Search This Blog

Tuesday, November 13, 2012

Letupan di Daraa korbankan 20 orang



BEIRUT 11 Nov. - Seramai 20 orang tentera rejim terbunuh apabila dua butir bom meletup di selatan bandar Syria semalam.
Menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, letupan pertama berlaku di khemah yang dihuni oleh tentera kerajaan di bandar Daraa.
Jurucakap kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul-Rahman berkata, letupan tersebut mengakibatkan pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dan juga tentera rejim. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121111/lu_06/Letupan-di-Daraa-korbankan-20-orang#ixzz2CB5b6LUS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banduan merusuh



COLOMBO 10 Nov. - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan seorang pegawai kanan polis cedera parah akibat rusuhan terbesar di penjara Sri Lanka, semalam apabila banduan bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
Jurucakap polis, Prishantha Jayakody berkata, keganasan itu berlaku apabila pegawai dari Pasukan Unit Khas (STF) iaitu komander polis elit Sri Lanka, melakukan operasi mencari dadah dan telefon haram di penjara tersebut.
"Ketika pasukan itu tiba, banduan mula membaling batu, menyebabkan anggota STF bertindak melepaskan gas pemedih mata, tetapi kemudiannya dibalas dengan tembakan," kata Jayakody.
Tentera bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan membebaskan kakitangan penjara yang dijadikan tebusan oleh banduan di penjara Welikada, Colombo itu, menurut pegawai penjara dan tentera.
Menteri Penjara, Chandrasiri Gajadeera memberitahu Parlimen hari ini, sebanyak 27 orang disahkan maut dalam insiden itu.
Menurut saksi, mereka melihat polis melepaskan tembakan ke arah penjara tersebut ketika banduan yang bersenjata berada di bumbung pusat tahanan berkenaan semasa rusuhan berlaku.
Pesuruhjaya Penjara, P. W. Kodippili berkata, banduan memperolehi bekalan senjata seperti mesingan selepas memecah masuk bilik senjata di penjara itu.
"Operasi untuk membersihkan dan merampas senjata di penjara itu masih diteruskan dan anggota polis turut menemui beberapa banduan yang melarikan diri," katanya.
Jurucakap tentera, Brigadier Ruwan Wanigasooriya pula berkata, sejumlah besar senjata turut ditemui bersama enam lagi mayat banduan ketika operasi itu.
Sementara itu, seorang komander polis STF kini terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi, menurut ketua Hospital Besar Colombo.
"Kira-kira 59 orang turut cedera dalam insiden itu dengan 51 daripadanya masih menerima rawatan," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121111/lu_01/Banduan-merusuh#ixzz2CB5HxhQq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 maut kereta api bawa petrol terbakar



Anggota pasukan keselamatan dan orang ramai berkumpul di lokasi sebuah kereta api membawa petrol tergelincir dan terbakar berhampiran pekan Kanbalu, utara Myanmar, kelmarin. - Agensi
YANGON 10 Nov. - Sebuah kereta api yang membawa minyak petrol tergelincir sebelum terbakar di utara Myanmar semalam, menyebabkan 25 orang maut dan hampir seratus lagi cedera.
Televisyen milik kerajaan, MRTV melaporkan, mangsa yang maut kebanyakannya penduduk kampung yang cuba mengambil minyak yang tumpah akibat insiden itu.
Menurut MRTV, kebakaran berlaku selepas tiga gerabak yang mengangkut tangki minyak tergelincir berhampiran sebuah perkampungan di pekan Kanbalu, dekat sempadan India, kira-kira 500 kilometer ke utara Yangon.
Penduduk di kampung Chekgyi berhimpun beramai-ramai di sekitar kawasan nahas untuk menadah minyak petrol yang tumpah apabila mereka terperangkap di dalam kebakaran.
Kira-kira 70 peratus daripada 60 juta rakyat Myanmar tinggal di ladang dan sukar untuk memperoleh bekalan minyak.
Seorang pegawai daripada Jabatan Kereta Api Myanmar memberitahu Reuters, angka korban mungkin meningkat ekoran beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, usaha menyiasat punca nahas diteruskan hari ini.
Meskipun angka korban tidak meningkat, polis berkata, 93 orang yang cedera masih menjalani rawatan, kebanyakannya di hospital tempatan di pekan Kantbalua.
Gambar yang dipos di laman web kerajaan semalam menunjukkan mayat mangsa serta bangkai kereta api yang hangus terbakar dapat dilihat di sekitar tempat kejadian.
Penduduk di kawasan pedalaman di Myanmar bergantung kepada kemudahan pengangkutan kereta api ekoran laluan jalan raya yang teruk, tetapi sistem pengangkutan itu turut usang dan perlu dinaik taraf. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121111/lu_02/25-maut-kereta-api-bawa-petrol-terbakar#ixzz2CB4yPAto
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 suspek pengganas ditahan



JAKARTA 12 Nov. - Polis Indonesia menahan dua suspek pengganas yang dipercayai terlibat dalam satu serangan bom yang gagal meletup ke atas Gabenor wilayah Sulawesi Selatan, semalam.
Seorang jurucakap polis berkata, seorang daripada suspek itu melontar bom paip ke arah Gabenor wilayah Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo ketika beliau sedang berucap di atas pentas di bandar Makassar, semalam.
Jurucakap Polis Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, bom itu bagaimanapun gagal meletup.
''Berikutan dengan aktiviti keganasan di Makassar, kita telah menahan dua lelaki.
''Mereka telah menjadi sasaran polis anti-keganasan, Detachment 88,'' katanya hari ini, sambil menambah, polis turut merampas sepucuk revolver dan lima butir peluru.
Katanya, dua lelaki itu merupakan sebahagian daripada ahli satu kumpulan pengganas di daerah Poso, wilayah Sulawesi Tengah yang melakukan tiga serangan bom tetapi gagal, pada minggu lalu.
''Buat masa ini, mereka masih disoal siasat oleh polis,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121113/lu_06/2-suspek-pengganas-ditahan#ixzz2CB4cWMs0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Poland surai tunjuk perasaan



Seorang jurugambar lari menyelamatkan diri apabila berlaku rusuhan antara penunjuk perasaan dan polis antirusuhan semasa perarakan Hari Kebangsaan Poland di Warsaw, kelmarin. - REUTERS
WARSAW 12 Nov. - Polis anti rusuhan Poland terpaksa menggunakan belantan dan peluru getah bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang bertukar ganas di ibu negara ini, semalam.
Keganasan tercetus apabila penunjuk perasaan terdiri daripada pelampau sayap kanan bertindak melontar mercun dan ketulan konkrit ke arah polis semasa perarakan sempena cuti hari kemerdekaan negara ini.
Polis berkata, seramai 132 penunjuk perasaan ditahan ekoran keganasan itu yang berlaku di tengah bandar Warsaw.
Lima anggota polis dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ia merupakan tahun kedua sambutan hari kemerdekaan bertukar menjadi ganas, sekali gus melebarkan jurang antara kerajaan dan golongan nasionalis yang beranggapan nilai liberal yang diambil dari Eropah merosakkan tradisi Katolik Poland.
Ulang tahun hari kemerdekaan negara ini bermula dengan polis anti rusuhan cuba mengawal rusuhan yang tercetus antara kumpulan sayap kanan dan kumpulan sayap kiri yang radikal serta penyokong kerajaan yang berarak secara berasingan.
Perhimpunan secara berasingan itu diadakan bagi menyatakan visi setiap kumpulan tentang bagaimana Poland harus ditadbir.
Perdana Menteri Poland, Donald Tusk seorang liberal, mendapat pujian daripada kebanyakan rakyat negara ini kerana membawa kestabilan politik.
Bagaimanapun, masyarakat Katolik di negara ini kini mula berpecah ekoran beberapa isu seperti pengguguran bayi, hak golongan gay dan bagaimana untuk berintegrasi dengan Kesatuan Eropah. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121113/lu_08/Polis-Poland-surai-tunjuk-perasaan#ixzz2CB4KV6DF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kaki janin dimamah anjing


TEMERLOH: Sebak hati seorang lelaki apabila menemui janin yang kaki kirinya putus dipercayai akibat dimakan anjing liar di depan rumahnya di Jalan Jelutong 6, Taman Mutiara, Mentakab, dekat sini, petang kelmarin.
Janin itu dipercayai dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan ditemui seorang lelaki berusia 50-an sejurus dia membuka pintu pagar rumah untuk ke kedai jam 4 petang. 
Lelaki itu memaklumkan penemuan itu kepada polis dan Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood berkata, anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat itu.

Katanya, janin berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Zundin berkata, hasil bedah siasat di Hoshas pagi semalam, janin itu dianggarkan berusia lima bulan.

Jadi tebusan lima minit


PETALING JAYA: Seorang pensyarah kolej swasta menempuh detik lima minit yang mendebarkan apabila dijadikan tebusan tiga lelaki bersenjata pistol ketika mahu mengeluarkan wang di sebuah bank di Bandar Sri Damansara, di sini, dalam kejadian rompakan mengakibatkan kerugian RM200,000, semalam.
Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pensyarah berkenaan berada di kaunter bank bagi urusan mengeluarkan wang apabila tiga lelaki memakai topi besbol meluru masuk dan menjadikannya sebagai tebusan.

Menceritakan semula kejadian, Abdul Aziz Abdul Jalil, 36, berkata, tiga penjenayah terbabit menyangkakan dia pengawal keselamatan bank berkenaan kerana pada waktu itu dia memakai baju hujan berwarna biru sama seperti uniform anggota keselamatan premis itu.
“Saya berdiri di kaunter bagi menunggu giliran untuk mengeluarkan wang apabila tiba-tiba seorang lelaki mencekak leher saya dari arah belakang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tiga penjenayah terbabit melarikan diri bersama wang RM200,000 dengan menaiki kereta mewah jenis BMW berwarna gelap yang menunggu di luar.

Angkara ‘Botak’ kalah main snuker


KUALA LUMPUR: Angkara dendam dan hutang dipercayai menjadi punca anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah ditetak dengan parang di sebuah restoran di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Mangsa, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Najib, 24, yang bekerja di syarikat menjual kenderaan mewah milik keluarganya di Cheras, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Ampang, dekat sini, selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Wan Mohd Najib berkata, beliau percaya kejadian itu berpunca akibat dendam dan masalah hutang antara mangsa dan rakan baiknya yang dikatakan tidak puas hati selepas anaknya itu menuntut hutang lama.
“Anak saya pernah bercerita mengenai seorang rakan baiknya yang diberi gelaran ‘Botak’ ada berhutang dengannya sebanyak RM1,500 sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, lelaki itu tidak pernah membayar hutang berkenaan. Saya pun mengenali lelaki itu kerana sering datang ke rumah kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, beliau difahamkan sebelum kejadian anak lelakinya dan rakannya itu ada pergi bermain snuker bersama serta membuat pertaruhan dalam permainan berkenaan.
“Rakan anak saya itu dikatakan kalah menyebabkannya menjadi marah. Lelaki terbabit dipercayai mengupah empat lelaki lain untuk menetak anak saya,” katanya.

Wan Mohd Najib berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pagi kelmarin sebelum isterinya bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Kelantan.
Namun, anak lelakinya itu kemudian dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri akibat kecederaan parah dialaminya untuk menjalankan pembedahan dan kini dilaporkan stabil.

Wan Mohd Faizal selamat menjalani pembedahan kira-kira jam 11 malam kelmarin bagi membuang darah beku dalam kepala dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya kini sedang giat memburu lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Promoter ugut bunuh diri kekasih tunda kahwin


GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana teman lelaki menunda tarikh perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, di sini awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.

“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.

2 kali disamun dalam 4 bulan


KLANG: “Ini kali kedua saya dan rakan sekerja melihat kejadian samun di kedai yang sama dalam tempoh kurang empat bulan,” kata saksi kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Taiping, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, pekerja kedai pakaian dikenali sebagai Ida, 19, berkata, dia tergamam apabila seorang daripada empat lelaki bersenjata parang, kapak dan tukul itu mengacukan parang ke arahnya memintanya tidak masuk campur dan melihat kejadian itu.

Katanya, dia dan beberapa rakan sekerjanya memanggil pelanggan di kedai pakaian itu supaya menyorok di bahagian belakang.
“Kedai tempat saya bekerja berhadapan dengan kedai emas itu. Dari situ, saya dapat melihat dengan jelas tiga daripada empat lelaki terbabit memecahkan kaca ruang pameran barang kemas menggunakan kapak dan tukul sementara seorang lagi berjaga di hadapan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, perompak itu mengambil masa kurang lima minit melakukan rompakan itu sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal Yamaha 125. “Sebelum ini, ketika awal Ramadan, Julai lalu, kedai yang sama turut dirompak lima lelaki. Hari ini (semalam) kejadian itu berulang lagi,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan kumpulan sama menyamun premis berkenaan Julai lalu.

‘Arwah tiada buat salah’


SEDIH...Che Yon (kiri) bersama ahli keluarga masih menunggu perkembangan khabar berita mengenai kehilangan suaminya. Gambar kecil, Johari, hilang di laut.
SEDIH...Che Yon (kiri) bersama ahli keluarga masih menunggu perkembangan khabar berita mengenai kehilangan suaminya. Gambar kecil, Johari, hilang di laut.
PELABUHAN KLANG: “Saya tidak boleh terima cara kematiannya kerana setahu saya arwah tidak buat salah kepada sesiapa pun,” kata Che Yon Hitam, 59, ibu kepada Muhammad Ridzuan Johari, 28, yang mayatnya ditemui dalam keadaan sudah berbau dan terapung di laut di kawasan Rumah Api Permatang Sedepa, kira-kira dua batu nautika dari Pulau Ketam, di sini, Sabtu lalu.
Mayat Muhammad Ridzuan ditemui seorang pemandu bot yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 petang dalam keadaan terapung dan tertiarap dengan kesan jerut di bahagian leher dan kesan kecederaan di kepala.

Che Yon berkata, dia bertambah runsing apabila suaminya, Johari Talib, 60, yang keluar bersama Muhammad Ridzuan pada 31 Oktober lalu belum ditemui.
Katanya, dua beranak itu bekerja sebagai pengusaha bot penumpang di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah, di sini, menggunakan bot milik Johari dan bergilir-gilir membawa bot itu. Menurutnya, pada 31 Oktober lalu suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Pendamar Indah 2, di sini, untuk bekerja pada jam 7.30 pagi manakala Muhammad Ridzuan yang tinggal berhampiran keluar bekerja pada jam 4.30 petang.

“Namun, sehingga jam 10 malam, mereka tidak pulang-pulang. Saya cuba menghubungi telefon bimbit suami, tetapi ia dimatikan.

Saya membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang memaklumkan kehilangan mereka,” katanya ketika ditemui, di rumahnya semalam. Che Yon berkata, rakan sekerja suaminya ada memaklumkan suaminya ada mendapat panggilan telefon daripada individu meminta mereka mengambilnya di tempat kapal berlabuh di kawasan Pintu Gedong, Pulau Indah, di sini, pada hari kejadian. “Pada hari mereka dilaporkan hilang, rakan sekerja suami beritahu saya, dia ada berselisih ketika dalam perjalanan ke Pintu Gedong. Dia nampak kelibat suami saya memandu bot bersama Muhammad Ridzuan.
“Dia turut memberi isyarat agar suami saya tidak memasuki kawasan itu kerana keadaan ombak besar, namun suami saya tidak mengendahkannya dan terus menuju ke kawasan itu,” katanya.

Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai penemuan mayat anak lelaki keduanya itu sebelum bergegas ke hospital bagi membuat pengecaman mayat.
Katanya, dia dan keluarga seperti tidak percaya dengan perkara yang dialami dan berdoa agar suaminya selamat walaupun peluangnya untuk ditemui dalam keadaan hidup adalah tipis.

“Saya hanya berserah kepada Allah agar suami saya pulang dalam keadaan selamat. Saya tahu walaupun peluang untuk suami masih hidup adalah tipis kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang selain tidak makan dan minum.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa dan bapanya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak keluar rumah pada 31 Oktober lalu.

Lumat digilis

MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
RAWANG: Tubuhnya bersepai dan motosikalnya diseret kira-kira 100 meter, namun tiada satu pun kenderaan yang menggilisnya berhenti untuk memberi bantuan atau mengambil tanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku.
Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam.
Sumber polis trafik berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi dan mangsa, M Velayutham, 46, dari Ipoh, Perak dipercayai maut akibat digilis beberapa kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.

“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.

Mekanik OKU maut kebakaran


maut kebakaran
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di rumah kedai tiga tingkat yang mengorbankan seorang mekanik, semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang mekanik orang kurang upaya (OKU) sempat membuat panggilan terakhir kepada keluarga dan majikannya bagi memaklumkan kejadian kebakaran, sebelum ditemui mati dengan kesan melecur di rumah kedai tiga tingkat di Jalan Bangsar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Nor Mat Yaacob, 32, yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dipercayai terperangkap di dalam premis berkenaan.

Mayat ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 6.30 pagi di tingkat satu selepas operasi memadam dan mengawal kebakaran selesai.

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian berada dalam keadaan terbaring, hanya tangan mangsa melecur selain terdapat besi menghempap badannya.

Abang mangsa yang dikenali sebagai Nizam, 34, berkata, arwah sempat menelefon seorang adiknya yang tinggal di Gombak bagi memaklumkan kejadian kebakaran tersebut.

“Arwah memberitahu dia terperangkap dalam kebakaran, sebelum talian telefon terputus. Kami cuba menghubungi dia semula selepas itu, namun tiada jawapan,” katanya.

Nizam berkata, mangsa mengalami kecacatan di lutut selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 13 tahun lalu.

“Arwah bekerja sebagai mekanik di pusat servis motosikal itu sejak sebulan lalu dan berulang-alik dari rumahnya di Gombak ke tempat kerja.

“Pada malam kejadian, arwah yang menunggang motosikal tidak pulang ke Gombak kerana hujan lebat dan mengambil keputusan bermalam di premis tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman memberitahu, sebanyak lima jentera bomba dengan kekuatan 23 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut.

“Kami terima panggilan pada jam 2.38 pagi dan sampai ke lokasi lapan minit kemudian. Api dapat dikawal pada jam 3 pagi. Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Mangsa samun dipukau, suri rumah rugi RM5,000


Nizam
Nizam menunjukkan kesan kecederaan kecil selepas rantai lehernya diragut lelaki yang menyamun di rumahnya di Permaisuri,
SETIU - “Saya seperti dipukau apabila hanya nampak bahagian lutut dan senjata tajam yang digunakan penjenayah yang menyamun saya,” kata suri rumah, Nizam Yusof, 43, yang kerugian kira-kira RM5,000 selepas disamun sekumpulan penjenayah di rumahnya di Kampung Balik Bukit, Permaisuri, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Nizam hanya berdua bersama seorang anak bongsu, Noriman Balkis Mohd Ghani, 2 tahun di rumah berkenaan.
Menurutnya, dia didatangi sekumpulan lelaki yang dipercayai tiga orang dan salah seorang daripada mereka menyerbu naik ke dalam rumah sambil memegang sesuatu.
“Saya ketika itu sedang makan nasi bersama anak di depan pintu utama rumah dan tiba-tiba sebuah kereta masuk di persimpangan rumah sebelum seorang daripada mereka menyerbu ke arah saya.
“Saya seperti dipukau kerana hanya nampak kaki lelaki itu manakala badan dan wajahnya langsung tidak nampak. Seorang rakannya berada di bahagian tangga manakala seorang lagi berada berdekatan kereta,” katanya yang tidak dapat melihat langsung badan dan muka penjenayah kerana ketakutan atau dipukau.
Nizam berkata, penjenayah bertindak meragut rantai emas yang dibeli daripada wang hantaran kahwinnya dahulu menyebabkan lehernya mengalami cedera ringan.
Katanya, sebelum itu suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Sedan berwarna biru kelihatan mundar mandir melalui jalan depan rumahnya sejak jam 6.30 pagi lagi.
Menurutnya, pada mulanya salah seorang anak perempuannya ternampak kereta tersebut bergerak perlahan sambil pemandu dan penumpang melihat ke arah rumahnya pada awal pagi itu.
“Selepas suami saya keluar dari rumah untuk menghantar anak yang bersekolah pada jam 7.30 pagi, salah seorang daripada penjenayah itu datang ke bahagian pintu dapur dan berpura-pura bertanyakan seseorang.
“Bagaimanapun, selepas bertanya, lelaki itu melarikan diri dan kereta tersebut memecut ke arah Kuala Terengganu selepas salah seorang anak lelaki saya yang tinggal di rumah sebelah datang ke arah lelaki tersebut,” katanya.
Menurutnya, selepas sejam, penjenayah tersebut datang semula dan menyamun mangsa sebelum melarikan diri.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, ASP Idris Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.
Menurutnya, pihaknya sudah mengesan pemilik kereta tersebut dan tindakan lanjut akan dilakukan.

Edar dadah: Tiga lelaki termasuk pengurus pusat hiburan ditahan


IPOH - Polis menahan tiga lelaki termasuk pengurus sebuah pusat hiburan di bandar raya ini kerana dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah selepas polis menemui syabu dan ketamin bernilai RM160,000 disyaki milik mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ASP Roslan Wahid berkata mereka ditahan di dalam dua buah kereta di kawasan taman perumahan di Lebuh Lasam di sini pada 11 malam, Ahad lepas.
Hasil pemeriksaan, polis polis menemui satu beg plastik di tembok pagar di kawasan tersebut yang dipercayai diletakkan oleh seorang daripada lelaki itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya beg itu mengandungi lapan paket plastik berisi ketamin seberat 400 gram bernilai RM10,000 dan satu paket plastik berisi syabu seberat satu kilogram bernilai RM150,000.
Roslan berkata, polis turut merampas dua buah kereta itu.
Katanya siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki berusia 30 hingga 47 tahun berasal dari Taiping itu mempunyai kes jenayah lampau iaitu dadah dan curi dan menurutnya mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan.- Bernama

Kanak-kanak lapan tahun maut ditimpa dahan pokok -

BALING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat kecederaan di bahu dan kepala selepas ditimpa dahan pokok di hadapan rumahnya di Kampung Keda Banggol Petai, Mukim Bogor, di sini, hari ini.

Mangsa, Nurhanis Abdul Rahman, meninggal dunia pada pukul 3 petang selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. 

Menurut bapa kanak-kanak itu, Abdul Rahman Ismail, 42, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi semasa anaknya bersama dua lagi rakan sebayanya bermain di bawah sebatang pokok di hadapan rumahnya.

"Anak saya tercedera di bahu dan kepala serta pengsan sebaik ditimpa dahan yang reput lalu dikejarkan ke Hospital Daerah Baling (HDB).    

"Dia kemudianya dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut tetapi meninggal dunia," katanya semasa dihubungi Bernama.    

Beliau berkata dua rakan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.    

Katanya semasa kejadian beliau tiada di rumah dan isterinya Faridah Che Nordin, 33, yang berada di rumah, segera menelefonnya mengenai kejadian itu. 

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Polis tumpas sindikit penipuan antarabangsa warga Afrika

KUALA LUMPUR - Beberapa syarikat asing dilaporkan mengalami kerugian RM1.86 juta setelah terpedaya dengan urusniaga yang dikendalikan sekumpulan lelaki Afrika yang menyamar dengan menggunakan nama sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah pembedahan tempatan terkemuka. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata syarikat itu termasuk dari Australia, India, Greece dan Libya yang menerima kerugian setelah tidak menerima barangan selepas membuat bayaran. 

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan menggunakan nama syarikat itu tetapi mengubah alamat dan nombor telefonnya. 

"Kita terima 15 aduan daripada syarikat pengeluar sarung tangan itu setelah menyedari suspek menggunakan identitinya," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata hasil aduan syarikat itu, polis menyerbu sebuah rumah di Nilai Sabtu lepas dan menahan lima lelaki berusia antara 27 dan 31 tahun.
    
Menurutnya polis turut merampas beberapa komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan kegiatan itu. 

"Terdapat invois yang menjadi bukti kegiatan mereka di dalam komputer itu. Nombor telefon mangsa juga tercatit di dalam telefon yang dirampas," katanya. 

Syed Ismail berkata polis juga menerima 49 aduan menerusi e-mel dan dari pejabat perwakilan Malaysia di luar negara berhubung kegiatan tersebut. 

Kesemua suspek direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu melibatkan harta. 

Dalam perkembangan lain, Syed Ismail berkata polis menahan lima lelaki dan tiga wanita warganegara Afrika yang terlibat dalam penipuan perbankan Internet di dua premis di Subang Jaya pada 31 Okt dan 1 Nov lepas.

Kesemua suspek yang berumur antara 22 dan 28 tahun adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara dan mereka ditahan reman sehingga 20 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya. 

Menurutnya polis turut merampas tujuh komputer riba, 15 telefon bimbit, sebuah I-pad, dua 'external hard disk', tiga buah pendrive, sebuah 'Magic Jack' (alat membuat panggilan telefon menggunakan Internet), dua buah 'Wireless Router' serta dua kad ATM daripada mereka. 

Syed Ismail berkata modus operandi suspek ialah dengan membeli barangan mewah termasuk pakaian, beg dan tas tangan wanita secara online dengan menggunakan maklumat kad kredit mangsa. 

"Selepas transaksi pembelian dan tempahan secara online dibuat, suspek akan menggunakan alamat rumah suspek dan rakan suspek untuk proses penghantaran. 

"Suspek kemudian akan menjual barangan itu kepada rakan-rakannya dengan harga lebih rendah," katanya.  - Bernama

Heng: 46,902 kes jenayah terhadap wanita sejak 2007

KUALA LUMPUR - Sebanyak 46,902 kes jenayah rogol, sumbang mahram, cabul dan keganasan rumah tangga terhadap wanita direkodkan sejak 2007 sehingga Mac tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kei. 

Berikutan itu, katanya, kempen pencegahan jenayah perlu dipertingkatkan bagi membantu golongan wanita menyedari bentuk jenayah terhadap mereka.

Selain kempen pencegahan jenayah, katanya, kerajaan turut menyediakan perkhidmatan sokongan emosi dan perlindungan kepada mangsa jenayah dan keganasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Wanita 2012 di sini hari ini. Kempen ketujuh daripada 20 itu dibiayai oleh Sime Darby dan Redberry dan diadakan di seluruh negara pada bulan ini. 

Kempen itu merangkumi bengkel anti jenayah, sesi dialog bersama Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Rukun Tetangga serta pameran untuk membantu golongan wanita bersiap siaga dan lebih peka terhadap aspek keselamatan diri. - Bernama

Tiga maut empat cedera dalam kemalangan di Kunak

KUNAK - Tiga maut dan empat cedera apabila lori yang mereka tumpang hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di kilometer 20 Jalan Kunak-Lahad Datuk semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, ASP Wee Devets Tan berkata akibat rempuhan itu lori berkenaan terbabas ke tepi jalan dan penumpangnya tercampak keluar dalam kejadion 4.40 petang itu.

Beliau berkata seorang penumpang meninggal di tempat kejadian sementara dua lagi di Hospital Kunak.

Empat yang cedera termasuk pemandu dan seorang wanita yang sarat mengandung kini dirawat di Hospital Kunak dan Hospital Tawau, katanya.

Mereka dikatakan baharu balik dari pengebumian anggota keluarga mereka di tanah perkuburan Islam Lor Malung dekat sini dan menghala ke arah Lahad Datu.

Wee berkata pemandu treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam satu kenyataan tanpa memberi butiran lanjut mengenai mangsa.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikatakan bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan sempadan Lahad Datu.- Bernama

Nenek, cucu 10 bulan maut


Nenek, cucu 10 bulan maut
Keadaan di lokasi kejadian yang mengorbankan dua mangsa di Jalan Pagoh-Labis, semalam.
SENAI -  Hajat satu  keluarga untuk menghantar kad jemputan kahwin anak lelaki mereka ke rumah kenalan di sini terkandas apabila terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Pagoh-Labis berdekatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, di sini, semalam yang turut mengorbankan dua nyawa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, seorang nenek Norshira, 52, dan cucu Norafifah Aliah Ridzuan, 10 bulan maut akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.
Selain dua mangsa tersebut, kereta Kia yang turut dinaiki suami Norshira dan seorang lagi anak perempuannya, bagaimana pun kedua-dua mereka selamat.
Kejadian bermula apabila kereta Kia itu yang dalam perjalanan menghala ke Labis dipandu suami Norshira hilang kawalan sebelum dirempuh kereta jenis Avanza dari arah belakang.
Kemudian pada masa sama datang sebuah lori membawa limau dari arah bertentangan merempuh pula kedua-dua kereta tersebut hingga mengakibatkan lori tersebut terbalik.

Bagaimanapun pemandu lori dan empat penumpang serta pemandu kereta Avanza terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mayat serta semua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar untuk rawatan lanjut.

Bunyi tembakan disangka mercun


Bunyi tembakan disangka mercun
Steven Ling Hock Chuan
MANJUNG – Sebuah keluarga tidak menyangka bunyi kuat disangka dentuman mercun sebenar bunyi tembakan yang mengorbankan salah seorang ahli keluarga mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin, insiden hanya disedari ahli keluarga terbabit setelah mendengar jeritan jiran yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, ketika kejadian, mangsa, Steven Ling Hock Chuan, 33, berada di halaman rumahnya di Taman Sejati Dua Seri Manjung.

Katanya, mangsa yang ketika itu sedang bersiap untuk keluar ditembak beberapa kali menyebabkan kecederaan parah di muka dan badan.
“Daripada hasil bedah siasat mendapati, mangsa ditembak sebanyak dua das iaitu satu di belakang badan dan satu lagi di tepi telinga kiri mengakibatkan peluru berkenaan tembus ke mata,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Manjung kira-kira jam 11 malam hari kejadian.

“Dia hanya keluar seorang diri manakala ahli keluarga lain berada di dalam rumah ketika kejadian tembakan berlaku, pada mulanya mereka mengandaikan bunyi dentuman adalah bunyi mercun,” katanya.

Buat masa ini katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan motif kejadian.

Warga Singapura sesat 15 jam


Warga Singapura sesat 15 jam
Anggota bomba dan penyelamat ketika membawa kesemua mangsa keluar dari hutan selepas berjaya menemui mereka kira kira jam 10 pagi semalam
KOTA TINGGI – Lapan warga Singapura yang sesat hampir 15 jam di kawasan hutan ketika bercuti di Air Terjun Kota Tinggi ditemui dalam keadaan selamat, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, kesemua mangsa terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan berusia lingkungan 20an, dan salah seorang daripada mereka pemegang taraf kewarganegaraan (PR) Malaysia.
Katanya, kesemua mangsa dilaporkan masuk ke  hutan berkenaan kira kira jam 10 pagi kelmarin untuk melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ dikatakan sesat ketika hendak keluar pada sebelah petang.
“Pihak polis menerima laporan pada jam 7.55 malam kelmarin daripada pemandu teksi yang membawa mereka ke kawasan air terjun ini.

“Sejurus menerima  laporan itu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan di sekitar kawasan berhampiran yang disertai 18 orang iaitu anggota dari pasukan bomba dan penyelamat, polis, penduduk serta dua pegawai kanan polis.

“Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang terlibat ialah Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.

Che Mahazan turut menasihati individu yang merancang mengadakan aktiviti di kawasan hutan memaklumkan kepada pihak berwajib seperti jabatan hutan, polis, bomba dan penyelamat bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

“Perkara ini penting agar kita boleh menyediakan mereka juru pandu untuk memastikan mereka tidak sesat dalam aktiviti itu,” katanya yang turut mengucapkan penghargaan atas usaha kesemua anggota yang terlibat.

Salah seorang mangsa, Tay Wei Xin, 22, berkata, mereka mula sesat ketika hendak keluar dari hutan tersebut kira kira jam 3 petang.

Katanya, keadaan yang mulai gelap membuatkan mereka tersilap langkah dan mula panik mencari laluan yang betul untuk kembali ke tempat penginapan mereka.
“Kami datang ke sini untuk bercuti malah sebelum ini kira kira dua tahun yang lalu kami juga pernah memasuki hutan ini namun tidak sangka akan tersesat kali ini.

“Kami terpaksa bermalam di hutan semalam. Ketika itu keadaan sekeliling juga sangat gelap dan sejuk malah pelbagai andaian bermain di fikiran kami.
“Mujurlah kami ada menyimpan nombor telefon pemandu teksi yang kami naiki lalu terus menghubunginya untuk meminta bantuan mencari kami,” katanya yang mengucapkan terima kasih atas usaha keras anggota penyelamat sehingga mereka berjaya ditemui.

Misteri bau busuk rupanya bau mayat


Misteri bau busuk rupanya bau mayat
Polis membawa keluar mayat dan dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
PARIT BUNTAR – Misteri bau busuk dari sebuah kedai runcit di Tanjung Piandang di sini, semalam membawa kepada penemuan mayat dipercayai pemilik premis tersebut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, hasil laporan orang awam, polis yang menjalakan siasatan terpaksa memecah pintu kedai runcit terbabit sebelum menemui mayat Tan Chaw Choong, 72, terbaring di atas katil tingkat dua bangunan kedai itu.
“Hasil siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mati melebihi 24 jam dan tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematian mangsa. Bagaimanapun siasatan menyeluruh dilakukan.
“Mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, jiran yang dikenali sebagai Khor berkata, dia tercium bau busuk dari arah kedai berkenaan ketika keluar rumah kira-kira jam 9.30 pagi.
“Saya merasakan sesuatu buruk berlaku kepada dia memandangkan kedai berkunci dan ditutup empat hari tanpa sebarang notis dan pengetahuan kami. Saya terus menghubungi polis,” katanya.

Lebih 20 kali rumah penduduk dilanda banjir selut


Lebih 20 kali rumah penduduk dilanda banjir selut
Eng Khong (kiri) membersihkan rumahnya yang dipenuhi selut.
PENDANG - ‘Tak larat cuci rumah’. Itulah luahan tiga keluarga yang sering berhadapan banjir selut selepas hujan lebat lebih sejam di Pekan Kobah dekat sini.

Difahamkan, sudah lebih 20 kali kawasan berkenaan dilanda banjir selut yang dikatakan mungkin berpunca daripada projek stesen kereta api yang dijalankan berdekatan pekan terbabit hampir dua tahun lalu.

Penduduk, Tan Eng Khong, 53, berkata, baru-baru ini, dia tidak sempat berbuat apa-apa selepas hujan lebat hampir dua jam menyebabkan dia mengalami kerugian apabila kelengkapan rumah seperti perabot dan barang elektrik rosak.

“Arus air terlalu laju masuk ke dalam rumah sehinggakan saya tidak sempat mengalihkan barang ke tempat yang lebih tinggi.

“Paras air masuk ke dalam rumah hampir setengah kaki (0.15 meter) dan mengambil masa lebih tujuh jam untuk surut,” katanya.

Eng Khong berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada projek terbabit yang tidak mempunyai sistem perparitan yang lebih sempurna sehingga menyebabkan penduduk berhampiran menjadi mangsa setiap kali hujan.

“Sejak saya menetap di sini sekian lama tidak pernah dilanda banjir selut, tetapi sejak projek ini mula dijalankan menyebabkan kawasan ini dilanda banjir selut yang teruk sehingga penduduk terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

“Pihak terbabit ada menyediakan sistem perparitan, namun terlalu sempit dan cetek serta tidak dapat menampung saliran air,” katanya.

Menurutnya, masalah itu sudah dirujuk kepada pihak berkaitan, termasuk Majlis Daerah Pendang (MDP) namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

“Pihak pemaju projek itu ada datang ke rumah mangsa setelah saya mendesak mereka tampil namun selepas itu mereka pulang tanpa mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Tan Siek Moi, 75, berkata, selepas banjir surut, selut yang melekat pada lantai dan perabot rumah sukar dicuci dan mengambil masa lebih sehari untuk hilang.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas berhubung masalah penduduk gagal apabila pihak pemaju tidak dapat dihubungi.

Remaja ditemui mati di dasar sungai akibat lemas


JELEBU - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati di dasar sungai berhampiran Kampung Mengkan di sini pada jam 1.45 petang, 10 November lalu.
Mangsa yang dikenali Fadzillah Mazlan, 17, ditemui abang iparnya, Mohd Shariful Ridzuan setelah mendapati mangsa tiada di rumah.
Ketua Balai Polis Kuala Klawang, Inspektor Noraini Nordin berkata, ketika itu, abang ipar mangsa yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Kuala Klawang datang ke rumah keluarga mangsa di Kampung Mengkan untuk melawatnya.

Menurutnya, abang ipar mangsa sentiasa datang melawatnya dan ketika kejadian abang iparnya mencari mangsa di sekeliling rumah tetapi tidak berjumpa.

“Setelah puas mencari, abang ipar mangsa menjumpai selipar milik mangsa di tebing sungai dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku selepas melihat air sungai keruh.

“Selepas itu, abang iparnya menjumpai mayat mangsa yang terdampar di dasar sungai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Noraini berkata, mayat remaja lelaki itu dibawa ke Hospital Jelebu sebelum dikebumikan pada petang hari sama di Kampung Pergai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof berkata, mangsa mempunyai penyakit sawan sejak lahir.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, kematian Fadzillah merupakan ujian berat buat keluarga mangsa.

“Kira-kira seminggu sebelum kejadian ini, bapa mangsa meninggal dunia. Kini arwah ini pula ‘mengikut’ bapanya,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi arwah semasa upacara pengebumian.

Kereta terbabas masuk longkang


Kereta terbabas masuk longkang
Keadaan kereta mangsa yang terhumban ke dalam longkang.
ALOR GAJAH - Tiga sahabat cedera ringan apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di jalan Machap Umboo, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kereta yang dipandu Suhaimi Samsuddin, 32, bersama dua rakannya, Abd Razak Aziz, 31, dan Norsaadah Abu Hasan, 24, dari arah Machap Baru ke Alor Gajah.

Jurucakap polis berkata, kereta itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas ke kanan jalan dan terhumban ke dalam longkang besar.

Menurutnya, pemandu kereta keluar melalui cermin belakang sebelum membantu dua rakannya yang terperangkap di tempat duduk penumpang.

“Selepas itu, mereka dibantu penduduk dan pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, R Velu, 22, berkata, ketika kejadian dia bersama tiga lagi rakannya sedang meronda di taman berdekatan untuk mencari rumah sewa.

Menurutnya, ketika itu, kereta dinaikinya berhenti di simpang tiga dan ternampak ada sebuah kereta meluncur laju sebelum terhumban ke dalam longkang.

“Kami terus turun dan membantu mangsa yang semuanya dalam keadaan sedar keluar dari kereta sehingga anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.10 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama empat anggota lain.

“Sebaik tiba di lokasi, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami luka ringan di kepala sebelum diberikan rawatan,” katanya.

Gelas putih disangka hantu


CHUKAI – “Mungkin imej itu adalah gelas berwarna putih yang terdapat dalam almari kaca atau biasan cahaya lampu di atasnya,” kata pemilik gerai makan yang menafikan imej dipercayai hantu dirakam dalam gerai makannya di belakang Pasar Chukai.
Dia yang berumur 33 tahun dan enggan namanya disiarkan berkata, dia dan keluarganya tidak pernah mengalami perkara pelik atau berdepan perkara mistik sejak berniaga di gerai itu kira-kira 40 tahun lalu.
“Datuk saya berniaga di gerai ini selama kira-kira 20 tahun sebelum saya mengambil alih dan sehingga kini sudah kira-kira 20 tahun lalu saya berniaga di gerai ini. Sejak berniaga tiada sebarang perkara ganjil atau aneh kami alami.
“Sebab itu saya dukacita apabila timbul cerita di gerai saya ada yang merakam imej dipercayai hantu. Saya juga sudah meneliti gambar itu dan bagi saya tidak ada yang pelik dalam gambar tersebut, imej yang didakwa berwajah putih dan mata kemerahan juga kabur dan tidak jelas.
“Barangkali ia adalah gambar gelas warna putih yang terdapat dalam almari kaca tempat kononnya ada imej wajah berwarna putih itu dirakam. Bila gambar diambil dari jauh gambar gelas terbabit akan kelihatan samar dan seakan-akan benda lain,” katanya.
Katanya, mungkin juga imej yang terbentuk juga hasil pantulan cahaya lampu kerana di dalam almari kaca tempat dia meletakkan gelas itu dipasang lampu.
Sehubungan itu, tegasnya, tiada yang pelik mengenai gambar itu dan gambar itu juga tiada kaitan dengan penyakit kencing berdarah yang dialami oleh tukang masak yang bekerja di gerai makan bersebelahan gerainya, apatah lagi tukang masak tersebut sudah lama sakit iaitu sejak minggu lalu.
“Perkara itu hanya secara kebetulan sahaja dan ia tiada kaitan,” katanya.

Sinar Harian kelmarin menyiarkan mengenai imej lembaga putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai.

Ditikam lepas tegur penceroboh


Ditikam lepas tegur penceroboh
Rahimi (kanan) melihat kesan tikaman di lengan kiri abangnya, Razak
MARANG - Gara-gara buah durian, seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila ditikam di lengan kirinya selepas menegur dua lelaki mencurigakan yang menceroboh kebun durian milik keluarganya di Bukit Sungai Serai kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Razak Ismail, 29, cedera di lengan kiri dan menerima tiga jahitan akibat tikaman tersebut.

Razak berkata, setibanya di kebun durian keluarganya itu, dia terserempak dengan dua lelaki lingkungan 30-an dalam keadaan mencurigakan berada di dalam kebun durian itu, dipercayai ingin mencuri buah durian.

“Saya tanya apa mereka buat di situ tetapi salah seorang yang bersenjata pisau tiba-tiba menyerang saya,” katanya.
Razak berkata, nekad untuk mempertahankan diri, dia bergelut dengan penyerang terbabit menyebabkan lengan kirinya ditikam dengan objek tajam itu, sebelum penyerang terbabit dan rakan melarikan diri apabila melihat kehadiran adiknya, Rahimi, 20.
“Nasib baik adik berada tidak jauh di belakang saya menyebabkan mereka terkejut dan melarikan diri. Saya yang dalam kesakitan dan berlumuran darah dibawa pulang menggunakan motosikal,” katanya.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Pelajar lepasan PMR hilang


Pelajar lepasan PMR hilang
Norleha menunjukkan gambar anak gadisnya yang hilang di asrama sekolah sebaik menamatkan peperiksaan PMR.
DUNGUN - "Saya harap dia segera pulang ke pangkuan kami. Saya merayu sangat dia kembali kerana bimbang keselamatannya,” kata Norleha Othman, 50, ibu kepada Nur Anissa Syafiqa Ramli, 15, remaja perempuan yang dilaporkan hilang di asrama sekolahnya.
Nur Anissa Syafiqa disedari hilang setelah gadis berambut pendek itu tiada di asrama sekolahnya.

Berikutan kehilangan anak kedua daripada tiga beradik di Rumah Lindungan Kasih, Negeri Sembilan itu, kakak mangsa, Rosnaimah Ramli, 34, membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka Tengah, jam 10 malam 16 November lalu.

Norleha yang menemui Sinar Harian ketika mengadu masalahnya berkata, berdasarkan maklumat diterima, anak gadisnya itu dipercayai melarikan diri dengan dua rakan sekolahnya bersama seorang lelaki tidak dikenali.

Norleha yang berasal dari Gong Pasir, Dungun, berkata, dia sudah puas mencarinya di serata tempat termasuk Negeri Sembilan dan Terengganu, namun Nur Anissa Syafiqa yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu gagal ditemui.

“Saya bimbang jika dia dipengaruhi oleh individu tidak bertanggungjawab yang membawanya ke jalan yang salah.
“Kalau dia baca berita ini, harap dia pulang ke pangkuan makcik, kasihanilah makcik, lagipun ayahnya sudah meninggal dunia,” kata Norleha yang baru kehilangan suami awal Oktober lalu.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai gadis berkenaan diminta menghubungi talian 019-6009780 atau balai polis berdekatan.

Lori terbabas, kelindan cedera


Keadaan lori remuk selepas terbabas dalam parit, kelmarin.
Keadaan lori remuk selepas terbabas dalam parit, kelmarin.
JELI - Seorang kelindan lori patah tangan manakala pemandunya cedera ringan apabila kenderaan dinaiki hilang kawalan dan terbabas dalam parit di Kilometer 6.6 Jalan Jeli-Dabong dekat Kampung Pasir Dusun, jam 4.40 petang kelmarin.

Pemandu lori, Kueh Elek, 54, dan Ahmad Zakuan Kasim, 27, berasal dari Jalan Datuk Pati, Kota Bharu dalam perjalanan pulang dari Kuala Balah selepas selesai menghantar barangan runcit di kawasan terbabit sebelum lori satu tan itu terbabas.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Abdullah Mamat berkata, sejurus menerima panggilan, lima anggota dibantu empat bomba sukarela dengan kekuatan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian kelindan yang berada di tempat duduk penumpang tersepit menyebabkan tangan kirinya patah dan hampir remuk berjaya dikeluarkan 15 minit kemudiannya.

“Ketika berada di tempat kejadian pemandu lori itu cuba memberhentikan kenderaan dipandu secara mengejut selepas dua kenderaan di hadapan dipercayai menekan brek secara tiba-tiba.

“Akibat tindakan pemandu yang berusia 54 itu yang menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kenderaan di hadapan menyebabkan lori dinaiki berpusing serta terbalik melanggar tebing parit,” katanya.

Tambahnya, pemandu lori tersebut berjaya dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jeli manakala kelindan lori dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan lanjut.

“Kecederaan yang dialami kelindan tersebut agak serius ekoran tangan kirinya hampir remuk serta kulitnya terkoyak,” katanya.

Penduduk diancam gajah lagi


Penduduk diancam gajah lagi
Niyamil Hassan
KUANTAN- Penduduk di sekitar Sungai Lembing di sini tidak lagi boleh tidur lena, gara-gara gangguan sekumpulan gajah memusnahkan tanaman mereka.
Ketua Kampung Kuala Kenau, Niyamil Hassan berkata kebun dan tanaman penduduk musnah apabila sekumpulan gajah liar itu datang mencari ‘rezeki’ dari hutan bersebelahan kampung.
Menurutnya, serangan itu merupakan kali kedua setelah tanaman mereka dirosakkan haiwan berkenaan tiga bulan lalu.
“Tiga bulan lalu kami sudah diancam gajah yang masuk ke kampung ini, nasib baik hanya tanaman yang dirosakkan," katanya.
Bagaimanapun kata Niyamil pada serangan itu sebuah rumah penduduk hampir roboh setelah dinding bergesel dengan dua ekor gajah setinggi rumah tersebut.
Katanya, setiap kali kemunculan sang belalai ini bukan tanaman yang dirisaukan tetapi keselamatan penduduk di kampung ini yang lebih penting.
"Kami amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah bagi mengatasi masalah yang mengancam keselamatan kami di sini," katanya.

Kampung itu mempunyai banyak kebun pisang, ladang kelapa sawit yang menjadi tumpuan sekumpulan gajah.

Selain itu katanya, kebanyakan penduduk di sini yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah juga menyebabkan kawasan kediaman mereka menjadi tumpuan gajah untuk mendapatkan makanan.
Kata Niyamil, beliau mendapati gajah yang menyerang kampung itu bukannya daripada kumpulan yang sama.

"Saya dapati gajah yang datang daripada kumpulan yang berlainan berdasarkan saiz dan jumlah mereka," katanya.
Bimbang akan keselamatan penduduk dan tidak sanggup lagi menanggung kerugian setelah beberapa kali tanaman dimusnahkan, penduduk merayu pihak berkenaan melakukan pemantauan di kampung mereka dari masa ke masa.

Isteri tertuduh menangis, suami dihukum penjara 4 tahun, 3 sebat


Isteri tertuduh menangis,  Suami dihukum penjara 4 tahun, 3 sebat kerana merompak
Mohd Nazri dipenjara empat tahun dan tiga sebatan mengaku salah merompak rantai emas milik warga emas di Mahkamah Sesyen semalam.
Isteri tertuduh menangis, suami dihukum penjara 4 tahun, 3 sebat kerana merompak
Laporan Sinar Harian keluaran 3 November lalu.
KUALA TERENGGANU - Suasana hiba di kamar mahkamah apabila ibu serta isteri kepada tertuduh, Mohd Nazri Othman, 35, gagal mengawal perasaan dan menangis teresak-esak selepas hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan diputuskan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hukuman itu dijatuhkan selepas Mohd Nazri mengaku salah merompak dua utas rantai emas milik seorang warga emas di sebuah kediaman di Jalan Pasir Panjang, di sini, 19 Oktober lalu kira-kira jam 2.20 pagi.
Bapa kepada tujuh anak itu mengaku merompak rantai emas milik mangsa, Mariam @ Kuntum Awang, 63, jirannya yang juga ibu saudaranya.
Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi manakala Mohd Nazri tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu Mohd Nazri dalam rayuannya merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa terpaksa menyara tujuh anak masih kecil, pada masa sama mendakwa sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang tidur di rumahnya sebelum terdengar bunyi terjatuh di dapur.
Mangsa bergegas bangun untuk membuat pemeriksaan sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki bertopeng menggunakan baju T dipakainya, meragut dua utas rantai emas dileher mangsa, menyebabkan mangsa cedera sebelum bertindak melarikan diri.
Tertuduh menyerahkan hasil rompakan itu kepada isterinya yang kemudian menjual barang kemas itu di sebuah kedai emas di Pasar Besar Kedai Payang.

Sebelum ini, pada 1 November lalu, isterinya, Sakinah Salleh, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan menjual dan melupuskan barangan hasil rompakan berkenaan.
Bagaimanapun, Sakinah mengaku tidak bersalah atas tudu-han di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim sebelum dibenarkan diikat jamin RM2,800 dan kes akan disebut semula pada 6 Disember depan.

Dalam rayuannya, Sakinah berkata, dia dan suaminya terpaksa melakukan perbuatan itu kerana desakan hidup menyara keluarga dan hanya bergantung hidup menjual kuih, sementara Mohd Nazri tidak bekerja.