Search This Blog

Monday, November 12, 2012

Mekanik maut kena beberapa das tembakan depan rumah


ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap lokasi tempat mekanik, Steven Ling Hock Chuan (gambar kecil) ditembak dua kali oleh penjenayah di Taman Sejati Dua, Seri Manjung, kelmarin.. - Foto BH
 

ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap lokasi tempat mekanik, Steven Ling Hock Chuan (gambar kecil) ditembak dua kali oleh penjenayah di Taman Sejati Dua, Seri Manjung, kelmarin.. - Foto BH
Manjung: Seorang mekanik maut selepas terkena beberapa das tembakan pistol dilepaskan beberapa individu depan rumahnya di Taman Sejati Dua, Seri Manjung, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, Steven Ling Hock Chuan, 33, terbaring berlumuran darah sebaik terkena tembakan itu turut mengejutkan isterinya yang menyangka letupan itu bunyi mercun.
Mangsa disahkan meninggal dunia satu setengah jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Manjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata sebelum kejadian, mangsa keluar makan bersama isteri dan ahli keluarga lain.

Katanya, mangsa kemudian menghantar isteri dan ahli keluarganya pulang ke rumah sebelum mandi dan menukar pakaian.

“Difahamkan, mangsa kemudian mengambil keputusan untuk keluar semula atas urusan peribadi. Dia hanya keluar seorang diri manakala ahli keluarga lain masih berada di dalam rumah.

“Namun isteri mangsa dikatakan terdengar bunyi letupan di luar rumah dan menyangka ia bunyi mercun sempena meraikan Deepavali,” katanya. Ahmad berkata, isteri mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh jiran terdekat.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis.

Seoang maut, tiga parah akibat tayar kereta pancit



IPOH 11 Nov. - Seorang maut manakala tiga cedera parah apabila kereta Toyota Avanza yang dinaiki sebuah keluarga dikatakan terbabas dan melanggar penghadang jalan di KM299.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar pagi tadi.
Enam lagi anggota keluarga itu dilaporkan cedera ringan dalam kejadian 4.40 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Ng Kong Soon berkata mangsa yang meninggal di tempat kejadian dikenali sebagai A. Kusulakumary, 55, yang duduk di bahagian belakang.
Pemandu van itu yang berumur 53 tahun patah peha kanan.
NG berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tayar kanan belakang kenderaan itu pancit sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121111/je_05/Seoang-maut-tiga-parah-akibat-tayar-kereta-pancit#ixzz2C1Xgq68J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 maut, 9 cedera



KAMPAR 11 Nov. - Seorang wanita maut manakala sembilan lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 299.9, Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi, mangsa, A. Kusulakumary, 55, yang berada di tempat duduk penumpang belakang mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Pemandu MPV jenis Toyota Avanza berusia 53 tahun pula, patah paha kanan manakala dua lagi penumpang berusia 24 dan 46 tahun turut cedera parah.
Enam lagi penumpang kenderaan itu termasuk lima kanak-kanak mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika MPV dinaiki 10 ahli keluarga itu dalam perjalanan menghala ke utara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121112/je_04/1-maut-9-cedera#ixzz2C1XBKZgb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua pelajar, seorang mekanik maut



BATU PAHAT 11 Nov. - Tiga lelaki termasuk dua pelajar tingkatan dua yang dipercayai sedang berlumba maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi ini.
Mereka ialah Muhamad Fetri Kamsani, 21, mekanik dari Parit Puasa di sini manakala dua pelajar berusia 14 tahun, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi berasal dari Parit Haji Abdul Salam maut di tempat kejadian dalam kejadian pukul 1.45 pagi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka menunggang dua motosikal disyaki sedang berlumba sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati, Muhamad Fetri yang menunggang dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan pembonceng, Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121112/je_01/Dua-pelajar-seorang-mekanik-maut#ixzz2C1WssYqd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis terus buru sindiket judi siber



SANDAKAN 11 Nov. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup siasatan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket judi siber yang masih beroperasi di Sabah dan Sarawak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan arahan itu dimaklumkan kepada pesuruhjaya polis di dua negeri terlibat.
Beliau berkata, terdapat dua atau tiga buah pusat perjudian siber yang dikesan beroperasi di kedua-dua negeri ini dan polis sedang memantau perkembangan di pusat-pusat perjudian itu.
"Pemantauan terhadap aktiviti perjudian itu dilakukan kerana dikhuatiri ada cubaan memerangkap golongan muda untuk terjebak dalam kegiatan itu dan kita percaya ada sindiket yang cuba memerangkap golongan muda," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Bersama Pemimpin di Dewan Sri Libaran di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121112/je_03/Polis-terus-buru-sindiket-judi-siber#ixzz2C1Wg6vSq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 tentera terkorban helikopter terhempas

17 tentera terkorban helikopter terhempas: "DIYARBAKIR 11 Nov. - Seramai 17 orang tentera Turki terbunuh semalam apabila helikopter yang dinaiki terhempas di tenggara Turki, di kampung Bilgili, kawasan pergunungan Herekol di wilayah Siirt.

Menurut Gabenor Siirt, Ahmet Aydin, mangsa yang terlibat merupakan anggota angkatan tentera khas.

Presiden Turki, Abdullah Gul dalam kenyataan menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi semalam. - REUTERS"

'via Blog this'

Bom meletup korban enam sekeluarga termasuk bayi baru lahir

Bom meletup korban enam sekeluarga termasuk bayi baru lahir: "KABUL 11 Nov. - Sebutir bom meletup mengakibatkan enam sekeluarga terbunuh termasuk bayi yang baru dilahirkan di timur Afghanistan, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Gabenor, keluarga tersebut dikatakan berlepas dari hospital dengan menaiki sebuah trak sebelum bom tersebut meletup.

“Seorang ibu muda dikatakan baru keluar dari hospital dan mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah bersama bayi yang baru dilahirkan,’’ kata Gabenor wilayah Khost, Zarmaeed Mokhlis. - REUTERS"

'via Blog this'

Tiga termasuk pelajar maut dipercayai lumba haram




11 November 2012
JOHOR BAHRU - Akibat lumba haram dua pelajar tingkatan dua dan seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi ini.
  
Dua pelajar berkenaan Muhamad Sharul Ramadhan Maharami, 14, dan Syazwan Muhammad Rosdi, 14, masing-masing dari Parit Haji Abdul Salam dan mekanik Muhamad Fetri Kamsani, 21, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.45 pagi itu.
  
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata ketiga-tiga mangsa yang menunggang dua buah motosikal disyaki sedang berlumba akibat kecederaan parah yang dialami.
  
"Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Fetri dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan dibonceng oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.
  
"Ekoran hentaman yang kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Berikutan kemalangan itu, Din berkata pihaknya akan meningkatkan operasi membanteras lumba haram terutama di sekitar lokasi berisiko bagi mengelak aktiviti tidak sihat berleluasa di daerah ini. - Bernama

Amukan puting beliung di Kuala Sungai Baru



NORIZZAH BAHARUDIN
12 November 2012
Keadaan rumah penduduk setelah dilanda puting beliung.
Keadaan rumah penduduk setelah dilanda puting beliung.
Ital melihat jika ada barang yang masih boleh digunakan.
Ital melihat jika ada barang yang masih boleh digunakan.
ALOR GAJAH - Sebanyak 33 rumah rosak termasuk lapan daripadanya kritikal selepas dilanda putaran angin puting beliung yang muncul dari laut di pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, seorang warga emas, Hasan Olok, 70, meninggal dunia akibat terkena tempias angin puting beliung manakala dua lagi penduduk cedera terkena serpihan objek kayu zink yang runtuh.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Gong, Mohd Ali Hanafiah Jamat berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan bersama keluarga sebelum dikejutkan bunyi angin kuat dan seperti objek disedut sesuatu.
“Keluar saja dari rumah saya lihat banyak kediaman penduduk sudah musnah, terutamanya di bahagian bumbung. Air hujan mula membanjiri rumah sementara penduduk berada di luar dalam hujan lebat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, dalam kejadian itu, seramai 165 penduduk termasuk bayi dari 33 rumah berkenaan ditempatkan di balai raya dan sekolah berdekatan untuk sementara waktu selain disediakan keperluan makanan dan minuman sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bantuan sumbangan akan dilakukan dengan segera bagi membantu keluarga mangsa puting beliung ini terutama keperluan makanan harian berikutan kerosakan bahagian dapur.
“Tinjauan yang dibuat mendapati hampir kesemua rumah penduduk yang menjadi mangsa puting beliung mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur,  selain lapan rumah yang mengalami kerosakan kritikal apabila keseluruhan sudut rumah musnah.
“Keluarga mangsa akan menerima sumbangan dari RM1,000 hingga RM3,000 bagi membaik pulih serba sedikit kerosakan yang berlaku selain perbelanjaan awal selepas hampir semua barangan termasuk pakaian habis musnah diterbangkan puting beliung.
“Keseluruhan kerugian dianggarkan lebih RM150,000 dan untuk sementara waktu ini keluarga mangsa akan di tempatkan di balai raya, namun ada antara mangsa kejadian yang memilih untuk tumpang di rumah saudara,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian, pagi semalam.
Tambahnya, kerja-kerja menyelamat dan merawat serta pendawaian elektrik dibantu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah dan sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah serta anggota dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Turut meninjau keadaan, Pegawai Pejabat Daerah Alor Gajah, Datuk Idrus Md Jani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Ar Ismail Othman; Pegawai Pertahanan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Saad dan Ketua cawangan trafik Alor Gajah, Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani.

Sekeluarga kepung bayi
Seorang bayi lelaki berusia 14 hari bersama ibunya yang masih dalam pantang sempat diselamatkan oleh anggota keluarga daripada disambar puting beliung.
Ketika kejadian, bayi berkenaan, Muhammad Farhan Adha Mohd Hirudin bersama ibunya, Nurshafikah Aimi Abdullah, 23, berada dalam bilik sebelum terdengar bunyi angin kuat luar biasa.
Datuk bayi terbabit, Mohd Lassim Bedol, 56, berkata, dia dan ahli keluarga lain sedang sibuk mengemas rumah.
“Kami terdengar deruan angin kuat disusuli bunyi seperti lori menurun pasir.
“Salah seorang anak kami beritahu yang puting beliung sedang membadai lantas kami sekeluarga berhenti mengemas rumah dan segera menerpa ke arah cucu yang sedang tidur dalam bilik hadapan rumah bersama menantu,” katanya.
Mohd Lassim berkata, dalam keadaan panik itu, mereka sekeluarga bertindak mengelilingi dan mengepung bayi itu kerana bimbang tercedera sekiranya terkena tempias puting beliung.
“Bunyi angin meranapkan atap rumah penduduk jiran berdekatan kedengaran jelas namun kami sekeluarga langsung tidak berganjak dan terus mengepung melindungi cucu yang sedang tidur lena hinggalah keadaan kembali reda.
“Bila keluar dari bilik, saya lihat habis atap zink rumah tercabut diterbangkan puting beliung sementara menantu terus bangun mendakap cucu dan bawa masuk ke dalam kereta yang turut rosak dihempap zink,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dia meminta menantunya membawa cucu ke rumah saudara bersebelahan untuk berlindung kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan kami hanya mampu berdoa. Tak sampai tiga minit habis semua barang dalam rumah musnah disambar puting beliung.
“Dalam hati kami sekeluarga hanya terfikir untuk selamatkan cucu,” katanya.
Sementara itu, Nurshafikah Aimi berkata, dia bersyukur kerana anak keduanya itu berjaya diselamatkan tanpa tercedera walau sedikit pun.
“Mujur bayi tidak apa-apa, menangis juga tidak semasa siling runtuh dengan hujan lebat. Syukur semua ahli keluarga selamat dan situasi berdepan detik cemas dalam pantang ini ternyata memberi satu kenangan buat saya,” katanya.
Seorang penduduk, Abd Rahim Abd Wahab, 42, yang menyaksikan sendiri angin puting beliung berkata, "sayamelihat air laut berpusar dengan asap tebal. Kemudian pusaran itu menuju ke rumah penduduk."
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika dia berada berhampiran pantai.
“Ada dua budak dalam usia 7 dan 8 tahun sedang leka memancing pada masa itu.
“Saya jerit pada mereka supaya segera pulang sambil berlari menyelamatkan diri dan berselindung di sebalik tembok rumah penduduk lain,” katanya yang sempat menyaksikan bagaimana puting beliung itu bergerak ke arah sebatang pokok besar kemudian menyedut atap zink rumah penduduk di sekitarnya.
“Bunyi angin menderu sangat kuat hingga menggegarkan rumah berdekatan dan saya lihat banyak perkakasan rumah penduduk berterbangan dalam putaran angin puting beliung itu diikuti hujan lebat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Salah seorang penduduk, Nurshafiza Ital, 21, berkata, ketika kejadian, dia berada dalam bilik bersama suaminya, Mohd Hafizul Arshad, 27, sebelum terdengar bunyi angin kuat.
“Saya terus keluar dari bilik dan panik melihat putaran angin puting beliung yang semakin menghampiri rumah kami selepas meranapkan rumah jiran.
“Saya berlari ke dapur dan menarik tangan ibu sebelum suami meminta berlindung di bawah singki,” katanya.
Nurshafiza berkata, dia, ibu dan suaminya bersembunyi di bawah singki dengan berlindungkan mesin basuh bagi mengelak tempias puting beliung.
“Kurang 10 saat, kami terdengar bunyi runtuhan kayu dari atap dan zink rumah dan berlaku gegaran seperti gempa bumi. Syukur ayah saya pulang dan membawa kami semua masuk ke dalam kereta,” katanya yang terpaksa berlindung di bawah singki hampir setengah jam sebelum ayahnya pulang.
Seorang lagi penduduk, Nurazira Abu Samah, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang mendukung bayinya yang berusia 18 bulan.
“Dalam hujan lebat itu, saya kendong bayi dan berlari ke rumah jiran. Saya dapati mereka lima beranak sedang berpelukan di tepi dinding rumah dalam keadaan ketakutan. Di sana saya hubungi saudara datang untuk tolong selamatkan bayi yang  kesejukan,” katanya.

Warga emas meninggal dunia atas pangkin

ALOR GAJAH - Akibat terkena tempias puting beliung, seorang warga emas meninggal dunia di pangkin rumahnya di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Hasan Olok, 70, berada di sebuah pangkin hadapan rumahnya sebelum datang angin kuat disusuli deruan puting beliung tempias mengenai mangsa.

Isteri mangsa, Sabariah Pie, 60, berkata, ketika kejadian dia berada dalam rumah sebelum keluar dan mendapati suaminya terbaring kaku atas pangkin.

“Pada mulanya saya minta arwah tidur sahaja dalam rumah kerana cuaca gelap dan angin kuat bimbang kesejukan di luar, tapi arwah enggan dan terus baring dan hampir terlelap.

“Tak lama kemudian datang angin kuat dan puting beliung, arwah tersentak dan terus menutup mata sebelum anak datang dan cuba mengejut arwah beberapa kali tapi tiada pergerakan sehinggalah anak meminta bawa ke klinik.

“Arwah ada menghidap paru-paru berair dan berkemungkinan juga arwah terkejut apabila terpandangkan puting beliung yang memusnahkan rumah jiran sekampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Sabariah, pagi sebelum kejadian dia sempat menikmati sarapan pagi di luar rumah berdekatan pangkin bersama suaminya.

“Pagi yang sama, saya terlewat bangun menunaikan solat sunat Dhuha seperti mana kebiasaan dan arwah kejutkan saya dan berpesan pada saya supaya jangan tinggalkan atau melengahkan solat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kematian Hasan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Wanita reput dalam bas


SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat  mayat ditemui.
SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat mayat ditemui.
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita yang reput dan berulat dalam bas rosak yang diparkir di kawasan Kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, pengawal keselamatan terbabit dikatakan mahu memeriksa bas lama itu apabila diberitahu seorang mekanik mengenai kelibat seorang wanita kelihatan seperti sedang tidur di bahagian belakang bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu jam 10.38 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan di Menara MPKJ berkenaan.
“Mayat ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan telentang di bahagian belakang bas yang sudah tidak digunakan sejak dua tahun itu.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput serta berulat itu, kami anggarkan mangsa meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa dipercayai berbangsa India dan berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disedari berada di dalam bas itu sejak Khamis lalu oleh mekanik yang datang memeriksa bas berkenaan sebelum dia memaklumkan pengawal keselamatan, pagi semalam.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.
Sementara itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selagi punca kematian belum dapat dipastikan.

Pening hutang RM2j


ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along.
ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along.
KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta.
Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.
“Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.

3 pelacur ‘eksklusif’ ditahan

myMetro | 3 pelacur ‘eksklusif’ ditahan: "JAKARTA: Pihak berkuasa Imigresen Jakarta Tengah semalam menahan tiga pelacur warga Thai.

Pelacur itu dianggap eksklusif kerana dikatakan mengenakan bayaran Rp2 juta (RM637) sejam sementara bapa ayam mereka mengendalikan urus niaga dari Singapura.


Ketua Penyeliaan dan Tindakan Imigresen, Darwanto berkata, urusan melanggan pelacur itu dibuat melalui satu laman web. Pelanggan yang mahu melanggan mereka perlu menjelaskan 50 peratus bayaran menerusi Internet. “Mereka tidak menerima pelanggan sebarangan. Selepas separuh bayaran dibuat, mereka akan menelefon pelanggan,” katanya.

Disebabkan urusan itu sangat eksklusif, pegawai Imigresen berdepan dengan kesukaran untuk membongkar sindiket itu. - Detik"

'via Blog this'

Dua paderi tua bergaduh, satu telinga putus

myMetro | Dua paderi tua bergaduh, satu telinga putus: "PERTH: Seorang paderi bersara putus telinga selepas bergaduh dengan seorang lagi bekas paderi.

Paderi Thomas Byrne, 80, menyuruh Paderi Thomas Smith, 81 mengambil sendiri ‘kulitnya’ dan masukkan ke dalam poket selepas mereka bertengkar kelmarin, kata polis.
Mahkamah Majistret Perth Timur diberitahu, Smith hanya sedar kulit itu adalah cuping telinganya yang putus selepas kembali ke rumah dan mengeluarkannya dari poketnya.

Byrne dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan orang lain berhubung pergaduhannya dengan Smith.


Kedua-duanya tinggal di rumah persaraan bersama seorang lagi paderi bersara.


Mahkamah diberitahu, kedua-dua paderi itu berkelahi kerana berebut tempat meletak kereta.

Menurut polis, Smith mengambil masa untuk menyedari bahawa telinganya digigit hingga putus.

Dia kini berada di hospital selepas menjalani pembedahan untuk menyambungkan telinganya. - AP"

'via Blog this'

Menyamar orang tua untuk rompak

LONDON: Seorang pelajar berusia 16 tahun menggunakan mekap dan memakai rambut palsu untuk menyamar sebagai orang tua untuk melakukan rompakan bersenjata.
Dengan berpakaian seperti lelaki tua, Miles Alura merompak sebuah kedai emas di Kent, Julai lalu, dan melarikan barang kemas berharga 50,000 pound (RM243,375). 
Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Menurut polis, Alura, memakai rambut palsu ketika merompak sebuah kedai emas Mayfair di London, sebulan sebelum itu dan melarikan barang berharga 100,000 pound (RM486,750).

Dalam dua kejadian itu, dia dan beberapa rakan mengugut staf dengan senjata api mainan sebelum mengikat mereka dan melarikan diri.

Untuk menyamar lelaki tua, Alura memakai topi, mewarnakan kening, memakai janggut palsu, menipiskan rambut dan bermekap, sekali gus mengingatkan seseorang kepada penyamaran seperti dalam siri kartun Scooby Doo.

Alura yang berasal dari Camden Road, London, dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Kingston selepas dia mengaku bersekongkol untuk merompak.

Dia turut dikenakan hukuman dua setengah tahun penjara kerana memiliki senjata api mainan dan lima tahun penjara kerana merompak. Semua hukuman itu berjalan serentak.

Seorang lagi remaja berusia 16 tahun dari Stoke Newington, London, dipenjara tiga tahun kerana merompak, bersekongkol untuk merompak, manakala remaja ketiga berusia 15 tahun dari Holloway, London, dijatuhkan hukuman tahanan setahun dan arahan menjalani latihan.

Nama kedua-dua rakan Alura itu tidak boleh didedahkan kerana faktor usia. - DM

Episod khianat berulang


KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 penduduk sebuah apartmen mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas kenderaan mereka dicalar dan disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Apartmen Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Bukit Jalil, di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati serta salah faham pihak yang belum dikenal pasti selepas mangsa bertindak meletakkan kenderaan mereka di tempat larangan parkir berdepan pintu masuk apartmen berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit tegang apabila seorang pengawal keselamatan yang mengaku sebagai ahli persatuan penduduk apartmen itu menghalang petugas media yang mahu membuat tinjauan di dalam kawasan parkir berkenaan.
Seorang daripada mangsa, Muhammad Sazri Abd Sani, 30, berkata, ini adalah kejadian kedua kenderaan di kawasan apartmen itu disimbah cecair dipercayai asid berkenaan.

“Kejadian pertama sekitar September lalu dan hanya membabitkan kenderaan yang diletakkan di sepanjang bahu jalan berhadapan pintu masuk utama bangunan.

“Pihak berkenaan perlu mengambil kira keadaan tempat letak kereta yang penuh serta tindakan kami meletakkan kenderaan di situ langsung tidak menghalang lalu lintas,” katanya yang kesal dengan kejadian itu.
Sazri turut berkata, pihak pengurusan apartmen tidak meletakkan sebarang tanda amaran mahupun halangan di bahu jalan berkenaan bagi mengelak penduduk meletakkan kereta mereka di situ.

“Mereka yang melakukan perbuatan khianat itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
“Perbuatan khianat itu mengakibatkan kerugian ribuan ringgit terhadap penduduk sedangkan jika benar ia satu kesalahan, mengapa pihak pengurusan tidak mengambil tindakan dengan mengunci tayar kenderaan kami saja, seterusnya mengenakan denda? “Sebahagian daripada kami sudah membuat laporan polis pada 5 November lalu dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini, seterusnya tindakan pasti diambil terhadap pesalah terbabit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu pada 5 November lalu.

Gadis dinoda rakan sekerja


GOMBAK: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja.
Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu.

Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. “Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.

“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,” katanya.

Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.
Berikutan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu mereka bagi membantu siasatan kes itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Pasukan khas siasat kejadian


PERAI: Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol tiga anggota polis di sebuah balai di sini, pagi Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan pihaknya menubuhkan pasukan khas itu bagi menjalankan siasatan terperinci.

Menurutnya, pasukan khas itu menjalankan siasatan lebih menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek.
“Saya memberi jaminan siasatan yang adil dijalankan tanpa melindungi mana-mana pihak sekalipun yang didakwa itu adalah anggota polis,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita berasal dari Jawa Tengah, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa diperkosa tiga anggota polis dalam sebuah bilik sebuah balai.

Wanita berkenaan mendakwa dirogol anggota polis berkenaan apabila dia dibawa ke balai berkenaan selepas ditahan kerana tidak membawa pasport di kawasan flat, di sini, jam 6.20 pagi.
Siti Maemanah mendakwa dia ditahan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda sebelum membawanya ke balai dan didapati terdapat dua lagi anggota polis berada di situ.

Dakwanya, ketika merayu supaya dilepaskan, salah seorang daripada anggota polis yang menahannya minta supaya dia ‘melayan’ keempat-empat anggota itu.
Pekerja sebuah kedai makan itu terpaksa melayan nafsu termasuk melakukan seks oral terhadap tiga daripada empat anggota polis terbabit.

Dia mendakwa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir dengan tiga anggota polis terbabit di atas tilam dalam sebuah bilik di belakang kaunter balai itu.

Wanita itu mendakwa dihantar pulang ke Taman Impian, Alma oleh anggota polis terbabit jam 7.30 pagi dengan kereta persendirian.

Menurut Mazlan, tiga anggota polis dari Balai Polis Perai itu kini direman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, semua anggota polis berkenaan ditahan jam 7 malam iaitu selepas empat jam wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada petang hari kejadian.

“Apabila siasatan terhadap kes ini lengkap, laporannya dihantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

2 anggota Rela samun RM10 dicekup

myMetro | 2 anggota Rela samun RM10 dicekup: "KUALA LUMPUR: Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dikesan ‘cari makan’ dengan menyamar anggota polis sebelum menyamun orang awam di sekitar ibu negara.

Namun, kegiatan dua lelaki terbabit masing-masing berusia 24 tahun tumpas selepas ditahan anggota unit peronda (MPV) ketika menyamun seorang pejalan kaki dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis menjalankan pemeriksaan, awal pagi kelmarin.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 5 pagi di depan kedai menjual karpet di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kedua-dua suspek menyamun RM10 daripada mangsa berumur 26 tahun selepas mereka yang menunggang motosikal menahan mangsa dan mengaku sebagai anggota polis."

'via Blog this'

Ajal serang hendap


MANJUNG: Seorang isteri tergamam apabila melihat suaminya terbaring berlumuran darah selepas ditembak penjenayah di bahagian telinga kiri hingga menembusi mata.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, mangsa, Steven Ling Hock Chuan, 33, ditembak dengan pistol oleh beberapa individu yang menyerang hendap mangsa di luar pintu pagar rumahnya di Taman Sejati Dua, Seri Manjung, di sini. 
Mangsa yang ditembak dua das bagaimanapun maut beberapa jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Manjung, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, mangsa sebelum itu sempat makan bersama isteri dan ahli keluarga lain.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai mekanik menghantar isteri dan ahli keluarga pulang ke rumah sebelum mandi serta menukar pakaian.

GRO dicekup ketika asyik layan pelanggan


KUALA LUMPUR: Seramai 24 warga asing yang sebahagian besarnya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Taman Kobena, Cheras di sini ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Putrajaya, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam 1.45 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bujang bersama 30 anggota itu, 23 wanita warga China, seorang lelaki Bangladesh dan seorang lelaki tempatan diberkas atas pelbagai kesalahan imigresen.

Abdul Malik berkata, ketika pemeriksaan semua wanita warga asing terbabit sedang asyik melayan pelanggan di bilik karaoke dan ruang legar dalam premis berkenaan dengan berpakaian seksi.
dan menjolok mata.

“Seramai 11 yang ditahan memiliki pasport namun menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO, lapan pemegang pas isteri kepada warganegara (WOC), tiga memiliki pas pelajar dan seorang pemegang pas ikhtisas (PLIK).

“Wanita warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral, manakala lelaki Bangladesh bekerja sebagai penjaga bar serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki tempatan itu pula ditangkap kerana disyaki melindung pesalah imigresen,” katanya di sini, semalam.
Semua yang ditahan dihantar ke Depoh Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan disiasat mengikut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

2 maut pekerja ladang ‘bertempur’


BARAM: Pergaduhan membabitkan lebih 40 pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia dari dua suku kaum berbeza berakhir tragedi berdarah apabila dua lelaki maut manakala tiga cedera parah di Long Loyang, kelmarin.
Insiden berdarah itu dipercayai akibat perselisihan faham antara dua kumpulan masing-masing dari suku kaum Melayu Sambas dan Bugis sehingga mencetuskan pergaduhan bersenjatakan parang, jam 10 malam.

Menurut sumber, perselisihan faham antara dua kumpulan itu dipercayai berlarutan sejak seminggu lalu kerana mahu mempertahankan pendapat masing-masing berhubung isu yang tidak diketahui sehingga kini.
Katanya, kemuncak perselisihan faham itu akhirnya mencetuskan pertengkaran mulut apabila kedua-dua pihak saling memburukkan satu sama lain yang kemudian menyebabkan pergaduhan berlaku.

“Masing-masing mahu menegakkan pendapat mereka, namun tidak diketahui punca perselisihan itu sebenar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa berusia 27 dan 29 tahun dibawa ke Klinik Kesihatan Long Loyang, Tinjar sebelum meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Miri.
Bagaimanapun, katanya, tiga lagi mangsa yang cedera parah masing-masing di tangan, badan dan kepala selamat dan kini dirawat di Hospital Miri.

“Setakat ini, kami menahan empat individu berusia 20 hingga 40-an bagi membantu siasatan sekali gus mengesan individu lain yang turut terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marudi/Baram, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak menafikan kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara dua kumpulan suku kaum itu sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.

“Beberapa suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” katanya.

Bergasak selepas nahas jalan


MIRI: Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri, dikerah bagi meleraikan pergaduhan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lelaki selepas seorang daripada suspek yang juga samseng jalanan melanggar kenderaan dinaiki tiga beranak di Jalan Pujut 7, kelmarin.
Insiden tercetus apabila suspek berusia 30-an memandu kereta Proton Saga, dikatakan sengaja mengekori rapat kereta Perodua Alza yang dinaiki tiga beranak terbabit, sebelum merempuh kenderaan itu dari belakang dalam kejadian jam 6.30 petang.

Difahamkan, semua yang terbabit dalam pergaduhan itu rakan kepada mangsa dan suspek selepas kedua-dua pihak masing-masing menghubungi rakan mereka bagi mendapatkan bantuan.
Saksi kejadian enggan dikenali berkata, insiden berlaku apabila pemandu kereta Proton Saga itu menunjukkan isyarat lucah menyebabkan pemandu kereta Perodua Alza membalasnya dengan menunjukkan isyarat sama.

“Bagaimanapun, pemandu Proton Saga bersama rakannya kemudian mengejar selain mengekori rapat dan menghimpit Perodua Alza itu sebelum merempuhnya. “Sebaik menghampiri simpang lampu isyarat menuju ke Lutong, suspek memecut keretanya lalu merempuh belakang kenderaan mangsa.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak dan kemuncaknya apabila suspek bersama rakannya membelasah mangsa sehingga cedera di muka dan badan,” katanya.
Katanya, keadaan itu menyebabkan orang awam menghubungi polis sebelum kereta peronda tiba di tempat kejadian bagi meredakan keadaan.

“Walaupun dengan kehadiran anggota polis, kedua-dua pihak menghubungi rakan lain. Kedatangan mereka menyebabkan jalan raya bertambah sesak sehingga menyukarkan orang ramai melaluinya.” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, akibat kejadian itu dua individu terbabit dalam pergaduhan dimasukkan ke Hospital Miri selepas dipercayai cedera parah, manakala enam individu berusia 30 hingga 40-an ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini siasatan dijalankan dengan mengambil keterangan daripada individu ditahan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

‘Tak sangka bawa balik mayat ibu’


IPOH: ”Saya tidak sangka membawa pulang mayat ibu ketika semua sanak-saudara bergembira menyambut perayaan Deepavali, “ kata Suresh Krishnan, 29, yang sebak selepas ibunya, A Kusulakumary, 55, maut dalam nahas jalan raya, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.40 pagi semalam, mangsa maut tercampak dari dalam Toyota Avanza dinaiki bersama sembilan anggota keluarga lain di Kilometer 299.9, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur Tol Gopeng, di sini. Suresh berkata, ibunya menaiki kenderaan itu yang dipandu adik ibunya, Subramaniam, 53, selain turut dinaiki adik perempuannya, K Kalaivany, 24, dan ahli keluarga lain. Menurutnya, semua ahli keluarganya itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Setiawan, di sini, untuk menyambut Deepavali.

“Ibu bertolak dari rumah adik saya di Taman Universiti, Skudai, Johor, jam 10 malam semalam (kelmarin). Sebelum memulakan perjalanan, ibu sempat menghubungi saya melalui telefon bimbit dan memberitahu akan memulakan perjalanan.
“Dia ketika itu meluahkan rasa teruja pulang menyambut Deepavali di kampung. Bagaimanapun, saya terkejut apabila menerima maklumat jam 5 pagi semalam berhubung tragedi berlaku," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kampar, semalam.

Pilu menjelang Deepavali


KAMPAR: Kegembiraan menyambut Deepavali di kampung bertukar tragedi apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan terbalik menyebabkan seorang maut, tujuh cedera termasuk tiga parah manakala tiga lagi tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 299.9, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gopeng, semalam.
Dalam kejadian jam 4.40 pagi semalam, kenderaan model Toyota Avanza dinaiki semua mangsa dikatakan hilang kawalan selepas tayar belakang kanannya pecah menyebabkan kenderaan itu merempuh pembahagi besi kiri lebuh raya. 
Hentaman kuat itu menyebabkan besi penghadang lebuh raya itu putus mengakibatkan kebanyakan mangsa termasuk lima kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, semua mangsa menaiki kenderaan itu dari Skudai, Johor menuju Ayer Tawar, Setiawan, di sini, untuk menyambut Deepavali.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar kanan belakang kenderaan itu pecah menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan menghentam besi penghadang lebuh raya.

‘Pesan arwah ayah jadi kenyataan’


KUANTAN: “Sebelum arwah meninggal tiga bulan lalu kerana sakit jantung, dia sempat berpesan kepada kami sekeluarga supaya tidak sesekali membeli motosikal untuk adik ketiga kerana bimbang terbabit dalam kemalangan.
“Pesanan arwah ada kebenaran dan menjadi kenyataan apabila adik ketiga saya terbunuh akibat terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditungganginya melanggar pembahagi jalan,” kata Rudy Hamzah, 31.

Dia abang kepada Harieri, 22, yang terbunuh di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tanah Putih, berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, Harieri yang bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang bata di Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menceritakan semula kejadian itu, Rudy berkata, dia menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada seorang rakan jam 3.30 pagi dan bergegas ke bandar ini dari Kemaman untuk melihat keadaan adiknya.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat mayat adiknya terbaring atas permukaan jalan.
“Motosikal Kawasaki 150 yang ditunggang arwah baru sebulan dibeli ibu mereka, Roziah Mohamad, 52, atas permintaan adik dan kenderaan itu digunakan Harieri untuk berulang-alik ke tempat kerjanya.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum meninggalkan rumah kelmarin. Selepas kejadian itu, barulah saya teringat pesanan arwah ayah supaya tidak membenarkan Harieri menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Tanah Putih dari bandar ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan mengakibatkannya tercampak beberapa meter.

Gali kubur kebas ‘bayak’


SIBU: Selepas tanah perkuburan Cina di Miri menjadi mangsa, penjarah kubur kini kembali mengganas apabila menjadikan Tanah Perkuburan Iban di Bukit Aup, dekat sini, sebagai sasaran terbaru.
Difahamkan, penjenayah memecah kubur untuk melarikan barangan berharga seperti barangan kemas dan wang tunai atau dipanggil ‘bayak’ yang ditanam bersama si mati.

Kegiatan itu dikesan sejak dua minggu lalu, namun laporan polis hanya dibuat penduduk sebuah rumah panjang di Balai Polis Sentral, di sini, Jumaat lalu.
Seorang ahli keluarga mangsa enggan dikenali berkata, sehingga laporan polis itu dibuat, sebanyak 18 kubur sudah diselongkar kumpulan penjenayah itu.

“Kegiatan itu disedari penduduk sejak dua minggu lalu dan ia didapati berterusan sehingga Khamis lalu. Kami kesal dengan perbuatan biadab itu yang bukan saja mencuri harta si mati tetapi ia sebenarnya mengganggu ketenteraman roh saudara mara kami,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.
“Polis sudah memeriksa lokasi kejadian dan sedang berusaha mengesan penjenayah. Orang ramai mengetahui kegiatan itu perlu segera membuat laporan untuk memudahkan tindakan diambil,” katanya.

Mei lalu, sebuah kubur Cina di Miri diceroboh dan penjenayah melarikan keranda seorang wanita yang dipercayai turut ditanam dengan barangan kemas.
Pada 3 April lalu, seorang lelaki terkejut apabila mendapati kubur menempatkan mendiang ibunya di Tanah Perkuburan Cina di Jalan Riam, Miri, diceroboh sebelum penceroboh melarikan keranda bersama tulang ibunya yang mati lebih 20 tahun lalu.

Kejadian itu disedari anak lelaki mangsa, dikenali sebagai Chang, 45, ketika menziarahi kubur mendiang ibunya untuk melakukan upacara sembahyang bagi memperingati dan menghormati roh ibunya.

Seperti kebiasaan, anak mangsa bersama ahli keluarga menziarahi kubur ibu untuk sembahyang selain membersihkan kawasan persekitaran.

Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila mendapati kubur ibunya dipecahkan manakala keranda dan rangka tulang ibu turut hilang.

Sementara itu, kes sama turut berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Lorong Mendu 2, dekat Kuching, apabila diceroboh dan batu nisan dicabut dengan dua laporan polis dibuat keluarga waris berhubung kejadian itu pada 6 dan 8 Mei lalu di Balai Polis Sekama dan Balai Polis Gita.

Kawasan perkuburan itu antara terawal dibuka di negeri ini selepas diwakafkan hampir 100 tahun lalu bagi kegunaan umat Islam sekitar bandaraya Kuching termasuk dari Tabuan, Batu Lintang dan kawasan lain.

Berikutan kejadian itu, 20 penduduk kampung bersama keluarga waris berkumpul di kawasan perkuburan berkenaan semalam bersama sepasukan polis serta wakil Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) yang hadir menjalankan siasatan

Abang menangis minta diselamatkan


KUALA LUMPUR: “Saya menerima panggilan telefon daripada abang minta saya selamatkan dia dalam keadaan menangis dan ketakutan.
“Selepas itu, panggilannya terputus. Saya cuba menghubunginya semula sebanyak enam kali, namun gagal menyebabkan saya tidak sedap hati,” kata Mohd Kharul Izwan Mat Yaakob, 26, ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Abangnya, Mohd Nor Mat Yaakob, 32, ditemui rentung selepas bengkel motosikal milik majikannya di Jalan Bangsar, di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi semalam.
Kharul berkata, beliau menerima panggilan daripada abangnya jam 2.30 pagi ketika itu beliau sedang tidur di rumahnya di ibu kota.

“Abang minta saya datang ke bengkel motosikal tempatnya bekerja dan selamatkan dia. Katanya bengkel itu sedang terbakar dan dia berasa takut.

“Tiba-tiba panggilan terputus dan usaha saya menghubunginya semula gagal,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, bomba sedang memadamkan kebakaran sebelum dimaklumkan satu mayat lelaki ditemui rentung di tingkat dua bangunan berkenaan.

Beliau yang bekerja sebagai juruteknik berkata, beliau yakin itu adalah abangnya.
Kharul berkata, abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) di kaki kirinya akibat kemalangan 10 tahun lalu baru sebulan bekerja sebagai mekanik di bengkel berkenaan.

“Abang baru saja berpindah ke bilik tingkat atas bengkel berkenaan. Saya reda dengan apa yang berlaku. Arwah abang anak ketujuh daripada lapan beradik.

Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian di kampung halaman mereka di Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan tiga jentera ke lokasi membantu memadamkan kebakaran.

“Usaha memadamkan kebakaran membabitkan 23 pegawai dan anggota. Api dapat dikawal jam 3.02 pagi,” katanya.

Banjir kembali teruk


SEPANG: Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan keadaan banjir di Kuala Langat dan Dengkil kembali teruk apabila 1,703 mangsa daripada 407 keluarga kini ditempatkan semula di lima pusat pemindahan sementara di dua kawasan berkenaan.
Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang apabila paras air naik sehingga 0.5 meter menyebabkan mangsa yang sebelum ini pulang ke rumah kembali mendaftar di pusat pemindahan sementara.

Pegawai Bertugas di Pusat Kawalan Bomba (PKD) Kuala Langat, Mohd Norfardly Marshar Mohd Sharip berkata, 765 mangsa daripada 191 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang, 56 mangsa dari 18 keluarga di dewan Genting Sanyen, Dewan Kampung Bukit Changgang 29 mangsa membabitkan 11 keluarga dan dewan Bukit Tandum 86 mangsa daripada 20 keluarga.
“Jumlah mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan SK RTB Bukit Changgang sentiasa bertambah kerana kebanyakannya kembali tinggal di situ selepas rumah dinaiki air, berbanding tiga pusat lain yang tidak banyak berubah, “Peningkatan ini akibat hujan lebat semalam menyebabkan paras air Sungai Langat meningkat dan air mula naik awal pagi. Kebanyakan mangsa mula berpindah ke pusat pemindahan sejak jam 7 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

140 polis, orang awam dibunuh di Sao Paulo

POLIS bermotosikal meronda perumahan setinggan Paraisopolis di Sao Paulo, Brazil. Pada bulan September saja, 144 polis terbunuh, lapor jabatan terbabit, kebanyakan menjadi sasaran oleh sindiket dadah semasa mereka berada di luar tugas. - Foto APPOLIS bermotosikal meronda perumahan setinggan Paraisopolis di Sao Paulo, Brazil. Pada bulan September saja, 144 polis terbunuh, lapor jabatan terbabit, kebanyakan menjadi sasaran oleh sindiket dadah semasa mereka berada di luar tugas. - Foto APSindiket dadah Brazil bertindak balas terhadap operasi pihak berkuasa

Sao Paulo: Sekurang-kurangnya 14 orang dibunuh di bandar terbesar Amerika Selatan sejak dua minggu lalu berpunca daripada keganasan sindiket dadah, kata Jabatan Keselamatan Awam Sao Paulo.
Pembunuhan di Sao Paulo dilaporkan mulai meningkat pada bulan September. Pada bulan itu saja, 144 orang terbunuh, lapor jabatan terbabit.


Keseluruhan kes bunuh di bandaraya itu dilaporkan mencapai 982 sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Mangsa termasuklah 90 anggota polis, kebanyakan mereka ditembak mati penyerang ketika tidak bertugas.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Awam berkata, pembunuhan polis diarahkan oleh ketua kumpulan penjenayah yang dipenjarakan, First Capital Command berikutan operasi pihak berkuasa terhadap sindiket dadah.

Dalang serangan
First Capital Command adalah antara kumpulan penjenayah terkenal di Brazil.

Berpusat di penjara negeri Sao Paulo, kumpulan terbabit didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan terhadap polis, bangunan kerajaan, bank dan bas awam pada 2006.

Serangan berkenaan disusuli dengan tindakan balas anggota polis di kawasan penduduk miskin menyebabkan lebih 200 orang maut.

Dengan keganasan terbaru itu meletus, kedai dan sekolah di beberapa daerah Sao Paulo ditutup awal sejak minggu lalu berikutan khabar angin merebak bahawa kumpulan terbabit mengenakan perintah berkurung.

“Disebabkan keganasan meningkat di zon selatan bandaraya itu, pengarah sekolah memutuskan kakitangan pendidikan dan pelajar berada di rumah untuk keselamatan mereka,” kata penolong pentadbiran sekolah latihan profesional, Eliane Valerio de Souza.

Pihak berkuasa Sao Paulo minggu lalu memberitahu, ketua First Capital Command menggunakan telefon bimbit yang diseludup untuk mengarahkan serangan. - AP

Berang kereta disimbah asid




MUHAMMAD SAZRI menunjukkan keretanya yang rosak selepas disimbah asid ketika diletakkan di Apartmen No. 5, Taman LTAT, Jalan Bukit Indah, Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 penduduk naik berang apabila kereta milik mereka yang diletakkan di tepi bangunan Blok A, Apartmen No. 5, Taman LTAT, Jalan Bukit Indah, Bukit Jalil di sini rosak akibat disimbah asid dalam perbuatan khianat baru-baru ini.
Lebih membuatkan mereka marah, kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali pada Julai, September dan terbaharu pada 5 November lalu itu berlaku dalam kawasan yang mempunyai pengawal keselamatan.
Dalam ketiga-tiga kejadian itu, bukan sahaja 29 buah kereta rosak akibat disimbah asid dan dicalar malah, tempat duduk motosikal turut ditoreh.
Difahamkan, perbuatan khianat itu disyaki dilakukan selepas ada pihak yang berang dengan sikap penduduk yang meletakkan kenderaan masing-masing bukan di lot yang disediakan.
Seorang penduduk, Muhammad Sazri Abd. Sani, 33, berkata, dia terkejut apabila mendapati Perodua Myvi miliknya rosak akibat disimbah asid dan dicalar ketika hendak keluar bekerja pada 5 November lalu.

Tiga maut masa lumba




MAHARAMI (kanan) menceritakan mengenai kemalangan yang 
menimpa anaknya ketika ditemui di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menemui ajal apabila motosikal yang mereka naiki untuk berlumba bertembung sesama sendiri di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini semalam.
Kejadian pukul 1.45 pagi itu menyebabkan seorang mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, dari Parit Puasa; Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi masing-masing berusia 14 tahun dari Parit Haji Abdul Salam, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berlumba dengan menaiki dua buah motosikal.
Katanya, Muhamad Fetri serta Muhamad Sharul masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dan Modenas Kriss manakala Syazwan merupakan pembonceng Muhamad Sharul.

Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung


ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu.
Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian, bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pemandu teksi jadi penyelamat




ANGGOTA penyelamat membawa keluar lapan pelancong Singapura yang tersesat di kawasan hutan Air Terjun Kota Tinggi, Johor semalam.


KOTA TINGGI - Lapan pelancong warga Singapura berjaya ditemui pagi semalam selepas mereka dilaporkan sesat selama 24 jam ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi kelmarin.
Kesemua mereka berjaya diselamatkan selepas seorang daripada mereka menghubungi pemandu teksi yang menghantar mereka ke kawasan tersebut pada pukul 7.55 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, 18 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mereka dalam keadaan sihat pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mereka itu yang bermula pukul 7 pagi.
Che Mahazan berkata, mangsa yang terlibat dikenali sebagai Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.