Search This Blog

Friday, November 2, 2012

Dua Inspektor cedera dipukul, disamun lima lelaki mabuk




Di lokasi letak kenderaan di Jalan Padungan, Kuching inilah dua pegawai polis diserang dan disamun semalam.


KUCHING – Dua orang pegawai polis berpangkat Inspektor bukan saja cedera dibelasah sekumpulan lelaki mabuk yang bergaduh malah turut disamun ketika cuba meleraikan pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Padungan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 2.30 pagi, kedua-dua pegawai polis berusia 30-an ketika itu sedang minum di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian sebelum dimaklumkan oleh orang awam berhubung satu pergaduhan di tempat letak kenderaan di pusat hiburan itu.
Satu sumber berkata, kedua-dua Inspektor itu kemudian pergi ke lokasi pergaduhan dan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai polis bagi meleraikan pertengkaran membabitkan kira-kira lima lelaki.
“Tanpa diduga, kumpulan lelaki yang sebelum itu bergaduh kerana masing-masing dalam keadaan mabuk sebaliknya menyerang kedua-dua pegawai polis itu.
“Serangan itu menyebabkan kedua-dua pegawai terbabit terjatuh dan tidak bermaya akibat cedera di kepala, muka, leher dan badan,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Pembantu rumah Aznil Nawawi disyaki larikan barang kemas

Aznil Nawawi
Aznil Nawawi

KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi.

Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. - Bernama

Susulan kemalangan: Anak terkejut lihat kereta bapa



Susulan kemalangan: Anak terkejut lihat kereta bapa
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang tidak dapat menahan sebak ketika menanti jenazah di HSB. Gambar kecil: Mohd Anuar.
PENDANG – "Terkejut tengok nombor pendaftaran kereta bapa." Itulah luahan hati anak kedua mangsa, Mohd Anuar, 32, yang sebak selepas mengetahui empat mangsa itu adalah ahli keluarganya ketika melalui tempat kejadian selepas pulang dari kerja semalam.
Menurutnya, ketika berada di Jabi Pokok Sena, dia terlihat dua buah ambulans memasuki persimpangan Kebun 500 namun tidak menyangka ahli keluarganya yang terbabit kemalangan.
Katanya, dia ketika itu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah keluarga di Kampung Kubang Pisang untuk berjumpa ibu bapanya.

“Ketika melalui tempat kejadian saya nampak orang ramai di tepi jalan dan apabila semakin hampir dapat melihat nombor pendaftaran kereta bapa.
"Hati saya berasa sebak dan hiba. Empat anggota keluarga saya 'pergi’ sekali gus. Saya reda," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya semalam.

Tambahnya, dia tidak menyangka kunjungan ibu bapanya malam semalam ke rumahnya di Guar Kepayang Tanah Merah, Pendang untuk melihat dua anaknya berusia lima dan setahun adalah kunjungan terakhir.

“Mereka datang rumah kira-kira pukul 10 malam untuk lihat cucu tetapi semua anak-anak saya sudah tidur. Mereka kurang bercakap sebelum pulang setengah jam kemudian," katanya yang bekerja di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Anuar turut memberitahu bapanya, Shafie Abd Hamid, 57, merupakan seorang pesara Tentera Darat yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal. Dia kini mencari rezeki sebagai penoreh getah dan membuka kedai gunting rambut di depan rumah.
Kesemua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kubang Pisang Jalan Kubur Panjang Pendang.

Air naik paras paha



Air naik paras paha
Anggota JPAM menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam rumah sejurus air naik.
ALOR GAJAH - Seramai 12 penduduk membabitkan tiga keluarga terpaksa menempuh air paras paha sebelum dipindahkan ke balai raya berikutan amaran banjir yang dikeluarkan di Kampung Gadek Dalam, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, amaran pertama diterima kira-kira jam 9.20 malam selepas pemeriksaan mendapati air sungai pada paras 18.2 meter sebelum naik kepada paras bahaya iaitu 19.5 meter kurang satu jam kemudian.

Penduduk, Ramlah Yon, 56, berkata, dia tidak menyedari air sudah mula naik ke halaman rumah sehinggalah jiran memaklumkan kepadanya.

“Pada mulanya saya panik kerana tinggal berseorangan namun dalam beberapa minit sahaja anggota JPAM datang membawa saya keluar,” katanya.

Penjaga pintu Empangan Gadek, Baharudin Osman berkata, amaran pertama dikeluarkan sebagai peringatan kepada pihak berkaitan untuk bertindak selepas menjangkakan paras air akan naik berikutan pertembungan dua sungai dari Batang Melaka dan Sungai Tampin.

“Difahamkan air mula naik di kawasan Tebong mengakibatkan ia turun ke Gadek dan bertembung dengan Sungai Tampin. Air naik dengan cepat dan empangan terpaksa dibuka untuk melancarkan saliran air dan dijangka surut pada petang ini (semalam).

“Namun sekiranya hujan berterusan dibimbangi air akan naik memasuki rumah," katanya.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Alor Gajah, Shahrul Reza Saiful Bahri berkata, pihaknya menerima amaran pertama banjir kira-kira jam 9.20 malam sebelum air naik ke paras bahaya kira-kira sejam kemudian.

“Seramai 19 anggota dan dua pegawai ke lokasi yang dimaklumkan mendapati air naik dengan cepat pada paras buku lali sehingga paha menyebabkan beberapa keluarga terperangkap dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Menurutnya, JPAM menggunakan lori khas untuk membawa keluarga berkenaan ke balai raya manakala warga emas dan pesakit dibawa menggunakan ambulan JPAM yang disediakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang mengesahkan kejadian berkata, tiga keluarga dipindahkan ke tempat selamat dalam keadaan terkawal.

“Mangsa yang ditempatkan di Balairaya Kampung Gadek menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah dan difahamkan banjir surut sekitar jam 4 pagi semalam,” katanya.

Gara-gara RM100, juruteknik dihukum penjara 10 tahun, 5 sebatan

KUALA LUMPUR - Gara-gara merompak RM100 milik seorang lelaki warga Nepal tahun lepas, seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim K.M.Nithiyanantham membuat keputusan itu selepas mendapati E.Kularajah Kumar, 30, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah sebagai benteng terakhir mesti melindungi orang awam melalui hukuman setimpal untuk mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan sama," katanya.

Nithiyanantham mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula hari ini. 

Kularajah Kumar bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak wang tunai RM100 dan kad rekod kedatangan kerja sehingga mencederakan Surya Bahadur Jogi, 26, seorang pekerja kilang, di hadapan rumahnya di Jalan 8/62B, Bandar Manjalara, Sentul  di sini pada 7.30 pagi 29 Okt 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Sebaik keputusan hakim, tertuduh dilihat terpinga-pinga dan berulang kali berkata dia tidak melakukan kesalahan tersebut dan ibunya yang berada di galeri awam menangis dan seterusnya secara lantang berkata kepada hakim bahawa hukuman itu terlalu berat.

"Dia akan "mati" di dalam sana (penjara), tolonglah, saya merayu kepada anda," kata wanita itu lalu keluar dari mahkamah.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 30 Julai lepas, seramai empat saksi pendakwaan  dan dua saksi pembelaan memberi keterangan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Izuddin Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

"Walaupun hanya melibatkan RM100, mungkin ia satu nilai yang sedikit tetapi bagi mangsa yang hanya memperoleh gaji RM900 sebulan, ini adalah nilai yang besar," katanya.

Mangsa yang turut hadir ke mahkamah hari ini untuk memberi keterangan mengenai impak kejadian rompakan itu terhadap dirinya, memberitahu mahkamah bahawa dia kehilangan RM100 dan kad rekod kedatangan kerja serta berdarah di bibir akibat dicederakan tertuduh. - Bernama

Jurujual tiket bas didakwa cederakan penyambut tetamu hotel




2 November 2012
KUALA LUMPUR - Seorang jurujual tiket bas sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencederakan seorang penyambut tetamu hotel, September lepas.
Rusdian Syah Abdul Karim, 19, didakwa dengan sengaja menolak dan menyepak rahang kiri V.Aravinhidan, 26, yang menyebabkan kecederaan selain patah tulang betis kaki kanan akibat terkena besi penghadang.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tangga tingkat 1, Perhentian Bas Pudu Sentral, Jalan Pudu di sini pada 11 pagi, 29 Sept lepas dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Majistret Suzarika Sahak membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

Pemandu lori padi ditahan polis




2 November 2012
Kemalangan
Keadaan kereta dinaiki lima sekeluarga remuk selepas bertembung dengan lori padi tanpa muatan dalam kemalangan semalam.
ALOR SETAR - Pemandu lori padi yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Permatang Limau, Tualang dekat sini petang semalam yang menyebabkan empat sekeluarga maut dan seorang lagi parah, kini ditahan polis sehingga 5 Nov ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar berkata pemandu yang berumur 19 tahun dari Kubur Panjang itu ditahan polis selepas dia membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini malam tadi.
"Kami telah tahan pemandu itu bagi membantu siasatan dan kami masih menyiasat sama ada pemandu itu memiliki lesen memandu atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata lori itu akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan bagi mengetahui adakah lori itu bermasalah atau tidak.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, empat maut manakala seorang parah selepas kereta Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan lori padi berhampiran Kampung Permatang Limau.

Mereka yang terbunuh ialah Shafie Abd Hamid, 57, isterinya Che Faridah Ani, 60, dan dua anak mereka iaitu Ibtihal, 26, dan Nurul Faiz, 24. Keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Sementara itu, bapa saudara Muhd Iqbal Zakuan, Sharon Awang Kechik, 50, berkata keadaan Muhd Iqbal Zakuan semakin stabil dan telah dimasukkan ke wad biasa.
"Dia (Iqbal) sudah sedar malam tadi dan boleh bercakap. Dia ada bertanyakan tentang ahli keluarganya yang lain kepada abangnya tetapi abangnya masih belum memberitahu hal yang  sebenar.
Abang dia kata semua ahli keluarganya selamat kerana abangnya tidak mahu dia terkejut memandangkan keadaannya masih lagi lemah," katanya ketika ditemui pemberita di HSB hari ini.
Katanya Muhd Iqbal Zakuan belum menceritakan tentang kejadian semalam dan anggota keluarganya juga belum tahu siapa yang memandu kereta itu dan ke mana mereka hendak pergi.
"Biarlah Iqbal sihat dulu dan biar dia sendiri yang ceritakan kejadian itu.
Kami tidak mahu mendesak dia kerana kami tahu dia masih lagi trauma dengan kejadian itu," katanya sambil memeberitahu bahawa anak saudaranya itu mengalami kecederaan pada muka dan patah paha kanan.
Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata keadaan Muhd Iqbal Zakuan semakin stabil.
"Sekarang ini Muhd Iqbal sedang menunggu giliran untuk membuat pembedahan pada paha kanannya yang patah," katanya.
Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah berkata orang ramai boleh memperoleh lesen memandu ketika berumur 17 tahun ke atas tetapi bagi lesen memandu kenderaan barang-barang (GDL), ia hanya dikeluarkan kepada mereka yang telah mempunyai lesen memandu dan berumur 21 tahun ke atas.
"Bagi kes kemalangan semalam, pemandu terbabit baru berumur 19 tahun dan sudah tentu dia tidak mempunyai lesen GDL," katanya. - Bernama

Suami isteri bunuh anak guna asid di Pakistan



MUZAFFARABAD, Pakistan 2 Nov. - Sepasang suami isteri didakwa membunuh anak gadis mereka dengan mencurah asid ke atasnya selepas melihat remaja itu berbual dengan seorang pemuda, di sini semalam.
Pegawai polis tempatan, Tahir Ayub berkata, Mohammad Zafar mengesyaki anak perempuannya, Anvu Sha, 15, mempunyai hubungan dengan seorang pemuda.
"Berang dengan perkara itu, Mohammad memukul anaknya sebelum mencurahkan asid ke atas remaja itu dengan bantuan isterinya.
"Gadis malang itu dibiarkan melecur teruk tanpa dibawa ke hospital sehingga meninggal dunia," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121102/lu_12/Suami-isteri-bunuh-anak-guna-asid-di-Pakistan#ixzz2B3ZJVWHk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut akibat rempuh trak penunda PLUS



GEORGE TOWN 2 Nov. - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang trak penunda PLUS Expressway Bhd (PLUS) Jambatan Pulau Pinang di Jalan Udini di sini hari ini.
Tan Lin Wei, 24, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.
Sumber polis berkata, dalam kemalangan pada pukul 11 pagi itu, mangsa dikatakan merempuh trak penunda dari belakang ketika trak itu berhenti untuk memberi bantuan kepada sebuah kereta yang rosak.
"Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak ke bahu jalan," katanya kepada pemberita.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121102/dn_35/Maut-akibat-rempuh-trak-penunda-PLUS#ixzz2B3W2kXCO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

27 kanak-kanak cedera dalam serangan bom di Colombia



BOGOTA 2 Nov. - Dua orang maut manakala 27 kanak-kanak cedera selepas sebutir bom yang dibawa seorang penunggang basikal meletup di barat daya Colombia, semalam.
Kejadian itu berlaku ketika suspek melalui sebuah taman yang dipenuhi kanak-kanak bagi meraikan sambutan Halloween di bandar Pradera.
Jurucakap pentadbir bandar Pradera, Carlos Leyton berkata, suspek berkemungkinan menjadikan sebuah balai polis berhampiran sebagai sasaran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121102/lu_13/27-kanak-kanak-cedera-dalam-serangan-bom-di-Colombia#ixzz2B3Xdr8hO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas maut sesak nafas



ALOR SETAR 1 Nov. - Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Lorong Keriang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui oleh jirannya terbaring di atas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tuala yang sebelum itu terdengar bunyi bising di rumah itu.
Jiran wanita itu, Chua Chong Kong, 53, berkata, dia terdengar bunyi bising dalam rumah mangsa sebelum bersama beberapa rakan pergi ke rumah mangsa untuk melihat keadaan sebenar mangsa yang tinggal bersendirian setelah kematian suami beberapa tahun lepas.
"Kami terpaksa pecah pintu pagar rumah mangsa selepas mangsa tidak menyahut panggilan. Pintu rumah mangsa sudah terbuka dan (kami) terus masuk untuk melihat keadaan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Chua berkata, mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai sambil tangan dan mulutnya diikat dengan tuala, dan ketika itu mangsa masih bernafas.
"Kami angkat mangsa ke ruang tamu untuk memberi bantuan kecemasan dan tidak lama kemudian mangsa tidak lagi bernafas," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Zakaria Ahmad ketika dihubungi berkata, perompak itu didapati melarikan barangan kemas yang dipakai mangsa dan siasatan mendapati perompak masuk melalui bumbung atas rumah mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan lain dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berhubung punca sebenar kematiannya," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121102/je_01/Warga-emas-maut-sesak-nafas#ixzz2B3Z8AhQS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua didakwa cederakan 3 polis



KUALA LUMPUR 1 Nov. — Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencederakan dua pegawai dan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, bulan lalu.
Muhammad Ramzan Hussan dan rakannya, Mohd. Afiq Sihar, masing-masing berusia 20 tahun dituduh dengan sengaja mencederakan Asisten Supritendan Ong Seng Keong, 37, Inspektor Lew Keng Joe, 32, dan Sarjan Kee Hun Khoon, 52, ketika sedang menjalankan tugas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di K-Box Signature Family Karaoke One Metro Pudu, Cheras di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 26 Oktober lalu.
Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121102/ma_01/Dua-didakwa-cederakan-3-polis#ixzz2B3XPAzn6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut dirempuh ketika elak lori



Maut dirempuh ketika elak lori
Mangsa maut apabila dilanggar sebuah lori dari arah belakang.
SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut dilanggar lori ketika cuba mengelak sebuah lori lain yang berhenti di tepi jalan.

Dalam kejadian di Kilometer 112.2 Lebuhraya Utara Selatan jam 8.30 malam kelmarin, Ramanathan Ramdas, 47, dari Taman Kempas, Sungai Petani mati di lokasi kejadian.

Jurucakap  polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang dalam perjalanan dari arah Kepala Batas, Pulau Pinang menuju ke Sungai Petani.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori rosak diletakkan di tepi jalan.

“Dalam pada itu, sebuah lori lain (lori kedua) yang datang dari arah belakang mangsa sempat membrek apabila melihat mangsa, namun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila datang lori ketiga, juga dari arah belakang, terus melanggar lori kedua menyebabkan berlakunya pelanggaran antara ketiga-tiga kenderaan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Seorang lagi pemandu lori ketiga yang tersepit dilaporkan mengalami patah kaki dan turut dirawat di HSAH.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja maut motor bertembung kereta

ALOR GAJAH - Seorang remaja maut selepas motosikal Modenas Kriss yang ditunggang merempuh sebuah motosikal lain sebelum bertembung dengan sebuah kereta di jalan Tanjung Bidara, dekat sini pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa, Herman Rudin, 18, bersama dua lagi rakannya dari Tanjung Bidara ke Masjid Tanah hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggang warga emas, Baba Md Jasin, 74.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa melambung dan terseret ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipandu Rawi Yusof, 62, bersama rakan, Sidek Ahmad, 60, sebelum salah seorang lagi rakan mangsa, Mohd Firdaus Abdullah, 20, merempuh motosikal mangsa.

Rawi berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya itu dari pekan Masjid Tanah dalam perjalanan pulang ke rumah di Tanjung Bidara.

“Selepas berlaku pertembungan, saya segera memberhentikan kereta dan membantu penunggang motosikal warga emas yang cedera sebelum menghantarnya ke Hospital Terendak,” katanya.

Saksi kejadian, Mohd Khairul Aizad Abd Manan, 16, berkata, dia terdengar tiga dentuman sebelum melihat mangsa tercampak ke dalam longkang berdekatan.

“Bunyi dentuman kuat ketika mangsa merempuh motosikal warga emas terbabit yang kemudiannya terjatuh dan bertembung pula dengan kereta dari arah bertentangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Alatan seks dirampas



Alatan seks dirampas
Penguat kuasa DBKL menyita barangan dagangan peniaga yang berunsurkan seks di Lorong Haji Taib Chow Kit, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Peniaga menjual alatan dan ubat seks di Lorong Haji Taib, Chow Kit panik diserbu penguat kuasa DBKL dalam operasi, malam kelmarin.

Operasi tersebut bagaimanapun berjaya menyita barangan 12 peniaga haram yang beroperasi di kawasan yang terkenal dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Antara yang dijual adalah alat sulit palsu lelaki dan wanita, ubat penaik nafsu serta pelbagai jenis permainan seks.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa DBKL, Mohd Saufi Mohamad berkata, peniaga tersebut beroperasi tanpa lesen serta menjual ubat-ubatan seks yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, operasi bersepadu itu dibuat bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Seramai 64 anggota daripada agensi tersebut terlibat dalam operasi ini yang mana mensasarkan kawasan Lorong Haji Taib, Chow Kit.

“Peniaga seumpama ini dikenal pasti tertumpu di kawasan di mana terdapat kegiatan pelacuran,” katanya yang mengetuai operasi bermula jam 9 malam hingga 2 pagi itu.

Beliau menambah, DBKL sentiasa melaksanakan tindakan secara berterusan bagi mengekang kegiatan tersebut daripada berleluasa.

“Dari Januari hingga 15 Oktober tahun ini, kita telah laksanakan 23 tindakan melibatkan peniaga haram yang menjual peralatan serta ubat-ubatan seks seperti ini,” katanya.

Little India pekan lama Ipoh terbakar



02/11/2012 5:28pm

IPOH — Sebuah kedai menjual pakaian tradisonal India dan Punjabi di ”Little India”, Pekan lama di sini musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan RM800,000 semalam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian 11.50 malam itu kerana kedai tersebut ditutup pada 10 malam.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Timbalan Penguasa P.Samasuvam berkata, sebanyak 18 anggota bomba dan tiga jentera mengambil masa dua jam untuk memadamkan kebakaran bagi mengelak ia merebak ke kedai bersebelahan.
"Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, hampir 90 peratus pakaian dalam kedai itu terbakar,” katanya.
Beliau berkata, difahamkan pakaian yang terbakar itu baru tiba di kedai tersebut dari India beberapa minggu lepas untuk dijual sempena perayaan Deepavali.
Katanya, punca kejadian belum diketahui. — BERNAMA

Empat kali banjir setahun



Empat kali banjir setahun
Ahmad Darman terpaksa mengharungi banjir untuk keluar ke bandar.
Ahmad Darman
Salah seorang penduduk mangsa banjir di sekitar Parit Sulong, Ahmad Darman
BATU PAHAT – Penduduk di sekitar Parit Sulong, terutamanya yang berada berhampiran Jalan Muar, Kampung Parit Tegak, Kampung Parit Gantung dan Kampung Parit Pulai, dekat sini mengharapkan sistem saliran berhampiran kediaman mereka dibaiki.

Salah seorang penduduk, Ahmad Darman, 69, berkata, sepanjang dia tinggal di Batu 21, Jalan Muar itu rumahnya kerap dinaiki air dari halaman ke kawasan dapurnya.

Menurutnya, tahun ini adalah rekod paling buruk kerana telah empat kali rumahnya dinaiki air yang terkini dan terburuk berlaku pada Ahad lalu, di mana airnya sedalam kira-kira tiga kaki.

“Dahulu ada banjir juga, tapi tidaklah seteruk seperti dua tiga tahun kebelakangan ini, setakat paras buku lali dan air yang melimpah tidak masuk ke dalam rumah seperti sekarang.

“Ini hujan baru dua tiga jam saja air sudah naik, dan kami bimbang air yang naik ini surut lambat, seperti orang katakan ianya banjir ‘termenung’ dan ia akan menyusahkan kami untuk melakukan kerja harian,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Ahmad mendakwa punca utama masalah banjir termenung itu disebabkan sistem saliran tidak sempurna yang menyebabkan air terkumpul dan tidak dapat mengalir ke sungai berhampiran.

Katanya, dia akui kawasan rumahnya itu berada di kawasan tanah rendah, tetapi jika saliran air sempurna tidak akan berlaku banjir.

“Kami penduduk di kawasan ini harap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini, kerana bukan satu atau dua keluarga saja yang menghadapinya, malah berpuluh lagi.

“Kami sudah penat menghadapi masalah ini, dan selepas ini kami harap tindakan dapat dilakukan segera,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian semalam di lokasi banjir yang sudah masuk hari yang kelima mendapati berlaku sedikit penurunan paras air, namun jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tiga Serangkai kekal 91 orang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Medan, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Batu Pahat memandang serius masalah ini.

Katanya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini, pihaknya akan menumpukan untuk menambahbaikkan sistem saliran dan perparitan.

“Bagaimanapun pada banjir kali ini, tompokan hujan berlaku tertumpu di kawasan berkenaan dan hujan terlalu lebat sehingga menyebabkan sistem saliran yang ada tidak dapat menampung air yang terlalu banyak.

“Tetapi saya yakin Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif tersendiri untuk memastikan keadaan ini tidak berpanjangan dan berusaha untuk menghindarnya di masa akan datang,” katanya.

Trauma anak dilarikan penjenayah



WARTAWAN SINAR HARIAN
1 November 2012
Trauma anak dilarikan penjenayah
Siti Norhafiza memeluk erat anaknya sebaik tiba di Hospital Machang
MACHANG - “Nyawa saya seolah-olah melayang apabila anak dilarikan penjenayah dalam kes samun awal pagi tadi.
“Kami benar-benar takut anak akan diapa-apakan penjenayah, lantas saya nekad menaiki kereta bersama anggota polis yang kebetulan sedang solat di masjid yang sama bagi mengejar penjenayah itu,” cerita bapa bayi yang dilarikan penjenayah bersama kereta miliknya di Paloh, Gua Musang, pagi semalam.

Rizal Harun, 28, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, dia bersama isterinya, Siti Norhafiza Omar, 27, berhenti rehat untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Paloh, Gua Musang, sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya dari Melor, Kota Bharu.

Katanya, anak mereka, Muhammad Haikal Harraz, ditidurkan di tempat duduk belakang apabila tiba-tiba penjenayah terbabit menyerbu dan mengacukan pistol ke arahnya serta isteri sebelum bertindak menyuruh mereka keluar.
“Penjenayah mengugut agar kami keluar dari kenderaan jika tidak mahu mati.

“Sebelum keluar, isteri cuba mengambil bayi kami namun ditegah dan dia terus memandu kereta.

“Saya meminta pertolongan orang ramai yang berada di dalam masjid itu.

“Mujurlah ada anggota polis di situ dan kami segera mengejar penjenayah tersebut namun tidak berjaya.

“Sejam kemudian, saya mendapat berita, dia mati ditembak di Machang selepas berbalas tembakan dengan polis,” katanya.

Rizal berkata, mereka tinggal di Putrajaya dan pulang berhari raya bersama keluarga di Melor dan  Laloh, Kuala Krai.
Sementara itu, Siti Norhafiza berterima kasih kepada polis dan orang ramai yang bertungkus lumus menyelamatkan anaknya.
Katanya, dia bersyukur anak lelakinya berjaya diselamatkan dalam masa sejam selepas kejadian namun masih trauma akibat kejadian tersebut.

Dia yang kelihatan sugul, memegang erat anaknya sebaik tiba di Hospital Machang dari Gua Musang.Difahamkan, anak  Siti Norhafiza itu tidak berhenti menangis hampir sejam sebelum ditenangkan jururawat Hospital Machang yang menjaga buat sementara waktu sebelum ibu bapanya tiba.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat menyelamatkan anak saya. Kami tidak kisah pasal kereta, namun kehilangan anak benar-benar menakutkan saya,” katanya.

Penjenayah terbabit, yang berusia dalam lingkungan 30-an mati ditembak ketika menyerang pasukan polis selepas kereta yang dinaikinya terbabas melanggar pembahagi jalan di simpang tiga Kemuning, dekat sini.

Seorang anggota polis, Mat Raduan Mat Hassan, 50, turut cedera pada kejadian itu apabila terkena tembakan di bahagian tangan dan rusuk kanan.

Kelmarin, penjenayah yang sama turut menembak anggota polis, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, yang cuba mengejarnya bersama seorang rakan yang dipercayai baru sahaja menyamun dua kereta dan wang tunai di sebuah rumah di Taman Tropika di bandar Gua Musang.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan berkenaan amat berbahaya dan melakukan sekurang-kurangnya empat kes samun dan satu kes curi kereta, baru-baru ini selain sembilan kes lampau termasuk mengedar dadah.

Dua lelaki didenda simpan penutup najis curi



Dua lelaki didenda simpan penutup najis curi
Rosidi (depan, kanan) keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.
KOTA BHARU – Seorang petani antara dua individu yang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku menyimpan penutup lubang najis yang dicuri di Kampung Guntong, Limbat di sini, 29 Oktober lalu.

Hukuman diputuskan selepas petani berkenaan, Rosidi Mohamed Ruskor, 46, dan Mohd Abd Hafith Idris, 27, mengaku salah pada pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku menyimpan empat penutup lubang najis bernilai RM40 milik Omar Nik Salleh, 72, di Kawasan Batu 4, Jalan Kuala Krai di sini, pada jam 5.30 pagi, tarikh berkenaan.

Kedua-duanya sebelum itu menafikan tuduhan mencuri besi berkenaan pada jam 4 pagi tarikh sama.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah ternampak Rosidi dan Mohd Abd Hafith menaiki motosikal sambil memegang besi berkenaan. Pemeriksaan mendapati kedua-duanya juga gagal mengemukakan kad pengenalan.

Pada prosiding semalam, Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor turut menjatuhkan hukuman enam bulan penjara sekiranya denda ke atas setiap mereka itu gagal dijelaskan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Bakar tilam kerana tidak dapat RM20

Bakar tilam kerana tidak dapat RM20Tengku Mohd Rahimi dipenjara lima bulan dan denda RM3,000 kerana membakar tilam di rumah keluarganya.
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana cuba membakar rumah keluarganya selepas gagal mendapatkan RM20.

Tengku Mohd Rahimi Tengku Rosly, 28, turut didenda RM3,000 dan berdepan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Mohd Rahimi didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membakar tilam bernilai RM1,300 bagi merosakkan harta di rumah ibu bapanya di Jalan Kamarudin, kira-kira jam 4.30 petang pada 28 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Tengku Mohd Rahimi yang mempunyai beberapa rekod jenayah berang apabila gagal mendapatkan RM20 daripada ibunya berusia 50-an, sebelum mengamuk dan membakar tilam di dalam bilik wanita terbabit.

Pada pagi sebelum kejadian, ibunya telah memberikan RM20 kepada anak lelakinya itu, namun enggan memberikan wang lagi setelah dia meminta buat kali kedua pada sebelah petangnya, menyebabkan Tengku Mohd Rahimi naik angin.

Tiga kediaman terbakar, dua daripadanya musnah

Tiga kediaman terbakar, dua daripadanya musnahAnggota bomba memadamkan sisa kebakaran di Banggol Kulim, pagi semalam.
RANTAU PANJANG –Tiga keluarga yang mendiami tiga rumah di Banggol Kulim dekat sini terselamat dari maut walaupun kediaman mereka terbakar dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi semalam.

Dua daripada rumah terlibat terbakar 80 peratus sementara sebuah lagi hanya terbakar 20 peratus.

Kejadian turut menyebabkan sebuah kereta jenis Satria terletak di hadapan rumah berkembar dipercayai milik mangsa musnah terbakar.

Salah seorang mangsa, Salsabil Abdullah, 15, berkata, ketika kejadian dia yang baru selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sedang tidur di bilik ibunya.

Menurutnya, ibunya yang turut berada  di rumah ketika itu mengetuk pintu biliknya dan memaklumkan rumah jiran mereka terbakar.

“Emak mengetuk pintu bilik dan memberitahu saya rumah jiran terbakar, saya segera bangun.

“Saya yang terkejut dengan berita itu terus mengambil dokumen penting seperti kad pengenalan dan keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita.

Salsabil berkata, ibunya  pula menghubungi abangnya supaya balik mengalihkan kereta terletak di hadapan rumah.

Menurutnya, jiran yang sedar rumah jirannya terbakar segera membantu keluarganya mengeluarkan perabot.

“Saya bersyukur hanya dinding yang terbakar dan semua ahli keluarga selamat,” katanya.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II, Rantau Panjang, Mansor Mohd Nor berkata, bomba menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 9.50 pagi.

Menurutnya, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dengan dua jentera.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, 80 peratus kediaman musnah terbakar.

“Kita dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah jiran dalam masa tujuh minit.

“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan begitu juga jumlah kerugian ditanggung kesemua mangsa terlibat,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian mendapati terdapat tong terbakar dan tangki dipercayai tempat simpanan minyak.

Menggigil lihat kereta ayah

pix_middle
POKOK SENA: “Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah.”
Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.
   
  • FotoROSAK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
  • FotoREMUK...lori yang terbabit dalam kemalangan.
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.


Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa.

Taufan Nilam landa selatan India, sembilan maut, 150,000 dipindah

Taufan NilamSeorang anak kapal tangki minyak Pratibha Cauvery dilaporkan mati lemas selepas bot penyelamat mereka karam di pantai Chennai, kelmarin. Foto: AP
CHENNAI - Sekurang-kurangnya sembilan terkorban dan kira-kira 150,000 penduduk terpaksa dipindahkan, kelmarin, selepas Taufan Nilam membawa angin kencang berkelajuan 100 kilometer sejam melanda selatan India.

Media melaporkan pihak berkuasa melakukan operasi mencari dan menyelamat enam anak kapal tangki minyak yang dilaporkan hilang selepas bot penyelamat mereka karam.

Pegawai pengurusan bencana, Jayraman berkata, beberapa kawasan dataran rendah, termasuk Tamil Nadu dan Andhra Pradesh juga ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan di kawasan itu.

"Kami sudah menyalurkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Bekalan kuasa elektrik semua daerah juga dipulihkan," katanya.

Difahamkan, sebanyak 282 sekolah dijadikan pusat penempatan sementara.

Taufan terakhir yang membadai tenggara negara tersebut, pada Januari lalu turut meragut 42 nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di Tamil Nadu. - AFP

Guru yoga dipenjara tiga bulan cederakan teman wanita




1 November 2012
KUALA LUMPUR - Seorang guru yoga dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan teman wanitanya, Sabtu lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan Khoo Ling, 39, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap Isnin lepas.

Khoo didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Chin Ji Wen, 23, seorang konsultan pemasaran, di sebuah rumah di Jalan Wangsa Budi 7, Wangsa Melawati, di sini pada 3.30 petang hari berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman  penjara maksimum setahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana perbuatan tertuduh itu menyebabkan kecederaan fizikal dan mental terhadap mangsa.

Sementara itu, Khoo Ling dalam rayuan meringankan hukuman memberitahu mahkamah perbuatannya itu adalah tidak disengajakan dan ketika itu dia berada dalam keadaan tertekan kerana ibunya nazak.

"Saya tahu saya bersalah, tapi saya masih sayangkan teman wanita saya dan mahu kembali hidup bersamanya," katanya.

Di mahkamah yang sama, dua rakan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan dua pegawai dan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, minggu lepas.

Muhammad Ramzan Hussan dan Mohd Afiq Sihar, masing-masing berusia 20 tahun didakwa dengan sengaja mencederakan ASP Ong Seng Keong, 37, Inspektor Lew Keng Joe, 32, dan Sarjan Kee Hun Khoon, 52, ketika sedang menjalankan tugas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di K-Box Signature Family Karaoke One Metro Pudu, Cheras di sini pada 10.30 malam, Jumaat lepas dan didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zaki Asyraf membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Nov untuk sebutan kes.- Bernama

Banjir kilat terburuk

Banjir kilat terburukKenderaan terpaksa melalui beberapa laluan utama di Pekan Gemencheh walaupun dinaiki air, petang semalam.
GEMENCHEH –  Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi hampir dua meter, petang semalam.

Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.

Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.

“Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai.  Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.

“Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.

Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.

“Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini

Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata,  dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.

“Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.

"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.

2 konstabel maut motosikal perosok bawah treler

IPOH - Dua anggota konstabel polis maut apabila motor yang mereka naiki terperosok bawah sebuah treler di Jalan Lahat berhampiran Taman Muda, Simpang Pulai malam tadi.
Mangsa, Mohd Zaihasrul Reza Mohd Zaini dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Nor Adrizan Mat Desa berasal dari Kaki Bukit, Perlis meninggal dunia ketika tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Kedua-dua mangsa yang berusia 22 tahun itu bertugas di Balai Polis Simpang Pulai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 7.20 malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bertugas.
Menurutnya, sewaktu kejadian,sebuah lori treler muatan serbuk batu, yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang, yang dipandu lelaki berusia 26 tahun sedang keluar simpang di depan kilang sebelum didatangi sebuah motosikal dari sebelah kanan treler tersebut dan telah melanggar tayar belakang sebelah kiri kenderaan terbabit.
"Pemandu lori kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, salah seorang anggota polis yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pembonceng motosikal, Nor Adrizan yang cedera parah pada bahagian muka sempat dikejarkan ke HRPB namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
"Anggota bomba dan penyelamat Simpang Pulai bertungkus-lumus hampir dua jam untuk mengeluarkan  Mohd Zaihasrul Reza  yang tersepit di bawah tayar lori seberat lebih 10 tan," katanya.
Tambahnya, pihak bomba terpaksa menggunakan lori pengangkat kontena dan kren untuk membolehkan mayat mangsa dikeluarkan sekitar jam 9.30 malam.
Kedua-dua jenazah dijangka diuruskan malam ini di Jabatan Forensik HRPB sebelum dihantar terus kepada keluarga masing-masing di Kedah dan Perlis.

Susulan kemalangan: Niat ziarah kawan di hospital tidak kesampaian



KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
2 November 2012
Kemalangan
Keadaan kereta dinaiki lima sekeluarga remuk selepas bertembung dengan lori padi tanpa muatan dalam kemalangan semalam.
POKOK SENA – Niat lima sekeluarga menziarah penduduk kampung di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar tidak kesampaian apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori padi tanpa muatan, berdekatan Kampung Permatang Limau Jalan Tualang Pokok Sena, di sini semalam.

Kemalangan itu menyebabkan empat maut manakala seorang lagi parah dan sedang dirawat di HSB Alor Setar.

Mangsa yang maut ialah Shafie Abd Hamid, 57, isterinya, Faridah Ani, 60, dan dua anak mereka iaitu Mohd Istihar, 26, dan Nurul Faiz, 26.

Mohd Ikbal Zakuan, 15, mengalami kecederaan parah.

Keluarga itu berasal dari Kampung Kubang Pisang dekat Kubur Panjang Pendang.

Seorang saksi, Jamaluddin Ramli, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang ketika dia melalui jalan berkenaan dan menyaksikan kemalangan itu lalu menghubungi talian kecemasan 999.

“Waktu saya sampai dan menghampiri kereta yang dinaiki mangsa, saya dapati empat daripadanya telah meninggal dunia dan mayat berada dalam keadaan tersepit manakala seorang lagi terbaring di tempat duduk belakang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian itu semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila lori padi dari arah Tualang Pokok Sena itu mengalami kerosakan sebelum terbabas ke lorong kereta dinaiki mangsa dari arah Bukit Sekechong Kubur Panjang Pendang menuju ke Alor Setar.

Kes fitnah: Penerbit Jurey Latiff mungkin selesai luar mahkamah



SITI AZIELAH WAHI
2 November 2012
Jurey Latiff
Jurey Latiff
KUALA LUMPUR - Penerbit drama, Jurey Latiff Mohd Rosli mungkin akan menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkannya berjumlah RM10 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) di luar mahkamah.

Peguam Norafzaniza Samsi yang mewakili Jurey Latiff, dan Jason Wee bagi pihak TV3 memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam kamarnya di sini, semalam.

Mahkamah menetapkan 30 November ini, untuk sebutan bagi mengetahui hasil perbincangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian, mahkamah menetapkan perbicaraan pada 13 dan 14 Mei tahun depan.

Jurey Latiff memfailkan saman itu terhadap TV3 pada 13 Januari 2009, berhubung perkataan fitnah yang disiarkan mengenainya dalam rancangan Melodi pada 21 September 2008 dengan niat jahat yang didakwa merosakkan reputasinya sebagai penerbit.

Selain menuntut ganti rugi RM10 juta, penerbit itu turut menuntut ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif lain.

TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata, perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dan sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan.

Rentung ketika sedang tidur



WARTAWAN SINAR HARIAN
2 November 2012
Mangsa - rentung
Mangsa ditemui rentung atas lantai ruang yang dijadikannya tempat berehat di bengkel terbabit.
TAMAN SENTOSA - Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah bengkel jentera berat yang terbakar di Batu 5, Jalan Sungai Jati di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa berusia 30 an itu dipercayai sedang tidur di salah satu ruang dalam bengkel yang dijaganya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 12.17 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Seramai 22 anggota membabitkan Balai Bomba Andalas, Shah Alam dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Zulkifli berkata, api berjaya dipadamkan dan hanya 20 peratus bengkel itu terbakar manakala selebihnya berjaya diselamatkan.

Beliau berkata, pihaknya percaya mangsa lemas disebabkan asap tebal dan mungkin panik serta gagal mencari jalan keluar menyelamatkan diri.

“Berdasarkan maklumat pemilik bengkel, bahagian bilik itu mempunyai pintu. Kita yakin kalau mangsa berjaya menendang pintu itu, dia dapat menyelamatkan dirinya.

“Bagaimanapun, asap yang banyak dan bahang panas menyebabkan badan mangsa menjadi lemah dan gagal mencari jalan keluar,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan di atas lantai.

"Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) oleh pihak polis,” katanya

Dalam kejadian itu, beliau berkata, kereta jenis Proton Kembara dan motosikal milik mangsa yang diletakkan dalam bengkel turut musnah termasuk sebuah lori kecil milik pengusaha bengkel.

Menurutnya, keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM100,000, bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, pemilik bengkel yang enggan dikenali berkata, mangsa yang mempunyai masalah kesihatan sudah lama berada di situ.

“Disebabkan masalah kesihatan, dia hanya menjaga dan memantau bengkel itu. Dia tinggal di kediaman lain tidak jauh dari sini. Dia hanya menjadikan bilik dalam bengkel sebagai tempat berehat.

Tayar bongkar tragedi

ANGKAT... Proton Persona dinaiki  Tan yang terjunam ke laut di  Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
GEORGETOWN: Sebiji tayar di tengah jalan yang pada mulanya disangka sampah oleh seorang anggota peronda trafik membawa kepada penemuan tidak diduga apabila ia sebenarnya tayar kereta milik seorang lelaki yang terjunam ke laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka ‘sampah’ itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.
Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil ‘sampah’ itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.

Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.

Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut.

‘Teringat hati suci arwah’

TERKENANG...Yusoff dan Safiah menunjukkan sijil yang diterima selepas anak mereka mendermakan organ.
TERKENANG...Yusoff dan Safiah menunjukkan sijil yang diterima selepas anak mereka mendermakan organ.
KUALA TERENGGANU: “Sebagai bapa, saya bangga dengan arwah malah sentiasa mengenangkan pengorbanannya itu demi memberi kehidupan baru kepada orang yang memerlukan.
“Mengambil iktibar daripada pengorbanannya, saya, isteri dan lima anak berusia 11 hingga 24 tahun mendaftar sebagai pengikrar penderma organ tidak lama selepas kematiannya,” kata Yusoff Hassan, 56, bapa kepada Nur Mohamad Sahiduzz Aman Yusoff, 15, yang terbunuh dalam kemalangan di Setiawan, Perak pada 3 Oktober 2007.

Berikutan kemalangan maut itu, katanya keluarga mendermakan organ mangsa seperti yang dihasratkan sebelum kemalangan.

Yusoff ditemui pada program Minggu Kempen Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, semalam berkata, dalam kemalangan terbabit anaknya diisytiharkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di otak.

Dia dijemput khas ke program berkenaan bagi menceritakan pengalamannya dan keluarga dalam pendermaan organ.

“Setiap kali menceritakan kisah arwah, saya mengalirkan air mata kerana merinduinya selain terkenangkan kesucian hatinya sanggup menderma organ kepada insan memerlukan,” katanya.


Menurutnya, sebelum kejadian arwah yang menghafal al-Quran sehingga juzuk ke-18, pernah memberitahu ibunya, Safiah Hamzah, 52, mengenai hasratnya mendermakan organ selepas melihat penderitaan ditanggung bekas guru tahfiznya yang menghidap penyakit jantung.

“Rentetan daripada hasrat arwah, saya dan isteri membuat keputusan mendermakan organnya demi menyelamatkan insan lain yang memerlukan selaras dengan niat murninya itu.

“Hasil pemeriksaan doktor dan persetujuan kami berdua, tujuh organ arwah iaitu dua kornea mata dan buah pinggang selain hati, paru-paru dan jantungnya didermakan.

“Daripada semua organnya itu, hanya jantung terpaksa ditolak atas sebab tertentu,” katanya yang menetap di Rompin, Pahang.

Menurutnya, mereka sekeluarga bangga dengan pengorbanan arwah dan tambah menggembirakan apabila dimaklumkan organ didermakan itu digunakan insan yang memerlukan tanpa sebarang masalah.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa nikmatnya melihat orang lain yang sebelum ini menderita sakit dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna hasil menggunakan organ yang disumbangkan arwah.

Sementara itu Isterinya, Safiah berkata, dia dan suami berasa bertanggungjawab menggalakkan umat Islam di negara ini menjadi penderma organ tanpa perlu rasa was-was.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan, ketika ini 1,700 pengikrar organ di negeri ini meningkat setiap tahun sekali gus menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai menderma organ.