Search This Blog

Friday, October 26, 2012

Polis tahan tujuh individu



KUALA LUMPUR 25 Okt. - Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kes 1,407 unit telefon pintar bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal yang dilaporkan hilang dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, tujuh yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan.
"Setakat ini, polis sudah memberkas tujuh individu termasuk dua kakitangan syarikat pengangkutan kargo bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kehilangan 1,407 unit telefon pintar keluaran terbaharu sebuah syarikat telefon antarabangsa yang disimpan di sebuah gudang di KLIA pada minggu lalu.
Gajet yang dijual lebih RM2,000 seunit itu dipercayai hilang setelah dua atau tiga hari disimpan di gudang penyimpanan berkenaan.
Kehilangan gajet tersebut hanya disedari apabila syarikat pengedarnya di negara ini mahu mengambilnya dari gudang itu.
Penjenayah yang melarikan telefon pintar itu dipercayai menggunakan dokumen palsu bagi mengaburi kawalan keselamatan di gudang tersebut.
Menurut Mun Phing, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana polis akan mengadakan sidang akhbar khas mengenai kes itu dalam tempoh terdekat bagaimanapun memberitahu, usaha mengesan telefon pintar yang hilang itu giat dijalankan.
Utusan Malaysia difahamkan, polis menemukan semula 44 unit gajet yang dicuri manakala 80 unit lagi disahkan sudah dijual.
Baki 1,283 gajet lagi belum ditemui dan tidak diketahui sama ada sudah dijual oleh penjenayah berkenaan atau disembunyikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121026/je_02/Polis-tahan-tujuh-individu#ixzz2APjzNmeb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Malaysia ditahan seludup dadah di Makassar



BEBERAPA pegawai kastam dan polis Indonesia menunjukkan lelaki Malaysia (dua dari kiri) bersama dadah yang cuba diseludup di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin Makassar, Indonesia, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Tertarik dengan ganjaran berjumlah RM5,000, seorang lelaki Malaysia sanggup mengambil risiko menyeludup dadah jenis ekstasi dan syabu bernilai RM1 juta ke Indonesia.
Upah lumayan itu bagaimanapun tidak berbaloi kerana dia terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di penjara di Makassar, Indonesia setelah dicekup di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar pada Jumaat lalu.
'Keldai dadah' dikenali sebagai Muhammad berusia 30-an itu ditangkap pada pukul 6.15 petang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang berkenaan menaiki penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur.
Menurut sumber, suspek ditahan selepas pemeriksaan pihak berkuasa menemukan 1,000 biji pil ekstasi dan syabu seberat satu kilogram dalam bagasi dibawanya.
"Suspek cuba mengaburi pihak berkuasa di lapangan terbang itu dengan memasukkan mainan kanak-kanak dalam beg pakaian yang dibawa.
"Namun rahsianya terbongkar apabila pemeriksaan rapi menemukan bungkusan aluminium dan kertas karbon berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira satu kilogram," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut sumber lagi, selain syabu, pihak berkuasa turut menemukan 1,000 biji pil ekstasi mempunyai logo haiwan kanggaru pada pil berkenaan.
Beliau berkata, suspek menggunakan taktik membungkus semua dadah itu dengan kepingan aluminium dan kertas karbon kerana percaya dadah itu tidak dapat dikesan oleh alat pengimbas di lapangan terbang.
Katanya, semua dadah gred A yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta mengikut nilai pasaran di republik berkenaan.
"Suspek semasa disiasat mendakwa dijanjikan bayaran upah lebih RM5,000 untuk membawa dadah itu dari Malaysia ke Indonesia," katanya sambil memberitahu lelaki itu kini ditahan untuk tindakan lanjut dan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pihaknya meningkatkan kerjasama dengan Polis Republik Indonesia (Polri) untuk membendung masalah penyeludupan dadah membabitkan kedua-dua negara.
Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat bersama yang diadakan di Bali, Indonesia baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121026/je_03/Lelaki-Malaysia-ditahan-seludup-dadah-di-Makassar#ixzz2APjlLy9B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas sasaran penjenayah



PULAU PINANG 25 Okt. - Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan akibat ditendang seorang lelaki yang menyamar sebagai penjawat awam dan menyamun mangsa di rumahnya di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah di sini kelmarin.
Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika mangsa yang berusia 77 tahun didatangi seorang lelaki berpakaian seperti seorang mekanik yang mendakwa dia bertugas sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyemak bil elektrik di rumah warga emas berkenaan.
Bagaimanapun, suspek yang berusia lingkungan 30-an tiba-tiba menendang mangsa sebelum merentap rantai leher yang dipakainya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah (gambar) berkata, mangsa yang mengalami kerugian lebih RM1,000 membuat laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, setakat ini, pihaknya menerima enam laporan berhubung kejadian samun dengan menyamar sebagai penjawat awam sepanjang tahun ini.
Menurut beliau, antara kawasan yang sering berlaku jenayah itu adalah Seberang Jaya, Pulau Tikus, Machang Bubuk, Kepala Batas dan Kubang Semang.
"Modus operandi semua kejadian hampir sama yang mana mereka mensasarkan golongan warga emas serta suri rumah.
"Kita percaya mereka bergerak secara berkumpulan dengan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, kakitangan TNB serta Perbadanan Bekalan Air (PBA) negeri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini semalam.
Sehubungan itu, Mazlan menasihatkan orang ramai khususnya warga emas supaya berwaspada dengan individu yang tidak dikenali bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121026/wu_02/Warga-emas-sasaran-penjenayah#ixzz2APjZj365
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga didakwa ragut rantai



PETALING JAYA 25 Okt. - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meragut rantai leher milik seorang pemandu wanita di tepi sebatang jalan, dua bulan lalu.
Aswat Achmad, 23, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan samun berkumpulan dengan cara meragut rantai leher bernilai kira-kira RM12,000 kepunyaan R. Pathamavathy, 53.
Kejadian didakwa berlaku di tepi Jalan BRP 1/6 Bukit Rahman Putra, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 13 Ogos lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dhiya Syazwani Izyan Mohd. Akhir yang mengendalikan pendakwaan menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Aswat pula merayu agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan kerana berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan isteri dan anak.
Hakim Balqis Aini Mohd. Ali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 29 November ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121026/wk_05/Peniaga-didakwa-ragut-rantai#ixzz2APjOo7kF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Juruteknik tidak mengaku sebabkan kematian isteri



Mohd. Nasir
SHAH ALAM 25 Okt. - Dengan wajah yang sugul, seorang juruteknik penyelenggara peralatan teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh tanpa niat terhadap isterinya di kediaman mereka pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Mohd. Nasir Buyong, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Slamat Yahya.
Ahli keluarga Mohd. Nasir mahupun mangsa, Norhana Mohd. Nordin, 39, tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Nasir didakwa telah menyebabkan kematian Norhana, seorang eksekutif syarikat swasta di antara pukul 9 pagi dan 1.55 petang, 13 Oktober lalu di rumah No. 4-1-24, Apartmen Kiambang, Jalan Metafasa U16/3, Taman Bukit Subang, di sini.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fazreen Othman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Ketika tuduhan dibacakan, Mohd. Nasir yang tidak diwakili peguam bela, dilihat menundukkan kepala dan kadangkala meraup pipinya dipercayai bagi menyapu air matanya.
Nor Fazreen membantah sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh namun sekiranya mahkamah ingin memberikan ikat jamin terhadap Mohd. Nasir, beliau mencadangkan wang ikat jamin ditetapkan sebanyak RM30,000.
Ini kerana beliau khuatir tertuduh akan mengganggu salah seorang saksi yang juga adik perempuan mangsa.
Mohd. Nasir bagaimanapun memohon agar jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menyara tiga orang anak.
Slamat selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak, membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 3 Disember ini.
Sehingga petang ini, tertuduh masih belum dijamin.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, seorang lelaki yang membuat laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang ditahan polis selepas pihak Hospital Sungai Buloh menemui kesan lebam pada leher mayat wanita itu.
Lelaki berusia 36 tahun itu mempunyai tiga anak berusia 10 bulan, enam dan tujuh tahun.
Difahamkan, pihak hospital menemui kesan lebam di bahagian leher mangsa ketika bedah siasat dilakukan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121026/ma_02/Juruteknik-tidak-mengaku-sebabkan-kematian-isteri#ixzz2APjDNguQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 remaja ditahan



DUA penyelam Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis berjaya menemui bayi perempuan yang dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, Kangar, kelmarin.
KANGAR 25 Okt. - Polis menahan dua remaja yang disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini malam tadi.
Kedua-dua remaja lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai mencampakkan bayi perempuan yang cukup sifat dari atas sebuah jambatan ke dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 9.20 malam.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisionar Zull Aznam Harun berkata, kedua-dua remaja itu dikatakan bertindak demikian selepas seorang rakan sebaya mereka melahirkan bayi berkenaan.
Menurut beliau, suspek dan remaja perempuan yang melahirkan bayi tersebut merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini.
Beliau berkata, tindakan remaja itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada seorang doktor yang sebelum itu merawat remaja perempuan terbabit kerana mengalami pendarahan selepas melahirkan anak di rumahnya.
Berikutan itu, polis menahan kedua-dua remaja tersebut dan menjalankan gerakan mencari bayi berkenaan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat negeri.
Selepas menjalankan gerakan mencari, mayat bayi itu ditemukan kira-kira pukul 1.15 pagi berhampiran titi tersebut.
Zull Aznam berkata, kedua-dua remaja dan pelajar perempuan yang kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini ditahan untuk membantu siasatan.
Polis turut mengambil keterangan ibu bapa pelajar perempuan terbabit petang ini bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, bedah siasat juga akan dilakukan ke atas mayat bayi terbabit bagi memastikan sama ada mati ketika dilahirkan atau selepas dicampak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121026/je_01/2-remaja-ditahan#ixzz2APis0Cu1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ejen penghantaran kastam didakwa curi Porsche di bilik pameran



KUALA LUMPUR 25 Okt. - Seorang ejen penghantaran kastam yang dikehendaki polis kerana mempunyai 13 rekod jenayah akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri sebuah kereta mewah Porsche di sebuah bilik pameran, awal bulan ini.
Mohd. Azri Mohd. Kassim (gambar), 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin.
Lelaki itu didakwa mencuri kereta jenis Porsche Panamera 4, yang belum didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM870,000 milik Pusat Porsche di No. 207, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 9.29 pagi, 11 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sarihan Abdul Shatar yang mengendalikan pendakwaan, mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam Rajah @ S. Rathakrishna yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan isteri tertuduh bekerja sebagai guru taska dengan pendapatan hanya RM800 sebulan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Disember ini.
Menurut laporan akhbar, tertuduh memasuki bilik pameran kereta itu pada pukul 9.06 pagi dan berpura-pura mencari seorang rakan yang kononnya kakitangan di situ.
Pada waktu itu, terdapat pengawal keselamatan tetapi tidak banyak kakitangan berada di dalam premis itu kerana bilik pameran itu mula beroperasi pada pukul 10 pagi.
Tertuduh dikatakan menuju ke tingkat satu dan menggeledah meja di situ dan menemui sampul surat mengandungi anak kunci kereta tersebut.
Wajah tertuduh dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian sehingga membawa kepada penangkapan lelaki itu sehari selepas kejadian.
Berdasarkan rekod jenayah lampau sejak 2006, tertuduh terlibat dalam kes curi kereta, dadah dan samun serta pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam, Johor pada 2007 hingga 2008.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121026/ma_01/Ejen-penghantaran-kastam-didakwa-curi-Porsche-di-bilik-pameran#ixzz2APifE9ZE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kalaivanan didakwa kes bunuh di Taman Segar



KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang ahli perniagaan yang dipercayai dalang utama kes bunuh seorang pengusaha kedai tayar dan teman wanitanya di Taman Segar Perdana, Cheras bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, di sini hari ini.
K. Kalaivanan (gambar), 48, dari Gemas Baru, Johor bersama seorang yang masih bebas dan lima lagi yang telah dituduh sebelum ini, didakwa dengan niat bersama telah membunuh Leong Kian Sheong, 37, dan kerani di sebuah syarikat guaman, Vivien Wong, 20.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras di sini di antara pukul 6 pagi dan 6.45 pagi, 13 September lalu.
Dakwaan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berbaju biru gelap dan berseluar jean hitam hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Siamalah manakala tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 5 Disember ini.
Sebelum ini, isteri mangsa, Yau Chooi Thin, 29 bersama-sama empat lelaki iaitu Ismail Ahmad, 58, S. Dheepak, 27, S. Sandrasagran, 37, dan V. Rajendra Prakash, 33, telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan membunuh Kian Sheong dan Vivien Wong.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian kedai tayar di sekitar Lembah Klang dan teman wanitanya ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan pada badan, tangan dan leher di rumahnya di Taman Segar Perdana.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121025/ma_06/Kalaivanan-didakwa-kes-bunuh-di-Taman-Segar#ixzz2APiNG9Hz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasangan Afrika ditahan bersama syabu RM708,000

KUANTAN 25 Okt. - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu antarabangsa selepas menahan sepasang pelajar Afrika di hadapan sebuah hotel terkemuka di Genting Highlands, di sini kelmarin.
Turut dirampas daripada kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 22 tahun itu adalah sejumlah 1.7 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM708,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, suspek dikesan menggunakan pas pelajar dan mengikuti jurusan peniagaan dan Bahasa Inggeris di dua kolej swasta di ibu negara.
Katanya, serbuan dan tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam berhubung kegiatan sindiket tersebut yang aktif beroperasi di sekitar bandar ini, Temerloh dan Bentong sejak Ogos lalu.
"Hasil maklumat itu, sepasukan anggota dan pegawai diketuai Inspektor Arman Ibrahim menahan kedua-dua suspek di hadapan hotel tersebut pukul 4 petang.
"Ketika ditahan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek wanita, polis menemukan sejumlah satu kilogram syabu dalam beg galas dibawanya.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki pula, polis menemukan 700 gram syabu disembunyikan dalam seluar dalam dipakainya.
"Pemeriksaan lanjut turut menjumpai syabu seberat 70 gram di pergelangan kaki suspek lelaki yang dibalut dengan pita pelekat," katanya.
Kata beliau, suspek kini ditahan reman selama seminggu mulai kelmarin dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121026/je_043/Pasangan-Afrika-ditahan-bersama-syabu-RM708000#ixzz2APi1qBG5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 sahabat maut ketika pulang beraya



KUANTAN 26 Okt. - Hasrat dua sahabat untuk pulang berhari raya di kampung halaman tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka terbunuh dalam nahas di Kilometer 71 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Sungai Yu, Kuala Lipis semalam.
Dalam kemalangan pukul 7.45 pagi itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu Mohamad Syafiq Mohd. Rosdi, 22, dan penumpangnya, Fahmee Izzuddin, 20,
dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Kota Bharu, Kelantan.
“Kereta itu kemudian bertembung dengan kereta peronda polis jenis Proton Waja. Berikutan itu, kereta Perodua Kancil itu berpusing beberapa kali sementara Proton Waja terbabas dan melintang di atas jalan sebelum dirempuh sebuah lori dari belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121026/dn_24/2-sahabat-maut-ketika-pulang-beraya#ixzz2APe4gQ6L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita tagih cinta toreh pipi isteri orang



         
GEORGETOWN: Akibat cemburu dan cinta tidak berbalas, seorang wanita cedera ditoreh di pipi kiri apabila diserang seorang wanita lain dalam kejadian di Lebuh Nipah, Sungai Nibong, di sini, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 56 tahun bersama suaminya pergi ke sebuah gerai dan ketika sedang makan, mereka didatangi seorang wanita berusia 53 tahun yang tiba-tiba terus memarahi dan memaki-hamun mangsa selain menghambur kata-kata kesat kepada pasangan berkenaan.


Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan bertindak demikian selepas perasaan cintanya terhadap suami mangsa berusia lingkungan 50-an tidak dilayan, malah enggan membawanya keluar bersiar-siar menyebabkan suspek berang terhadapnya.

“Suspek kemudian dipercayai mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas dari dalam saku seluarnya dan cuba menikam mangsa, namun sempat dielak sebelum terkena pipi kiri,” katanya.


Katanya, akibat torehan itu menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


“Mangsa dilaporkan terpaksa menerima 10 jahitan pada pipinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.



“Susulan laporan berkenaan, wanita yang didakwa menyerang mangsa berjaya ditahan tidak lama kemudian,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan hasil semakan mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Menurutnya, pihak akan menyiasat mengikut pelbagai aspek terhadap kejadian yang menyebabkan suspek bertindak nekad dan agresif sedemikian.

Penjara 18 bulan tetak remaja


         
KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan yang menetak remaja menggunakan pisau pemotong daging, dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Aidil Sariman, 28, dari Felda Lepar Hilir 2, juga didenda RM5,000 dan berdepan dengan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.


Mohd Aidil yang memakai baju-T berwarna jingga kelihatan sedikit keliru dan hanya berdiam diri selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jessica Daimis sehingga memaksa sesi mahkamah ditangguhkan seketika.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Aidil didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang remaja lelaki menggunakan pisau pemotong daging sepanjang kira-kira 30 sentimeter (sm) sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Ular sawa disangka kain buruk


       
ALOR GAJAH: “Mulanya saya sangkakan kain buruk namun selepas diamati ia seekor ular sawa besar menyorok di bawah bot,” kata Sazali Mail, 28, yang terkejut menemui ular sawa sepanjang 4.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram ketika turun menangkap ikan di sebuah perkampungan nelayan di sekitar daerah ini, pagi semalam.

Menurut Sazali, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, dia yang baru masuk ke dalam bot untuk meletakkan jaring ikan terpijak ekor ular sawa berkenaan.


“Ketika hendak masuk ke dalam bot saya lihat objek berkenaan bergumpal di sudut bot dan tidak menyangka sama sekali ia seekor ular sawa.

“Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini, saya terus melompat keluar dari bot kerana melihat ular itu agak agresif cuba menerkam ke arah saya,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, dia kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah untuk melaporkan perkara itu.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah Alor Gajah, Mohd Ridzuan Rahmat berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan.

“Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan ular sawa berkenaan yang panjangnya lebih 4.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram. Bagaimanapun selepas 15 minit berusaha menangkapnya, ia dapat dikeluarkan tanpa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.


“Ular sawa ini agak agresif ketika usaha menangkapnya dilakukan namun dengan kemahiran menangkap ular serta pengalaman, ular itu berjaya ditangkap,” katanya.

Menurutnya, JPAM merawat luka badan ular sawa berkenaan sebelum dilepaskan di habitat asalnya di sekitar daerah ini yang jauh dari penempatan penduduk.

Panik lahir luar nikah


       
KANGAR: Akibat panik dengan kelahiran bayi perempuan hasil hubungan sulit mereka, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama dan pasangannya berusia 19 tahun bertindak kejam dengan membuang bayi berkenaan ke dalam sungai berhampiran Kampung Behor Rotan Pahit, di sini, kelmarin.

Perbuatan itu terbongkar selepas pelajar perempuan berusia 17 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, selepas mengalami komplikasi akibat kelahiran berkenaan.
Difahamkan, pelajar berkenaan melahirkan bayinya kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum teman lelakinya, abang kandung pelajar berkenaan berusia 20 tahun serta sepupu lelakinya berusia 18 tahun bertindak membuang bayi berkenaan ke dalam sungai.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesan tanda kelahiran membabitkan pelajar berkenaan lalu menyoal lanjut sebelum suspek menceritakan perkara sebenar dan mengaku melahirkan seorang bayi perempuan yang sudah dibuang teman lelakinya ke dalam sungai.




Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, gerakan mencari bayi perempuan itu dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sungai itu digerakkan selepas menerima maklumat seorang doktor di HTF yang merawat pelajar berkenaan.

Wanita tagih cinta toreh pipi isteri orang



         
GEORGETOWN: Akibat cemburu dan cinta tidak berbalas, seorang wanita cedera ditoreh di pipi kiri apabila diserang seorang wanita lain dalam kejadian di Lebuh Nipah, Sungai Nibong, di sini, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 56 tahun bersama suaminya pergi ke sebuah gerai dan ketika sedang makan, mereka didatangi seorang wanita berusia 53 tahun yang tiba-tiba terus memarahi dan memaki-hamun mangsa selain menghambur kata-kata kesat kepada pasangan berkenaan.


Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan bertindak demikian selepas perasaan cintanya terhadap suami mangsa berusia lingkungan 50-an tidak dilayan, malah enggan membawanya keluar bersiar-siar menyebabkan suspek berang terhadapnya.

“Suspek kemudian dipercayai mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas dari dalam saku seluarnya dan cuba menikam mangsa, namun sempat dielak sebelum terkena pipi kiri,” katanya.


Katanya, akibat torehan itu menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


“Mangsa dilaporkan terpaksa menerima 10 jahitan pada pipinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.



“Susulan laporan berkenaan, wanita yang didakwa menyerang mangsa berjaya ditahan tidak lama kemudian,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan hasil semakan mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Menurutnya, pihak akan menyiasat mengikut pelbagai aspek terhadap kejadian yang menyebabkan suspek bertindak nekad dan agresif sedemikian.

Sehati sejiwa edar dadah


       
KUANTAN: Tindakan seorang lelaki warga Nigeria menyorok dadah jenis syabu seberat 700 gram (g) dalam seluar dalamnya gagal mengelakkannya melepaskan diri apabila dia dan teman wanitanya warga Sierra Leone, ditahan di depan sebuah hotel di Genting Highlands, Selasa lalu.

Lelaki itu berusia 33 tahun manakala teman wanitanya berusia 22 tahun adalah pelajar kolej swasta di ibu negara.


Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bentong kira-kira jam 4 petang selepas berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik pihak polis memperkenalkan diri, kedua-dua suspek terkejut dan cuba melarikan diri sehingga berlaku sedikit pergelutan.


“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki warga Nigeria, polis menjumpai syabu seberat 700g yang disembunyikan dalam seluar dalam dipakainya. Pemeriksaan pada pergelangan kaki kiri suspek pula menjumpai satu balutan pita pelekat dan lilitan gelang getah berwarna hijau berisi hablur keperangan disyaki dadah jenis sama berjumlah 70 g,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.


Katanya, pemeriksaan lanjut pada teman wanitanya membawa kepada penemuan bungkusan plastik mengandungi syabu seberat satu kilogram (kg) dalam beg galas dibawa wanita itu.



Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM800 dan mata wang asing iaitu tiga keping wang dolar Amerika Syarikat (AS$100) dan 25 pound Central Bank of Egypt.


“Berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 1.7 kg dianggarkan harga pasarannya mencecah RM708,000.

“Bekalan dadah dirampas ini dipercayai dibawa masuk dari negara luar dan dipercayai untuk kegunaan lebih 29,500 penagih tempatan,” katanya.

Ugut potong telinga guru

DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek
termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
KUALA TERENGGANU: Tiga beradik layak digelar samseng kini diburu polis selepas mencederakan seorang guru akibat tidak berpuas hati mangsa menampar anak seorang daripada mereka di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali.

sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian menampar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya menyebabkan guru berkenaan dipukul tiga beradik itu.

“Akibatnya, mangsa cedera dan dirawat di Hospital Besut sebelum membuat laporan polis. Bagaimanapun perasaan tidak puas hati suspek tidak berakhir di situ apabila mereka melawat mangsa di hospital dan mengugut memotong telinganya jika mangsa enggan menarik semula laporan polis yang dibuat.


“Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa yang ketakutan menarik semula laporan itu, tetapi mengubah fikiran dan membuat semula laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada 4 Oktober lalu.

“Usaha memburu tiga beradik itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan Seksyen 506 KK sama kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Sementara itu, katanya, polis memburu tiga lelaki lain dipercayai terbabit beberapa kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan di daerah Besut sejak Julai lalu.

Katanya, Che Wan Sharmizie Che Mat, 31, dipercayai menetak seorang guru sekolah rendah dengan parang panjang hingga cedera parah di badan, kaki dan tangan, Selasa lalu.

“Dua suspek lain ialah Mohd Amir Che Ya, 24, yang disiasat mengikut Seksyen 148 KK kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan hingga mencederakan seorang lelaki pada 1 Oktober lalu dan Zamri Husin, 30, atau dikenali sebagai Awie bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 KK.

“Kami memandang serius beberapa siri jenayah kekerasan di Terengganu terutama Besut dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memburu suspek.

bagi memastikan mereka yang bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.

“Keluarga atau rakan diingatkan tidak cuba melindungi suspek dan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan mereka,” katanya.

Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, 09-6246222.

Angelina syak Pitt masih ambil dadah


       
LOS ANGELES: Sebuah laman sesawang hiburan mendakwa, Angelina Jolie masih enggan berkahwin dengan Brad Pitt kerana meragui kekasihnya benar-benar bebas daripada ketagihan dadah.

Menurut Entertainment Wise, Angelina percaya Pitt masih menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun mereka hidup bersama sejak bertahun-tahun lalu.


Menurut sumber, keadaan itu mendorong Angelina, 37, terfikir untuk membatalkan pertunangan yang diikat sejak April lalu.

“Walaupun Pitt menafikan dia mengambil dadah, Angelina yakin aktor itu masih menggunakan bahan larangan itu secara tersembunyi,” katanya. Selain itu, Angelina juga mencurigai Pitt, 48, menjalin hubungan dengan wanita lain menjelang pembabitan aktor terbabit dalam sesi promosi produk Chanel.


Sumber itu berkata, apabila bergandingan dengan model jelita dan seksi, ada kemungkinan Pitt akan curang.


Pitt dan Angelina tinggal sebumbung sejak mereka menjalin hubungan intim tujuh tahun lalu.



Pasangan itu bersama-sama membesarkan tiga anak kandung, selain tiga anak angkat. - EW

Wanita gigit telinga rakan sekerja hingga putus


       
SAMUT PRAKAN: Seorang wanita dituduh menggigit telinga rakan sekerja hingga putus di tempat menunggu bas selepas bergaduh, kata polis.

Mangsa, Chalor Tuemboon, 52, membuat laporan bahawa rakan sekerjanya, Prasert Chuwong, 48, menyerangnya ketika dia menunggu bas selepas habis bekerja di sebuah kilang.
Chalor berkata, Prasert menyimbahnya dengan minyak, menarik rambut dan menamparnya. Dia mendakwa Prasert juga menggigit telinga kirinya, meludah dan kemudian tersenyum.

Seorang saksi berkata, dia dan rakannya cuba membantu tetapi tidak berjaya.




Mereka bagaimanapun dapat menghantar Chalor ke hospital dan doktor menjahit telinga mangsa.


Chalor berkata, dia mengalami 40 jahitan tetapi doktor memberitahunya, berkata, telinga kirinya mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.

Menurut mangsa, dia dan Prasert pernah berkelahi sebelum ini tetapi tidak sangka rakan sekerjanya itu akan menyerangnya.

Katanya, Prasert menyangka dia menceritakan hal buruk mengenai rakannya itu kepada orang lain. - BP

Buang bayi dalam sungai



Kangar: Sepasang remaja berusia 17 tahun nekad mengambil jalan mudah menutup aib dengan membunuh bayi luar nikah yang dilahirkan hasil hubungan sulit mereka.

Difahamkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Simpang Empat, di sini itu membuang bayi perempuan yang dipercayai masih bernyawa ke dalam sungai berhampiran Kampung Behor Rotan Pahit, dekat sini. Tindakan kejam mereka terbongkar selepas remaja perempuan yang mengalami komplikasi akibat melahirkan anak bersendirian, dikejarkan ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut.
Akibat curiga sebaik mengesan tanda dia baru melahirkan anak, pihak hospital menyoalnya dan dia kemudian mendedahkan kisah sebenar termasuk tindakan teman lelakinya membuang bayi mereka ke sungai.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu susulan laporan oleh HTF kepada polis.

Susulan itu, polis menahan teman lelaki serta sepupu remaja perempuan berkenaan yang masing-masing berusia 17 tahun. Turut ditahan, abang kandungnya yang berusia 20 tahun, dipercayai bersubahat membuang bayi itu ke sungai.

Sebaik menerima maklumat, gerakan mencari bayi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dijalankan bermula jam 9.20 malam kelmarin. Unit skuba menjumpainya di dasar sungai kira-kira empat jam kemudian.
Sehingga kini, empat suspek ditahan dan masing-masing direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Zull Aznam berkata, suspek dipercayai bersubahat membuang bayi berkenaan ke sungai jam 2.30 petang selepas remaja perempuan itu melahirkannya di rumah keluarganya yang terletak berhampiran.

Kecederaan tengkuk punca kematian pelajar 14 tahun



Alor Gajah: Kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Stesen Bas Pulau Sebang, dekat sini, petang kelmarin, disahkan akibat cedera pada tengkuk kesan dipukul senjata tumpul.

Punca itu dikenal pasti hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang (SMJKPS), di sini, K Saravannan, 14, di Hospital Melaka, semalam. Mangsa disahkan mati jam 3.20 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Tampin selepas pengsan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Melaka semalam, berkata hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan lain kecuali kesan lebam dan kecederaan pada tengkuk pelajar itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kasim Mohamad, berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah sedang menjalankan siasatan bersama SMJKPS dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mansur Shah (SMKMS), tetapi menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, BH melaporkan Saravannan mati selepas dipercayai dipukul dua pelajar SMKMS yang terletak bersebelahan SMJKPS, namun dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Dia ditemui tidak sedarkan diri di tingkat atas stesen bas berkenaan dalam keadaan terbaring.

Polis kemudian menahan dua suspek yang kini direman dua minggu bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, bapa saudara mangsa, N Raman, 60, kecewa dengan sikap tidak peduli orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terutama beberapa rakan Saravanan yang sepatutnya bertindak membantu mangsa dan meleraikan kekecohan berkenaan.

Dua jari hampir putus tersepit pintu



Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak 16 bulan hampir putus dua jari tangan kanan selepas tersepit pada pintu tandas di rumahnya di Kampung Alur Pak Bang, Marang, kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua jari Nazrul Hakimi Amirul Hafizi, yang terkulai berjaya diselamatkan dan disambung semula selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan turun ke bilik air tanpa disedari ibunya, Fazliza Aziz, 22, yang sedang mencuci ayam di sinki dapur.
Fazliza berkata, beliau tiba-tiba dikejutkan dengan raungan anaknya dari bilik air, sebelum bergegas mendapatkan Nazrul Hakimi dan terkejut mendapati dua jari tangan anaknya terkulai.

Mulanya saya sangkakan kakinya tersepit dan saya cuba menggosok kakinya bagi mengurangkan kesakitan. Namun, tangisannya tidak berhenti hinggalah saya melihat titisan darah dari jarinya.

Saya terkejut melihat ibu jari dan jari tengahnya terkulai dan terkopek. Ketika kejadian saya berseorangan di rumah, manakala ahli keluarga lain keluar atas urusan masing-masing.

Tanpa berlengah, saya meminta bantuan jiran untuk menghantar Nazrul Hakimi ke Klinik Kesihatan Marang. Bagaimanapun, Nazrul Hakimi terpaksa dirujuk ke HSNZ kerana kecederaannya parah dan terpaksa menjalani pembedahan, katanya.

Kes bunuh Sosilawati: Dibaring sebelum tengkuk ditikam



 
Shah Alam: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dibaringkan sebelum tengkuknya ditikam tertuduh kedua, T Thilaiyalagan dengan disaksikan peguam yang juga tertuduh pertama, N Pathmanabhan.

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, Pathmanabhan juga mengarahkan Thilaiyalagan membunuh Sosilawati di hadapannya kerana dia mahu menyaksikannya sendiri, selain turut arahkan pembunuhan tiga lelaki yang datang bersamanya. Sosilawati menjerit kuat meminta tolong, manakala tiga lelaki itu juga dibunuh menggunakan cara sama iaitu menelentangkan mereka, menutup muka dengan tuala dan menikam tengkuk mereka.
Selepas membunuh semua mangsa, Thilaiyalagan mengarahkan tertuduh ketiga, R Matan dan saksi pendakwa, K Sarawanan, mengambil minyak diesel dari rumah ladang.

Mereka kemudian mengangkat mayat semua mangsa dan meletakkannya di atas kayu yang sudah disusun serta meletakkan kayu di atas mayat, manakala zink digunakan untuk melapik mangsa ketika pembakaran.

Thilaiyalagan dan Matan mencurahkan minyak ke atas mangsa dan bersama Saravanan, mereka membakar mayat semua mangsa. Pada 31 Ogos 2010, Thilaiyalagan bersama Matan memungut abu mayat dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibuang ke laut.

Perbuatan itu disaksikan seorang lagi saksi pendakwa, U Suresh. Apabila dia menyoal mengenainya, Thilaiyalagan menjawab ia abu mayat mangsa.
Demikian antara persoalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan.

Bagaimanapun, Thilaiyalagan menafikannya dan tidak setuju dengan Ishak.

Thilaiyalagan tidak setuju Pathmanabhan berada di tempat kejadian di Ladang Gadong ketika pembunuhan itu dikatakan berlaku antara jam 8.30 dan 9.30 malam, 30 Ogos 2010.

Ishak: Setuju Pathmanabhan tiada di ladang kerana dia sudah meninggalkan ladang itu?

Thilaiyalagan: Pada hari itu Pathmanabhan tidak datang ke ladang.
Ishak: Pada sebelah malam 30 Ogos 2010, Pathmanabhan berada di Subang Jaya?
Thilaiyalagan: Saya tidak tahu di mana dia berada.

Thilaiyalagan turut menafikan dia bersama Pathmanabhan, Matan dan K Kathavarayan atau dikenali sebagai Ravi, merancang membunuh semua mangsa sejak 29 Oktober 2010.

Disoal Ishak, Thilaiyalagan mengakui ada duduk bersama dengan Pathmanabhan, Matan dan Ravi sepanjang perbicaraan kes itu berjalan, namun dia menafikan pernah berbincang keterangan pembelaannya bersama tiga lagi tertuduh itu.

Sarawanan, 20, yang juga pekerja bengkel dan Suresh, 27, pekerja ladang, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas tuduhan melupuskan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu mayat semua mangsa.

Pathmanabhan, 42, bersama pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; Matan, 21 dan Kathavarayan, 31, dituduh membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung 6 November ini.

Bank of America didakwa menipu



Amerika Syarikat: Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuntutan mahkamah ke atas Bank of America Corp dengan dakwaan menipu sehingga menyebabkan pembayar cukai kerugian lebih AS$1 bilion dengan menjual ribuan pinjaman gadai janji bermasalah kepada Fannie Mae dan Freddie Mac.

Kes Rabu itu, yang asalnya dimulakan oleh rakyat prihatin, adalah tuntutan penipuan sivil pertama Jabatan Keadilan AS berhubung pinjaman janji niaga dijual kepada institusi kewangan janji niaga gergasi, yang diikat jamin pada 2008. Ia juga memburukkan lagi masalah perundangan yang dihadapi Ketua Eksekutif Bank of America, Brian Moynihan, berhubung bencana bank kedua terbesar AS pada Julai 2008 membabitkan pembelian Countrywide Financial Corp, yang suatu ketika dulu adalah peminjam gadai janji terbesar negara itu.
Menurut aduan difailkan di mahkamah persekutuan Manhattan, Countrywide pada 2007 mencipta dan Bank of America pula meneruskan skim dikenali sebagai Hustle bagi mempercepatkan proses pinjaman perumahan.

Program, yang turut dikenali sebagai HSSL atau Laluan Renang Berkelajuan Tinggi itu beroperasi di bawah cogankata Pinjaman Bergerak Ke Depan, Tidak Sekali-kali Ke Belakang, dan mencuba menghapuskan halangan yang direka bagi memastikan pinjaman tidak berunsurkan penipuan, kata kerajaan.

Program itu mengeluarkan penaja jamin daripada semua pinjaman, kecuali yang berisiko terlalu tinggi dan menggantikannya dengan pakar pinjaman yang sebelum ini dianggap tidak berkelayakan, meskipun untuk menjawab pinjaman peminjam.

Ini menjurus kepada kadar rosak menghampiri 40 peratus, sekitar sembilan kali norma industri, tetapi Countrywide menyembunyikannya daripada Fannie Mae dan Freddie Mac, dan sebaliknya menawarkan bonus kepada kakitangan yang menggagalkan masalah itu daripada dikesan, tambah kerajaan.
Jurucakap bank itu, Lawrence Grayson, dalam maklum balas kepada tuntutan mahkamah itu berkata:

Bank of America bertindak secara bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu berkaitan janji niaga yang diwarisi itu.

Dakwaan kami memfailkan untuk membeli semula pinjaman daripada Fannie Mae adalah tidak benar.

Pada tahap tertentu, Bank of America tidak boleh dijangkakan untuk membayar pampasan kepada setiap entiti yang menuntut kerugian, yang sebenarnya disebabkan oleh kelembapan ekonomi.
REUTERS

Pasangan pelajar edar dadah hampir RM1j diberkas



26/10/2012 1:34am

KUANTAN — Polis Pahang berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM708,000 selepas menahan sepasang pelajar kolej swasta warga Afrika di Genting Highlands, kelmarin.
Pasangan itu ditahan di kawasan sebuah hotel di Genting Highlands dan pihak polis percaya dadah berkenaan untuk diedarkan di kawasan Bentong, Temerloh dan Kuantan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata semalam, dalam kejadian 4 petang Rabu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM800, USD300 dan 25 pound Mesir serta dua pasport.
“Polis memperkenalkan diri kepada suspek berumur 22 dan 23 tahun di tempat kejadian dan mereka kemudian cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan.
“Hasil pemeriksaan (polis) menjumpai sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 1 kilogram dalam beg yang digalas suspek wanita.
“Pemeriksaan terhadap suspek lelaki pula menjumpai 700 gram dadah dipercayai syabu yang disorok dalam seluar dalam,” katanya.
Sharifuddin berkata, pemeriksaan ke atas suspek lelaki itu juga menjumpai 70 gram lagi bungkusan dadah jenis sama yang dibalut di pergelangan kaki kiri menggunakan pita pelekat.
Beliau menjelaskan, kedua-dua suspek yang belajar di kolej swasta berlainan di Kuala Lumpur itu dipercayai aktif mengedar dadah di Pahang sejak Ogos lepas.
“Polis percaya, ia mungkin sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Lelaki dan wanita itu direman seminggu bermula tarikh tangkapan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Sharifuddin. — BERNAMA

Padi rosak petani rugi RM7 juta




SEBAHAGIAN daripada petani yang menyertai perhimpunan secara aman selepas mendakwa mengalami kerugian selepas tanaman padi mereka rosak akibat kekeringan air di Pasir Puteh kelmarin.


PASIR PUTEH - Lebih 600 petani di bendang Cherang Rotan dekat sini mendakwa mengalami kerugian hampir RM7 juta apabila 2,800 hektar tanaman padi musim lepas rosak akibat kekeringan air.
Pengerusi anggota Jemaah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Cherang Rotan (PPKCR), Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman berkata, masalah tersebut berpunca daripada kemerosotan paras air di Sungai Kelantan yang menyebabkan pam air di Sungai Kemubu tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
"Kekeringan air di bendang memberi peluang kepada musuh tanaman seperti tikus dan rumput-rampai memusnahkan tanaman mereka yang hampir boleh dituai," katanya kepada pemberita di bendang Kampung Permatang Rambai di sini kelmarin.
Beliau berkata, sebahagian besar pokok-pokok padi menjadi kering terutamanya di Kampung Permatang Rambai, Seligi, Kampung Lepah dan Berangan.

Ejen kastam dituduh curi Porsche RM1 juta




MOHD. AZRI dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas dakwaan mencuri kereta Porsche.


KUALA LUMPUR - Seorang ejen penghantaran kastam didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini, 11 Oktober lalu.
Tertuduh, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin.
Dia didakwa mencuri kereta Porsche Panamera 4, yang nombor plat belum didaftarkan milik Pusat Porsche bernilai RM870,000 di No. 207, Jalan Bukit Bintang pada pukul 9.29 pagi, 11 Oktober 2012.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Pelajar buang bayi ke dalam sungai




ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.


KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.
Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.
“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.
“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peragut rentap beg tangan pelajar diberkas




SEORANG lelaki ditahan selepas meragut beg tangan pelajar di Kampung Wira, Taman Melati, Wangsa Maju kelmarin.


KUALA LUMPUR - Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.
Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.
Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.
Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

'Sesal sepanjang hayat saya'


Joy Pretorius di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 23 Okt. - "Saya tidak pernah menyangka seorang kawan boleh melakukan perkara sebegini kepada saya. Saya menyesali perkara ini sepanjang hayat saya."
Itu merupakan antara rayuan seorang ibu muda warga Afrika Selatan sebelum Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atasnya selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan memiliki dadah jenis methaphetamine seberat hampir 1.8 kilogram, Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah daripada Joy Pretorius, 25, yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuan berusia empat tahun.
Pada 31 Mac tahun lalu, tertuduh yang bekerja sebagai jurujual di negara asalnya didakwa mengedar dadah tersebut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Bagi pertuduhan pilihan yang ditawarkan kepadanya hari ini, wanita tersebut didakwa memiliki methaphetamine seberat 1,770.7 gram kira-kira pukul 10.50 malam, 17 Mac 2011 di kawasan tuntutan bagasi D, Aras 3 Ketibaan MTB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.
Pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta tersebut.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazillah Begum Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amrit Pal Singh.
Terdahulu, ketika membantah rayuan tertuduh, Fazillah menyatakan, alasan salah pilih kawan tidak boleh dijadikan faktor untuk mengurangkan hukuman kerana wanita terbabit sepatutnya lebih mementingkan diri dan keluarga daripada membiarkan diri dipergunakan oleh orang lain.
Beliau turut menyatakan, sejarah telah membuktikan bahawa candu telah digunakan untuk melemahkan masyarakat dan kini dadah pelbagai jenis pula telah merosakkan bangsa.
Hakim Nurchaya memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh berkuat kuasa dari tarikh kejadian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121024/ma_01/Sesal-sepanjang-hayat-saya#ixzz2AKQkcR1G
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Abd. Razak Md. Zin (kiri) menunjukkan ganja mampat yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR 5 Ogos - Dua sahabat ditahan bersama ganja mampat seberat 14.3 kilogram bernilai RM36,000 dalam satu operasi di Jalan Ladang Victoria, Padang Serai, Kulim dekat sini Rabu lalu.
Dalam serbuan polis kira-kira pukul 9.30 malam itu, polis menemui 15 ketulan mampat ganja di tempat duduk belakang sebuah Perodua Kancil yang mereka naiki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Supritendan Abd. Razak Md. Zin berkata, suspek pertama berumur 34 tahun bekerja sebagai penjual ikan di pasar malam manakala suspek kedua berumur 33 tahun pula berniaga di gerai pasar malam.
"Kedua-dua suspek mempunyai lebih daripada lima rekod kesalahan lampau yang melibatkan dadah.
"Pihak kami percaya kedua-dua suspek mengedar dadah di sekitar Kulim dan Sungai Petani sejak lebih tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.
Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan meninggalkan kereta, namun mereka dapat ditahan.
"Dadah itu dipercayai diperoleh daripada negara jiran dan kedua-dua suspek ini positif dadah jenis ganja.
"Kedua-dua mereka kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Heroin RM2.55 juta dirampas



NOOR Rashid Ibrahim (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin yang berjaya dirampas dalam sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah jenis heroin bermutu tinggi selepas merampas 61.54 kilogram dadah itu yang bernilai RM2.55 juta di sebuah rumah kedai di kondominium dekat Jalan Kasipillay di sini malam tadi.
Kejayaan itu terhasil apabila sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyerbu rumah kedai tersebut pukul 1.15 petang hasil maklumat orang awam.
Apa yang mengejutkan, sindiket didalangi warga Pakistan itu bertindak berani apabila beroperasi tidak jauh dari rumah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim yang terletak di blok berbeza kondominium tersebut.
Polis menemukan 20 kotak kayu berisi barangan perkakas dapur dan setelah diperiksa, sebanyak 180 bungkusan heroin gred A ditemui tersembunyi dalam kotak kayu itu.
Noor Rashid dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini memberitahu, kesemua dadah itu ditemui dalam lubang yang ditebuk khas pada papan kotak kayu dan setiap kotak diisi dengan sembilan bungkusan dadah.
"Polis percaya setakat ini kesemua dadah berkenaan diseludup masuk dari Pakistan namun kita masih menyiasat bagaimana dadah ini dibawa masuk ke negara ini.
"Siasatan awal polis mendapati, semua dadah itu untuk edaran pasaran tempatan malah mereka juga mungkin menjual bahan terlarang tersebut kepada rakyat Nigeria di Malaysia," katanya.
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, polis menahan seorang lelaki Pakistan berusia 47 tahun dalam serbuan itu.
"Lelaki terbabit merupakan penjaga premis dan setakat ini polis sedang mengesan dua lagi suspek di mana seorang daripadanya telah dikenal pasti.
"Kesemua suspek mempunyai pekerjaan lain iaitu menjual peralatan rumah serta membuka sebuah kedai mencuci pakaian atau dobi di sekitar Jalan Kasipillay," katanya.
Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, suspek telah menyewa premis berkenaan sejak 10 bulan lalu dan ahli kumpulan itu telah pun meninggalkan Malaysia untuk kembali ke Pakistan.
Noor Rashid menambah, kejayaan membanteras kegiatan penyeludupan dadah membabitkan warga Pakistan adalah kali keempat sejak tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121024/je_04/Heroin-RM255-juta-dirampas#ixzz2AKQPPL6B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Nigeria dituduh rogol remaja Singapura

JOHOR BAHARU 24 Okt. - Seorang lelaki rakyat Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja rakyat Singapura, awal bulan ini.
Eneh Solomon Udo, 40, pelajar di sebuah pusat pengajian swasta di Selangor itu dituduh melakukan kesalahan terhadap remaja berumur 14 tahun di tangga Aras C L4KIP Park Villa Apartmen, Jalan Titiwangsa 1, Tampoi, di sini, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 9 Oktober lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia rakyat asing.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121024/ma_07/Lelaki-Nigeria-dituduh-rogol-remaja-Singapura#ixzz2AKQIvnCI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket curi diesel subsidi tumpas



DUA anggota Penguat Kuasa PPDNKK Selangor membuat pemeriksaan pemindahan minyak diesel subsidi secara haram dalam satu serbuan di sebuah gudang di Seksyen 33 Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 24 Okt. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPNKK) negeri menumpaskan sindiket mencuri diesel bersubsidi yang beroperasi sejak lima bulan lalu dan meraih keuntungan sehingga RM5 juta.
Pengarah Penguat Kuasanya, Othman Nawang berkata, dalam serbuan semalam, pihaknya turut menyelamatkan sebanyak 18,000 liter diesel subsidi daripada dijual sindiket itu yang beroperasi di sebuah gudang di Seksyen 33 di sini.
"Bertindak hasil maklumat awam, operasi yang bermula pukul 2.30 petang berjaya merampas dua tangki diesel yang disimpan dalam sebuah gudang kosong.
"Modus operandi sindiket itu adalah menggunakan lori-lori besar untuk mengisi diesel di stesen-stesen minyak di sekitar Klang dan Shah Alam sebelum memindahkannya ke tangki yang disimpan di gudang itu," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu.
Othman berkata, pihaknya percaya sindiket itu menjual diesel kepada pihak industri pada harga lebih murah daripada harga pasaran.
"Bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa, mereka tidak menyimpan bekalan diesel tersebut dalam tempoh yang lama tetapi segera menjualnya.
"Sindiket itu juga tidak menggunakan satu tempat penyimpanan untuk masa jangka masa yang lama. Mereka akan berpindah-randah untuk mengelak daripada diserbu," katanya.
Othman berkata, selain merampas diesel subsidi bernilai RM30,000 itu, pihaknya turut merampas sebuah lori yang digunakan untuk mengisi minyak serta sebuah lori yang digunakan bagi menyimpan bahan bakar itu.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM100,000 namun tiada tangkapan dibuat setakat ini manakala siasatan masih dijalankan bagi mengesan dalang di sebalik aktiviti tersebut," katanya.
Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu manakala bagi syarikat atau perbadanan, boleh didenda sebanyak RM250,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121025/je_02/Sindiket-curi-diesel-subsidi-tumpas#ixzz2AKPtFT6V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuda hancur separuh badan digilis lori



Anggota bomba dan penyelamat memeriksa kenderaan terlibat dalam nahas yang mengakibatkan Muhammad Basri Ismail terkorban selepas terpelusok di bawah lori pasir di Jalan Kota Bharu -Pasir Mas, semalam. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor
KOTA BHARU 24 Okt. - Seorang penganggur terbunuh dalam keadaan separuh tubuhnya hancur selepas digilis sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir di Jalan Salor Baru Pasir Mas -Kota Bharu, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Basri Ismail, 21, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave bertembung dengan lori tersebut sehingga menyebabkannya terperosok dan digilis.
Sebuah kren terpaksa digunakan bagi mengangkat lori berkenaan kerana mayat mangsa berada di bawah tayar hadapan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari persimpangan lampu isyarat Kampung Batu Empat dekat sini menuju ke Pasir Mas manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.
Katanya, kejadian berlaku apabila tayar depan sebelah kanan lori tersebut meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan pemandunya hilang kawalan sehingga masuk laluan bertentangan dan merempuh mangsa.
"Pemandu lori ini ditahan untuk membantu siasatan yang dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mayat Muhammad Basri yang berasal dari Kampung Chekeli, Beta, Ketereh telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121025/dn_15/Pemuda-hancur-separuh-badan-digilis-lori#ixzz2AKP5GcNp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyamun ditangkap dalam hotel



Salah seorang lelaki yang ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah hotel selepas menyamun sebuah kafe Internet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Polis menahan dua lelaki yang menggunakan sepucuk pistol mainan dan pisau untuk menyamun sebuah kafe Internet di Jalan 1/64A, Jalan Ipoh, di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4 petang, kedua-dua penjenayah terbabit sempat bersembunyi di sebuah hotel berhampiran di Jalan Dato Haji Eusoff selepas melakukan jenayah itu, sebelum diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, penjenayah berusia 33 dan 42 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan salah seorang daripadanya dikehendaki polis bersabit kes jenayah dan dadah.
"Polis menerima laporan dari penjaga kaunter kafe tersebut yang memaklumkan kedainya telah disamun. Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis menyerbu sebuah hotel berhampiran dan berjaya menahan dua lelaki bersama sepucuk pistol mainan dan sebilah pisau.
"Salah seorang daripada mereka mempunyai 16 rekod jenayah seperti samun, pecah rumah dan dadah sementara seorang lagi mempunyai sembilan rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis berhubung kes jenayah dan dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, semasa kejadian, penjenayah berkenaan sempat melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Katanya, antara barangan yang dirampas polis adalah sepucuk pistol mainan berwarna hitam jenama 'Toys Gun', sarung tangan, topi dan sebilah pisau lipat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121024/wk_06/Penyamun-ditangkap-dalam-hotel#ixzz2AKOtHwOH
© Utusan Melayu (M) Bhd