Mohd Adnan meneliti telefon pintar curi yang ditemui semula.
SHAH ALAM – Seorang polis bantuan di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bangi ditahan dipercayai terlibat dalam tujuh kejadian curi telefon pintar di negeri ini dan Negeri Sembilan sejak awal Oktober lalu.
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Lengkong, Karak, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek ditahan selepas kejadian curi di sebuah premis di Taman Putra Dengkel. 3 November lalu.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek melarikan tiga telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note II dan Galaxy S III.
“Suspek berlakon sebagai pelanggan. Dia akan meminta pekerja premis mengeluarkan telefon untuk diteliti. Selepas itu, suspek melarikan diri bersama barang curi dengan menaiki sebuah kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menemui empat telefon pintar jenama Samsung, dianggarkan bernilai hampir RM6,000.
“Kita percaya sebahagian daripada telefon itu sudah dijual,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'