajal

myMetro | Pemandu jengkaut pantang ajal: "BINTULU: Hanya beberapa saat memisahkan nyawa seorang pemandu jengkaut apabila jentera berat dipandunya tiba-tiba terbalik dalam kejadian berdekatan Jalan Tatau-Bintulu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa Augustine Jinggut, 48, terselamat selepas dia nekad terjun menerusi pintu bersebelahan tempat duduknya ketika kenderaan dipandu hampir terbalik.


Menceritakan detik cemas itu, Augustine berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu jengkaut dalam perjalanan ke tapak pembinaan sebelum kenderaan dipandu terhuyung-hayang.

“Saya berteriak meminta pertolongan sebaik berasa sesuatu kelainan dengan jentolak dipandu seperti mahu terbalik. Tanpa membuang masa, saya membuka pintu sebelum jengkaut itu terbalik.


“Saya juga bernasib baik kerana bahagian depan menahan jengkaut menjadi penahan, jika tidak, sudah tentu saya bersama-sama kenderaan itu terhumban dalam gaung berdekatan,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, dia bersyukur kerana rakannya sempat menghulurkan bantuan sebaik mendengar suaranya meminta pertolongan.

“Malam tadi (kelmarin), saya bermimpi terselamat apabila terjun ke tebing sungai selepas perahu saya kayuh karam dan kejadian ini menyamai mimpi saya alami,” katanya."

'via Blog this'

Bakar 11 motor

myMetro | Bakar 11 motor:

MUSNAH...motosikal yang hangus dibakar di Pangsapuri Kos Rendah Taman Tasik, Sungai Chua, semalam.
MUSNAH...motosikal yang hangus dibakar di Pangsapuri Kos Rendah Taman Tasik, Sungai Chua, semalam.
KAJANG: Perbuatan khianat dipercayai motif 11 motosikal dengan 10 daripadanya musnah dalam kebakaran membabitkan pelbagai motosikal di Pangsapuri Kos Rendah Taman Tasik, Sungai Chua, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 3.30 pagi itu dilakukan sekumpulan individu yang menyimbah minyak petrol sebelum membakar motosikal milik penduduk itu.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Suraya, 25, dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah rumahnya, tetapi tidak mengendahkannya kerana menyangkakan pergaduhan di kalangan penduduk.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila terdengar letupan kuat sebelum seorang jirannya menjerit meminta dia keluar menyelamatkan diri.

“Saya terus turun dan terkejut apabila mendapati motosikal saya yang dibeli sejak dua tahun lalu musnah dijilat api.

“Api menjulang tinggi dan asap tebal menyebabkan tembok kaki lima dan bahagian depan rumah saya di tingkat satu hitam dan hampir terbakar,” katanya.
Katanya, kejadian itu yang pertama membabitkan kenderaan penduduk dibakar meskipun sebelum ini kerap berlaku insiden pergaduhan di pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
“Siasatan awal tidak menolak kejadian itu bermotifkan dendam dan kami masih menunggu keputusan siasatan di tempat kejadian daripada unit forensik untuk mengesan suspek,” katanya.

Katanya, berdasarkan rekod polis, tiada aktiviti membabitkan kumpulan gengster wujud di kawasan berkenaan namun siasatan lanjut dijalankan dari semua sudut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.31 pagi sebelum jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

Katanya, api yang marak berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

'via Blog this'

2 pemuda rompak Ashraff dibebas

myMetro | 2 pemuda rompak Ashraff dibebas:

KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.
KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.
LONDON: Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan.
John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.

Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri.
Kedua-dua mereka membuat rayuan dan semalam, sabitan mereka dibatalkan Ketua Hakim England, Igor Judge, yang bersidang bersama dua hakim kanan lain. Kejadian menimpa Muhammad Ashraff disaksikan jutaan orang di seluruh dunia melalui video kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan bagaimana dia dirompak beberapa lelaki yang menyamar sebagai penyelamat.

Muhammad Ashraff, 21, adalah penuntut bidang akauntan sebelum itu mengalami kecederaan akibat diserang perusuh ketika berbasikal di Barking, London Timur.

Dia baru saja sebulan berada di London apabila diserang pada 8 Ogos 2011.
Sidang semalam berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rayuan, tetapi keputusannya diumumkan secara terbuka. Kafunda dan Donovan sebelum ini mendakwa imej dalam rakaman CCTV itu bukan mereka, tetapi hakim menerima keterangan saksi tidak didedahkan identitinya untuk menyabitkan kesalahan berkenaan. Ketika menjatuhkan hukuman Mac lalu, hakim James Patrick berkata, tindakan Kafunda dan Donovan menjadi imej ikon terhadap rusuhan yang menyaksikan kedai dan premis perniagaan dijarah, manakala orang awam ketakutan. “Kamu adalah sebahagian daripada golongan yang dianggap mengancam dan amat mengejutkan apabila kumpulan ini turut membabitkan kanak-kanak.

“Apa yang lakukan dirakam dan apabila disiarkan di seluruh dunia, ia mengaibkan negara ini,” katanya.
Pendakwa tidak memohon untuk perbicaraan semula selepas Judge membacakan keputusannya - DM

'via Blog this'