Search This Blog

Sunday, November 25, 2012

Mayat ditemui berhampiran taman permainan



KLANG 24 Nov. - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman berhampiran taman permainan di sebuah lorong di Jalan Hulubalang 26, Taman Sentosa di sini hari ini.
Mayat T. Sivanesan, 36, dijumpai dengan kesan tikaman di punggung dan cedera di kepala kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada penduduk di situ yang menemukan mayat lelaki itu.
"Buat masa ini polis masih menyiasat motif kejadian tetapi kita percaya mangsa mungkin dalam keadaan mabuk sebelum terlibat dalam pergaduhan.
"Polis turut dimaklumkan bahawa seorang daripada rakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohamad, pihaknya difahamkan bahawa mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai dua rekod lampau melibatkan jenayah curi kenderaan dan samun.
"Mayat mangsa dibawa ke HTAR untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121125/je_01/Mayat-ditemui-berhampiran-taman-permainan#ixzz2DEazelDf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami bunuh isteri, kekasih



ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa bunuh di Kampung Changkat, dekat Taman Greenwood, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sepasang kekasih warga Indonesia dipercayai dibunuh oleh suami wanita berkenaan di rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Changkat dekat Taman Greenwood dekat sini hari ini.
Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi selepas jiran mereka mendakwa terdengar bunyi bising dari rumah berkenaan namun hanya disedari oleh seorang saudara wanita itu yang mengunjungi rumah mangsa pukul 10 pagi ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan, mayat kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.
"Siasatan awal mendapati pembunuhan ini bermotifkan cemburu kerana suspek yang bekerja di Pulau Pinang dilihat penduduk berkeliaran di kampung ini sejak beberapa hari lalu dipercayai untuk memerhatikan pergerakan isterinya yang dikenali sebagai Rokiah.
"Suspek dipercayai sudah mengesan hubungan sulit isterinya yang dikatakan intim dengan mangsa lelaki dikenali sebagai Gus Dur.
"Ketiga-tiga warga asing itu berasal dari Madura dan menyewa bilik berlainan di rumah berkenaan sejak setahun lalu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemeriksaan forensik di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk atau kesan pergelutan luar biasa.
Katanya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul seperti kayu.
"Polis menjumpai sebatang kayu yang sudah patah dan ada kesan darah dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.
"Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau pas masuk ke negara ini. Bagaimanapun hasil maklumat awam mendapati suspek memiliki dua anak bersama mangsa yang kini ditinggalkan di Madura," katanya lagi.
Jelas Rosly, polis sedang memburu suspek yang dikenali sebagai Yasin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121124/je_02/Suami-bunuh-isteri-kekasih#ixzz2DEaIFqNm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ancaman Korea Utara: Korea Selatan perkuat kapal pemusnah



SEOUL 24 Nov. - Korea Selatan dilapor telah mula memperkuatkan kapal-kapal pemusnah miliknya dengan peluru berpandu yang lebih moden dengan keupayaan melakukan serangan lebih tepat di mana-mana sasaran di Korea Utara.
Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan tentera semalam melaporkan, Korea Selatan telah memperkuatkan dua kapal pemusnah dengan peluru berpandu Hyunmu 3C yang menyamai keupayaan senjata Tomahawk yang diguna pakai oleh tentera Amerika Syarikat (AS).
Peluru berpandu berkenaan mempunyai jarak sasaran sehingga 400 kilometer dan berkeupayaan menyerang sasaran di bahagian paling jauh di Korea Selatan.
Seorang pegawai tentera yang enggan namanya didedahkan berkata, langkah tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea Utara memperkukuhkan armada tentera laut di kawasan barat laut semenanjung kedua-dua negara terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121124/lu_09/Ancaman-Korea-Utara-Korea-Selatan-perkuat-kapal-pemusnah#ixzz2DEZPZV5u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Drama tebusan bank berakhir



Anggota polis dari unit khas menyerbu cawangan Bank Toyokawa Shinkin bagi menyelamatkan tebusan dan menahan suspek di Zoshi, wilayah tengah Aichi, Jepun, semalam. - AFP
TOKYO 23 Nov. - Drama tebusan selama 13 jam di Bank Toyokawa Shinkin di Zoshi yang menyaksikan seorang lelaki yang menuntut Kabinet Jepun meletak jawatan dengan menawan lima tebusan semalam, berakhir hari ini selepas polis bertindak menyerbu bangunan tersebut serta menahan suspek.
Seorang jurucakap polis dalam satu sidang media berkata, lelaki yang dikenali sebagai Koji Nagakubo itu ditahan selepas mereka menyerbu bank tersebut pagi ini di tengah wilayah Aichi.
Jelas beliau, kesemua tebusan yang selamat kini dilindungi polis. Laporan media menyatakan, seorang daripada tebusan iaitu kakitangan wanita di bank itu mengalami kecederaan ringan.
Menurutnya, polis yang memakai topeng gas dan membawa perisai, bertindak menyerbu bank itu dan berjaya menahan suspek, sebelum membawanya keluar, selepas kira-kira 13 jam lelaki bersenjatakan pisau itu menawan bank tersebut.
"Kami mengalami kesukaran untuk memeriksa bahagian dalam bangunan itu, tetapi serbuan dilakukan dengan meletakkan keselamatan orang tebusan sebagai keutamaan," kata seorang penyiasat kepada saluran penyiar NHK.
Rakaman televisyen menunjukkan, seramai 12 anggota polis memecahkan cermin di tingkat dua bank berkenaan sebelum bergerak turun ke tingkat bawah, lokasi suspek mengacukan pisau ke arah tebusan.
Ketika serbuan, hanya empat tebusan diselamatkan kerana seorang daripada mereka telah dibebaskan lebih awal.
NHK dalam laporannya menyatakan, suspek yang bersenjatakan lebih daripada satu pisau, turut menggari sekurang-kurangnya seorang daripada tebusan.
Menurut polis, lelaki berusia 32 tahun itu kini ditahan kerana disyaki menjadikan lima orang awam sebagai tebusan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121124/lu_02/Drama-tebusan-bank-berakhir#ixzz2DEYcEHTC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua Hakim Sri Lanka didakwa



COLOMBO 23 Nov. - Hakim tertinggi Sri Lanka, Shirani Bandaranayake hari ini dihadapkan ke sebuah jawatankuasa Parlimen untuk berdepan pendakwaan berhubung tuduhan salah guna kuasa dan kewangan, kata saksi dan pegawai.
Bandaranayake, 54, meninggalkan kompleks Mahkamah Tinggi sambil ditemani seorang peguamnya untuk menghadap 11 anggota jawatankuasa Parlimen yang menyiasat 14 tuduhan berkaitan salah guna kuasa dan kewangan.
Pendakwaan itu merupakan petanda terbaharu usaha Presiden Mahinda Rajapakse bagi mengukuhkan kuasanya selepas menghapuskan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 2009. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121124/lu_04/Ketua-Hakim-Sri-Lanka-didakwa#ixzz2DEXfBDoR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Si mabuk cemar masjid

INDAH...Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis yang diceroboh enam lelaki dengan tin minuman keras.
INDAH...Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis yang diceroboh enam lelaki dengan tin minuman keras.
KANGAR: Bukan sahaja menceroboh dalam keadaan mabuk, malah enam lelaki turut melempar tin arak ke dalam pagar Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis, dekat sini, selepas bertengkar dengan pengawal keselamatan, Khamis lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila kumpulan lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan mahu bersantai di tepi pantai bersebelahan masjid sebelum menceroboh melalui sebuah pintu pagar rumah ibadat itu menyebabkan tindakan mereka disedari pengawal keselamatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Addul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang daripada mereka berbadan agak gempal sukar memanjat sebelum tindakannya disedari pengawal keselamatan masjid terapung itu.

Katanya, sebaik suspek menyedari tindakannya dilihat pengawal keselamatan, dia cuba melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian.

“Suspek kemudian dibantu rakannya melawan pengawal keselamatan di situ selepas diarahkan keluar dari kawasan masjid menyebabkan berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Semua suspek yang mabuk berkenaan tidak puas hati dengan tindakan pengurusan tidak membenarkan mereka masuk ke kawasan masjid untuk ke pantai bersebelahan sambil memaki-hamun pengawal keselamatan terbabit,” katanya di sini, semalam.


Menurut Abdul Rahman, semua mereka kemudian beredar dari kawasan berkenaan sebelum melontarkan beberapa tin minuman keras yang diminum ke arah masjid.

Katanya, kumpulan lelaki itu kemudian beredar menaiki sebuah kereta Proton Iswara, tetapi nombor pendaftaran kenderaan terbabit berjaya dicatatkan pengawal keselamatan.

“Sejurus itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Perlis sebelum polis menahan semua suspek di Pauh di sini, awal pagi semalam (kelmarin). Semua mereka kemudian ditahan sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Katanya, kes berkenaan boleh mengundang rasa marah orang ramai dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Tawar pakej maksiat


       
KUALA LUMPUR: Pusat karaoke dan kolam memancing yang menjadi tumpuan segelintir warga emas untuk memancing sambil berhibur dengan pelayan pelanggan (GRO) dipercayai bersekongkol menawarkan pakej maksiat kepada pengunjung termasuk beragama Islam.

Ini berikutan tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati segelintir pengunjung beragama Islam dilihat selamba meneguk minuman keras di gerai minuman yang dikendalikan kolam memancing terbabit, manakala sebuah premis snuker bersebelahan pusat karaoke dijadikan tempat berjudi di kalangan pengunjung. Lebih mencurigakan, bahagian dalam pusat karaoke berkenaan diawasi lebih lapan kamera litar tertutup (CCTV) seolah-olah khuatir kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.


Pakej melalaikan itu jelas menarik perhatian pengunjung hingga sanggup menipu keluarga kononnya memancing. Pemerhatian wartawan mendapati beberapa penunggang motosikal yang baru tiba di kolam itu dengan membawa bersama joran, meninggalkan kelengkapan memancing mereka di kenderaan atau kaunter dan terus memasuki pusat karaoke terbabit.

Seorang pekerja warga asing di kolam memancing itu bagaimanapun berdolak-dalik mengenai kaitan kedua-dua premis berkenaan.


Dia mendakwa premis pusat hiburan terbabit disewakan dan pihak pengurusan kolam tidak campur tangan dalam sebarang aktiviti dijalankannya.


Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan tetap kolam memancing itu ketika ditanya mendakwa kedua-dua premis berkenaan mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan aktiviti yang disediakan sebagai pelaris bagi menarik perhatian pengunjung supaya tidak beralih ke kolam pancing lain.

Mengail ‘ikan di darat’

TERTUTUP... premis karaoke dangdut yang dipercayai turut menyediakan khidmat GRO (dalam bulatan).
KUALA LUMPUR: Bagi mendapat lesen keluar rumah daripada isteri, mereka memberi alasan pergi mengail di sebuah kolam pancing di Lembah Klang.

Bagaimanapun, pada masa sama segelintir warga emas terbabit sebenarnya menyelam sambil minum air apabila turut menikmati belaian pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke dangdut bersebelahan kolam berkenaan.

Lebih mengejutkan, siasatan Metro Ahad (MA) mendapati GRO yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an hingga 50-an itu turut boleh dibawa hingga ke bilik tidur berdasarkan rundingan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, GRO dangdut berkenaan hanya akan disediakan pada hari tertentu dipercayai bagi mengelak aktiviti tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa.


Berbanding kebanyakan pusat hiburan lain yang menawarkan wanita bergetah, premis yang beroperasi seawal jam 5 petang sehingga awal pagi ini pula menampilkan beberapa kelainan dengan kehadiran pelayan pelanggan wanita tempatan yang ada antaranya layak digelar nenek.

‘Rumah kami tenggelam’

TERUK... kereta dan rumah penduduk yang ditenggelami air.
TERUK... kereta dan rumah penduduk yang ditenggelami air.
SELAMAT... anggota bomba menyelamatkan salah seorang mangsa banjir kilat di Kampung Batu 7, Lukut.
SELAMAT... anggota bomba menyelamatkan salah seorang mangsa banjir kilat di Kampung Batu 7, Lukut.
PORT DICKSON: “Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah,” kata Cheok Ah Kaw, 71, seorang daripada 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Batu Tujuh, Lukut, di sini, semalam.
Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter.

Tinjauan bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah.

Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba.

“Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit.

“Disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini, kami tidak dapat menyelamatkan harta benda lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, masalah sistem perparitan di kampung itu terlalu kecil selain sampah-sarap menyebabkan air tersekat dan melimpah keluar.

“Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini,” katanya.

Penghuni rumah kongsi, Parman Parjo, 54, berkata air mulai naik ke lantai rumah sejak jam 6 pagi dan ketika itu dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan nyawa ahli keluarganya.

“Kami hanya memikirkan nyawa anggota keluarga, semua peralatan dan pakaian habis dihanyut air. Tidak sampai setengah jam kemudian air sudah sampai ke paras dinding rumah.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami hanya sempat menyelamatkan dokumen peribadi dan kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.

“Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup,” katanya.

Penduduk Taman Indah Jaya, B Murugan, 30 berkata, dia kesal banjir kilat kerap berlaku di situ apabila hujan lebat, namun menyifatkan kejadian semalam paling teruk.

“Ini kali kelima rumah dilanda banjir kilat. Ketika kejadian saya mahu menyelamatkan isteri dan anak ke tempat selamat, namun sebaik membuka pintu rumah, air mencurah masuk dengan deras menyebabkan saya terjatuh.

“Mujur isteri saya dapat menyelamatkan anak kami yang berusia tiga dan satu tahun yang sedang nyenyak tidur,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Port Dickson, Ab Khalid Mat berkata, hujan lebat berterusan sehingga tiga jam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami banjir dan memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Katanya, pusat perpindahan banjir turut dibuka kepada mangsa tetapi kebanyakan mereka tidak mahu berpindah atas alasan ia banjir kilat saja.

“Tetapi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu mangsa dengan mengagihkan makanan dan selimut.

“Setakat ini juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami sentiasa memastikan keadaan selamat di sini,” katanya.

Terkejut jumpa mayat



         
PETALING JAYA: Seorang tukang cuci di Flat Impian Seri Setia, Jalan SS9A/14, Sungai Way di sini, yang sedang menjalankan kerja pembersihan di bumbung tingkat dua bangunan itu terkejut apabila menemui sekujur tubuh dalam keadaan terlentang dengan bahagian kepala berdarah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tukang cuci wanita berusia 30-an itu menemui mayat lelaki berpakaian lengkap di satu sudut bumbung berkenaan sebelum memanggil seorang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan penduduk flat itu bagi memaklumkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mereka kemudian menghubungi polis kerana menyangka lelaki terbabit mangsa pembunuhan.

Menurutnya, sepasukan polis dengan bantuan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi bagi menyiasat.


“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit bukan mangsa pembunuhan, sebaliknya akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Bimbang kaki putus


       
DUNGUN: “Anggota bomba terpaksa berhati-hati kerana bimbang kaki mangsa yang tersepit itu boleh terputus,” kata Abdul Hamid Majid, 50, salah seorang saksi kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 65.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Batu Pelanduk, dekat sini, semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Proton Persona, Mohd Hishamuddin Mohd Husain, 27, terbabas selepas melalui satu selekoh tajam lalu melekat di pokok kelapa, kira-kira jam 2.30 pagi.
Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan kaki kanan manakala kaki kiri yang hancur terpaksa dipotong selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Abdul Hamid yang juga Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rantau Abang selepas selesai bermesyuarat.


“Saya tidak berani membantu mangsa kerana enjin kereta itu berasap kuat dan saya bimbang ia boleh meletup,” katanya.

Dibunuh ketika keluar minum dengan kawan




         
KLANG: “Dia hanya beritahu mahu keluar minum bersama rakannya,” kata Logeswari, 20-an, isteri kepada T Sivanesan, 32, yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui di tepi padang permainan kanak-kanak di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Logeswari ketika ditemui berkata, suaminya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 2 pagi semalam untuk minum bersama empat rakannya di restoran berhampiran padang permainan kanak-kanak itu. “Saya tidak tahu apa masalahnya sebelum ini. Saya terkejut apabila dihubungi polis pagi tadi (semalam) memaklumkan mayatnya dijumpai di padang permainan ini,” kata ibu kepada dua anak perempuan berusia lima bulan dan tiga tahun ini ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Sivanesan dipercayai bergaduh di restoran itu sebelum melarikan diri ke padang permainan kanak-kanak itu.

Mangsa kemudian dipukul dan ditikam dengan objek tajam di tepi papan gelungsur di padang permainan itu. Mangsa yang parah kemudian cuba melarikan diri namun rebah kira-kira 30 meter dari tempat dia dipukul sebelum meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10 pagi semalam memaklumkan penemuan mayat terbabit.


Beliau berkata, pemeriksaan forensik mendapati ada kesan tikaman di bahagian punggung mangsa dan kesan cedera di belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dipercayai bergaduh sebelum dipukul lebih daripada seorang suspek di kawasan padang permainan kanak-kanak itu. Seorang lagi rakan mangsa yang identitinya belum dikenali turut cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini,” katanya.


Mohamad berkata, hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan curi kenderaan.

Katanya, polis juga tidak menemui sebarang senjata di kawasan berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pasangan kejam

HILTON terlantar di hospital  akibat kecederaan parah.
HILTON terlantar di hospital akibat kecederaan parah.
LONDON: Pasangan “ganas” yang menyerang seorang warga emas dan menggeledah rumahnya, dijatuhkan hukuman penjara.
Laurynas Dauksas, 25, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun manakala Aurelisa Galdikaite, 23, dipenjara sembilan tahun kerana menyerang Arnold Hilton.
Hilton, 88, bekas pekerja syarikat lombong arang batu, ditumbuk dan disepak manakala hampir setiap “laci di setiap bilik” rumahnya di Uphollad, Lancashire, digeledah oleh pasangan itu, Mac lalu.

Dia ditemui oleh anaknya, Stuart, berdarah dan terbaring di lantai bilik tidur pada jam 6.30 keesokan paginya.


Hilton memberitahu anaknya, dia tidak akan dapat bertahan lagi.

Stuart berkata, ayahnya mempunyai lima anak, sepuluh cucu dan seorang cicit, berubah sejak serangan itu.

“Sebelum serangan itu, walaupun sudah berusia 88 tahun, beliau seorang yang suka bersosial. Dia akan menaiki bas untuk pergi ke pub sejauh dua batu, untuk bertemu rakannya.”

Stuart berkata, bapanya suka sukan dan bermain gol serta suka menonton bola sepak dan ragbi.

“Tapi sekarang, dia sudah tidak boleh keluar lagi dan terpaksa tinggal di rumah orang tua 24 jam,” katanya.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan Lithuania itu, Hakim David Aubrey berkata, “Ini adalah kesalahan kejam menjijikkan. Anda memusnahkan hidup lelaki itu, walaupun anda tidak membunuhnya tetapi anda mungkin akan melakukannya.”- DM

Restoran meletup: 14 mati, 47 cedera




         
BEIJING: Empat belas terbunuh manakala 47 lagi cedera dalam letupan yang berlaku di sebuah restoran di utara China.

Media tempatan melaporkan, siasatan awal mendapati ia mungkin disebabkan kebocoran gas.
Agensi berita rasmi, Xinhua melaporkan, letupan itu berlaku di bandar Jinzhong, wilayah Shanxi di barat Beijing, kelmarin.

Letupan itu menyebabkan tingkap di bangunan berdekatan restoran dua tingkat yang menyediakan makanan panas, pecah berderai.

Pemilik sarkas bersalah dera gajah

LONDON: Pemilik sarkas Britain didapati bersalah atas tiga kesalahan menyebabkan kesakitan ke atas seekor gajah Asia yang diberi nama Anne.

Bobby Roberts dilepaskan dengan syarat untuk tiga tahun oleh mahkamah di Northampton kerana mendera gajah berusia 58 tahun dalam jagaannya itu.
Robert, 69, juga didapati bersalah kerana tidak menghalang pekerja Romania daripada memukul haiwan itu yang kakinya dirantai ke tanah. Haiwan itu juga dipukul dengan serampang peladang.

Dia juga gagal memastikan keperluan gajah itu dipenuhi dan tidak memberi ubat untuk penyakit artritis.


Roberts tidak dihalang daripada membela haiwan.


Hakim Daerah, David Chinnery berkata, Robert tidak menyebabkan kesakitan secara langsung dan menjaga haiwan sepanjang kariernya tanpa kritikan.

“Anda tidak mendera haiwan dengan tangan anda sendiri,” katanya.

“Perbuatan merantai haiwan itu adalah kesalahan serius tetapi kekejaman sebenar dilakukan oleh pekerja anda yang anda percaya untuk menjaga Anne tanpa pengetahuan anda dan akibatnya perniagaan anda terjejas dan anda kehilangan segalanya yang dibina sejak lima puluh tahun lalu,” katanya.

Orang paling dikehendaki FBI ditangkap




         
MEXICO CITY: Seorang daripada “10 orang paling dikehendaki” oleh FBI, ditahan di Mexico dan dihantar pulang ke Los Angeles untuk dibicara atas kesalahan membunuh, menculik dan memperkosa, kata pegawai Amerika Syarikat, semalam.

Timbalan Pengarah Pejabat FBI Los Angeles, Bill Lewis berkata, seorang anggota geng terkenal, Joe Luis Saenz ditahan di Guadalajara Khamis lalu dalam satu operasi bersama dengan kerajaan Mexico.
Saenz dihantar ke Los Angeles kelmarin dan pegawai Mexico berkata proses ekstradisi akan bermula dalam beberapa hari lagi.

Saenz menembak mati dua anggota kumpulan pesaing pada Julai 1998. - AFP

Tak sempat tatap zuriat

REMUK...  motosikal mangsa yang remuk selepas dirempuh  di persimpangan lampu isyarat jalan Sungai Mati, Langgar. Gambar kecil Mohamad Sahaimi.
REMUK... motosikal mangsa yang remuk selepas dirempuh di persimpangan lampu isyarat jalan Sungai Mati, Langgar. Gambar kecil Mohamad Sahaimi.
ALOR SETAR: Impian seorang lelaki mahu menatap wajah anak sulungnya yang dijangka lahir pada minggu depan tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Mati, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohamad Sahaimi Wan, 36, mati serta merta di tempat kejadian akibat terjatuh di atas jalan selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah lori membawa muatan bakul ayam yang datang dari arah pusat bandar, di sini.
Difahamkan, mangsa gagal memberhentikan motosikalnya di persimpangan berkenaan ketika lori terbabit sedang bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Saksi, Azmi Bakar, 45, berkata ketika itu dia sedang membersihkan kawasan sebuah restoran ikan bakar berhampiran dan terkejut apabila mendengar dentuman kuat lalu ternampak seorang penunggang motosikal melayang dan jatuh ke atas jalan.


Menurutnya, dia berada kira-kira 80 meter dari tempat kejadian, dan melihat mangsa jatuh tersembam dengan mulutnya terpancut darah begitu banyak.

Polis Marin Langkawi rampas 2,500 liter diesel



2012/11/25 - 15:44:37 PM
LANGKAWI: Polis Marin Langkawi merampas 2,500 liter minyak diesel, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dan menahan dua lelaki di Perairan Teluk Apau, Kuah dekat sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Langkawi Wilayah I, ASP Razi Hasan berkata, rampasan itu dibuat hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dalam keadaan mencurigakan, sedang menghala ke sempadan pada jam 1.20 pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan itu, pihak kami berjaya menemui minyak diesel yang berada dalam tangki berasingan dan menahan dua lelaki rakyat tempatan berumur 34 dan 58 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Cawangan Langkawi untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Pelajar kolej swasta maut, 3 cedera kemalangan di Bistari Jaya



NUR FARHANA ABDUL MANAN
25 November 2012
KUALA SELANGOR – Perjalanan pulang empat penuntut kolej swasta ke rumah sewa mereka di Bistari Jaya di sini berakhir tragedi apabila salah seorang mereka maut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, dua penumpang kereta jenis Perodua Kancil itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada manakala seorang lagi penumpang mengalami cedera ringan.

Difahamkan, keempat-empat penuntut kolej itu menaiki kereta yang dipandu Mohd Aiman Zaidi, 18 dari Pekan Bistari Jaya sebelum terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Timur Tambahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, pemandu kereta dipercayai cuba memotong lori di depan menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke arah kanan jalan.

Menurutnya, kereta dinaiki empat sahabat itu berpusing sebelum melanggar sebatang tiang elektrik yang berada di sebelah kanan jalan.

Akibat pelanggaran tersebut, Muhd Taib berkata, penumpang di bahagian belakang, Mohd Faiz Daniel Mohidzir, 18 mengalami hentakan yang kuat.

Kata Muhd Taib, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dan beralamat di Wangsa Maju itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik Bistari Jaya.

“Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian dada dan tangan kiri patah. Manakala dua lagi rakannya Esmir Saad, 19, serta pemandu yang cedera teruk di bahagian dada masih mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Seorang lagi rakan mereka, Ahmad Zakuan Abdullah, 19, hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Lelaki ditahan dalam tempoh 12 jam selepas menyamun




25 November 2012
KANGAR - Seorang lelaki yang memiliki 36 rekod jenayah ditahan polis dalam tempoh 12 jam selepas melakukan samun bersenjata dengan dua yang lain di Taman Utara, Jejawi dekat sini semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Ketil-Baling pada 3.40 petang semalam.
 
Katanya polis menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 54 tahun kira-kira pukul 4.40 pagi semalam bahawa beliau dan keluarganya telah disamun oleh tiga lelaki di rumahnya di Taman Utara.
 
Tiga lelaki yang bertutup muka dan bersarung tangan dengan dua daripadanya bersenjata pistol dan parang memasuki kediaman itu dan mengugut untuk melepaskan tembakan sekiranya mereka melawan, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
 
Mohd Nashir berkata ketiga-tiga penjenayah itu melarikan wang tunai kira-kira RM23,500, tiga unit telefon bimbit, barang kemas bernilai RM5,000, kad kredit dan beg galas mengandungi pasport milik pembantu rumah pengadu.

Katanya polis menemui sepucuk pistol automatik jenis Colt.22 bersama satu kelopak peluru dan tujuh butir peluru, wang tunai RM8,543, barang kemas, tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba  peralatan pecah rumah dan satu nombor pendaftaran kenderaan pada lelaki itu dan menurutnya polis sedang memburu dua lagi rakannya.
 
"Siasatan awal mendapati kereta Mitsubishi Triton yang digunakan lelaki itu dilaporkan hilang pada 2 November lalu dan nombor pendaftaran asalnya telah diganti dengan nombor pendaftaran palsu," katanya.
 
Lelaki berasal dari Padang Besar itu ditahan reman sehingga 1 Dis untuk siasatan, katanya. - Bernama

Polis ambil keterangan mangsa penjualan pingat palsu




25 November 2012
KOTA BAHARU - Polis akan mengambil keterangan daripada empat individu mangsa penjualan pingat dan darjah kebesaran negeri Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini hampir menyiapkan kertas siasatan dan akan mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kita akan mendapatkan maklumat daripada penerima yang bermastautin di Sarawak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu Jalaluddin menasihatkan agar orang ramai tidak tertipu dengan tawaran memperoleh pingat dan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja oleh pihak tertentu yang ingin menipu.

Ketua istiadat negeri, Datuk Abdul Halim Hamad dilaporkan berkata, sebelum ini bahawa pihak Istana Kelantan mengesan ada pihak tertentu cuba mencari sumber kewangan menipu orang ramai dan mendakwa boleh mendapatkan kurnia darjah kebesaran negeri Kelantan.

Pingat dan darjah kebesaran yang dijual itu dikatakan sehingga mencecah RM200,000.- Bernama

120 maut kilang pakaian Bangladesh terbakar




25 November 2012
120 maut kilang pakaian Bangladesh terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran di kilang pakaian lewat malam tadi. - Foto ihsan Reuters
DHAKA - Sekurang-kurangnya 120 pekerja, kebanyakan wanita, maut dalam kebakaran kilang pakaian di pinggir Dhaka lewat malam semalam.
Kebakaran memusnahkan kilang sembilan tingkat yang terletak di kawasan perindustrian Ashulia.
"Pagi ini kami mengeluarkan 120 mayat dan angka kematian kemungkinan akan naik," kata Ketua Pengrah Jabatan Bomba Bangladesh, Abu Nayeem Mohammad Shahidullah.
Bangladesh mempunyai sekitar 4,500 kilang pakaian, yang antara lain mengeluarkan pakaian bagi gedung membeli-belah Tesco, Wal-Mart, JC Penney, H&M, Marks & Spencer, Kohl's dan Carrefour.
Saksi berkata, pekerja-pekerja kilang itu, kebanyakannya wanita cuba untuk menyelamatkan diri tetapi tidak dapat keluar disebabkan laluan yang sempit.

Ambulans kandas dalam selut



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 November 2012
Ambulans kandas dalam selut
Pacuan empat roda JPAM digunakan bagi membantu mengangkat mangsa berikutan ambulans tersangkut akibat selut. Gambar kecil: Tegoh.
ALOR GAJAH - Gara-gara ambulans tersangkut di tengah jalan akibat selut, seorang pesakit warga emas meninggal dunia sebelum berjaya mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

Kejadian berlaku kira-kira 7 petang kelmarin apabila ambulans dari Hospital Alor Gajah itu terpaksa meredah jalan tanah merah dan berlopak bagi mengambil warga emas, Tegoh Ithnin, 63, di Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, di sini.

Tegoh mengalami sakit tua dan dilaporkan tenat, kirakira 12.30 tengah hari, sebelum mangsa tidak sedarkan diri beberapa jam kemudian.

Pemandu ambulans, Moktar Abd Talib berkata, dia ditugaskan bersama dua kakitangan mengambil mangsa untuk mendapat rawatan kecemasan di hospital.

"Kira-kira 6.30 petang, ambulans sudah melalui separuh jalan pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar. Bagaimanapun, kenderaan kami tersangkut apabila keempat- empat tayar tersekat pada selut yang penuh dengan lecah tanah merah,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, jarak rumah mangsa hanya kira-kira satu kilometer saja lagi.

Katanya, dia bersama dua rakan setugasnya itu kemudian dibantu penduduk Orang Asli cuba menolak ambulans naik semula namun gagal, sebelum menghubungi pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan dari kakitangan hospital kira-kira 7 petang memaklumkan masalah dihadapi ambulans berkenaan.

“Seramai lima anggota diketuai Koperal Jabbar Senin bergegas ke lokasi kejadian menggunakan pacuan empat roda jabatan.

“JPAM bersama kakitangan hospital dibantu penduduk Orang Asli berganding bahu menolak ambulans bagi membolehkan mereka sampai ke rumah mangsa dengan segera," katanya.

Hamdan berkata, mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan kenderaan pacuan empat roda JPAM bagi menempuh jalan tidak rata bertanah merah.

"Bagaimanapun, setiba di rumah mangsa, warga emas berkenaan sudah terbaring atas tikar dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian, malam kelmarin.

Hamdan berkata, paramedik hospital memberi rawatan awal sepanjang perjalanan ke hospital, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 malam di Hospital Alor Gajah.

Ambulans kandas dalam selut



WARTAWAN SINAR HARIAN
25 November 2012
Ambulans kandas dalam selut
Pacuan empat roda JPAM digunakan bagi membantu mengangkat mangsa berikutan ambulans tersangkut akibat selut. Gambar kecil: Tegoh.
ALOR GAJAH - Gara-gara ambulans tersangkut di tengah jalan akibat selut, seorang pesakit warga emas meninggal dunia sebelum berjaya mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

Kejadian berlaku kira-kira 7 petang kelmarin apabila ambulans dari Hospital Alor Gajah itu terpaksa meredah jalan tanah merah dan berlopak bagi mengambil warga emas, Tegoh Ithnin, 63, di Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, di sini.

Tegoh mengalami sakit tua dan dilaporkan tenat, kirakira 12.30 tengah hari, sebelum mangsa tidak sedarkan diri beberapa jam kemudian.

Pemandu ambulans, Moktar Abd Talib berkata, dia ditugaskan bersama dua kakitangan mengambil mangsa untuk mendapat rawatan kecemasan di hospital.

"Kira-kira 6.30 petang, ambulans sudah melalui separuh jalan pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar. Bagaimanapun, kenderaan kami tersangkut apabila keempat- empat tayar tersekat pada selut yang penuh dengan lecah tanah merah,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, jarak rumah mangsa hanya kira-kira satu kilometer saja lagi.

Katanya, dia bersama dua rakan setugasnya itu kemudian dibantu penduduk Orang Asli cuba menolak ambulans naik semula namun gagal, sebelum menghubungi pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan dari kakitangan hospital kira-kira 7 petang memaklumkan masalah dihadapi ambulans berkenaan.

“Seramai lima anggota diketuai Koperal Jabbar Senin bergegas ke lokasi kejadian menggunakan pacuan empat roda jabatan.

“JPAM bersama kakitangan hospital dibantu penduduk Orang Asli berganding bahu menolak ambulans bagi membolehkan mereka sampai ke rumah mangsa dengan segera," katanya.

Hamdan berkata, mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan kenderaan pacuan empat roda JPAM bagi menempuh jalan tidak rata bertanah merah.

"Bagaimanapun, setiba di rumah mangsa, warga emas berkenaan sudah terbaring atas tikar dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian, malam kelmarin.

Hamdan berkata, paramedik hospital memberi rawatan awal sepanjang perjalanan ke hospital, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 malam di Hospital Alor Gajah.

Macho, bekas juara tinju dunia ditembak di wajah mati




25 November 2012
Hector "Macho" Comacho
Hector "Macho" Comacho
SAN JUAN, Puerto Rico - Bekas juara tinju dunia tiga kali berturut-turut dalam kategori berbeza, Hector "Macho" Comacho meninggal dunia semalam selepas empat hari menderita akibat ditembak di bahagian wajahnya.

Comacho berusia 50 tahun.

Beliau diisytiharkan meninggal dunia selepas mesin bantuan nyawa yang digunakan dicabut pihak hospital apabila beliau menerima serangan jantung buat kali kedua.

Camacho koma akibat ditembak di bahagian wajah dan leher dan didiagnosis mengalami mati otak.

Bekas juara tinju itu ditembak Selasa lalu ketika berada dalam kereta bersama rakannya,  Adrian Mojica Moreno, 49, di luar kedai minuman keras di pinggir bandar San Juan Bayamon, tempat kelahiran peninju itu.

Dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada kereta yang dinaikinya dan membunuh pemandu, Mojica Moreno, dan memukul Camacho di rahang.

Menurut doktor, peluru yang mengenai Comacho telah mematahkan dua vertebra dan terbenam di bahunya, merosakkan arteri yang membawa darah ke otak.

Polis memberitahu, mereka mendapati sembilan beg kecil kokain dalam poket pemandu kereta dan satu terbuka dalam kereta.

Siasatan sedang dilakukan namun masih belum ada penangkapan setakat ini.

Camacho, seorang peninju kidal yang dibesarkan di kejiranan Sepanyol, Harlem New York, mempunyai rekod 79-6-3 dengan 38 'KO'.
Beliau menang dalam tiga kelas berat sepanjang kerjaya profesional termasyhur itu.

Kali pertama beliau memenangi kejohanan dunia pertama ialah pada 1985 dan terakhir 1991.

Perlawanan akhir beliau pada 2010.

Peninju berbakat ini dilihat mampu mengalahkan pesaing, bagaimanapun terpaksa 'bertarung' dengan dadah dan alkohol sepanjang kerjayanya.
Beliau pernah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 2007 kerana pecah masuk ke sebuah kedai komputer di Mississippi.

Ketika ditahan, beliau didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Pemborong perkakas dapur rugi RM2 juta premis dijilat api



HIDAYAH HAIROM
23 November 2012
Pemborong perkakas dapur rugi RM2 juta premis dijilat api
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan rumah kedai Jalan Yew, Kuala Lumpur. – Foto ihsan Bomba Wilayah Persekutuan KL
KUALA LUMPUR - Sebuah rumah kedai menjalankan perniagaan pemborong perkakasan rumah tiga tingkat di Jalan Yew off Jalan Pasar di sini, yang turut dijadikan stor barangan plastik musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran itu menyebabkan api sukar dikawal dan anggota bomba mengambil masa hampir lima jam untuk memadamkan api sepenuhnya.
Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 pagi.
Menurutnya, tujuh jentera bomba dengan kekuatan 50 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba empat minit kemudian.
"Ketika pasukan penyelamat tiba, api yang bermula di tingkat bawah sudah marak di tingkat atasnya dan maklumat awal mendapati rumah kedai ini menjalankan perniagaan perkakasan rumah iaitu periuk, dan pinggan mangkok plastik termasuk tikar getah.
"Barangan plastik yang ditempatkan di tingkat dua menyebabkan kebakaran besar dan bahagian tangga yang terhalang dengan barangan perniagaan menyebabkan kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan dari luar, termasuk memotong jeriji tingkap" katanya ditemui di lokasi kejadian.
Beliau menambah, turut berlaku letupan kecil disebabkan premis berkenaan juga menjual tong gas kecil yang digunakan untuk memasak stimbot.
Katanya, keretakan pada struktur bangunan yang dikesan dan sebagai langkah keselamatan, kerja-kerja memadam api hanya dapat dibuat dari luar dan api berjaya dikawal pada jam 9 pagi.
"Berdasarkan maklumat awal daripada orang awam terdapat gangguan elektrik malam semalam sebelum Tenaga Nasional Berhad (TNB) datang untuk jalankan kerja-kerja pemeriksaan.
"Bagaimanapun kita akan menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan kejadian atau sebaliknya," katanya.
Sementara itu, pemilik perniagaan itu, Tan Fatt Jue, 72, berkata, dia menerima panggilan telefon dari rakannya kira-kira jam 4.30 pagi mengatakan kedainya terbakar.
Katanya, yang menyewa rumah kedai itu sejak hampir 30 tahun lalu, tiga tingkat atas bangunan rumah kedai itu dijadikan stor barangan perniagaannya.
"Semua tingkat ada barang dan saya kerugian kira-kira RM2 juta," katanya.

Jangan beli penutup longkang, menteri ingatkan kedai besi lusuh




24 November 2012
Chor Chee Heung
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
ALOR SETAR - Pihak berkuasa disarankan supaya lebih kerap memantau kedai besi buruk dan barangan lusuh bagi memastikan mereka tidak membeli besi penutup longkang yang dicuri, sekali gus dapat mengatasi masalah kecurian.
  
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata walaupun kejadian itu agak terpencil, namun setiap tahun kerajaan mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit akibat masalah kecurian besi penutup longkang.
  
"Dari segi penguatkuasaan, polis ada buat rondaan ke kedai-kedai besi lusuh sebab mesti ada tempat yang beli besi-besi ini (daripada pencuri). Tak semua kedai ada, sebab ramai yang tak mahu terlibat dengan kegiatan ini (curi besi).
  
"Saya minta agar polis lebih kerap buat operasi mengejut di kedai besi lusuh sebab pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak ada senjata api, tak sesuai, jadi lebih baik serah kepada polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.
  
Beliau berkata sekiranya peniaga besi buruk didapati terlibat dalam urusan jual beli barang curi, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  
Menurut Chor, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil PBT dalam masa terdekat bagi mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
  
Kehilangan besi penutup longkang bukan sahaja merugikan kerajaan, malah boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan serius berikutan keselamatan yang diabaikan.
  
Pada majlis itu, seramai 400 pelajar daripada 10 buah sekolah menengah menerima komputer riba 1Malaysia. Sebelum ini, lebih 600 pelajar dalam parlimen berkenaan telah menerima sumbangan sama.
  
Beliau turut mengingatkan pelajar yang menerima sumbangan itu supaya memanfaatkannya untuk tujuan pembelajaran dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan kerajaan pusat itu.  - Bernama

Tercampak dirempuh lori



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 November 2012
Tercampak dirempuh lori
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian bagi melihat mangsa.
Tercampak dirempuh lori
Motosikal mangsa terperosok di bawah lori.
MERU - Orang ramai yang sedang menunggu pertukaran lampu isyarat dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum ternampak tubuh seorang lelaki tercampak ke jalan raya manakala motosikalnya pula terperosok ke bawah tayar lori dalam keadaan ngeri di persimpangan empat lampu isyarat, pekan Meru lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 5.10 petang itu, kawasan berkenaan bertukar sesak apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka bagi melihat kejadian menimpa seorang lelaki yang terbaring dengan darah memenuhi tubuhnya.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ayub berusia 45 tahun, cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai
berada di persimpangan itu untuk menuju ke Puncak Alam manakala lori dipandu lelaki berusia 36 tahun pula dari arah Kampung Budiman.

Menurutnya, berdasarkan siasatan pemandu lori itu dipercayai memecut laju kenderaannya walaupun mendapati lampu di laluannya berwarna kuning dan bakal bertukar ke merah.

"Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa sudah bergerak pada laluan sama sebaik lampu di laluan itu berwarna hijau menyebabkan lori itu gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya sementara motosikalnya pula terperosok bawah tayar lori itu,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Abang maut, adik cedera dalam nahas di Plus




23 November 2012
REMBAU - Seorang abang terbunuh manakala adiknya cedera apabila kereta Proton Waja mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Volvo dan lori membawa roti di Km43.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah ke selatan) dekat sini tengah hari tadi.

Jurucakap polis berkata, Zalfazeri Zahari, 28, dari Kampung Bonggul, Bandar Permaisuri, Terengganu meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sementara adiknya yang memandu kereta itu cedera parah dan dihantar ke hospital yang sama.

Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.   

Jurucakap itu berkata, pemandu dan penumpang kereta Volvo itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.

Pemandu lori itu Mohd Ruzaidi Wahid, 37, berkata dia dalam perjalanan dari Selangor menuju Singapura apabila kemalangan itu berlaku.

"Saya sedang memandu di lorong tengah dan ketika itu sebuah kereta Volvo di hadapan saya tiba-tiba melintang jalan, tapi saya dapat elak. Namun kereta Proton Waja dibelakang saya merempuh belakang lori saya sehingga terperosok di bawah lori," katanya.- Bernama

Pekerja syarikat perunding Plus maut ketika sukat jalan



AMRULLAH ABDUL KARIM
24 November 2012
Maut ketika sukat jalan
Anggota polis membalut mayat mangsa sebelum dibawa ke HKKB.
Maut ketika sukat jalan
Ilustrasi kemalangan berlaku.
HULU BERNAM - Seorang pekerja sebuah syarikat perunding Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) maut akibat dilanggar ketika sedang melakukan kerja menyukat jalan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang kelmarin di Kilometer 393.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah Kuala Lumpur dekat hentian Rehat dan Rawat Hulu Bernam.

“Ketika kejadian, kenderaan dipandu Muhammad Rafia’i Ismail, 51, (rakan sekerja mangsa) mengekori mangsa yang sedang membuat kerja sukat jalan di lorong kecemasan.

“Tiba-tiba sebuah jip dipandu Chan Kam, 62, bersama cucunya, Chan Chiau Yi, 12, bergesel dengan kereta dinaiki Muhammad Rafia’i sebelum melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada susunan kon diletakkan ketika kerja-kerja menyukat dijalankan.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka adalah kakitangan sebuah syarikat perunding Plus yang difahamkan berpusat di Ampang.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Ketika kejadian kami tidak bersama mangsa, namun bergegas ke sini setelah menerima berita sedih ini,” katanya.

Ibu bapa kanak-kanak 6 tahun dirayu pulang




23 November 2012
IPOH - Ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Chen Yee Ling, yang ditinggalkan bersama neneknya di sini, diminta pulang bagi menguruskan pelbagai perkara termasuk urusan persekolahan anak mereka.

Pengerusi Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak Datuk Lee Kon Yin memberitahu pemberita di sini hari ini, Yee Ling ditinggalkan oleh bapanya sejak empat tahun lepas manakala ibunya meninggalkannya sejak Mei lepas.

Beliau berkata, ibu Chen, Kong Pooi San dan bapanya, Chen Chin Tawh dipercayai bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya nenek Chen, Wong Lai Chun, 50, yang tidak berkerja dan datuknya Kong Ah Soong, 53, yang bekerja sebagai pemandu lori, berharap agar ibu bapa kanak-kanak itu segera pulang menemui anak mereka.- Bernama

KP: Kes salah laku anggota polis Pulau Pinang terpencil




23 November 2012
PULAU AMAN - Polis Pulau Pinang menyifatkan kes jenayah dan salah laku di kalangan anggotanya sebagai terpencil.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, oleh itu orang ramai tidak boleh 'menghukum' keseluruhan anggota di negeri ini yang berjumlah hampir 6,000 orang.

Beliau dimintas mengulas kes tiga anggota polis di negeri ini yang didakwa merogol seorang warga Indonesia baru-baru ini serta kes terbaharu semalam seorang anggota didakwa mencabul seorang kanak-kanak.

"Jangan salahkan polis secara keseluruhan, kerana kita sudah  memberi latihan mencukupi kepada semua anggota. Apa yang mereka lakukan adalah kehendak diri mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada pogram Community Policing bersama penduduk pulau ini hari ini.

Abdul Rahim berkata, beliau telah mengambil beberapa pendekatan baharu antaranya  mengadakan perjumpaan bersiri dengan pegawai kanan dan anggota bagi membendung salah laku.

"Dalam setiap perjumpaan itu, saya memberi penekanan supaya setiap anggota menjadi insan yang mempunyai sifat ihsan kerana setiap pelakuan manusia dilihat Allah," katanya.

Mengenai indeks jenayah, beliau berkata dari Januari hingga semalam, ia menurun sebanyak 18 peratus hasil kerjasama dari anggota masyarakat.

"Penurunan ini sangat membanggakan, manakala di kawasan hot spot yang kerap berlaku jenayah dan ditempatkan anggota polis, ia juga menurun sebanyak 70 peratus," katanya.- Bernama

Polis tahan 17 lelaki kes kematian buruh warga Myanmar




23 November 2012
GEORGE TOWN - Polis telah menahan 17 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga Myanmar maut dalam satu pergaduhan di Kampung Ujung Batu, Butterworth pada Ahad lepas.
  
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kesemua lelaki berusia 20-an itu ditahan secara berperingkat di sekitar Pulau Pinang sejak hari kejadian pergaduhan itu.
  
"Mereka kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis percaya dengan penangkapan 17 lelaki itu telah berjaya menyelesaikan kes pergaduhan sehingga menyebabkan warga Myanmar terbabit maut.
  
"Laporan lengkap berhubung kejadian itu akan dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, " katanya kepada pemberita selepas Program Community Policing bersama penduduk Pulau Aman, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
  
Dalam pergaduhan itu, Mohd Yusuf Zamil Ali, 49, seorang buruh, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia pada Isnin ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Dua anaknya Mohd Lukman, 23, dan Sulaiman, 26, yang turut cedera dalam pergaduhan itu masih dirawat di HSJ.
  
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian seorang lelaki maut akibat diserang sekumpulan lelaki di Lorong Tembikai 1, Bukit Mertajam dekat sini, semalam.
  
"Semua maklumat tentang suspek yang terlibat dalam kejadian itu telah kita perolehi dan saya percaya mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.
  
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, N. Mugesh Edmon, 36, maut akibat ditetak manakala tangan kirinya yang putus dilarikan kumpulan lelaki yang menyerangnya.
  
Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya, K.Jesigan, 33, berada di dalam kabin syarikat manakala tiga lagi pekerja sedang membaiki treler tidak jauh dari kabin.  - Bernama