Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Khalwat: Ketua Pengarah Kesihatan digantung kerja



PUTRAJAYA 26 Nov. - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 Nov lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Dis depan.
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121126/dn_36/Khalwat-Ketua-Pengarah-Kesihatan-digantung-kerja#ixzz2DLRL71vv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Koperal cabul budak mohon maaf - Ibu



PULAU PINANG 22 Nov. - "Kalau saya buat laporan polis, dia (tertuduh) sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran dan menembak kepalanya sendiri dengan pistol."
Demikian beritahu seorang ibu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dalam perbicaraan kes cabul anaknya berusia tujuh tahun yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota polis di Berek Polis Bandar Baru Air Itam, pertengahan tahun lalu.
Wanita berusia 46 tahun itu berkata, tertuduh yang merupakan anggota polis berpangkat Koperal datang ke rumahnya di berek terbabit dan meminta maaf berkali-kali kerana melakukan perbuatan itu ke atas anaknya yang ketika itu berusia enam tahun.
''Dia datang ke rumah saya bertemu suami dan memohon maaf atas kejadian itu dan mendakwa dia cuma ingin mengangkat kanak-kanak itu namun jarinya terkena kemaluan mangsa.
"Dia juga mendakwa kami bertuah kerana memiliki anak yang sangat comel dan putih serta gebu sambil memohon maaf berkali-kali kepada saya dan suami," katanya ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar.
Wanita itu berkata demikian ketika perbicaraan terhadap Koperal Mohd. Aziri Sahid, 54, yang didakwa mencabul budak perempuan itu di hadapan sebuah rumah di Berek Polis, Fasa Satu, Bandar Baru Air Itam antara 28 Mei dan 12 Jun tahun lalu.
Mohd. Aziri yang diwakili peguam, Rosli Ismail didakwa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, ibu mangsa yang tampil sebagai saksi pendakwaan berkata, kejadian itu terbongkar apabila anak bongsu daripada lima beradik itu mengadu sakit pada kemaluan ketika membuang air kecil pada 12 Jun tahun lalu.
"Dia juga beritahu saya, pakcik Aziri telah memeluknya dengan kuat dan mengorek kemaluannya menggunakan jari beberapa hari sebelum itu.
"Hasil pemeriksaan doktor di Hospital Pulau Pinang juga mendapati ada kesan koyakan di kemaluan anak saya sehingga dia terpaksa ditahan di wad selama empat hari," ujarnya yang juga isteri kepada seorang anggota polis.
Perbicaraan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain bersambung 11 Januari tahun depan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121123/ma_05/Koperal-cabul-budak-mohon-maaf---Ibu#ixzz2DLRAYxFL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

120 pekerja kilang rentung



SEORANG anggota tentera meninjau kerosakan deretan mesin-mesin jahit selepas satu kebakaran memusnahkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ashulia, Dhaka, Bangladesh, sementara (gambar kecil), seorang wanita ditenteramkan selepas ahli keluarganya maut dalam kebakaran tersebut. - AFP/REUTERS
DHAKA 25 Nov. - Sekurang-kurangnya 120 orang pekerja rentung dalam kebakaran besar di sebuah kilang pakaian di kawasan perindustrian Ashulia di sini, lewat malam semalam.
Ketua Pengarah Bomba, Abu Nayeem Mohammad Shahidullah berkata, kebakaran yang memusnahkan kilang pakaian setinggi sembilan tingkat itu, dipercayai bermula di tingkat bawah yang menempatkan bahagian gudang.
Punca kebakaran masih disiasat dan jumlah mangsa yang masih hilang belum dapat dipastikan, katanya.
"Api merebak dengan cepat menyebabkan beratus-ratus pekerja terperangkap dalam kebakaran itu.
"Kami menemukan 120 mayat setakat pagi ini, 69 daripada mereka ditemui di tingkat dua dan angka kematian dijangka meningkat," katanya.
Ketua Pengarah Operasi Bomba, Mejar Mohammad Mahbub berkata, ramai mangsa terperangkap kerana kilang berkenaan tidak mempunyai pintu kecemasan.
Menurutnya, ramai pekerja yang berlindung di atas bumbung bangunan berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.
"Kilang tersebut mempunyai tiga laluan tangga dan kesemuanya musnah dalam kebakaran itu, menyebabkan pekerja yang terperangkap tidak dapat keluar dari bangunan berkenaan." katanya.
Tentera dan polis turut dikerah untuk mengawal orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa yang berkumpul di lokasi kejadian.
- AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_01/120-pekerja-kilang-rentung#ixzz2DKfsQZWL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuda dibunuh kerana tukar lagu



2012/11/26 - 05:31:28 AM
Tweet
Gurgaon: Seorang pemuda dibunuh dalam satu pergaduhan yang bermula selepas mangsa menukar lagu yang baru diperdengarkan ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung, kata polis di sini, kelmarin.

Kejadian itu berlaku di dalam kawasan kawalan balai polis Sektor 5 di Gurgaon.
Seorang penduduk dari perkampungan berdekatan, Ravinder, 25, maut selepas diserang beberapa orang.

Polis memberitahu, Ravinder serta rakannya Kuldeep, mengunjungi majlis itu lewat Jumaat lalu.

Ketika satu sesi tarian berlangsung, lagu yang diperdengarkan tiba-tiba ditukar dan Ravinder yang berada dalam kereta diserang sekumpulan orang yang menuduhnya menukar lagu.

Penyerang berkenaan menggunakan senjata tajam. Ravinder disahkan maut selepas dibawa ke hospital persendirian.

Kami mengemukakan kes bunuh terhadap lapan orang dan menahan dua suspek setakat ini, kata Timbalan Komisioner Polis, Surender Pal Singh. AFP

13 maut minum ubat batuk tercemar di Pakistan



2012/11/26 - 14:34:30 PM
LAHORE (Pakistan): Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas minum ubat batuk tercemar di sini, hari ini, sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup kilang farmasi dan perubatan, kata pegawai tempatan.

Mangsa dilaporkan dari kawasan kejiranan berpendapatan rendah di pinggir bandar dan berlaku antara Jumaat dan Ahad dengan mangsa kebanyakannya adalah penagih dadah, kata ketua balai polis tempatan, Atif Zulfiqar.
Skandal berkenaan terjadi selepas kira-kira 100 pesakit jantung mati pada Januari lalu, selepas mengambil ubat tercemar yang dihasilkan oleh kilang farmasi tempatan.

"Sekurang-kurangnya 13 orang, kebanyakannya penagih dadah, meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk bertoksik," kata Zulfiqar.

"Tiga farmasi ditutup dan pemiliknya sudah ditahan," katanya. - AFP

112 maut kilang kain terbakar


2012/11/26 - 05:33:01 AM
Anggota bomba Bangladesh berusaha memadamkan kebakaran kilang pakaian.
[FOTO AP]
Anggota bomba Bangladesh berusaha memadamkan kebakaran kilang pakaian. [FOTO AP]
Dhaka: Sekurang-kurangnya 112 terbunuh semalam dalam kebakaran yang berlaku di kilang kain di luar ibu negara Bangladesh.

Kebakaran itu membabitkan sebuah bangunan kilang tujuh tingkat dikendalikan Tazreen Fashions, lewat kelmarin.
Anggota bomba sudah menemui lebih 100 mayat, kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba, Mejar Mohammad Mahbub.

Beliau berkata, 12 lagi yang cedera selepas melompat daripada bangunan itu untuk menyelamatkan diri, meninggal dunia di hospital.

Angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa diteruskan, katanya.

Media tempatan melaporkan 124 menemui ajal dan punca kebakaran belum diketahui.

Mahbub berkata, anggota tentera dan pengawal sempadan dikerah membantu polis mengawal keadaan ketika beribu-ribu anggota keluarga mangsa berkumpul di tempat kejadian.
Beliau tidak menyebut berapa ramai yang masih hilang.

Pengarah Urusan kilang itu, Delowar Hossain, berkata 300 pekerja berada dalam bangunan ketika kejadian.

Ramai pekerja yang lari ke bumbung dapat diselamatkan tetapi anggota bomba tidak dapat masuk ke dalam bangunan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Mahbub berkata, kebakaran bermula di tingkat bawah membabitkan kawasan simpanan sebelum menjalar dengan pantas ke tingkat atas.

AP/Agensi 

Kebakaran terbaru ketika berkabung untuk pekerja kilang pakaian



2012/11/26 - 14:12:21 PM
DHAKA: Anggota bomba dan penyelamat Bangladesh bertungkus lumus memadamkan kebakaran terbaru di kilang pakaian hari ini ketika negara itu membuat persiapan berkabung untuk sehari selepas kematian 110 pekerja dalam kebakaran hujung minggu lalu yang disifatkan terburuk dalam industri eksport.

Kebakaran terbaru itu membabitkan kemudahan 12 tingkat di luar Dhaka dengan beberapa pekerja terperangkap di atas bumbung yang menunjukkan keadaan bahaya ditempuh beribu-ribu pekerja yang mendapat gaji rendah.
"Ia seperti kebakaran besar. Pasukan kami baru tiba dan bekerja keras untuk memadamkan kebakaran," kata pegawai kanan bomba, Zakir Hossain. - AFP

Harga minyak murah punca penyeludupan berlaku, kata Rohani



26 November 2012
KUALA LUMPUR - Harga petrol dan diesel yang lebih murah berbanding di negara jiran adalah punca utama berlakunya aktiviti penyeludupan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab mampu mengaut keuntungan begitu mewah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, walaupun kerajaan menghapuskan subsidi, harga minyak di negara ini masih murah sehingga membawa kepada aktiviti penyeludupan bahan tersebut termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi RON95 di Malaysia, harga subsidi petrol di negara ini adalah RM1.90 seliter manakala di Thailand RM4.85 seliter. Diesel pula adalah RM1.80 seliter dan di Thailand RM3 seliter.

"Daripada perbezaan harga itu, menunjukkan memang mewah dan berbaloi untuk membuat ketirisan atau penyeludupan.

"Katalah jika kita hapuskan subisidi, harga RON95 tanpa subsidi jadi RM2.72 seliter manakala diesel pula RM2.75 seliter. Ini masih lagi murah," kata Rohani ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau).
 
Ismail ingin tahu mengenai keupayaan pegawai penguatkuasa kementerian berkaitan menangani masalah penyeludupan bahan subsidi seperti diesel dan  petrol.

Rohani berkata, kementerian bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau kegiatan penyeludupan.

Katanya, sehingga 31 Oktober lepas, terdapat 601 kes rampasan petrol dan diesel di sempadan membabitkan nilai hampir RM5 juta berbanding tahun lepas 812 kes rampasan minyak dan diesel dengan nilai mencecah RM3 juta.- Bernama

Empat ditahan bantu siasatan kes bunuh


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2012
KLANG - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di padang permainan kanak-kanak di Taman Sentosa, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesemua lelaki yang berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan sekitar kawasan Klang, malam kelmarin.

“Kesemua lelaki itu ditahan di sekitar kawasan Taman Sentosa dan Bukit Tinggi. Dua daripada mereka ditahan di rumah, manakala dua lagi ditahan ketika sedang berlegar-legar di kawasan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan, kesemua mereka ditahan reman sehingga 1 Disember depan untuk siasatan lanjut.
Mangsa, T Sivanesan, 32, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian punggung selain kesan cedera di belakang kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Mangsa keluar untuk minum bersama empat rakannya kira-kira jam 2 pagi di sebuah restoran berhampiran padang permainan kanak-kanak itu.
Sebelum kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dipercayai bergaduh di restoran dan melarikan diri ke padang permainan kanak-kanak sebelum dipukul dan ditikam dengan objek tajam di tepi papan gelungsur sehingga mati.

Nelayan gelisah alatan menangkap ikan sering dicuri


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
26 November 2012
Nelayan gelisah alatan menangkap ikan sering dicuri
Sebahagian nelayan menunjukkan stor yang dibina menggunakan modal sendiri.
KERIAN - Golongan nelayan di Kampung Sungai baru, di sini, menggesa pihak berkenaan menyegerakan pembinaan stor dan jeti pendaratan ikan bagi mengelak berlakunya kes kecurian peralatan menangkap ikan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Wakil nelayan, Zulkifli Awang, 33, berkata, hampir kesemua nelayan merungut dengan kejadian kecurian di kawasan itu disebabkan ketiadaan stor penyimpanan barang dan pelantar ikan untuk memudahkan urusan mereka.

Menurutnya, pihaknya pernah mengemukakan lebih dua kali permohonan kepada Persatuan Nelayan Kerian (PNK) dan dimaklumkan ianya diluluskan.

“Bagaimanapun, hingga kini tiada tindakan susulan dilakukan pihak terlibat sedangkan kami memerlukan stor dan pelantar ikan.
“Buat masa sekarang, kami terpaksa mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM4,000 untuk membina stor sementara bagi mengelakkan peralatan menangkap ikan dicuri,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.
Kata Zulkifli, di dalam stor itu, hanya barangan kecil seperti bubu dan pukat sahaja boleh disimpan kerana ruang terlalu kecil.

Bagi nelayan, Mat Ramzi Hamid, 42, berkata, nelayan di sini mula gelisah memikirkan keselamatan barangan mereka pada waktu malam memandangkan kawasan stor sementara itu gelap.

Jelasnya, mereka terpaksa menyambung bekalan elektrik dari rumah penduduk berdekatan bagi tujuan pencahayaan untuk mengurangkan kes kecurian.

“Bukan itu sahaja, kami turut membuat jadual penggiliran untuk mengawal stor setiap malam,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kerian (PNK), Abdul Halim Kamis berkata, pihaknya sedia maklum dengan perkara tersebut.
Katanya, beliau mengakui ada menerima permohonan itu, namun perkara ini masih dalam perbincangan kerana kawasan itu tidak strategik untuk dibina jeti kerana berhampiran pintu air.

"Permohonan sudah diluluskan, tetapi terpaksa ditangguhkan bagi mengkaji semula perkara itu dan kami sedang mempertimbangkan lokasi terbaik untuk membina jeti tersebut,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Parit Buntar, Mohd Salleh Mat Disa yang juga merupakan Penyelaras DUN Kuala Kurau memberi jaminan akan cuba mendapatkan  permohonan lampu bagi stor sementara itu.

Penganggur curi motosikal


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2012
Penganggur curi motosikal
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas dakwaan mencuri motosikal.
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 di Jalan Pejabat, di sini, dua tahun lalu.

Tertuduh yang ketika kejadian baru berusia 17 tahun, mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang beralamat dari Kampung Rhu Muda, Marang, mengaku mencuri sebuah motosikal, milik Mohd Faizal Azlan Jusoh, 27, yang diletakkan di atas kaki lima bangunan Epic Pavilion, Jalan Pejabat, di sini, 19 Ogos 2010, kira-kira jam 10.50 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rozianti membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu 24 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Pekerja pub mati ditetak


KAMARUL HALIM M KAMAL
26 November 2012
Pekerja pub mati ditetak
Lokasi mangsa ditetak.
BATU PAHAT - Seorang lelaki mati ditetak selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika dia sedang berbual di hadapan sebuah pub di Yong Peng, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12.30 pagi itu, mangsa berkenaan diserang ketika dia sedang berbual bersama tiga rakannya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa didatangi kira-kira lapan hingga 10 lelaki bersenjatakan parang yang menaiki dua kereta. Menurutnya, mangsa yang menyedari
kehadiran kumpulan terbabit cuba melarikan diri, namun berjaya dikejar suspek lalu menyerang mangsa.
“Tiga lagi rakan mangsa yang cemas dengan kejadian itu bertindak melarikan diri, namun tidak dikejar kumpulan suspek berkenaan.
“Mangsa yang mengalami pendarahan teruk selain tangan kanannya yang terputus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Din berkata, kesemua suspek terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu melarikan diri sejurus selepas kejadian.
“Hasil siasatan awal, kami percayai motif kejadian adalah disebabkan dendam, namun siasatan menyeluruh akan terus dijalankan bagi memastikan kesemua suspek dapat dikenal pasti dan ditahan secepat mungkin.
“Kami juga percaya serangan ini sudah dirancang disebabkan suspek mengetahui mangsa sememangnya bekerja di pub terbabit dan ketika kejadian, pub terbabit hampir tamat waktu beroperasi,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati mangsa berasal dari Yong Peng dan sudah berkahwin serta masih tidak mempunyai anak.
“Kami memohon kerjasama daripada orang awam dan saksi kejadian yang mempunyai maklumat untuk tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999 bagi membantu siasatan.
“Selain itu, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dapat mengganggu siasatan dijalankan,” katanya.

Kebakaran: Peniaga runcit rugi RM30,000


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2012
Kebakaran: Peniaga runcit rugi RM30,000
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, semalam
IPOH – Seorang peniaga hanya mampu berserah apabila melihat perniagaan kedai runcitnya musnah dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Kepayang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, wang hasil perniagaan berjumlah RM800 turut hangus bersama beberapa peralatan lain setelah kediamannya terbakar.
Mangsa, Janihah Muhamad, 72, yang mengusahakan kedai runcit sebagai pendapatan keluarga hanya dapat menyelamatkan duit syiling berjumlah RM800 yang disimpan di biliknya.
“Kami dapat menemui semula karung duit syiling yang disimpan hasil perniagaan kecil ini. Namun, hanya sebahagian duit RM1 dan RM5 terbakar.
“Saya bersama anak dan menantu berada dalam rumah. Pada mulanya, anak menyimbah air untuk padamkan api itu namun, api cepat merebak sehingga tidak boleh selamatkan apa-apa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Janihah berkata, kebakaran tersebut menyebabkan keluarganya kerugian lebih RM30,000. “Kami menumpang di rumah saudara berhampiran. Saya bersyukur apabila kami sekeluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Khamis Harun berkata, rumah separa kekal berkenaan telah 90 peratus terbakar ketika tiba di tempat kejadian.
“Dua jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 3.37 petang dan kami berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.
“Berdasarkan maklumat mangsa, kebakaran bermula dari peralatan elektrik namun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Lelaki maut, nahas babit 5 kenderaan


Lelaki maut, nahas babit 5 kenderaan
Kedudukan kereta Perodua Alza mangsa selepas terbabit dalam kemalangan itu.
ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Plus, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Erama Sazali Mohd Samsi, 37, memandu Perodua Alza sambil ditemani isterinya, Rosniwati Rosali, 36, yang dalam perjalanan dari Sepang ke Melaka.
Menurut sumber, beberapa minit selepas kemalangan itu berlaku, sebuah Perodua Myvi pula tiba-tiba datang dan merempuh sebuah motosikal Modenas Kriss milik seorang pelajar yang datang dari arah Shah Alam menuju ke Melaka.
Sebelum itu pelajar berkenaan memberhentikan motosikalnya di lorong kecemasan untuk membantu mengawal lalu lintas akibat kemalangan pertama.
Sumber berkata, Perodua Myvi dinaiki empat warga asing itu kemudian terbabas merempuh pembahagi dan berada dalam keadaan melintang di atas lebuh raya berkenaan.

Malang tidak berbau apabila sebuah kereta Honda City dinaiki dua rakan pula gagal mengelak Perodua Myvi tersebut lalu merempuh kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kejutan seminggu kahwin



         
JOHOR BAHRU: “Suami memberitahu akan memberi kejutan selepas kami berumah tangga dan tinggal di rumah ibu mentua di Skudai namun saya terkejut apabila mendapati kejutan itu sebenarnya berita tahniah atas kelahiran anak sulungnya,” kata Aminah Abu, 21, semalam.

Menurutnya, lebih mendukacitakan berita itu diketahuinya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang wanita kepada suaminya berusia 21 tahun ketika baru seminggu berumah tangga.
Aminah berkata, SMS itu membongkar rahsia suaminya, seorang jurukimpal bahawa dia sebenarnya berpoligami dan memalsukan statusnya yang mengaku bujang sebelum mereka bernikah.

Katanya, suaminya itu turut tergamak melangsungkan perkahwinan ketika isteri pertama sarat mengandung.


“Sejak mengetahui rahsianya itu, kehidupan kami berubah apabila suami sering menjadikan saya sebagai alat melepaskan geram.

Toni lari ikut janda

KUALA LUMPUR: Sebelum ini, kerap berlaku anak gadis tempatan dilarikan atau berkahwin tanpa kebenaran dengan lelaki Indonesia namun bagi Normarina Senin, 40, situasi agak berbeza apabila anak lelakinya gagal dikesan selepas berkahwin dengan seorang janda dari negara itu.
Normarina Senin, 40, berkata dalam usaha menjejak anaknya, Mohd Toni Muhammad, 22, dia mendapat tahu pemuda itu berkahwin dengan seorang janda dari Indonesia berusia 30-an menggunakan khidmat sindiket pernikahan haram dengan bayaran RM250.

Menurutnya, dia mengetahui anaknya berkahwin melalui sindiket berkenaan selepas dimaklumkan majikan wanita Indonesia itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Saya diberitahu anak saya berkahwin dengan wanita Indonesia itu pada 27 Oktober lalu di sebuah flat di Kepong. Dengan hanya membayar RM250 sindiket itu menguruskan perkahwinan anak saya dan saya sebagai ibunya langsung tidak tahu apa-apa.

“Saya diberitahu, sindiket itu menggunakan seorang jurunikah warga Indonesia manakala saksinya pula adalah lelaki tempatan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, sebaik mengetahui perkara itu dia terus membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 28 Oktober lalu.


Normarina berkata, susulan laporan yang dibuat, dia difahamkan Jawi cuba menahan anaknya serta wanita Indonesia itu untuk disoal siasat, namun kedua-duanya melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.

“Sudah puas saya menghubungi telefon bimbit anak saya, namun gagal. Berikutan itu, saya turut membuat laporan polis di Balai Polis Kepong pada 4 Ogos lalu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenan namun enggan mengulas lanjut.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul untuk berkahwin bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan sindiket pernikahan tidak bertauliah.

Sementara itu, Penasihat media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, perkahwinan pasangan itu tidak sah kerana mereka menggunakan jurunikah dan wali yang tidak sah.

Tak sempat joli

KANGAR: Seorang penjenayah yang memecah masuk rumah seorang pemilik kedai jahit bersama dua rakannya hanya mampu berjoli sakan seketika sebelum ditahan dalam tempoh 12 jam di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Ketil-Baling, Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Pemeriksaan lanjut ke atas suspek berusia 42 tahun itu berjaya menemui semula RM7,000 dalam sebuah beg, barang kemas, tiga telefon bimbit termasuk sebuah milik mangsa, wang tunai RM1,543 dalam poket seluar serta sepucuk pistol Colt .22 bersarung bersama tujuh butir peluru.

Sebelum itu, lelaki dari Padang Besar terbabit dikatakan memecah masuk rumah mangsa bersama dua rakannannya dengan bersenjatakan pistol dan pisau rambo dalam kejadian di Taman Utara Jejawi, Arau, dekat sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya berkata, penjenayah memasuki rumah melalui tingkap sebelum mengejut dan mengugut mangsa dan isterinya. “Anak lelaki mangsa berusia 22 tahun yang menyedari kejadian itu cuba melawan menggunakan besi sebelum diugut akan ditembak jika membuat bising,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis, di sini, semalam.

Nashir berkata, berdasarkan maklumat sepasukan anggota berjaya mengesan suspek sebelum menahannya ketika membuat transaksi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak, kira-kira jam 3.40 petang hari sama.

Hari jadi berdarah

GEORGETOWN: Hari jadi berdarah. Itu yang dilalui seorang lelaki apabila ditikam dan ditetak sekumpulan 10 lelaki yang menyerangnya ketika mangsa menyambut hari lahir ke-24 di rumahnya, di sebuah flat, di Farlim, malam kelmarin.
Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Vikinesraj ditetak dan ditikam di depan teman wanitanya sebelum kumpulan lelaki terbabit melarikan diri, jam 9.30 malam.

Dalam kejadian itu, mangsa ditikam di perut serta tangannya ditetak kumpulan lelaki terbabit dan dia kini bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan teruk.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika mangsa turun ke tingkat bawah rumah untuk menjemput teman wanitanya yang datang kerana mahu bersama-sama menyambut majlis hari lahir lelaki itu.

“Bagaimanapun, ketika itu kumpulan lelaki terbabit sudah menunggu mangsa dan sejurus melihat kelibatnya, mereka menyerang dan mengamuk dengan menetak mangsa.

“Mangsa tidak berdaya melawan dan rebah. Kejadian itu dilihat teman wanitanya sebelum dia serta beberapa rakan menghubungi ambulans,” katanya.


Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit yang melihat mangsa rebah beredar menaiki lima motosikal dan mangsa kini masih dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku disebabkan angkara dendam antara mangsa dan kumpulan lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Menurutnya, setakat ini, polis sudah menahan seorang lelaki berusia 20-an dan merampas beberapa senjata tajam yang ditemui bersamanya.

Ibu beruk naik angin

PARAH...Tarmizi menunjukkan luka Mahana yang menerima empat jahitan di bibir dan bengkak seluruh muka.
PARAH...Tarmizi menunjukkan luka Mahana yang menerima empat jahitan di bibir dan bengkak seluruh muka.
KUALA TERENGGANU: Angkara seekor ibu beruk yang berang kerana menyangka seorang wanita cuba merempuhnya dengan motosikal, haiwan berkenaan naik angin dengan menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di muka selepas motosikalnya terbabas ketika cuba mengelak terkaman beruk berkenaan.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Mahana Latif, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan, di sini, ke Kampung Gemuroh, untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya.
Namun lima minit selepas keluar dari rumahnya, muncul beruk sambil menggendong anaknya melintas jalan secara tiba-tiba sebelum menerkamnya menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terjunam ke longkang sedalam dua meter.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.


Suri rumah itu berkata, dia tidak mengingati sepenuhnya kejadian itu kerana pengsan ketika terjatuh ke dalam longkang sebelum dibantu penduduk yang kebetulan melalui di jalan berkenaan.

Mata mesin pencanai pecah belah jari

KUALA TERENGGANU: “Entah bagaimana mata mesin pencanai itu boleh pecah secara tiba-tiba,” kata Mohd Hafizuddin Yahya, 21, yang terlantar di hospital sejak lima hari lalu apabila tangan kirinya nyaris putus akibat terkena mata mesin pencanai yang pecah ketika menjalankan kerja pemasangan kabel elektrik bawah tanah di Kampung Bukit Payung, Marang.
Ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mohd Hafizuddin berkata, dalam kejadian jam 4 petang Rabu lalu, dia memotong paip besi menggunakan mesin pencanai.

Namun malang katanya, mata mesin pencanai yang digunakan untuk memotong paip besi berkenaan berkecai dan membelah bahagian kulit ibu jari kirinya sehingga ke jari telunjuk.

“Darah banyak keluar dan saya bergegas meminta bantuan rakan untuk menghantar saya ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan.

“Doktor mengenakan lebih 30 jahitan untuk menutup kesan terbelah pada tangan kiri itu,” katanya.

Pendawai elektrik itu berkata, kejadian berkenaan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital bagi membolehkan jururawat memantau dan memberikan rawatan susulan kepadanya.


“Saya bersyukur kerana mata mesin pencanai hanya terkena pada tangan dan tidak terkena pada leher, kalau tidak saya tidak tahulah apa terjadi.

“Kejadian itu menyebabkan saya trauma menggunakan mesin pencanai lagi,” katanya.

Jual nama VIP kaut RM6 juta

KUALA LUMPUR: Mengakui mendapat restu dan naungan orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai projek diusahakannya, seorang lelaki dikatakan memperdaya orang ramai untuk menjadi rakan kongsi serta pelabur menyebabkan mangsa kerugian lebih RM6 juta.
Untuk meyakinkan mangsanya, lelaki itu turut menjanjikan pulangan harian dan mingguan kepada mangsa berjumlah RM2,000 hingga RM10,000 dengan menunjukkan dokumen yang didakwanya ditandatangani pemimpin nombor satu negara sebagai bukti perniagaannya itu sejak 2010.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahayu, 50, berkata suspek turut ‘menjual’ profil satu yayasan berserta gambar VIP dan pakar motivasi terkenal untuk projek berskala besar yang konon diusahakannya di pantai timur.

Rahayu, berkata dia dan suami diperkenalkan kepada lelaki itu menerusi seorang rakan dan membuat pelaburan RM170,000 pertengahan Oktober lalu selepas dijanjikan pulangan sehingga RM300,000 dalam masa lima bulan.

“Dua minggu selepas itu, saya menerima lapan cek bernilai RM80,000 yang didakwa sebagai keuntungan projek, namun hampa selepas mendapati ia cek tendang menyebabkan saya mula meragui kesahihan perniagaan lelaki itu,” katanya.

Menurut Rahayu, sebelum ini dia terpengaruh dan yakin dengan segala kata-kata suspek selepas melihat gambar kerja amal yayasan itu yang mempunyai helikopter sendiri dan semua urusan perniagaan dilakukan di hotel terkemuka.


“Apa yang menyedihkan, semua wang yang saya serahkan kepadanya itu adalah simpanan untuk melangsungkan perkahwinan anak saya akhir bulan ini,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini semalam.

Rahayu berkata, mereka suami isteri berulang kali menghubungi lelaki itu meminta wangnya dikembalikan dan lelaki itu bersetuju membiayai kos perkahwinan anaknya di sebuah kelab sebagai ganti kelewatan bayaran dijanjikan.

Sebagai bukti, dia menghantar sepucuk surat jaminan kepada pengurusan kelab terbabit memaklumkan akan membayar segala perbelanjaan perkahwinan itu namun hingga kini tiada satu sen pun dibayar.

“Kini kami tertekan kerana pengurusan kelab meminta wang pendahuluan untuk majlis kahwin. Dengan pendedahan ini, saya harap orang lain tidak jadi mangsa,” katanya.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Azwan, 37, berkata, dia kerugian RM60,000 selepas menyertai ‘perniagaan’ itu akhir tahun lalu.

Selepas diberikan cek tendang beberapa kali, dia yang membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk menyertai yayasan itu mula menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Pudu.

“Pada awal pembabitan, saya dijanjikan pulangan mingguan RM5,000, tapi hanya menerima cek tendang bernilai RM10,000 selepas enam minggu kemudian,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkaitan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa pelaburan perniagaan yang tidak wujud itu.

“Berdasarkan aduan kepada PPIM, setakat ini lebih 20 orang sudah menjadi mangsa dengan jumlah lebih RM6 juta. Justeru, saya minta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa,” katanya.

‘Kenapa kau tinggal aku’

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan lebam di mata kiri, selain bengkak pada rusuk kiri akibat ditumbuk dan ditendanng.
Kepalanya turut dipukul dengan topi keledar oleh seorang remaja lelaki yang dikatakan tidak puas hati terhadap mangsa dalam kejadian di Kampung Tok Kaya.
Kejadian berlaku jam 9 malam Khamis lalu apabila mangsa, Nor Shazwani Mat Isa, 22, dari Kuala Perlis, terserempak dengan remaja lelaki berusia 21 tahun terbabit lalu bertanya punca dia ditinggalkan di kawasan sunyi, kira-kira dua bulan lalu.

Tindakan mangsa menyebabkan suspek naik angin dan membelasah gadis itu.


Nor Shazwani berkata, sebelum kejadian, dia bersama seorang rakan lelaki ke Kampung Tok Kaya untuk menemui rakan mereka sebelum terserempak dengan remaja itu yang kebetulan turut berada di kawasan itu bersama lima rakan lain.

‘Lima orang minyak’ perkosa remaja

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol bergilir-gilir sekumpulan lima lelaki digelar sebagai Geng Orang Minyak di rumahnya di Sungai Kapar, di Klang, dekat sini, kelmarin.
Kumpulan lelaki berusia 30-an itu yang bersenjatakan pisau dikesan aktif melakukan pecah rumah dan samun, selain merogol mangsa jika tidak berpuas hati dengan hasil samun.

Dalam kejadian terbaru jam 2 petang itu, mangsa dilaporkan dirogol selepas penjenayah terbabit gagal menemui barangan berharga biarpun menggeledah rumah berkenaan lebih 20 minit.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian, mangsa tidur di bilik di rumahnya dan terjaga apabila dikejutkan lima lelaki tidak dikenalinya.

“Seorang daripada penjenayah meletakkan pisau di leher mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan barang berharga,” katanya.

6 berparang heret amah

KUALA LUMPUR: Satu keluarga kerugian RM150,000 selepas rumah mereka di Petaling, di sini, disamun enam lelaki bersenjatakan parang yang memanjat pagar rumah ketika amah menjemur pakaian jam 7 pagi, sebelum menyamun mangsa, Jumaat lalu.
Menurut sumber, belum sempat amah itu berbuat apa-apa, semua suspek sudah berada dalam rumah dan mengarahkannya mendiamkan diri.

“Ketika itu majikannya yang berada di bilik tidur dan tidak menyedari rumahnya dipecah masuk. Suspek mengheret amah itu ke tingkat atas dan mengurungnya bersama anak majikannya dalam bilik.

“Suspek masuk dalam bilik tidur utama dan mengarahkan pemilik menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan menyerahkan jam tangan berharga serta membuka peti besi mengandungi wang tunai bernilai hampir RM40,000, barang kemas bernilai RM100,000, pelbagai jam tangan berjenama dan telefon bimbit.

Suspek melarikan diri tanpa mencederakan mangsa manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Az-Lee Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Empat suspek ditahan

KLANG: Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di tepi gelongsor padang permainan kanak-kanak di Taman Sentosa, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, semua suspek berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Klang, malam kelmarin.


“Suspek ditahan di sekitar kawasan Taman Sentosa dan Bukit Tinggi iaitu dua daripada suspek ditahan di rumah masing-masing, manakala dua lagi ditahan ketika sedang berlegar-legar di kawasan berkenaan.

“Semua lelaki terbabit ditahan sekitar jam 10 malam kelmarin hingga jam 1 pagi dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Katanya, sebahagian daripada suspek ialah rakan mangsa dan direman bermula semalam sehingga 1 Disember bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.


Metro Ahad semalam melaporkan mangsa, T Sivanesan, 32, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian punggung selain kesan cedera di belakang kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Menurut isteri mangsa, Logeswari, 20-an, suaminya keluar untuk minum bersama empat rakannya kira-kira jam 2 pagi di sebuah restoran berhampiran padang permainan kanak-kanak itu.


Sebelum kejadian jam 3 pagi itu, mangsa dipercayai bergaduh di restoran dan melarikan diri ke padang permainan kanak-kanak sebelum dipukul serta dan ditikam dengan objek tajam di tepi papan gelongsor sehingga mati.

‘Polis’ ugut





Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: Bayar atau anda ditahan kerana memiliki dadah. Itu ugutan sekumpulan tujuh lelaki menyamar ‘polis’ kepada sepasang suam isteri di Taman Bukit Cheras, di sini, kira-kira jam 2 pagi, kelmarin.

Dalam kejadian itu, sepasang suami isteri berusia 30-an kerugian RM5,000 selepas dipaksa menyerahkan wang itu sebagai balasan untuk mengelakkan mereka daripada ditahan.
Menurut sumber, sebelum kejadian tujuh lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu mengetuk pintu rumah mangsa dan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang mahu membuat pemeriksaan.

“Mereka (penjenayah) menunjukkan satu kad putih dengan pantas sebelum memaksa mangsa membuka pintu,” katanya.


Sumber berkata, yakin mereka tidak bersalah pasangan suami isteri itu membenarkan kumpulan terbabit masuk ke rumah, lagipun mereka bimbang kerana kumpulan itu mengugut untuk memecahkan pintu dan mengumpil jeriji jika tidak dibenarkan masuk.

Kereta curi depan hotel



         
KOTA BHARU: Selepas hampir dua bulan diburu polis, seorang lelaki yang juga rakan kepada ketua penjenayah, Zawa Abdul Halim, 34, yang ditembak mati pada 31 Oktober lalu selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, Machang, diberkas, kelmarin.

Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Kangkung, Pasir Mas itu ditahan bersama seorang wanita berusia 20-an dipercayai isterinya dan seorang bayi lima bulan ketika keluar dari sebuah hotel bajet di bandar ini pada jam 8 pagi.
Suspek dikesan terbabit dengan lima kes tembakan di beberapa daerah di negeri ini hampir dua bulan lalu termasuk kes menembak anggota polis, Lans Koperal Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, sehingga parah di Kampung Paloh, Gua Musang pada 30 Oktober lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semua kes dikaitkan dengan suspek membabitkan kegiatan samun bersenjata di Pengkalan Chepa, Gua Musang, Bachok, Pasir Mas dan di sebuah pasar raya di Kota Bharu.


Katanya, ketika melakukan tugas Ops Api pada jam 4.30 pagi kelmarin, anggota polis menemui sebuah Proton Wira menggunakan nombor pendaftaran palsu diletakkan di hadapan hotel bajet itu.

Peniaga maut, tiga parah rempuh treler

SABAK BERNAM: Kegagalan memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkan seorang peniaga maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di kilometer 33 Jalan Klang- Teluk Intan, berhampiran Bagan Nira, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, rakan mangsa yang memandu kereta berkenaan gagal memotong sebuah lagi kenderaan di hadapannya dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang membawa muatan barangan runcit. Akibat pelanggaran itu, treler dalam perjalanan menuju ke Butterworth tidak sempat mengelak dan terbabas memasuki parit di tepi jalan manakala kereta dinaiki mangsa terhenti di laluan bertentangan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa berusia 22 tahun dari Hutan Melintang, Perak yang juga penumpang kereta bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Sabak Bernam (HSB), di sini jam 2 pagi kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.


Katanya, tiga lagi mangsa berusia 25 tahun yang cedera parah kini sudah dihantar ke sebuah hospital swasta di Ipoh oleh keluarga masing-masing untuk rawatan lanjut.

“Polis terpaksa meminta bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam untuk mengeluarkan semua mangsa di dalam kereta kerana bahagian depan kereta berkenaan remuk teruk kesan daripada pelanggaran,” katanya.


Menurut Noor Mushar, pemandu treler berusia 43 tahun dan kelindannya berusia 20-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.


Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta untuk menghubungi Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Sabak Bernam atau mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

Penjaga pub maut ditetak 10 lelaki

BATU PAHAT: Rutin harian seorang penjaga pub yang berehat sambil menikmati minuman bersama rakan di depan pub tempat dia bekerja berakhir tragedi, apabila maut ditetak 10 lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di pekan Yong Peng dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga tempatan dikenali sebagai Pabu, 24, maut selepas ditetak dua kali di kepala, manakala pergelangan tangan kanannya putus dan tangan kirinya hancur ketika duduk berbual bersama tiga rakannya.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian tiba-tiba mangsa didatangi dua kereta Perodua Myvi dan Proton Persona dinaiki lapan hingga 10 lelaki bersenjatakan parang.

Menurutnya, mangsa menyedari kehadiran dua kereta itu cuba melarikan diri, namun dikejar dan dikepung suspek sebelum menyerangnya menggunakan parang.


“Tiga lagi rakan mangsa yang cemas dengan kejadian terus melarikan diri dan tidak dikejar suspek.


“Mangsa yang mengalami pendarahan teruk selain tangan kanannya terputus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya, semalam.

Din berkata, semua suspek berusia 20-an hingga 30-an terus melarikan diri sejurus kejadian dan gerakan mengesan mereka giat dijalankan.


“Hasil siasatan awal kami percayai motif kejadian disebabkan dendam, namun siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan semua suspek dikenal pasti dan ditahan secepat mungkin.

“Kami percaya serangan ini sudah dirancang kerana suspek mengetahui mangsa bekerja di pub itu serta tahu waktu pub berkenaan tamat,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berasal dari Yong Peng dan sudah berkahwin, namun belum mempunyai anak.


“Kami memohon kerjasama orang awam dan saksi kejadian tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999 bagi membantu siasatan,” katanya.

Belasah isteri lewat sedia sarapan

KUALA LUMPUR: Hanya lewat disediakan sarapan disebabkan tepung habis, seorang isteri dibelasah suaminya di rumah mereka di Cheras, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, suami yang berusia 30-an ingin bersarapan sebelum ke tempat kerja, namun hampa selepas mendapati tiada makanan dihidangkan.


Menurut sumber, dia memanggil isteri berusia 29 tahun yang berada di dalam bilik, namun tidak disahut wanita terbabit menyebabkan dia naik angin dan terus masuk ke dalam bilik tidur mereka.

“Dia memarahi isterinya kerana tidak menyediakan sarapan, namun apabila diberitahu tepung habis menyebabkan isterinya tidak dapat membuat kuih lelaki itu enggan menerima alasan itu,” katanya.


Sumber berkata, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek gagal mengawal kemarahan menumbuk muka mangsa beberapa kali.


Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pudu.

‘Penaklukan’ Awang Hitam

NILAI: Peningkatan mendadak jumlah warga Afrika dari pelbagai negara yang berkampung di beberapa taman perumahan sekitar Mantin dan daerah ini menyebabkan penduduk tempatan khuatir kawasan kediaman mereka menjadi Mini Afrika selain terdedah dengan kegiatan jenayah.
Malah, bagi penduduk, petanda itu sudah terserlah apabila golongan Awang Hitam kini mendominasi kemudahan awam di situ serta tidak gentar dengan penduduk tempatan dan sedia bertindak balas jika ditegur apatah lagi dicabar.

Selain itu, warga Afrika terbabit sering mengusik anak gadis yang lalu-lalang di kawasan itu dan ada kalanya turut mencetuskan pergaduhan dengan warga tempatan.

Penduduk, Hafiz Zaharin, 24, berkata, dia yang tinggal di kawasan berdekatan sudah lali dengan kerenah warga Afrika yang kerap bergaduh hingga mengganggu ketenteraman penduduk.

“Dua bulan lalu, sekumpulan warga Afrika bergaduh, masing-masing membawa senjata hingga kami penduduk takut keluar rumah. “Tidak tahu apa puncanya, tapi tindakan keterlaluan mereka seolah-olah memperlekehkan undang-undang di Malaysia, malah tidak hormat dengan penduduk tempatan,” katanya.

Beliau mendakwa, ada warga Afrika terbabit turut menjadikan sebuah kolej di kawasan itu sebagai markas untuk menjual dadah kepada pelajar. “Saya mengetahuinya apabila melihat rakan sering berbalas SMS dengan seorang warga Afrika untuk mendapatkan ‘barang terlarang’ itu, puas saya menasihatkan rakan, namun tidak diendahkan.


“Ini belum lagi perbuatan mereka mengusik anak gadis yang lalu-lalang di kawasan ini sehingga mendatangkan ketakutan untuk mereka keluar rumah,” katanya. Penduduk lain, Rahim Abdullah, 42, berkata, sikap tamak pemilik rumah yang menyewakan rumah kepada pelajar asing walaupun pihak kolej sudah menyediakan asrama mengundang masalah kepada penduduk di situ.

“Kalau mereka (pemilik rumah) tidak menyewakan kepada warga asing mungkin tiada masalah. Bukan semua warga asing bermasalah, hanya mereka yang berasal dari Afrika.

“Pihak kolej sudah menyediakan asrama, namun disebabkan mahu kebebasan, akibatnya penduduk setempat yang susah,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Zul, 33, berharap pihak berkaitan membantu penduduk di sini menyelesaikan permasalahan berkenaan.

“Saya harap isu ini diketengahkan supaya dapat menyedarkan berikutan Malaysia negara Islam dan ada batas yang perlu dijaga atau mereka (warga asing) fahami,” katanya.

Bagi pesara, Zaharin Osman, 58, dia beberapa kali pernah melihat beberapa gadis tempatan bersama Awang Hitam berpelukan seolah-olah tidak segan dengan masyarakat setempat.

“Kadang-kadang wanita kita yang mengada-ngada, bila berdamping dengan warga Afrika itu berjalan mendabik dada sebab kononnya hebat kerana mendampingi golongan itu.

“Saya hairan, malah malu melihat gejala ini makin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Bukan cinta yang dicari, tetapi kekayaan yang lebih dikejar. Saya berharap wanita tempatan mengambil iktibar apa yang terjadi dengan mereka yang terperangkap di China dan Brazil sebagai keldai dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, jenayah membabitkan warga itu tidak banyak iaitu hampir tiga hingga lima kes saja setahun. “Bagaimanapun, polis sentiasa peka dengan keselamatan dan aduan penduduk berhampiran mengenai kebanjiran warga Afrika di kawasan itu. “Ini berikutan, di daerah ini banyak terdapat kolej swasta yang kebanyakannya dimonopoli warga Afrika. Jadi, kami sentiasa mempertingkatkan keselamatan dengan menghantar unit cegah jenayah setiap masa membuat pemantauan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan gadis tempatan tertarik dengan tingkah laku warga Afrika ini yang lembut dan lebih bermulut manis berbanding lelaki tempatan.

Tampok Laut dilanda banjir


banjir
Pengalaman tiga kali berpindah ke pusat pemindahan banjir menyebabkan keluarga Nor Aini membuat persiapan awal menghadapi bencana alam ini.
PONTIAN - Kampung Tampok Laut, Benut mula menerima kesan musim tengkujuh, awal pagi semalam.

Hujan lebat sejak kelmarin, ditambah dengan fenomena air pasang yang berlaku, menyebabkan enam rumah di hujung kampung berhampiran pintu air pasang surut dinaiki air hingga paras lutut.

Salah seorang mangsa banjir yang ditemui, Nor Aini Godeng, 43, berkata, ketika kejadian, dia dan suami serta empat anak mereka sedang tidur tanpa menyedari air mula memasuki rumah kira-kira jam 5 pagi, semalam.

“Mujur, anak sulung yang tidur di ruang tamu mengejutkan saya memberitahu air sudah masuk ke dalam rumah.

“Saya lihat air mula memasuki rumah sedikit demi sedikit, kemudian secara tiba-tiba naik sehingga ke paras lutut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pengalaman tiga kali berpindah ke pusat pemindahan banjir sejak 2009 menyebabkan dia sekeluarga melakukan persediaan awal menghadapi bencana alam ini.

Jelasnya, dia dan suami, Mohd Nor Mantung, 45, bersama empat anak berumur empat hingga 16 tahun sudah memindahkan barang di rumah mereka ke tempat yang lebih tinggi.

Bagi Hashim Tik, 59 berkata, dia dan isteri, Bahara Mantuk, 50, sempat memindahkan barang ke tempat lebih tinggi sebaik menyedari air mula memasuki rumah mereka, awal pagi semalam.

Menurutnya, kedudukan kediamannya yang terletak di kawasan rendah menyebabkan ia sering dinaiki air.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Tampok Laut, Bokok@Lagenda Bachok berkata, dia mula mengesan kejadian banjir kilat itu seawal jam 5 pagi dengan melawat kawasan terlibat.

Menurutnya, dia sentiasa menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran pintu kawalan air supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu.

“Kami sentiasa berhubung dengan ketua kampung, penghulu Mukim Benut, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis dan sekiranya perlu, penduduk akan dipindahkan,” katanya.
“Bagaimanapun, pemindahan penduduk adalah akhir sekiranya paras air benar-benar tinggi,” katanya.

PM Filipina mahu perbicaraan dibuat secara langsung




         
MANILA: Selepas dituduh tidak mampu memberi keadilan kepada mangsa pembunuhan beramai-ramai di Maguidanao, Istana Malacanang menggesa sipaya liputan lintas langsung media dibenarkan dalam perbicaraan kira-kira 200 orang yang dituduh membunuh 58 orang termasuk 32 wartawan.

Jurucakap Presiden, Edwin Lacierda menyalahkan ketiadaan siaran langsung perbicaraan itu memberi tanggapan bahawa pengurusan Benigno “tidak berbuat apa-apa” untuk mangsa pembunuhan itu.
“Masalahnya perbicaraan itu tidak disiar secara langsung. Mudah berkata kerajaan tidak buat apa-apa,” katanya.

Katanya, Presiden Benigno telah meminta supaya perbicaraan itu dibuat secara langsung supaya masyarakat tahu apa yang berlaku. - MT

Lelaki maut ditikam, rakan cedera


KLANG - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan berdekatan sebuah taman permainan di Jalan Hulubalang 26, Taman Sentosa di sini, semalam.

Mayat T Sivanesan, 36, dijumpai terbaring dengan berpakaian lengkap oleh beberapa penduduk yang melalui lokasi kejadian kira-kira jam 10 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat lelaki tersebut dengan kesan tikaman di punggung dan kesan cedera di kepala.

Menurutnya, hasil semakan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes curi kenderaan dan samun.

“Siasatan awal kita mengesyaki mangsa terlibat dalam pergaduhan membabitkan lebih daripada dua orang.

“Ketika kejadian berlaku, kita tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan mabuk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, salah seorang daripada rakan mangsa yang terlibat dalam pergaduhan itu turut cedera parah di kepala dan dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Mohamad berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

“Kini kita sedang mengenal pasti individu terlibat dalam kes itu sebelum gerakan memburu dijalankan.

“Malah, kita akan mengambil keterangan rakan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

England kaji hukum penjara 'kaki intai'



25 November 2012
LONDON - Mengintai atau mengekori telah menjadi satu kesalahan jenayah khusus di England dan Wales dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan di negara itu.

Kerajaan negara terbabit memperkenalkan dua kesalahan iaitu mengintai dan mengekori dengan melibatkan suatu ketakutan akan keganasan.

Beberapa kempen sebelum ini mendakwa, undang-undang yang melibatkan gangguan seumpamanya tidak mencukupi.

Di Scotland misalnya, mengintip telah menjadi kesalahan sejak 2010.

Satu siasatan yang dilakukan oleh Parlimen awal tahun ini mendapati kira-kira 120,000 mangsa, kebanyakannya wanita, diganggu menerusi perbuatan itu setiap tahun.

Bagaimanapun hanya 53,000 insiden direkodkan sebagai jenayah oleh polis dan hanya satu dalam 50 laporan terbabit membawa kepada pesalah dipenjarakan.

Penyelidikan bagi kesalahan baru yang akan diperkenalkan ini mendapati gangguan dan ugutan sering boleh bertukar menjadi pembunuhan.

Selepas bertemu mangsa dan mereka yang berkempen mengenainya di Downing Street awal tahun ini, Perdana Menteri negara terbabit menyifatkan mengintai sebagai "jenayah hina" yang "membuat kehidupan seperti neraka kepada mangsa."

Undang-undang baru ini, jika didapati melakukan perbuatan tersebut akan membawa hukuman penjara maksimum enam bulan manakala mengintai sehingga melibatkan ketakutan keganasan atau kesusahan yang serius akan membawa hukuman maksimum lima tahun penjara.

Wartawan BBC, Clive Coleman berkata, kerajaan berharap dengan menambah kesalahan secara spesifik dapat memberi gambaran yang lebih jelas untuk setiap kesalahan kepada pihak polis bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Pembaharuan ini timbul selepas satu siri pembunuhan melibatkan kerja-kerja mengintai dan menghendap termasuk dalam kes Clifford Mills, 49 tahun, yang telah diekori bekas kekasihnya Lorna Smith di Facebook sebelum menikam mati  di flat di Brixton, selatan London, Februari tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Februari lalu, dengan tempoh minimum 21 tahun selepas didapati bersalah.

Polis tahan penjenayah paling dikehendaki


Polis tahan penjenayah paling dikehendaki
Jalaluddin menunjukkan pistol jenis revolver yang digunakan suspek dalam beberapa kes samun di sekitar Kelantan sejak dua bulan lalu, semalam.
KOTA BHARU- Tindakan licik penjenayah paling dikehendaki yang bersembunyi di dalam sebuah hotel bajet, berjaya dihidu polis dalam satu serbuan yang dilakukan di Jalan Sri Cemerlang di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu, anggota polis turut menahan isteri suspek bersama anaknya berusia lima bulan serta merampas sepucuk revolver, tiga butir peluru, tiga butir kelonsong peluru, empat biji pil bewarna merah dipercayai dadah dan dua straw heroin.
Lelaki yang berusia 25 tahun itu merupakan ahli Geng Zawa, yang ditembak mati di Kampung Kemumin, Machang pada 31 Oktober lalu selepas terlibat dalam  kejadian Samun di Gua Musang di samping menembak dua anggota polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek yang berasal dari Pasir Mas itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes samun bersenjata api di negeri ini sejak bulan lalu termasuk di Gua Musang bersama Zawa pada 20 Oktober lalu.

Jalaluddin berkata, selepas beberapa kes yang berlaku polis sudah pun mengenal pasti suspek sebelum mengekorinya dan menyerbu hotel bajet itu pagi semalam.

“Dalam tempoh dua bulan ini suspek terlibat dalam lima kes samun senjata api di mana dua daripada kes berkenaan, suspek telah melepaskan tembakan.
“Lelaki ini juga terlibat dengan ketuanya yang telah ditembak mati dalam kes samun yang menyebabkan anggota polis cedera parah ditembak,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Jalaluddin berkata, terbaru pada Jumaat lalu, lelaki itu telah merompak sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Pekan, dan melarikan wang tunai sebanyak RM2,800, ekoran daripada tindakannya itu, polis  meningkatkan operasi dan menemui kereta jenis Proton Wira yang curinya di hadapan sebuah hotel bajet pada malam kelmarin.
“Biarpun kita telah menemui suspek lebih awal, namun kita terpaksa menunggu sehingga awal pagi untuk menahannya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kerana pada ketika itu dia bersama isteri serta anaknya yang masih kecil dalam sebuah bilik di hotel tersebut.
Jalaluddin berkata, selepas menunggu akhirnya dengan perancangan yang rapi, suspek ditahan ketika dia keluar seorang diri dari hotel itu ketika menuju ke kereta.

“Lelaki itu yang sempat masuk ke dalam kereta dan terus menggerakkan keretanya ke hadapan dan belakang bagi mengelakkan dit angkap sehingga menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin kereta dan menariknya keluar serta berlaku pergelutan sebelum ditangkap, dan dalam tangkapan itu kita turut menemui sepucuk pistol di pinggang suspek," katanya.

Remaja maut dilanggar lari


Remaja maut dilanggar lari
Sarip (tengah) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya.
MELAKA TENGAH - Niat seorang remaja untuk membantu ibu bapanya memasak di warung tidak kesampaian apabila dia maut dilanggar dua kenderaan di Jalan Bukit Rambai di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.50 malam, mangsa Nur Afiqah Sarip, 16, tahun dilanggar sebuah kereta yang tidak dikenali sebelum tercampak dan dilanggar sebuah lagi kereta dari arah bertentangan beberapa meter dari warung.
Nur Afiqah yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala ke Ayer Salak meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya Hasyimah Sarip, 15, yang membonceng motosikal berkenaan cedera ringan.
Bapa mangsa, Sarip Baharom, 50, berkata, Nur Afiqah yang tidak lagi bersekolah sebelum kejadian bersama adiknya dalam perjalanan dari rumah di Jalan Haji Omar, di sini ke warungnya untuk memasak sebagai persediaan berniaga keesokan hari.
“Kedua-duanya keluar rumah selepas Isyak sebelum saya menerima panggilan dari Hasyimah yang memberitahu mereka terlibat dalam kemalangan hadapan warung dan arwah cedera parah.
“Saya bersama isteri, Suzana Ismail, 44, yang berada di rumah bergegas ke tempat kejadian tidak jauh dari rumah dan ketika sampai saya melihat Hasyimah sedang memangku kakaknya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Melaka (HM), semalam.
Sarip berkata, arwah yang berdarah di kepala bagaimanapun masih bernyawa semasa dia dan isterinya tiba di tempat kejadian.
“Isteri yang memeriksa nadi memberitahu nadi arwah sangat perlahan dan dia serta Hasyimah sempat mengajar arwah mengucap,” katanya.
Suzana berkata, anak ketiga dari enam beradik itu seorang periang dan suka bergurau dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa datang dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala ke Ayer Salak dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran dari arah sama.

“Mangsa dilanggar lari sebuah kereta dari arah sama hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal bapanya terjatuh di laluan bertentangan lalu dilanggar sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun.
“Lelaki berkenaan yang dipercayai menetap di Paya Mengkuang, Bukit Rambai memandu dari arah Ayer Salak menuju lampu isyarat Batang Tiga bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Salehhudin berkata, dalam sebuah kes berasingan, seorang pegawai penjara turut maut selepas kereta yang dipandu sepupunya berusia 30-an terlibat kemalangan di Lebuh SUngai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada jam 11 malam kelmarin.
“Mangsa Mohd Hanafiah Abd Wahab, 25, disahkan meninggal dunia pada jam 11.25 malam di HM selepas terlibat kemalangan di hadapan Simpang Taman Sri Bertam, Lebuh SPA membabitkan dua buah kereta, " katanya.
Salehhudin berkata, kedua-dua kes ini disiasat mengikut  Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sejam terperangkap banjir kilat


Keadaan air Sungai Klau naik hingga melimpah ke atas jalan.
Keadaan air Sungai Klau naik hingga melimpah ke atas jalan.
RAUB – Hujan lebat berterusan bermula dari jam 6 petang kelmarin mengakibatkan 263 penduduk Kampung Baru Sungai Klau terperangkap dalam banjir kilat kira-kira sejam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, air daripada Sungai Klau melimpah dan membanjiri lebih 80 rumah sekitar kawasan berhampiran.

Menurutnya, sebahagian rumah ditenggelami air antara 0.5 meter hingga satu meter mengakibatkan beberapa peralatan dan kelengkapan rumah rosak teruk.

“Pusat pemindahan sementara mangsa banjir dibuka di Tokong Sungai Klau tetapi ada juga beberapa keluarga yang terlibat tidak mahu berpindah.

“Kita tetap minta mereka untuk mendaftar di pusat pemindahan banjir bagi tujuan rekod semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Mohd Samsudin berkata, air mula surut bermula dari jam 9.15 malam dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, sehingga jam 9.30 malam, 62 keluarga mendaftar melibatkan 263 mangsa keseluruhannya.

“Pemantauan berterusan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan mangsa terlibat terjamin.

“Seramai 39 anggota keselamatan bertugas pada malam itu termasuk 21 polis, lapan bomba, lima Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lima pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Wan Mohd Samsudin.

Beliau berkata, masyarakat daerah Raub terutama yang tinggal di kawasan rendah perlu peka terhadap perubahan cuaca terutama ketika musim tengkujuh.

Mati tersepit ketika kutip cendawan


Mati tersepit ketika kutip cendawan
Azahari menunjukkan lokasi mangsa ditemui mati tersepit ketika mencari cendawan di Kampung Chengal Pulas di Pasir Puteh, semalam.
PASIR PUTEH - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tersepit dengan sebatang pokok kayu yang sudah lama ditebang berhampiran rumahnya di Kampung Chengal Pulas, Telosan dekat sini, semalam.

Mangsa, Sa’audah Abdullah, 96, yang tinggal bersendirian dikatakan keluar untuk mengutip cendawan yang lebih dikenali kulat sisir jam 8.30 pagi.

Mangsa ditemui saudaranya dalam keadaan kaku kira-kira jam 9.30 pagi, akibat ditimpa batang pokok yang tergelincir daripada tunggul.

Penduduk, Azhari Abdullah, 56, berkata, batang pokok itu menghempap bahagian pinggang mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Azhari berkata, dia menemui kerusi plastik dan jag berisi kulat sisir berhampiran mangsa.

“Mangsa mungkin tergelincir daripada kerusi ketika mahu mengutip kulat sisir, dan berpaut pada batang pokok yang susah lama ditebang tetapi masih berada di atas tunggul.

“Batang pokok itu kemudiannya menghempap mangsa yang menyebabkan mangsa tersepit pada sebahagian lagi batang pokok tersebut,” katanya sambil memberitahu penduduk kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Katanya, Sa’audah memang gemar mencari kulat sisir, walaupun terpaksa berjalan ke pinggir hutan untuk membawa pulang dan memasaknya.
“Hari ini dia tidak perlu ke pinggir hutan kerana kulat berhampiran rumahnya sudah boleh dikutip dan dia menemui ajalnya di sini,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk dibedah siasat.