Search This Blog

Sunday, November 4, 2012

2 beradik mati ditikam, polis tahan pengasuh




4 November 2012
2 beradik mati ditikam, polis tahan pengasuh
Potret dua beradik yang ditikam dipaparkan di luar apartmen keluarga Krim di New York, semalam. – Foto ihsan Reuters
NEW YORK — Polis New York telah menahan seorang pengasuh atas dakwaan menikam sehingga menyebabkan kematian dua kanak-kanak bulan lalu.

Ketika ditahan, Yoselyn Ortega, 50, berada di katil hospital setelah sembuh daripada kesan tikaman disengajakan, semalam.

Menurut pihak polis, Ortega menikam Lucia Krim, 6, dan adik lelakinya, Leo, yang berusia 2 tahun pada 25 Oktober di apartmen kanak-kanak itu di Upper West Side. Ortega kemudian menikam dirinya sendiri, lapor AP.

Sementara itu, seorang lagi adik-beradik kanak-kanak malang itu berada bersama ibu mereka ketika  pembunuhan berlaku.

Ortega kini berada hospital di bawah kawalan polis.

Bapa jumpa mayat anak



FARAH SHAZWANI ALI
4 November 2012
Bapa jumpa mayat anak
SYAHDU… Ibu mangsa, Rohaya yang sebak, ditenangkan saudara-mara terdekatnya.
Bapa jumpa mayat anak
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk bedah siasat.
Bapa jumpa mayat anak
Ahli keluarga turut berada di hospital untuk menguruskan jenazah mangsa.
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kejadian lemas selepas mandi di Pantai Mengabang Telong, Batu Rakit, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Azizee Mat Aris, 17, yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, di sini, sebelum itu mandi bersama beberapa rakannya di pantai berkenaan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mangsa hanyut dibawa ombak, sebelum ditemui lemas di dasar pantai berkenaan oleh bapanya sendiri, Mat Aris Zik, 56.

Bapa mangsa berkata, sebelum kejadian, dia dan isterinya, Rohaya Ghani, 40, sedang bersiap-siap untuk melawat anaknya itu yang menetap di asrama dan sempat memasak makanan untuk dibawa bersama.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah di Kampung Gong Tengah Merang, Setiu sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saya.

“Saya kemudiannya bergegas ke pantai berkenaan dan menyelam, sebelum menemui mayatnya yang terbenam di dasar pantai beberapa minit kemudian. Saya berjaya mengangkatnya dengan bantuan orang lain,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bot.

Jelasnya, sebelum kejadian anaknya ada menghubungi mereka dan meminta duit untuk membeli buku sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan.

Lebih mengharukan, ibunya memasak lauk kegemaran anaknya iaitu sotong goreng kunyit, namun mangsa tidak sempat menjamahnya.

Sementara itu, suasana syahdu menyelubungi Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini apabila keluarga mangsa berkumpul bagi melihat sendiri mangsa, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tengah Merang, Setiu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan bersama membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung, sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.38 petang.

Kebakaran: Kereta, motosikal musnah




4 November 2012
TAWAU - Sebuah kereta dan sebuah motorsikal musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Pasir Putih, di sini petang semalam.
Bagaimanapun, kepantasan bertindak orang ramai yang menghadiri satu majlis doa selamat di rumah bersebelahan memadamkan api yang sedang menjilat rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan perkampungan yang padat dengan penduduk itu daripada kebakaran lebih besar.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan orang ramai pukul 3.28 petang dan mengerahkan dua buah jentera bomba beserta 11 anggota serta pegawai ke tempat kebakaran.
"Ketika tiba, kami dapati bilik tingkat bawah rumah itu telah musnah bersama sebuah kereta dan sebuah motorsikal," katanya.
Menurut Rudy, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran manakala punca kebakaran dan kerugian yang dialami sedang dalam siasatan.- Bernama

Maut cuba selamat isteri



NORFARAHAH OTHMAN
4 November 2012
Maut cuba selamat isteri
Tiong Lai (kanan) sempat meluangkan masa melawat keluarga mangsa di Hospital Bentong
Maut cuba selamat isteri
Anggota unit forensik polis sedang memeriksa cermin tingkap rumah mangsa.
Maut cuba selamat isteri
Abdul Aziz (dua, kanan) dan timbalannya, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor turut turun padang ke tempat kejadian.
BENTONG – Sepasang suami isteri yang sedang lena tidur dikejutkan dengan kehadiran seorang penyamun bertopeng bersenjatakan senapang patah dalam kejadian di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras, kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Khairul Hazri Jamaludin, 31, yang merupakan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Bentong, meninggal dunia akibat cedera parah selepas cuba menyelamatkan isterinya, 28, daripada diancam penyamun terbabit.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa menggunakan tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong dan ditanggalkan cerminnya.

Menurutnya, kehadiran suspek mengejutkan tidur pasangan suami isteri itu menyebabkan mangsa cuba melawan.

“Suspek kemudiannya bertindak menghentak bahagian kepala, leher dan perut mangsa menggunakan senapang patah yang dibawanya.

“Manakala isteri mangsa cuba membantu namun turut dihentak menggunakan senapang patah di bahagian kepala dan dalam masa sama, mangsa turut cuba menyelamatkan isterinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, penyamun itu kemudiannya bertindak mengambil barangan berharga milik mangsa dan isterinya.

Menurutnya, selepas itu suspek melarikan diri dan isteri mangsa kemudiannya berlari keluar rumah untuk meminta tolong.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi.

“Sementara itu, isteri mangsa dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai turut dirogol dalam kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terkejut terima berita

Sementara itu rakan serumah mangsa, Aimin Hazli, 38, berkata, kali terakhir dia bertemu rakannya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok’  itu pada malam Khamis lalu sebelum pulang ke Shah Alam.

Menurutnya, dia terkejut menerima panggilan telefon pagi semalam memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Kebiasaannya, saya dan Tok jarang berada di rumah pada hujung minggu kerana pulang ke rumah keluarga masing-masing.

“Tok ada menyatakan dia tidak pulang ke Temerloh minggu ini kerana ingin ke Kuala Lumpur menghadiri kenduri kahwin dan isterinya turut datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Aimin berkata, dia benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan  menyifatkan Tok sebagai seorang rakan yang baik kerana sepanjang lapan bulan menjadi rakan serumah mereka begitu rapat.
Kakak rasa tidak sedap hati

Kakak mangsa, Rosnah Jamaludin, 55, berkata sejak tiga hari lalu, dia berasa tidak sedap hati dan tidak menyangka perkara buruk menimpa adik bongsunya itu.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu pada sambutan hari raya puasa yang lalu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika menerima panggilan telefon memaklumkan perkara itu.

“Kami sekeluarga bergegas dari Petaling Jaya ke Hospital Bentong sejurus mendapat maklumat,” katanya.

Rosnah berkata, jenazah adiknya itu akan dibawa pulang ke Kampung Padang Tenggala, Temerloh untuk dikebumikan selepas semua urusan selesai.

Turut hadir melawat keluarga mangsa ialah Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dan Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.

Pemuda ditemui mati



ROSALWANI CHE SOH
4 November 2012
Azham Othman
Azham Othman
KOTA BHARU- Seorang pemuda kurang siuman, ditemui mati tergantung di ruang tamu di Kampung Paya Rambai, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian jam 8.30 pagi itu, hanya disedari keluarga Mohamad Muslimin Abu Bakar, 24, selepas mendengar bunyi bising dari tingkat atas rumah dua tingkat milik mangsa.

Pemuda itu yang dipercayai mengalami masalah mental, tinggal bersama keluarga dan ketika kejadian dia dipercayai tinggal di tingkat atas bersendirian, manakala ahli keluarganya berada di tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mangsa yang merupakan anak keempat dari 11 beradik itu ditemui tergantung oleh ibunya selepas terdengar bunyi kerusi jatuh ketika dia berada di tingkat bawah rumah.

“Terkejut dengan keadaan itu, ibunya naik ke tingkat atas dan melihat mangsa tergantung dengan pakaian sekolah milik salah seorang adiknya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di samping mulutnya berbuih,” katanya.

Keluarga mangsa kemudiannya menghubungi talian kecemasan dan mayatnya di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

“Kes ini tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah dan polis klafikasikan kejadian ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Warga Myanmar ditemui mati dibunuh




4 November 2012
KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga Kemboja di sebuah kilang papan dekat Panching semalam.
  
Mangsa, Naw Alia, 18, mati akibat cedera parah di kepala selepas dipercayai dihentak dengan kayu beluti.
  
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, abang mangsa, Kyaw Kyaw Oo, 19, turut cedera dipukul.
  
"Sebelum kejadian, mereka yang juga pekerja di kilang berkenaan  dipercayai sedang minum minuman keras sebelum berlakunya pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Beliau berkata polis masih memburu empat warga kemboja berusia 20 hingga 30 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu.
  
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  - Bernama

Lori diguna ceramah hilang



MOHD FIRDAUS YON
4 November 2012
Lori diguna ceramah hilang
Cheng Hau (dua, kanan) bersama ahli DAP negeri menunjukkan gambar lori yang hilang.
JOHOR BAHRU - Sebuah lori tiga tan yang digunakan DAP untuk menjelajah ceramah di seluruh negara, hilang di lot parkir bangunan premis perniagaan di Jalan Nakhoda 2, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Kehilangan lori terbabit disedari oleh anak kepada Ketua Wanita DAP kawasan Gelang Patah, Ng Siam Luang, ketika lalu di hadapan kawasan bangunan premis perniagaan terbabit sekitar jam 7 pagi.

Siam Luang berkata, dia diberitahu oleh anaknya berhubung ketiadaan lori terbabit sekitar jam 10 pagi.

“Lori ini diparkir di lot parkir ini sekitar jam 8 malam kelmarin oleh individu yang bertanggungjawab menjaga kenderaan berkenaan.

“Kehilangan ini disedari oleh saya apabila mahu menggunakan lori ini sekitar jam 10 pagi. Saya ada bertanya kepada anak dan diberitahu lori terbabit sudah tidak kelihatan sejak jam 7 pagi lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, lori terbabit digunakan oleh parti untuk mengadakan jelajah ceramah.

“Lori ini baru sahaja digunakan untuk ke Seremban dan Sutera Mall. Pelbagai peralatan ceramah seperti penghawa dingin, generator, pembesar suara dan lain-lain lagi tersimpan di dalam lori ini.

“Agak pelik apabila lori ini boleh hilang apabila ia diparkir di kawasan awam. Terdapat banyak lori lain parkir di lokasi ini malah terdapat sebuah kedai menjual kereta terletak berhampiran, namun mengapa hanya lori DAP hilang?” katanya.

Ditanya sama ada DAP negeri sudah membuat laporan berhubung kehilangan lori terbabit atau tidak, Cheng Hau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai berkata, pihaknya menunggu pemilik kenderaan itu untuk berbuat sedemikian.

“Pemilik lori ini ada di Kuala Lumpur, namun dia sudah tahu berhubung kejadian. Buat masa ini, DAP negeri tidak dapat menilai jumlah kerugian yang ditanggung dengan kehilangan lori ini malah belum ada sebarang siasatan dilakukan,” katanya.

Justeru, beliau berharap orang ramai yang menemui lori terbabit boleh menghubungi DAP negeri atau membantu memulangkan kembali kenderaan itu kepada parti untuk digunakan bagi tujuan ceramah.

Kebakaran: Kereta, motosikal musnah

4 November 2012
TAWAU - Sebuah kereta dan sebuah motorsikal musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Pasir Putih, di sini petang semalam.
Bagaimanapun, kepantasan bertindak orang ramai yang menghadiri satu majlis doa selamat di rumah bersebelahan memadamkan api yang sedang menjilat rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan perkampungan yang padat dengan penduduk itu daripada kebakaran lebih besar.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan orang ramai pukul 3.28 petang dan mengerahkan dua buah jentera bomba beserta 11 anggota serta pegawai ke tempat kebakaran.
"Ketika tiba, kami dapati bilik tingkat bawah rumah itu telah musnah bersama sebuah kereta dan sebuah motorsikal," katanya.
Menurut Rudy, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran manakala punca kebakaran dan kerugian yang dialami sedang dalam siasatan.- Bernama

10 anggota bomba cedera tangki minyak letup



ROSALWANI CHE SOH
4 November 2012
10 anggota bomba cedera tangki minyak letup
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah kilang tayar tidak beroperasi di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdullah
KOTA BHARU- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi.
Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu.

Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II.

"Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian.
"Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya.
"Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya.

Anak bekas ahli Parlimen Pasir Puteh parah ditetak



AHMAD ISMADI ISMAIL
4 November 2012
KUALA LUMPUR - Anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Najib, cedera parah di kepala, tengkuk dan tangan akibat ditetak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di Wangsa Maju di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun terpaksa berlari sejauh kira-kira 30 meter menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah di sebuah restoran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta berjalan berseorangan dan didatangi tiga lelaki.

"Dipercayai dua lagi rakan suspek menunggu di dalam kereta jenis Proton Perdana warna hitam, berlaku pergelutan antara mangsa dan tiga lelaki berkenaan, mangsa terkena beberapa tetakan di kepala, tengkuk dan tangan" katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian melarikan diri dan rebah di restoran.

"Orang awam dan pelayan di restoran kemudian menghubungi polis dan ambulans, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, difahamkan mangsa kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi," katanya.

Othman berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kamera litar tertutup di lokasi kejadian tidak dapat memberi sebarang petunjuk.

"Kami juga mendapati beberapa barang berharga milik mangsa tidak diambil oleh tiga lelaki berkenaan," katanya.

Bekas guru Kemas maut dalam rompakan di Sabak Bernam




4 November 2012
SABAK BERNAM - Seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini pagi tadi.
  
Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih.
  
Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.
  
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.30 pagi memaklumkan mengenai kejadian samun di rumah kedai itu.
  
Beliau berkata mayat mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan darah di bahagian mulut dan kesan bengkak di dahi kirinya.
  
"Mengikut keterangan cucunya yang tidur sebelah mangsa, dua lelaki memakai sarung muka dan bersarung tangan serta bersenjatakan dua bilah parang telah memecah masuk pintu belakang serta menggeledah bilik tengah untuk mencari barangan berharga.
  
"Sebelum itu, mangsa dan cucunya telah diikat dengan tali rapia. Cucunya tidak melawan dan mendiamkan diri tetapi mangsa telah menjerit meminta tolong menyebabkan suspek menumbuk dahinya dan bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sehingga wanita itu lemas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
  
Noor Mushar berkata kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan turut melarikan pelbagai barangan kemas dan wang tunai RM500 menyebabkan keseluruhan kerugian kira-kira RM2,000.
  
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam di sini untuk bedah siasat, katanya.
 
Beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
  
"Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi menjejak suspek. Kita percaya akan dapat tangkap suspek dalam masa terdekat," katanya.
  
Noor Mushar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ASP Masri Md Hassan di talian 03-32242613.  - Bernama

10 anggota bomba cedera tangki minyak diesel meletup




         
KOTA BHARU: Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah tangki minyak diesel yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup yang menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

"Ada empat tangki minyak diesel dengan dua daripadanya mengalami kebocoran. Semasa operasi pemadaman itu, berlaku satu letupan daripada salah sebuah tangki tersebut yang menyebabkan 10 anggota bomba mengalami kecederaan dengan empat daripadanya agak serius," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba terbabit yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

Azmi berkata anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki dihantar menerima rawatan iaitu tujuh orang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.


Empat anggota yang cedera agak serius itu ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad, katanya dan menurutnya keadaan mereka dilaporkan stabil.


Azmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.30 pagi dan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di sini, ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Operasi pemadaman berjalan lancar, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tetapi tiba-tiba berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak diesel itu. Semasa kejadian saya berada di tempat kejadian," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata punca kebakaran tersebut sedang disiasat. - Bernama

100 polis terkorban di Brazil sejak Januari

SAO PAULO - Sekurang-kurangnya 11 maut sepanjang minggu lalu, sekaligus menyaksikan peningkatan jenayah secara mendadak di wilayah Sao Paulo, Brazil.

Televisyen tempatan, Globo melaporkan, Sao Paulo merupakan bandar raya terbesar di Amerika Selatan yang mencatatkan kepadatan penduduk tertinggi.

Laporan juga memetik, sejak Januari hingga semalam, hampir 100 polis dibunuh dan ditembak.

Kebimbangan itu memaksa presidennya, Dilma Rousseff mengadakan mesyuarat tergempar dengan gabenor tempatan, Geraldo Alckmin untuk mencari alternatif mengurangkan kadar jenayah. - AP

Lelaki Serbia bakar al-Quran ditahan

BELGRADE - Pihak berkuasa menahan seorang lelaki di Belgrade kerana disyaki menghasut kebencian agama selepas memuat naik gambarnya sedang membakar al-Quran di dalam Facebook pada Selasa lalu.

Pendakwa raya untuk jenayah siber, Branko Stamenkovic, kelmarin berkata, jika didapati bersalah, Predrag Cosovic boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun.

Stesen televisyen tempatan melaporkan Cosovic mendakwa dia adalah peminat setia kelab bola sepak Red Star Blegrade.

Difahamkan, peminat setia bola sepak di Serbia sering dikaitkan dengan tindakan keganasan dan insiden terbaru menyaksikan pemain skuad bawah-21 England dikasari atas dasar perkauman pada tengah bulan lalu. - Haaretz

Penjaga rumah Putera William terlepas tembakan

LONDON - Polis Scotland Yard melakukan siasatan selepas seorang anggota polis dipercayai penjaga rumah Duke and Duchess of Cambridge dengan tidak sengaja tertembak kereta peronda yang dinaiki di utara Wales.

Jurucakap polis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan tembakan itu dilepaskan ketika anggota terbabit bersama seorang lagi pegawai sedang berehat.

“Tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja dan kini anggota itu sedang disoal siasat,” katanya.

Menurutnya, anggota itu kini tidak dibenar menggunakan senjata api sehingga siasatan selesai. -AP

13 bersesak dalam rumah kayu



KLANG - Seramai 13 pendatang tanpa izin (Pati) sanggup tinggal di sebuah rumah kayu yang sempit dan sesak ibarat ‘tin sardin’ di Sungai Udang, di sini. Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, kesemua Pati itu ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Rumah kayu itu cuma mempunyai dua bilik tidur, sebuah ruang tamu, dan dua bilik air. Serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat orang awam dan risikan selama sebulan,” katanya.

Menurutnya, operasi itu yang bermula jam 1 pagi dan berakhir 2.45 pagi itu berjaya menahan sembilan lelaki dan empat wanita yang semuanya warga Kemboja yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 30 tahun.

“Sembilan warga asing yang ditahan itu didapati tinggal lebih masa, manakala empat lagi ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Kesemua mereka ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau boleh disebat dua kali.

Tanah runtuh, kuarters polis IPD Gombak terjejas



IPD Gombak - Runtuh
Pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup kawasan tanah runtuh di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan kanvas - Foto Bernama
[DIKEMAS KINI] SELAYANG - Puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang tadi.
Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan.
Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan.
“Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama berlaku sejak kuarters berkenaan diduduki 2002.
“Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan,” katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing.
Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja.
Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang.
Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur.
“Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan.
“Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen.
“Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan.
“Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk,” katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu.

Pelajar IPT maut langgar tembok plaza tol



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 November 2012
MYVI - Tol
Keadaan kereta yang dipandu Hsing On remuk teruk akibat melanggar penghadang Touch n Go di plaza tol NKVE.
PETALING JAYA - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan maut dalam kemalangan di Plaza Tol Damansara Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa, Chua Hsing On, 18, berasal dari Subang Jaya, memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan, sebelum merempuh tembok penghadang di laluan Touch n Go di plaza tol berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mangsa tersepit kira-kira setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama.

“Ekoran rempuhan itu, mangsa cedera parah di dada dan kaki. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Warga emas maut, dua parah



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 November 2012
JEMPOL - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 30 jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang sekitar jam 4.55 petang, kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Teo Ton Heam, 75, bersama isterinya, 73, dari arah Kuala Pilah dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Durian Tipus, Jelebu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Pesona.

“Akibat pertembungan itu, Ton Heam maut di tempat manakala isterinya dan pemandu kereta Proton Pesona berumur 30 tahun cedera parah.

“Mangsa yang cedera parah dirawat di hospital berhampiran,” katanya.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi kejadian diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Tebing runtuh, tiga kenderaan rosak tertimbus



NORAFIZA JAAFAR
4 November 2012
Tebing runtuh, tiga kenderaan rosak tertimbus
Antara kenderaan penduduk dihempap batu berikutan kejadian tebing runtuh berkenaan, semalam.
Tebing runtuh, tiga kenderaan rosak tertimbus
Kenderaan yang terselamat daripada kejadian tebing runtuh itu.
Tebing runtuh, tiga kenderaan rosak tertimbus
Kesan runtuhan yang menimpa sebuah kenderaan penduduk.
Tebing runtuh, tiga kenderaan rosak tertimbus
Sebahagian penduduk yang dipindahkan selepas kejadian berkenaan.
SELAYANG - Puluhan keluarga anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang semalam.

Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan.

Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan.

“Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama  sejak kuarters berkenaan diduduki 2002.

“Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan,” katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing.

Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja.

Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang.

Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur.

“Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan.

“Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen.

“Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan.

“Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk,” katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu.

Empat suri rumah diperdaya



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 November 2012
Empat suri rumah diperdaya
Azipah (dua, kiri) dan Rohani (tiga, kiri) bersama dua lagi rakan mereka menunjukkan laporan yang dibuat.
KLANG - Gara-gara teruja dengan tawaran seorang wanita yang mengaku ejen mencari pekerja, empat suri rumah kerugian lebih RM12,000 apabila pelbagai jenis barangan kemas, wang tunai dan telefon bimbit dilarikan ketika mereka menjalani ujian x-ray, di sini.

Mangsa, Rohani Kordi, 37, berkata, dia dan tiga rakannya didatangi wanita berkenaan kira-kira jam 2.30 petang ketika sedang berehat di halaman rumah di Lorong Jannah, Kampung Bukit Naga.

"Wanita Cina yang mendakwa saudara baru memperkenalkan dirinya sebagai Norhayati Abdullah datang seorang diri menaiki Proton Persona memberitahu mahu mencari pekerja mengupas bawang, ikan bilis serta membuang tangkai cili kering dari rumah untuk pelbagai restoran dengan bayaran agak lumayan.

"Namun, dia minta kami menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pembiayaannya termasuk ujian x-ray dan darah sebagai peraturan digariskan kerajaan bagi mereka yang terlibat dalam industri makanan," katanya.

Menurutnya, walaupun agak pelik dengan syarat itu, mereka hanya menurut tanpa banyak alasan sebelum menaiki kenderaan Norhayati ke pusat perubatan swasta di Bukit Kemuning.

Katanya, wanita itu kemudiaannya meminta empat sekawan itu menanggalkan barangan kemas dipakai dan menyimpan dalam satu beg yang dipegang salah seorang dari mereka dengan alasan ia tidak boleh dipakai ketika ujian x-ray.

"Ketika dua dari kami menjalani ujian x-ray, dia meminta saya dan seorang lagi rakan ke klinik lain untuk menjimatkan masa.

"Tanpa banyak soal kami mengikutnya dan sebaik tiba di klinik berkenaan, dia minta beg berisi barangan kemas, telefon bimbit serta dompet ditinggalkan dalam kereta," katanya.

Rohani berkata, ketika menunggu untuk menjalani ujian x-ray, wanita itu memberitahu mahu ke pusat perubatan mengambil dua rakannya di sana sebelum kembali semula ke klinik.

"Namun, setelah sejam menunggu, dia tidak muncul dan kami mula mengesyaki diri diperdaya. Sangkaan itu tepat sebaik kami dapat berhubung antara satu sama lain.

"Kami terpaksa menjelaskan sendiri kos ujian x-ray selain terpaksa pulang diambil keluarga apabila wanita itu langsung tidak muncul," katanya.

Khuatir lebih ramai mangsa diperdaya, mereka membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Azipah Ahmad, 43, berkata, mereka menuruti kemahuan wanita itu tanpa ada bantahan dan seolah-olah dipukau.

"Kami sudah terkena dan kami tidak mahu ada lagi yang menjadi mangsanya.

"Berhati-hatilah supaya tidak menjadi mangsa penipuan seperti itu," katanya.

Angkara pokok tumbang



NURUL FATIHAH SULAINI
4 November 2012
Angkara pokok tumbang
Jenazah Mohd Rosli dibawa keluar dari bilik mayat HSB.
Angkara pokok tumbang
Isteri mangsa terpaksa dipapah ahli keluarga ketika mengiringi jenazah.
ALOR SETAR - Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas empat hari koma akibat kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi merempuh sebatang pokok tumbang ketika melalui Jalan Jeniang - Sik dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sungai Petani, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Mohd Rosli Ariff, 42, yang menunggang motosikal Honda Ex5 bersendirian, dipercayai gagal melihat pokok tumbang yang merintangi jalan susulan angin kencang pada malam sebelumnya.

Ibu saudara mangsa, Rokiah Abdul Rahman, 36, berkata Mohd Rosli berulang alik dua hari sekali untuk melawat anak dan isterinya yang tinggal di Kampung Danglau, Sik.

“Kebiasaannya dia akan keluar rumah seawal jam 4 pagi untuk ke tempat kerja di Kem Tentera Sungai Layar, Sungai Petani namun pada hari kejadian Rosli keluar lewat sekitar 4.30 pagi sebelum dia ditimpa kemalangan.

“Kami agak kesal kerana ketika dia tidak sedarkan diri di tempat kejadian, ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri barangan peribadi arwah termasuk duit, dokumen pengenalan diri serta topi keledar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sik untuk menerima rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun selepas empat hari bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.25 petang kelmarin.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Nurul Huda Rohani, 23, seorang anak lelaki berusia enam tahun dan anak kembar perempuan yang baru berusia enam bulan.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah ketika dia pulang ke kampung sempena Aidilfitri lalu. Pemergiannya amat dirasai kerana arwah seorang yang merendah diri, periang dan suka menyakat ahli keluarga,” katanya.

Rokiah berkata, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Sik kira-kira jam 2 pagi semalam.

Tak sangka anak sendiri



NUR FARHANA ABDUL MANAN
4 November 2012
╩╗Tak sangka anak sendiri╩╝
Keadaan mangsa yang dilanggar lari sebuah kenderaan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.
SERI KEMBANGAN -  “Perut dia terburai, muka dia hancur menyebabkan saya hampir tidak cam itu wajah anak lelaki saya sendiri, kata M Sundera Raju, 61,  bapa kepada seorang juru kimpal  yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.

Kata Sundera, sebelum kejadian dia ada melalui jalan di mana anaknya dipercayai terbabit  kemalangan namun tidak menyangka mangsa  yang maut membabitkan darah dagingnya sendiri.

Katanya, dia melihat darah penuh di atas jalan namun tidak memberhentikan kenderaan kerana perlu mengambil penumpang yang mahu menaiki teksi dipandunya.

Sundera memberitahu dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi isteri sebelum bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya, S Muniandy, 25, yang maut dalam keadaan mengerikan itu.

“Ketika dalam perjalanan mengambil penumpang, saya memang sudah nampak kemalangan itu, saya juga ada beritahu rakan nampak kemalangan itu sangat teruk kerana darah penuh di atas jalan.

“Memang tidak disangka, mangsa yang maut itu rupanya anak saya sendiri,” katanya memberitahu anak keempatnya daripada lima beradik itu keluar rumah sejak jam 9 malam kelmarin menunggang sebuah motosikal sebelum mayatnya yang terbaring ditemui orang ramai.

Sundera berkata, hanya air mata yang dapat menggambarkan perasaan sedih melihat keadaan anaknya itu di rumah mayat Hospital Serdang.

“Sedih sangat...kepalanya pecah dan tubuh badannya teruk menyebabkan pada mulanya sukar mengecam mayat anak sendiri,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.15 pagi di Jalan Putra Permai dari arah Seri Kembangan menuju ke Taman Equine.

Katanya, mangsa yang dipercayai hendak melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dirempuh sebuah kenderaan sebelum dipercayai digilis dan tercampak di tengah jalan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8074 2222 atau 016-905  5595 untuk membantu siasatan.

Kotak makanan lesap



ROSDALILAH ZAHARI
4 November 2012
Kotak makanan lesap
Gar Yen menunjukkan barangan makanan yang dipercayai dibakar oleh penagih dadah.
IPOH - Niat murni Kelab Belia Bukit Merah (Bukit Merah Youth Club) untuk menyumbangkan kotak bantuan makanan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India sempena Deepavali terbantut apabila ia ‘lesap’ dari simpanan, dalam bilik mesyuarat kelab berkenaan, di Bukit Merah, kelmarin.

Misteri kehilangan 60 kotak bantuan makanan itu terjawab apabila ia ditemui hangus dalam sebuah rumah kedai terbiar yang terletak 20 meter dari tempat kejadian.

Anehnya, beras dan minyak masak dalam kotak makanan tersebut dipercayai telah ‘dirembat’ manakala barangan runcit lain seperti gula, bihun, tepung, susu, sardin dan Milo dibakar.

Setiausaha kelab, Loo Gar Yen memaklumkan, hanya 20 kotak bantuan makanan itu telah diserahkan kepada sebuah NGO India pada jam 1.30 petang kelmarin, untuk diagih kepada golongan kurang berkemampuan sebagai kegunaan pada perayaan Deepavali.

Menurutnya, selepas membuka pintu bilik tersebut, dia terkejut melihat semua kotak makanan serta peralatan sistem siaraya yang disimpan hilang manakala lantai bilik basah dengan kesan air.

“Dua bulan lalu, dua kompresor pendingin hawa di luar bilik mesyuarat hilang membabitkan kerugian hampir RM1,000. Dalam kejadian kali ini, saya tidak mengesyaki perkara buruk berlaku ketika tiba di lokasi kejadian kerana tiada kesan di pecah masuk.

“Selepas masuk dalam bilik mesyuarat, saya lihat semua barangan yang disimpan hilang dan lantai masih basah, dipercayai perbuatan penjenayah untuk menghapuskan bukti dari dikesan polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Gar Yen memaklumkan hanya mengetahui kemusnahan kotak makanan tersebut selepas diberitahu seorang warga emas yang berkebetulan melakukan senaman pagi secara berkumpulan di kawasan berhampiran.

“Warga emas itu memberitahu yang mereka melihat anggota bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus memadam kebakaran di rumah kedai terbiar, bersebelahan bilik mesyuarat kami.

“Lebih mengejutkan, warga emas itu memaklumkan barangan yang terbakar adalah kotak bantuan makanan yang disimpan di sini,” katanya.

Beliau hairan bagaimana penjenayah boleh masuk ke dalam bilik mesyuarat itu sedangkan ia dikunci dengan rapi sebelum ditutup dan merasa kecewa dengan kejadian berkenaan memandangkan kelab itu terletak berhampiran Balai Polis Bukit Merah.

“Saya mengesyaki kejadian dilakukan sekumpulan penagih dadah dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan secara terancang kerana tiada kesan yang ditinggalkan penjenayah,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Merah dan meminta semua pihak memainkan peranan untuk menjaga keamanan serta ketenteraman awam agar kejadian seumpama itu dapat dicegah.

Sebelum ini, sekumpulan remaja tidak bermoral bertindak membakar peralatan permainan kanak-kanak dan merosakkan beberapa kemudahan yang disediakan kelab berkenaan dalam insiden di lokasi sama pada 20 Jun 2010.

Padah pandu kereta ayah



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 November 2012
Padah pandu kereta ayah
Keadaan kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga rakan setelah bertembung dengan kereta Toyota Corolla di Kilometer 38.5 Jalan Air Panas-Kesang, malam kelmarin.
Padah pandu kereta ayah
MUHAMMAD HAFIS
Padah pandu kereta ayah
MOHD IZUDDIN
Padah pandu kereta ayah
MOHD SHAHIR
Padah pandu kereta ayah
Nora Abrak (tengah) tidak dapat menahan kesedihan selepas membuat pengesahan jenazah anaknya, Muhammad Hafis.
Padah pandu kereta ayah
HELMI
JASIN - Tindakan pelajar tingkatan dua memandu kereta bapanya mengundang padah apabila kenderaan itu  merempuh sebuah kereta lain sekali gus menyebabkan dirinya dan tiga lain maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 38.5 Jalan Air Panas-Kesang, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhammad Nur Hishamuddin Hashim berkata, mereka yang maut dalam kejadian 11.15 malam itu ialah pelajar berkenaan, Muhammad Hafis Helmi, 14; pemandu kereta Perodua Myvi, Mohd Shahir Mat Sahat, 27, dan dua penumpangnya, Hairulnizam Alias, 34, serta Mohd Izuddin Usop, 21.

Menurutnya, kereta yang dipandu Muhammad Hafis dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta yang dipandu Mohd Shahir dari arah Kesang ke Air Panas.

“Mohd Shahir dari Felda Tun Ghaffar dan Muhammad Hafis yang masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala Hairulnizam dan Mohd Izuddin meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin,”  katanya.

Katanya, kesemua mayat dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah seksen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kereta yang mengizinkan individu tidak mempunyai lesen menggunakan kenderaannya,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Adi Abd Rahim, 18, berkata, dia terdengar suara salah seorang penumpang kereta Perodua Myvi merintih kesakitan ketika pihak bomba dan penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam sedang mengeluarkan mangsa.

“Saya sempat dengar suara orang meminta tolong dan memberitahu dia sesak nafas dari arah kereta Myvi terbabit,” katanya.

Arwah tak pernah hidupkan enjin kereta

“Saya reda dengan pemergian anak saya, namun sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya dan hairan siapa yang memandu kereta saya sedangkan anak saya tidak pernah hidupkan enjin kereta inikan pula memandu kereta,” kata Helmi Othman, 42, ayah kepada Allahyarham Muhammad Hafis.

Menurutnya, kali terakhir dia bertegur sapa dengan anak kedua dari tiga beradik itu lebih kurang jam 8.30 malam, beberapa jam sebelum kemalangan di rumah mereka di Awam Kesang.

“Ketika itu, anak saya memberitahu dia teringin hendak makan mi segera sebelum saya memberi dia wang.

“Selepas itu, saya tertidur dan tidak sedar bila anak saya keluar dari rumah,” katanya.

Helmi berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila mendapat panggilan telefon kira-kira jam 11.30 malam yang memaklumkan keretanya terlibat dalam kemalangan.

“Pada mulanya saya memang tak percaya kerana tiada siapa yang menggunakan kereta saya, tetapi bila saya melihat di luar rumah dan tidak nampak kereta, saya bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, hatinya begitu kuat mengatakan keretanya dipandu seseorang dan bukan anaknya.

“Malah ketika sampai di tempat kejadian saya melihat jenazah anak saya terbaring di tempat duduk belakang dan bukan di tempat pemandu,”  katanya.

Sempat main badminton

Sementara itu, abang Muhammad Hafis, Mohd Arif, 15, berkata, sebelum kejadian, dia bersama adiknya itu pergi bermain badminton di Balairaya Kesang dengan menaiki motosikal sebelum dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah lebih awal.

“Saya perasan arwah balik ke rumah tidak lama selepas saya balik, namun saya tak tahu dia kemudian keluar semula,” katanya yang merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Bemban.

Katanya, sebelum kejadian itu, adiknya yang belajar di Sekolah Menengah Iskandar Shah banyak berdiam diri.

Difahamkan jenazah Muhammad Hafis dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kesang Tua.

Hari Raya Aidiladha terakhir

Manakala, abang Allahyarham Muhamad Izuddin, Mohd Faiz berkata, dia tidak menyangka Hari Raya Aidiladha lalu, adalah hari raya terakhir yang disambut bersama adiknya.

Menurutnya, ketika kejadian, adiknya yang juga anak bongsu dari tujuh beradik keluar bersama rakannya minum di MITC.

“Saya mengetahui kejadian ini apabila diberitahu rakan adik yang turut sama keluar bersama mereka menuju ke MITC, namun menaiki kenderaan berasingan.

“Tak nampak sebarang perubahan pada arwah dan sememangnya pemergiannya dirasai kami sekeluarga lebih-lebih lagi dia juga seorang yang aktif dalam sukan,” katanya.

Tak salam sebelum keluar

Ibu kepada Allahyarham Hairulnizam, Noriah Md Dim, 62, pula berkata, kebiasaannya anaknya akan bersalaman dengannya sebelum keluar rumah, namun pada malam itu, anaknya tidak berbuat demikian.

Menurutnya, sebelum ini, dia perasan akan perubahan pada anak ketiga dari lima beradik itu sejak mengikut arwah ke Langkawi beberapa bulan lalu.

“Arwah seorang anak yang baik dan sanggup berhenti kerja sebagai pemandu di Kuala Lumpur untuk menjaga kami di kampung,” katanya yang reda dengan takdir Ilahi.

Manakala ayahnya arwah, Alias Wahab, 66, berkata, kali terakhir dia melihat anaknya ketika balik dari bekerja sebagai pemandu pelancong.

“Ketika itu, saya lihat Nizam keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya tak sempat nak tegur dia, lagipun kawannya menunggu di luar rumah dan kira-kira jam 12.30 pagi, saya dimaklumkan  Nizam kemalangan,” katanya.