Search This Blog

Thursday, November 15, 2012

Pam bayi dalam tandas


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
RAKAM...wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.

Angkara mercun


PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
ALOR GAJAH: Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali berakhir tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka ditetak jiran dalam kejadian serangan di sebuah taman perumahan di pekan ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, C Rajendran, 48, dan anak lelakinya, V Yoganadan, 20-an, serta ahli keluarga lain berkumpul di rumah berkenaan.
Mereka didatangi lebih 10 lelaki yang meluru masuk dalam rumah berkenaan lalu menyerang membabi buta sebelum menetak kedua-dua mangsa dengan senjata tumpul dan tajam sebelum melarikan diri.

Sumber berkata, kumpulan itu turut memusnahkan beberapa peralatan dalam rumah mangsa dan menggunakan serpihan pasu bunga menyerang ahli keluarga berkenaan menyebabkan tiga mangsa termasuk seorang wanita cedera di kepala dan badan.

“Kumpulan itu menyerang keluarga berkenaan berikutan tidak berpuas hati melihat ramai saudara-mara mangsa datang dari jauh dan berkumpul bagi meraikan Deepavali.

Dua korban treler 'terbang'


pix_middle
pix_topright 
BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.
Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.

Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.
“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.
Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.
Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam.

Pekerja Filipina perlu cari RM3.3 juta wang darah


MANILA: Seorang pekerja Filipina yang dijatuhkan hukuman mati di Arab Saudi kerana membunuh berjaya mendapat penangguhan hukuman selama empat bulan untuk mengumpul SAR 4 juta (RM3.26 juta) dan mengelak daripada dihukum pancung, semalam.
Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan penangguhan itu selepas Presiden Benigno Aquino dan Naib Presiden Jejomar Binay memohon hukuman yang sepatutnya dijalankan semalam ke atas pekerja binaan, Joselito Zapanta, ditangguh.

Jurucakap Jabatan Luar, Raul Hernandez berkata, kerajaan Filipina membantu keluarga mendapatkan “wang darah” yang perlu dibayar kepada keluarga mangsa berbangsa Sudan supaya hukuman itu dapatdibatalkan.
Keluarga Joselito ada empat bulan untuk cari jumlah wang diperlukan,” katanya. - AFP

Lelaki telan 133 kapsul heroin ditahan


DUBAI: Pegawai kastam di Lapangan Terbang Dubai menahan lelaki Asia yang cuba menyeludup 1.58 kilogram heroin bernilai AS$41.2 juta (RM3.7 juta) dalam perutnya, lapor media tempatan, semalam.
Akhbar Khaleej Times melaporkan, dadah dalam 133 kapsul yang berada dalam perut penumpang Asia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Laporan itu menyatakan lelaki yang menjalani ujian imbasan tubuh dan disoal siasat berkata, dia bercadang menghantar dadah itu kepada seseorang yang tinggal di Dubai dan menerima pembayaran wang tunai. Akhbar itu tidak mendedahkan identiti suspek atau kewarganegaraannya. Menurut akhbar itu lagi, kastam Dubai pada Mei dan Oktober lalu, berjaya menghalang cubaan menyeludup 6.6 kilogram heroin melalui sempadan Emiriah Arab Bersatu bernilai AS$2.7 juta (RM8.27 juta).- AFP

Nahas helikopter: 10 maut


TEHERAN: Sepuluh orang maut apabila sebuah helikopter penyelamat yang membawa mangsa nahas jalan raya ke hospital terlanggar talian elektrik dan terhempas di timur laut Iran, semalam.
Mangsa yang terbunuh termasuk empat kru helikopter, lima mangsa yang cedera dalam kemalangan sebuah bas mini dan anggota medik dari perkhidmatan kecemasan.

Pegawai Perkhidmatan Kecemasan tempatan, Reza Vafaeenejad memberi tahu agensi berita ISNA, “Lapan terbunuh serta-merta dan dua lagi yang cedera meninggal dunia di hospital.” Laporan itu memetik seorang pegawai Perkhidmatan Kecemasan sebagai berkata, helikopter itu sedang membawa mangsa kemalangan ke hospital apabila terlanggar talian elektrik bervoltan tinggi dalam kabus tebal.
“Helikopter itu kepunyaan tentera udara dan disewa kepada Perkhidmatan Kecemasan,” katanya. - AFP

7 jam tarik kereta terhumban sungai

Pendang: Sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Padang Kerbau di Titi Haji Idris, dekat sini, petang kelmarin, ditemui pagi semalam dengan mayat seorang lelaki di dalamnya.

Kereta PROTON Saga Aeroback itu ditemui sepasukan anggota Unit Selam Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pulau Pinang kira-kira jam 2 pagi pada jarak 30 meter dari lokasi ia dilapor terjunam. Kereta itu hanya berjaya ditarik keluar kira-kira tujuh jam kemudian.
Lelaki di dalam kenderaan berkenaan dikenal pasti Mohamad Shawal Razali, 24, dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah, ketika ditemui mengesahkan penemuan kereta dengan seorang mangsa, sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini yang mendakwa kenderaan itu membawa antara dua hingga empat orang.

Beliau berkata, walaupun operasi mencari dihentikan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, usaha itu tetap diteruskan tujuh anggota Unit Selam PGM Pulau Pinang sebelum kereta terbabit dikesan pada kedalaman hampir sembilan meter.

Sebaik ditarik ke tebing kira-kira jam 9 pagi, pasukan penyelamat terus mengeluarkan mayat seorang lelaki yang berada di dalamnya. Tiga lagi yang didakwa penduduk setempat berada di dalam kenderaan itu tidak ditemui, katanya.

Kelmarin, penduduk mendakwa sekurang-kurangnya dua hingga empat individu dikhuatiri berada dalam kereta terbabit yang terjunam ke sungai itu, kira-kira jam 1.30 petang.

Pengasuh bersalah bunuh 2 beradik

NEW YORK – Seorang pengasuh didakwaatas tuduhan membunuh dua kanak-kanak dengan menikam mangsa di pangsapuri mewah ibu bapa mereka di Manhattan, bulan lalu.

Ketua juri mendakwa OrtegaYoselyn, 50, dua tuduhan pembunuhan darjah pertama dan kedua kerana membunuh dengan kejam pasanag adik-beradik Lucia Krim, 6, dan adiknya, Leo yang baru menyambut ulang tahun keduanya.

Menurut polis, ibu kepada kanak-kanak malang itu, Marina Krim menjumpai mayat anak-anaknya berada dalam tab mandi sebaik pulang ke rumah di Upper West Side selepas menghantar anak ketignya ke kelas renang pada 25 Oktober lalu.

Ketika itu, Ortegakemudiannya mula menikam dirinya di hadapan Krim.

Ketika ini, Ortega masih belum lagidibawa hadir ke mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

Bagaimanapun, dia secara rasminya telah ditahan 10 hari lalu selepas polis menemu bual wanita itu untuk pertama kali di hospital.

Polis menambah, Ortega telah diambil bekerja oleh keluarga Krim sejak dua tahun lalu.

Dia tinggal bersama anak dan kakaknya berhampiran apartmen Krim berhampiran Central Park dan telah mendapat  kerakyatan Amerika Syarikat (AS) satu dekad lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.
   
Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
   
Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.
   
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
   
Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.
   
Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.
   
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
   
Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.
   
Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.
   
Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.
   
Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. - Bernama

Pemandu, kelindan treler maut di Lebuh Raya Karak-Bentong


kemalangan maut
Kemalangan maut melibatkan sebuah lori yang terbabas kelaluan bertentangan ketika menuruni bukit lalu merempuh perodua Myvi yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur malam tadi.
kemalangan maut
Pemandu dan kelindan lori maut manakala pemandu serta penumpang Myvi cedera parah. Kejadian berlaku berhampiran Pekan Bukit Tinggi kira-kira 5 Km dari Hentian Genting Sempah. -
BENTONG - Seorang pemandu dan kelindan sebuah treler yang membawa muatan besi buruk, maut selepas kenderaan berat itu merempuh pembahagi jalan di KM42 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong di sini, malam tadi.

Treler itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar sebuah kereta Myvi, yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Unit Peronda Lebuh Raya Karak, dalam kejadian 9.25 malam itu, Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenali identitinya, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu dan kelindan treler berkenaan terpelanting keluar daripada kenderaan itu. Tangan kelindan itu putus dan mukanya pula hancur," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta Myvi itu, cedera parah dan dihantar orang ramai ke hospital berdekatan.

Kemalangan itu menyebabkan lalu lintas bergerak perlahan sejauh kira-kira lima kilometer di bahagian lebuhraya itu. - Bernama

Abang, kakak ipar Ahli Parlimen maut


Abang MP Jempol, isteri maut kemalangan
Keadaan kenderaan yang merempuh lori simen pagi tadi.
Mangsa kemalangan: Udin Yasin(kiri) dan isterinya Sanah Ismail.
Mangsa kemalangan: Udin Yasin(kiri) dan isterinya Sanah Ismail.
Mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, Bahau.
Mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, Bahau.
JEMPOL - Abang dan kakak ipar Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta dan sebuah lori simen di lampu isyarat Kilometer 2, Jalan Bahau-Kemayan, jam 8 pagi semalam.

Mangsa, Udin Yasin, 74, yang memandu kereta Proton Waja meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala manakala isterinya, Sanah Ismail, 72, meninggal dunia di Hospital Jempol, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, dalam kejadian itu, mangsa datang dari arah yang sama dengan lori simen berkenaan iaitu dari Mahsan menghala ke Bahau.

Bagaimanapun katanya, Udin dipercayai gagal memperlahankan kenderaan ketika tiba di persimpangan berlampu isyarat lalu merempuh lori simen tersebut yang berhenti di hadapan.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa terangkat di bahagian depan dan kemudian menghempap sebuah kereta Perodua Kancil yang berada di laluan kanan jalan.

“Susulan itu, pemandu maut di tempat kejadian, manakala isterinya yang cedera parah pada anggota badan meninggal dunia di Hospital Jempol," katanya.

Menurut Hamzah, mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pemandu lori, pemandu Perodua Kancil dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Aidiladha pertemuan terakhir
Sementara itu, adik kepada Udin yang juga merupakan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah abangnya pada Aidiladha lalu.
“Abang saya selalu ke pekan Bahau untuk membeli barang, namun tidak sangka pula pertemuan pada Aidiladha lalu adalah yang terakhir.

“Segala urusan pengebumian arwah abang dan kakak ipar akan saya uruskan. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Ayer Hitam,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Hospital Jempol, semalam.
Lilah berkata, pemergian abangnya amat dirasai kerana arwah sering memberi nasihat kepadanya dan ahli keluarga lain.
Jiran mangsa, Musnah Ramli, 59, pula berkata, dia memang rapat dengan arwah dan keluarga, malah hubungan mereka bagaikan bersaudara.

“Saya memang terkejut menerima berita yang tidak disangka-sangka ini selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang datang ke rumah," katanya.

Mangsa yang merupakan peserta Felcra dan menetap di Ayer Hitam lebih 30 tahun meninggalkan lima cahaya mata iaitu empat perempuan dan seorang lelaki.

Pesara Perkeso maut terlanggar tayar lori


tayar lori - maut
Seorang penunggang motorsikal maut selepas motorsikal yang ditungganginya terjunam ke dalam longkang selepas bergesel dengan tayar belakang sebuah treler di Kampung Benus
KUANTAN -  Seorang pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditemui mati dalam longkang selepas motosikal ditunggangi terbabas ketika cuba memotong sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit, di Kilometer 5, Jalan Bentong-Karak, Benus, dekat sini, semalam.
  
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang, mangsa R Ganesan, 53, dari  Taman Perumahan Simpang Kalang, dekat Raub, mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
  
Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pahang ASP Zainal Abidin Othman, berkata ketika kejadian, mangsa yang cuba memotong lori berkenaan terlanggar tayar belakang kenderaan berat itu mengakibatkan
mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam longkang di kiri jalan.
  
"Namun, mangsa yang terhumban ke longkang dikatakan lemas kerana longkang berkenaan terdapat air selain mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Katanya, pemandu treler itu, Hashim Osman, 30, mendakwa dia menyedari tindakan mangsa yang cuba memotongnya.
  
"Polis juga sudah mengambil keterangan daripada pemandu treler terbabit dan ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya, malam tadi. - Bernama

Jurujual wanita ditahan kerana sembunyikan kelahiran

KLANG - Polis menahan seorang wanita yang disyaki menyembunyikan kelahiran dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Meru, di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari kakak suspek yang tinggal serumah dengan wanita berusia 24 tahun tersebut, selepas curiga dengan tingkah laku adiknya.
   
"Kakaknya yang berusia 27 tahun kemudian masuk ke bilik adiknya dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas tilam tengah hari tadi. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi di sini.
   
Siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan lahir mati, katanya.
   
Menurutnya wanita yang bekerja sebagai jurujual itu dipercayai melahirkan bayi tersebut pukul 4 petang semalam.

"Polis turut menemui tali pusat bayi itu di dalam sebuah beg plastik dan kita percaya suspek bertindak memotong sendiri tali pusat itu selepas melahirkannya," katanya.  
   
Menurut Mohd Shukor, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa bayi itu adalah warga Bangladesh yang telah pulang ke negara asalnya pada Mac lepas.
   
"Wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan. Dia akan didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi," katanya.
   
Menurutnya jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama

Warga Bangladesh cedera parah ditetak


 Warga Bangladesh cedera parah ditetak
Mangsa mendalami pendarahan teruk terbaring di lantai kedai makan di jalan Meru
KLANG - “Tolong bantu saya, saya sakit,” rayu seorang lelaki warga Bangladesh yang berlumuran darah ketika mendekati orang awam yang sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan Meru, di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 30-an kemudiannya jatuh terbaring di lantai dengan darah membasahi hampir keseluruhan baju dipakainya dengan disaksikan beberapa pelanggan yang berada di situ.

Seorang pelanggan kedai tersebut yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Katanya,  dia dan pelanggan lain sedang leka minum di kedai yang beroperasi 24 jam terbabit.

“Secara tiba-tiba muncul lelaki itu sambil memegang lengan kanannya dan meminta tolong.

“Dia memaklumkan ada orang cuba mengejarnya dan dalam keadaan muka pucat dan baju dipenuhi darah, dia kemudiannya tumbang ke lantai serta kelihatan seperti nazak,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang berada berhampiran cuba menyelamatkan mangsa serta  pada masa sama terus menghubungi ambulans.

“Tidak lama kemudian ambulans dan polis tiba depan kedai serta membawa mangsa ke hospital untuk dirawat.

“Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam pada lengan kanan berdekatan kediaman yang disewanya bersama rakan.

“Dia kemudiannya berlari menghala ke kedai ini sejauh beberapa meter untuk menyelamatkan diri sebelum dibantu orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut saksi itu lagi,  mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)  Klang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dakwanya, sehingga kini belum diketahui sama ada mangsa sudah membuat laporan polis atau sebaliknya.

Banduan mengamuk, tahan tebusan di penjara Peru


LIMA: Banduan mengamuk menahan sekurang-kurangnya 14 pekerja penjara dan kemudian membebaskan mereka ketika mendesak supaya penjara berkenaan ditutup dan membenarkan ahli keluarga melawat, kata pihak berkuasa.

Banduan itu melancarkan rusuhan di penjara Challapalca, selatan Peru pagi semalam.
Pihak berkuasa berjaya meleraikan rusuhan selepas tiga pendakwa raya bergegas ke penjara berkenaan.

"Kami ingin memaklumkan bahawa masalah ini sudah selesai. Tebusan sudah dibebaskan dan keadaan sudah tenang dan terkawal," kata Peguam Negara, Jose Pelaez Bardales. - AFP

9 maut helikopter tentera Maghribi terhempas


RABAT: Sembilan orang maut dan dua cedera parah apabila helikopter tentera terhempas di kawasan Guelmim barat daya Maghribi lewat semalam, kata sumber perubatan.

Punca nahas belum dapat dipastikan setakat ini.
Lapan daripada 11 penumpang pesawat itu mati di tempat kejadian.

Tiga orang pula dibawa ke hospital. Bagaimanapun salah seorang mati akibat kecederaan parah.

Tahun lalu, pesawat tentera dari Agadir ke Sahara Barat terhempas di Guelmim menyebabkan 80 orang terbunuh. - AFP

Suami tinggalkan keluarga ikut cinta wanita Indonesia




ROSNAH menunjukkan gambar dan laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Gara-gara termakan pujuk rayu wanita Indonesia, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang berusia antara lapan hingga 11 tahun sejak hampir dua tahun lalu.
Isteri malang tersebut, Rosnah Mohamad Nor, 42, memberitahu, suaminya sebelum ini merupakan seorang yang bertanggungjawab namun berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada tahun 2006.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halamannya atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai 'Ani'.
"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor tetapi saya membuat keputusan membawa anak-anak pulang ke kampung saya di Kampung Jejuluk, Pasir Mas manakala suami menetap di Klang kerana bekerja sebagai jurukimpal paip gas di Pelabuhan Klang.
"Selepas menjalin hubungan dengan wanita berkenaan pada awal tahun 2006, suami saya tidak menghiraukan tanggungjawabnya kepada keluarga dan tidak menghubungi kami. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

5 penjenayah Geng Latin tumpas




ZAHEDI (kanan) bertanyakan sesuatu mengenai barangan yang dirampas daripada kumpulan Geng Latin pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Kegiatan jahat lima lelaki Colombia bergelar Geng Latin yang terlibat dalam aktiviti pecah rumah mewah di daerah ini sejak beberapa minggu lalu tumpas selepas kesemuanya diberkas di Puchong pada Isnin lalu.
Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam di sebuah rumah sewa di Taman Kinrara itu, polis menahan kelima-lima suspek yang berusia 22 hingga 51 tahun bersama seorang wanita Thailand berusia 22 tahun.
Wanita itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki.
Modus operandi jenayah Geng Latin ialah menyewa kenderaan mewah seperti Toyota Estima dan BMW untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mewah seperti di sekitar Bukit Jelutong, Seksyen 7, 8, 11, 12 dan 13 di sini.
Suspek-suspek kemudian akan menekan loceng rumah yang menjadi sasaran mereka berulang kali bagi mengetahui sama ada rumah tersebut mempunyai penghuni atau tidak sebelum diceroboh.
Geng Latin akan memilih antara waktu petang hingga tengah malam dan ketika hujan lebat untuk melakukan jenayah mereka.

Warga Amerika Latin disyaki pecah mesin ATM



DUA lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour, Wangsa Maju pada Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti tiga lelaki Amerika Latin disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan samun dan pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati tiga lelaki warga asing yang berusia 20 hingga 40 tahun itu terlibat lebih daripada enam kes pecah mesin ATM.
Suspek-suspek sama juga dipercayai melakukan jenayah yang sama di Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, selain melakukan jenayah pecah mesin ATM, suspek-suspek terbabit juga disyaki melakukan jenayah menyamun orang awam yang baru keluar dari bank-bank.
"Anggota kumpulan ini akan mengekori mangsa yang mengeluarkan wang di bank atau mesin ATM sebelum menyamun mereka," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Chin Wah berkata, kumpulan suspek tersebut juga disyaki terlibat dengan kes-kes pecah rumah di kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan Taman Midah, Cheras.
Dalam pada itu, kata beliau, polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun dan pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour Wangsa Maju pada 1 Julai lalu yang mengakibatkan kerugian RM1.17 juta.

Salah guna duit umrah RM291,250




JAMLEE dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas menghadapi 34 tuduhan pecah amanah bayaran pakej umrah.


MELAKA – Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 34 tuduhan pecah amanah melibatkan bayaran pakej umrah bernilai RM291,250.
Jamlee Mohd. Zid, 41, dari Lorong 21, Bukit Piatu di sini didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di J & J Travel & Tours Sdn. Bhd., No 16-D, Jalan Permata 14, Taman Harta Permata, Bukit Baru di sini antara 23 Ogos tahun lalu hingga 5 Februari lepas.
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang bayaran pakej umrah membabitkan 34 pelanggannya untuk tujuan peribadi.
Kesemua 34 pertuduhan tersebut melibatkan pembayaran yang setiap satunya berjumlah antara RM4,370 hingga RM45,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

KP Kesihatan mengaku khalwat




HASAN dan pasangannya yang ditangkap berkhalwat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.
Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.
Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.

Pekerja-pekerja di selatan Eropah lancar mogok




SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun pada tunjuk perasaan bagi membantah dasar penjimatan pemerintah di Rom, Itali semalam.



MADRID - Pekerja-pekerja di seluruh selatan Eropah melancarkan mogok bagi membantah terhadap pengumuman dasar langkah penjimatan dan kenaikan cukai yang diumumkan di empat buah negara semalam.
Mogok itu menyebabkan operasi kilang-kilang dan lebih 700 penerbangan dibatalkan.
Beberapa pemimpin dunia dan pakar ekonomi berkata, langkah itu dianggap perlu bagi membetulkan dasar kewangan awam selepas bertahun-tahun pemerintah terlebih belanja.
Bagaimanapun, pihak kesatuan sekerja melancarkan mogok umum di Sepanyol, Portugal, Greece dan Itali bagi membantah langkah penjimatan perbelanjaan yang dilaksanakan pemerintah.
Menurut Gabungan Kesatuan Sekerja Perdagangan Eropah, mogok melibatkan empat buah negara itu dilakukan secara serentak buat kali pertama.
"Di sesetengah negara kemarahan rakyatnya sudah sampai ke peringkat kemuncak," kata setiausaha agung gabungan kesatuan, Bernadette Segol.
"Kami memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan ekonomi kembali ke landasan yang betul, bukan dengan mengadakan langkah-langkah penjimatan.


BEBERAPA pekerja melancarkan mogok di sebuah landasan kereta api di Brussels.



"Para pemimpin Eropah melakukan kesilapan besar jika tidak mendengar suara rakyat yang membuat bantahan di jalan-jalan raya," tambahnya.
Mogok itu telah menjejaskan operasi beberapa buah kilang termasuk kilang kereta Volkswagen di utara Navarra dan Ford di timur Valencia, lapor media Sepanyol.
Di Portugal, mogok telah menjejaskan perkhidmatan komuter, feri, kereta api, kutipan sampah dan kesihatan apabila 90 peratus kakitangan hospital turut menyertai bantahan yang diadakan itu.
Lebih 40 buah bandar sekitar Portugal menjadi pusat bantahan terhadap dasar langkah penjimatan yang diumumkan pemerintah.
Mogok turut menyebabkan industri penerbangan terjejas teruk apabila syarikat penerbangan Iberia, Iberia Express, Air Nostrum, Vueling, Air Europa dan easyJet membatalkan lebih 600 penerbangan termasuk 250 penerbangan antarabangsa. - Agensi

Kekeliruan identiti selesai


GEORGETOWN: Kekeliruan identiti membabitkan mangsa nahas di Kilometer (KM) 1.6, Jambatan Pulau Pinang, pada 28 Oktober lalu dengan seorang lelaki di Selayang, Selangor selesai apabila disahkan pemandu kereta terbabit warga Indonesia.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes berkenaan dianggap selesai berikutan semua mangsa iaitu dua lelaki dan dua wanita itu meninggal dunia selepas mangsa yang parah sebelum ini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan mendapati pemandu kereta Proton Perdana ketika kemalangan dipercayai menggunakan kad pengenalan milik seorang warga tempatan.
“Hasil siasatan yang dilakukan mendapati pemilik asal kad pengenalan itu dari Kampung Selayang Baru membuat laporan kehilangan kad pengenalan miliknya pada 28 September tahun lalu,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Sadisafizan Said, 36, terkejut apabila dia disahkan maut dalam satu kejadian kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

Dibaling batu di Timor Leste


SEPANG: Pengalaman dibaling batu ketika bertugas sewaktu pilihan raya di Timor Leste pada Julai lalu antara peristiwa tidak dapat dilupakan bagi seorang anggota polis yang selamat pulang daripada Misi Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu Timor Leste (Unmit).
Ketua Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Timor Leste, Superintendan Mohamad Salleh Khalid, 55, berkata, beliau bernasib baik kerana batu yang dibaling hanya kena pada kenderaan dinaiki serta mengakibatkan sedikit kerosakan pada bahagian cermin depan dan sisi. “Mereka bertindak di luar jangkaan, membaling batu ke arah anggota dan kenderaan yang lalu-lalang. Kami tidak menyangka akan mengalami peristiwa seperti itu.

“Walaupun terpaksa berdepan dengan situasi itu, anggota yang bertugas tidak berasa gentar mahupun bimbang kerana kami bijak mengawal situasi,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Timor Leste bersama 77 yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam. Kepulangan mereka disambut Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Hasanuddin Hassan. Koperal G Jaganathan, 45, berkata, misi itu disifatkan paling sedih kerana terpaksa berpisah jauh daripada keluarga ketika perayaan Deepavali. “Tidak menyambut Deepavali bersama keluarga adalah perkara biasa bagi seorang anggota polis, tetapi ini kali pertama keluarga meraikannya tanpa kehadiran saya memandangkan terpaksa bertugas di negara lain. “Bagaimanapun, saya gembira dapat pulang hari ini (semalam) dan masih sempat untuk meraikannya bersama keluarga walaupun hanya tiba di tanah air pada waktu petang,” katanya. Sementara itu, Hasanuddin ketika membaca teks ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 19 yang lain dalam misi berkenaan akan pulang ke tanah air pada hari ini, manakala seorang anggota dan tiga lagi masing-masing pada 15 dan 29 Disember depan.

Motosikal terputus dua


KOTA BHARU: “Saya menyedari kemalangan itu apabila melihat darah mangsa terpercik pada cermin kereta sebelum beg udara terbuka.
“Saya kemudian keluar dari kenderaan dan melihat mangsa tertiarap kira-kira tiga meter atas jalan dalam keadaan kepala dan badan berlumuran darah,” kata Wan Hassan Wan Ismail, 50, selepas Proton Waja dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal dinaiki pelajar tahfiz, semalam. 
Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hakim Mat Jib, 15, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Pancor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah, Kampung Petani Sering, Pengkalan Chepa.

Lebih mengerikan, motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa terputus dua akibat bertembung dengan kereta berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Hasrat sambut hari jadi ibu tak tercapai


BALING: “Arwah memang beria-ia menyambut hari jadi saya semalam (kelmarin).
Sebelum ini tidak pernah bersikap begitu,” kata Faridah Che Nordin, 33, ibu kepada Nurhanis Abdul Rahman, 8, yang maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap sebatang pokok getah dalam kejadian di Kampung Keda Banggol Petai, Bongor, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat kecederaan parah pada kepala dan bahu manakala rakannya, Intan Suhaili Najwa Md Nasir, 8, turut mengalami kecederaan.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua rakan baik itu dikatakan sedang mencari bunga bersama seorang lagi rakan untuk digunakan sebagai hiasan sempena majlis hari jadi ibu Nurhanis pada jam 8.30 pagi.

Faridah berkata, anaknya itu beria-ia sekali meraikan sambutan hari jadinya kelmarin, sedangkan Nurhanis tidak pernah bersikap begitu.

“Saya sedih kerana hasrat Nurhanis itu tidak tercapai,” katanya.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Ismail, 42, berkata, Nurhanis begitu gembira menyambut hari jadi ibunya, malah dia turut bercadang membelikan kek kepada ibunya itu.

Sementara itu, Intan yang ditemui berkata, ketika melalui kawasan simpang berhampiran rumah Nurhanis sebatang pokok getah tiba-tiba tumbang dan menghempap mereka.
“Saya hanya menyedari diri sudah tersepit di celah dahan pokok getah dan tidak boleh bergerak. “Saya lihat Nurhanis tersepit dan ada darah pada kepalanya. Seorang lagi rakan kami kemudian berlari mendapatkan bantuan.

“Ketika itu, penduduk kampung datang dan mengeluarkan kami berdua di bawah pokok sebelum Nurhanis dibawa ke hospital,” katanya.

Dua bertembung ajal


PASIR MAS: Dua orang termasuk usahawan kosmetik terbunuh manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di depan stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan dekat Tendong, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu berlaku apabila sebuah Proton Gen2 dipandu peniaga pasar malam, Roslinah Hassan, 45, bertembung dengan Proton Persona dipandu usahawan kosmetik, Wan Muhd Faizal Wan Ab Rahman, 32.

Kedua-dua pemandu kereta itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM).
Difahamkan ketika kejadian, Roslinah dalam perjalanan pulang dari Tapak Ekspo Lubok Jong di sini, menuju ke rumahnya di Kampung Bechah, Tendong bersama suami, Shamsul Bhari M Yunus, 47, dan anak angkat mereka, Wan Mohd Azizi Abdullah, 11.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Wan Muhd Faizal dari arah Pasir Pekan menuju Pasir Mas memasuki lorong bertentangan menyebabkan Roslinah gagal mengelak lalu bertembung.

Menurutnya, pada masa sama, motosikal yang mengekori kenderaan Roslinah juga gagal mengelak dan turut bertembung bahagian belakang kereta mangsa.
“Pasangan suami isteri, Mohd Adli Hidayah Ayub dan Norfadlina Mohd Rasyid, berusia 30-an yang menumpang kereta dipandu Wan Muhd Faizal cedera parah bersama penunggang serta pembonceng motosikal yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, abang kepada Roslinah, Ruslan, 51, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah adiknya minggu lalu ketika melawat mereka di rumah pusaka keluarga.

“Rumah didiami arwah dan keluarga adalah rumah pusaka dan kami mengharapkannya menjaga rumah berkenaan, namun dia pergi lebih awal,” katanya.

Adik kepada Wan Muhd Faizal, Wan Muhd Faiz, 28, pula berkata, dia sedih dengan kehilangan abangnya.

“Arwah menetap di Alor Setar, Kedah dan pulang ke kampung di Kampung Kutan di sini kerana urusan perniagaan,” katanya.

Ugut kelar leher ibu


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an layak digelar ‘anak setan’ apabila sanggup mengugut untuk membunuh ibunya dengan cara mengelar leher warga emas itu, hanya kerana tidak menyediakan sarapan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Maluri Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, warga emas berusia 62 tahun itu gagal menyediakan sarapan kepada anak lelakinya berusia 30-an kerana uzur. 
Menurut sumber, suspek yang baru bangun tidur mencari makanan di dapur, namun hampa selepas mendapati ibunya berusia 62 tahun tidak menyediakan sarapan.

“Mangsa berang dan kelaparan menjerit memanggil nama ibunya beberapa kali. Si ibu (warga emas) yang sedang terbaring di katil kerana uzur dengan perlahan-lahan berjalan ke dapur.

“Si ibu memarahi anak lelakinya itu kerana membuat bising selain memberitahu dia tidak sihat untuk menyediakan sarapan,” katanya.

Mati atas meja makan


SERIAN: Seorang warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri sebaik baring di atas meja sebuah kedai makan di Pekan Baki Baru di Kilometer 50, Jalan Kuching-Serian, di sini, sebelum meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, Tunyah Mayang, 78, yang berasal dari Kampung Baru Mawang di sini, ke pekan berkenaan untuk membeli barang keperluan. 
Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, seorang saksi kejadian yang juga pekerja di kedai runcit berhampiran melihat mangsa turun dari bas dan berjalan di depan deretan kedai sebelum berhenti di sebuah kedai makan.

Katanya, selepas merapatkan meja makan dalam kedai berkenaan, mangsa merebahkan badan di atasnya dan terus tidak sedarkan diri.

“Pelik gelagat warga emas berkenaan, orang ramai menghubungi hospital dan pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian mengesahkan lelaki warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.

Perangkap asap tebal


TAIPING: Siasatan awal pasukan bomba dan penyelamat mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tangga rumah sebelum merebak ke seluruh tingkat atas dan memusnahkan keseluruhan bumbung banglo dua tingkat berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada litar pintas. 
Menurutnya, tiga mangsa ditemui maut di dalam bilik utama di tingkat atas banglo berkenaan manakala mayat pembantu rumah pula ditemui maut berhampiran balkoni.

“Kami percaya keempat-empat mangsa gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam asap tebal selain gagal untuk keluar berikutan tingkap jeriji balkoni yang berkunci,” katanya.

Katanya, semua mangsa berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

Pijak pekerja stesen minyak


SUBANG JAYA: Sekumpulan empat lelaki berputih mata apabila cubaan mereka untuk memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam stesen minyak disedari pekerja premis berkenaan dalam kejadian di Batu 13, Jalan Puchong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pekerja warga emas berusia 60 tahun terbabit diserang dua daripada empat suspek bersenjatakan sebatang besi itu sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 6.40 pagi sebelum berkejar ke tempat kejadian.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati dua suspek berada di dalam premis cuba memecahkan mesin ATM berkenaan dengan menggunakan gas Oxy-Acetylene manakala dua lagi menunggu di luar premis.

“Mangsa, seorang warga emas tiba di premis itu jam 6 pagi sebelum terdengar perbualan berserta percikan api dari bahagian dalam kedai dan cuba mengintai dari cermin luar.

“Bagaimanapun, sebaik saja dia mendekati premis itu, dia disentap dan diseret dua lelaki bertopi keledar bersenjatakan sebatang besi ke arah belakang kedai sebelum seorang daripada suspek memijak mangsa,” katanya.
Menurutnya, rakaman kamera litar (CCTV) premis itu menunjukkan pergerakan dua lelaki bertopi keledar penuh di pekarangan kedai sebelum disembur dengan cat hitam.

“Polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Teksi terlipat


BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
KAJANG: “Kami terpaksa menggunakan semua peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terhimpit dalam kenderaannya yang remuk teruk sehingga dadanya rapat dengan stereng,” kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Awang Omar.
Beliau menceritakan kerja menyelamat seorang pemandu teksi yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53, berasal dari Cheras, parah di tangan, badan dan tulang rusuknya serta dirawat di Hospital Serdang (HS).
Penolong Pengarah bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi sebelum satu jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah teksi remuk dalam keadaan seperti dilipat selepas ditindih bahagian depan treler, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk penumpang.

“Walaupun mangsa masih bernyawa, tetapi dadanya seperti melekat dengan stereng selepas teksi dipandunya dihimpit antara treler dan pembahagi jalan,” katanya.
Menurutnya, kerja menyelamat dimulakan dengan ketua operasi pasukan bomba berinteraksi dengan mangsa untuk menenangkan emosinya sebelum bumbung teksi dipotong.

“Ruangan sempit kerana kedudukan teksi yang terhimpit antara treler dan pembahagi jalan menyukarkan kerja menyelamat dan pasukan bomba perlu berhati-hati menggunakan alat peregang hidraulik untuk melepaskan mangsa.
“Namun, kerja pasukan bomba turut terganggu apabila orang ramai memenuhi kawasan kemalangan untuk melihat kejadian lebih dekat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam teksi berjalan lancar walaupun menghadapi kesukaran kerana keadaan kenderaan yang remuk teruk sebelum diserahkan kepada petugas ambulans.

Difahamkan, treler terbabit yang dipandu di lorong paling kiri lebuh raya tidak sempat mengelak apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapannya.

Ini menyebabkan treler itu merempuh dan mengheret teksi berkenaan lebih 20 meter. Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan pemandunya, tetapi tidak berjaya kerana mangsa tersepit dari bahagian pinggang.

Kastam Thai rampas 600 ular tedung


BANGKOK: Pegawai kastam Thailand merampas 600 ekor ular tedung yang diseludup melalui Thailand dari Malaysia dan dipercayai untuk dijual kepada restoran di negara berdekatan.
Ketua Pengarah Jabatan Eksais, Benja Louichareon berkata, mendedahkan rampasan itu dalam sidang akhbar, semalam. 
Katanya, 600 ular tedung bernilai 500,000 baht (RM50,000) dirampas di daerah Pranburi wilayah Prachuap Khiri Khan. Ular itu dipercayai akan dihantar ke negara lain melalui selatan Thailand.

Sebelum itu, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penyeludupan ular dalam kuantiti besar ke negara ini, lapor Posttoday.com

Anggota kastam membuka tempat pemeriksaan dan menggunakan mesin X-ray untuk mengimbas kenderaan yang dicurigai. Semua ular berkenaan ditemui disembunyikan di dalam trak pikap Nissan hitam.

Pemandu kenderaan itu mengaku membawa ular itu dari Malaysia ke wilayah Nkhon Ratchasima. Dia turut mengaku melakukan kerja ini beberapa kali dan menerima bayaran 10,000 baht (RM1,000) untuk setiap penghantaran.

Ketua Jabatan Kastam berkata, ular berkenaan mungkin diseludup ke negara lain dan dijual sebagai makanan peningkat syahwat.

Pemandu itu didakwa melanggar Akta Perlindungan dan Pemeliharaan Hidupan Liar.

Semua ular yang dirampas kini ditempatkan di bawah penjagaan Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan.- Bangkok Post

2 remaja dalam ‘Pembunuhan Facebook’ ditahan di pusat juvana


AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.
Kes itu dikenali sebagai “Pembunuhan Facebook” di Belanda dan kini menyebabkan debat mengenai peranan media sosial dalam jenayah ganas. 
Mangsa hanya dikenali sebagai Winsie, 15, ditikam hingga mati Januari lalu atas permintaan seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 16 tahun, waktu itu.

Winsie dan remaja perempuan itu bertengkar dan saling menghina satu sama lain di laman sosial itu selama berminggu-minggu - Reuters

Bakar teman wanita sebab cemburu


BANGKOK: Seorang lelaki yang cemburu, membakar teman wanitanya selepas mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, semalam.
Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang diserang dan dibakar di kompleks apartmen di daerah Lat Krabang. 
Thayarat (nama keluarga tidak didedahkan) 20, dihantar ke hospital oleh saudaranya. Doktor berkata, mangsa parah di mana 60 peratus tubuhnya melecur.

Menurut rakan mangsa, penyerangnya adalah bekas teman lelakinya, Eakpol Udom-mala, 19 yang mengancamnya selepas mendapat tahu mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

| Langgar suami tak mengundi


PHOENIX : Seorang wanita dari Arizona yang sedih dengan peilihan semula calon Parti Demokratik, Presiden Barack Obama, mengejar kemudian melanggar suaminya dengan kereta keluarga mereka di pinggir bandar Arizona Sabtu lalu kerana suaminya itu tidak mengundi dalam pilihan raya itu, kata polis, semalam.
Holly Solomon, 28 ditahan kerana melanggar suaminya, Daniel Solomon dan polis mengejarnya ketika suaminya itu masih tersepit di bawah kenderaan berkenaan. 
Jurucakap Polis Gilbert, Sarjan Jesse Sanger berkata, Daniel, 36, berada di dalam kedaan kritikal dan kini dirawat di hospital tempatan dan dijangka selamat.

Daniel berkata, isterinya berang kerana “dia tidak berminat untuk mengundi” dalam pilihan raya presiden Selasa lalu. Holly percaya keluarganya akan susah sekiranya Obama menang untuk penggal ini.

Saksi berkata, pasangan itu bergaduh di tempat letak kereta dan pertengkaran terus memuncak.

Holly kemudian mengejar suaminya di tempat letak kereta itu dengan kereta sambil menjerit sementara Daniel cuba berlindung di belakang tiang lampu, kata polis.

Daniel dilanggar ketika cuba berlari ke jalan berdekatan. - Reuters

11 remaja Cina bersunat


11 remaja Cina bersunat
Albert tidak lekang memberi semangat kepada semua remaja dan kanak-kanak yang bersunat.
11 remaja Cina bersunat
Remaja di sini begitu berani dan ceria selepas disunatkan.
PASIR MAS – Walaupun amalan berkhatan menjadi kemestian dalam kalangan umat Islam, namun masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit menjadikannya sebagai tradisi sejak sekian lama.

Remaja, Justin Khor Han Shen, 15, berkata, dia sudah menanam niat mahu berkhatan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Justin berkata, ibu bapanya juga tidak menghalang malah menggalakkan untuk bersunat sepertimana yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain.

“Sebelum bersunat, saya ada bertanya kepada rakan saya yang beragama Islam dan mereka banyak memberi semangat agar tidak takut ketika berhadapan dengan ‘tok mudim’.

“Keberanian saya mula timbul apabila melihat kanak-kanak Islam tidak gentar mahupun menangis ketika dikhatankan. Malulah jika saya yang sudah remaja, menangis ketika bersunat,” katanya semalam.

Menurutnya, rakannya juga ada memberi semua petua serta pantang larang sebelum dan selepas bersunat, agar ia tidak memudaratkan kesihatannya kelak.

Tradisi keluarga turun-temurun

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Kelantan, Albert Khor berkata, tradisi berkhatan bukanlah perkara baru kerana ia dilakukan lebih 50 tahun lalu.

“Ini bukan suatu yang pelik kerana rata-rata lelaki yang mencecah usia lapan tahun, akan bersiap sedia untuk berkhatan. Tanya sahaja penduduk lelaki di kampung ini, pasti sukar untuk mencari yang belum bersunat,” katanya.

Menurutnya, amalan ini diterima oleh masyarakat Cina kerana menjadi tradisi turun-temurun bermula daripada nenek moyang yang menetap di Pasir Mas puluhan tahun lalu.

Albert berkata, tiada salahnya untuk berkhatan kerana ia baik dari segi kesihatan malah kebersihan turut terjamin.

Katanya, amalan yang baik daripada kaum lain boleh dibuat, kerana ia memberi manfaat kepada pelaku malah ia juga tidak menyalahi agama yang dianuti.

“Kanak-kanak masa kini bertuah kerana tidak akan merasa sakit kerana pelbagai kemudahan serta teknologi digunakan ketika bersunat. Berbeza dengan zaman dahulu, kami disunatkan tanpa menggunakan bius malah penggunaan batang pisang turut menyakitkan mereka sehingga sebulan lamanya,” katanya.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan ubat ini dapat mempercepatkan proses pemulihan daripada sebulan kepada hanya tiga hari.

Generasi kelima

Sementara itu, Tok Mudim Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Mohamad Suhaimi berkata, dia tidak menyangka seramai 11 remaja berbangsa Cina berusia lapan hingga 18 tahun berani untuk berkhatan.

Sebelum ini katanya, alternatif berkhatan secara separa tradisional dan moden ini, hanya disertai oleh pelajar Melayu.

Menurutnya, dia menjadi tok mudim sejak 20 tahun lalu dan menjadi kepakaran turun temurun sejak lima generasi lalu.

“Saya belajar daripada arwah bapa dan datuk, yang mana ketika itu masih lagi menggunakan rawatan tradisional. Ketika itu, remaja yang bersunat tidak dibius dan tidak dijahit, sebaliknya hanya dibalut menggunakan kain sehingga menyebabkan terpaksa berpantang selama sebulan,” katanya.

Beliau berkata, kaedah bersunat yang digunakan kini lebih moden dan tidak memakan masa yang lama untuk berpantang.

Mohamad yang juga peniaga dan pembuat batu nisan menasihati remaja yang berkhatan, agar mematuhi semua pantang larang pemakanan, agar proses penyembuhannya lebih cepat.