Search This Blog

Monday, November 5, 2012

Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir



Zulkifli Sulong,04 Nov 2012
BATU PAHAT: Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

"Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Kira-kira 750 pemimpin PAS peringkat kawasan dan negeri menyertai konvensyen ini menyebabkan Markas Tarbiyah PAS Parit Bisu, Batu Pahat penuh sesak.

"Kita jangka 500 sahaja yang hadir. Tak sangka pula begini ramai," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor kepada Harakahdaily.

Tamrin adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam konvensyen ini.

Turut datang adalah Datuk Abdul Rahman Yunos, AJK Umno Bahagian Segamat yang menjadi tetamu konvensyen.


Petronas


Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya, kata Kadir.

"Dr Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol.

"Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," kata Tamrin.

Menurutnya, satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

"Atas sebab-sebab itulah saya lari," kata Tamrin menafikan beliau berhasrat mahu bertanding.

"Saya lari tu bukan nan tanding, tak nak dah. Saya jadi MP dah dua penggal, dah jadi Pengerusi Mara dan sebagainya. Dah cukup tu," katanya.

Tamrin juga berkata, kalau selama Wanita Umno sangat kuat tetapi kini sudah lembik.

"Naib Wanita Umno kata mereka sudah malu turun ke bawah kerana kita sudah dianggap 'wanita lembu',  sedangkan selama ini mrekalah yang paling berkesan," kata Tamrin.

Tiga polis Mesir ditembak mati di Sinai



Terjemahan Mohamad Yahya,04 Nov 2012
Sekurang-kurangnya tiga anggota polis terbunuh selepas sekumpulan penyerang melepaskan tembakan ke atas kereta mereka di rantau el-Arish, Semenanjung Sinai di Mesir, lapor televisyen kerajaan.


Seorang pegawai lain turut tercedera dalam serangan Sabtu lalu, yang mungkin dijalankan oleh pihak yang sedang diburu oleh pasukan keselamatan Mesir di rantau tersebut, menurut sumber dari pihak keselamatan.

Kumpulan penyerang itu melarikan diri selepas melakukan serangan dan masih belum dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Tentera Mesir melancarkan tindakan keselamatan terbesar di Semenanjung Sinai dalam tempoh beberapa dekad berikutan pembunuhan 16 pengawal sempadan 5 Ogos lalu.

Kekacauan telah merebak di Sinai sejak Hosni Mubarak digulingkan dalam pemberontakan tahun lepas, dengan pejuang meningkatkan serangan ke atas pasukan keselamatan berhampiran sempadan Israel.

Mohamed Morsi, Presiden Mesir, telah berikrar untuk memulihkan keselamatan di rantau tersebut. (AlJazeera)

Anak bekas YB kena tetak


Lokasi mangsa dibelasah dan ditetak  di sebuah restoran di Seksyen 6, Wangsa Maju, semalam.

Lokasi mangsa dibelasah dan ditetak di sebuah restoran di Seksyen 6, Wangsa Maju, semalam.
Mangsa parah dibelasah penjenayah ketika jamu selera di restoran

Kuala Lumpur: Anak lelaki bekas seorang ahli politik parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan individu tidak dikenali di Wangsa Maju, di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi dilaporkan berlaku ketika Wan Mohamad Faizal Wan Mohd Najib, 24, anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh di Kelantan, Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad, sedang menjamu selera di sebuah restoran di Seksyen 6.
Sumber berkata, mangsa yang bekerja di syarikat menjual kenderaan mewah milik keluarganya di Cheras, tiba-tiba didatangi empat lelaki menaiki PROTON Perdana V6 hitam sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Kumpulan itu mengheretnya keluar dari restoran dan membelasah bertubi-tubi sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang, menetak belakang mangsa.

“Mereka melarikan diri apabila tempat kejadian dikerumuni orang ramai.
Mangsa yang berlumuran darah dibantu orang awam yang turut menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya.

Kenal pasti motif serangan
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika mengesahkan kejadian, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan ke atas mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Berdasarkan keterangan mangsa dan saksi, serangan dilakukan empat lelaki bersenjatakan parang. Siasatan turut mendapati mangsa tidak mengenali suspek, manakala kereta dinaiki kumpulan terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya sambil menambah keadaan mangsa kini stabil.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan polis.

Mangsa taufan Sandy hadapi cuaca sejuk


Foto
 

Ketua Pasukan Pengawal Udara, Sarjan Thomas Moade (kiri) mengetuai anggotanya membawa bantuan air dan makanan di Staten Island semalam.
Foto

Seorang pengguna, Rico Martin tersenyum selepas berjaya mendapat 38 liter gas percuma di West Brighton Staten Island semalam.

Bekalan bahan api masih terjejas di zon bencana

New York: Mangsa taufan Sandy di pantai timur terus berusaha mengatasi cuaca sejuk semalam di tengah kekurangan bahan api dan terputus bekalan elektrik, dua hari sebelum pilihan raya yang menyaksikan persaingan sengit antara Presiden Barack Obama dan lawannya dari Republikan, Mitt Romney.

Bekalan bahan api terjejas di zon bencana dan sejuta pengguna memperoleh bekalan elektrik ketika suhu hampir takat beku melanda bahagia timur laut Amerika Syarikat semalaman. Namun Datuk Bandar ini Michael Bloomberg memberi amaran kepada penduduk bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan kuasa pulih sepenuhnya dan kekurangan bahan api berakhir.
Obama, yang bersaing dalam tinjauan pendapat dengan Romney, mengarahkan pihak berkuasa maklum balas kecemasan untuk memintas “pita merah” kerajaan dan bekerja tanpa bertangguh untuk membantu kawasan bencana kembali normal secepat mungkin.

2.5 juta rumah belum pulih

Bekalan kuasa yang pulih menyalakan pencakar langit di Lower Manhattan buat kali pertama sejak hampir seminggu dan membenarkan 80 peratus daripada perkhidmatan kereta api bawah tanah bandar raya ini diteruskan. Namun kira-kira 2.5 juta rumah dan perniagaan masih belum pulih di seluruh timur laut, menurun daripada 3.5 juta Jumaat lalu.

Ketiadaan elektrik ditambah dengan kekurangan bahan api bermaksud sesetengah rumah mungkin kesejukan ketika cuaca sejuk tidak diundang melanda.

Jabatan kaji cuaca berkata suhu menurun kepada kira-kira 3 darjah selsius malam kelmarin dengan suhu takat beku dijangka berlaku minggu depan.
Bloomberg menggesa penduduk tanpa bekalan elektrik dan haba pergi ke tempat perlindungan di mana mereka boleh memanaskan diri dan menerima makanan. “Ketika ini cuaca sudah mula sejuk.”

Undi guna e-mel

Pihak berkuasa di seluruh kawasan timur laut yang teruk dilanda taufan semakin bimbang untuk menghantar pengundi yang terpaksa berpindah akibat Sandy, ke stesen pengundian untuk mengundi Selasa ini. Sejumlah besar pusat pengundian tidak dapat digunakan akibat limpahan air banjir di New York dan New Jersey.

New Jersey membenarkan pengundi yang kehilangan tempat tinggal akibat taufan Sandy untuk mengundi menerusi emel, sementara sesetengah pengundi di bandar raya ini mungkin memangkah peti undi dalam khemah Selasa ini. - Reuters

6 cedera bas rempuh lori



Kampar: Enam penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh sebuah lori di Kilometer 305 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, awal pagi semalam.

Kejadian jam 5.30 pagi itu kemalangan ketiga di kawasan berkenaan dalam tempoh empat hari dan selang sehari selepas pacuan empat roda dipandu seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian remuk teruk merempuh treler di kawasan berbukit berhampiran tempat sama.
Bas bawa 15 penumpang

Kemalangan semalam membabitkan bas ekspres membawa 15 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Ipoh yang gagal mengelak sebuah treler membawa muatan tanah ketika mendaki bukit lalu merempuh belakang lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala semua penumpang yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

“Siasatan awal mendapati laluan berkenaan gelap kerana tiada lampu jalan selain jalan yang menaiki bukit,” katanya, di sini semalam.

Khamis lalu, sebuah bas ekspres merempuh belakang lori tangki penuh muatan susu getah sebelum menyeret kenderaan itu sejauh 200 meter di Kilometer 307, berhampiran laluan sama.
Kejadian jam 11 malam itu menyebabkan pemandu kedua bas ekspres cedera di kaki dan terpaksa dikeluarkan melalui pintu kecemasan belakang.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin pula, jurutera JPS Kerian, Hidzrami Shamsul Anwar, 48, menerima 11 jahitan selepas Toyota Fortuner dipandunya merempuh treler.

Taufan Sandy: Haiti rayu bantuan antarabangsa



PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti hari ini merayu negara luar dan badan antarabangsa agar menyalur bantuan kecemasan kemanusiaan selepas negara itu dilanda bencana Taufan Sandy.

Taufan pemusnah itu membadai kawasan barat Haiti pada malam 24 Oktober lalu.
Taufan yang turut membawa hujan lebat itu menyebabkan kawasan pantai selatan dan ibu negara itu teruk dilanda banjir sejak seminggu lalu.

Pihak berkuasa berkata, ribut berkenaan memusnahkan 70 peratus hasil pertanian di sebelah barat Haiti serta menyebabkan kematian haiwan ternakan.

Pegawai kerajaan berkata, bencana itu meragut lebih 54 nyawa penduduk Haiti, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 1.6 juta penduduknya terjejas.

Pengumuman mengenai rayuan terhadap bantuan antarabangsa itu dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Haiti, Laurent Lamothe.

Negara Caribbean itu masih bergelut untuk memulihkan negara yang teruk dilanda gempa bumi kuat, dua tahun lalu. - AP

Jurutera cari gali didakwa pukul isteri



KUALA LUMPUR 2 Nov. - Seorang jurutera cari gali Petronas yang bertugas di Uzbekistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya yang merupakan seorang peguam, hujung tahun lalu.
N. Eelasegaran, 54, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurdiana Mohd. Nazari.
Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan dengan cara memukul isterinya, N. Sreedevi, 42, di muka dan dagu serta menolak mangsa di bilik nombor 3508 Hotel Sheraton di ibu negara pada pukul 3.30 pagi, 8 Disember 2011.
Dakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norman Mohd. Nasir mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Disember depan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121103/ma_04/Jurutera-cari-gali-didakwa-pukul-isteri#ixzz2BIvnxSnr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima hakim Indonesia dikenal pasti ambil dadah



JAKARTA 4 Nov. - Suruhanjaya Kehakiman (SK) Indonesia sudah mengenal pasti lima orang hakim di Jakarta yang terlibat dalam pengambilan najis dadah.
Menurut Timbalan Ketua SK, Imam Anshori Saleh, kesemua lima hakim berkenaan dikenal pasti selepas suruhanjaya itu dimaklumkan oleh Hakim Puji Wijayanto yang baru-baru ini ditangkap kerana kesalahan sama.
Bagaimanapun, beliau enggan mengumumkan nama kesemua hakim tersebut selain beberapa pengamal undang-undang lain yang juga didakwa berhadapan dengan masalah yang serupa.
“Penangkapan Hakim Puji akan membongkar sindiket penyalahgunaan dadah di kalangan mereka yang terlibat dalam institusi kehakiman," katanya.
Pada masa sama, Imam menyatakan harapan beliau terhadap kesemua lima hakim dan pengamal undang-undang lain agar berhenti daripada mengambil benda haram itu jika tidak mahu dikenakan hukuman berat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121105/lu_08/Lima-hakim-Indonesia-dikenal-pasti-ambil-dadah#ixzz2BIu6LmzR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas mati ditumbuk pencuri



SHAH ALAM 4 Nov. - Dua penyamun bertindak kejam apabila menumbuk seorang wanita warga emas di dahinya dan menyumbat mulutnya dengan tuala mengakibatkan mangsa mati lemas dalam kejadian awal pagi ini.
Dalam insiden kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Sadariah Tubasar, 65, dipercayai cuba melawan suspek yang memakai topeng muka dan sarung tangan serta bersenjatakan parang.
Semasa kejadian, Sadariah tidur bersama cucunya yang merupakan penuntut tingkatan lima di ruang tamu rumahnya di Parit Enam Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam dekat sini.
Bagaimanapun cucu mangsa tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang.
Beliau berkata, suspek dikatakan terus menuju ke arah mangsa dan cucunya serta mengancam dengan parang sebelum mengikat mereka dengan tali rafia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121105/je_04/Warga-emas-mati-ditumbuk-pencuri#ixzz2BIt1oG7C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak bekas wakil rakyat parah ditetak



Wan Mohd. Faizal terbaring berlumuran darah setelah ditetak empat lelaki bersenjatakan parang di Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kira-kira 20 pengunjung sebuah restoran mamak di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini hari ini, bertempiaran melarikan diri kerana ketakutan melihat insiden ngeri, seorang anak bekas ahli politik parah ditetak oleh sekumpulan empat lelaki.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa, Wan Mohd. Faizal, 25, iaitu anak kepada usahawan kereta dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan tangan setelah diserang dengan parang oleh suspek.
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, dia mahu meletak kereta di hadapan restoran berkenaan untuk bersarapan apabila melihat empat lelaki bersenjatakan parang menetak mangsa di kaki lima bersebelahan premis tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121105/je_01/Anak-bekas-wakil-rakyat-parah-ditetak#ixzz2BIsrPATn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu teksi mati dikelar, ditikam sebelum dibakar



S. NALAN yang mati dibunuh di dalam teksi di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Seorang pemandu teksi ditemui mati dibunuh di dalam kenderaannya dengan kesan kelaran di leher dan tikaman di badan sebelum dibakar di Jalan Tun H. S. Lee di sini awal pagi ini.
Mayat S. Nalan, 26, ditemui di tempat duduk pemandu dengan mulutnya disumbat dengan kain.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pada awalnya, pihaknya menerima panggilan awam mengenai sebuah teksi terbakar di kawasan itu.
Menurutnya, pihak bomba yang dimaklumkan kejadian itu telah berjaya memadamkan api dan hasil pemeriksaan menemukan mayat mangsa.
"Polis tidak menemukan senjata yang digunakan suspek manakala barang peribadi mangsa seperti dompet turut hilang," katanya ketika ditemui di Majlis Community Policing di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, Sungai Besi di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121105/je_02/Pemandu-teksi-mati-dikelar-ditikam-sebelum-dibakar#ixzz2BIsJa6C3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ditahan berhubung kes hina Sultan Johor



JOHOR BAHRU 4 Nov. - Seorang pemuda ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin, bagi membantu siasatan kes sebuah laman sosial Facebook yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 12 Oktober lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ahmad berkata, lelaki itu yang berusia 27 tahun ditahan pukul 7.30 malam dan kini direman selama tiga hari bermula semalam.
“Polis telah membuat serbuan di Wangsa Maju. Kita terlebih dahulu memperkenalkan diri sebelum membuat pemeriksaan ke atas semua komputer di dalam premis berkenaan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121104/je_06/Lelaki-ditahan-berhubung-kes-hina-Sultan-Johor#ixzz2BIs9pvpY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bunuh guna bantal

USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Sadariah yang maut ditekup penyamun.
USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Sadariah yang maut ditekup penyamun.
SUNGAI BESAR: Seorang remaja mengalami detik amat menyedihkan apabila melihat sendiri neneknya ditekup dengan bantal hingga mati oleh dua perompak yang menceroboh rumah mereka di Kedai Luar Bandar, Jalan Parit 6 Timur, di sini, awal pagi semalam.
Mohammad Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang turut ditumbuk dan diacukan parang oleh dua penjenayah terbabit berkata, sebelum itu neneknya, Sadariah Tubasar @ Ahmad, 65, diikat dengan tali rafia manakala mulutnya ditekup dengan tuala. “Walaupun diikat, nenek tetap melawan dan menjerit menyebabkan suspek panik lalu seorang daripada mereka mengambil bantal dan menekup muka nenek. Beberapa minit kemudian, nenek lemah dan tidak lagi bersuara,” katanya.

Mohammad Hafizul berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi ketika dia dan neneknya nyenyak tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, seorang daripada lelaki itu menghempap tubuhnya sebelum tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia.

“Saya juga ditumbuk beberapa kali dan diacukan parang supaya tidak melawan. Mereka mengarahkan saya membantu mereka menggeledah bilik nenek.

“Selepas berjaya mendapatkan wang tunai dan barang kemas milik arwah nenek, mereka tergesa-gesa meninggalkan rumah melalui pintu belakang,” katanya sewaktu ditemui, semalam. Mohammad Hafizul berkata, kejadian menimpa arwah neneknya menyebabkan dia lebih tertekan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, polis menerima panggilan kira-kira 5.30 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang di ruang tamu rumah.

Noor Mushar berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan lain di badan mangsa kecuali sedikit pendarahan di mulut dipercayai akibat diikat dengan kuat menggunakan tuala dan sewaktu berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan wang tunai RM500, barang kemas dan sebuah beg tangan mangsa didapati hilang. Nilai keseluruhan kira-kira RM2,000,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Tangki ‘muntah’ api

BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba menggunakan buih sabun memadamkan kebakaran tangki minyak pelincir yang bocor.
BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba menggunakan buih sabun memadamkan kebakaran tangki minyak pelincir yang bocor.
KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga ‘memuntahkan’ minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.
Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.

Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.

Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan. Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.

Malah, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman yang turun padang turut memberi pertolongan kepada anggotanya yang cedera.

Antara yang parah ialah tiga pegawai bomba, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Abdullah Din Mohd, 55, dan Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Nazah Nafi, 43 yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala seorang lagi, PBKII, Wan Asri Wan Yaacob, 53, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).


Mangsa melecur di muka, tangan serta badan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seorang anggota bomba, Mahusin Hassan, 45, bersyukur kerana api hanya membakar baju khas memadam kebakaran yang dipakai, namun sayu melihat rakan setugas yang melecur akibat terbakar.

Katanya, mereka tidak menyangka tangki minyak berkenaan meletup sehingga api menyambar anggota bomba.

“Ketika kejadian saya berehat dan berada 50 meter dari tangki berkenaan selepas memadamkan kebakaran di beberapa bahagian lain. Tiba-tiba saya terdengar letupan dan apabila menoleh ke belakang, saya lihat api seperti menyambar dan mengejar dari belakang.

“Saya bingkas bangun untuk melarikan diri sebelum menyedari api menyambar belakang baju khas memadam kebakaran. “Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya melihat beberapa anggota yang berguling-guling di atas tanah bagi memadamkan api di pakaian mereka dan ada yang melecur di muka, badan, dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, saksi kebakaran, Nadzri Noor, 37, yang juga pemilik kedai makan berhampiran kilang tayar itu berkata, dia menyedari berlaku kebakaran selepas melihat kepulan asap tebal bersama api menjulang tinggi sebelum terdengar letupan.

“Saya melayan pelanggan sebelum terlihat kepulan asap dan terkejut apabila terdengar beberapa letupan. “Walaupun jarak kedai dan kilang kira-kira 100 meter, saya dapat rasa bahang apinya,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, sebanyak lima jentera dan 39 pegawai serta anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan Katanya, pihaknya berdepan masalah tekanan air, sekali gus menyukarkan operasi memadamkan kebakaran selain perlu menggunakan buih untuk memadamkan api yang berpunca daripada minyak.

“Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Darulnaim dan Tunjung dikejarkan ke tempat kejadian, malah kami juga meminta bantuan tambahan selepas letupan yang mencederakan 10 anggota bomba berlaku.

“Kami masih menyiasat punca kejadian dan anggota yang cedera dihantar ke HUSM dan HRPZ II,” katanya.

‘Kau nyanyi Anak Kampung’

MALU...rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan.
MALU...rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan.
JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mendakwa dibuli ala budak sekolah oleh dua pegawai atasannya apabila diarah berdiri di atas kerusi, sebelum diminta menyanyikan lagu Negaraku dan Anak Kampung, kerana kesalahan tidur ketika bertugas.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital awam, di sini pada 23 Oktober lalu dan aksi buli itu dirakam menerusi telefon bimbit seorang daripada dua pegawai terbabit. Rakaman itu disebarkan menerusi Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada pengawal keselamatan syarikat yang sama kononnya sebagai pengajaran supaya mereka lebih berdisiplin.

“Apa yang mereka lakukan mengaibkan saya. Saya boleh terima teguran, tetapi mengapa mereka bertindak melampau dan merakam perbuatan itu sebelum berkongsi video berkenaan dengan orang lain.

“Saya malu. Maruah saya tercalar kerana apa yang dilakukan seolah-olah saya pelajar sekolah,” kata pengawal keselamatan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 29.

Menurutnya, kejadian itu bermula apabila seorang daripada rakan sekerjanya melihat dia merenyuk surat tunjuk sebab yang diberikan ketua mereka, pada pagi hari kejadian.

“Kira-kira jam 4.30 petang saya diarahkan masuk ke pejabat dan berjumpa dua pegawai itu. Saya ingatkan hanya diberi amaran dan tidak menjangka dibuli mereka yang turut memaki saya.


“Malah, mereka turut merakam aksi menerusi telefon bimbit sebelum menyebarkannya,” katanya.

Menurutnya, pada awal pertemuan itu, kedua-dua lelaki itu memaki dan mengherdik sebelum mengajaknya bergaduh kerana tak berpuas hati tindakan dia merenyuk surat yang menyatakan dia mengingkari arahan. “Saya hanya mendiamkan diri kerana takut dan pada masa sama, mereka menyatakan saya dihukum kerana terlena ketika bertugas.

“Sebelum ini, saya pernah bertugas lebih empat tahun di sebuah jabatan kerajaan di Pahang, sebelum dipindahkan ke sini, tidak pernah mempunyai masalah disiplin atau dihukum sedemikian di tempat kerja lama,” katanya.

Jalil berkata, selain diarah berdiri di atas kerusi selama 10 minit dia juga disuruh menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat.

Katanya, walaupun ada pihak beranggapan hukuman luar biasa dijatuhkan kepadanya itu bertujuan mendisiplinkannya, dia kesal apabila apabila kejadian itu dirakam dan video disebarkan.

Berikutan itu, Jalil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, semalam.

Rakannya, yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, 34, berkata, dia sedih dan terkilan apabila melihat rakaman video selama 16 minit itu.

Menurutnya, Jalil yang masih bujang baru bertukar ke sini dari Kuantan, Pahang dan orangnya agak ‘lurus’.

“Saya difahamkan perbuatan itu bukan kali pertama. Sebelum ini, ada antara kami dihukum tekan tubi 20 kali disebabkan tertidur ketika bekerja atau berpakaian tidak kemas.

“Jika tak berpuas hati dengan prestasi kerjanya, pegawai berkenaan sepatutnya memberikan surat amaran atau memberi nasihat kepadanya,” katanya.

‘Saya hampir terjatuh’




         
KOTA BHARU: “Saya hampir terjatuh ketika menyelamatkan diri selepas tangki meletup, namun bernasib baik kerana seorang anggota bomba menarik dan membawa saya ke tempat selamat.

“Itu pengalaman paling mendebarkan sepanjang menjadi jurugambar akhbar dan saya berterima kasih kepada anggota bomba yang menyelamatkan saya,” kata jurugambar sambilan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Nik Abdullah Nik Omar, 34.


Nik Abdullah yang hanya beberapa meter dari tangki minyak pelincir terpakai yang meletup sebelum ‘memuntahkan’ minyak bersama api dalam kejadian kebakaran di kilang tayar di Padang Tembak, Pengakalan Chepa, di sini, nyaris disambar api ketika mengambil gambar.

2 maut, guru cedera ditembak ketika tunggu bas




         
BANGKOK: Dua orang ditembak mati dan seorang guru cedera dalam tiga kejadian berasingan di selatan negara ini semalam.

Seorang lelaki terbunuh akibat ditembak pada awal pagi di daerah Khok Pho, wilayah Pattani. Polis berkata, insiden kira-kira jam 1 pagi itu terjadi ketika Tasmi Kabae, 40, dari daerah Yarang sedang menaiki motosikal. Kabae diserang oleh penyerang tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke arahnya menggunakan pistol 9mm, menembak ke arah tubuhnya sebanyak empat kali. Mangsa maut di tempat kejadian. Polis masih menyiasat sama ada serangan dilakukan anggota kumpulan pemisah.


Kemudian seorang guru sekolah di Yarang cedera selepas ditembak ketika menunggu bas.

Chula Woma, 33, guru sekolah di daerah tambon Ka Chan menunggu bas di perhentian bas di jalan raya Pattani-Yala sebelum ditembak dua lelaki bermotosikal dengan pistol .38. Woma ditembak empat kali di tubuh, kaki dan lengannya. Ketua Polis Yarang, Kolonel Tuandir Juthanant berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang. Sementara itu, di wilayah Songkhla, seorang anggota pemisah terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan polis.


Insiden berlaku selepas unit polis mengepung sebuah kediaman di tambon Chumpho, daerah Saba Yoi ekoran maklumat beberapa anggota pemisah bersembunyi di situ.


Seorang daripada anggota pemisah terbunuh, manakala dua lagi dapat melarikan diri. - BP

Kanak-kanak 11 tahun mengaku bunuh murid





         
BANDAR RAYA QUEZON: Polis terpaksa menangani kes jenayah membabitkan dua suspek juvana dalam insiden berasingan di Taguig dan bandar raya ini sepanjang minggu lalu.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang murid berusia sembilan tahun di mana mayatnya ditemui di tapak lombong di Taguig. Kanak-kanak yang diletakkan di bawah kawalan pekerja sosial itu mengaku kepada ibunya mengenai insiden buli yang mengakibatkan kematian mangsa di Fort Bonifacio.


Mayat mangsa ditemui di tapak lombong di kawasan pembinaan selepas pihak berkuasa Barangay dimaklumkan mangsa ditolak ke dalam lombong itu oleh suspek tiga hari sebelumnya. Dalam kes berasingan, seorang remaja pula ditahan dan didakwa membunuh pemberi maklumat polis dan mencederakan seorang pegawai polis di bandar raya Quezon.

Monaim Dodig, 18, menjalani sidang inkuiri malam semalam atas tuduhan membunuh, kegagalan membunuh dan memiliki senjata api secara haram selepas terbabit dengan insiden tembakan yang membunuh Denis Vann Pineda dan mencederakan Frederick Gracilla. - MT

Harimau bintang baham 15 orang di Nepal diburu




         
KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal berusaha untuk membunuh seekor harimau bintang yang dipercayai membunuh 15 orang sejak 15 bulan lalu.

Kepala mangsa terbaru haiwan itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediaman mangsa, kata Ketua Polis Daerah Baitadi, Kamal Prasad Kharel.


Kawasan itu terletak kira-kira 600 kilometer ke barat Kathmandu.

CNN melaporkan, haiwan itu mengheret kanak-kanak berkenaan ke dalam hutan untuk memakannya, mangsa ke-15 sejak ia mula mengganas tahun lalu.


Kamal mengesyaki seekor harimau bintang, atau paling banyak dua, bertanggungjawab terhadap kematian penduduk daerah itu.


Pakar ekologi Jabatan Taman Negara dan Perlindungan Hidupan Liar di Kathmandu, Maheshwor Dhakal, berkata, sekumpulan haiwan itu yang mendiami kawasan rendah di pergunungan Nepal mungkin menyebabkan lebih banyak kematian. “Sebaik saja haiwan liar merasai kemasinan darah manusia, ia tidak inginkan lagi memakan haiwan lain, seperti rusa,” katanya.

Menurutnya, angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi daripada 15 kerana terdapat serangan lain di Uttarkhand di utara India yang bersempadan dengan daerah Baitadi.


Daripada 15 mangsa di Nepal setakat ini, dua pertiga daripadanya ialah kanak-kanak bawah usia 10 tahun dan semuanya berasal dari kampung kecil yang jauh di pedalaman. - DM

‘Tergamaknya mereka...’




         
SUNGAI BESAR: “Kali terakhir saya bertemu ibu lima hari lalu dan ketika itu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Sayu dan sedih bila mengenangkan itu pertemuan terakhir kami,” kata Norkamil Amran, 47, anak kelima Sadariah Tubasar @ Ahmad, 65.

Menurut Norkamil, arwah ibunya adalah bekas guru Tabika Kemas yang terkenal dengan sifat mudah mesra dan mempunyai ramai kenalan di kawasan kejiranan.


Katanya, selepas bersara, ibu kepada enam orang anak itu membuka kedai menjahit pakaian bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan. “Saya terkilan ibu pergi dengan cara sebegitu dan tidak menyangka penjenayah itu tergamak buat demikian semata-mata kerana wang.

“Saya harap polis dapat menangkap dua penjenayah itu secepat mungkin supaya mereka menerima hukuman setimpal,” katanya yang ditemui, semalam.

Aksi liar pinjam motosikal tunang




         
KUANTAN: Seorang bakal pengantin yang meminjam motosikal tunangnya dipercayai untuk beraksi liar di jalan raya, dikesan antara 263 pesalah trafik ditahan sebelum motosikal mereka disita polis, dalam operasi Unit Khas Ketua Trafik Pasukan, Bukit Aman, di sini, awal pagi semalam.

Bakal pengantin berusia 28 tahun itu ditahan selepas gagal memboloskan diri apabila dikepung sepasukan anggota polis, sebelum dia yang dipercayai menunggang dalam keadaan berbahaya menyerah diri, di Jalan Pintasan Pelabuhan Kuantan, Permatang Badak, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi.


Operasi diketuai Asisten Superintendan Khuzir Abd Majit daripada Cawangan Trafik Bukit Aman, turut mendapat kerjasama Jabatan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Khuzir berkata, sebelum operasi, polis terlebih dulu melakukan pemantauan dan menutup setiap laluan menggunakan kereta peronda polis (MPV) dari beberapa negeri yang turut menyertai bagi mengelak pesalah trafik memboloskan diri.


Menurutnya, hasil taktik itu, semua pesalah trafik terbabit terkepung dan gagal memboloskan diri mengakibatkan beberapa daripada mereka nekad lari meninggalkan motosikal masing-masing. “Lebih mengejutkan lagi dan kali pertama melihat beberapa pesalah trafik yang bertubuh gempal nekad melarikan diri selepas terjatuh dari motosikal ditunggang selain seorang pelajar luka selepas motosikal diboncengnya bertembung motosikal lain,” katanya.


Dalam operasi yang dijalankan seawal jam 1.30 hingga 6 pagi itu, sembilan kereta yang diubah suai enjin dan spesifikasi bersama 263 motosikal diperiksa sebelum polis mengeluarkan 220 saman atas pelbagai kesalahan, di sini, semalam.

Khuzir berkata, pada masa sama, 117 motosikal disita oleh polis dan JPJ kerana melakukan pelbagai kesalahan, manakala 71 motosikal pula diberi notis arahan untuk pemeriksaan semula.


Menurutnya, selain itu, 19 penunggang yang lari meninggalkan motosikal masing-masing akan disaman ketika hendak menuntut kenderaan itu.

Katanya, semua samseng jalanan terbabit termasuk pembonceng yang ditahan diarahkan menjalani ujian air kencing dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sebelum menahan tujuh lelaki kerana disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

10 desa banjir



         
JOHOR BAHRU: Cuaca buruk sepanjang hari menyebabkan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat meningkat daripada 210 kepada 754 mangsa dan ditempatkan di 10 pusat perlindungan sementara selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.

Hujan lebat sejak tiga hari lalu menyebabkan 10 kampung dinaiki air membabitkan Kampung Parit Gantung; Kampung Parit Lapis Laman; Kampung Sentang Batu; Kampung Parit Pulai; Kampung Parit Yusof; Kampung Parit Betong; Kampung Othman; Kampung Parit Abdul Rahman; Kampung Sengkuang dan Kampung Linau Besar.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Johor berkata, setakat jam 7 malam tadi, seramai 754 mangsa membabitkan 204 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

“Tujuh pusat pemindahan sementara terpaksa dibuka berikutan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat berbanding 210 yang ditempatkan di tiga pusat perlindungan bermula kelmarin.


“Seramai 90 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan Balairaya Parit Lapis Laman; 28 mangsa (lapan keluarga) di Balairaya Parit Yusof, Parit Jalil; tujuh mangsa (dua keluarga) di Balairaya Linau Kecil; serta 240 (71 keluarga) di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Tiga Serangkai, Parit Sulong.


“Selain itu, 34 mangsa membabitkan enam keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Parit Betong, Parit Sulong; 67 mangsa (16 keluarga) di Balairaya Parit Othman, Parit Sulong; 32 mangsa (sembilan keluarga) di Balai Masjid Kampung Sengkuang, Sri Gading.

“Seramai 120 mangsa (35 keluarga) di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu, Parit Sulong; 111 mangsa (32 keluarga) di SK Tiga Serangkai, Parit Sulong dan 25 mangsa (lima keluarga) di SK Sri Chomel, Parit Sulong,” katanya.


Menurutnya, tiada kematian dilaporkan dan tiada jalan ditutup, namun orang ramai dinasihatkan sentiasa peka serta mematuhi peringatan dan amaran banjir daripada pihak berkuasa dari masa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Penolong Setiausaha (Tentera) Majlis Keselamatan Negara Johor, Mejar Ronzi Mohd Khairan, berkata pihaknya menjangkakan banjir akan bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga petang semalam.


“Cuaca tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa semakin bertambah dan kami bersedia membuka lebih banyak pusat pemindahan sekiranya keadaan memerlukan. “Sehingga kini, tiada laluan terputus dan proses pemindahan dibantu pengangkutan berat daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela),” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, Khatijah Abdullah, berkata pihaknya sudah mengagihkan bantuan asas berbentuk makanan, minuman, bantal dan selimut kepada mangsa banjir.

‘Air naik begitu cepat’




         
DENGKIL: “Air naik dengan cepat sehingga saya dan ahli keluarga tidak sempat berbuat apa-apa, malah kelengkapan rumah dan motosikal tenggelam,” kata Salina Saharudin, 25, seorang daripada mangsa banjir dari Kampung Revolusi Hijau yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil di sini, semalam.

Menurutnya, dia menyedari rumahnya dimasuki air sebaik terjaga dari tidur pada jam 5 pagi semalam.


“Tersedar daripada tidur saya dapati air sudah memasuki rumah dan dalam tempoh singkat air mencecah paras pinggang. Segala perkakas termasuk peti ais tidak dapat diselamatkan, sehinggalah jam 9 pagi anggota bomba datang ke rumah meminta kami berpindah ke dewan,” katanya ketika ditemui di pusat penempatan mangsa banjir berkenaan.

Salina yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua berkata, suaminya, Muhammad Amin Osman, 23, tidak mengikutnya berpindah ke pusat penempatan itu kerana mahu menjaga rumah dan keselamatan harta benda.


“Cuma saya bersama dua anak, Muhamad Aqid berusia dua tahun dan Muhammad Adil Putra yang baru genap sebulan berpindah ke pusat penempatan ini, manakala suami terpaksa menunggu di rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. Difahamkan, kejadian banjir itu berlaku berikutan limpahan air dari Sungai Langat, ditambah masalah sistem perparitan dan saliran yang tersumbat serta tidak diselenggara dengan baik, selain kesan aktiviti perlombongan pasir haram sebelum ini. Selain Kampung Revolusi Hijau, kawasan lain terjejas teruk ialah Kampung Semarang, Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Taman Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.

Sempat lari 100 meter



         
KUALA LUMPUR: Anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah apabila ditetak dengan parang ketika di sebuah restoran di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Najib, 24, diserang empat lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana yang meluru masuk ke restoran berkenaan.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang menguruskan perniagaan syarikat menjual kereta di Batu 5 1/2, Jalan Cheras di percayai tidak menyedari kehadiran empat lelaki terbabit dari arah belakangnya.

“Mangsa ditetak dua kali di lengan kiri dan satu tetakan di belakang badannya. Mangsa berjaya melarikan diri namun rebah kira-kira 100 meter dari restoran itu.


“Dia kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi semalam.


Siasatan awal mendapati suspek menaiki kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan motif serangan masih lagi dalam siasatan.

Mangsa kini dilaporkan stabil dan polis kini sedang memburu empat suspek itu yang dipercayai rakyat tempatan.

Kereta meletup



         
KUALA TERENGGANU: Tindakan nekad seorang remaja 20 tahun cuba menyelamatkan kereta Hyundai Atos bapanya daripada hangus, nyaris membawa maut apabila kenderaan itu meletup selepas beberapa saat cuba menghidupkan enjin kereta di Kampung Pasir Panjang, Bukit Besar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Zul Hafiz Nor Aidam, 20, yang panik melihat kenderaan bapanya berasap bergegas masuk ke dalam kereta bagi mengalihkannya daripada terkena api yang muncul dari bawah kenderaan yang diletakkan di bawah rumah kosong 50 meter dari kediamannya.


Zul Hafiz berkata, dia meluru masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkan enjin bagi mengelakkan kenderaan itu hangus terbakar, usahanya bukan saja gagal apabila enjin kereta tidak dapat dihidupkan, malah hampir meragut nyawanya selepas api menyambar di bahagian enjin kereta berkenaan.

“Saya bernasib baik apabila selepas beberapa saat keluar dari kereta itu, ia terus meletup. Jika saya masih berusaha menyelamatkan kereta itu, mungkin nyawa saya pula melayang,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini semalam.


Bapanya, Nor Aidam Amran, 49, berkata, dia membeli kereta itu sejak empat tahun lalu dan terpaksa meletakkan di bawah rumah kosong itu memandangkan kawasan rumahnya tidak mempunyai jalan masuk.


Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Hiliran itu berkata, sebelum kejadian dia keluar menghantar barang di bandar raya ini dan pulang semula dengan meletakkan kenderaannya di bawah rumah itu jam 10.30 pagi.

“Rumah kosong ini dijadikan ‘port’ pelajar ponteng sekolah. Ketika saya meletakkan kereta terdapat beberapa pelajar berada di rumah ini,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Rozali Hussin dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 12.16 tengah hari.

Yeoh ‘koboi’ diburu



         
ALOR SETAR: Seorang penjenayah paling dikehendaki dan berbahaya kini dalam buruan polis berikutan penahanan empat lelaki lain dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan along selepas berlaku kejadian melepaskan tembakan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Khamis lalu.

Suspek utama dikenali sebagai Yeoh Choon Wah, 34, dari Taman Beringin, Sungai Petani adalah penagih dadah tegar dan dipercayai memiliki senjata api selain bersikap seperti ‘koboi’ apabila melepaskan tembakan sesuka hati jika berada dalam keadaan terdesak.


Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, suspek berkenaan yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau diburu polis selepas melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki bersama rakannya yang menaiki sebuah kereta di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, suspek bersama rakannya pergi ke rumah lelaki berusia 36 tahun yang juga along, sebelum memecahkan pintu rumah menggunakan kayu besbol ketika isteri mangsa berusia 28 tahun berada dalam kediaman terbabit.


Katanya, mangsa yang kebetulan pulang bersama rakannya berusia 36 tahun menjerit ke arah dua lelaki terbabit sebelum tiga das tembakan dilepaskan ke arah mereka, tetapi tidak mengenai sasaran.


“Mangsa bersama rakannya melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Accord sebelum suspek dan rakannya mengejar dengan menggunakan dua kereta.

“Ketika dikejar, suspek melepaskan antara dua hingga tiga das tembakan ke arah kereta dinaiki mangsa dan rakannya sebelum mangsa melarikan diri ke Pondok Polis Bandar Puteri Jaya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontijen negeri, semalam.


Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tan.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan rakan kepada suspek utama berusia 39 tahun yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan siasatan awal mendapati kereta Proton Waja yang dinaikinya adalah kereta curi.


Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu juga membawa kepada penemuan sebilah pisau, dua tong mengandungi empat liter petrol, satu botol gas dan jaket.

Lemas kolam air minuman

GEMAS: Seorang pelajar tingkatan tiga yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak sempat mandi bersama dua rakan sebayanya, apabila tergelincir dan lemas di sebuah kolam takungan air minuman sedalam 10 meter di Ladang Nam Bee, Air Kuning Selatan, dekat sini, malam kelmarin.
Difahamkan mangsa, Sun Gua Lun, 15, bersama dua rakannya yang belajar di Sekolah Menengah Bukit Jalur, dekat sini, memang merancang untuk mandi-manda di kolam yang tidak berpagar itu dengan menceroboh ke ladang berkenaan.

Sebaik tiba di tepi kolam dan dalam hujan lebat, belum pun sempat menukar pakaian, mangsa dari Kampung Baru Cina Air Kuning Selatan itu tergelincir ke dalam kolam berkenaan dan terkapai-kapai menjerit meminta tolong, namun rakannya gagal membantu kerana mereka tidak tahu berenang.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.55 petang dan sebaik mangsa tidak timbul, rakannya yang panik pulang ke rumah memberitahu ahli keluarga mereka.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan polis pergi ke lokasi dan menghubungi pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPM) diketuai Ketua Balai, Balai Polis Air Kuning Selatan, Sarjan Major Abdul Rashid Taib.


“Mayat mangsa ditemui dalam lumpur di dasar kolam itu pada jam 11.05 malam selepas pencarian hampir dua jam dengan dibantu 10 anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson dan enam anggota bomba dari Gemas,” katanya.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Sahidallah Osman meminta pengurusan ladang itu supaya memagar kawasan kolam seluas gelanggang bola keranjang serta meletakkan papan tanda larangan peringatan kepada orang ramai supaya tidak menceroboh.

‘Ulat Arab’ terus rakus

KHIDMAT HARAM...antara pelancong menggunakan khidmat ulat teksi Arab.
KHIDMAT HARAM...antara pelancong menggunakan khidmat ulat teksi Arab.
KUALA LUMPUR: Kerakusan ulat teksi Arab di Bukit Bintang, di sini, mendapatkan mangsanya berterusan biarpun pelbagai usaha dijalankan pemandu tempatan membasmi masalah berkenaan.
Malah, kebanyakan mereka mengorbankan cuti hujung minggu semata-mata mahu mencekup ulat teksi kerana bimbang sekiranya ia dibiarkan, perkara itu menjejaskan periuk nasi mereka selain menjejaskan ekonomi Malaysia.

Harian Metro 12 Oktober lalu melaporkan terdapat 300 ulat teksi Arab di kawasan itu yang menawarkan pakej perjalanan ‘eksklusif’ kepada pelancong Timur Tengah dengan caj RM5,000 bagi percutian ke pusat peranginan.

Tinjauan Harian Metro baru-baru ini di beberapa kawasan seperti Jalan Kampung, Jalan Kamunting dan Jalan Bukit Bintang mendapati ulat teksi terbabit masih wujud dan aktif menawarkan pelbagai pakej kepada pelancong. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Bestari, Mohammed Asharaf Abdullah berkata, beliau semakin tertekan mengenangkan masalah berlarutan sejak 10 tahun yang tiada penyelesaian biarpun banyak laporan diajukan kepada agensi bertanggungjawab.

“Apa lagi boleh kami buat melainkan turun padang dan menghalau ulat teksi Arab. Kami (pemandu) mengharapkan bantuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun tiada penyelesaian,” katanya.

Menurut Mohammed Asharaf, punca lambakan ulat teksi itu disebabkan wujud banyak perniagaan milik warga Arab di Bukit Bintang dan di situ tempat kebanyakan pelancong Timur Tengah berkumpul.


“Ketika kunjungan pelancong ke restoran, ulat teksi terbabit hadir mengedarkan kad niaga selain memburuk-buruk pemandu tempatan. Antara faktor lain ialah isu komunikasi dan bahasa,” katanya.

Menurutnya, setiap hujung minggu beliau mengarahkan beberapa ahli untuk mencekup ulat teksi terbabit sebelum diserahkan kepada polis.

“Kami tidak menipu kerana setiap tangkapan diserahkan kepada polis. Ketika tangkapan dibuat, kami turut menghubungi SPAD, namun mereka hanya menerima laporan dan tidak mengambil tindakan,” katanya.

Remaja diperkosa lima rakan lama

KUALA LUMPUR: Pertemuan dengan lima rakan untuk makan malam membawa padah kepada seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dikurung di sebuah hotel di Chow Kit dan dirogol bergilir-gilir selama tiga hari sebelum diselamatkan pekerja hotel berkenaan, kelmarin.
Mangsa yang berasal dari Datuk Keramat terjumpa lima rakan lamanya yang berasal dari Sabah di ibu kota pada jam 8 malam Khamis lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti itu berkata, selepas berbual lima rakannya itu mengajak dia mengikuti mereka dengan menaiki kereta ke kawasan Chow Kit.

Menurutnya, selepas makan mereka menariknya ke sebuah bilik hotel bajet sebelum ditumbuk beberapa kali oleh tiga rakannya hingga pengsan.

“Tidak cukup dengan itu, saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka dan dikurung selama tiga hari di dalam bilik itu.

“Sepanjang tempoh itu, saya dirogol mereka beberapa kali dan tidak diberikan makanan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Cuba bakar lepas bunuh

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi bukan saja dikelar di leher dan ditikam bertubi-tubi hingga mati, malah mayatnya juga cuba dibakar di dalam kenderaan dipandunya, tengah malam kelmarin.
Mayat mangsa dikenali sebagai S Nallan, 24 ditemui dua tukang sapu yang pada mulanya menyangka mangsa tidur dalam kenderaannya yang diletakkan di Jalan Tun H S Lee, di sini, jam 12.44 tengah malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa ditemui dua pekerja syarikat pemungut sampah terbabit selepas curiga melihat kenderaan itu berasap.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ada tiga kesan kelar di leher mangsa serta 13 kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu dan tangan kirinya turut terbakar. Mangsa dipercayai bekerja sebagai pemandu teksi secara sambilan. “Kami percaya suspek cuba membakar mangsa yang sudah mati berikutan terdapat kesan terbakar pada tangan kiri mangsa,” katanya.

Zainuddin berkata, siasatan juga mendapati dompet serta telefon bimbit hilang tiada senjata ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kawal pekerja asing di JB




NUR JAZLAN (kanan) menaiki jentera skylif untuk memotong dahan pokok ketika menyertai program Jom Cuci JB di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Bandar raya Johor Bahru memerlukan pelan penempatan pekerja asing yang komprehensif bagi menampung kebanjiran mereka berikutan pembangunan pesat yang berlaku akibat projek Iskandar Malaysia.
Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pekerja asing terbabit perlu ditempatkan di hostel khas dan diawasi rapi oleh polis dan Jabatan Imigresen.
"Jikalau kita membiarkan mereka (pekerja asing) menginap di mana-mana sahaja tanpa kawalan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah. Jika kita tidak dapat mengesan di mana mereka berada, kita juga tidak akan tahu apa aktiviti mereka," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata demikian selepas menghadiri program Jom Cuci JB anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru di Taman Sri Bahagia di sini.
Menurut Nur Jazlan, terdapat banyak dakwaan mengatakan warga asing di negara ini terlibat dalam kegiatan jenayah dan pembinaan hostel-hostel itu juga merupakan salah satu usaha untuk membanteras kegiatan terbabit.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil peranan untuk membina hostel-hostel pekerja asing itu dengan bayaran dikenakan terhadap syarikat-syarikat yang menggunakan kemudahannya.
Katanya, diharapkan menerusi kewujudan hostel-hostel ini pihak berkuasa dapat mengawal pergerakan pekerja asing, sekali gus membantu mengenal pasti mereka yang melakukan jenayah.
Beliau memberi contoh mengenai banyak taman perumahan lama di Johor Bahru termasuk di Taman Sri Bahagia yang dilawatinya semalam, kini didiami oleh pekerja asing menyebabkan pertembungan budaya dengan warga tempatan.
"Budaya asing yang dibawa oleh mereka (pekerja asing), mengganggu penduduk tempatan dan menjejaskan tahap kebersihan taman perumahan," katanya.
Sejak dilancarkan pada 2006, Iskandar Malaysia yang berkeluasan lebih 2,200 kilometer persegi atau tiga kali ganda saiznya berbanding Singapura telah berjaya menarik pelaburan kumulatif sebanyak RM95 bilion.
Banyak syarikat dalam dan luar negara dalam pelbagai sektor industri sedang beroperasi di Iskandar Malaysia, menggajikan ribuan pekerja asing bagi menampung kekurangan pekerja tempatan. - Bernama

Pegawai keselamatan dibuli



JALIL yang mendakwa dimaki hamun oleh pegawainya dan rakaman dia dibuli disebarkan melalui telefon bimbit menunjukkan laporan polis di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah hospital awam di bandar ini mendakwa trauma apabila dia bukan sahaja dimaki hamun malah rakaman dia dibuli oleh dua pegawainya disebarkan secara meluas melalui telefon bimbit di sini.
Cerita mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 29, segalanya bermula apabila salah seorang rakan sekerjanya ternampak perbuatannya yang merenyukkan surat tunjuk sebab yang diberikan oleh ketuanya pada 23 Oktober lalu.
“Kira-kira pukul 4.30 petang pada hari yang sama, saya yang bertugas di hospital itu tiga bulan lalu diarahkan masuk ke pejabat dan berjumpa dengan dua orang Penolong Pegawai Keselamatan di hospital itu.
“Pada awalnya, mereka memaki, mengherdik dan ajak saya bergaduh kerana tak puas hati bila dapat tahu saya renyukkan surat yang menyatakan saya ingkar arahan. Ketika itu saya hanya diamkan diri kerana takut,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seri Alam di sini semalam.
Dia yang pernah bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Mentakab, Pahang selama lebih dari empat tahun sebelum dipindahkan di sini berkata, dia tidak pernah mempunyai masalah disiplin sehingga dia dihukum sedemikian rupa di tempat kerja lama.
Menerusi video yang bertarikh 23 Oktober lalu dan berdurasi 16.32 saat itu, selain digertak, dua pegawai hospital berkenaan mengarahkan Jalil berdiri di atas kerusi serta diasak menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat.
Menurut Jalil, dia masih boleh menerima hukuman tersebut tetapi tindakan menyebarkan rakaman tersebut dianggap sebagai keterlaluan.
“Saya tak tahu siapa yang sebarkan video itu tapi perbuatan itu memalu dan menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Banjir di Tehel, 19 keluarga pindah




SITI ROHANI Roslan yang sarat mengandung dan suaminya, Ibrahim Md. Top berehat di penempatan sementara banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel, Melaka semalam.


MELAKA – Hujan lebat selama tiga hari berturut-turut menyebabkan 91 mangsa daripada 19 keluarga di Tehel di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air hampir satu meter malam kelmarin.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jafri Mohamed berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan mereka dibekalkan pelbagai barangan keperluan seperti selimut, kain, makanan ringan, tikar, minuman dan sebagainya.
“Mereka mula dipindahkan pada pukul 8 malam ekoran hujan lebat lebih tiga jam sehingga menyebabkan air Sungai Kesang melimpah ke dalam rumah mangsa.
“Setakat ini, tidak ada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan menimpa mangsa banjir di Tehel dan mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sehingga banjir surut,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ujarnya, kesemua mangsa dipantau kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tambahnya, sebelum ini, dua pusat pemindahan di Balai Raya Selandar dan SK Selandar di sini ditutup apabila lima keluarga yang ditempatkan di situ dan dua keluarga di Balai Raya Selandar telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 9 pagi semalam.
Katanya lagi, Bilik Gerakan Banjir Negeri di Kota Cemerlang sudah mula beroperasi selama 24 jam bagi memantau kejadian banjir di seluruh negeri.
“Disebabkan cuaca yang tidak menentu apatah lagi pada musim tengkujuh ini, semua agensi penyelamat sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi tugas-tugas menyelamat,” katanya.
Jafri memberitahu, pada masa yang sama, segala persiapan seperti bot, bekalan makanan dan segala keperluan berkaitan telah disediakan dan meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya bersiap sedia jika diarah berpindah.
“Semua pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung juga sudah diarah memaklumkan segera kepada Bilik Gerakan Banjir Negeri jika berlaku banjir di kawasan mereka,” katanya.

Mati dikelar dalam teksi




ANGGOTA polis memeriksa sebuah teksi selepas menemui mayat pemandunya mati akibat dibunuh di Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan Alam Flora terkejut apabila menemui mayat seorang pemandu teksi dalam keadaan lehernya dikelar dan tangan kirinya mempunyai kesan terbakar di tempat duduk kenderaan tersebut di Jalan Tun H. S. Lee di sini kelmarin.
Mayat S. Nallan, 26, ditemui pada pukul 12.44 tengah malam oleh pekerja tersebut selepas pelik melihat teksi itu berasap sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika ditemui, polis mendapati mulut mangsa disumbat dengan kain manakala bajunya turut dibakar penjenayah hingga menyebabkan terkena tangan kirinya.
Katanya, siasatan lanjut menemui kesan kelar di leher, tikaman di dada dan belakang badan mangsa.
“Polis tidak menemui senjata dan dokumen pengenalan diri mangsa. Pemeriksaan mendapati dompet dan telefon bimbit miliknya tiada bersamanya.
“Teksi yang dipandu mangsa didaftarkan di sebuah syarikat di Ampang dan ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu yang direbahkan,” katanya yang memberitahu api dipadamkan oleh bomba beberapa minit kemudian.
Tambahnya, polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup dari premis berdekatan dengan tempat kejadian untuk mengesan suspek.
Menurut Zainuddin, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Maut terhempas dari tingkat 6




ANAK panah menunjukkan arah seorang wanita terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita Sarawak yang baru tiba di sini untuk mengubati penyakit misteri yang didakwa berpunca daripada rasukan makhluk halus mati selepas tiga jam dia ditemui dalam keadaan parah akibat terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak, Pudu di sini kelmarin.
Wong Wei Sing, 54, disahkan mati ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang selepas mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua belah kakinya patah manakala pahanya cedera akibat terjatuh tiga jam sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian itu disedari suami mangsa yang terdengar bunyi hentaman kuat di kawasan apartmen tersebut.
Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa terjatuh dari tingkap bilik kedua yang tidak mempunyai jeriji besi dengan menonggengkan kepalanya ke bawah sebelum terhempas di atas bumbung tingkat satu bangunan itu.
"Pasangan itu baru tiba di sini dari Sarawak untuk mendapatkan rawatan mengenai gangguan makhluk halus yang didakwa meresapi wanita itu.
"Soal siasat mendapati suami mangsa mendakwa isterinya sering mengalami gangguan itu dan kerap diserang histeria sejak beberapa minggu lalu," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

4 penjenayah tegar dicekup



AHMAD bersama pegawai-pegawainya menunjukkan barang kes yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Polis melumpuhkan kegiatan satu kumpulan penjenayah berbahaya yang sering menggunakan senjata api apabila memberkas empat lelaki dalam operasi di sekitar Sungai Petani dekat sini Khamis lalu.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 39 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan ah long dan pembunuhan tersebut diberkas selepas polis menjalankan siasatan ke atas satu kes melepaskan tembakan di Lorong 2/28 Bandar Puteri Jaya pada pukul 2.30 pagi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semakan mendapati kesemua suspek terlibat dalam kes jenayah berat sejak 10 tahun lalu dan mempunyai sehingga 14 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan curi.
Katanya, dalam kejadian itu, dua lelaki telah memecahkan pintu dengan menggunakan kayu besbol sebelum pemilik rumah bersama seorang rakannya menjerit.
“Salah seorang suspek kemudian telah melepaskan tiga das tembakan namun tersasar sebelum dua mangsa itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord.
“Mereka kemudian dikejar oleh dua suspek berkenaan yang menaiki dua buah kereta BMW dan Proton Waja sebelum penjenayah melepaskan dua tembakan lagi namun tersasar,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Tambahnya, mangsa kemudian menuju ke Pondok Polis Puteri Jaya manakala suspek melarikan diri. Polis yang menjalankan siasatan kemudian dapat menahan pemandu Proton Waja berusia 39 tahun berkenaan di kawasan berhampiran tujuh jam kemudian.
Menurut Ahmad, pemeriksaan mendapati kereta itu dicuri di Sungai Petani pada 24 September lalu selain menemui sebilah pisau pemotong daging, dua tong petrol, satu botol gas serta jaket hitam.
“Soal siasat mendapati kejadian itu berpunca daripada ah long. Kira-kira satu jam kemudian, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan merampas dua pucuk pistol angin berserta dua magazine,” katanya.
Ujar Ahmad, polis kemudian memberkas pemilik rumah berusia 36 tahun pada pukul 1.30 petang dan merampas sepucuk Revolver .38, enam butir peluru dan pedang samurai di sebuah rumah di SP Heights.
“Lelaki itu dikehendaki bagi satu kes mendatangkan cedera pada 2007. Polis kemudian menahan rakan pemilik rumah berkenaan yang berusia 36 tahun pada pukul 4 petang, Sabtu lalu,” katanya.
Kesemua yang ditahan mengenali antara satu sama lain.
Sehubungan itu, polis kini mencari seorang lelaki, Yeoh Choon Wah, 34, alamat terakhir di No. 21, Lorong Beringin 1, Taman Beringin, Sungai Petani bagi membantu siasatan.

Cucu saksi nenek dibunuh




ORANG ramai berkumpul di rumah tempat Sadariah ditemui mati akibat dibunuh dua penyamun yang memecah masuk rumahnya di Sabak Bernam semalam.


SABAK BERNAM – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui pengalaman paling sukar dalam hidupnya apabila menyaksikan bagaimana neneknya dibunuh oleh dua penyamun yang memecah masuk rumah kedai warga emas itu di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini semalam.
Mohd. Hafizul Azuan Mohd. Aznan, 17, masih tidak dapat melupakan tragedi yang meragut nyawa Sadariah Tohbasar@Ahmad, 65, walaupun perompak hanya memasuki rumah mereka selama 10 minit sebelum melarikan diri bersama bekas berisi barang kemas dan wang RM500.
Mohd. Hafizul tinggal bersama keluarganya di Sungai Besar, dekat sini dan hanya menemani Sadariah pada setiap hujung minggu.
Sadariah merupakan bekas guru Jabatan Kemajuan Masyarakat dan mengusahakan perniagaan menjahit pakaian sejak kematian suaminya tujuh tahun lalu dan tinggal sendirian.
Mengimbau semula kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, Mohd. Hafizul memberitahu, dia yang sedang tidur di ruang tamu bersama neneknya terjaga selepas merasakan tubuhnya dihempap sesuatu dan mukanya ditumbuk.
Katanya, perompak bertopeng itu kemudian mengacukan parang di lehernya dan mengarahkannya supaya diam manakala seorang lagi menumbuk muka neneknya kerana menjerit sebelum ditekup dengan bantal.
“Penjenayah kemudian mengarahkan saya masuk ke dalam bilik untuk mencari barangan berharga sebelum saya yang ketakutan menyerahkan satu bekas berisi barang kemas termasuk cincin dan gelang emas serta wang RM500.
“Selepas itu, saya dibawa keluar dari bilik dan melihat muka nenek masih ditekup. Penjenayah kemudian mengikat tangan dan kaki kami dengan tali manakala mulut nenek diikat dengan tuala good morning selain mukanya ditutup dengan selimut,” cerita pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar itu.
Tambahnya, selepas melepaskan ikatan sebaik penyamun itu melarikan diri, dia telah menghampiri Sadariah sebelum mendapati warga emas itu tidak lagi bernyawa.
Menurut Mohd. Hafizul, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada seorang jiran yang baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak Liga Sepanyol di sebuah restoran.
“Kedua-dua penjenayah itu bertubuh kurus dan tinggi serta bertopeng dan memakai sarung tangan. Perompak hanya mengeluarkan tiga patah perkataan iaitu diam, ambil barang dan bergerak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, berdasarkan kenyataan cucu mangsa, siasatan awal mendapati warga emas itu mati akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang memasak kuih dan mengukus roti untuk dijual di kedai berhampiran. Kita percaya Sadariah menjadi mangsa selepas dia menjerit manakala cucunya terselamat kerana dia diam dan tidak melawan,” ujarnya yang masih belum membuat sebarang tangkapan.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sabak Bernam, Asisten Superintendan Masri Md. Hassan di talian 03-322 42613 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di Tanjung Malim, Perak pada pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.